You are on page 1of 15

Tajuk : Bincangkan faktor- faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan yang wujud di Malaysia.

Bincangkan implikasi- implikasi yang timbul hasil daripada ketaksamaan tersebut dalam konteks negara Malaysia

Pengenalan
1

Ketaksamaan peluang pendidikan merupakan isu yang hangat diperbincangkan dan telah banyak merangsang kejian tentang kesan sekolah, impak status sosioekonomi terhadap pencapaian dan ketaksamaan ras serta etnik dalam pencapaian akademik. Perubahan sejak empat puluh tahun yang lalu tentang konsep ketaksamaan peluang pendidikan telah menggalakkan kajian untuk mencari kebenaran penemuan yang dikemukan oleh Laporan Coleman. Laporan Coleman (1996) bertujuan mendokumentasikan pencapaian lemah di kalangan kanak- kanak minority dan miskin kerana sekolah mereka kekurangan sumber- sumber pengajaran. Hasil penemuan laporan ini telah mendapati perbezaan dalam kalangan sekolah bukan dari segi pembelajaran tetapi dari segi impak latar belakang keluarga pelajar. Penemuan ini akan saya ulas dengan lebih lanjut lagi dalam factor- factor ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Konsep ketaksamaan peluang pendidikan. Kesamaan peluang pendidikan merujuk kepada kesamaan hasil jika diberi input secara individu yang sama ( Coleman. 1968: 14). Manakala konsep ketidaksamaan boleh ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya. Selain itu, ia juga dirujuk kepada keadaan di mana akses kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk atas factor- factor tertentu. Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh beberapa factor seperti kedudukan sekolah,latar belakang pelajar, status sosioekonomi, pencapaian akademik, minat belajar, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.

Faktor- faktor kewujudan ketaksamaan 2 peluang pendidikan.

Kelas sosial

Jantina

Kumpulan minoriti

Perbezaan bahasa

Minat pelajar

Kumpulan berkeperluan khas

Faktor kelas sosial Max Weber (Wikipedia, 2010) mengatakan terdapat lima kelas social, iaitu golongan atasan atau orang kaya dan ahli korporat yang juga dikenali sebagai golongan bangsawan atau elit. Manakala golongan kedua pula ialah kumpulan pertengahan atasan, iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan memegang jawatan yang baik dalam sesuatu organisasi. Mereka kebanyakannya terdiri daripada golongan pengurus yang menguruskan pentadbiran negara dan organisasi. Kumpulan ini berprestij dan berpendapatan tinggi. Golongan ketiga pula adalah kumpulan pertengahan bawahan, iaitu mereka yang terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil serta diploma. Kumpulan ini mementingkan pendidikan anak mereka dengan harapan anak mereka mempunya masa depan yang lebih baik dan terjamin dengannya adanya pendidikan. Golongan keempat terdiri daripada kelas pekerja ( working class) atau pekerja kolar biru yang berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR ). Golongan ini terdiri daripada mereka yang merupakan pekerja kilang atau restoren. Manakala yang terakhir ialah golongan bawahan terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal. Kumpulan ini merupakan golongan miskin dan bekerja di bawah tahap kemiskinan.
3

Berdasarkan Unit Perancang Ekonomi (2001), golongan rakyat Malaysia berpendapatan rendah ialah mereka yang berpendapatan di bawah RM1,500. Mereka yang berpendapatan pertengahan memperolehi pendapatan antara RM1,500 hingga RM 3500, manakala yang berpendapatan tinggi memperolehi RM 3,500 ke atas. Berdasarkan kelas sosial sebegini, ketaksamaan peluang pendidikan wujud kerana golongan atasan yang berpendapatan tinggi mempunyai keupayaan kewangan untuk menikmati akses kepada pelbagai pilihan dan peluang pendidikan yang sedia ada sama ada di dalam atau luar negara. Mereka berkemampuan memenuhi segala kehendak berkaitan dengan pendidikan anak- anak mereka. Misalnya, ibu bapa berkemampuan menyediakan guru tuisyen untuk mengajar mereka di rumah atau menghantar anak mereka ke pusat tuisyen, selain kelas tambahan seperti dan seni. Mereka juga mampu membelikan computer riba atau computer, peralatan sekolah dan bahan bacaan tambahan untuk membantu pembelajaran mereka. Selain faktor pendidikan, pelajar- pelajar juga dijaga dari segi kesihatan yakni mereka mendapat makanan berkhasiat dan seimbang di samping makanan tambahan untuk kecerdasan otak dan lain- lain kemudahan yang mungkin tidak diperolehi oleh pelajar daripada golongan berpendapatan rendah atau golongan bawahan. Manakala akses kepada peluang pendidikan agak terhad kepada golongan bawahan kerana mereka tidak mempunyai asas kewangan yang kukuh untuk membiayai pendidikan anak mereka ke luar negara atau pendidikan swasta. Berbanding dengan golongan atasan yang dapat menyediakan anak mereka dengan pendidikan di sekolah swasta dan pendidikan luar negara yang serba lengkap. Peluang pendidikan yang tiada sempadan kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan mencukupi untuk menghantar anak mereka ke pelosok dunia bagi melanjutkan pelajaran berbanding golongan bawahan yang Cuma bergantung kepada peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Dari segi kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) juga, jurang digital berlaku kerana kelas social mereka yang mewah dan berada dapat menyediakan pelbagai jenis peralatan seperti computer, perisian computer canggih, ipod dan iphone supaya anak mereka dapat mengakses maklumat dan bahan
4

bantuan pembelajaran daripada alam maya dengan cepat dan pantas. Sebaliknya, golongan kurang berkemampuan tidak dapat menikmati perolehan maklumat kerana kurang mampu membekalkan peralatan dan akses Internet kepada anak mereka. Hal ini berkait rapat dengan peluang pendidikan, di mana akses melalui internet dapat menyediakan skop tanpa sempadan untuk pelajar daripada kelas sosial tinggi bagi merebut peluang pendidikan serta menguasai pembelajaran berbanding dengan mereka daripada golongan kelas sosial yang serba kekurangan. Faktor jantina jantina merupakan factor yang kedua yang menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan wujud di sesetengah negara. Di negara yang mana perempuan dan lelaki menikmati peluang- peluang pendidikan, penurunan kuasa agak berat sebelah, iaitu perempuan sentiasa diabaikan. Ketaksamaan jantina di sekolah boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti ketiadaan keselamatan dalam kalangan perempuan, rutin ulang-alik ke sekolah, bias jantina dalam buku teks dan bahan pengajaran. Kerap kali perempuan digambarkan dalam persekitaran domestic dan terbatas dalam kemahiran serta yang sering menstereotaipkan peranan kedua- dua jantina dalam masyarakat. Beberapa factor utama inilaha yang menjadikan perempuan meninggalkan sekolah di peringkat sekolah rendah. Keadaan bias ini amat ketara apabila mereka menyempurnakan kursus,mereka harus menghadapi cabaran sengit berbanding dengan lelaki untuk melanjutkan pelajaran. Ketidaksamaan peluang pendidikan yang melibatkan jantina juga disebabkanberlaku akibat dari kurikulum yang dicipta di mana wujudnya perbezaan kasta, kelas, identiti, keagamaan dan etnik kerana matlamat kurikulum dibezakan secara eksplisit daripada aspek jantina. Contohnya, di sesetengah negara, pelajar perempuan tidak dibenarkan mengambil matapelajaran seni pertukangan, teknikal atau matematik yang lanjutan yang boleh menambahkan peluang kerjaya. Di Malaysia sendiri, terdapat institut kemahiran yang manawarkan kursus yang mendiskriminasikan jantina. Contohnya, kursus membaiki enjin, mekanik kenderaan, perpaipan, pengimpalan dan banyak lagi tidak ditawarkan kepada pelajar perempuan. Ini menyekat peluang pelajar perempuan untuk bersaing dalam kerjaya yang melibatkan kemahiran. Seperti mana diketahui Malaysia sekarang ini tengah
5

pesat membangun dan banyak menawarkan peluang kerjaya dalam bidang perindustrian. Ketidaksamaan jantina juga wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini wujud kerana strategi untuk kesedaran jantina dalam tingkah laku guru,pelajar dan ibu bapa masih kurang mendalam untuk mengubah persepsi masyarakat. Perubahan tingkah laku guru di dalam bilik darjah serta menstranformasikan sikap dan perspektif guru tidak boleh berlaku dalam jangka masa yang pendek. Perubahan mengambil jangka masa yang panjang. Kesukaran dalam menyedarkan guru untuk menghargai hakikat bahawa pelajar perempuan boleh memberi respons seperti lelaki di dalam bilik darjah adalah penyumbang kepada ketidaksamaan peluang antara pelajar lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan tanggapan bahawa pelajar perempuan kurang mahir dan berminat dalam bidang matematik dan sains. Bagi mengurangkan tanggapan ini, guru perlu memastikan tidak wujudnya sikap memihak kepada lelaki secara berterusan (Bista, 2006). Faktor kumpulan minoriti Kumpulan minoriti merujuk kepada golongan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya tinggal di sebuah tempat majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama dan sebagainya(Kamus Dewan,2007). Di Malaysia, kaum Melayu merupakan kumpulan majority manakala golongan lain seperti Cina, India, Kadazan, Iban, Bidayuh, Orang Asli dan kumpulan etnik yang lain merupakan kumpulan minoriti. Kumpulan minoriti lain seperti kumpulan peribumi Sabah dan Sarawak menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan disebabkan lokasi tempat tinggal mereka di pedalaman , perhubungan dan pengangkutan, infrastruktur, kemudahan asas dan kelengkapan sekolah. Jarak kediaman yang terlalu jauh dari bandar menyebabkan pelajar- pelajar kumpulan minoriti ini tertinggal dari segi perhubungan dengan dunia luar dan juga arus pembangunan. Kekurangan infrastruktur, kemudahan yang lengkap di sekolah menyebabkan mereka tidak dapat bersaing dengan pelajar- pelajar yang berada di bandar terutamanya dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai isi isi pembelajaran.
6

Kumpulan minoriti juga berlaku di kawasan setempat, iaitu di sekolah tertentu. Cntohnya sekolah Jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang mana kumpulan minoritinya terdiri daripada kumpulan orang Melayu. Begitu juga sebaliknya, di Sekolah Kebangsaan, kumpulan minoritinya terdiri daripada orang Cina dan India serta etnik lain. Ketidaksamaan peluang pendidikan wujud dalam situasi sebegini disebabkan masalah bahasa dan juga budaya. Fakor Berkeperluan Khas. Kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak- kanak istimewa yang terdiri daripada murid yang menghadapi penyakit autisme, sindrom down, masalah pembelajaran disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran dan penglihatan, pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lain- lain lagi. Mereka ini memerlukan pendidikan khas. Ketidaksamaan peluang pendidikan untuk kumpulan ini sudah wujud sejak abad ke -19. Sebelum merdeka, kerajaan tidak melibatkan diri secara langsung dalam menyediakan kemudahan pendidikan bagi golongan murid berkeperluan khas kerana tanggungjawab ini telah dipikul oleh pertubuhan sukarela. Ketaksamaan peluang pelajaran amat ketara kerana tumpuan diberi kepada murid normal. Menurut Noraini Salleh (1995), sebelum tahun 1960, komuniti berkerluan khas di negara kita hanya disediakan dengan kemudahan pendidikan rendah pada peringkat sekolah rendah sahaja. Mereka tidak berpeluang meneruskan pelajaran pada peringkat sekolah menengah dalam tempoh masa antara tahun 1949 sehingga 1962. Sehingga tahun 1962 barulah merid- murid berkeperluan khas berpeluang menlanjutkan pendidikan ke sekolah menengah melalui rancangan percantuman. Walaupun terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pada masa kini kepada golongan berkeperluan khas, namun ketidaksamaan peluang pendidikan masih lagi wujud kerana factor- factor kesihatan, kesedaran ibu bapa dan juga persepsi masyarakat. Walaupun kemudahan pendidikan disediakan untuk golongan ini tetapi terdapat sebilangan kecil yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah disebabkan factor- factor kesihatan yang tidak menentu sehingga menyebabkan mereka berhenti.

Selain daripada itu, kesedaran ibu bapa juga merupakan factor yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan untuk anak- anak mereka yang berkeperluan khas. Bagi ibu bapa yang tinggal di kawasan pedalaman mahu pun kampong mungkin tidak mengetahui terdapat sekolah untuk anak- anak istimewa mereka. Sebilangannya pula, walaupun mengetahui tetapi menghadapi masalah untuk menghantar dan mengambil serta menjaga anak- anak mereka di sekolah lantaran kerana tiada kemudahan pengangkutan ataupun terlalu sibuk dan tidak mempunyai waktu untuk memberi perhatian dan jagaan khusus untuk anakanak mereka. Persepsi masyarakat juga merupakan faktor penyumbang wujudnya ketidaksamaan peluang pendidikan untuk golongan pelajar berkeperluan khas. Pandangan masyarakat yang skeptikal dan memandang rendah kepada golongan berkeperluan khas mempengaruhi kesediaan ibu bapa mendedahkan anak- anak istimewa mereka kepada umum ataupun dunia luar. Disebabkan malu kerana mendapat anak berkeperluan khas, terdapat sebilangan ibu bapa yang memilih untuk tidak menghantar anak- anak istimewa mereka ke sekolah kerana takut anakanak tersebut diejek. Faktor- faktor yang ketidaksamaan peluang pendidikan di kalangan murid Orang Asli

Latar belakang masyarakat

Kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan Lokasi tempat tinggal Faktorfaktor

Kadar buta huruf di kalangan Faktor lokasi tempat tinggal dewasa

Status sosioekonomi Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan merupakan

Kekurangan infrastruktur dan prasarana

penduduk peribumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza- beza dan kebanyakan mereka tinggal di penggir hutan. Jarak tempat tinggal yang jauh dari sekolah merupakan punca orang Asli jauh
8

ketinggalan dalam pendidikan. Tempat tinggal yang begitu jauh di pedalaman mendatangkan masalah kepada mereka untuk hadir ke sekolah. Masalah sistem pengangkutan seperti jalan raya yang tidak sempurna dan kurangnya kemudahan asas serta keadaan persekitaran tidak selesa untuk belajar menyumbang kepada factor keciciran pelajar. Lokasi yang jauh juga menyebabkan mereka ketinggalan dari arus pembangunan dan juga perkembangan pendidikan. Kerana menyukarkan bantuan pendidikan disalurkan. Factor ini sekaligus menyekat peluang murid- murid untuk mendapat pendidikan yang bermutu secara alam maya di mana maklumat boleh diperolehi sepantasnya dengan mudah.

Faktor infrastruktur dan prasarana Majoriti orang Asli masih terpinggir dari arus pendidikan kerana masalah infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan masih belum diadakan. Di sekolah pula, belakan elektrik tidak mencukupi, prasarana yang tidak mencukupi seperti kipas, bilik darjah yang selesa dan kondusif tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli. Faktor sikap ibu bapa Seorang guru dari Mah Meri di Selangor menyatakan, sebab utama ketidakhadiran ke sekolah, jumlah enrolmen dan kadar keciciran yang tinggi adalah berpunca dari sikap tidak ambil berat ibu bapa orang Asli (Nadchatram, 2007). Ibu bapa orang Asli tidak sedar kepentingan pendidikan. Apabila anak perempuan mereka berumur 10 atau 11 tahun, mereka diminta berada di rumah untuk menjaga adik- adik serta membuat kerja rumah, manakala anak lelaki akan mengikut bapa ke laut untuk menangkap ikan. Terdapat juga yang tidak bersekolah kerana membantu keluarga mencari nafkah. Faktor kadar buta huruf di kalangan dewasa dan murid berprestasi rendah. Golongan orang Asli yang berprestasi tinggi dan celik huruf amat kurang dalam kalangan mereka kerana tiada sifat persaingan yang sihat dalam aspek
9

kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang Asli. Orang Asli kurang maju dalam semua aspek sama ada sosioekonomi atau ekonomi. Mereka juga agak ketinggalan dalam bidang akademik dan hal ini dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah. Menurut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(1998), minat belajar di kalangan orang Asli masih berada pada tahap yang rendah, di mana keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi, iaitu 45% dan kadar buta huruf 49.2%. Hal ini ditambah pula dengan golongan orang Asli dewasa yang bukan sahaja buta huruf Faktor latar belakang masyarakat Para pengkaji latar belakang dan budaya orang Asli berpendapat, kemungkinan besar kurangnya minat belajar dalam kalangan orang Asli mempunyai kaitan dengan cirri- cirri umum golongan orang Asli. Secara umumnya, golongan orang Asli berpewatakan rendah diri, malu, pasif, tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu, sensitive, suka bergerak, suka melakukan aktiviti fizikal, tidak suka bersaing secara individu dan suka bekerja secara berkumpulan. Di samping itu, golongan orang Asli, didapati kurang berdaya tahan mental dan mempunyai ingatan yang singkat. Oleh yang demikian, mereka cepat merasa jemu dan hilang minat belajar. Selain itu mereka juga didapati kurang menghayati kepentingan pendidikan kerana kurang pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan pendidikan masih pada tahap yang rendah. Dari segi sistem persekolahan pula, orang Asli mengikuti kurikulum yang sama seperti aliran perdana. Oleh itu, pelajaran diajar dalam bahasa kebangsaan dan bukan bahasa ibunda mereka. Hal ini menyebabkan mereka sukar menerima dan memahami pelajaran yang disampaikan. Mereka beranggapan bahan pengajaran dalam kurikulum adalah tidak berkaitan dan tidak bermakna kepada kehidupan mereka. Bagi orang Asli, mereka lebih mengutamakan peristiwaperistiwa di kampung dan gaya kehidupan yang memberikan hak kebebasan yang banyak kepada anak- anak mereka. Factor inilah yang menyebabkan ibu bapa tidak mementingkan kepentingan pendidikan dan memberi kebebasan tanpa kawalan tentang kehadiran anak mereka ke sekolah. Dirumitkan lagi dengan sikap yang tidak suka terikat kepada rutin. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran amat sukar jika murid tidak patuh kepada rutin bilik darjah. Tanpa pengurusan bilik darjah

10

yang berkesan, pengajaran dan pembelajaran murid- murid orang Asli amat sukar dilaksanakan oleh guru- guru. Faktor sosioekonomi Ramai ibu bapa orang Asli miskin dan tidak berkemampuan. Kebanyakannya berada di tahap kemiskinan. Hal ini ditambahkan lagi dengan rata- rata golongan dewasanya buta huruf yang menyebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang perniagaan. Ini menyebabkan mereka sering menghadapi masalah semasa berurus niaga hasil- hasil hutan dan pertanian mereka. Kesannya mereka tidak memperolehi pulangan lumayan daripada hasil hutan dan pertanian yang dijalankan. Implikasinya sudah pasti pendapatan kian merosot dan terus hidup dalam keadaan daif serta kekal kemiskinan. Hal ini menyebabkan ibu bapa tidak dapat menyediakan suasana pembelajaran yang baik dan makanan yang seimbang untuk anak- anak mereka. Maka tidak hairanlah tahap prestasi pembelajaran orang Asli amat rendah. Mengikut Mustaffa Omar (2004), kelayakan akademik yang rendah, pengalaman serta kemahiran yang kurang menyebabkan golongan belia orang Asli gagal bersaing dengan kaum- kaum lain untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Keadaan ini akan berterusan kepada generasi yang seterusnya dan terus dibelengu masalah ketaksamaan peluang pendidikan.

Factor ketaksamaan peluang pendidikan murid Peribumi Sabah dan Sarawak.

11

Faktor

Lokasi tempat tinggal


Faktor lokasi tempat tinggal

Latar belakang masyarakat

Status sosioekonomi

Kaum peribumi merujuk kepada istilah umu yang digunakan bagi merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap asal atau terawal di Malaysia. Baik di Sabah mahupun di Sarawak kaum peribumi ini kebanyakannya tinggal jauh di pedalaman. Oleh sebab itu, lokasi tempat tinggal masyarakat peribumi agak terpencil. Ada sebahagiannya yang kurang terdedah kepada arus perubahan dalam bidang pendidikan. Mereka juga masih terikat pada budaya kehidupan tradisional dan kurang dapat menerima perubahan yang pesat yang melanda dunia pendidikan. Kemudahan asas dan infrastrukur yang serba kekurangan di kawasan pedalaman merupakan factor utama kumpulan peribumi agak jauh ketinggalan dari segi pendidikan. Di samping itu, tempat tinggal mereka yang jauh dan terpencil dari sekolah dan sisitem perhubungan yang kurang baik merupakan factor yang menyebabkan kadar keciciran tinggi. Latar belakang masyarakat Seperti yang diketahui, masyarakat peribumi masih berpegang teguh kepada budaya kehidupan tradisional. Contohnya terdapat lagi golongan ibu bapa yang mengahwinkan anak-anak perempuan mereka pada umur yang masih muda sehingga mereka ini tidak mendapat peluang untuk meneruskan pendidikan. Sebahagiannya masih lagi berpegang teguh kepada kehidupan tradisi dan kurang bersedia untuk berubah seperti hidup berpindah randah seperti yang diamalkan oleh masyarakat kaum Penan dan Punan di Sarawak. Cara hidup nomad seperti ini, sudah tentu menyebabkan anak- anak tidak berpeluang mendapat pendidikan yang sepenuhnya. Status sosioekonomi
12

Masalah status sosioekonomi adalah menjadi penyebab utama berlaku keciciran pelajar yang tinggi di kalangan masyarakat peribumi. Keadaan ekonomi yang berada pada tahap kemiskinan menyebabkan ibu bapa tidak dapat menyediakan kemudahan untuk belajar serta suasana pembelajaran yang kondusif untuk anak- anak. Terdapat sebilangan kecil anak- anak yang membantu ibu bapa mencari nafkah seperti memungut hasil hutan, menangkap ikan serta mencari rotan. Ini menyebabkan anak- anak tidak bermotivasi ke sekolah dan beranggapan bahawa belajar di sekolah adalah kurang penting. Ditambah lagi dengan scenario anak- anak yang bekerja secara sampingan semasa musim cuti sekolah demi mencari wang saku sendiri mahupun membantu keluarga, didapati sebilangan kecil daripada mereka berhenti sekolah kerana seronok memperolehi sumber kewangan sendiri sehingga menyebabkan mereka tidak berminat untuk meneruskan persekolahan apabila sekolah dibuka semula. Ketidaksamaan peluang pendidikan murid di pedalaman Faktor faktor

Kekurangan guru terlatih

Latar belakang dan sosioekonomi ibu bapa Kekurangan guru berpengalaman

sekolah Kurang Murid ( sistem ) Faktor kekurangan kemudahan asas di sekolah

Kemudahan asas tidak lengakap di sekolah

Jurang digital Masyarakat di pedalaman erutama di kawasan terpencil menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan kerana masih terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asas. Contohnya, sebanyak 20.6% sekolah rendah tidak mempunyai talian telefon, 86.6% tidak mempunyai mesin faks, 7.3% tidak dapat
13

bekalan elektrik dan 24.8% tidak menerima bekalan air paip awam ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Factor ini sudah tentu menjejas peluang murid- murid untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan mendapat pendidikan yang bermutu. Factor kekurangan guru pelatih dan guru yang berpengalaman Peluang untuk murid- murid pedalaman mendapat pendidikan yang lebih bermutu amat rendah jika dibanding dengan murid- murid yang bersekolah di bandar. Ini disebabkan oleh kekurangan guru terlatih dan guru yang berpengalaman. Ditambah lagi dengan kekurangan guru dalam bidang teknikal seperti Sains, Matematik dan bahasa Inggeris serta kurangnya guru berkelayakan untuk Pendidikan Khas. Kekurangan guru lelaki yang berkelayakan mengikut opsyen ditempatkan di pedalaman menimbulkan masalah pengendalian aktiviti Kokurikulum serta bilangan Guru sandaran Tidak Terlatih masih ramai di sekolah pedalaman. Kadar pertukaran guru yang amat tinggi juga menyebabkan wujud ketaksamaan peluang pendidikan di kalangan murid pedalaman. Kebanyakan guruguru yang sudah berpengalaman akan memohon berpindah keluar dan saban tahun sekolah- sekolah pedalaman akan mendapat guru- guru yang baru dilantik yang mungkin belum tahu mengendalaikan murid- murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Factor latar belakang masyarakat dan sosioekonomi. Status sosioekonomi masyarakat di pedalaman seperti yang diketahui umum adalah berada pada tahap kemiskinan. Kebanyakan ibu bapa adalah petani, nelayan dan pemungut hasil hutan. Lokasi yang jauh dari Bandar juga menyukarkan mereka untuk memasarkan hasil pertanian mereka. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan kelengkapan yang sepatutnya untuk anak- anak. Murid- murid cuma bergantung dengan kelengkapan yang disediakan di sekolah sahaja. Factor latar belakang ibu bapa juga menyebabkan mereka tidak mementingkan pendidiakn anak- anak. Kurang galakan menyebabkan anak- anak tercicir dalam pelajaran. Faktor jurang digital Jurang digital wujud di antara murid di bandar dan pedalaman. Kemudahan dari segi akses kepada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di
14

pedalaman menyebabkan guru dan murid- murid kurang menguasai kemahiran kemahiran TMK. Selain dari lokasi yang menjadikan penyebab utama berlakunya jurang digital ini faktor yang menjadi penghalang utama penggunaan ICT dalam kelas datangnya dari pendidik sendiri di amna kebanyakan guru- guru mempunayi kemahiran ICT yang kurang sekaligus gagal mengaplikasikan penggunaannya dala bilik kelas.

Faktor sekolah kurang murid Sekolah kurang murid juga merupakan faktor mengapa murid- murid di kawasan pedalaman tidak mendapat peluang pendidikan yang sama seperti muridmurid di bandar. Ini adalah kerana bangunan sekolah yang daif dan kekurangan kelengkapan asas pembelajaran. Di samping itu, tempat tinggal murid yang berjauhan dan terpencil menyebabkan perhubungan dan pengangkutan antara tempat tinggal ke sekolah kurang baik dan sesetengah murid tidak hadir sekolah atau lewat sampai ke sekolah. Sementara itu peruntukan kewangan juga terhad dan tidak membantu untuk meningkatkan mutu pendidikan setandingan dengan pendidikan yang diperolehi di bandar.

15

You might also like