You are on page 1of 30

PENGENALAN

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.

Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

PENGENALAN PORTFOLIO
Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang.

CIRI-CIRI PORTFOLIO
Dokumentasi yg b'struktur

Kandungan secara kronologi

Kolaboratif

Pembelajaran interaktif

Fleksibel

KEGUNAAN PORTFOLIO
Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.

Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar Mempelbagaikan bukti penilaian. Membolehkan penilaian dalam bidang afektif.

PENGUMPULAN MAKLUMAT

Pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.

Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail.

CONTOH: SUMBER ILHAM


Merujuk kepada bahan yang sedia ada yang dijadikan ilham oleh pelajar. Antara sumber ilham yang boleh di dapati ialah maklumat daripada internet seperti gambar atau karya-karya yang sedia ada.

PENILAIAN PORTFOLIO
PERKEMBNGAN OLAHAN IDEA

LAKARAN
DAN PENYELIDIKAN

LUKISAN KAJIAN

EKSPERIMENTASI BAHAN DAN TEKNIK

PROSES DAN PENGHASILAN

PERKEMBANGAN OLAHAN IDEA


Olahan subject matter (contoh tel bimbit, figura manusia) sama ada nak jadikan separa realistik (dipermudahkan) atau diabstrakkan.

PERKEMBANGAN OLAHAN IDEA:

LAKARAN DAN PENYELIDIKAN


Terdapat dua unsur penyelidikan semasa penghasilkan karya kerja kursus: 1) Penyelidikan perdasarkan maklumat dari media elektronik dan media konvensional. 2) Penyelidikan dan kajian berdasarkan visual yakni melalui lakaran dan perkembangan idea.

Dua unsur penyelidikan atau kajian ini dapat membantu calon dalam memperolehi sebuah karya yang bermutu kerana karya yang dihasilkan bukanlah berdasarkan dari segi pengaruh semata-mata sebaliknya mempunyai kajian yang mendalam dari segi aspek bentuk, konteks dan makna.

CONTOH LAKARAN DAN PENYELIDIKAN

LUKISAN KAJIAN
Lukisan berupa kajian adalah dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuhtumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek tumbuhtumbuhan dan haiwan.

Selain itu juga, lukisan kajian juga merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contoh, memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.

EKSPERIMENTASI BAHAN DAN TEKNIK


Teknik Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan memerlukan latihan yang berterusan. Guru harus menekankan pembelajaran teknik-teknik melukis. Antaranya teknik yang paling popular ialah teknik Gesture yang menjadi satu identiti dalam karya. Walau bagaimanapun banyak teknik-teknik boleh diterokai untuk mendapatkan mutu karya yang baik.

TEKNIK DALAM PENGHASILAN KARYA


TEKNIK GESTURE

TEKNIK TITIK

TEKNIK

TEKNIK KONTUR

TEKNIK STRUKTUR

Teknik Gesture:

Teknik Kontur:

Teknik struktur:

Teknik titik:

BAHAN

Kesan penggunaan bahan yang berbeza: pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk @ rupa pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan / lorekan bagi memperlihatkan struktur objek yang dilukis. pen pelbagai saiz mata digunakan bagi memperlihatkan jenis garisan yang digunakan.

apabila membuat garisan / lorekan, pen hendaklah dikawal sebaik-baiknya untuk memdapatkan kesan yang dikehendaki. garisan/ lorekan perlu dibuat dengan konsisten. jika perlu, kertas lukisan hendaklah dipusing-pusingkan untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.

PROSES DAN PENGHASILAN


Meneliti secara keseluruhan benda atau imej. Melihat kedudukan imej yang yang hendak dilukis mengikut aras mata. Melakar rupa asas benda atau imej yang hendak dilukis. Meneliti arah cahaya untuk menampakkan unsur ruang pada subjek yang dikehendaki serta memahami jarak sesuatu benda yang wujud dalam ruang perspektif. Mengaplikasikan unsur seni reka seperti jalinan, bentuk dan tona warna serta prinsip seni reka seperti keseimbangan, penegasan, kesatuan, dan harmoni

Proses penghasilan karya akan bermula dengan suatu tema atau tajuk. Bermula dari permasalah tema maka calon akan bekerja mencari idea bagi merealisasikan sebuah karya. Pada peringkat awal proses mengumpul maklumat dan visualisasi adalah langkah kearah mendapatkan idea sebenar. Disamping itu pemetaan konsep yang kreatif sangat penting dalam proses visualisasi. Paling penting adalah penentuan media dan teknik untuk disesuaikan dengan gubahan. Proses gubahan karya pula perlu menggambil kira elemeneleman bahasa seni visual. Di bawah ini adalah rajah proses penghasilan pengkaryaan.

CONTOH PROSES DAN PENGHASILAN: Langkah 1 Kaji subjek yang hendak dilukis dan bahagikan subjek kepada bentuk-bentuk mudah

Langkah 2 Mulakan dengan membuat bentuk-bentuk geometrik yang mudah. gunakan pensil dahulu

Langkah 3 Gunakan garisan bandingan menegak dan melintang untuk membetulkan subjek pada kertas lukisan. Betulkan dengan menggunakan pensil.

Langkah 4 Buatkan perincian dengan pensil pada subjek yang dilukis. Perincikan bahagian ton cerah dan juga ton gelap.

Langkah 5 Dengan menggunakan pen, lukis nkembali ke atas lakaran pensil yang dibuat. Dengan pelbagai teknik garisan, perincikan subjek yang dilukis. Utamakan nilai ton cerah dan gelap dalam subjek.

You might also like