You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KARNIVAL DAN EKSPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2013 PELATIH GIATMARA PAYA

BESAR 1.0 TUJUAN 1.1 Kertas kerja ini diusulkan dengan tujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak pengurusan GIATMARA Paya Besar bagi menjalankan program lawatan sambil belajar ke karnival dan ekspo kemahiran kebangsaan 2013. 1.2 Kertas kerja ini juga bagi memohon peruntukan dari pihak pengurusan untuk menampung kos yang berjumlah RM 2,250.00 bagi menjalankan program ini.

2.0

LATAR BELAKANG 2.1 Badan perwakilan pelatih GIATMARA Paya Besar telah mendapatkan persetujuan semua pelatih untuk mengadakan program lawatan sambil belajar ke karnival dan ekspo kemahiran kebangsaan 2013 bertemakan Mengarusperdana Latihan Kemahiran yang diadakan di Serdang, Selangor. 2.2 Pelatih-pelatih di GIATMARA Paya Besar terdiri daripada pelatih 3 kursus yang berbeza iaitu teknologi baikpulih dan mengecat kenderaan, teknologi automotif dan teknologi kimpalan dan fabrikasi logam. 2.3 Karnival dan ekspo kemahiran kebangsaan 2013 ini meliputi pelbagai aktiviti antaranya pameran dan pertandingan bagi pelbagai bidang seperti Electronic, Electrical Installations, IT Network Cabling, Fashion Technology, Automobile Technology, Welding dan lain-lain. 2.4 Karnival dan ekspo kemahiran kebangsaan 2013 ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. 2.5 Penganjuran penuh bagi karnival ini ialah kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya. 2.6 Berikut adalah butir-butir program yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Perwakilan Pelatih GIATMARA Paya Besar:

Tarikh Tempat

: :

28 hingga 29 September 2013 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor

Jadual

Seperti di lampiran A

3.0

OBJEKTIF 3.1 Program lawatan karnival dan ekspo kemahiran kebangsaan dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan tentang kemahiran dalam setiap bidang diceburi. 3.2 Lawatan karnival kemahiran kebangsaan ini juga adalah untuk membantu mempertingkatkan semangat pelatih untuk menjadi individu yang berkemahiran tinggi dan professional dalam bidang yang di pelajari di GIATMARA Paya Besar. 3.3 3.4 Program ini juga bagi membantu memperatkan silaturahim antara pelatih-pelatih. Program lawatan untuk memberi dorongan semangat kepada salah seorang pelatih daripada kursus teknologi kimpalan dan fabrikasi logam yang mengambil bahagian dalam pertandingan Welding.

4.0

IMPLIKASI KEWANGAN 4.1 Anggaran penerimaan dan perbelanjaan Program Lawatan Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013 bagi Pusat GIATMARA Paya Besar adalah seperti berikut:

Anggaran Penerimaan dan Perbelanjaan Program Lawatan Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013

1. PENERIMAAN a. Peruntukan ESR i. Makan / Minum (60 pelatih x RM 15.00 ) x 1 1 hari 2 ii. Penginapan ( 60 pelatih x RM 15.00 ) RM 1350.00 RM 900.00

2. PERBELANJAAN a. Penginapan ( 60 pelatih x RM 15.00 ) RM 900.00 RM 1350.00

b. Makan / Minum ( 60 pelatih x RM 15.00 ) x 1 1 hari 2

RM 2250.00

5.0

PENUTUP Berdasarkan dari kertas kerja ini, diharapkan agar pihak pengurusan Pusat GIATMARA Paya Besar dapat memberi pertimbangan dan kelulusan untuk membiayai sebahagian daripada perbelanjaan program lawatan karnival dan ekspo kemahiran kebangsaan 2013 yang diadakan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor berjumlah RM2700.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Tujuh Ratus Sahaja ).

Disediakan Oleh

MOHAMMAD ZUHAILI BIN ISHAK Setiausaha Majlis Perwakilan Pelatih GIATMARA Paya Besar Tarikh :

Disemak Oleh

NORAZIZI BIN GAMAN Tenaga Pengajar GIATMARA Paya Besar Tarikh :

Diluluskan / Tidak Diluluskan

SURYA BIN HJ ASAN Pengurus GIATMARA Paya Besar Tarikh :

LAMPIRAN A TENTATIF PROGRAM


28 SEPTEMBER 2013 (Sabtu) 8.30am - Berkumpul di Pusat GIATMARA Paya Besar. 9.00am - Minum pagi. 10.00am - Bertolak ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor. 2.00pm - Tiba di Serdang, Selangor. - Solat dan makan tengahari 3.00pm - Lawatan ke karnival dan ekspo kemahiran kebangsaan. 6.00pm - Bertolak ke tempat penginapan. - Berehat dan santai petang. 8.00pm - Solat. - Makan malam. 9.30pm - Lawatan ke kawasan persekitaran Bandar Putrajaya. 11.00pm - Bertolak ke penginapan. - Rehat.

29 SEPTEMBER 2013 (Ahad) 8.30am - Minum pagi. 9.00am - Bertolak ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor. 10.00am - Tiba di taman ekspo dan lawatan ke pameran. - Hadir ke majlis penutupan karnival dan ekspo kemahiran kebangsaan. 1.00pm - Solat dan makan tengahari. 2.00pm - Bertolak ke Pusat GIATMARA Paya Besar. 6.00pm - Tiba di GIATMARA Paya Besar. - Bersurai.

You might also like