You are on page 1of 13

LAPORAN GAJET

ORGANISASI PROJEK GAJET LANDAR KERING

Ketua Patrol Zawiyah Binti Shaari P. Ketua Patrol: Thong Hui Wen Maizatul Hanim Bt Amran Mogana a/p Panneer Selvam Nur Azryn Binti Mohd Dahalan Siti Hasanatul Husna Ahmad

Sharyn Arasok

[Date]

LAPORAN GAJET
PENGENALAN GAJET PANDU PUTERI Aktiviti membuat gajet adalah aktiviti yang paling menarik bagi Pandu Puteri. Di sini, pandu puteri berpeluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan dan berdikari. Selain itu, aktiviti membuat gajet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan. Aktiviti membuat gajet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol. Lazimnya gajet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan.

TUJUAN MEMBUAT GAJET i. Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. ii. iii. iv. Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah. Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi. Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. v. vi. vii. viii. ix. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan idea-idea yang baru. Feeling of sense of achievement, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet. Meninggikan mutu perkhemahan. Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gajet-gajet yang berfaedah.

BAHAN UNTUK MEMBUAT GAJET i. ii. iii. Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan. Diperbuat dari bahan semulajadi. Pergunakan dari semua bahagian pokok.

[Date]

LAPORAN GAJET
JENIS / CARA MEMBUAT GAJET i. ii. iii. iv. v. Yang boleh dibeli. Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem. Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang berhampiran.

JENIS-JENIS GAJET i. ii. iii. iv. v. vi. Gajet kawasan pintu. Gajet kawasan dapur dan yang berkaitan. Gajet kawasan tempat basuhan. Gajet kawasan tempat tinggal. Gajet kawasan pengeringan. Lain-lain gajet

i.

GAJET KAWASAN PINTU

a. Gajet pintu terletak di bahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu: o Bahagian pintu hadapan o Bahagian pagar o Bahagian pintu belakang

b. Variasi-Variasi pintu hadapan o Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi o Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type). o Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.

[Date]

LAPORAN GAJET
c. Bahagian Pagar o Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. o Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu.

ii.

GAJET-GAJET KAWASAN DAPUR

a. Buat dari bahan semulajadi b. Selain membuat gajet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti: o Rak pinggan mangkuk o Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak. o Meja makan o Penyangkut cawan / gelas. o Rak menyimpan kayu api / tong gas. o Gajet gerobok (camp larder). o Gajet lubang basah dan kering

iii.

GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH

a. Gajet tempat meletak besen air. b. Gajet tempat menyimpan alat pergigian. c. Gajet tempat menyimpan sabun. d. Gajet mengantung tuala mandi. e. Gajet kawasan tempat basuhan.

iv.

GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL

a. Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur atau disusun dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. b. Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gajet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

[Date]

LAPORAN GAJET
v. GAJET-GAJET LAIN o Tiang bendera o Menara memerhati o Gendang / Kantung kem o Gajet pembawa barang (Indian Travois) o Gajet pondok lalang (tempat berteduh)

a. Buat gajet lain yang mustahak seperti:

PENEMPATAN GAJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering. Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gajet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gajet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas. Berhampiran pintu masuk dirikan gajet papan kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat.

PRINSIP MEMBUAT GAJET Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pandu puteri Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh. Gunakan ikatan yang betul. Ikatan pada gajet hendaklah betul. Gunakan bahan semulajadi. Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran. Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.

[Date]

LAPORAN GAJET
Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal. Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu. Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet. Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai. Buat gajet ciptaan atau rekaan sendiri.

SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GAJET Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gajet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya gajetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat. a. Ikatan Seraya (Square lashing) mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat.

b. Ikatan Serong (Diagonal lashing) mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang berbentuk serong.

[Date]

LAPORAN GAJET
c. Ikatan Silang Gunting mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar.

d. Ikatan Figure of eight lashing mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.

e. Ikatan Ular (Snake lashing) mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar. f. Simpul Balak (Timber Hitch) memulakan ikatan serong.

[Date]

LAPORAN GAJET
g. Simpul manuk memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.

h. Ikatan Pemukat ikatan gajet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali. Whipping mengemaskan tali yang berlebihan.

i.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHASILKAN LANDAR KERING

[Date]

LAPORAN GAJET
TALI GUNTING PISAU

LIDI

ROTAN

PROSES PENYEDIAAN GAJET LANDER KERING Pada semester ini, kami telah ditugaskan untuk menghasilkan sebuah gajet miniatur. Kami telah melakukan beberapa persediaan terlebih dahulu sebelum

[Date]

LAPORAN GAJET
menghasilkan gajet ini. Sebuah organisasi telah ditubuhkan dimana ketua patrol iaitu Zawiyah telah mengetuai patrol ini dalam penghasilan projek ini.

(A) SEBELUM PENGHASILAN LANDAR KERING Kami telah mengadakan satu perjumpaan. Kami telah mencari beberapa maklumat tentang bagaimana caranya untuk menghasilkan gajet ini. Pada mulanya kami tidak tahu apa gajet yang kami perlu bina. Masalah kekurangan bahan bacaan di perpustakaan hinggakan kekurangan maklumat di internet menyebabkan kami mengalami sedikit masalah kerana kami tidak tahu apa gajet yang kami perlu hasilkan. Akhirnya kami sepakat untuk menghasilkan gajet landar kering. Apabila kami sepakat untuk membina landar kering, kami mula mencari ikatan dalam buku. Selain itu, kami juga menggunakan laman sesawang Youtube untuk mencari cara ikatan untuk membina gajet ini. Setelah itu, kami telah menugaskan beberapa orang ahli kumpulan kami untuk mencari dan membeli bahan untuk menyediakan gajet ini seperti tali.

(B) SEMASA PENGHASILAN LANDAR KERING Kami telah memfotostatkan helaian-helaian yang berkaitan dengan penyediaan gajet ini kepada semua ahli. Ini adalah supaya setiap ahli walaupun tidak berkesempatan untuk menyediakan beberapa bahagian menara ini, mereka tetap tahu bagaimana untuk menghasilkan ikatan dan konsep yang digunakan.

Kami telah membahagikan penghasilan menara ini kepada beberapa peringkat, peringkat. Oleh sebab ahli kumpulan kami adalah sebanyak 7 orang, Yang pertama 2

[Date]

10

LAPORAN GAJET
orang telah ditugaskan untuk menyediakan tiang atau kaki landar kering tersebut. Kedua, 2 orang ditugaskan untuk menghasilkan lantai landar kering ini dan 2 orang lagi ditugaskan untuk menyambung lantai landar kering dengan kaki atau tiang landar kering . Kami telah melantik dua ahli untuk menjaga kekemasan projek dan juga mendokumentasi segala aktiviti yang dijalankan. Sebanyak 2 kali perjumpaan telah diadakan untuk penghasilan projek ini dan kesemua ahli sekawan dapat hadir dan memberikan komitmen yang sangat tinggi kepada penghasilan projek ini.

(C) SELEPAS PENGHASILAN GAJET LANDAR KERING Selepas segala projek dan aktiviti mendokumentasi tamat, kami telah

membahagikan tugas kepada semua ahli agar kesemua ahli dapat berganding bahu menyiapkan tugasan ini. 1 perjumpaan telah diadakan bagi mengagihkan tugas-tugas masing-masing.

SIMPULAN IKATAN YANG TELAH DIGUNAKAN DALAM GAJET LANDAR KERING

[Date]

11

LAPORAN GAJET

Ikatan yang telah digunakan ialah ikat silang tungku. Ikatan ini ialah untuk buat tiang bagi gajet landar kering. Ikatan ini digunakan untuk mengikat 4 rotan yang sama besar dan panjang. Ikatan ini dimulakan dengan simpul manuk dan ikatan ini dimatikan dengan simpul manuk

Ikatan yang telah digunakan ialah lilit kacang. Digunakan untuk mengikat lidi bagi membuat lantai untuk gajet landar kering. Dimulakan dengan simpul manuk dan berakhir dengan simpul manuk juga.

[Date]

12

LAPORAN GAJET

Ikatan yang telah digunakan ialah ikatan seraya. Ikatan ini digunakan untuk mengikat dua batan rotan yang bersilang.

[Date]

13

You might also like