Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas
21.4 Panduan Pencalonan Guru Pemulihan Khas1.4.1Dibuka kepada semua guru di sekolah.1.4.2Jika ada lebih daripada seorang guru yang berminat, lantik guru yang sesuaiberpandukan kriteria di atas.1.4.3Jika tidak ada guru yang menawarkan diri untuk menjadi guru pemulihan khas,Guru Besar hendaklah menggunakan kuasanya untuk mencalonkan mana-managuru yang difikirkan sesuai untuk dilantik menjadi guru pemulihan khas.1.4.4Jika berlaku kekurangan guru di sekolah, Guru Besar tetap juga dikehendakimelantik seorang guru tetap dan terlatih di sekolah untuk menjadi gurupemulihan khas. Kekosongan guru untuk mata pelajaran lain hendaklahditampung dengan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).1.4.5Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan, guru pemulihan khas hendaklah dilantik dikalangan guru-guru mengikut opsyen berikut :
•
Opsyen Cina bagi SJK(C),
•
Opsyen Tamil bagi SJK(T).
PERHATIAN
Guru-guru berikut
tidak boleh
dilantik
menjadi guru pemulihan khas :
•
Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSST ),
•
Guru yang sedang mengikuti mana-mana latihan perguruan seperti Kursus dalamCuti ( KDC ), Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah ( LPBS ) daln lain-lain,
•
Guru yang berada di luar norma perjawatan sekolah iaitu Guru Media, Guru PusatSumber dan Guru Bimbingan / Kaunseling dan juga mana-mana perjawatan luarnorma yang akan diwujudkan kelak mengikut keperluan semasa,
•
Guru Besar, semua Penolong Kanan / Guru Kanan dan Penyelia Petang.1.5 Bilangan Murid Dalam Satu Sesi PemulihanBilangan maksima murid pemulihan khas dalam satu kelas bagi satu sesi P&P ialahseramai 15 orang.1.6Sistem Pengambilan MuridSistem pengambilan murid yang diamalkan adalah `Withdrawal System’ iaitu penarikankeluar murid yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu danMatematik dari kelas aliran perdana untuk dipulihkan di kelas pemulihan khas.Kelas pemulihan khas hendaklah dilaksanakan dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6.Keutamaan adalah kepada murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.
Walau bagaimanapun ketetapan ini adalah tertakluk kepada pindaan semasa.
Add a Comment
sal_pgq@yahoo.comleft a comment