You are on page 1of 14

BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

strategi PENGaJARAN
PUAN MASNI BINTI JAMIN
Nama ahli kumpulan:
Salini A/P Raja Sheryl A/P Murphy Mohamad Andy Bin Hadzran Siti Yusna Binti Hassan Basri Moganasundari A/P Panneer Selvam Muhammad Syahmi Bin Mohd Sarif

STRATEGI PENGAJARAN
Kamus Dewan (1998): strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam bidang pendidikan: strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam suatu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

Strategi Pemusatan Murid Strategi Pemusatan Guru

Strategi Pemusatan Bahan

Strategi pemusatan masalah

STRATEGI PENGAJARAN

Strategi Pemusatan Guru


Guru sebagai pakar ilmu, mengarah proses pembelajaran dan mengawal hak murid-murid menerima maklumat.
Mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan.

Murid-murid diibaratkan sebagai bekas kosong , pembelajaran sebagai satu proses penambahan ilmu, kemahiran dan nilai.

Semua murid berkembang mengikut kadar yang sama.

Demonstrasi: Cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur.
Guru menentukan topik, objektif dan menyediakan alatan atau bahan dan radas.

Guru menunjukkan langkah-langkah yang perlu diikuti oleh pelajar.

Guru menyoal untuk memastikan pelajar benarbenar faham akan arahan yang diberikan.

Guru meminta pelajar memberitahu urutan langkah-langkah yang betul untuk melakukan aktiviti yang ditunjukcarakan.

Strategi Pemusatan Murid


Murid-murid bukan bekas kosong , mereka membawa bersama kerangka persepsi masing-masing ke dalam bilik darjah. Pembelajaran adalah satu proses aktif dan dinamik yang sentiasa megalami perubahan demi kepentingan murid-murid.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran tersendiri.

Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani.

Kaedah Kumpulan:
Kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Mempunyai fungsi yang sama berusaha dan bekerja ke arah satu matlamat yang spesifik. Kumplan dibentuk berdasarkan minat dan kebolehan murid, aras keupayaan dan persahabatan.

Strategi Pemusatan Bahan


Guru dan murid bergantung kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas dan membina kemahiran penggunaan alat bantu mengajar. Murid dapat memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran dan pertolongan guru.

Mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

Filem dan Video: Disediakan secara komersial untuk digunakan dalam pelbagai seting seperti kumpulan besar, kumpulan kecil atau secara individu.

Strategi Pemusatan Masalah


Kewujudan asas pengenalpastian masalah,pencarian maklumat, membuat dan menguji hipotesis, menilai dan membaut rumusan.

Murid bebas memberikan idea, bekerjasama,meningkatkan kefahaman dan pemahaman serta ingatan.

Penglibatan murid dalam pembelajaran adalah sepenuhnya.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih bermanfaat jika seseorang guru memberikan fokus pengajaran terhadap murid-murid yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan dan minat.

Rumusan
Lazimnya, kedengaran pendapat bahawa semua strategi amat sesuai digunakan dalam pengajaran bahasa. Oleh itu,strategi pengajaran mestilah diatur secara murni untuk pembentukan sesuatu proses pengajaran.

RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib ( 1993). Menguji Kemahiran Bahasa. Shah Alam: Dewan Pustaka dan Bahasa. Kamarudin Hj.Husin(1997).Pengajian Melayu.

Shah Alam:Budiman Sdn.Bhd.


Noriati A.Rashid(2012).Siri Pendidikan Guru Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia.

Shah Alam:Fajar Sdn. Bhd.

Sekian terima kasih

You might also like