You are on page 1of 15

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

Tajuk Penulis Buku Muka Surat ISBN

: : : : :

Sports And The Media: Could They Survive Without Each Other? Jay J. Coakley Sport in society: Issues and Controversies. 1998 (6th Ed.) 367 401 0-8151-2027-3

PENGENALAN Media termasuk akhbar, majalah, buku, filem, radio, permainan video, televisyen dan internet merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Media memainkan peranan dalam merangka dan mempengaruhi bagaimana kita berfikir mengenai dunia dan setiap yang kita lihat, baca, mahupun dengar akan menjadi sebahagian daripada pengalaman kita. Media juga digunakan sebagai penyampaian imej dan mesej dan kita ibaratkan sebagai menilai dan membayangkan kehidupan pada masa hadapan. Selain itu, kita juga menggunakan media bagi mendapatkan maklumat daripada perkara

berkaitan isu dalam negara sehinggalah hal-hal berkaitan politik dan dunia luar antarabangsa. Salah satu ahli sosiologi menjelaskan, "Media [tidak] memberitahu orang apa yang perlu difikirkan, [walaupun] mereka mahir memberitahu apa yang perlu difikirkan" (Whannel, 1992). Kehidupan kita dan dunia jelas dihubungkan melalui kandungan media dan jika media tidak wujud, kehidupan kita akan menjadi berbeza. Selain itu, sukan pengaturcaraan merupakan satu segmen penting dalam kandungan media, dan sukan banyak bergantung kepada media untuk publisiti dan pendapatan negara. Justeru itu, sukan dan media saling berkaitan dengan kehidupan kita. CIRI-CIRI MEDIA YANG UNIK Terdapat tiga peranan utama media iaitu: i) ii) iii) Maklumat tentang peristiwa dan orang yang disampaikan Tafsiran apa yang sedang berlaku di dunia Pelbagai bentuk hiburan

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 1

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

Secara umumnya, media mendedahkan sebahagian daripada realiti yang sebenar dan sebahagian daripada realiti yang dibawa merangkumi apa yang kita baca, dengar dan lihat. Apa yang disampaikan melalui media sentiasa diubahsuai dan diolah semula oleh orang-orang yang mengawal maklumat yang disampaikan. Mereka terdiri daripada penerbit, editor, pengarah program, teknikal, pengacara, penulis, jurugambar, pengulas, dan penaja. Mereka cuba untuk menyediakan maklumat, tafsiran dan hiburan, tetapi bagaimana untuk melakukannya adalah berdasarkan kepentingan seperti yang berikut :i. ii. iii. iv. v. membuat keuntungan membentuk nilai menyediakan perkhidmatan awam membina reputasi mereka sendiri mempamerkan dalam bentuk teknikal atau seni.

Walaupun kandungan dalam media dipengaruhi oleh satu atau lebih kepentingan seperti yang di atas, secara keseluruhannya mereka juga dipengaruhi oleh hubungan kuasa dalam masyarakat. Pihak media sering memberi khidmat dan kepentingan mereka sekiranya mempunyai kuasa dan kekayaan dalam masyarakat. Media menyampaikan maklumat kepada kita dalam versi suntingan, interpretasi, dan dalam bentuk hiburan. Sebagai contoh dalam isu sukan, media mengawal jenis sukan dan acara yang ingin disampaikan tetapi mereka juga memutuskan apa sahaja mesej dan ulasan yang akan disiarkan dalam liputan media. Walaupun liputan media sukan telah diteliti, disunting dan dibentangkan semula dalam bentuk hiburan,

kebanyakan kita percaya bahawa apa yang kita lihat adalah benar. Namun begitu, sekiranya kita menyaksikan sesuatu acara, secara tidak langsung kita dapat melihat perbezaan melalui apa yang disampaikan oleh pengulas sukan dengan perihal yang sebenar. Siaran langsung seperti television dan radio disunting untuk meningkatkan kualiti dan mesej kandungan yang dramatik melalui :i. Liputan kamera

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 2

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

ii. iii. iv.

Close-up (gambar diambil secara dekat) Rakaman secara perlahan Rakaman yang diberikan kepada atlet tertentu

Menurut akhbar New York Times yang ditulis oleh Robert Lipsyte (1996), sukan di televisyen telah menjadi satu bentuk hiburan sukan yang setaraf dengan filem yang berasaskan pada cerita yang benar. Dalam erti kata lain, siaran di televisyen mampu membuatkan penonton merasai pengalaman permainan yang disaksikan adalah benar. Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, pengalaman kita sebagai penonton television banyak dipengaruhi oleh keputusan yang dibuat oleh orang-orang yang mengawal media, dan keputusan mereka dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sosial, politik dan ekonomi serta termasuk ideologi dominan yang berkaitan dengan jantina, bangsa dan kelas .

SUKAN DAN MEDIA: SATU PERHUBUNGAN DUA HALA. Media dan sukan komersial berkait rapat dengan topik dalam sosiologi sukan. Hal ini kerana terdapat hubungan dua hala antara kedua-dua bidang dan kedua aspek ini saling mempengaruhi dan bergantung pada kejayaan lain seperti populariti dan keuntungan.

Adakah Sukan bergantung pada Media? Banyak jenis sukan yang tidak bergantung kepada media. Walau bagaimanapun, terdapat juga kewujudan dan kejayaan sukan komersial dan organisasi sukan yang bergantung kepada media. Sukan telah wujud terlebih dahulu sebelum adanya laporan penyiaran suka di akhbar, television mahupun internet. Apabila sukan wujud hanya untuk penyertaan, tidak ada keperluan untuk penyiaran permainan, menghebahkan keputusan dan mentafsir apa yang berlaku

kerana sukan wujud untuk permainan dan bukannya untuk menghiburkan penonton yang membeli tiket.

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 3

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

Menurut Leonard Koppett (1994), sukan merupakan satu bentuk hiburan yang unik kerana sukan memerlukan kombinasi antara liputan dan berita. Hal ini dapat dilihat apabila sesuatu acara sukan berakhir, penonton tetap akan membincangkan keputusan, rekod yang diperoleh, prestasi keseluruhan pemain dan pasukan yang disokong, permainan akan datang dan sebagainya. Justeru itu, media dilihat sebagai suatu medium yang penting untuk dibincangkan. Tanpa liputan media, populariti dan pendapatan penduduk setempat dan penonton sukan menjadi terhad. Jumlah penonton television dan potensi penyahkawalseliaan merupakan dua sebab utama hak siaran di television meningkat sejak awal tahun 1970-an. Bayaran hak siaran tidak hanya menguntungkan penganjur dan pengurus sukan tetapi kepada peningkatan tarikan sukan sebagai produk kebangsaan dan antarabangsa (Williams, 1994, 1995). Pendapatan atlet meningkat dan menjadikan mereka terkenal seluruh dunia. Adakah Sukan Komersil Memerlukan Media? National Football League (NFL) dalam sukan ragbi menyatakan bahawa 60% keuntungan dan pendapatan mereka dijana hasil kontrak dengan siaran televisyen. Penyiaran sukan komersial di television memerlukan perubahan dari segi pakej penyiaran, jadual perlawanan dan cara ditayangkan. Perubahan tersebut adalah seperti : Jadual dan masa penyiaran diubah bagi memenuhi waktu dan rancangan di television Tempoh waktu rehat dalam perlawanan sukan dipendekkan supaya penonton tidak berasa bosan Susunan semula jadual dan masa tamat ditambah untuk siaran komersial. Kesimpulannya, penjualan penyiaran sukan di television banyak memberi perubahan dalam sukan tetapi ia juga memberi kawalan dan autonomi kepada penonton bagi menilai siaran sukan tersebut.

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 4

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

Adakah Media Merosakkan atau mengganggu Sukan? Ramai yang menyatakan bahawa sukan banyak bergantung pada television dan ia mungkin akan merosakkan sukan tersebut. Terdapat pihak yang berhujah yang

menyatakan hal tersebut telah berlaku dan menyatakan bahawa television adalah pucuk pangkal kerosakan dalam sukan (Rader, 1984). Namun begitu, hujah tersebut dikatakan gagal di atas sebab-sebab berikut : Sukan tidak dibentuk melalui media. Sukan membentuk hubungan sosial melalui interaksi atlet, pasukan, pengurusan, penaja, pengiklanan, agen-agen sukan, dan penonton. Media menitikberatkan hubungan antara sukan dan pemberatannya lebih dipengaruhi oleh faktor sosial, politik dan ekonomi. Sebagai contohnya, faktor ekonomi telah memaksa media untuk menetapkan had bagi nilai penajaan dan pengiklanan bagi sesebuah keuntungan dalam sukan. Ringkasnya, kebanyakan sukan bukan komersial tidak bergantung pada media dan tidak mungkin akan merosakkan media. Manakala bagi sukan komersial pula, mereka bergantung pada media untuk berjaya. Liputan media secara tidak langsung mempengaruhi politik, ekonomi, minat dan kuasa kepada semua pihak yang terlibat.

Adakah Media Bergantung pada Sukan? Media yang paling banyak bersangkutan dengan sukan terdiri daripada akhbar dan television. Surat Khabar : Di Amerika Utara, liputan harian banyak tertumpu pada topik sukan berbanding topik politik mahupun perniagaan. Sekiranya ruangan sukan dihapuskan, penjualan surat khabar akan menurut sebanyak 30% . Kebanyakan akhbar bergantung pada keuntungan pendapatan mereka melalui pengiklanan sukan. Tambahan pula, ruangan sukan menarik minit pengiklan untuk mempromosikan barangan mereka kerana pada ruangan ini, pembaca dari kalangan belia hinggalah pertengahan usia lebih tertarik untuk membaca di ruangan sukan.
NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 5

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

Television : Kebanyakan syarikat television di Amerika Utara bergantung pada sukan dalam program yang disiarkan dan pendapatan yang dijana melalui pengiklanan. Hal ini kerana program sukan mampu menarik pelanggan siaran television dari segmen tertentu di samping menggunakan sukan untuk menarik pengiklan. Peningkatan bayaran hak penyiaran jelas menunjukkan bahawa syarikat-syarikat television mahu sukan dimasukkan dalam program mereka kerana akan memberikan keuntungan kepada mereka.

Sukan Dan Media : Satu Hubungan Simbiotik Yang Didorong Oleh Kuasa Ekonomi Apabila menceritakan mengenai hubungan sukan dan media, fokus utama yang diberikan adalah terhadap kesan dalam media dan sukan. Akhbar-akhbar dan syarikat television lebih bergantung pada sukan untuk membuat liputan. Surat khabar menyediakan ruang yang banyak kepada liputan sukan manakala television pula menggunakan acara-acara sukan bagi memenuhi keperluan program terutama pada hujung minggu dan cuti am. Pendek kata, sukan boleh melariskan jualan akhbar dan menarik penonton television di samping membantu penjualan ruangan pengiklanan. Tambahan pula, media boleh menjana pendapatan organisasi sesebuah sukan dan mewujudkan imej sukan tersebut untuk jualan seperti baju/jersi, kasut dan sebagainya.

Imej Dan Mesej Dalam Media Sukan Bagaimana Media Menggalakkan Sukan? Media selalunya tertumpu pada beberapa jenis sukan untuk dibuat liputan. Dalam masyarakat, media mempunyai hak milik persendirian dan bergantung pada keuntungan kewangan dan sukan yang dipilih berdasarkan nilai hiburan dan liputan yang disiarkan. Menurut Stodart (1994),media cuba menyampaikan seberapa banyak imej dan mesej yang mungkin kepada masyarakat.

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 6

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

Akhbar dalam ruangan sukan banyak mengulas mengenai skor, statistik, acaraacara penting, wira dan wirawati dalam sukan, di sebalik tabir sesuatu acara, dan gambar aksi sukan berlangsung. Berbeza pula dengan tugas pengulas, pengulas sukan banyak mentafsir hal-hal yang melibatkan acara seperti perbincangan kemampuan wira dan wirawati, aksi-aksi atlet, pengorbanan atlet, keagresifan semasa bermain, pencapaian sesuatu rekod, skor dan kemenangan. Justeru itu, bolehlah disimpulkan bahawa terdapat banyak perbezaan antara liputan sukan melalui akhbar media cetak dan penyiaran media melalui media elektronik. Jadual 12-3 : Perbezaan antara media cetak dan media massa : kes yang melibatkan liputan media. Media Cetak Menekankan berita, analisis dan ciriciri khas Menceritakan ringkasan perkara yang telah berlaku Menyediakan skop maklumat yang luas Kandungan adalah lebih cenderung untuk memberikan kritikan dalam Siaran Media Menekankan hiburan dalam bentuk aksi dan drama Memberi penerangan dan tafsiran

semasa permainan berlangsung Menyediakan liputan dan tindakan dengan segera Kandungan adalah lebih cenderung untuk memberikan sokongan dalam sukan dan personaliti sukan

sukan dan personaliti sukan

Tema dalam Imej dan Mesej Sukan i. Tema Kelelakian dan Kewanitaan

Liputan media banyak menekankan penyertaan kaum lelaki lebih banyak berbanding kaum perempuan. Apabila berkata mengenai sukan, sifat lelaki semula jadi lebih unggul berbanding perempuan dan kaum perempuan biasanya kurang arif jika ditanya hal-hal berkaitan dengan sukan kerana mereka kurang meminati sukan jika dibandingkan dengan lelaki.

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 7

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

. Antara bukti yang menyokong tema ini ialah : Media menunjukkan bahawa 85% lelaki menerima liputan sukan termasuklah surat khabar, majalah sukan, radio, dan television (Creedon,1994; Duncan et al., 1990; Kane and Parks, 1992, 1992; Lumpkin and Willianms, 1991; Messner et al., 1996; Shiflett and Revelle, 1994a,b). Keutamaan bagi sukan kaum wanita pula menekankan sifat-sifat yang berunsurkan kesopanan, keseimbangan dan estetika yang konsisten dengan imej kewanitaan. Antara sebabnya ialah, sukan Olimpik memberi fokus kepada liputan acara gimnastik wanita pada musim panas dan luncur ais wanita pada musim sejuk. (Deford, 196;MacNeill, 1996).

ii.

Tema Bangsa dan Kaum

Kajian pernah dijalankan pada tahun 1970an dan 1980an (Braddock, 1978a,b; Condor and Anderson, 1984; Pearman, 1979; Rainville and McCormick, 1977) mendapati bahawa cara liputan media yang digunakan adalah dengan mengekalkan stereotaip perbezaan atlet berbangsa yang berkulit gelap dan atlet berkulit putih. Sebagai contoh, liputan media yang lepas banyak mengkritik pemain berkulit gelap dan memuji pemain berkulit putih walaupun memiliki hampir sama. Juruhebah sukan menyatakan bahawa fizikal dan cara pemikiran atlet berkulit putih menunjukkan mereka agresif dan mampu mengawal tindakan mereka manakala atlet berkulit gelap pula dinyatakan bahawa mereka sering dijadikan sasaran keagresifan dan tindakan mereka ditentukan oleh faktor-faktor lain selain daripada pilihan mereka dan keputusan mereka sendiri. Menurut Derek Jackson dalam penulisannya Boston Globe (22 January 1989), pengulas sukan banyak menggambarkan atau merujuk perwatakan dan kebijaksanaan adalah lebih kepada atlet kulit putih manakala atlet kulit gelap lebih kepada keupayaan fizikal dan kemampuan mereka. Atlet kulit putih dikritik banyak mengenai kekurangan bakat fizikal manakala atlet kulit gelap pula kurang upaya mengawal emosi atau mental mereka. kebolehan dan keupayaan yang

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 8

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

Justeru itu, salah satu cara untuk mengurangkan prasangka perkauman ini ialah dengan menggaji atau mengupah lebih banyak pemberita, penyunting, photographer, penulis, pengarah, penerbit, jurukamera, dan pengulas sukan dari kaum minoriti (Sabo and Jansen, 1994). Secara tidak langsung, media memainkan peranan penting alam mengembangkan persepsi mengenai kaum mereka di mata dunia. Contohnya, kanakkanak dari kaum yang berkulit gelap melihat atlet dari kaumnya di kaca television pasti akan menjadikan mereka semangat dan berdedikasi untuk menjadi atlet dan seterusnya memberi prioriti untuk melanjutkan pelajaran dan mencapai matlamat (Bierman, 1990; Gaston, 1986; Murrel and Curtis, 1994). Kesan Media ke atas Kelakuan Berkaitan Sukan i. Penyertaan yang aktif dalam sukan

Seperti yang kita ketahui, apabila kanak-kanak menonton sesuatu rancangan yang disiarkan di television, minat mereka akan cepat berkembang. Begitu juga dengan siaran sukan. Hal ini kerana kanak-kanak merupakan peniru yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Jadi, apabila mereka menonton atlet Olimpik yang berjaya, secara tidak langsung mereka akan terpengaruh untuk mengikut jejak langkah atlet tersebut. Namun begitu, tidak semua yang menonton rancangan sukan akan melakukan aktiviti sukan terutamanya apabila meningkat dewasa. Kesimpulannya, media tidak memberi kesan utama dalam penyertaan sukan mahupun aktiviti fizikal. (Irlinger, 1994) ii. Kehadiran di arena sukan

Kehadiran dalam sesuatu perlawanan boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor (Wakefield, 1995) dan hubungannya dengan media adalah sangat kompleks. Kebanyakannya percaya bahawa mereka lebih gemar menonton menerusi television berbanding menyaksikan siaran langsung di arena sukan. Malahan, media banyak melakukan promosi acara tersebut di samping memberikan informasi berkaitan atlet, mahupun pasukan atau kelab yang bertanding berbanding menyaksikan perlawanan secara langsung (Weiss, 1996; Zhang et al., 1997).

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 9

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

Secara kesimpulannya, media dan kehadiran di arena sukan banyak berkait rapat di mana mereka yang menonton menerusi kaca television secara tidak langsung seakan menghadiri perlawanan tersebut (Zhang et al., 1996a). Walaubagaimanapun, kesimpulan tersebut terbahagi kepada dua: Apabila harga tiket meningkat terutama bagi sukan elit, kehadiran penonton menjadi terhad kerana mereka boleh menontonnya menerusi kaca television. (Wakefield, 1995; Zhang et al., 1996b) Media banyak memfokuskan sukan elit berbanding sukan bukan elit. Hal ini menyebabkan sukan bukan elit kurang mendapat perhatian orang ramai. Oleh itu, media memainkan peranan yang besar terhadap kehadiran sukan-sukan yang besar namun memainkan peranan yang kurang pada sukan-sukan yang kecil. Profesion Kewartawanan Sukan Jadual 12-4 Perbandingan peranan antara penulis sukan dan pengulas sukan Ciri-ciri Keselamatan kerja Gaji Populariti Kebebasan meluahkan nya dalam kerja Tujuan peranan Memberi maklumat Untuk menjual acara sukan Menjadi penghibur Penulis Sukan Tinggi Rendah Rendah Sederhana ke tinggi Pengulas Sukan Rendah Tinggi Tinggi Rendah dan biasanya di kawal

tentang acara sukan Jangkaan peranan Peluang untuk Menjadi objektif para penyiasat Kadangkala Editor dan penolong editor

Sangat sukar Eksekutif pasukan pemberi penyiaran, pengurusan, sumbangan,

melaporkan siasatan Hubung kait dengan jawatan lain

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 10

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

pengiklanan Hubungan pemain antara Sering tegang Peramah dan pemberi sokongan

RUMUSAN Sukan dan media merupakan dua elemen yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Media memainkan peranan yang mempengaruhi kehidupan kita serta

merupakan sebahagian daripada pengalaman kita. Media merupakan elemen terpenting dalam sukan. Hal ini kerana tanpa media, sukan tidak akan berkembang maju dan masyarakat tidak dapat mengingati perkembangan sukan yang diminati. Media terdiri daripada akhbar, majalah, internet, radio dan television. Menerusi media, maklumat, tafsiran, siaran dan perkembangan sukan dapat disampaikan walaupun kita berada jauh beribu batu dari kawasan pertandingan atau perlawanan tersebut berlangsung. Liputan media banyak tertumpu pada penyiaran sukan luar negara dan hal ini dapat dilihat menerusi ruangan akhbar serta siaran television berbayar. Namun begitu, penyiaran dan maklumat sukan dari dalam negara juga banyak disiarkan terutama menerusi liputan dan penyiaran berita-berita terkini. Penyiaran dan perkembangan sukan tidak tertumpu pada siaran perlawanan dan pertandingan sahaja malahan perkembangan prestasi atlet, gambar-gambar terkini, temu bual serta jadual kehidupan harian juga dapat kita ikuti melalui wawancara penulis di majalah-majalah tempatan mahupun luar negara. Tidak tertumpu pada usaha penulis sahaja, pengulas sukan di television dan radio juga banyak memberi maklumat dan perkembangan terkini atlet mahupun pasukan yang bertanding. Sebagai contoh, pengulas sukan akan mengulas isu dan perkembangan pemain pada awal perlawanan disiarkan ataupun pada separuh masa perlawanan. Justeru itu, pengulas dan penulis merupakan agen yang bertindak menyebarkan maklumat melalui media kepada orang awam khususnya peminat sukan. Peranan media tidak tertumpu pada penyiaran sukan sahaja malahan banyak kelebihan yang dapat di kecapi bersama terutama dari aspek ekonomi, hiburan dan
NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 11

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

sosial. Jika dilihat dari aspek ekonomi, liputan media secara tidak langsung dapat mempromosikan sesuatu pertandingan sukan di samping memberi publisiti dalam membantu dan menjana pembangunan sukan. Contohnya, rancangan Soccer Kids dan My Team yang merupakan salah satu usaha media dalam pembangunan sukan di samping mempromosikan dan menaikkan lagi mutu dan martabat sukan negara kita. Selain itu, fasiliti dan kemudahan sukan juga dapat ditingkatkan dengan pembinaan pusat perkampungan sukan yang bukan hanya dapat digunakan pada hari penganjuran malahan dapat diguna pakai pada masa hadapan. Contoh yang ketara yang dapat dilihat ialah pusat perkampungan sukan Stadium Bukit Jalil. Stadium tersebut sering digunakan untuk perlawanan bola terutama yang melibatkan pasukan kebangsaan malahan turut dijadikan tempat karnival seperti Karnival Jom Heboh TV3 yang menggunakan kawasan sekitar stadium tersebut sebagai tapak karnival. Melalui media juga, jualan dan sumber ekonomi dapat ditingkatkan dalam sesuatu penganjuran sukan. Sebagai contoh, ramai peniaga kecil-kecilan mengambil kesempatan ini untuk menjual makanan, minuman, pakaian ataupun barang-barang berkaitan dengan penganjuran sukan tersebut. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan lagi ekonomi masyarakat. Media memainkan peranan dalam

mempromosikan sukan tersebut dan orang awam yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut pasti membeli barang-barang tersebut. Selain itu, syarikat besar turut meningkatkan hasil jualan mereka dengan mempromosikan barang-barang seperti baju/ jersi, mug, mafela, topi, keychain dan sebagainya yang berkaitan dengan pasukan yang bertanding seperti pasukan Malaysia menentang Indonesia dalam perlawanan persahabatan yang dianjurkan di Stadium Bukit Jalil. Media dan sukan juga saling berkait dari aspek hiburan. Hal ini dapat dilihat menerusi siaran langsung perlawanan bola sepak. Di samping menghiburkan penonton dengan aksi dan kehebatan mereka, pertandingan tersebut turut memberi pendedahan bersifat ilmiah seperti strategi, teknik, dan taktikal perlawanan. Dari aspek sosial pula, media membentuk hubungan rapat antara atlet dengan wartawan, penulis dan pengulas sukan. Tanpa mereka, mungkin publisiti dan tarikan penonton kurang mendapat sambutan. Selain itu, media juga dapat membentuk perhubungan sosial yang baik.

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 12

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

Contohnya menerusi perlawanan bola sepak yang disiarkan di kedai makan. Pengunjung yang menyaksikan perlawanan tersebut dapat berkenalan dengan penyokong dari pasukan yang sama di samping saling bertukar pendapat mengenai corak perlawanan tersebut. Di sebalik kelebihan dan kebaikan hubungan dua hala media dan sukan, terdapat juga beberapa kelemahan dan keburukan seperti kritikan untuk menjatuhkan prestasi seseorang ahli sukan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya pasukan A kalah dalam pertandingan, pasti ada pihak yang akan membuat kritikan dan spekulasi akan prestasi pasukan tersebut. Kritikan tersebut secara tidak langsung akan melemahkan lagi semangat kesukanan seseorang di samping menjatuhkan prestasi dan komitmen mereka sekiranya semangat juang tidak kental. Selain daripada kritikan, isu-isu negatif sukan seperti isu pengambilan dadah, isu perkauman dan isu gender turut mempengaruhi perkembangan sukan dan atlet tersebut. Kesimpulannya, sukan dan media merupakan dua komponen yang berbeza alirannya namun tetap saling berkait demi kepentingan bersama. Tanpa media tiadalah liputan sukan dan tanpa sukan, keuntungan syarikat-syarikat penyiaran kurang meningkat.

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 13

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

RUJUKAN

Coakley, J.J (1998). Sport in society: Issues and Controversies. 1998 (6th Ed.). Mc Graw Hill International Edition

Miz Mimma Jimmy (2011, Mac 04). Sukan dan media massa. Diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/50023507/SUKAN-DAN-MEDIA-MASSA Richard R. Danielson (1996). CH 12 Sports and media : Could they survive without Each other?. Diperoleh daripada http://danielson.laurentian.ca/drdnotes/4217ch12.htm

Zafirah Tazini (2011, April 17). Sukan dan Media Massa. Diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/53198075/Sukan-Dan-Media-Massa

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 14

PSIKOSOSIAL DALAM SUKAN - PJM3117

NURFATEN BINTI ISMAIL (890405-14-5476)

Page 15

You might also like