You are on page 1of 6

LAPORAN PAMERAN MALAM APRESIASI SENI 2011 1.

0 SEBELUM PAMERAN

Sebelum Malam Apresiasi Seni berlangsung iaitu pada minggu kuliah, pensyarah kursus Apresiasi Seni (UK 00602) telah mengarahkan dan menerangkan kepada pelajar kursus Apresiasi Seni bahawa, setiap pelajar harus membentuk beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan haruslah terdiri daripada 4 orang ahli (minimum) dan 10 orang (maksimum). Setiap kumpulan diberikan pilihan samada memilih persembahan ataupun pameran untuk dinilai pada Malam Apresiasi Seni. Maka, kami telah membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli dan telah memilih pameran iaitu pameran kraftangan untuk dinilai pada hari tersebut. Kami telah memilih untuk menghasilkan kraftangan seperti aksesori wanita (barang-barang Kristal) dan keychain telefon bimbit serta kraftangan yang lain. Beberapa tindakan telah diambil selepas mengenalpasti seni kraftangan yang bakal dihasilkan. Antaranya ialah: 1. Mengenalpasti dan menyenaraikan bahan-bahan atau peralatan yang diperlukan untuk membuat kraftangan tersebut. 2. Membuat tinjaun atau servey bahan-bahan dan peralatan tersebut di beberapa buah kedai. 3. Membuat bajet yang diperlukan untuk membeli bahan dan peralatan tersebut 4. Membeli bahan-bahan atau peralatan yang diperlukan atau yang telah disenaraikan. 5. Bahan-bahan yang telah dibeli, telah dikumpul dan ahli kumpulan mula mereka dan membuat kraftangan berdasarkan kreativiti masing-masing. 6. Setiap ahli kumpulan berjaya menghasilkan beberapa aksesori dan keychain (objektif tercapai). 7. Hasil kraftangan tersebut telah dikumpul dan disimpan di tempat selamat agar tidak rosak.

2.0

SEMASA PAMERAN

Sebelum pemeran bermula, ahli kumpulan telah datang awal untuk membuat persiapan seperti menghias meja, mengatur alatan dan mempamerkan hasil kraftangan. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kraftangan turut dibawa dan dipamerkan bersama-sama hasil kraftangan tersebut. Selain itu, hasil seni lain iaitu rumah kotak turut dipamerkan sebagai bahan pemeran tambahan. Rumah yang dibuat menggunakan kotak ini telah dihasilkan oleh salah seorang daripada ahli kumpulan kami yang mana pelajar tersebut mempunyai kemahiran untuk membuat seni tersebut. Di sini menunjukkan setiap ahli kumpulan mempunyai kemahiran dalam berseni walaupun masih dalam tahap permulaan. Sepanjang pameran berlangsung, ahli kumpulan tidak berdiam diri sahaja kerana, setiap ahli kumpulan bersungguh-sungguh untuk meneruskan seni mereka dengan membuat lebih banyak hasil kraftangan. Antaranya ialah, gelang tangan, rantai, keronsang (aksesori kristal), keychain, klip rambut dan sebagainya. Disamping itu, seni kraftangan ini telah menarik minat pengunjung dan peserta pemeran lain tidak kira perempuan mahupun lelaki untuk mempelajari cara-cara untuk membuat kraftangan tersebut. Di sini, setiap ahli kumpulan memainkan peranan untuk mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang ingin belajar. Akhirnya, setiap pengunjung yang berminat mempelajari seni kraftangan ini berjaya menghasilkan kraftangan yang dihasilkan oleh mereka sendiri dengan bantuan daripada ahli kumpulan kami. Sesi penilaian oleh pensyarah Apresiasi Seni iatu Pn. Asmiaty dan Pn. Larisa Nikitina telah bermula lebih kurang pada pukul 2:00 petang. Setiba di meja pameran kumpulan kami, kami telah disoal dan pensyarah telah mengarahkan ahli kumpulan untuk menunjukkan cara-cara membuat kraftangan tersebut. Salah satunya adalah menunjukkan cara membuat gelang s menggunakan bahan atau batu kristal.

Gambar 1: Hasil Kraftangan yang dipamerkan

Gambar 2: Kesungguhan dan kerjasama antara ahli kumpulan

Gambar 3: Pengunjung yang berminat mempelajari seni kraftangan dan dibantu oleh ahli kumpulan

Gambar 4: Antara pengunjung yang datang berkunjung ke pameran kami

3.0

SELEPAS PAMERAN

Di akhir pameran, setiap ahli kumpulan bersama-sama mengemas barang-barang pameran dan peralatan yang telah digunakan dan membersihkan kawasan pameran. Sampah-sarap yang terdapat di sekitar meja pameran telah dipunggut dan dimasukkan ke dalam kotak sampah. Ketua kumpulan sentiasa memastikan agar tidak ada sampah-sarap yang tertinggal begitu juga dengan barang-barang pameran.

4.0

MASALAH YANG DIHADAPI SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PAMERAN 1. Tempat perjumpaan yang diadakan di kawasan perkarangan Dewan Canselor sewaktu pengundian meja diadakan memberi masalah kepada kami memandangkan perjumpaan di jalankan pada waktu malam dan cuaca pada minggu tersebut adalah mendung dan hujan. Kawasan tersebut agak gelap dan hujan yang lebat turun mencurah-curah menyebabkan seorang rakan saya demam selepas menghadiri perjumpaan itu. Kawasan itu tidak sesuai dijadikan tempat pertemuan, walaupun mereka mengubah tempat perbincangan ke anjung siswa pada saat-saat terakhir. 2. Masalah perubahan meja dilakukan pada saat-saat terakhir kerana ada peserta yang menarik diri. Ini menyebabkan berlaku kekeliruan dan perbalahan. Ajk Pelaksana agak lewat datang ke tapak pameran dan ada sesetengah ajk yang tidak mengetahui susun atur tapak pameran. Ini menyusahkan pihak kami yang terpaksa mengangkat meja sendiri dan ketika menyiapkan tapak pameran, seorang ajk mengarahkan kami berpindah sekali lagi kerana nombor meja kami telah dirombak semula oleh pihak urusetia.

5.0

CADANGAN-CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Seharusnya ajk pelaksana memilih tempat yang sesuai dengan mengambil kira faktor cuaca dan keadaan kawasan. Perpustakaan atau Foyer DKP merupakan tapak pertemuan yang dilihat strategik berbanding Dewan Canselor. 2. Sebaiknya pihak pengurusan pameran diberi taklimat keseluruhan perjalanan program dan susun atur pameran walaupun ianya bukan di bawah portfolio mereka bagi
5

memastikan perjalanan dan susun atur program berjalan dengan lancar. Sekiranya ada perubahan pada saat-saat terakhir, adalah lebih baik peserta dimaklumkan sebelum hari pameran dan persembahan dijalankan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Di zaman sains dan teknologi, adalah tidak salah memaksimumkan penggunaan teknologi sebagai medan perhubungan seperti mencipta group atau page di dalam Facebook sebagai salah satu medan interaktif dalam penyampaian maklumat. Ini bukan sahaja menjimatkan kos tapi juga membantu para pelajar untuk menggunakan kemudahan sedia ada dalam memastikan mereka sentiasa mengikuti perkembangan terbaru. Dengan adanya group Facebook para peserta boleh mengetahui gerak kerja dan maklumat-maklumat terbaru tentang program Apresiasi Seni.

You might also like