You are on page 1of 7

TEORI BAHASA Teori Sruktural

SITI ZABIHA BT SELAMAT LEE BOON SIM PPG PEMULIHAN 2

PENGENALAN
TEORI STURKTURAL (BLOOMFIELD) Aliran linguistik ini muncul pada abad ke20. Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Sausure dan Otto Jespersen.
Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa.

KONSEP
Dalam teori ini, bahasa merupakan satu sistem yang mempunyai talian antara unit fonem iaitu sebagai unit bahasa dengan morfem dalam satu unit bahasa. Di samping itu, teori ini menekankan bahasa dalam sebagai satu sistem pertuturan yang arbitrari. Arbitrari menurut kamus dewan edisi keempat ialah,tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti. Dalam teori ini, bahasa merupakan alat komunikasi yang utama dan aspek pertuturan merupakan alat perhubungan asas utama.Kajian ini juga berdasarkan struktur iaitu dimulai dengan fonologi kemudian morfologi dan akhir sekali sintaksis.

RUMUSAN
Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa; i. bahasa ialah satu sistem bunyi ii. bahasa bersifat arbitrari iii. bahasa ialah alat perhubungan

CIRI-CIRI
Dalam teori ini, bahasa dikaji sebagai sistem lambang pertuturan. Bahasa dikaji secara diskriptif, dan bersifat serta empirikal.

Empirikal membawa maksud berdasarkan pemerhatian atau eksperimen iaitu dengan kata lain, boleh diuji.Bahasa yang dianalisis ialah bahasa lisan dengan bersifat structured-centered. Konsituen yang paling kecil dalam teori ini ialah mengecilkan perkataan, diikuti frasa, klausa, subjek, dan predikat.Di samping itu, perkaitan unit tatabahasa dan ayat dianalisis secara konsituen terdekat

HUBUNGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Dalam teori ini pembelajaran lebih kepada berasaskan rangsangan dan gerak balas.Bahan rangsangan untuk penguasaan lisan ditunjukkan dahulu sebelum pengajaran kemahiran menulis. Berbanding teori tradisional, teori ini lebih kepada pengajaran berbentuk induktif. Pengajaran juga berasaskan fakta dalam erti kata lain, ia dijalankan secara formal.Teori ini tidak menekankan penyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Makna perkataan dijelaskan dengan cara memberikan makna yang sama dalam bahasa natif dalam pembelajaran bahasa kedua.

HUBUNGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Huraian bahasa dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran. Huraian bahasa juga menumpukan kajian terhadap morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan katakata itu dalam struktur ayat.
Pada peringkat sintaksis ahli-ahli bahasa struktural memberikan tumpuan pada perkembangan elemen-elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan kemudian mengaitkan setiap konstituen kepada konstituen

You might also like