You are on page 1of 6

LAPORAN PELAKSAAN PROJEK INTERNSHIP SEKOLAH KEBANGSAAN BINTONG, KANGAR,PERLIS

NOOR HALIZA BINTI MOHD RAFIE PISMP SEMESTER 8 PEND. JASMANI

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK

: NOOR HALIZA BINTI MOHD RAFIE : 901024-02-5834 : PISMP AMBILAN JANUARI 2010 PEND.JASMANI (B) : SEKOLAH KEBANGSAAN BINTONG : PROJEK JOM SIHAT

TEMPOH PELAKSANAAN : 11 JULAI 2013 HINGGA 25 JULAI 2013

OBJEKTIF:

1. Meningkatkan

kerjasama

dan

koordinasi

pelbagai

agensi

terlibat

bagi

meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan. 2. Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segifizikal, emosi, mental dan rohani sebagai banteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok dan penyalahgunaan dadah. 3. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama. 4. Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan

menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat. 5. Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana mereka berada dan memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah, 6. Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-

LAPORAN PELAKSAAN PROJEK INTERNSHIP SEKOLAH KEBANGSAAN BINTONG, KANGAR,PERLIS


NOOR HALIZA BINTI MOHD RAFIE PISMP SEMESTER 8 PEND. JASMANI

anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

STRATEGI PELAKSANAAN:

Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, dan guru mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Program ini dijalankan selama 2 minggu iaitu bermula dari 11 Julai 2013 hingga 25 Julai 2013. Berikut merupakan strategi pelaksanaan bagi program ini: 1. Sebelum melaksana program ini, guru pelatih telah berbincang dengan guru pembimbing mengenai program yang akan dijalankan. Setelah berbincang beberapa aktiviti telah dipilih bagi menjayakan minggu kesihatan ini. Antara aktiviti yang terlibat ialah ceramah kesihatan, pertandingan buku skrap, tayangan video dan kuiz kesihatan. 2. Setelah berbincang kertas kerja dirangka bagi mendapatkan peruntukan dan kelulusan daripada guru besar bagi menjalankan program ini. Agensi luar yang terlibat dihubungi untuk menyampaikan ceramah berkaitan pemakanan sihat di bulan ramadhan. 3. Seterusnya kertas kerja dihantar kepada guru pembimbing untuk membuat semakan sebelum dihantar kepada guru besar untuk memohon kelulusan program ini.

LAPORAN PELAKSAAN PROJEK INTERNSHIP SEKOLAH KEBANGSAAN BINTONG, KANGAR,PERLIS


NOOR HALIZA BINTI MOHD RAFIE PISMP SEMESTER 8 PEND. JASMANI

4. Setelah mendapat kelulusan daripada guru besar, pihak agensi luar yang terlibat dihubungi sekali lagi bagi mendapat keputusan dan memastikan kehadiran mereka untuk menyampaikan ceramah. 5. Setelah menyiapkan brosur dan cenderahati untuk penceramah jemputan, persiapan tempat dibuat untuk melaksanakan aktiviti pertama bagi Program Jom Sihat ini iaitu ceramah Pemakanan Sihat di Bulan Ramadhan. 6. Pada 11 Julai 2013, ceramah Pemakanan Sihat di Bulan Ramadhan diadakan selama setengah jam daripada pegawai kesihatan dari klinik kesihatan Kangar. Seterusnya program diteruskan dengan pertandingan buku skrap kesihatan . Pertandingan buku skrap ini hanya melibatkan murid tahun tahun 3, tahun 4, tahun 5, dan tahun 6. 7. Pertandingan melukis dan mewarna sempena program jom sihat diadakan pada 18 Julai 2013 pada jam 1.00 petang. Pertandingan mewarna melibatkan tahun 1 dan tahun 2 manakala pertandingan melukis hanya melibatkan tahun 3. 8. Tayangan video diadakan pada 25 Julai 2013 dan pertandingan kuiz diadakan sejurus selepas tayangan video.

LAPORAN PELAKSAAN PROJEK INTERNSHIP SEKOLAH KEBANGSAAN BINTONG, KANGAR,PERLIS


NOOR HALIZA BINTI MOHD RAFIE PISMP SEMESTER 8 PEND. JASMANI

REFLEKSI 1) KEKUATAN PROGRAM / AKTIVITI Program Jom Sihat ini bertujuan memberi pengetahuan kepada murid agar sentiasa menjaga tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah terutama di bulan puasa. Kelebihan dan kekuatan program ini adalah murid berpeluang mendapat pengetahuan yang dalam pengambilan pemakanan sihat terutama di bulan puasa. Melalui aktiviti ceramah yang telah dijalankan murid didedahkan cara pengambilan makanan mengikut piramid makanan dengan betul. Selain itu, murid juga diberi tips pemakanan yang sihat semasa dibulan puasa yang telah disampaikan oleh penceramah pada hari tersebut. Antara tips yang diperolehi oleh murid, guru dan warga sekolah melalui ceramah yang disampaikan ialah pembahagian masa makan yang betul iaitu merangkumi masa berbuka, makan malam dan ketika bersahur bagi mengelak pengambilan makanan berlebihan ketika berbuka sekiranya seseorang tidak mengambil makan malam atau tidak bersahur. Selain itu juga, penceramah menjelaskan agar mengutamakan makanan yang tinggi serat dengan meningkatkan pengambilan bijirin seperti beras perang, roti mil penuh dan kekacang. Bukan itu sahaja, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan juga merupakan sumber makanan yang sangat kaya dengan serat. Pengambilan serat yang tinggi semasa sahur dapat mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama di siang hari dan memberi tenaga agar aktiviti harian dapat dilakukan seperti biasa berbanding bulan-bulan yang lain. Manakala pengambilan serat yang mencukupi semasa berbuka dapat memberi tenaga segera, meneutralkan rembesan asid berlebihan di dalam perut sekaligus dapat mengawal glukosa darah khususnya kepada penghidap diabetes.

LAPORAN PELAKSAAN PROJEK INTERNSHIP SEKOLAH KEBANGSAAN BINTONG, KANGAR,PERLIS


NOOR HALIZA BINTI MOHD RAFIE PISMP SEMESTER 8 PEND. JASMANI

Dalam ceramah yang disampaikanm, beliau juga menyarankan minum air dengan banyak sekitar 8 hingga 12 gelas di antara waktu berbuka hingga waktu sahur terutamanya air kosong. Ini bagi memastikan tubuh mendapat cukup air untuk berfungsi di siang hari. Antara tips lain yang disampaikan ialah memilih kaedah masakan yang lebih sihat seperti memanggang, stim dan sup berbanding menggoreng, menyediakan menu berasaskan santan atau terlalu berempah dant erlalu pedas. Kurangkan penggunaan minyak atau santan ketika memasak dan buang lemak atau kulit pada ayam dan daging sebelum memasak. Makan dan kunyah dengan perlahan-lahan ketika berbuka kerana setiap orang akan cenderung untuk makan berlebihan ketika perut lapar. Tips pemakanan yang sihat yang disampaikan oleh penceramah jemputan sangat memberi manfaat kepada murid-murid serta guru-guru sekolah ini. Sepanjang ceramah yang dijalankan murid aktif memberi respon ketika disoal oleh penceramah jemputan. Namun disebalik pengetahuan yang diperolehi melalui aktiviti ceramah ini, saya dapat melatih diri untuk berkomunikasi dengan pihak luar dalam menguruskan program untuk dijalankan di sekolah. Oleh hal demikian sedikit sebanyak ia membantu saya meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Sejurus tamat aktiviti ceramah ini, program diteruskan dengan pertandingan buku skrap yang melibatkan murid tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Melalui pertandingan yang dijalankan saya dapat melihat murid mengaplikasi pengetahuan mereka dalam mengenal pasti makanan yang seimbang. Murid-murid memberi kerjasama yang baik sepanjang aktiviti yang dijalankan. Selain itu, penglibatkan murid juga amat memuaskan apabila semua murid terlibat secara langsung sepanjang pertandingan dijalankan. Mereka bertungkus-lumus

LAPORAN PELAKSAAN PROJEK INTERNSHIP SEKOLAH KEBANGSAAN BINTONG, KANGAR,PERLIS


NOOR HALIZA BINTI MOHD RAFIE PISMP SEMESTER 8 PEND. JASMANI

menyiapkan buku skrap mengikut tajuk yang telah ditetapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan iaitu satu jam.

You might also like