You are on page 1of 31

PENGANTAR PENDIDIKAN (PN3311D)

Topik 7 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

Disediakan oleh: Cynthia Ting Xing Rou PPISMP PSV SEM 3

Pembangunan Insan Seimbang dan Sumber Manusia


memperkembangan insan seimbang Matlamat pendidikan di Malaysia kemajuan Negara dicerminkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

membangunkan sumber manusia

Peranan Pendidikan
Memupuk Memelihara Menjaga perpaduan dan keharmonian kaum

Perlaksanaan dasar pendidikan sesebuah Negara adalah wajib kerana mempunyai komponen dan elemen yang dapat menyatupadukan rakyat khususnya bagi negara yang mempunyai masyarakat majmuk.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berteruskan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuaan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal berasaskan:

Penyata Razak

Laporan Rahman Talib


Akta Pelajaran 1961 Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 Rukun Negara

Reformasi Pendidikan di Malaysia


Pada September 1974

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran Pada September 1979

Laporan Jawatankuasa Kabinet


Memperkenalkan KBSR pada tahun 1982/83, pelaksanaan KBSM pada tahun1988/89, dan pelaksanaan konsep sekolah bestari pada tahun 2000 Berlandaskan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Wawasan 2020
Pada 28 Februari 1991

Dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad

Membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan"


Mengemukakan beberapa pandangan mengenai arah masa depan Negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju dan menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 mengandungi 9 cabaran iaitu:


Membentuk sebuah Negara bangsa yang bersatu.

Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri.

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya.

Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

Membentuk dan sebuah masyarakat matang.

memperkembang demokrasi yang

Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.

Membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal lagi toleran.

Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif.

Persamaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020


Pendidikan dapat membentuk cita dan intipati rakyat Malaysia.
Guru memainkan peranan yang bertanggugjawab untuk merealisasikan cita dan hasrat. Guru merupakan pihak yang penting kerana perlu mendidik generasi yang akan datang.

melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara

Tanggungjawab seorang guru terhadap masyarakat

mendidikan pelajar supaya mempunyai daya ketahanan tinggi dengan memperolehi kemahiran-kemahiran

membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak pelajar, masyarakat dan Negara.

Cara memperkembang insan seimbang dan membangunkan sumber manusia


Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk membangunkan sumber manusia dengan melatih kemahiran pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.

Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-niai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.

Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Perubahan sistem pendidikan yang beorientasikan ke arah pendidikan umum.

Inovasi Kurikulum dalam Pendidikan

pembaruan

pengubahsuaian

perbaikan

Tujuan: Menjadikan kurikulum yang sedia ada dengan lebih baik, lebih sepurna dan lebih sesuai mengikut keperluan Negara.

Faktor melancarkan penggerakkan Inovasi Kurikulum

Inovasi Kurikulum dan Reformasi Pendidikan

Tujuan:

Menjadikan sistem pendidikan di Malaysia lebih sempurna dan mantap.

Membabitkan perubahan dasar, matlamat dan sistem pendidikan termasuk kurikulumnya. Sesungguhnya, perubahan kurikulum merupakan bahagian utama dalam reformasi pendidikan sebuah Negara.

Pelaksanaan KBSR dan KBSM

Wawasan 2020 Tindakan :


Di dalam dekad 90-an, Malaysia telah mengambil langkah untuk mengemaskini sistem pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan beberapa perubahan dalam KBSR dan KBSM.

Perubahan dan pelaksanaan kurilulum sekolah rendah KBSR

Menekankan pengguanaannya dengan cara yang betul, jujur dan bertanggungjawab dalam sebarang urusan seharian.

Menyerapkan nilai-nilai murni dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Amalan perdagangan diserapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam topik-topik seperti kiraan wang, ukuran dan sukatan.

Aspek penyelesaian masalah yang difikirkan sesuai diintegrasikan dalam setiap topik pengajaran.

Sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran disusun semula mengikut perubahan dalam susunan kemahirankemahiran sekolah rendah.

Mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada sains dan kajian Tempatan mengikut Jadual Pelaksanaan.

Jadual Pelaksanaan:
Sesi 1994/1995 Tahun 4 Sains dan Kajian Tempatan Sains dan Kajian Tempatan Tahun 5 Alam dan Manusia Sains dan Kajian Tempatan Tahun 6 Alam dan Manusia Alam dan Manusia

1996

1997

Sains dan Kajian Tempatan

Sains dan Kajian Tempatan

Sains dan Kajian Tempatan

Pelaksanaan Konsep Sekolah Bestari menjelang tahun 2000 pula, bukan sahaja reformasi kurikulum pendidikan berlaku dalam KBSR tetapi juga dalam KBSM.

Pada permulaan, rancangan Sekolah Bestari di mempunyai sebanyak empat mata pelajaran, iaitu:
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

Sains

Matematik

90 buah sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah dikenal pasti sebagai sekolah bestari, sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran baru dengan menggunakan teknologi terkini.

Keempat-empat mata pelajaran tersebut Sukatan Pelajaran adalah diubahsuai dan disediakan dalam bentuk perisian oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bersama dengan Telekom Smart School. Pelaksanaan Konsep Sekolah Bestari telah menjadi arus perkembangan pendidikan dalam abad ke-21, dan didahului dengan reformasi kurikulum sekolah, khasnya KBSR dan KBSM.

Inovasi Kurikulum 2003


Matematik Sains

Bahasa Inggeris
Menyelesaikan kelemahan sukatan pelajaran lama
menghadapi cabaran globalisasi pendidikan yang menggunakan pengajaran dan pembelajaran melalui internet dengan penggunaan komputer sebagai media.
Hasrat yang tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Beberapa reformasi pendidikan telah dilaksanakan pada peringkat Menengah


Memberikan peluang pendidikan kepada semua pelajar dari 9 tahun hingga 11 tahun, iaitu sehingga tingkatan 5 di peringkat sekolah menengah. Melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumah tangga.

Mulai tahun 1993, Penilaian Menengah Rendah(PMR) telah mengganti sistem peperiksaan SRP.

Menghapuskan sistem pengaliran di peringkat sekolah menengah atas dan menggantinya dengan sistem pendidikan umum.

Sistem peperiksaan SPM sebagai peperiksaan terbuka kepada Penilaian Menengah Atas.

Mengutamakan pendidikan Sains dan Matematik dengan mengubahsuaikan KBSR dan KBSM untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020.

Mengutamakan pelajaran Bahasa Inggeris dengan menggubal Sukatan Pelajaran. SPM - 1119 STPM - MUET

Melancarkan Rancangan Perkembangan Pendidikan (20012010)pada 8.10.2001.

Memperkenalkan komputer sebagai alat pengajaran dan pembelajaran.

Melaksanakan program kurikulum baru untuk KBSR dan KBSM berdasarkan inovasi kurikulum untuk menghadapi cabaran pendidikan dalam alaf baru. Menukar bahasa pengantar daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan sekolah menengah melalui tahun 2003.

Menubuhkan Koridor Raya Multimedia, MSC (1999) untuk melaksanakan projek sekolahsekolah bestari.

Menubuhkan sekolah-sekolah bestari di dalam kawasan bandaraya MSC serta di negerinegeri dalam Malaysia untuk menjelang tahun 2020.

Ciri-ciri Kurikulum Masa Depan ke Arah Pembangunan Insan

Mengikut Rancangan Perkembangan Pendidikan (20012010) yang diumumkan dalam Seminar Perkembangan Pendidikan di Shah Alam pada 8.10.2001, beberapa ciri kurikulum masa depan dapat diramal berdasarkan rancangan pendidikan berikut:

1. Pendidikan Pra Sekolah


Untuk memastikan pengurusan pra sekolah akan mematuhi peraturan dan mengikuti kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan perlu menguatkan sistem monitor.

Kesempatan latihan pra sekolah untuk guru akan ditambah.

2. Pendidikan Sekolah Rendah


Kewajiban pendidikan sekolah rendah akan dikuatkuasakan bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur 6+ hingga 11+. Membaiki penguasaan kemahiran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Memperkenalkan pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai mata pelajaran dalam sesi sekolah di Sekolah Kebangsaan. Menempatkan 100% guru siswazah untuk diajar dalam Tahap Dua menjelang 2010.

Memastikan tiada masalah kekurangan guru dalam peringkat sekolah rendah

Membaiki program kokurikulum yang sedia ada.

3. Pendidikan Sekolah Menengah


Menjelang tahun 2008, tempoh masa pendidikan sekolah menengah akan dikurangkan dari 7 tahun ke 6 tahun, iaitu dua tahun sekolah menengah rendah, dua tahun sekolah menengah atas, dan dua tahun Tingkatan Enam. Sehubungan ini, perubahan kurikulum akan dilaksanakan mulai tahun 2002. Peperiksaan PMR akan dimansuhkan. Pelajar Tingkatan Dua akan menduduki Penilaian Keajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) yang keputusannya akan menentukan kemasukan aliran bidang pengajian di sekolah menengah atas. Penilaian baru ini akan dilaksanakan mulai tahun 2005.

Pelajar akan menduduki peperiksaan SPM di Tingkatan 4, yang dijangka bermula pada tahun 2007.

Bidang pengajian untuk sekolah menengah atas akan dibahagikan mengikut 5 jenis aliran, iaitu Sastera, Sains, Teknikal, Agama, Kemahiran dan Vokasional.

Sukatan Pelajaran Sains yang sedia ada akan diodifikasikan, dengan merangkumi elemen-elemen baru seperti Mekatronik, Bioteknologi dan Mikroelektronik.

Membaiki mutu Bahasa Inggeris pelajar termasuk pihak guru, dan memperkenalkan program Bahasa Inggeris, seperti Bahasa Inggeris Umum, Alternatif, Sains, Teknikal, dan Remedial.

Lebih banyak opsyen sains akan diperkenalkan dalam Tingkatan Enam dengan tujuan menggalakkan lebih ramai pelajar bumiputera belajar sains.

Program latihan Tenaga Pekerja akan diperkenalkan untuk melatih guru ijazah sarjana supaya mengajar di Tingkatan Enam. Menjelang tahun 2010, semua guru yang mengajar di Tingkatan Enam hendaklah pemegang ijazah sarjana.

You might also like