You are on page 1of 2

TUTORIAL MINGGU 3 Tajuk : Kaji Rajah di lampiran 1. Terdapat beberapa masalah dengan susunan fizikal bilik darjah ini.

Kenal pasti masalah-masalah ini dan cadangkan cara-cara mengatasi masalah ini di bilik darjah KBSR. Tarikh : 18/1/2013 Masa : 9.30a.m. - 10.30a.m. Nama Ahli Kumpulan : 1. Fifiane Lee Ming Shan 2. Lai Tshun Khong 3. Lu King Hock 4. Priscilla Wong Phui See

PAPAN PUTIH GURU

PAPAN PUTIH GURU

Pelan 1.1: Pelan bilik darjah yang asal

Pelan 1.2:Pelan bilik darjah yang ideal

Merujuk kepada pelan 1.1 di atas, susunan bilik darjah yang asal berbentuk stail auditorium merupakan cara susunan yang biasa digunakan pada bidang pendidikan Malaysia masa kini. Cara ini memudahkan pengajaran guru dan juga memastikan bilik darjah

susun teratur. Walaupun begitu, cara ini juga mempunyai masalah-masalah yang tertentu kepada pembelajaran murid. Yang terutama sekali, cara penyusunan ini memungkinkan bukan semua murid dapat menghadap ke arah guru. Sekiranya guru mengerakkan dirinya ke arah yang lain seperti bahagian belakang bilik darjah, murid-murid akan mendapat kesusahan mereka untuk menghadap guru. Keadaan ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran mereka. Selain daripada itu, masalah penglihatan juga menjadi masalah kepada murid yang mengalami penglihatan yang lebih lemah ataupun dihalang oleh murid yang tinggi atau bersaiz besar. Tambahan lagi, perbincangan antara murid susah untuk dilakukan kerana strategi kedudukan tersebut tidak memudahkan mereka untuk mengadakan perbincangan. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh bilik darjah ini ialah terdapat banyak kerusi dan meja yang menyebabkan bilik darjah terdesak akibat tidak cukup ruang. Untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi di atas, maka pelan bilik darjah yang ideal telah dilukis seperti yang ditunjuk dalam pelan 1.2. Murid-murid telah ditempatkan untuk duduk dalam 3 orang semeja dalam bentuk U. Dengan cara kedudukan tersebut, semua murid dapat menghadap ke arah guru dan juga memudahkan guru untuk memerhati setiap murid dengan mudah. Secara langsungnya murid akan menjadi lebih focus dan menumpukan perhatian pada pengajaran guru. Strategi ini juga menjimatkan ruang bilik darjah kerana hanya menggunakan 8 buah meja untuk murid. Guru boleh menukar tempat duduk murid secara bergilir-gilir pada tempoh masa yang tertentu untuk memperluaskan lagi bidang sosial antara murid. Secara keseluruhannya, strategi pelan bilik darjah boleh diubah dari masa ke semasa untuk menyesuaikan dengan pengajaran dan pembelajaran . Ini diperlukan untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran ke tahap maksima supaya memudahkan beban guru.

You might also like