You are on page 1of 4

LAPORAN HARI SUKAN NEGARA 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK KEPAYANG

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Teluk Kepayang

Tarikh : 10 Oktober 2018 (Sabtu)

Masa : 7.45 – 10.30 pagi

Tempat : Padang SKTK

Bilangan Peserta

Guru : 5 orang

Pelajar : 83 murid

Ibu bapa : 30 orang

Aktiviti Hari Sukan Negara

Majlis pelancaran Hari Sukan Negara telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Teluk
Kepayang pada hari 10 Oktober 2018. Majlis telah dijalankan pada jam 7.45 pagi bertempat
Tapak Perhimpunan.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah :

1. Senamrobik

Murid-murid bersama semua guru telah menjalankan senamrobik bersama jawatankuasa Hari
Sukan Negara diketuai oleh Cik Yuvarani.

Murid-murid menjalankan aktiviti senamrobik


2. Acara murid lelaki/perempuan

Murid lelaki dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memulakan acara murid lelaki. Kumpulan
pertama diberi nama Hang Jebat manakala kumpulan kedua Hang Tuah. Murid perempuan
turut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Tun Teja dan Tun Fatimah. Acara murid
lelaki dan perempuan telah dirancang dan dijalankan oleh Puan Mohaya dan Encik Ramli. Tiga
permainan kecil telah dijalankan iaitu :

a) Lari bawa pundi kacang


b) Masuk air dalam botol
c) One two som
Acara murid lelaki dan perempuan

3. Acara kaum bapa

Seterusnya, acara kaum bapa telah dijalankan iaitu baling gelung ke dalam botol. Seramai 8
orang telah menyertai acara ini. Peserta yang berjaya memasukkan paling banyak gelung
digelar sebagai pemenang. Acara kaum bapa telah dirancang dan dijalankan oleh Encik
Hamdan.

4. Acara kaum ibu

Acara diteruskan lagi dengan acara kaum ibu iaitu musang berjanggut. Seramai 5 orang telah
menyertai acara ini. Para ibu diberi pingganyang dicampur kacang hijau, kacang dhal, kacang
merah dan bubur caca dan peserta perlu asingkan mengikut kategori dalam masa lima minit.
Pemenang telah dinilai dari aspek pengasingan kacang yang paling rapi. Acara kaum ibu telah
dirancang dan dijalankan oleh Puan Maziah.

Acara kaum ibu


Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang

Penutup

Konklusinya, Hari Sukan Negara yang telah diadakan di seluruh Negara pada 10 Oktober 2018
turut diadakan di SK Teluk Kepayang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program ini.

You might also like