You are on page 1of 8

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

PROJEK: RAK KASUT NAMA : MUHAMMAD AZRI BIN AMIR SUHAIMI BIN SULAIMAN TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN PONTIAN BESAR JALAN PARIT IBRAHIM, 82000 PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM TEMPOH : 1 JULAI 2013 26 JULAI 2013 ANJURAN : GURU PELATIH 8 PISMP RBT/PJ/BM 2 2013 (INTERNSHIP IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM BERSAMA PENTADBIR SK PONTIAN BESAR)

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru, bilik J-Qaf menjadi tumpuan utama kami, dimana apabila kelas dijalankan di bilik-bilik Khas tersebut kasut murid berada dalam keadaan yang tidak tersusun dan merosakan pandangan sekeliling.

OBJEKTIF

i) ii)

Memastikan kasut-kasut sentiasa tersusun di bilik-bilik khas. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

iii)

Menyumbang

tenaga

dan

buah fikiran dalam

sebagai

sumbangan

terhadap sekolah. iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship di sekolah ini. v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

3.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 1 Julai 2013 26 Julai 2013 Tempat : Bilik J-Qaf

4.0 SASARAN

Kegunaan bagi murid-murid dan Guru Sek. Keb Pontian Besar.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi Naib Pengerusi

: :

Encik Buhari bin Japri ( Guru Besar ) Puan Faridah binti Ibrahim ( PK Kokurikulum ) Puan Zarina binti Sidek ( PK Hem )

Setiausaha Bendahari Penyelaras Projek Penolong Penyelaras Kertas Kerja Reka Grafik Ajk Perlaksanaan

: : : : : : : :

Puan Aini Alaweah binti Ismail Puan Salbiah binti Kasmin Suhaimi bin Sulaiman Muhammad Azri bin Amir Muhammad Azri bin Amir Suhaimi bin Sulaiman Suhaimi bin Sulaiman Muhammad Azri bin Amir

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. 1 2 3 4 Sesiku

Perkara

Harga/Kos RM 10 RM 30 RM 5 RM 25 RM 70

Batang paip PVC Gam PVC T junction Jumlah

7.0 SUMBER KEWANGAN

Guru pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

8.0 PERANCANGAN PROJEK Bil. 1 2 Aktiviti Perbincangan mengenai idea membina rak kasut Pembinaan kertas kerja Perbincangan dan pemilihan 2 bersama pihak pentadbiran untuk khidmat nasihat bagi mendapat kelulusan daripada Guru Besar. Bahan dan alatan 3 Projek dimulakan membina rak kasut Kertas Dokumentasi - pelatih Kertas Cadangan Bahan Gambar ilustrasi rak kasut Kertas kerja Tindakan -pelatih -Setiausaha -Pengurus Projek -AJK -Pengerusi Projek -Guru Besar

Refleksi dan dokumentasi

- Pengurus projek

9.0 PENUTUP Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan dikendalikan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Kami berharap projek melukis mural dan kata-kata hikmah ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah di samping mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Pontian Besar. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Pontian Besar.

Disediakan oleh: ....................................... (MUHAMMAD AZRI BIN AMIR) Setiausaha Projek.

Disemak oleh: ........................................ (ENCIK AHMADUN BIN SALLIM) Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan Pontian Besar,

Disahkan Oleh: ................................................ (ENCIK BUHARI BIN JAPRI) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pontian Besar,

Pontian, Johor .

Pontian, Johor.

You might also like