You are on page 1of 4

MINIT CURAI TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN 1 2013 PROGRAM LINUS PPD SARIKEI

TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN

: : : :

12.03.13 1430-1630 Unit Penilaian dan Peperiksaan (UPP) Sarikei. 1. Semua Guru Penyelaras LINUS Sekolah PPD Sarikei 2. FasiLINUS PPD Sarikei

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Tuan pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua Penyelaras LINUS dari semua sekolah PPD Sarikei. 1.2 Program LINUS pada tahun ini diteruskan dengan program LINUS 2.0. 1.3 Mulai tahun 2013, semua murid Tahap 1 ( Tahun 1-3) akan menduduki dua kali saringan sahaja . 1.4 Saringan 1 akan dilaksanakan pada 10 Mac hingga 30 April manakala Saringan 2 pula akan dilaksanakan pada 1 September hingga 11 Oktober . 1.5 Dalam LINUS 2.0, murid-murid akan dikategori kepada dua kategori iaitu Menguasai dan Tidak Menguasai . Murid perlu menguasai kesemua 12 konstruk baru dianggap sebagai menguasai .

2.0 Kaedah Pelaksanaan Instrumen Saringan Literasi (BM) dan Numerasi LINUS 2.0

2.1 Semua pentaksir hendaklah membaca manual dengan teliti dan memahaminya sebelum mentadbir instrumen. 2.2 Ditadbir oleh guru matapelajaran (BM-Literasi/MT-Numerasi) / guru LINUS / guru pemulihan mengikut masa yang ditetapkan.

2.3 Instrumen Saringan Membaca ( Literasi ) dan Lisan ( Numerasi) ditadbir secara individu atau kumpulan kecil ( tidak lebih daripada 3 orang) serta mengikut kesediaan murid. Instrumen Saringan bertulis ditadbir secara kelas. 2.4 Instrumen akan ditaksir mengikut urutan konstruk. 2.5 Setelah kesemua konstruk ditaksir, pentaksir boleh mengulang mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid. 2.6 Setiap konstruk yang telah ditaksir hendaklah dicatat dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu 2.7 Guru-guru digalakkan supaya lebih berinisiatif untuk membuat bahan bantu untuk membantu murid memahami tugasan item / item. 2.8 Selepas Saringan 1 dijalankan , guru-guru haruslah memasukkan data ke dalam Portal NKRA pada 6-17 Mei, 2013. 2.9 Untuk peringkat PPD Sarikei, Rumusan Keputusan Saringan LINUS mengikut Kelas dan Rumusan Keputusan Individu yang telah dimasukkan ke dalam Portal NKRA harus dicetak (Satu salinan untuk PPD dan satu salinan untuk disimpan di sekolah). Salinan untuk PPD harus dihatar pada atau sebelum 13 Mei 2013. 2.10 Borang Prestasi Individu dan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)

yang telah dilengkapisi tidak perlu dihantar ke PPD sebaliknya disimpan ke dalam fail murid masing-masing. 2.11 Borang BPPI akan dibekalkan kepada pihak sekolah sekali sahaja setahun

manakala Borang Prestasi Individu ( MAN Lampiran 1) akan dibekalkan setiap kali saringan dijalankan. 2.12 Fail-fail untuk murid-murid Kohort 1 perlu disimpan di sekolah sekurang-

kurangnya 3 tahun. 2.13 Penyelaras LINUS harus menyimpan Keputusan Saringan LINUS yang

dicetak dari Portal NKRA di dalam fail LINUS untuk rujukkan dan tindakan pada bila-bila masa. 2.14 Mulai tahun 2013, modul LINUS tidak akan dibekalkan lagi ke sekolah kerana boleh dimuat turun melalui laman web berikut http://

ianya

www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php.

3.0 PERKARA-PERKARA LAIN

3.1 Program outreach 2013 (untuk murid-murid kohort 2)

3.1.1

Matlamat & Objektif Program : a. Pengesahan status murid-murid berkepeluan khas (MBK) : - perlu mendapatkan pengesahan doktor. - Senarai semak pemeriksaan doktor : -Dokumen ISD -IPMBDP -Salinan Sijil Lahir murid -Salinan kad pengenalan ibu bapa -Surat kebenaran ibu bapa/ akuan -Sistem maklumat murid (SMM) -Rumusan rekod kehadiran murid -Keputusan peperiksaan -Hasil kerja murid.

- Temujanji pemeriksaan boleh dibuat melalui : -Cik Lebia Nyulang - KJK Sudang Sureng - Nombor telefon Klinik Kesihatan Sarikei : 084-658652

b.

Outreach murid tidak hadir menduduki saringan : - Kenal pasti murid dan simpan semua data / rekod ketidakhadiran murid - Tindakan mengikut prosedur.

3.2 Data dan Headcount 2013 3.2.1 semua sekolah perlu menyediakan KPI / Target bagi setiap kohort.

3.2.2 Bagi sekolah yang masih ada murid LINUS & Tegar pada tahun 2012, maka sekolah berkenaan dikehendaki menyediakan satu Pelan Tindakan LINUS untuk tindakan susulan pada tahun ini 2013.

Memandangkan tiada perkara-perkara lain, maka taklimat ditundakan pada Jam 1630.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

TING TIEN YEE Guru Penyelaras LINUS SJK Su Dok

MICHAEL ANAK MPULOP FasiLINUS Literasi PPD Sarikei

You might also like