You are on page 1of 13

SISTEM LIGA

Muhammad Ala Hadrame Bin Mohd Noh Mohd Ruzaifi Bin Abd Rasid Nurfazlina Bte Rahim Afiqah Bte Adanan

Definisi Sistem Liga

Sistem liga adalah satu hierarki liga dalam satu sukan yang biasanya pasukan-pasukan boleh dilayakkan atau disingkirkan, bergantung pada kedudukan akhir atau playoff. Mereka adalah sering kali dikenali piramid akibat kecenderungan mereka untuk mempunyai lebih (serantau) divisyen di dasar.

(Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM)

Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu pusingan, liga 2 pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan. Jika peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, pertandingan itu dikenali sebagai separa liga.

Sistem liga digunakan apabila pihak penganjur mempunyai masa dan pengawai yang mencukupi.
Setiap pasukan yang memenangi sesuatu perlawanan akan diberikan dua atau tiga mata . seri diberikan satu mata setiap pasukan dan kalah tidak mendapat sebarang mata.

Pasukan yang memungut mata terbanyak akan dikira sebagai johan atau pemenang, dan jumlah mata kedua terbayak dikira sebagai naib johan dan begitulan jumlah seterusnya.
Jika terdapat lebih daripada satu pasukan yang mendapat markah sama maka pengadil boleh menentukan pemenang dengan cara perbezaan atau ada juga yang mengadakan perlawanan ulangan. Walaubagaimanapun, hal ini perlulah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum pertandingan ditamatkan.

Kebaikan dan Keburukan Sistem Liga

Kebaikan sistem liga

1. Setiap pasukan akan berpeluang untuk bermain antara satu sama lain samada bermain sekali atau dua kali (timbal balik)
2. Memberi peluang kepada semua pasukan untuk bermain lebih banyak perlawanan. 3. Sistem ini memberi peluang kepada pasukan yang kalah untuk bermain dan mungkin boleh memenangi pertandingan tersebut.

4.

Memberi peluang kepada setiap pasukan untuk membuat penilaian terhadap ahli pasukan sendiri mahupun terhadap pihak lawan.
Memberi latihan pertandingan kepada pemainpemain. Ini kerana mungkin ada pasukan yang sudah tidak ada peluang untuk menjuarai pertandingan tersebut. Minat pertandinagn dikekalkan dan juara sebenar dapat diketahui kerana tidak bergantung kepada nasib

5.

6.

Kelemahan sistem liga


1. Mengambil masa yang agak lama untuk ditamatkan. 2. Memerlukan kos yang lebih banyak dan ini membebankan pasukan-pasukan yang bertanding. 3. Kadang-kadang johan dapat diketahui sebelum perlawanan tamat dan keadaan ini menjadikan perlawanan selepas itu kurang menarik dan sekadar menghabiskan jadual pertandingan sahaja.

PERTANDINGAN LIGA BERKUMPULAN

Sekiranya terdapat banyak petanding yang menyetai pertandingan,pengelola boleh menggunakan pertandingan cara liga kumpulan. Petanding-petanding yang bertanding dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Semua petanding akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing untuk menentukan pemenang pusingan pertama.

Pemenang-pemenang dari setiap kumpulan akan berjumpa sekali lagi dalam pusingan kedua akhir dan bertanding secara liga juga untuk menentukan kedudukan masing-masing. Setiap petanding mencabut undi untuk menentukan kumpulannya dalam pusingan pertama bagi menentukan kumpulan. Biasanya prosedur untuk menentukan kumpulan bagi pusingan seterusnya dimaklumkan dalam Peraturan-peraturan Pertandingan dan dijelaskan dalam jadual pertandingan yang disediakan oleh pihak pengelola.

Sebaliknya, johan dan naib johan yang lepas hendaklah diasingkan dan mencabut undi untuk kumpulan yang berlainan.

Ini hanya untuk perlawanan pusingan pertama/awal. Keputusan pertandingan secara liga kumpulan boleh ditunjukkan dengan menggunakan format kotak dan biasanya disediakan seiring dengan jadual pertandingan oleh pihak pengelola.
Pembentangan keputusan cara ini memudahkan rujukan serta merta.

Liga Lombard
Sistem ini sesuai di laksanakan jika kita diperuntukkan masa pertandingan yang terhad. Sistem liga Lombard ini amat sesuai di gunakan dalam pertandingan mini permainan. Sebagai contohnya pertandingan mini bola keranjang, mini bola baling dan lain-lain. Contoh Terdapat empat pasukan yang bertanding Bilangan Pusingan = N-1 =3 Jumlah perlawanan satu pusingan = N/2 =2 Masa yang di peruntukan 30 minit Masa permainan dalam satu pusingan = 30/ bil pusingan = 10 minit

Pusingan 1
5A vs 7B 6C vs 9D

Pusingan 2
3A vs 2C 4B vs 0D

Pusingan 3
5A vs 3D 3B vs 4C

Contoh pengiraan skor :


Perlawana n Gol jaring Mata A 5 (5-7)= -2 B 7 (7-5)= +2

Keputusan Pertandingan
Pusingan Pasukan A B C D 1 -2 +2 -3 +3 2 +2 +4 -1 -4 3 +2 -1 +1 -2 Jumlah Skor 2 5 -3 -3 Keduduka n 2 1 4 3

You might also like