You are on page 1of 27

 Mendefinisikan Istilah Politik

 Membezakan bentuk-bentuk kerajaan yang


diutarakan oleh tokoh-tokoh pada zaman
Yunani
 Membezakan sejarah sains politik di Eropah
dalam era politik tradisional dan era politik
moden
 Membincangkan kepentingan pendekatan
sistem, dan pendekatan sejarah dan tradisional
dalam mengkaji mengenai kerajaan
 Membincangkan istilah-istilah kuasa
 Membincangkan jenis-jenis autoriti
 Menjelaskan enam tumpuan sains politik
 Menjelaskan kaitan bidang sains politik dengan
disiplin sains sosial
 Politik mengkaji tingkah laku manusia;
contohnya bagaimana manusia berinteraksi
dengan kerajaan atau mendapatkan kuasa
melalui saluran-saluran tertentu.
 Menurut Hunt & Collander (1996), politik

mengkaji susun atur sosial yang menjamin


kestabilan dan keamanan dalam
masyarakat dan mengkaji sistem-sistem
kerajaan yang dilaksanakan oleh sesebuah
kerajaan.
 Terbahagi kepada tiga (3) peringkat:-

i. Zaman Yunani dan Rom

ii. Sejarah Sains Politik di Eropah

iii.Zaman Kontemporari dan Kaedah


Pengkajian
 Persoalan-persoalan yang timbul dalam
pemerintahan pada zaman ini adalah
bagaimana bentuk kerajaan dan bentuk
kehidupan yang diingini oleh manusia.
 Pendekatan falsafah dan normatif
digunakan untuk menjawab persoalan-
persoalan tersebut.
 Pendekatan falsafah/ sejarah merujuk
kepada fakta-fakta yang nyata atau hasil
kajian empirik yang boleh memberi jawapan
kepada ‘apa itu kerajaan’
 Pendekatan normatif menjawab persoalan
yang lebih subjektif iaitu ‘apa yang
sepatutnya kerajaan lakukan’.
 Tokoh-tokoh yang terkenal pada zaman ini

adalah Herodotus, Aristotle dan Plato.


 Herodotus, ahli sejarah menyarankan
bahawa pembuat keputusan merupakan
faktor penentu bentuk kerajaan.
 Herodotus membahagikan kerajaan kepada

Monarki, Aristokrasi dan Demokrasi.


 Aristotle sebagai Bapa Sains Politik
menekankan kepada dua kriteria berikut
kepada pembentukan sebuah kerajaan:-
 i. Jumlah individu pembuat keputusan – melihat
kepada aspek individu yang terlibat dalam
membuat keputusan sama ada seorang, sedikit
ataupun ramai
 ii. Matlamat pemerintahan oleh golongan
pembuat keputusan sama ada bertujuan untuk
kepentingan sendiri (kepentingan peribadi)
atau kepentingan bersama (menekankan
kebajikan umum)
 Pendekatan yang digunakan oleh Aristotle
cuba menggabungkan Pendekatan Falsafah
dan Pendekatan Normatif dalam kajiannya
membentuk kerajaan.
Jumlah Pembuat
Keputusan
Matlamat Seorang Sedikit Ramai

Genuine Perajaan Bangsawan Polity


(Terbaik) (Kingship)

Perverted Tirani Oligarki Demokrasi/


(Sumbang Mobokrasi
)
Bentuk Kerajaan Aristotle
 Plato menerangkan bentuk kerajaan yang
dibentuk adalah berasaskan konsep
keadilan.
 Menurut beliau, keadilan wujud di dalam

sesebuah negara sekira masyarakat


mempunyai tanggungjawab sesuai dengan
kemahiran yang dipelajari dan kemahiran
semulajadi dimiliki.
 Plato juga mengemukakan sistem
permerintahan kepada peringkat-peringkat
yang terdapat dalam masyarakat.
 Peringkat Pertama - Golongan Emas,
Peringkat Kedua – Golongan Perak,
Peringkat Ketiga – Golongan Gangsa
 Terdapat dua era dalam sejarah sains politik
Eropah iaitu:-

i. Era Politik Tradisional

ii. Era Politik Moden


 Peringkat permulaan negara-negara Eropah
mula berkembang.
 Kuasa secara warisan atau keturunan
 Terdapat dua (2) golongan masyarakat iaitu

golongan atasan dan bawahan.


 Golongan atasan terdiri daripada raja dan

kerabatnya dan pihak gereja, manakala


golongan bawahan terdiri daripada rakyat
biasa.
 Wujud pemerintahan secara divine rule,

iaitu pemerintahan suci.


 Raja merupakan wakil tuhan dan tidak siapa

pun boleh mempertikaikan kuasanya,


 Era ini tidak kekal lama apabila Zaman
Renaissance muncul dan memperjuangkan
kadaulatan rakyat.
 Perubahan struktur dan hak asasi rakyat

telah berlaku.
 Bermulanya gerakan reformasi
 Ekoran dari Revolusi Industri dan
penyebaran maklumat mengenai isu-isu
politik Eropah telah membuka mata
golongan bawahan akan hak mereka yang
tertindas.
 Kepentingan rakyat mula diberikan
perhatian dan diutamakan oleh golongan
pemerintah dan wujud kumpulan-kumpulan
berkepentingan memperjuangkan hak
rakyat.
 Tokoh-tokoh pada zaman ini adalah seperti

Martin Luther dan Jeans Bodin.


 Martin Luther telah mencabar kekuasaan
(supremacy) Pope dan golongan gereja. Ini
menjejaskan kedudukan Raja yang disokong
sepenuhnya oleh pihak gereja.
 Jeans Bodin memperkenalkan pengkajian

mengenai kedaulatan, fungsi kerajaan, dan


institusi membuat undang-unndang.
 Era Politik tradisional Vs Era Politik

Moden
i. Pembahagian Masyarakat
ii. Kedaulatan Raja dan Rakyat
iii. Kepentingan Raja dan Negara
iv. Kepentingan kumpulan berkepentingan
 Zaman ini menggunakan dua (2)
pendekatan penting untuk menganalisis
dan mengkaji mengenai kerajaan:-

 i. Pendekatan Sistem
 ii. Pendekatan Sejarah/Tradisional
 Merujuk kepada pendekatan yang
digunakan untuk mengkaji mengenai
kerajaan dan perhubungan dengan
masyarakat dan persekitaran.
 Menurut pendekatan ini, keadaan politik

sesebuah negara dapat digambarkan


dengan wujudnya interaksi antara
persekitaran dan masyarakat dengan
sistem politik yang diamalkan oleh negara
tersebut.
ELEMEN-ELEMEN DALAM PENDEKATAN
SISTEM
INPUT BLACK BOX OUTPUT

FEEDBACK
(MAKLUMBAL
AS)

Sumber: Jackson & Jackson (1997)


 Pendekatan ini menerangkan pendekatan
secara formal dan sah berkenaan
kewujudan sesebuah kerajaan.

 Cenderung ke arah pembuatan


perlembagaan, dan fungsi institusi politik
seperti peranan eksekutif, legislatif,
kehakiman, birokrasi dan sebagainya.
 Ia merujuk kepada bagaimana sebuah
institusi politik seperti kerajaan pusat atau
mahkamah boleh dipraktikkan sehingga
hari ini; faktor yang menyebabkan
tercetusnya idea penubuhan kerajaan
pusat, mahkamah dan sebagainya.
 Pendekatan ini mengetepikan aktivti
bercorak tidak formal seperti perolehan
sumber-sumber maklumat yang tidak dapat
dipastikan kesahihannya.
 Politik merujuk kepada satu proses yang
dilakukan oleh kerajaan untuk pengagihan
nilai-nilai yang sah(Ahmad Martadha, 1998).
Nilai-nilai ini merujuk kepada:-
i . Kuasa
ii . Kesejahteraan
iii . Pencerahan
iv. Rasa hormat dan dihargai
 Harold Laswell mengetengahkan idea iaitu
politik adalah siapa mendapat apa, bila dan
bagaimana (Politics is who gets what, when
and how).
 Pendekatan ini merujuk kepada hasilan

yang diperolehi oleh seseorang individu


apabila melibatkan diri dalam aktivti politik.
 Merujuk kepada proses yang berlaku dalam

usaha individu mencapai apa yang dihajati


apabila melibatkan diri dalam kegiatan
politik.
 Bahasa Latin – potere yang bermaksud
berkemampuan atau to be able.
 Merujuk kepada kemampuan seseorang
penyuruh meminta individu lain melakukan
satu-satu pekerjaan sama ada atas kerelaan
atau tidak.
 Menurut Hague (1992), kuasa boleh
dikategorikan kepada tiga (3) bentuk iaitu:-
 i. The Stick (Tongkat)
 ii. The Deal (urus janji)
 iii. The Kiss (akrab)
 Ia dibezakan oleh tiga (3) elemen berikut:-
 i. nature (kenapa kuasa diwujudkan)
 ii. Motif atau tujuan kenapa kuasa tersebut

dipatuhi
 Iii. Institusi yang mengamalkan kuasa
tersebut
 The Stick (Tongkat) – merujuk kepada
bentuk kuasa bersifat ancaman atau
paksaan. Bertujuan untuk menimbulkan
rasa takut di kalangan individu yang
menerima arahan supaya mereka taat
kepada pihak penyuruh.
 The Deal (Urus Janji) – merujuk kepada

urusan pertukaran yang bersifat produktif


bertujuan memastikan faedah atau
keuntungan hasil daripada pertukaran
tersebut dapat dinikmati bersama.
 The Kiss (akrab) – merujuk kepada bentuk

kuasa berdasarkan kepada hubungan


 Apakah yang membezakan kuasa dan
autoriti?
 Adakah ia mempunyai maksud yang sama?
 Autoriti adalah apabila seseorang diberi hak

untuk memerintah dan hak untuk


melakukan tindakan.
 Tiga bentuk autoriti:-

i. Autoriti berbentuk tradisional


ii. Autoriti berbentuk karisma
iii. Autoriti berbentuk legal rational
 Ia merujuk kepada kerajaan yang
memerintah diberi mandat oleh rakyat
untuk mentadbir sesebuah negara.
 Sesebuah kerajaan yang memerintah
adalah sah atau legitimate untuk
memerintah sekiranya mendapat
kepercayaan umum dan seterusnya
mendorong ia untuk menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan yang wajib
dipatuhi oleh rakyat.
 Kesahan berlaku apabila wujudnya keadaan

saling bergantungan antara pemerintah dan


rakyat.
 Teori Politik dan Falsafah Politik
 Kerajaan
 Perbandingan Politik dan Kerajaan
 Hubungan Antarabangsa
 Pentadbiran Awam dan Dasar Awam
 Kaedah atau methodology

You might also like