You are on page 1of 1

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa Tajuk Jurnal

: 1/4 : Pertama : 19/3/2012 hingga 23/3/2012 : Minggu Pertama di SK Kajang Utama

Saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kajang Utama untuk tempoh 4 minggu. Untuk praktikum fasa 1 ini, saya hanya akan mengajar subjek major saya iaitu Pendidikan Jasmani. Pada hari pertama, saya dan rakan berjumpa dengan Guru Penolong Kanan 1 untuk mendapatkan jadual kelas yang saya akan mengajar. Saya telah ditugaskan untuk mengajar tahun 1 Usaha, 1Setia, 4 Murni dan 5 Tekun yang mana keseluruhannya saya akan mengajar lapan waktu dalam seminggu. Selepas berjumpa guru pembimbing, Dr Ang Kean Koo, saya diberi peluang untuk masuk ke kelas tahun 1 untuk sesi suai kenal dan memberitahu mereka bahawa saya akan menggantikan guru PJ mereka selama sebulan. Reaksi positif diperoleh daripada riak wajah murid-murid tersebut. Pada hari kedua dan seterusnya, saya terus diminta untuk memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Namun, terdapat beberapa kelas yang masih belum menyelesaikan ujian SEGAK. Oleh yang demikian saya telah membantu guru kelas tersebut untuk menjalankan ujian tersebut. Pada hari berikutnya, saya mula menjalankan sesi P&P kepada kelas-kelas yang telah ditugaskan. Pada petang Khamis, saya dan rakan telah berjumpa dengan pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Rosli bin Abdullah untuk memberi jadual waktu dan mendapatkan bimbingan untuk memantapkan sesi P&P saya. Masalah Masalah mula timbul untuk mengajar tahun 1 kerana mereka sudah mula menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini kerana, di institut, kami tidak didedahkan secara terperinci mengenai KSSR, maka untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) saya masih samar-samar. Masalah kedua ialah untuk memulakan pengajaran di keempat-empat kelas tersebut kerana pada hari pertama terdapat ramai guru yang tidak berada di sekolah kerana urusan rasmi, oleh yang demikian agar sukar untuk berbincang bersama mereka mengenai silibus yang perlu saya sambung untuk mengajar kelas mereka. Masalah ketiga, untuk membiasakan diri dengan murid-murid di dalam kelas kerana sebelum ini saya hanya melakukan pengajaran mikro dan bukan dalam situasi sebenar iaitu mengajar kanak-kanak. Kawalan kelas juga agak menjadi masalah bagi saya untuk membiasakan diri dengan keadaan sebenar.

Tindakan Susulan a) Masalah penggunaan sukatan KSSR telah saya atasi dengan cara merujuk kepada guru pembimbing, Dr Ang Kean Koo. Beliau telah memberi sedikit gambaran mengenai sukatan ini. Secara kebetulan, terdapat pelatih semester 7 dari IPG Kampus Ilmu Khas major Pendidikan Jasmani juga sedang berpraktikum di sekolah yang sama, maka guru pembimbing meminta saya untuk membuat rujukan kepada mereka kerana mereka telah mendapat penerangan yang khusus dari Dr Ang. Maka ia telah memudahkan saya untuk membuat RPH menggunakan sukatan KSSR.

You might also like