You are on page 1of 7

1.

0 TUGASAN 1: PENYELESAIAN MASALAH

Berikut merupakan sebutharga bagi pembaikan yang akan dilakukan:

Kos pemasangan awning : RM12/kaki persegi Kos menukar tingkap baru : RM20/kaki persegi

Berikut merupakan unit ukuran dalam sistem metrik yang saya guna:

1 kaki = 12 inci 1 inci = 2.54 cm 1m = 100cm

1.1 Pengiraan harga bagi tingkap baru 61cm

244cm

Lebar tingkap

: 61cm 2.54cm 24 inci 12 inci

= 24 inci = 2 kaki = 96 inci = 8 kaki = 16 kaki persegi = RM320 = RM1600

Panjang tingkap

: 244cm 2.54cm 96 inci 12 inci

Luas 1 tingkap Harga bagi 1 tingkap

: 8 kaki x 2 kaki : 16 kaki x RM 20

Harga bagi 5 buah tingkap : RM320 x 5

1.2 Pengiraan harga awning pada setiap tingkap 65cm 1m *75cm

Panjang awning

: 65 cm 2.54 cm 25.59 inci 12 inci

= 25.59 inci = 2.13 kaki = 29.53 inci = 2.46 kaki = 5.24 kaki persegi = RM 62.88 = RM 314.40

Lebar awning

: 75 cm 2.54cm 29.53 inci 12 inci

Ukuran awning Harga 1 awning Harga 5 awning

: 2.13 kaki x 2.46 kaki : 5.24 x RM12 : RM62.88 x 5

* lebar mengikut kesesuaian sendiri.

1.3 Pengiraan harga awning keseluruhan dinding

12m

*2m

Panjang: 12 m = 1200cm Lebar : 2m = 200cm

Panjang awning : 1200cm 2.54cm 472.44 inci 12 inci Lebar awning : 200cm 2.54cm 78.74 inci 12 inci Ukuran awning Harga awning : 39.37 kaki x 6.56 kaki : 258.27 kaki x RM12

= 472.44 inci = 39.37 kaki = 78.74 inci = 6.56 kaki = 258.27 kaki persegi = RM3099

* lebar mengikut kesesuaian sendiri

PERBANDINGAN DAN JUSTIFIKASI PILIHAN

Bil 1 2 3

Kaedah Penyelesaian Tingkap baru Awning setiap tingkap (5 tingkap) Awning keseluruhan dinding

Kos RM 1600.00 RM 314.40 RM 3099.00

Jaminan yang diberi 60% -

Berdasarkan jadual di atas, pemasangan awning pada 5 buah tingkap mencatatkan harga yang paling murah iaitu, RM314.40, diikuti oleh pemasangan tingkap baru, RM 1600 dan juga pemasangan awning keseluruhan pada dinding, RM 3099. Saya memilih untuk memasang awning pada keseluruhan dinding rumah. Walaupun harganya jauh mahal berbanding dengan pemasangan awning pada setiap tingkap dan penukaran tingkap baru, ia lebih menjamin masalah kemasukan air ke dalam rumah tidak akan berlaku lagi. Selain itu, awning ini mampu mengelakkan pancaran matahari terik ke arah bilik rumah, sekaligus mengelakkan ruangan rumah menjadi panas. Seterusnya, awning pada keseluruhan dinding tidak memerlukan ukuran satu persatu. Hal ini lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan awning pada setiap tingkap. Ukuran yang tidak sesuai kemungkinan besar akan menambahkan lagi masalah kemasukan air ke dalam rumah saya. Pemasangan tingkap pula, hanya mampu memberi jaminan sebanyak 60% tidak dimasuki air. Perkara ini memerlukan saya membuat pembaikan semula kepada tingkap tersebut. Meskipun kontraktor tidak mengenakan sebarang caj tambahan, hal ini agak meyusahkan saya kerana saya perlu menunggu hari hujan bagi mengenalpasti masalah yang terdapat pada tingkap baru saya. Awning pada keseluruhan dinding juga adalah lebih menarik kerana kini awning mempunyai reka bentuk yang pelbagai. Malah saya tidak perlu memasang langsir pada tingkap saya apabila pancaran matahari tidak memancar terik melalui tingkap rumah, sekaligus lebih menjimatkan kos. Kesimpulannya, pemasangan awning pada keseluruhan dinding adalah pilihan yang tepat bagi rumah saya kerana ia lebih tahan untuk jangka masa yang lama. Kos yang tinggi tetapi, keselamatan rumah terpelihara.

2.0 TUGASAN 2: PENULISAN REFLEKTIF

Sejauhmana literasi nombor membantu saya membuat keputusan yang lebih bijak.

Literasi nombor berkait rapat dengan kecekapan seseorang dalam memahami dan menggunakan idea idea matematik. Ia juga merupakan kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan matematik bagi mencari punca dan seterusnya bijak menguruskan langkah penyelesaian masalah matematik yang asas mahupun kompleks dalam pelbagai situasi kehidupan sebenar.

Dalam Tugasan 1, saya telah memilih untuk memasang awning pada keseluruhan dinding rumah. Meskipun harganya, jauh lebih mahal berbanding dengan pemasangan tingkap baru dan pemasangan awning pada setiap tingkap, ia lebih menjamin masalah kemasukan air tidak berlaku lagi. Pemasangan awning ini juga lebih senang kerana hanya memerlukan ukuran dinding dan pemilihan lebar awning mengikut kesesuaian rumah masing masing. Malah, pemasangan awning adalah lebih menarik dan banyak digunakan pada rumah rumah pada masa kini.

Secara amnya, saya banyak menggunakan anggaran dalam kehidupan harian saya. Kelebihan penganggaran adalah, kita boleh membuat anggaran nilai awal bagi mengelakkan masalah yang lebih besar timbul. Anggaran yang tepat mampu menangani masalah kerugian, terutamanya dalam pengiraan. Seterusnya, penganggaran juga membantu membantu saya dalam melakukan pengiraan secara fleksibel. Kemahiran anggaran yang betul akan memperkukuhkan lagi kemahiran dalam strategi matematik seseorang individu, terutamanya dalam pengiraan yang melibatkan pembundaran nombor atau nilai.

Sejak saya melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelantan, saya mula belajar cara menguruskan wang yang lebih berkesan. Jika dahulu, wang saya masih lagi diuruskan oleh kedua dua ibu bapa saya. Kini, saya terpaksa membuat 5

penganggaran yang betul bagi memastikan perbelanjaan saya tidak melebihi had. Elaun pada setiap semester ialah RM3100. Terlebih dahulu saya akan menggunakan wang tersebut untuk membeli tiket penerbangan ulang alik ke Sarawak untuk setiap cuti semester, iaitu Jun dan November. Saya menetapkan RM800 untuk kos penerbangan saya. Selebihnya RM2300, saya gunakan sebagai perbelanjaan saya buat satu semester, iaitu RM383.33 sebulan.

Dalam kes ini, setelah membuat penganggaran, saya mampu melihat sendiri jumlah wang patut saya gunakan bagi setiap bulan. Saya hanya membeli barang keperluan asas sahaja. Pada masa yang sama, saya belajar berjimat cermat dan bertanggungjawab dalam kehidupan saya. Saya sudah berjaya menempuhi 5 semester di IPG ini dengan mengunakan kemahiran anggaran ini dalam pengurusan wang saya. Malah, saya mengaplikasikan kemahiran anggaran ini pada beberapa situasi, seperti penganjuran suatu pertandingan atau majlis rasmi di sekolah.

Kelemahan penganggaran pula, anggaran dan andaian yang dibuat, kadang - kalanya tidak tepat. Kedua, penganggaran yang salah mampu merugikan seseorang individu atau pihak yang lain. Ketiga, penganggaran akan berubah mengikut situasi di sekelilingnya. Keempat, penganggaran yang dilakukan selalunya tidak menyeluruh sehingga menimbulkan jawapan yang tidak munasabah. Seterusnya, penganggaran adalah berbeza dalam kalangan individu. Oleh itu, kebanyakkannya, penganggaran tidak mampu memberi keputusan yang tepat.

Pengalaman anggaran saya yang tidak tepat ialah dalam kes pembelian tiket ulang alik, Kota Bharu ke Sarawak. Saya selalu membeli sendiri tiket penerbangan menerusi pembelian secara online. Saya perlu mencari anggaran masa perjalanan yang tepat bagi mengelakkan masalah penerbangan yang bakal berlaku. Masalah yang sering berlaku ialah, saya sering ketinggalan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak, di atas kelewatan

penerbangan dari Kota Bharu. Di sini, saya gagal memberi anggaran masa yang betul kerana jarak masak di antara dua penerbangan adalah sangat dekat. Penyelesaiannya, saya akan memilih penerbangan yang jaraknya ialah 3 hingga 4 jam.

Terdapat beberapa ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi dari kemahiran penganggaran ini. Pertama, saya mampu menghasilkan satu jawapan yang hampir untuk membolehkan saya membuat keputusan yang lebih baik. Kedua, penganggaran melatih saya untuk lebih fleksibel dalam pengiraan saya, bagi pelbagai bentuk situasi. Ketiga, proses penganggaran telah melatih saya dalam memperkukuhkan lagi konsep matematik dalam kehidupan harian saya, secara keseluruhannya. Keempat, penganggaran membantu saya membuat keputusan dengan lebih yakin dan berani mencuba.

Malah, sebagai seorang individu yang masih bergelar pelajar, penganggaran membawa kesan dalam hidup saya. Dalam membuat keputusan terutamanya, saya telah mampu membuat keputusan dengan lebih bijak setelah merasai sendiri proses penganggaran dalam pengurusan masa, kewangan dan situasi yang lain. Sebagai bakal guru nanti, saya harus bijak dalam menguruskan waktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu merancang strategi yang tepat bagi menghasil pengajaran yang berkualiti sekaligus bertanggungjawab dalam profesion keguruan.

Secara kesimpulan, literasi nombor telah banyak membantu saya dalam membuat keputusan yang bijak. Literasi nombor telah melatih saya dalam mengaplikasikan strategi yang sesuai untuk menyelesaikan pelbagai situasi dalam kehidupan harian saya. Kemahiran literasi nombor ini telah lama wujud dalam diri. Tetapi penambahbaikan haruslah dibuat bagi

membantu saya lebih yakin untuk menggunakan matematik bagi menangani cabaran kehidupan harian.

(706 patah perkataan)

You might also like