You are on page 1of 14

KAMPUS PULAU PINANG

WAJ 3106 HUBUNGan etnik


"Faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat pluraliti lebih mudah diasimilasi berbanding masyarakat plural

NAMA PELAJAR HASAN

: 1) MOHAMAD RIDZUAN BIN ABU (820217-07-5323) : 2) MUHAMMAD NIZAM B. HASHIM (76012-02-6135)

PROGRAM KUMPULAN NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: PPG JUN 2011 : SCIENCE (B) : DR. MOHD. FADZIL B. CHE AMAT : 22 SEPTEMBER 2012

Pengenalan Pembangunan sesebuah negara dan tamadun tidak dapat dinafikan mempunyai hubungan yang sangat rapat antara sesama manusia. Manusia tidak mampu hidup berasingan tanpa wujudnya sebuah masyarakat. Manusia perlu hidup bersosialisasi untuk berinteraksi dan membentuk kelompokmanusia bagi memenuhi keperluan hidup dalam ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Dalam hal ini, proses interaksi berterusan merupakan aspek penting untuk tujuan meneruskan hubungan di antara makhluk ciptaan tuhan di seluruh alam demi kelangsungan dan kemajuan sesebuah negara. Proses peminjaman dan penerimaan daripada unsur-unsur luar telah berjaya diasimilasi dan diadaptasi dengan kepakaran golongan intelektual tempatan sebagai pemangkin kepada perkembangan sesebuah tamadun untuk mengorak langkah lebih maju. Catatan sejarah telah membuktikan bahawa dalam beberapa abad yang lalu,masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh bangsa asing, khususnya pengembangan bahasa Melayu. Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu terkenal sebagai pusat perdagangan yang pesat yang mana ia telah bertapak di negeri Melaka. Ia terkenal semasa pemerintahan zaman Kesultanan Melayu Melaka.Pada zaman itu ia merupakan kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan. Interaksi positif daripada pertembungan ini, memperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka berlakulah penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai bahasa dan budaya. Antaranya bahasa Inggeris,Arab, India, Cina, Portugis, Belanda dan lain-lain. Melaka pada waktu telah menerima pelbagai kedatangan pedagang asing seperti Cina, India, Arab dan pelbagai lagi.Malah ada diantaranya telah berkahwin dengan penduduk di Melaka dan terus menetap di situ. Selepas itu Tanah Melayu telah dijajah dimulai dengan pihak Portugis.Kemudian diikuti dengan Belanda, dan akhirnya British.Pada zaman penjajah inilah lebih ramai orang Cina dan India dibawa masuk sebagai buruh di lombong bijih timah dan di

lading-ladang getah.Bermula dari era itulah maka terwujudnya masyarakat plural dan plurailti di Malaysia.Maka terbentuk sebuah masyarakat majmuk di Malaysia dengan pelbagai bangsa dan budaya. MASYARAKAT PLURAL Masyarakat Plural terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama (Masyarakat Majmuk). Kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu telah membawa bersama-sama dasar pentadbiran mereka diaplikasikan selaras dengan kemajuan mereka. Sistem, prinsip, struktur dan dasar pentadbiran yang mereka amalkan jauh berbeza dengan sistem pemerintahan alam Melayu ketika itu. Perubahan besar telah berlaku dari segi pemerintahan dan Agama. Akibat daripada itu pemerintahan negara dikawal oleh pihak penjajah dan Agama serta istiadat pula diletak dibawah Sultan Melayu. Pada zaman itu penjajah telah menempatkan orang India di kawasan ladang-ladang getah. Manakala orang Cina pula ditempatkan dikawasan lombong-lombong bagi meneruskan kerja-kerja melombong bijih timah. Selain itu pendatang-pendatang asing ini dibawa masuk ke Tanah Melayu seorang diri tanpa diiringi ahli keluarga masing-masing. Sistem pentadbiran secara pengagihan ini ada kesamaan dan ketidaksamaan berbanding dengan masyarakat pluraliti. Oleh sebab itu Penjajahan Barat telah menjadi suatu titik tolak terwujudnya masyarakat Plural. Mereka jugalah yang menjadi pemisah di antara masyarakat Pluraliti dan Plural. Dalam konsep masyarakat plural, kepelbagaian bangsa dan agama di suatu tempat pada satu masa tetap wujud seperti masyarakat pluraliti. Namun kewujudan ini bukanlah secara semulajadi tetapi dengan cara paksaan yang mana penghijrahannya dirancang oleh sesetengah pihak atas dasar kepentingan. Kewujudan masyarakat plural merupakan rancangan bermotif penjajah British. Topik utama yang akan dibincang dalam bahagian ini ialah prinsip, sistem, struktur dan dasar pentadbiran yang diperkenalkan oleh penjajah British di Alam Melayu.

Kedatangan British ke Alam Melayu bukanlah dengan tangan kosong tetapi mereka telah lama maju dari segi ilmu pengetahuan. Universiti tertua di Eropah, iaitu Universiti Oxford, telah wujud sejak abad ke -10 masihi lagi. Ertinya, mereka merupakan penjajah yang telah mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dalam bidang sosial, kemanusian dan sains tulen. Pemisahan ini membawa kepada dua kumpulan masyarakat. Pihak yang menyokong agama dan pihak yang menyokong sains moden. Ilmu berasaskan sains moden mendapat sokongan majoriti penduduk Eropah dan ini akhirnya menyebabkan agama menjadi anutan individu sahaja. Agama tidak lagi menjadi faktor penting dalam kehidupan duniawi manusia. Kesannya, agama berada pada satu pihak yang lain dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain. Dasar ini diteruskan oleh penjajah British terhadap tanah jajahannya, termasuk Tanah Melayu. Pihak penjajah British mengawal pentadbiran Tanah Melayu manakala hal ehwal agama (Islam di Tanah Melayu) dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan sultan. Di samping itu, penjajah British turut memperkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara tiga unsur penting iaitu kehakiman, eksekutif dan perundangan. Masing-masing pihak hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh bercampur aduk. Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan zaman sebelum kedatangan British menyebabkan tiada agihan kuasa berlaku kerana raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak. Pembentukan masyarakat plural di Malaysia tertumpu kepada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Biarpun sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaum dan suku kaum etnik yang lain di Malaysia. Ini berlaku disebabkan ketiga-tiga komuniti etnik tersebut begitu memainkan peranan penting dan menyerlah dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi-politik British di Tanah Melayu. Biarpun begitu ia tidaklah sama sekali menafikan kewujudan dan kepentingan peranan yang dimainkan oleh kesemua kaum dan suku kaum lain. Sebelum tahun 1848, hampir kesemua penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Namun demikian, perkembangan perusahaan bijih timah mulai pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah mulai awal abad ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan besarbesaran orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi jumlah penduduk Melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing telah mengakibatkan satu

masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Tiap-tiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan. MASYARAKAT PLURALITI Masyarakat Pluraliti terbentuk pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu di negeri Melaka. Pedagang dari negara China dan India datang ke Melaka untuk berdagang. Seterusnya ada di antara mereka yang terus menetap di sini dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Jadi terbentuklah masyarakat Baba dan Nyonya serta Peranakan India. Pada ketika itu masyarakat dapat hidup bersama-sama tanpa ada rasa dipinggirkan antara satu sama lain dengan berkongsi dari segi ekonomi, budaya, cara hidup dan sebagainya. Malah cara hidup yang pelbagai bangsa dan budaya ini diteruskan hingga ke era sekarang yang serba mencabar ini. Budaya merupakan tatacara hidup sesuatu kelompok atau kumpulan sosial, iaitu seluruh kehidupan dan persekitaran yang dibina olehmanusia hasil amalan dan hubungan manusia dalam linkungan persekitaran yang meliputi budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Justeru itu, bahasa berkait rapat dengan kebudayaan kerana bahasa ialah unsur budaya. Oleh sebab itu, hipotesis Sapir-Whorf (daripada nama Edward Sapir dan Benjamin Lee Whorf) menyatakan struktur bahasa yang dituturkan memberikan kesan kepada bagaimana kita membuat tanggapan tentang dunia di sekeliling kita. Jelasnya, tanggapan atau fikiran serta tindakan seseorang bergantung kepada struktur kosa kata bahasanya, iaitu alat yang digunakannya untuk berfikir dan menanggapi sesuatu (Puteri Roslina 2005: 33). Alam Melayu atau Dunia Melayu (Malay Archipelago) merujuk kepada pengertian yang luasmerangkumi tiga konsep utama iaitu: 1. Dunia Melayu yang merangkumi keserumpunan bahasa-bahasa dan bangsa-bangsa yang dikenali dengan Melayu-Polinesia majoriti masyarakat adalah beragama Islam (Wan HashimWan Teh dalam Ismail Hussien, et al. 1997: 127).

2. Dunia berbahasa Melayu yangmeliputi pelbagai etnik, agama dan negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama Jurnal Pengajian Umum Bil. 8 117 3. DuniaMelayu-Polinesia yangmempunyai keturunan rumpun bangsa dan bahasa induk yang sama merentasi dari Pulau Malagasi (Madagaskar) sehingga ke Lautan Pasifikmerangkumi Pulau-pulau Polinesia, Hawaii, Mikronesia dan keUtara sehingga ke Pulau Taiwan. Jelaslah bahawa bahasa merupakan alat untuk melestarikan budaya dari satu tahap ke satu tahap lain dan satu bangsa dengan bangsa yang lain. Bahasa juga merupakan penyambungciri budaya.Dari segi fungsi kemasyarakatan pula, bahasa dilihat berdasarkan lingkungannya dan bidang penggunaannya. Di Malaysia, bahasa Melayu sebagaibahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Ia merupakan lambang kebanggaan kebangsaan, jati diri bangsa, dan alat penyatuan bangsa daripadaberbagai-bagai suku dan kaum serta ia merupakan identiti bagi negara Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu juga agak meluas sehingga dikenali sebagai bahasa lingua franca, iaitu bahasa perhubungan seharian dalam kalangan rakyatMalaysia (Puteri Roslina 2005: 35-36).Malah bahasa Melayu telah mula dipelajari oleh orang-orang Barat dan Eropah. Oleh sebab itu bahasa merupakan elemen penting selepas budaya dan adat resam menjadi penyambung hubungan sesama manusia khususnya dalam masyarakat alam Melayu khususnya Tanah Melayu. Dalam masyarakat pluraliti, mereka hidup dalam suasana yang majmuk dan bekerjasama antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan seharian. Itulah realiti yang dapat dilihat hingga ke era masa kini yang semakin pesat membangun.

Konsep Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi adalah satu proses yang melibatkan kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan dan bersatu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Baba dan Nyonya, Cina Kelantan, dan Jawa merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya,asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpamelibatkan kepercayaan dalam agama. Wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik-etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama telah menyebabkan proses asimilasi berlaku. Kejayaan sesuatu asimilasi itu umumnya bergantung kepada kehendak kumpulan etnik minoriti untuk menghilangkan identiti mereka dan dapat menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Di sini banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dengan keinginan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. Orang bukan Melayu juga sudah dapat diasimilasikan dengan dari segi pemakanan dan pemakaian. Kini bukan suatu yang perkara yang pelik jika melihat orang Cina dan India berbaju kurung, makan nasi lemak, makan sambal belacan dengan ulam-ulam. . Malah, berkat daripada sistem pendidikan kebangsaan ada dikalangan bukan dapat berbahasa melayu dengan baik dan lancar sekali. Melayu

Ironinya, setelah separuh abad Malaysia merdeka, asimilasi etnik minoriti ke dalam

kebudayaan Melayu semakin tipis dengan membiarkan kaum Cina dan India semakin berkiblatkan Hong Kong, China, India dan Barat. Sebaliknya, didapati wujud kecenderungan asimilasi songsang apabila orang Melayu pula secara sedar ataupun tidak ingin diasimilasikan dengan kebudayaan etnik-etnik lain yang ada di Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan kini didapati dalam mana-mana persembahan kebudayaan diselitkan juga persembahan etnik Cina dan India , diiringi oleh pengunaan bahasabahasa bukan kebangsaan iaitu bahasa masing-masing atas alasan menerapkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. Mengapa masyarakat Pluraliti lebih mudah diasimilasi? Hubungan masyarakat setempat iaitu masyarakat melayu dengan orang Cina dan India telah lama terjalin sejak zaman dahulu lagi semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.Di mana Melaka saat itu terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan yang pesat yang merupakan tempat pertemuan antara pedagangpedagang Cina, India dan juga Arab.Malah Alam melayu telah menjadi pusat perkembangan ilmu dan penyebaran ilmu semasa abad ke-7 masihi lagi.Oleh sebab itu, berlakunya penghijrahan ke Tanah Melayu oleh orang Cina dan India akibat daripada perniagaan dan perkahwinan dengan penduduk tempatan. Sejak zaman dahulu lagi pedagang Cina, India dan Arab telah diasimilasi dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu Baba dan Mamak. Keterbukaan pemerintah empayar Melaka pada masa itu menerima kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yang menyulitkan memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan penting dunia.Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat masing-masing. Dengan keterbukaan Kerajaan Melaka itu telah melahirkan masyarakat majmuk yang mampu hidup dalam suasana yang aman dan damai serta dapat berkongsi cara hidup, pemakanan, ekonomi dan budaya setiap golongan bangsa itu sendiri. Jadi ini dengan jelas kita dapat lihat masyarakat pluraliti itu sebenarnya mudah diasimilasi. Ini terbukti dengan jalinan erat yang telah terjalin sejak zaman dahulu lagi terutamanya orang Cina dengan orang Melayu sebelum penjajajahan Barat lagi. Ianya berlaku dalam suasana harmoni kerana ianya terjalin

dalam suasana paksaan. Hubungan inimemaparkan bagaimana kedua-dua pihak saling bergantungdemi kepentingan bersama dalamaspek politik dan ekonomi.Sikap saling hormatmenghormati dan mengiktiraf kewibawaan dan kedaulatan masingmasing disamping menghargai unsur budaya dan warisan dari kedua-dua belah pihak.Malahan terdapat kecenderungan dan minat untuk sama-sama memanfaatkankeunikan khazanah budaya bangsa dan peradaban tempatan.Contohnya,catatan Mahuan dan Fei Xin tentang keadaan dan suasana diMelaka atauWuYu dalam catatan Cina (KongYuanzhi 2000: 71-73). Begitu juga ITsing yangpernah belajar tentang Buddha di Srivijaya dan menulis tentang pengalaman dan pengamatannya terhadap keupayaan Srivijaya pada zaman keemasannya. Hasil daripada hubungan yang akrab itu telah melahirkan suatu masyarakat yang majmuk di mana kelompok manusia yang hidup di dalamnya berinterkasi dalam suasan yang harmoni.Malah ada di kalangan orang Cina dan India yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan.Selain itu orang Cina dan India dapat mengamal budaya seharian orang Melayu tanpa rasa terbeban dan kekok serta rasa terpaksa.Malah orang Melayu juga dapat menerima dan adat resam pendatang asing dengan senang hati.Berikutan dengan perkahwinan orang Cina dengan penduduk tempatan telah mewujudkan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali yang terdapat di Melaka dan Cina peranakan yang ramai di Kelantan merupakan suatu interaksi yang ketara dapat ditemui dalam masyarakat Melayu. Catatan De Eredia menyatakan orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan telah pun membentuk komuniti mereka yang tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu, mereka terpaksa belajar menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa proses jual beli tetapi juga semasa berkomunikasi sesama masyarakat tempatan dan juga ketika berinteraksi dengan keluarga mereka sendiri. Melalui proses pembudayaan Melayu yang telah berlaku ke atas mereka akibat perkahwinan telah melahirkan budaya kacukan CinaMelayu yang unik dipanggil Baba dan Nyonya.Masyarakat Cina Baba terwujud berpunca dari orang keturunan Cina yang berkahwin dengan masyarakat tempatan. Manakala masyarakat peranakan India yang popular dipanggil sebagai Mamak dan Mami terwujud dari perkahwinan keturunan India dengan orang tempatan. Masyarakat mamak dan mami ini ramai didapati di Pulau Pinang dan mereka seperti

juga masyarakat Cina Baba, mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu. Selain itu, amalan dan adat resam yang dibawa masuk oleh mereka juga diterima pakai oleh penduduk tempatan. Ini berikutan daripada keinginan dan kesanggupan mereka untuk diasimilasi dengan penuh kerelaan dan tanpa paksaan. Selain daripada itu, dapat kita lihat dan dengar tentang dialek percakapan di kalangan masyarakat Baba yang dikenali sebagai Melayu-Baba yang tersendiri. Jika di kalangan masyarakat Melayu di sesuatu tempat terkenal dengan nama bahasa pasar. Terdapat perbezaan dari beberapa sudut dialek Melayu Baba Melaka yang dipertuturkan dengan bahasa Melayu baku . Terdapat kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak diserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama yang dianuti oleh orang Cina. Dewasa kini kita dapat lihat ada di kalangan komuniti Baba yang telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan kembali menyerap ciri-ciri kebudayaan masyarakat Cina.Sehingga kini dianggarkan terdapat lebih kurang tiga puluh hingga lima puluh ribu orang Cina Muslim di Malaysia. Hubungan antara Cina dan Alam Melayu juga sedikit sebanyak memperlihatkan proses penyesuaian bahasa ke dalam bahasa tempatan.Begitu juga halnya dengan masyarakat India Peranakan. Dari segi bahasa, asimilasi konsep dan idea baru dapat dilihat melalui unsur pinjaman dan penyerapan daripada bahasa India terutamanya Sanskrit dan sedikit bahasa Tamil ke dalam bahasa Melayu . Mereka juga menggunakan gaya bahasa mereka tersendiri yang melibatkan penggunaan bahasa melayu dalam pertuturan mereka dengan menyerap sedikit bahasa Tamil dan Sanskrit.Namun proses peminjaman bahasa kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu. Selain daripada penggunaan bahasa masyarakat Melayu juga telah mengamalkan budaya masyarakat India terutamanya adat bersanding yang telah banyak diamalkan dalam perkahwinan masyarakat Melayu kini. Semua ini menunjukkan bagaimana masyarakat pluraliti mudah diasimilasikan memandangkan baik segi bahasa pertuturan yang menyadi penyambung hubungan di kalangan masyarakat Cina dan India dengan masyarakat Melayu. Selain daripada itu perkahwinan tanpa paksaan penggunaan adat budaya bangsa lain yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu juga faktor yang menunjukkan bahawa mereka dapat diasimilasikan dengan rela.

Selain daripada faktor pertuturan, pemakanan, budaya dan adat resam, masyarakat Pluraliti dapat diasimilasikan melalui pentadbiran di mana konsep Raja dan kerajaan begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia .Sebenarnya konsep raja dan kerajaan merupakan istilah yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu sementara konsep negeri atau negara ialah perkataan Sanskrit (Ismail Hamid, 1988).Pelantikan para pegawai kerajaan awal dalam Alam Melayu secara berangka seperti Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga puluh Dua dipengaruhi oleh astrologi Hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, raja ialah anak Tuhan yang diutuskan ke bumi bagi menyatakan kepada rakyat bahawa mereka mesti taati dan patuhi segala perintah raja. Apa yang dapat dilihat secara psikologi telah diterapkan dalam hati nurani penduduk Alam Melayu bahawa institusi raja merupakan sesuatu yang amat besar, penting dan perlu ditaati serta diikuti secara mutlak sesuai dengan kedudukannya sebagai ketua pentadbir pada zaman itu. Hasilnya, raja telah menjadi ketua dalam suatu kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran negeri. Malah sistem ini terus dikekalkan, walaupun mengalami beberapa perubahan, apabila Islam bertapak dalam Alam Melayu sesuai dengan ajaran Islam dan ianya berterusan sehinggalah kedatangan penjajah Eropah, terutamanya British.

MENGAPA MASYARAKAT PLURAL SUKAR DIASIMILASI Kita sedia maklum sebelum penjajahan Eropah terutamanya British, Alam Melayu pada masa itu telah hidup dengan penuh harmonis dan aman dan dapat menyerap budaya dan adat resam orang Cina dan India. Malah orang Cina dan India dapat mengikut budaya dan adat resam seharian yang diamalkan oleh orang Melayu. Pada masa itu terwujudnya masyarakat pluraliti di Alam Melayu. Namun begitu selepas penjajahan era penjajahan British khususnya telah membentuk masyarakat Plural di mana British telah membawa masuk secara beramai-ramai pendatang Cina dan India. Penghijrahan secara beramai-ramai ini adalah untuk memenuhi kepentingan British untuk meneroka ekonomi yang terdapat di bumi Tanah Melayu. Di sini penjajahlah yang menjadi pemisah kepada masyarakat Melayu dengan orang Cina dan India. Mereka menggunakan apa yang terdapat dalam dasar pentadbiran mereka bagi memisahkan golongan ini. Atas dasar untuk mengorek hasil bumi di Tanah Melayu pada masa itu, maka terpisahlah kedudukan penempatan orang Cina dan orang India dengan masyarakat Melayu. Orang Cina ditempatkan di kawasan-kawasan lombong bijih timah iaitu di kawasan Kuala Lumpur dan juga Ipoh umumnya. Manakala orang India pula ditempatkan di kawasan-kawasan ladang untuk menanam pokok-pokok getah. Jadi jika dilihat melalui situasi ini agak sukar masyarakat plural untuk diasimilasikan dalam alam Melayu memandangkan penempatan mereka tidak berada di kawasan yang sama biarpun mereka merupakan masyarakat majmuk.

PENUTUP Jika dihayati sejarah negara, konsep masyarakat pluraliti dan plural telah membawa suatu integrasi perpaduan yang harmoni dalam suasana yang aman dan damai di antara semua kaum di Tanah Melayu hinggalah ke Malaysia hari ini. Berikutan dengan kesinambungan perpaduan yang dilihat di Malaysia kini merupakan suatu kejayaan yang telah dilakukan oleh semua kaum. Perkongsian budaya di kalangan kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti telah menguatkan lagi perpaduan di antara kaum. Proses asimilasi yang telah wujud di kalangan masyarakat pluraliti menjadi suatu titik tolakkepada perpaduan kaum di Malaysia hinggalah ke hari ini. Berdasarkan tajuk yang menjadi faktor utama dalam perbincangan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat pluraliti lebih mudah diasimilasi berbanding masyarakat plural. Berikutan dengan pelbagai contoh-contoh yang dapat dilihat sejak zaman empayar Melaka hinggalah ke zaman penjajajahan telah dapat dipastikan bahawa masyarakat pluraliti lebih ,mudah untuk diasimilasikan berbanding dengan masyarakat Plural yang penempatannya berbeza. Era masyarakat sebelum kedatangan British lebih harmonis berbanding dengan selepas kedatangan British, di mana orang Cina dan India tinggal dalam dalam suatu komuniti yang sama serta menjalinkan hubungan yang akrab dengan mengamal budaya dan adat resam bersama-sama.Pada zaman ini mereka hidup berkongsi cara pemakaian, pemakanan dan ekonomi bagi meningkat taraf hidup masing-masing bersama-sama. Namun selepas kedatangan British, penghijrahan masuk secara beramai-ramai orang Cina dan India ke Tanah Melayu digalakkan oleh British untuk memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka yang mana orang Cina ditugaskan untuk membuka lombong-lombong bijih timah dan emas yang ramai bertumpu di lombong di Kuala Lumpur dan Ipoh. Mereka telah dibawa masuk oleh British tanpa disertai kaum keluarga, anak dan isteri mereka. Oleh kerana kedatangan mereka adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik British, maka di sini asimilasi budaya dan cara hidup antara kumpulan etnik tidak berlaku. Masing-masing menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing. Namun begitu ini tidak bermakna mereka tidak hidup dalam suasana ini. yang harmonis. Kehidupan yang harmonis antara kaum tetap wujud dalam bentuk akomodasi sosial. Keharmonian ini terus berkekalan hinggalah ke hari

You might also like