You are on page 1of 2

Program Rakan Muda ini melalui empat proses perlaksanaan iaitu:

i. Fasa Pengenalan

Program ini mempunyai empat fasa pelaksanaan iaitu "Fasa Pengenalan" yang bermula semenjak dilancarkan dan berakhir pada 31 Disember 1996 telah berjaya menampilkan satu kesedaran dan minat generasi muda mengenai peluang menyertai pelbagai aktiviti sembilan gaya hidup yang ditawarkan.

ii. Fasa Pembangunan

Melalui "Fasa Pembangunan" yang bermula para 1 Januari 1995 dan berakhir 31 Disember 1996, pelaksanaan program ini lebih menumpukan kepada pengisian program dengan lebih menjurus kepada kandungan program serta system pelaksanaan yang lebih berkesan dengan memberikan tumpuan kepada menangani masalah sosial remaja.

iii. Fasa Pemantapan

Di bawah "Fasa Pemantapan" yang bermula 1 Januari 1997 dan berakhir pada 31 Disember 2000, pelaksanaan program telah disusun semula di mana

pelaksanaanya difokuskan mengikut sektor bagi meningkatkan liputan pelaksanaan program dan keberkesanan pembudayaan Gaya Hidup disamping memberi peluang penglibatan yang lebih luas kepada masyarakat dan secara langsung akan mempertingkatkan sokongan masyarakat kepada Program Rakan Muda. Pada masa yang sama just pemantapan Program Rakan Muda meningkatkan imej Program Rakan Muda sedia ada dengan melibatkan peranan 'role model' atau teladan dalam Program Rakan Muda. Ini bertujuan menggerakkan citarasa golongan muda kearah menyertai aktiviti Gaya Hidup yang proaktif dan produktif. Disamping

itu juga penjanaan dan pengurusan aktiviti sukarelawan Rakan Muda diperkenalkan dengan memberi pengiktirafan dan insentif kepada golongan sukarelawan Rakan Muda yang komited dan terlibat dalam menganjurkan Program Rakan Muda. Selari dengan arus perkembangan teknologi terkini, Rakan Muda kini menonjolkan perubahan kepada imej baru melalui pembinaan rakan kongsi tulen di kalangan sektor swasta. IT turut menerapkan satu suntikan baru dengan terlancarnya laman sosial Rakan Muda (www.facebook.com/RakanMudaOfficial) .

iv. Fasa Pengembangan

"Fasa Pengembangan" bermula pada 1 Januari 2001 dan akan berakhir pada 31 Disember 2005, Program Rakan Muda akan dikembangkan sehingga menjadi salah satu institusi sosial yang penting dan diiktiraf oleh masyarakat dengan kemudahan insfrastruktur Rakan Muda di seluruh negara yang lengkap. Pelaksanaan program fasa ini akan dilaksanakan oleh masyarakat di mana pengenalan aktiviti-aktiviti baru yang bersesuaian dengan kehendak generasi muda semasa akan diadakan disamping mewujudkan program bercorak pengembangan di dalam pelbagai bidang baru selaras dengan pembangunan negara.

You might also like