You are on page 1of 18

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 1.

Pendahuluan

Bahasa Melayu telah berkembang dari bahasa ibunda (venakular) ke lingua franca ke bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di ruang sejarah Negara ini. Bahasa Melayu menjadi alat terpenting proses pembinaan bangsa di dalam rangka perpaduan dan integrasi kebangsaan. Semenjak tahun 1956 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar sekolah rendah dan sekolah menengah melayu. Pada tahun 1970 pula dijadikan bahasa pengantar untuk semua sekolah kebangsaan dan pada tahun 1983 disempurnakan di peringkat universiti (IPTA).

Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di persada dunia dalam abad ke 21, Bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai

cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa. Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa Bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad ke 7 Masihi sehinggalah abad ke 19 Masihi, apabila Bahasa Melayu telah menjadi Lingua Franca di rantau ini. Malahan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan perhubungan

antarabangsa. Kegemilangan Bahasa Melayu menjadi kenyataan pada masa itu apabila Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat-pusat

pemerintahan seluruh rantau berkenaan.

[1]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 2. CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam konteks memperkembangkan Bahasa Melayu terbahagi kepada lima perkara utama iaitu:

2.1 Bidang Pendidikan Setelah 54 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar .Sehubungan itu,pengiftirafan Institusi Pendidikan

Swasta(IPS) sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat melalui Seksyen 16 Akta 1996.Oleh sebab IPS merupakan sebagian daripada sistem pendidikan Kebangsaan maka IPS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa penghantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon kecualian mengikut Seksyen 17 Akta uberkenaan.Dengan perkataan lain IPS mempunyai kebebasan seluas- luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa penghantar.Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat

Bahasa Melayu sekaligus melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan.

Pada tahun 2003 pula, penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di dalam semua peringkat.Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki

[2]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 kelemahan atau ,meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.Langkah ini bukan sahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan, penguasaan Bahasa Inggeris pelajar . Malah dikuatiri akan menjejaskan penguasaan pelajar dalam keduadua matapelajaran itu.Dengan masalah kurangnya guru yang berupaya mengajarkan mata-mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris kerana mereka terlatih dalam bahasa kebangsaan sewaktu mengikuti kursus pendidikan pada waktu yang sama murid dan pelajar sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam Bahasa Inggeris. Dalam hubungan dengan nasib dan masa depan Bahasa Melayu yang diberi fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu pengurangan perananperanannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya.Apabila fungsi suatu bahasa terhad pada fungsi sosialnya semata-mata iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang ilmu,pemikiran,teknologi,ekonomi,undang-undang dan sebagainya.

2.2 Bidang Teknologi Maklumat(ICT)

Pada masa kini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Kita sedia maklum, bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa dominant bagi bahasa teknologi maklumat. Oleh yang demikian , penekanan terhadap ict pada era globalisasi

[3]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama internat dunia di Amerika Syarikat.Cabaran kepada bahasa melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita boleh memperkembangkannya menjadi bahasa sumber ilmu,bahasa sumber ekonomi, bahasa sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untuk membuka pintu gerbang ilmu,mencari mutiara maklumat dan menaiki mahligai pendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa kemodenan , sekaligus peningkatan taraf hidup.

2.3 Bidang Media Masa dan Eletronik

Kebelakangan ini, beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu di mana pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan, ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Golongan remaja merupakan penyumbang utama kepada kerosakan penggunaan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat iaitu penggunaan telefon bimbit.Untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada rakan-rakan mereka . Mereka menggunakan bahasa ringkas. Menurut Prof. Dr Hashim Hj.Musa kerosakan Bahasa Melayu ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya.

[4]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 Suatu masa dulu kita pernah berura-ura untuk mengenakan denda kepada premis perniagaan yang membelakangkan bahasa kebangsaan di papan tanda premis peniagaan mereka.Kita juga pernah melancarkan operasi kesalahan ejaan dan tatabahasa pada papan tanda premis perniagaan,lebuhraya dan sebagainya dan mencadangkan ditukar kesalahan tersebut.

2.4 Bidang Sosial

Di samping itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda . Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya.Selain itu, faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasa inggeris yang berleluasa dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat atau digugat.Di samping itu, wujud golongan Inggerisofili yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa inggeri menggugat bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan sebagai bahasa penghantar pendidikan.Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah kini dalam kalangan golongan elit Malaysia timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi.(Hashim Musa: 1996)

[5]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

2.5 Bidang Politik

Apa sudah terjadi kepada bahasa Melayu ?Semua pemimpin negara, pegawai-pegawai tinggi kerajaan , ahli-ahli koporat bercakap bahasa Inggeris dalam siaran-siaran televisyen , mesyuarat, hatta sesame mereka di mana-mana pun.Pada masa kepimpinan mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir, Hussain Onn apa lagi Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman, bahasa Melayu begitu disanjung tinggi . Jarang sekali kita mendengar para pemimpin itu bertutur bahasa Inggeris.Para cendikiawan Melayu (lebih 50 orang Profesor dan Doktor persuratan Melayu) mengadakan beberapa kali kongres iaitu Kongres Bahasa dan pendidikan Melayu,Kongres Agenda Melayu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke IX memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu, akan tetapi terdapat di antara kongres itu hanya dua hari setelah resolusi yang dikirimkan kepada kerajaan ditolak mentah-mentah oleh kabinet.

3.PENDEKATAN

MEMARTABATKAN

DAN

MEMANTAPKAN

BAHASA

MELAYU PADA MASA HADAPAN.

Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa Melayu ,DBP haruslah berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu di luar Negara. Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapat dilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini. Majlis ini merupakan sebuah

[6]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 majlis yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersama

antarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/ Asia Tenggara.

Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia iaitu di Benua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik di peringkat pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelarasan , penyelidikan, penerbitan, kegiatan dan pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu sedunia sudah menunjukkan hasil yang positif. DBP menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 2020 bukanlah satu yang mustahil . Kita memerlukan keazaman yang tinggi daripada pemimpin pentadbiran negara.

Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain,kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa ini.Justeru, guru perlu kratif dan inovatif dalam mencari dan mengubahsuai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar, dalam ,masa yang sama guru juga bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.Selari dengan keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan

[7]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati oleh para pelajar. Dengan itu,bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran dan keperluan semasa.Pendekatan pengajaran dan pembejaran bahasa melayu kursusnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan menggunakan bahasa Melayu yang standard.Keadaan ini memerlukan guru menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Dalam konteks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa.Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam,para guru bahasa Melayu akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang memerlukan bantuan.Justeru,dalam mendepani isu dan cabaran ini pihak berwajib dan guru bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.

Berdasarkan pelbagai Akta dan Dasar Pendidikan Kebangsaan,jelaslah bahawa dalam memartabatkan bahasa Melayu telah diletakkan ditahap yang tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi.Tetapi martabat bahasa Melayu kelihatan terhakis dengan wujudnya Akta Pendidikan 1996.Peruntukan dalam Akta berkenaan jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah dikesampingkan. Dalam hal ini, Abdullah Ayob(1998)Pro.Canselor Universiti Teknologi Malaysia(UTM)menyatakan bahawa para siswa tempatan perlu mempertahankan martabat bahasa kebangsaan kerana

[8]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 kedudukan bahasa kebangsaan sekarang ini berhadapan dengan beberapara banyak tekanan berikutan banyak institusi pengajian tinggi swasta yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.Abdullah menyatakan langkah ini perlu bagi memastikan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa kebangsaan untuk selamalamanya.Oleh itu, tidak perlu wujud kurang keyakinan dalam menggembleng dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS sperti yang dilakukan sebelum ini.IPTS yang baru muncul tidak wajar diberikan kelonggaran semata-mata untuk memberikan peluang dan kesempatan kepada bahasa asing mengambil tempat.Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan selama ini telah banyak membawa kemajuan kepada pembanggunan negara dan dapat menerapkan perpaduan dikalangan rakyatnya. Oleh itu, wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda . sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebail dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yang

Sesuai dengan cabaran dalam pendidikan yang semakin maju, maka keperluan dalam penggunaan teknologi maklumat semakin tinggi. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai

[9]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting, canggih, cekap dan pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya patut bersepadu dengannya. Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjana maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini.Untuk menghadapi cabaran baru dalam era teknologi maklumat dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi bahasa sumber ilmu,bahasa sumber pemodenan,bahasa sumber maklumat,bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi,lebih-lebih lagi bahasa sumber kewangan.Untuk berbuat demikian,lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam teknologi maklumat perlu dihasilkan.Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya lebih banyak pengarang, penyelidik , guru , penerbit dan institusi penyelidikan.Selain itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendak generasi muda yang membesar di hadapan komputer internet, pangkalan data dan portal.Tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan memodenkan bahasa kebangsaan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja.Dengan kata lain,semua pencinta dan penjuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara aktif.

Cabaran Bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris merupakan satu cabaran yang amat besar. Oleh yang demikian, sikap rakyat Malaysia mestilah yakin

[10]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan . Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak menggunakan bahasa Inggeris. Langkah ini akan menjejaskan bahasa Melayu tergugat oleh bahasa Inggeris.

Antara langkah lain yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperluaskan penggunaannya ialah dengan memperkenalkannya pada peringkat antarabangsa. Ia selaras dengan usaha dilakukan negara Eropah dan Asia dengan menggunakan bahasa rasmi tuan rumah pada persidangan yang dianjurkan tanpa

menjejaskan kelancaran majlis berkenaan. Sidang dianjurkan itu tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah kerana wakil negara asing boleh menggunakan alat bantuan penterjemahan bagi mendengar mesej disampaikan negara tuan rumah. Malah terdapat juga ucapan dasar pemimpin negara tertentu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang disampaikan menggunakan bahasa

kebangsaan mereka, dan ia berlangsung dengan lancar tanpa mendapatkan bantahan atau menjejaskan perjalanan forum antarabangsa itu. Menyedari hakikat itu, cadangan yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa acara peringkat antarabangsa dianjurkan di Malaysia mungkin dikendalikan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bukan sesuatu yang janggal, malah ia selari dengan amalan negara lain sama ada di rantau ini mahupun rantau lain. Malah Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, menyampaikan ucapan dasar pada Sidang

[11]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 Kemuncak ASEAN di Jakarta baru-baru ini dalam bahasa Indonesia tanpa sebarang masalah walaupun dihadiri pemimpin pelbagai negara.

Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu yang digunakan di negara ini adalah antara bahasa yang difahami oleh sebahagian besar penduduk di Asia Tenggara atau ASEAN termasuk Malaysia , Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa negara serantau ini.Seperti negara lain,pelaksanaannya dijangka tidak mendatangkan masalah besar dengan syarat kemudahan dan keperluan logistik disediakan. Ini termasuk menyediakan penterjemah yang berkemahiran tinggi dalam bahasa asing yang sering digunakan pada peringkat antarabangsa meliputi bahasa Inggeris, Perancis,Arab,China, India dan Sepanyol.Walaupun Malaysia adalah sebuah negara majmuk bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang dipelajari sejak dari sekolah rendah lagi dan sudah semestinya ia mampu menjadi bahasa pengantara rasmi pada majlis kerajaan dan swasta.Kita berharap cadangan yang dikemukan Muhyiddin Yassin akan mula dilaksanakan olek Kementerian dan jabatan kerajaan serta agensi di bawahnya dengan segera agar menjadi contoh kepada sektor swasta ketika menganjurkan seminar,persidangan dan mesyuarat sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.Selaras dengan itu, adalah wajar menteri dan pegawai tinggi kerajaan mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan pada siding media dan majlis rasmi yang dihadiri mereka bagi menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.

Cabaran Bahasa Melayu apabila berdepan dengan teknologi maklumat , internet, ruang siber dan globalisasi dan liberalisasi ialah pendulum di seluruh dunia telah

[12]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 berayun-ayun ke arah mempelajari dan memperkembangkan bahasa Inggeris, bahasa dunia. Jawapannya ialah terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan kekretivitian kita menggunakan bahasa Melayu.,yang sudah mempunyai kekuatan dan status bahasa ke empat besarnya di dunia.

Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat ini bukan penganugerahan daripada kuasa Tuhan,tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi ,politik dan lain-lain daripada manusia yang menggunakannya. Keajaibannya juga terbukti pada peranannya sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum selepas kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perdagangan dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang bukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semua rakyat bertekad untuk memperkembangannya dalam menghadapi arus globalisasi dan liberalisasi.

Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan dalam memartabatkan dan memantapkan bahasa Melayu diperingkat yang lebih tinggi .Antaranya: 1.Pertama Jemaah Menteri para pemimpin harus berkomunikasi dengan lebih kerap dan teratur dalam bahasa kebangsaan termasuk semasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat rasmi di mana para anggota berkaitan amat biasa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara spontan.

[13]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 2.Setiap Kementerian dan Agensi kerajaan digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan semeluas mungkin bagi mewujudkan suasana kekitaan dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia.

3.Wajar mengadakan garis panduan atau peraturan tertentu bagi menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu kursusnya oleh pihak swasta yang masih jauh ke belakang dalam usaha-usaha penggunaan bahasa kebangsaan.Malah Jemaah Menteri menyarankan supaya para pemimpin berani menggunakan bahasa kebangsaan dan tidak bahasa Inggeris dalam forum-forum dan konvensyen.

4.Kabinet mengambil perhatian bahawa walaupun terdapat beberapa kerat sahaja warga asing di sesuatu forum atau persidangan yang diadakan dalam negeri pengucap langsung memilih berucap dalam bahasa Inggeris

mengetepikan sahaja bahasa Melayu.

5.Diperhitungkan bagaimana bahasa kebangsaan kita boleh dihjadikan sebagai saluran perpaduan dan komunikasi agar Gagasan 1 Malaysia lebih mudah dijayakan bersama oleh semua kaum dalam masyarakat Malaysia.

6.Dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diarah supaya mengusul semua isu yang

[14]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 dibangkitkan di mesyuarat itu dan seterusnya bagaimana cita-cita membina Negara Bangsa ini dapat dijayakan sepenuhnya.

4.

KESIMPULAN/PENUTUP Masa depan dan survival Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bergantung kepada sikap bangga dan komitmen kita untuk memperjuangkannya.Penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks pengajian tinggi adalah penting selaras dengan hasrat kita untuk

menjadi dan mengekalkannya sebagai bahasa ilmu tinggi yang setanding dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain. Usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini akan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi merentasi pelbagai bidang dalam IPT. Ia penting agar penggunaan Bahasa Melayu Tinggi tidak hanya dimonopoli oleh mereka yang berada dalam bidang Bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu sahaja,tetapi meliputi bidang- bidang lain termasuk sains tulen. Ini pastinya akan memberikan perubahan dan impak yang besar terhadap kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri sebagai ilmu yang berwibawa.

Akademik Pengajian Melayu dan resolusi Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Dunia pada 2009 di Johor Bahru, anjuran Akademi Pengajian Melayu , Fakulti Bahasa UPSI,DBP dan Yayasan Warisan Johor, yang mencadangkan satu secretariat atau jawatankuasa kebangsaan bersama mengantarabangsa BM di dunia. APM kini memfokuskan pengantarabangsaan BM di China dan Thailand. Adalah difahamkan bahawa terdapat 160 Pusat Pengajian Melayu dan Indonesia di dunia. APM tidak mampu untuk merealisasikan usaha ini secara sendirian . USM sudah ada hubungan

[15]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 yang mantap dengan universiti-universiti di German, dan secara bersama dapat diperluaskan keseluruhan Eropah, Rusia, dan lain-lain wilayah. SPESBAM juga perlu bekerjasama dengan IPTA/IPTS di Indonesia dan Brunei untuk memperluaskan peranan BM sebagai bahasa antarabangsa.

Bertitik tolak daripada dapatan Kajian Penggunaan Bahasa di IPTA itu. Kementerian telah mengambil daya usaha menyediakan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT yang akan disaksikan pelancarannya tidak lama lagi. Untuk makluman semua, pelan tindakan ini mempunyai EMPAT STRATEGI iaitu Mengukuhkan Bahasa Melayu dalam Pembelajaran dan Pengajaran,Mengukuhkan Bahasa Melayu dalam Penyelidikan dan penerbitan, Meningkatkan Pengiktirafan Akademia Bahasa Melayu dalam pelbagai Disiplin ilmu dan Meningkatkan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Berasaskan empat strategi yang dikenal pasti itu, KPT telah menyenaraikan 25 inisiatif strategik bagi IPT menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan. Ia termasuklah meningkatkan usaha menambah bilangan artikel berindeks dalam Bahasa Melayu dan menambah bilangan penerbitan buku akademik dalam Bahasa Melayu. Selain itu, satu lagi pendekatan penting yang boleh diambil oleh IPT ialah dengan memperkukuhkan jurnal tempatan berbahasa Melayu berkualiti sehingga dapat diindekskan dalam Scopus dan ISI. Jika misalnya kita boleh menetapkan 100 buah jurnal tempatan dalam pelbagai bidang ilmu diindekskan melalui Scopus dan 50 buah pula dalam ISI

[16]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 menjelang tahun 2015, kita sebenarnya telah membuktikan bahawa kita serius untuk memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dan diiktiraf global.

Selain memperkukuhkan Bahasa Melayu dalam konteks Pembelajaran dan Pengajaran serta Penyelidikan,Pelan Tindakan ini juga mengambil kira soal pengiktirafan, pembangunan dan kemajuan karier ahli-ahli akademik. Antara lain Pelan Tindakan ini mewajibkan penerbitan buku atau bahan-bahan akademik dalam Bahasa Melayu sebagai kriteria perjawatan atau kenaikan pangkat, mewujudkan anugerah kepada ahli akademik di peringkat universiti yang cemerlang dalam penerbitan akademik Bahasa Melayu dan menambah kategori anugerah baharu iaitu Anugerah Penterjemah Karya Ilmu dalam Bahasa Melayu dan Anugerah Akademia Bahasa Melayu dalam Anugerah Akademik Negara (AAN) pada masa akan datang. Beberapa langkah dan strategi yang akan kita laksanakan ke arah memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi ialah : -Pertama, mewajibkan semua kursus wajib universiti dikendalikan Tamadunan dalam Bahasa Melayu seperti Kursus Kenegaraan Malaysia,Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara, Hubungan Etnik dan lain-lain; Kedua, meletakkan sasaran 30% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi gugusan sains pada 2020. Dalam tempoh yang sama juga, kementerian juga meletakkan sasaran 70% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi gugusan sains social dan kemanusiaan; Ketiga, mewajibkan pelajar-pelajar antarabangsa mengambil Kursus Bahasa Melayu Komunikasi;

[17]

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101 Keempat,menterjemah penulisan akademik yang dihasilkan dalam Bahasa Inggeris atau bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu melalui Unit Terjemahan yang ditubuhkan pada setiap IPT dan Kelima,mengenai pasti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) ,Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai focul point yang bakal mewujudkan hubungan dengan intitusi luar negara seperti jabatan-jabatan pengajian Melayu dalam usaha menentukan strategi bagi memantapkan pengajian Bahasa Melayu.

Martabat dan status bahasa Melayu perlu dipertahankan yang akan mempertahankannya atau tidak adalah kehendak kita sendiri dalam usaha kita membina, tidak perlu ada usaha meruntuh supaya segala usaha kita tidak akan menjadi sia-sia.Bahasa Melayu perlu terus dipertahankan agar tidak pupus.Bahasa Melayu perlu terus dikembangkan supaya tidak hilang di dunia ini serta dapat mencerminkan bangsa kita.

[18]

You might also like