You are on page 1of 4

KONSEP ASASPERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat

percambahan sehingga ke akhir hayat (Santrok 2008). Perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. ( Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh Ilmu Pendidikan KPLI).

Terdapat 3 tahap perkembangan yang utama :

FIZIKAL Merujuk kepada pertumbuhan badan dan organ-organnya, kefungsian sistem-sistem fizikal, kemunculan tanda-tanda penuaan dan kordinasi kemahiran motor kasar dan halus. KOGNITIF Merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam otak manusia. Sebagai contoh dalam persepsi, pengamatan, penanggapan, penguasaan bahasa dan lain-lain. PSIKOSOSIAL Merujuk kepada perubahan dan perkembangan dalam perhubungan peribadi dan intrapersonal seperti motif, emosi dan perasaan. PRINSIP PERKEMBANGAN Proses perkembangan berlaku mengikut aturan bayi boleh duduk dengan bantuan ,merangkak , kebolehan berdiri dan berjalan. Perubahan beransur daripada keadaan umum kepada spesifik bayi boleh boleh menggenggam objek sebelum belajar menggunakan tangan. pertumbuhan berlaku dengan otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot halus.

Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berterusan kanak-kanak akan menambah kemahiran yang sedia ada untuk pencapaian kemahiran yang baru kelak Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan adalah berbeza *sesetengan kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada hanya boleh berjalan pada usia 18bulan Perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran.

kematangan adalah kemunculan potensi sedia ada yang dipengaruhi oleh faktor genetik. pembelajaran adalah hasil daripada latihan, peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. proses pembelajaran membantu memperkembangkan potensi yang sedia ada. FAKTOR BAKA DAN PERSEKITARAN

BAKA merujuk kepada ciri-ciri biologi,atau gen-gen yang diperturunkan melaui ibu bapa kepada anaknya. PERSEKITARAN merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER (1979,1989)

Mirkrosistem : persekitaran terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa Mesosistem : perhubungan antara mikrosistem.misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Ekosistem : pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Makrosistem : perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma,nilai dan amalan masyarakat. Kronosistem : perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Perbezaan Individu Variasi atau ketidaksamaan individu dari norma kumpulannya,sama ada dari sifat-sifat kognitif,emosi,fizikal,moral,tingkah laku,sosial,bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. -Dictionary of Psychology

Aspek-aspek Perbezaan Individu

1. fizikal

Perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian,jantina dan rambut.

2. kognitif

Kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berbahasa, berfikir secara logik, menaakul dan mengira 5. Kecerdasan

Didefinisikan sebagai kebolehan mendapat pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di dunia ini.

Linguistik Sensitif kepada bunyi, maksud perkataan dan fungsi yang berbeza di dalam bahasa.

Muzik Kebolehan menghasilkan dan menghargai irama dan muzik

Spatial Keupayaan menggunakan imaginasi dalam bentuk gambar dan rajah.

Logikal-matematik Kebolehan mencerap dan menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi matematik

Kinestetik Kemahiran memanipulasi objek dan menggunakan otot-otot badan dengan baik.

Interpersonal Kebolehan memahami diri dan menentukan arah hidup sendiri

Intrapersonal Kebolehan memahami diri dan menentukan arah hidup sendiri

Naturalis Kebolehan memerhati dan memahami corak dalam alam semulajadi.

Kecerdasan emosi

Kebolehan individu memahami dan mentafsir perasaanya sendiri dan menggunakan maklumat ini sebagai panduan semasa berfikir dan bertindak. Ia juga dijelaskan sebagai kebolehan individu mengurus emosi dan meluahkan perasaan dengan tepat. Konsep ini telah diperkembangkan oleh Peter Salovey dan John Mayer dan dipopularkan oleh Daniel Goleman 6. potensi

Bakat atau kecenderungan yang ada pada individu tersebut.

7. Latar belakang

Cara asuhan samada dengan penuh kasih sayang, tegas dan berdisplin ataupun diberi kebebasan akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Taraf sosio-ekonomi atau tempat tinggal

You might also like