You are on page 1of 4

1.

0 Pendahuluan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Petikan tersebut merupakan salah satu petikan yang diambil daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi salah satu panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia.Antara tujuan dan matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan insan yang berilmu,berakhlak mulia dan bertanggungjawab.Hal ini meliputi aspek individu dan juga negara untuk menjadi seorang warganegara yang baik.Secara langsung,pendidikan merupakan salah satu saluran utama untuk menjayakan misi dan visi serta hasrat dan cita-cita negara.Tujuan pendidikan juga bukan sahaja untuk membangunkan dan mensejahterakan diri individu dan masyarakat malah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan,ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,bertanggungjawab,berakhlak mulia,dan berbakti. Namun,untuk menjayakan apa yang diinginkan memerlukan penilaian yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu penilaian dalam konteks KBSR dan KBSM sama ada penilaian berterusan ataupun penilaian pencapaian.Setiap sekolah dikehendaki menyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai

tahun 1983. Selepas KBSR dilaksanakan,Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989.Hal ini disebabkan oleh beberapa perubahan baru yang telah digubal dalam dunia pendidikan negara kita bagi memartabat institusi pendidikan seterusnya melahirkan tenaga kerja yang berkualiti. KBSR merupakan satu bentuk yang berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979).Pendidikan pada peringkat ini lebih menekankan kepada perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek,rohani,dan jasmani sama ada secara langsung atau tidak langsung.Aktiviti pengajaran yang lebih ditekankan ialah melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan,menyelesaikan

masalah,bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis. KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979). Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M).Hal ini bermakna,Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan aspek 3M. Komponen yang terdapat dalam KBSR ada tiga.Komponen yang pertama iaitu komunikasi yang menekankan kemahiran asas iaitu 3M,bahasa,dan matematik.Komponen yang kedua ialah manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia.Komponen yang ketiga ialah perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan.

Dalam KBSR merangkumi peringkat sekolah rendah yang terbahagi kepada dua tahap.Tahap pertama ialah daripada tahun satu hingga tahun tiga manakala tahap kedua daripada tahun empat hingga tahun enam.Mata pelajaran yang diajar di peringkat ini semua adalah mata pelajaran wajib yang dipelajari oleh semua pelajar.Nilai-nilai murni diajar melalui sistem pendidikan yang ditawarkan dalam mata pelajaran iaitu merentasi kurikulum. (Abdullah Sani, 2005: 174-175). Selepas pelaksanaan KBSR di sekolah rendah,pelaksanaan KBSM juga dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah menengah pada tahun 1989.KBSM juga lebih kurang kepada KBSR iaitu KBSM dibentuk berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam Perakuan 58, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan adalah diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya perkembangan daripada kurikulum sekolah rendah iaitu memperkukuhkan lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979). Tujuan KBSM di laksanakan di sekolah menengah adalah bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh,seimbang,dan bersepadu yang meliputi aspek-aspek jasmani,emosi,rohani,dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmoni, dan berakhlak mulia.KBSM dilaksanakan di peringkat sekolah menengah rendah iaitu tingkatan satu hingga tiga,iaitu mata pelajaran dibahagikan kepada mata pelajaran teras dan mata pelajaran tambahan . Mata pelajaran teras adalah wajib dipelajari oleh semua pelajar manakala mata pelajaran tambahan adalah subjek pilihan pelajar.Antara mata pelajaran tambahan ialah bahasa Arab,Cina,dan Tamil. Kesimpulannya,KBSR dan KBSM digubalkan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Namun demikian,penilaian prestasi sama ada penilaian pencapaian mahupun penilaian berterusan harus dilaksanakan bagi menentukan sejauh mana objektif-objektif pengajaran telah dicapai.Usaha daripada pihak guru mahupun sekolah bertanggungjawab dalam merancang,

mentadbir, melapor dan mengambil tindakan susulan dengan segala hal yang berkaitan dengan penilaian prestasi pelajar .

You might also like