You are on page 1of 176

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU

Oleh: Dr. Mohd Ridhuan Tee

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada
pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu
inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca
kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat
memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang
yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar


menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan
mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang
salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya
mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu
perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan
membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha
Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina,
MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu
bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada
pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan
menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang
Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan
dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri


Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock
diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua
tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan
tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak
sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada
hubungan luar nikah ini.

1
Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang
menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama
ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada
bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA
tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan
sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap
haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup,
sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga
agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan
berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar
nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan


jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan
sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock.
Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa
tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat
puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan
meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak
bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan
parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat
sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis
model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-
sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu
bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan


atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan
DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum
wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan
nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi
misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah
dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa
dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada
akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang
teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan
Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang
kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

2
Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP,
termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang.
Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga
China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu,
selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak
dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang
Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina
dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang
hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang
salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu
menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah
(salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik,
sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik
sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari
kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik
secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal.
Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-
masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum.
Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa
ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh
menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan,
satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku
penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-


macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk
menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam
(Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan
surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika
dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain.
Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti
dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau
dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan
keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

3
Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita
mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya
hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu.
Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau
mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak
menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu
(parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang
dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara
menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap.
Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu
mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar
daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan
Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad
agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam
perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar
ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus
murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba
isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang
dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-
macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa
yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini.
Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah
undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah)
akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan


kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan,
berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai.
Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak
menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan.
Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan
lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu

4
kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai
pandangan.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 26 Julai 2009

DR. REDHUAN TEE BUKA MATA NASIB MELAYU

SAYA berasa terpanggil untuk memberikan komen terhadap artikel ‘Nasib Melayu di
Bumi Melayu’ yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 26 Julai lepas. Artikel
tersebut yang ditulis oleh penceramah bebas yang saya minati, Dr. Mohd. Redhuan
Tee Abdullah menyebabkan saya berasa hendak memberikan komen yang mungkin
positif, mahupun negatif bagi sesetengah orang.

Ini merupakan kali pertama saya memberikan ulasan walaupun telah begitu
banyak artikel yang saya baca. Namun saya rasa artikel daripada beliau merupakan
artikel yang menarik yang membuka mata saya mengenai nasib orang Melayu di
negara ini.

Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang yang minat pada politik.
Saban hari, boleh dikatakan ada sahaja masalah politik yang berlaku di Malaysia ini.
Sekiranya ada masalah atau isu, masing-masing saling menuding jari. Ini
membuatkan saya yang pada ketika itu seorang pelajar universiti tempatan berasa
‘tak ingin ambil tahu’ tentang masalah politik di Malaysia.

Namun setelah saya habis belajar dan akan memasuki alam pekerjaan, saya
rasakan apa yang berlaku dalam negara ini saya perlu diambil tahu.

Saya bagaikan baru ‘sedar’ dan ‘terjaga’ setelah membaca artikel Dr. Ridhuan
yang menceritakan tentang nasib Melayu di negara ini. Beliau membuka mata saya
tentang betapa orang Melayu seperti dianaktirikan di bumi sendiri. Ternyata orang
Melayu amat lembut hati dan bertolak ansur.

Saya masih lagi teringat kes banduan wanita yang dibogelkan dalam penjara.
Masa itu, berita itu cukup panas namun setelah mendapat tahu banduan tersebut
adalah orang melayu, cerita itu tiba-tiba senyap. Tapi ketika itu saya tidak perasan
wujudnya sebab ‘pertukaran’ kaum yang menjadikan cerita itu sepi macam itu
sahaja. Tidak tahulah agaknya masa itu saya tidak mengikuti perkembangan kes
tersebut ketika itu.

Kalau mahu diceritakan, memang banyak isu orang Melayu diketepikan dalam
menuntut pengadilan. Namun sebagai rakyat yang hendak hidup aman di sini, saya
cuma boleh pandang dan dengar sahaja apa jua situasi yang berlaku di negara ini.
Tidak perlu jadi aktivis dan tidak perlu jadi ahli politik demi membela nasib kaum
sendiri. Cuma berasa tanggungjawab untuk majukan anak bangsa supaya menjadi
bijak pandai di negara sendiri.

5
Utusan Malaysia, 30 Julai 2009

BILA KACANG LUPAKAN KULIT

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

SAYA dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel saya
minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk Nasib Melayu di Bumi Melayu.
Saya dituduh penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu daripada
Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai kecaman dilemparkan oleh
golongan ultra kiasu ini.

Saya mengucapkan terima kasih atas yang respons. Saya tidak berhasrat
memberikan respons, kerana malas melayan idea-idea picisan yang menyerang
peribadi dan tidak langsung menampakkan mereka ini profesional. Orang sebegini
tidak layak dilayan, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Lagipun saya tidak
pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa
Melayu, atau mungkin juga mereka lebih memahami bahasa Inggeris atau bahasa
ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak
faham apa yang saya maksudkan.

Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau berniat
jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya berkaitan
Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh teman wanitanya.
Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak disiarkan
langsung. Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina. Saya dituntut oleh
keluarga mendiang untuk meminta maaf. Terus terang, saya tidak perlu meminta
maaf kerana saya berkata benar. Bersekedudukan sebelum nikah adalah haram di
sisi agama apa sekalipun. Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah
agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian?

Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha


dan Kristian. Kedua-dua ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum
nikah. Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya
masyarakat kita? Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik
kita? Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat
Malaysia atau bangsa Malaysia, bukannya orang Cina. Ini bertujuan supaya
pandangan saya tidak berat sebelah atau bias. Jika orang Islam melakukan
kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain. Adakah kerana hanya saya
berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang berlaku
pada bangsa saya? Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar.

Jika orang Cina baik, saya akan puji sebab itu kenyataan. Begitulah
sebaliknya, jika ada kelemahan, kita terpaksa terima walaupun pahit. Pada saya,
hujah yang dikemukakan mesti dibalas dengan hujah berasaskan fakta dan ilmu,
bukan menyerang peribadi.

6
Saya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang politik dan kerajaan. Tajuk
tesis saya berkaitan dengan 'persepsi orang Cina terhadap gerakan politik UMNO'.
Hujah yang saya lontar itu adalah daripada sebahagian kecil kajian yang dibuat
terhadap politik silang budaya kedua kaum ini secara kuantitatif dan kualitatif.
Apakah yang berkokok itu pernah membuat kajian atau sekadar emosi yang
menghantui diri sehingga tidak sedar diri?

Itupun nasib baik saya tidak ada rekod buruk sebelum ini seperti ahli politik dan
penulis lain. Jika tidak, semua peribadi buruk akan diungkit dan digunakan sebagai
senjata mengecam saya. Inilah budaya perkauman dan budaya ‘pandir' yang telah
dicanangkan sejak sekian lama, terutama apabila kerajaan gagal mendidik mereka
memahami sejarah sehingga menjadi manusia yang tidak mengenang budi. Malah
mereka menjadi semakin ultra kiasu dan tidak mahu menerima hakikat sebenar.

Saya tidak mendapat satu sen daripada UMNO apabila artikel tersebut
disiarkan. Begitu jua saya tidak mendapat satu sen pun wang zakat setelah 24 tahun
memeluk Islam. Saya tidak ada banglo mewah, kereta mewah dan lain-lain
kemewahan. Saya bersyukur dengan apa yang ada, hidup sebagai rakyat biasa.
Malangnya, bila ada komen saya menyebelahi kerajaan/UMNO saya akan dituduh
macam-macam. Bila idea saya menyebelahi pembangkang, saya akan dipuji
melambung. Saya bukanlah dalam kategori yang mudah lupa diri bila dipuji. Saya
sentiasa bermuhasabah apabila dikeji.

Saya menulis atas kebenaran. Saya adalah kalangan orang Cina yang celik
sejarah dan celik perlembagaan. Saya tahu asal usul saya. Saya bertanggungjawab
sepenuhnya dengan apa yang saya tulis sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Saya tidak fikir tulisan sedemikian akan menyebabkan Allah SWT mencampakkan
saya ke dalam neraka, berbanding mereka yang selalu mengumpat dan menyerang
peribadi orang tidak sudah-sudah.

Saya tidak menuding jari terhadap siapa benar atau siapa salah. Saya tidak
ada masalah bersemuka dengan sesiapa sahaja untuk berhujah secara ilmiah dan
akademik, bukan berasaskan sentimen, politik sempit dan jumud. Janganlah jadi
pengecut, melepaskan geram yang menampakkan kebodohan diri sendiri.
Janganlah terlampau ultra kiasu kepada kaum sendiri. Tindakan ekstrem tidak akan
mendatangkan kebaikan kepada semua pihak, malah mengusutkan lagi sesuatu
yang telah kusut. Terus terang saya katakan, setelah membandingkan Malaysia
dengan negara lain, ternyata Malaysia lain daripada yang lain. Amat unik dan
toleransi amat tinggi, terutama kalangan orang Melayu. Selaku rakyat berbangsa
Cina, saya amat berasa bertuah hidup di bumi bertuah ini.

Orang Cina (juga India) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak
sebelum dan selepas merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali
mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan berhak melakukannya terhadap
mereka yang berhijrah. Mereka adalah seperti orang Cina seadanya seperti di
negeri China. Bersekolah, berbudaya, bertutur dan semua cara hidup berasaskan
kecinaan (atau keindiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini? Berbanding
dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta lain-lain negara dunia,
mereka yang berhijrah mesti diasimilasikan dahulu sebelum menjadi warga negara.

7
Identiti

Di Thailand, pada tahun 1930-an semua identiti kaum Cina dihapuskan


termasuk meroboh semua sekolah Cina. Hari ini, orang Cina di Thailand sudah
tidak seperti orang Cina. Mereka telah diasimilasikan menjadi orang Thai (Siam).
Tidak ada beza antara orang Thai dan orang cina, mereka sudah tidak ada
semangat Cina. Malah mereka tidak ada keinginan langsung untuk pergi ke negara
China. Begitu juga di Indonesia.

Ini yang menjadikan saya sedar diri dan bersyukur. Berbeza dengan di
Malaysia, sudahlah namanya bertukar daripada Tanah Melayu kepada Malaysia,
keadaan masih tidak banyak berubah. Orang Cina tetap dengan kecinaannya.
Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka (ramai) tidak boleh berbahasa Melayu
dengan baik.

Mereka langsung tidak mahu diasimilasikan dan tidak mahu ambil tahu
langsung tentang adat budaya Melayu. Malah, mereka malu berbahasa Melayu
sebab mereka memandang rendah pada orang Melayu. istilah yang digunakan
terhadap orang Melayu pun istilah menghina yang tidak perlu saya tulis di sini,
kerana sebagai orang Cina saya tahu apa yang berlaku. Justeru, dapatan kajian
saya tidak mengejut, orang Cina akan berjuang habis-habisan seberang percubaan
untuk mengasimilasikan mereka dan percubaan untuk menyeragamkan sistem
pendidikan kepada satu sekolah. Pendek kata, hidup mati orang Cina adalah
dengan sekolah Cina dan semangat kecinaan mereka.

Saya merasa bersyukur kerana dilahirkan di kampung Melayu, tetapi


dibesarkan dalam keluarga yang begitu kuat berpegang kepada tradisi Cina.
Alhamdulillah, saya dapat memahami orang Melayu dengan lebih mendalam
melalui pergaulan. Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Saya tahu
sensitiviti orang Melayu. Latar belakang sebegini, tidak semestinya menjadikan
saya orang Melayu, kerana saya adalah orang Cina yang dijadikan Allah SWT,
darahnya tetap, darah Cina. jika saya ditakdirkan lahir di kawasan orang Cina, saya
fikir saya tidak banyak berubah, sebab saya celik sejarah, celik perlembagaan serta
sedar diri. Pokoknya, kita mesti sedar diri dan memahami sejarah negara.

Sejarah Malaysia adalah berakarkan kepada sejarah Melayu. Malaysia tidak


boleh dipisahkan dengan bangsa Melayu. Sejarah inilah yang tidak dapat
dipisahkan juga dengan istilah ketuanan Islam dan ketuanan Melayu. Saya
bukanlah menyokong ketuanan Melayu, tetapi jika istilah ini digunakan untuk
menunjukkan penduduk Melayu adalah pribumi asal, pada saya ia tidak salah.
Ketuanan Melayu bukanlah merujuk kepada hubungan antara `tuan' dan 'hamba'.
Saya tidak fikir istilah ketuanan Melayu akan digunakan jika sekiranya nama
Malaysia kekal seperti nama asalnya dahulu iaitu Tanah Melayu. Nama Malaysia
tidak menampakkan identiti Melayu. Justeru, tidak salah penggunaan istilah ini jika
dengan maksud dan tujuan yang baik dan bukan menghina bangsa lain.

Pada hemat saya, jika istilah ketuanan Melayu hanya digunakan untuk
merujuk kepada sejarah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu dan hak-hak
istimewa Melayu dan Islam yang termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya

8
berkaitan dengan Melayu, saya fikir tidak salah. Apa yang penting pelaksanaan
dasar mesti tidak mendiskriminasikan semua kaum. Jika ada pun diskriminasi atau
ketidakadilan yang berlaku, yang patut dipersalahkan mereka yang melaksanakan
dasar, bukannya menolak sesuatu dasar yang telah dipersetujui bersama. Adakah
saya rasis apabila memperkatakan perkara ini?

Saya masih ingat apabila Teresa Kok dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri
Selangor, perkara pertama yang beliau ucapkan adalah idea mewujudkan sebuah
bandar Cina. Di situ ada kawasan perindustrian Cina dan institusi pengajian Cina
untuk menarik pelabur-pelabur dari negara China. Adakah idea ini tidak rasis?
Adakah saya yang membangkitkan isu ini rasis? Bila saya membela Cina tidak
rasis, bila mana saya membela Melayu dan Islam, saya dituduh rasis. Jangan jadi
gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak begitu jelas. Bila
isu menyebelahi Cina atau India, kita senyap. Bila isu menyebelahi Melayu,
bagaikan nak runtuh satu Malaysia? Adakah politik sebegini tidak rasis? Saya harap
kita jangan bertindak seperti kacang lupakan kulit.

Tolak ansur yang berjalan selama ini tidak ada tolok bandingnya. Saya masih
tidak lupa, ketika segelintir pertubuhan Cina mahu mendirikan tugu Tentera Rakyat
Malaya Anti-Jepun (MPAJA) di Taman Peringatan Nilai, sebagai memperingati
pejuang-pejuang Cina yang gugur menentang jepun ketika penjajahan Jepun di
Tanah Melayu 1942-1945. Tugu tersebut telah didirikan atas alasan memperingati
mereka yang telah terkorban mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu. Fakta
ini salah dan menyeleweng.

Ketika tugu ini sedang didirikan, beberapa pertubuhan Melayu dan juga bukan
Melayu yang memahami sejarah (lihat artikel saya dalam Utusan Malaysia
26.12.2006), mahukan fakta sejarah tersebut diperbetulkan dan tugu tersebut tidak
dibina. Mereka bukan pejuang kemerdekaan tetapi mereka bersekongkol dengan
Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun. Ini disebabkan oleh sejarah
politik, perang, permusuhan Jepun-China pada tahun 1894, 1895 dan 1937. Jepun
dan China saling berperang dan berdendam antara satu sama lain. Penentangan
China terhadap Jepun dan penganiayaan Jepun terhadap orang Cina, lebih kepada
isu membalas dendam bukannya perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. MPAJA
adalah alat PKM. Justeru, kita lihat apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu,
PKM mempunyai cita-cita tinggi untuk memerintah Tanah Melayu.

Memperjuang

Dalam hal ini, tidak timbul langsung isu MPAJA memperjuangkan kemerdekaan
tanah air. Jikapun benar, kenapa MPAJA tidak menentang Malayan Union yang
diperkenalkan British selepas Jepun menyerah kalah? Malangnya, hari ini tugu
MPAJA telah berdiri megah di Taman Peringatan Nilai dan menjadi pusat
penyembahan. Apakah saya membangkitkan isu ini bermakna saya rasis. Adakah
yang membina tugu itu tidak rasis?

Adakah kewujudan bandar Cina atau China Town di setiap bandar itu tidak
rasis? Pernahkah kita dengar ada Malay Town di negara bertuah ini. Kita ada
Kolej/Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA), Universiti Terbuka Wawasan
(Gerakan), Kolej New Era (Doug Jiao Zong), Asian Institute of Medical Science and

9
Technology (AIMST-MIC) dan bermacam-macam lagi institusi berasaskan kaum.
Adakah ia tidak rasis? Siapakah sebenarnya yang rasis? Cuba kaji berapa banyak
peruntukan yang diberi oleh kerajaan terhadap universiti kepunyaan MCA, Gerakan
dan MIC ini?

la tidak termasuk nama-nama jalan yang ingin diubah kepada nama individu
'tertentu’ dan menggunakan nama jalan pelbagai bahasa atas alasan agar
pelancong memahaminya. Perlukah kita mengajar pelancong ini dengan bahasa
mereka sendiri? Bukankah pelancong datang ke sini untuk memahami budaya dan
bahasa rasmi di sini. Bukankah kita ada satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan yang
boleh difahami oleh semua kaum, yang perlu didaulatkan. Adakah ini tidak rasis? Ke
manakah kita hendak bawa negara Malaysia? Apakah akar Melayu perlu dibuang
langsung. Apa pun yang berlaku kita perlu menghormati orang Melayu selaku
penduduk asal di negara ini dari segi sejarah.

Manakala orang Melayu juga perlu menghormati orang bukan Melayu.


Pendek kata, kita perlu saling hormat-menghormati perlembagaan yang telah
dipersetujui secara bersama, walaupun ia nampak lebih menyebelahi orang
Melayu. Tetapi hak kita sebagai bukan Melayu tidak diabaikan.

Saya bangkitkan isu kuil dan rumah ibadat kerana itulah hakikat yang sebenar.
Saya tidak fikir semua rumah ibadat dibina sendiri, menggunakan wang sendiri
mereka. Kebanyakan rumah ibadat kaum-kaum lain dibina di atas tanah kerajaan.
Bukan Melayu tidak boleh membandingkan agama mereka dengan Islam, kerana
terdapat peruntukan istimewa kedudukan Islam dalam perlembagaan. Perkara ini
telah dipersetujui secara bersama ketika perlembagaan digubal. Justeru,
keistimewaan agama Islam perlu dihormati. sudah pasti dalam hal ini hak bukan
Islam tidak terabai kerana Islam menghormati hak agama-agama lain.

Begitu juga dengan DEB. Berapa ramai orang bukan Melayu mendapat
habuan daripada kejayaan orang Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Sila
baca buku yang ditulis oleh Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan Tan joo Lan dalam
bukunya The Chinese Malaysian Contribution. Mereka melihat bagaimana orang
Cina mendapat habuan apabila orang Melayu turut berjaya. jika orang Melayu
berjaya melalui DEB, sebahagian besar pengeluar adalah orang Cina. Ini
bermakna, bila orang Melayu berjaya, orang Cina dapat percikan dan kejayaan
sama. Adakah kejayaan Cina disebabkan usaha mereka semata-mata. jawapannya
tidak, banyak faktor yang menyumbang seperti dasar-dasar kerajaan, kejayaan DEB
dan sebagainya. Janganlah anggap apa yang kita ada hari ini semata-mata kerana
usaha kita sendiri tanpa melihat bagaimana kejayaan itu dicapai.

Dengan sebab itu, sebelum kenyataan dihamburkan, mereka mesti mengetahui


asal-usul sejarah Malaysia terlebih dahulu. Bagaimana identiti sesebuah negara
tercapai disebabkan oleh tolak ansur meraikan semua pihak, sedangkan kita tahu
Tanah Melayu, boleh terus kekalkan menjadi nama Tanah Melayu. Begitu juga di
Singapura, boleh terus kekal menjadi salah sebuah negara Melayu di kepulauan
Melayu. Kenapakah sebuah negara Melayu boleh terlepas menjadi negara Cina di
kepulauan Melayu? Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya nasib kita berada di
sini?

10
Masyarakat majmuk bukan berlaku secara semula jadi. semua negara bermula
dengan satu bangsa. Nama bangsa tersebut, biasanya akan menjadi nama
sesebuah negara. itu. Misalnya, Melayu – Tanah Melayu, Cina – China, India –
India, Siam –Siam (Thai), Vietnam – Vietnam, Arab – negara-negara Arab, barat –
negara-negara kulit putih dan sebagainya. Kemajmukan sesebuah negara berlaku
disebabkan oleh penghijrahan. Justeru, kaji sejarah ini. Kenapa ia boleh berlaku
sedemikian rupa? Setelah dikaji, bandingkan, siapakah atau negara manakah yang
lebih bernasib baik? Orang Melayu tidak ada lagi tempat dituju melainkan di negara-
negara kepulauan mereka sendiri, sedangkan orang lain mungkin ada tempat yang
hendak dituju.

Bandingkan juga dengan Singapura, sebuah negara Melayu yang jatuh


kepada majoriti orang Cina. Adakah nasib Melayu terbela? Adakah kerajaan
Singapura mempercayai orang Melayu? Berapa ramai orang Melayu dilantik
menjadi menteri dan jawatan-jawatan tinggi dalam tentera, polis, imigresen dan lain-
lain? Kerajaan Singapura lebih mempercayai orang India yang majoritinya lebih kecil
daripada Melayu? Orang Melayu merempat di bumi sendiri. Adakah kita mahu ia
berlaku di Malaysia?

Dalam isu Beng Hock, saya sudah terus terang mengatakan bahawa kematian
beliau perlu dibela. Cuma, saya timbulkan janganlah kita mengeluarkan pandangan-
pandangan yang boleh mengguris hati orang lain. Orang Melayu tidak hanya ada
dalam PKR dan Pas sahaja, Melayu juga dalam UMNO, parti-parti lain dan ada
yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

Adakah kerana kita berada dalam Pakatan Rakyat (PR), bermakna kita hanya
perlu menjaga hati bukan Melayu dalam PR sahaja. Bagaimana dengan yang lain?
Saya mengaitkan isu Beng Hock dengan agama, kerana kita adalah masyarakat
yang beragama. Mana ada satupun agama yang membenarkan hubungan seks
sebelum berkahwin.

Jika adalah orang Islam yang terlibat dalam seks bebas sebelum berkahwin,
itu adalah salah individu. Jangan pula agama disalahkan. Agama itu terlalu suci.
Kalau tidak faham agama sendiri, belajarlah, jangan jadi jahil. Bila saya bercakap
seumpama ini saya dituduh tali barut UMNO. Apakah UMNO terlalu buruk? Apakah
UMNO tidak ada jasa langsung terhadap orang Cina atau Melayu yang lain?
Adakah kejayaan orang Cina ini hari berlaku dengan secara semula jadi? Apakah
UMNO itu terlalu buruk? Memang tidak dinafikan bahawa UMNO ada kelemahan,
kerana UMNO itu ditadbirkan oleh manusia. Jika ada penyelewengan dan korupsi
dalam UMNO, itu adalah segelintir individu, masih ramai orang UMNO yang baik-
baik yang masih boleh dijadikan kawan dan didakwahkan. Adakah kita terlampau
baik sehingga tidak boleh ditegur? Janganlah seperti kacang lupakan kulit.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 2 Ogos 2009

11
SIAPA LEBIH RASIS DAN PRASANGKA?

PENGARANG menerima banyak reaksi berhubung artikel oleh Dr. Mohd.


Ridhuan Tee bertajuk Nasib Melayu di bumi Melayu yang disiarkan oleh
Mingguan Malaysia, minggu lalu (26 Julai 2009). Berikut disiarkan salah satu
reaksi yang diterima.

PERTAMA sekali saya ingin mengucapkan tahniah di atas keberanian dan


keikhlasan Dr. Mohd. Ridhuan Tee menulis mengenai artikel Nasib Melayu di Bumi
Melayu.

Jarang ada orang yang mempunyai semangat istiqamah dalam perjuangan


Islam seperti Dr. Ridhuan Tee, Saudara Zulkifli Nordin, Tan Sri Harussani Zakaria
dan Dr. Maza (sekadar menyebut beberapa nama sahaja) yang sanggup bercakap
benar walaupun tahu akan dicaci dan dikeji.

Menitis air mata penuh terharu dan meremang bulu roma saya apabila
membaca artikel tersebut, malah saya sangat-sangat berharap agar artikel tersebut
dapat membuka mata dan hati masyarakat umum dan para pemimpin terutama
pemimpin Melayu yang masih buta dan kemaruk kuasa. Yang sanggup melakukan
apa saja asalkan dapat memegang tampuk kuasa walaupun kadangkala terpaksa
menjual dan membelakangi akidah, agama serta bangsa. Mereka sanggup menjual
agama untuk keuntungan dunia yang sedikit.

Orang Melayu Islam terlalu banyak berkorban sehingga hampir kehilangan


segala-galanya. Sebenarnya orang Melayu tidak pernah prejudis terhadap bangsa
lain walaupun sering dituduh tidak adil dan rasis.

Kebanyakan orang Melayu mempunyai pegangan kata azimat "nanti apa


orang kata" tertanam kukuh di sanubari mereka. Sebab itulah bila orang Melayu nak
melakukan apa saja pekerjaan, mereka akan pastikan ia tidak akan mengugat
kesejahteraan dan keamanan orang lain.

Tapi pernahkah orang bukan Melayu memikirkan begitu kepada orang


Melayu. Orang bukan Melayu hanya akan bersetuju dan menyokong bila sesuatu
yang dilakukan membawa keuntungan kepada mereka tetapi akan mencaci,
memberontak apabila sesuatu tidak menyebelahi atau menggugat budaya, bahasa,
pendidikan, politik dan apa saja mengenai mereka. Kita pernah mendengar dan
terbaca berita mengenai orang bukan Melayu dan pemimpin bukan Melayu
menghina Islam, memperlekehkan seruan azan, mempertikaikan isu murtad dan
hak bidang kuasa mahkamah syariah suatu ketika dahulu. Melayu tidak akan
bersatu jika mempunyai sekolah yang pelbagai bahasa pengantarnya. Walaupun
pada masa itu orang Melayu menentang kerana Bahasa Inggeris hendak dijadikan
bahasa pengantar dan orang bukan Melayu menentang kerana sekolah jenis
vernakular akan ditutup tetapi pada hakikatnya laporan pernyataan itu ada asasnya.
Jadi mengapa perlu ada lagi sekolah jenis kebangsaan jika kita ingin bersatu di
bawah satu bumbung?

Kedua, kepada semua parti politik, jadikan pentas pilihan raya umum akan
datang pentas untuk menguji keikhlasan dan sokongan padu rakan sepakatan

12
dengan kita dengan meletakkan beberapa calon Melayu di kawasan majoriti bukan
Melayu. Lihat dan uji keikhlasan orang bukan Melayu yang selama ini kita canang
telah menyokong kita. Adakah calon Melayu tersebut akan menang seperti
kemenangan kebanyakan pemimpin bukan Melayu dikawasan majoriti orang
Melayu?

Sesungguhnya orang Melayu Islam tidak pernah prejudis atau rasis terhadap
sesiapapun kerana bukan sahaja budaya dan adab Melayu yang membentuk
peribadi serta perlakuan orang Melayu sebegitu tetapi kekuatan dan tunjang agama
Islam juga yang membentengi segala tindak tanduk orang Melayu agar tidak
melampaui batas terhadap orang lain.

• Al-Bukhary, Changkat Jering, Perak.

Mingguan Malaysia, Ahad 2 Ogos 2009

BAHAYA MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Sekali lagi artikel saya dalam Mingguan Malaysia mendapat perhatian yang
serius daripada akhbar-akhbar Cina seperti China Press, Sin Chew, Nanyang Siang
Pau dan beberapa laman web pembangkang. Kali ini mereka mengambil beberapa
bahagian tertentu dengan ada tujuan yang tersembunyi dengan menyiarkannya di
muka hadapan sebagai berita utama (Nanyang Siang Pau). Beberapa isu
dimanipulasi untuk menagih simpati. Terima kasih saya ucapkan. Nasib baik saya
tidak melayan panggilan demi panggilan yang ajukan itu. Jika tidak, saya tidak tahu,
apa lagi kenyataan saya yang akan diputarbelitkan.

Mereka turut bertanya, adakah saya dipaksa atau diupah oleh Utusan Melayu
atau UMNO untuk menulis artikel ini. Saya jawab tidak. Saya sudahpun jawab dalam
artikel minggu lepas. Saya tidak pasti mereka faham atau tidak tulisan saya dalam
bahasa Melayu. Tulisan dan idea ini datang dari hati naluri seorang rakyat
berbangsa Cina kerdil, yang amat ingin melihat umat Islam sedar, di manakah
kedudukan kita sebenarnya. Malangnya, hanya kerana artikel saya diterbitkan dalam
Mingguan Malaysia, marahnya begitu meluap-luap sehingga emosi menguasai diri.
Saya dituduh tali barut UMNO. Inilah mentaliti kelas ketiga yang sukar diubah akibat
ketaksuban. Komen-komen ini langsung tidak menunjukkan kematangan dan hanya
mempamerkan kebodohan diri sendiri. Inilah golongan tidak bersyukur dan ultra
kiasu yang masih tidak sedar diri.

Mereka bertanya lagi, adakah saya perlu meminta maaf kepada keluarga
mendiang, saya kata tidak perlu, sama sekali tidak. Jika mereka faham betul-betul
bahasa Melayu, saya tidak nampak satu pun para artikel saya berniat jahat kepada
keluarga mendiang, kecuali niat jahat sebenar akhbar Cina, DAP dan laman web
tersebut yang sengaja memutar-belitkan isu ini menjadi perkauman untuk mencari
simpati dan publisiti murahan. Siapakah yang sepatutnya meminta maaf, saya atau
akhbar dan laman web rasis ini?

13
Saya dituduh tidak pandai menulis artikel oleh akhbar Nanyang Siang Pau.
Justeru, saya pohon kepada editor Nanyang Siang Pau, sila beri tunjuk ajar. Saya
juga mahu tahu betapa pandai akhbar-akhbar Cina ini menulis berita dan artikel
dalam menjaga kepentingan semua kaum.

Alhamdulillah, dengan peristiwa dan artikel ini, saya lebih mengenali sifat ultra
kiasu bangsa saya sendiri yang selama ini saya kaji. Saya baru sedar betapa
hipokritnya segelintir bangsa saya. Mereka tidak pernah bersyukur tetapi teramat
takut kalah dan mahu sentiasa menang (kiasu). Fakta dan kebenaran dikelirukan
bagi menagih simpati dan agenda politik tersembunyi.

Ini budaya yang telah melingkungi pemikiran mereka walaupun kita sudah
merdeka 52 tahun. Pemikiran mereka masih tidak merdeka, masih dikongkong oleh
ketaksuban terhadap bangsa. Mereka menuduh UMNO rasis, mereka apa
kurangnya. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mereka begitu pandai berpolitik. Mengambil kesempatan di atas kelemahan


dan perpecahan Melayu. Jika Melayu Islam bersatu, saya tidak yakin, mereka
seberani ini. Keberanian mereka disebabkan ada segelintir orang Melayu bersama
mereka. Ini yang menjadikan mereka semakin besar kepala seperti kaduk naik
junjung.

Saya rela menjadi tidak popular di kalangan masyarakat saya sendiri, tetapi
bangunlah wahai umatku, jangan lagi kita dipermainkan oleh mereka yang licik ini.
Lain di luar, lain di dalam. Saya kena bercakap kerana orang Melayu/Islam tidak
berani bercakap kerana takut kehilangan kuasa politik. Saya rela dikutuk dicerca dan
dihina oleh bangsa sendiri, tetapi saya tidak sanggup melihat Islam merempat di
bumi sendiri. Perjuangan kita tidak pernah selesai selagi hayat dikandung badan.

Kepada para pembaca, nilaikanlah idea yang dilontarkan. Jangan hanya


kerana artikel ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia, kita sudah tidak nampak yang
benar, yang mana salah. Saya bukan penulis upahan UMNO atau Mingguan
Malaysia. Saya hanya mengatakan yang benar dan tidak ada niat langsung untuk
melukakan mana-mana pihak yang hidup mahupun yang telah pergi. Saya
bertanggungjawab sepenuhnya apa yang ditulis.

Saya cuma mengingatkan kita agar jangan menjadi seperti kaduk naik junjung.
Jagalah hati lain sama terutama hati orang Islam (Melayu) yang banyak bertolak
ansur dengan kita. Mereka juga ramai yang menghadapi masalah yang sama
seperti apa yang berlaku. Adakah kita mahukan kes ini menjadi precedent, yang
akan menghalalkan segala perlakuan sumbang selepas ini?

Sedarkah kita beramai anak luar nikah yang telah lahir daripada hubungan
yang tidak sah ini? Apakah kita mahukan ia menjadi budaya hidup kita. Apakah
tujuan perkahwinan sebenarnya? Apa tujuan ada akta dan undang-undang undang-
undang keluarga, perkahwinan, nikah cerai dan sebagainya diwujudkan? Jika
perbuatan sumbang ini hendak dihalalkan maka tidak perlulah ada semua undang-
undang dan akta ini? Apakah ini bukan rule of law?

14
Saya dituduh kerana cuba memasuki unsur-unsur agama dalam isu ini.
Tidakkah unsur-unsur agama ini menjadi sebahagian daripada rule of law? Mereka
mengatakan bahawa negara ini harus ditadbirkan rule of law. Persoalan saya,
adakah undang-undang dan akta ini bukan rule of law. Apa guna kewujudan Jabatan
Pendaftaran Negara jika hidup berkeluarga tidak perlu disahkan. Sila rujuk undang-
undang Jabatan Pendaftaran Negara, bahagian keluarga, perkahwinan, nikah dan
cerai. Sila baca akta nikah dan cerai 1976 dan akta kelahiran dan kematian 1975.

Untuk mengetahui lebih lanjut isu yang dikatakan sensitif ini dan juga rule of
law, sila rujuk http://www.malaysianbar.org.my/marriage.html. Bagi mendapatkan
makna anak sah taraf dan anak tidak sah taraf, rujuk Undang-undang negara dalam
Akta 60, Legitimacy Act 1961, juga akta Jabatan Pendaftaran Negara,
http://www.jpn.gov.my/BI/4_2_kelahiran.php.

Lihat juga, http://www.thefreedictionary.com/illegitimate+child. Baca juga Non-


Muslim Family Law dalam, http://www.reunite.org/edit/files/Islamic%
20Resource/Malaysia%20text.pdf.

Manakala dari segi hak-hak penjagaan anak-anak tidak sah taraf ini pula, sila
rujuk http://www.johorebar.org.my/CustodyGuardianship.html. Adakah ini bukan rule
of Law. Saya hanya memberikan beberapa pandangan agama yang menjadi rule of
law, maka saya akan dituduh kolot dan ekstremis.

Memperjuangkan

Kes yang sama berlaku di Pulau Pinang dan Shah Alam, Selangor baru-baru
ini, apabila mereka yang memperjuangkan undang-undang syariah di negeri sendiri,
dituduh oleh DAP sebagai pelampau atau ekstremis. Jemaah Islam Malaysia (JIM),
sebuah pertubuhan moderat Islam, dituduhkan oleh ahli Parlimen Jelutung DAP,
Jeff Ooi sebagai ekstremis atau pelampau. Manakala tindakan penguatkuasa Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas arak yang dijual di salah sebuah
premis perniagaan di Shah Alam, yakni kawasan majoriti umat Islam, dihalang oleh
Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan Selangor.

Saya masih ingat amanat Tunku Abdul Rahman mengenai pandangannya


terhadap Bandaraya Shah Alam. Tunku pernah berpesan agar Shah Alam mesti
bebas daripada arak dan kelab malam. Jika orang lain mahu melakukan perbuatan
haram ini, mereka boleh pergi ke Kuala Lumpur, minumlah arak dan kunjungilah
kelab malam sehingga tidak sedar diri kerana mungkin agama mereka
membenarkan. Jika ditakdirkan Buddha dan Nabi Isa hidup hingga ke hari ini, rasa
fikir tindakan manusia pelampau DAP sebegini akan dicela dan dikutuk.

Sejak memenangi banyak kerusi dalam PRU 12, DAP ternyata semakin biadab
dan kurang ajar kerana turut campurtangan dalam hal-ehwal agama Islam yang
menjadi agama persekutuan. Apakah hak parti politik ekstremis ini untuk campur
tangan dalam undang-undang syariah negeri dan hal-ehwal Islam? Tidakkah
mereka sedar bahawa Malaysia telah diisytihar sebagai sebuah Negara Islam
walaupun ditentang hebat oleh mereka sebelum ini?

15
Tindakan DAP ini teramat-amat menghiris perasaan umat Islam. Saya juga
mahu melihat apakah akhbar-akhbar Cina akan memaparkan berita ini di muka
hadapan dan mendesak DAP meminta maaf kepada seluruh umat Islam seperti
yang dilakukan terhadap artikel yang saya tulis? Kalau artikel yang saya ditulis diapi-
apikan setiap hari, perkara yang sama hendaklah dilakukan oleh akhbar ultra kiasu
ini, kerana tindakan DAP ini sudah mencabar kesucian dan kedaulatan kedudukan
agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan. Tindakan DAP ini bukan sahaja
tidak sensitif, malahan dilihat cuba menghina dan merendah-rendah martabat
agama Islam.

Persoalannya, adakah mereka akan meminta maaf? Apakah Pemuda DAP


atau DAPSY akan mengeluarkan kenyataan yang sama seperti mana mereka
memaksa saya meminta maaf? Ini yang selalu saya katakan, bila saya menulis
perkara menyebelahi Islam Melayu, saya dituduh tidak sensitif dan dipaksa
meminta maaf. Adakah DAP begitu sensitif? Inilah yang saya katakan nasib Melayu
di bumi Melayu. Bila isu berkaitan bangsa Cina, akhbar-akhbar Cina
mensensasikan isu tersebut, bila berkaitan dengan Islam, senyap sepi dan dianggap
tidak penting.

Justeru, saya minta parti-parti politik Cina dan akhbar-akhbar Cina mesti
memaksa Jeff Ooi dan Ronnie Liu minta maaf secara terbuka kepada umat Islam.
Perkara berkaitan dengan Islam tidak boleh dipermain-mainkan. Apatah lagi jika
matlamat hendak menghalalkan cara. ISA amat relevan untuk orang seperti ini.

DAP cuba menarik perhatian orang Cina untuk menghalalkan arak yang
secara terangan diharamkan oleh Buddha, yang kini telah menjadi budaya hidup
mereka, sama seperti hubungan seks luar nikah. Manakala PAS tetap dengan
pendirian mengharamkan arak sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. PKR
belum lagi membuat keputusan kerana cuba memenangi hati kedua belah pihak
untuk mengekalkan kedudukan.

Saya ingin mengingatkan PAS supaya berhati-hati dengan DAP dan parti yang
sekutu dengannya. Parti DAP sudah terkenal dengan sikap ultra kiasu sejak
penubuhannya lagi selepas PAP. Mereka mahu menjadi negara ini negara sekular,
tanpa identiti Islam mahupun Melayu. Sebarang percubaan untuk mengislamkan
atau memelayukan identiti negara ini akan ditentang habis-habis malah Karpal
pernah berkata langkah mayat beliau dulu jika PAS berniat untuk menegakkan
Negara Islam.

Saya amat berharap PAS mengkaji balik pakatan mereka dengan puak
ekstrem ini. Lebih baik berkawan dan berdakwah dengan UMNO bagi
membincangkan agenda memperkasakan Islam dan umat Islam. Biarkan DAP
berkawan dengan mereka yang ingin menghalalkan cara. Saya ucapkan tahniah
kepada PAS kerana berani bersuara dan mempertahankan yang hak. Ingatlah,
selama-lamanya DAP tidak pernah bersetuju dengan Islam.

Sekarang terbukti, kerjasama seperti tidur sebantal, mimpi lain-lain. Lebih


malang lagi, mimpi mereka saling bercakaran dan berprasangka. Saya ingin
bertanya sekali lagi kepada DAP dan orang Cina keseluruhannya, agama apa yang
menghalalkan arak? Apa yang saya belajar daripada tidak Islam dahulunya, sampai

16
memeluk agama Islam, tidak ada satu agamapun yang mengatakan arak itu
dibenarkan. Bagaimana matlamat boleh menghalalkan.

DAP perlu diingatkan bahawa mereka tidak akan menang banyak kerusi dalam
PRU 12 baru-baru ini, tanpa sokongan orang Melayu. Justeru, jangan seperti kaduk
naik junjung. Pernahkah sekali kita mendengar DAP meminta maaf apabila mereka
menyinggung perasaan orang lain disebabkan oleh keceluparan dan kebiadaban
mereka? Sudah tentu tidak. Tetapi apabila tiba giliran orang lain seperti saya, maka
melalaklah mereka meminta kita umat Islam meminta maaf. Begitu juga pendirian
parti politik Cina yang lain seperti MCA dan Gerakan.

DAP dan orang Cina perlu ingat, Melayu tidak dapat dipisahkan dengan
Islam. Agama Islam dan Melayu ibarat darah dengan daging. Pendek kata, setiap
manusia memerlukan agama, sebab agama itu datang daripada Tuhan. Suka atau
tidak kita dengan agama, diakhirkan nanti kita tetap kembali kepada agama. Jika
tidak, maka tidak perlulah dilakukan upacara kematian mengikut agama.

Tambahan pula, kematian manusia tidak mengenal usia. Kematian boleh


datang secara tiba-tiba, bila-bila masa, tidak kira tua atau muda. Cuma kita diminta
bersedia untuk mati. Tujuannya, tidak lain agar bila kita pergi nanti, kita telah
membuat segala persediaan secukup, termasuk terhadap mereka yang kita
tinggalkan agar tidak menderita. Justeru, kita perlu melakukan yang terbaik
sepanjang waktu dan ketika.

Kita selalu berhujah untuk mempertahankan keburukan yang telah dilakukan.


Misalnya, apa salahnya jika bersekedudukan sebelum nikah, asalkan kita
bertanggungjawab selepas itu. Persoalan saya, bagaimana jika selepas itu, si polan
mengambil keputusan tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut atau
meninggal teman wanitanya secara tiba-tiba? Ada yang hanya sempat berkahwin 10
hari, kemudian bercerai. Siapakah yang akan menjadi mangsa? Sudah tentu wanita.
Justeru, bila ada rule of law, nasib wanita akan sentiasa terbela.

Saya mempunyai beberapa kenalan Cina dan Melayu yang telah terlanjur
melakukan seks bebas, kemudian ditinggalkan oleh teman lelakinya. Apa akan
terjadi dengan anak luar nikah yang dikandung?

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 9 Ogos 2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SETAHU Awang, kerajaan amat jarang mengguna pakai Akta Hasutan terhadap
pihak yang membangkitkan ketegangan kaum dan agama di negara ini.

Pihak berkuasa biasanya memilih kaedah diplomasi dengan menasihati pihak-pihak


yang terlibat betapa pentingnya memelihara keharmonian masyarakat kita.

17
Mungkin, atas toleransi kerajaan itu, ada pihak yang mudah dan berani
menimbulkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan ketegangan.

Bagi Awang, kenyataan membidas dan menghina penceramah bebas Dr. Mohd.
Ridhuan Tee Abdullah dengan menyifatkan kenyataannya dalam akhbar Awang
baru-baru ini berbau perkauman hanya kerana beliau menghuraikan soal anak luar
nikah mengikut Islam, adalah satu pandangan yang tidak boleh diterima.

Awang berpendapat orang yang mempersoalkan kupasan itu sebenarnya tidak


sensitif kepada ajaran Islam yang diiktiraf sebagai agama rasmi negara ini. Begitu
juga dengan kenyataan yang mengaitkan syariah Islam dengan ekstremis dan isu
berkaitan rampasan arak di Selangor.

Apakah mulia jika menuduh pihak lain sebagai perkauman sedangkan tindak-tanduk
diri sendiri tidak terlepas daripada unsur itu?

Awang – Bertanya.

Utusan Malaysia, 11 Ogos 2009

PENGHINA ISLAM KIAN BERANI

Oleh NORAINI ABD. RAZAK


noraini.razak@utusan.com.my

SELEPAS Ronnie Liu menerima kemenangan isu arak di Selangor, Jeff Ooi
hanya diminta memohon maaf kerana menyamakan individu yang bercita-cita
melaksanakan undang-undang-undang syariah sebagai ekstremis, tampil pula
Pemuda DAP mengeluarkan kata-kata nista menghina pendakwah Islam, umat
Islam dan Islam.

Biar pun laman web yang mengandungi penghinaan melampau terhadap


seorang mualaf Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, umat Islam dan agama Islam
telah dipadam, namun paparan awal yang sempat dilayari sememangnya
keterlaluan dan biadab.

Setiap patah perkataan dan ayat yang disusun oleh penulisnya secara nyata
dan amat jelas mencemarkan kesucian Islam. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi
Persatuan Cina Islam Malaysia dihina sehingga dua keturunan manakala Islam
dipijak-pijak.

Jika Salman Rushdie dikutuk dunia Islam kerana Satanic Verses yang
menghina Islam sedemikian rupa, apa pula kurangnya tohmahan terbaru yang
dilemparkan oleh seorang rakyat Malaysia yang salah satu prinsip Rukun Negara
adalah "Kepercayaan kepada Tuhan."

Rakyat Malaysia ini juga telah diikat oleh sumpah setia nenek moyangnya
untuk saling menghormati sesama kaum di negara ini apatah lagi kepada bangsa
yang menerima mereka umpama saudara untuk berkongsi rezeki di tanah air ini.

18
Mungkin tidak ramai berpeluang mengikuti 'siri ketiga' penghinaan terhadap
Islam apabila penulisnya yang bacul dan penakut memadam laman web
http://Sjsandteam.wordpress.com yang sarat dengan penghinaan terhadap Islam
dan umatnya. Tidak diketahui mengapa dia bertindak sedemikian - sama ada
tersedar apa yang dibuatnya silap atau bacul untuk berhadapan dengan 'serangan'
umat Islam sejagat lantaran paparan tulisannya amat jelas menghina Islam.

Saya pasti jika seluruh umat Islam di negara ini dan di dunia malah penganut-
penganut agama lain yang diajar supaya menghormati agama lain berkesempatan
membaca paparan tersebut, sudah tentu ramai yang membantah dan mendesak
supaya si penulis dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Jika hanya kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), umat Islam berani
mempertaruhkan diri, sudah tentu kecaman dan penghinaan terhadap Islam dan
umatnya mengundang reaksi yang lebih keras sehingga pasti ada sanggup
bermandikan darah.

Tidak mustahil juga akan berlaku penentangan besar-besaran sehingga boleh


mencetuskan rusuhan agama lantaran tiada agama di dunia ini yang membenarkan,
jauh sekali menggalakkan kecaman dan penghinaan ke atas agama lain.

Kesemuanya ini bukan membakar sentimen kemarahan atau menyalakan api


kebencian umat Islam tetapi untuk menegaskan bahawa Islam dan umatnya
menjalar di muka bumi ini bukan untuk dihina, dikecam jauh sekali menjadi ancaman
kepada agama lain.

Bahasa kesat, carutan, tohmahan, penghinaan (namakan apa sahaja) yang


terkandung di laman web itu amat keterlaluan dan sama sekali tidak boleh
dimaafkan biar pun si penulisnya melutut memohon ampun.

Tidak terguris umat Islam jika agamanya dikatakan ..., tidak terhinakah umat
Islam jika mualaf seperti Ridhuan Tee dikatakan bakal mewariskan anak luar nikah
yang tidak akan mengetahui susur galur keluarganya kerana nama 'Abdullah' yang
digunakannya selepas memeluk Islam.

Mengapa semua ini terjadi. Dalam keadaan semua orang tahu betapa
gentingnya isu agama dan kaum di negara ini, makin ramai yang berani menyentuh
sensitiviti umat Islam sehingga ke satu peringkat seolah-olah Islam itu merupakan
ancaman kepada agama lain.

Adakah kesemuanya ini kerana bangsa-bangsa lain nampak dengan jelas


bahawa umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini berada di kedudukan yang
amat rapuh dan inilah peluang untuk mereka menunjukkan kuasa?

Atau kerana pemimpin-pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri maka ia


dijadikan ruang serta peluang untuk penganut agama lain menampilkan kehebatan
masing-masing.

19
Mungkin juga agenda melaga-lagakan pemimpin Islam telah hampir berjaya
maka mereka berani bertindak sedemikian rupa. Tidak terfikirkah kita bahawa
kedudukan bangsa Melayu dan umat Islam umpama telur di hujung tanduk. Melayu
dituduh ekstremis, Melayu dikatakan cauvinis , Melayu juga rasis.

Apa pula gelaran kepada bangsa-bangsa lain yang tidak henti-henti menyakiti
Melayu dan paling menyedihkan menghina Islam - agama yang dipersetujui menjadi
salah satu tunggak Perlembagaan. Tidakkah pihak berkuasa yang diterajui oleh
orang Melayu dan Islam terkesan dengan semua ini. Penghinaan ini mesti
ditangani, pendirian kerajaan mengenainya mesti tegas.

Ulama-ulama tanpa mengira mewakili kerajaan atau pun Pas tidak boleh
berdiam diri. Penghinaan ini bukan yang pertama, ia bukan juga yang terakhir.

Ridhuan Tee berkata kepada penulis: ''Saya dan seluruh keturunan saya
dikecam Cina ultra. Paling sedih mereka turut kecam dan hina Islam."

Adakah kita sebagai umat Islam yang kini berpecah belah kerana perbezaan
politik akan terus merelakan agama dan bangsa kita diperlakukan begini?

Utusan Malaysia, 10 Ogos 2009

SIEW FOOK PERLU MINTA MAAF

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin


kesal dan mengutuk kenyataan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew
Fook yang menyerang peribadi pendakwah Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah secara
keterlaluan, biadab dan boleh mencetuskan ketegangan agama.

Sehubungan itu, beliau mendesak Siew Fook meminta maaf kepada Mohd.
Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia dan umat
Islam secara umum ekoran kenyataan tersebut.

Selain itu, Zulkifli mahukan penulisan menggunakan bahasa kesat itu ditarik
balik serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membatalkan
laman web www.sjsandteam.wordpress.com yang menyiarkan kenyataan tersebut.

''Penyiaran yang dibuat menyerang peribadi seorang pendakwah Cina


beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee, ibu bapa,
keluarga dan anak- anak beliau dengan bahasa kesat, lucah, biadab dan melampau.

''Kenyataannya juga menghina agama Islam kerana menyifatkan mereka yang


memeluk Islam seperti anak haram yang tidak mengenal salasilah keturunan
keluarganya. Polis hendaklah menyiasat kenyataan tersebut menurut Akta Hasutan
dan Seksyen 298 A Kanun Keseksaan,'' katanya dalam laman blognya
zul4kulim.blogspot.com baru-baru ini.

20
Tambah Zulkifli, apa yang dikesalkan adalah laman web tersebut menyiarkan
komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadab terhadap
Mohd. Ridhuan Tee.

''Antara contoh bahasa yang digunakan adalah 'Siapa anak haram Mohd.
Ridhuan ini', 'Ibu bapa awak (Mohd. Ridhuan Tee) akan lebih gembira kini jika
mereka mengepam awak ke dalam lubang tandas semasa dilahirkan' dan 'Kalau
awak (Mohd. Ridhuan Tee) boleh menjadi Presiden Persatuan Cina Muslim saya
tidak tahu apa jenis Cina Muslim yang ada... pencuri, perompak, penjenayah atau
penyangak,'' jelas beliau.

Mohd. Ridhuan Tee dalam salah satu rencananya yang disiarkan Mingguan
Malaysia mempertikaikan kenyataan beberapa pihak yang mahukan Kementerian
Dalam Negeri memberikan status anak yang sah dan bukannya anak luar nikah
kepada anak yang dikandung oleh tunang Eng Hock pada masa ini.

Kata Zulkifli, Mohd. Ridhuan Tee berhak untuk menyatakan pendapatnya dan
sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina kerana beliau
adalah seorang yang berketurunan Cina.

''Namun, Siew Fook memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang Mohd.


Ridhuan Tee, seorang tokoh pendakwah Islam dalam tulisannya yang
mempertikaikan langkah menghalalkan anak luar nikah yang didakwa kepunyaan
mendiang Teoh Beng Hock dan tunangnya.

''Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan
isu di hadapan kita.

''Dalam isu kematian Beng Hock kita semua bersetuju satu siasatan telus dan
adil dibuat untuk mencari sebab kematiannya. Tetapi isu hubungan seks sebelum
berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu lain,'' katanya.

Zulkifli turut mempersoalkan apakah DAP tidak boleh menerima perbezaan


pendapat.

Utusan Malaysia, 10 Ogos 2009

SIEW FOOK WAJAR DIKENAKAN ISA


Oleh RADHUAN HUSSAIN dan ANDIKA WAHAB
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengambil


tindakan segera terhadap Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook
yang menghina Islam seperti yang disiar dalam laman blognya.

21
Itu antara reaksi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu ketika
mengulas tindakan Ahli Parlimen Rasah tersebut yang disifatkan sebagai
keterlaluan.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed


Anuar Syed Mohamad berkata, KDN perlu menyiasat perkara tersebut dan
mengenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
terhadap Siew Fook.

Beliau berkata, tindakan tegas itu perlu kerana pemimpin DAP itu telah
menimbulkan rasa marah di kalangan umat Islam dengan kenyataannya dalam
laman blog berkenaan yang memaki hamun agama Islam.

Katanya, tindakan Siew Fook memaki hamun agama Islam sebagai reaksi
kepada kenyataan Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr.
Mohd. Ridhuan Tee Abdullah sebenarnya jelas mencabar undang-undang sedia ada
di Malaysia.

"Kalau perlu, dia dikenakan ISA, ia bukan saja kerana menyentuh agama
malah juga menggugat keamanan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syed Anuar mengulas kenyataan Siew Fook berhubung komen Ridhuan yang
menentang menghalalkan 'anak luar nikah' mendiang Teoh Beng Hock.

Syed Anuar seterusnya berkata, pihaknya kesal dengan keceluparan DAP


yang jelas menghina Islam malah bertindak menyerang Ridhuan secara peribadi.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM),


Osman Abu Bakar berkata, sikap Siew Fook yang disifatkan sebagai 'kurang ajar' itu
perlu diberi perhatian oleh KDN.

Katanya, kenyataan-kenyataan seumpama itu bukan sahaja memberi


gambaran negatif terhadap agama Islam malah mengundang perasaan tidak
harmoni dan kacau-bilau.

"Siew Fook perlu segera minta maaf secara terbuka bukan sahaja kepada
Ridhuan malah kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Dia telah memburuk-burukkan agama Islam dengan pelbagai tohmahan,


gambaran negatif dan provokasi sehingga menconteng arang terhadap seluruh
penganut agama Islam di seluruh negara," katanya.

Menurutnya, sebagai seorang wakil rakyat, Siew Fook perlu menunjukkan


contoh terbaik kepada pengikutnya dan bukan mengeluarkan kenyataan-kenyataan
kesat dan memaki hamun.

"Itu adalah tindak tanduk seorang yang tidak berpelajaran, bertamadun dan
tidak layak untuk bergelar wakil rakyat," katanya.

22
Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata,
Siew Fook perlu dikenakan tindakan tegas kerana telah mencemar nama baik dan
kemuliaan agama Islam yang dianuti penduduk majoriti negara ini.

Katanya, jika tindakan ISA tidak dapat dikenakan ke atas Siew Fook sekalipun,
dia tetap tidak boleh lari daripada tindakannya yang telah mencetus keadaan kurang
senang di kalangan kaum Melayu dan Islam.

"Jika ISA tidak boleh diambil, kita masih mempunyai beberapa akta seperti
Akta Hasutan yang boleh mengheret beliau ke muka pengadilan.

"Kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan berlembut memandangkan


beberapa tindakan di kalangan pemimpin pakatan pembangkang ini sudah
melampaui batas-batas kesabaran kaum Melayu dan Islam di negara ini," tegasnya.

Utusan Malaysia, 11 Ogos 2009

SIASAT PIHAK HINA ISLAM


Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak
berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama
Islam seperti yang disiarkan di sebuah laman blog baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, jika didapati ada asas, pihak terlibat boleh didakwa
kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian nyata
membangkitkan ketegangan di antara kaum.

“Apa-apa pun kita ada undang-undang dan salah satu undang-undang itu
adalah (Akta) Hasutan, dan hasutan ini bukan saja menghala kepada Islam tapi
untuk semua agama dan kaum dalam negara kita.

“Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan


ketegangan maka tindakan boleh diambil di sisi undang-undang hasutan.

“Ini saya minta pihak berkuasa menyiasat dan sekiranya didapati ada
kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undang-undang ini maka tindakan perlu
diambil terhadap sesiapapun yang menyebabkan perkara yang boleh dikaitkan
sebagai perbuatan hasutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan


mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) di sini hari ini.

Najib diminta mengulas kenyataan menghina agama Islam oleh pihak tertentu
sebagai reaksi terhadap pandangan penceramah bebas, Dr. Mohd. Ridhuan Tee
Abdullah berhubung isu anak luar nikah.

23
Selain kritikan balas oleh Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew
Fook yang lebih menjurus kepada serangan peribadi, isu tersebut menjadi semakin
hangat apabila wujudnya reaksi melampau dalam laman blog sehingga ke tahap
menghina agama Islam.

Berikutan itu pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO dan pembangkang


Islam mendesak supaya pihak berkenaan dikenakan tindakan segera kerana ia
boleh menimbulkan situasi tegang di kalangan rakyat pelbagai agama di negara ini.

Malah, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Zulkifli Noordin turut mendesak Siew Fook meminta maaf kepada Mohd. Ridhuan
Tee yang juga pemimpin Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan umat
Islam secara umum ekoran isu tersebut.

Mengulas perkara yang sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri


Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan memastikan pihak yang terlibat
tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, tindakan tegas perlu kerana
perbuatan seumpama itu sudah mencapai tahap yang melampau.

“Ini bukan lagi amaran. Ia jelas salah, cuma kita perlu pastikan siasatan
terperinci sebelum tindakan diambil.

“Kita ada cara untuk memastikan tindakan kepada pihak yang melakukannya.
Apabila dapat bukti kita akan bertindak,” tegasnya yang ditemui selepas Mesyuarat
Dewan Tertinggi BN.

Utusan Malaysia, 11 Ogos 2009

DITUDUH BERSALAH KEPADA NENEK MOYANG


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

SAYA terus dikecam hebat oleh akhbar Cina yang saban hari memanipulasikan
tulisan-tulisan saya untuk menagih simpati. Seolah-olah sudah tidak ada berita lain
yang ingin disiarkan. Lebih menyedihkan laman-laman web Cina dan bahasa
Inggeris turut terikut dengan rentak gendang akhbar rasis ini. Saya dikecam dengan
kata-kata yang amat kesat sehingga tidak tergambar masih adakah makhluk seperti
ini dalam dunia serba moden.

Saya juga dituduh sebagai pengkhianat bangsa. Saya ingin bertanya, apa
makna pengkhianat? Siapakah pengkhianat sebenarnya? pengkhianat ialah mereka
yang ingin menghalalkan cara untuk mencapai matlamat jahat dan memenuhi nafsu
serakah mereka. Sanggup menghina ajaran agama dan bangsa sendiri dengan
mempertahankan keburukan. Menjatuhkan maruah manusia dengan menghalalkan

24
yang haram dan mengharamkan yang halal. Itulah pengkhianat bangsa sebenarnya.
Mereka ini amat rendah moralnya di sisi Tuhan Yang Esa.

Saya ingin bertanya kepada pembaca Mingguan Malaysia, wajarkah saya


menyaman akhbar-akhbar ini? jika patut, tolong beri tunjuk ajar kepada saya dalam
laman blog saya, ridhuantee.blogspot.com, selepas artikel ini disiarkan. Adakah
golongan kaduk naik junjung atau pepat di luar rencung di dalam ini, mungkin perlu
diberikan pengajaran. Mudah-mudahan selepas itu mereka akan menjadi lebih
bertamadun dan bertata susila dalam menulis berita seperti yang terkandung dalam
prinsip Rukun Negara.

Saya fikir, tujuan akhbar ini, terutama China Press memburuk-burukkan saya,
tidak lain untuk menutup kelemahan mereka. Tidak ketinggalan untuk melindungi
kepentingan peribadi orang tertentu dan parti-parti politik tertentu terutamanya DAP,
yang baru mula dapat sedikit kuasa, sudah mahu tunjuk belang. Saya mohon
Kementerian Dalam Negeri membaca dan menilai berita dan artikel kiasu ini,
mereka menyerang peribadi, bukan menyerang hujah, seterusnya menanamkan
kebencian orang Cina terhadap saya.

Isu sebenarnya ialah mengenai menghalalkan anak luar nikah atau anak
haram. Bila saya bangkitkan daripada perspektif semua agama, adakah itu salah?
Saya merujuk kepada semua anak luar nikah dan secara kebetulan peristiwa ini
berlaku kepada mendiang. Saya dikecam tidak sensitif kepada keluarga mendiang
dan saya dituduh telah melakukan kesalahan besar kepada datuk nenek moyang
dan seluruh keturunan saya. Keturunan saya dikatakan sedang berantakan tulang-
tulang mereka di dalam kubur kerana melahirkan orang seperti saya.

Saya terima kecaman ini dengan rasa sedih, pilu dan terhina, walaupun
terlampau pahit untuk diterima kerana saya juga adalah manusia. Punya hati dan
perasaan. Berita jahat dengan gambar saya sengaja disiarkan di muka hadapan
oleh akhbar Cina (China Press, Nanyang Siang Pau) agar saya dipulau dan dibenci
oleh orang Cina. Persoalan saya, kenapa tidak diterjemahkan artikel saya
keseluruhan ke dalam akhbar-akhbar untuk tatapan pembaca-pembaca. Biarlah
mereka menilai secara adil. Bukan mengambil sebahagian dan dimanipulasikan.
Saya fikir keadaan akan berubah jika orang Cina membaca keseluruhan artikel
yang saya tulis dalam Mingguan Malaysia yang tidak ditokok tambah atau diputar
belitkan.

Kekuatan

Saya memohon pada Allah SWT untuk memberikan kekuatan kepada saya
untuk menghadapi cabaran sebegini. Sebagai seorang insan yang hidup dalam
sebuah negara demokrasi, saya tidak dapat menghalang jika mereka ingin
menghina dan mengecam hatta meludah ke arah saya, cuma satu perkara saya
pohon, jangan sama sekali menghina agama Islam yang saya anuti. Hidup mati
saya adalah untuk Islam. Islam terlalu mulia dan suci. Tidak mengapa saya

25
dipandang hina oleh bangsa sendiri, asalkan saya tidak hina di sisi Allah SWT,
InsyaAllah.

Saya ingin menegaskan bahawa sebagai penganut agama Islam, saya diajar
agar menghormati agama-agama lain. Justeru, tidak pernah sama sekali saya
mengecam agama lain walaupun saya telah meninggalkan ajaran atau agama
tersebut. Saya selalu menonjolkan kebaikan yang dibawa oleh ajaran agama lain,
dengan tujuan kita kembali kepada ajaran agama masing-masing. Tanga agama,
siapalah kita hari ini.

Sedarlah, kemuliaan kita pada hari ini adalah kerana agama, termasuk mereka
yang berada di dalam China Press. Akhbar China Press ternyata secara sengaja
menanamkan kebencian orang Cina terhadap saya. Artikel saya dimanipulasikan
dengan niat jahat. Saya tidak pasti sama ada editor mereka faham atau tidak pada
bahasa Melayu. Bila saya katakan segelintir daripada orang Cina yakni merujuk
kepada DAP yang bersikap ultra kiasu, China Press menterjemahkan sebagai
semua orang Cina. Terus terang, saya tidak pernah menafikan sama sekali
kebaikan dan sumbangan orang Cina terhadap pembangunan di negara ini.

Cuma, saya ingin mengingatkan akhbar ini agar belajar menterjemah dengan
betul. Kita sudah 52 tahun merdeka. Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan
perlu difahami dan dijiwai. Jika tidak, kita akan hidup dalam kepompong kiasu. Inilah
akibatnya apabila kita dipisah-pisahkan sejak kecil melalui sistem pendidikan
berbeza dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dikuatkuasakan.
Akibatnya, niat baik kita disalahfahamkan atau mungkin sengaja disalahfahamkan.
Akhbar Utusan Melayu dikatakan sebagai lidah rasmi UMNO, apakah China Press
dan yang sekutu dengannya adalah lidah rasmi siapa sebenarnya? Inilah
perancangan halus yang mesti kita sedari.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar akhbar-akhbar perkauman ini


diwajibkan menterjemahkan akhbar mereka dalam bahasa Melayu sebagai sisipan.
Ini bertujuan supaya orang Melayu juga dapat membaca dan memahami betapa
baiknya niat mereka setiap kali melaporkan berita dan menulis artikel, tidak
ketinggalan sebagai menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Jangan terlalu asyik menuduh orang lain tidak betul. Adakah kita ini terlampau betul
sehingga tidak boleh ditegur?

Berikut saya petik perkara yang saya maksudkan itu.

Alhamdulillah, dengan peristiwa dan artikel ini, saya lebih mengenali sifat ultra
kiasu bangsa saya sendiri yang selama ini saya kaji. Saya baru sedar betapa
hipokritnya segelintir bangsa saya. Mereka tidak pernah bersyukur tetapi teramat
takut kalah dan mahu sentiasa menang (kiasu). Fakta dan kebenaran dikelirukan
bagi menagih simpati dan agenda politik tersembunyi (Mingguan Malaysia 9 Ogos
2009).

26
Apakah wartawan China Press faham apa maksud segelintir? Segelintir
bermakna sebahagian kecil, bukan semua. Tetapi China Press terjemahkan kepada
semua.

Apakah saya bersalah menegur salah laku yang diharamkan oleh agama lain?
Adakah memperkatakan yang benar itu satu dosa? Adakah mereka yang melakukan
perbuatan terlarang seperti berzina, tidak berdosa kepada ibubapa dan datuk nenek
moyang mereka? Apakah kita mahu menghalalkan semua perlakuan sumbang atas
nama demokrasi? Jika begitulah keadaan, tidak perlulah ada undang-undang atau
rule of law? Kajilah kemuliaan ajaran agama masing-masing. Ingat, satu jari tuding
kepada saya, empat jari lagi kepada diri sendiri.

Penganiayaan

Tidakkah China Press sedar, kadang kala ada kalangan yang mengandung
anak luar nikah mengambil jalan singkat dengan menggugurkan kandungan
tersebut. Tidak kurang juga yang mengambil keputusan membunuh diri. Ada yang
terpaksa berkahwin kerana pasangannya telah termengandung. Jika masih tidak
mengandung, mungkin seks bebas dan perzinaan akan terus berjalan. Adakah kita
mahu menghalalkan yang haram. Tidakkah ini satu penganiayaan kepada kaum
wanita? Bayangkan jika perbuatan ini berlaku kepada adik-beradik perempuan kita.

Justeru, dalam hal ini ajaran agama perlu memainkan peranan yang telah
menjadi sebahagian rule of law. Tidakkah sebaik-baiknya kita berkahwin secara sah
dahulu, selepas itu baru melakukan hubungan yang sepatutnya antara suami isteri.
Bukankah itu yang terbaik? Kenapa kita perlu menganiaya kaum wanita. Saya ingin
bertanya, adakah kenyataan saya itu salah? Saya amat ingin mengetahui dan
mendengar, adakah seks bebas atau seks luar nikah dibenarkan oleh agama lain?
jangan minta pendapat saya.

Yang terjadi telah terjadi. Jadikan ia satu pengajaran. Saya ingin nasihatkan
ibubapa supaya menjaga anak-anak mereka baik. Sebab kita tidak tahu apa yang
akan berlaku pada masa datang. Yang penting, jangan lakukan perkara yang
merosakkan, yang dilarang Tuhan, termasuk minum arak, kerana ia turut dilarang
oleh semua agama. Takutlah kepada Tuhan, berbanding dengan manusia dan
jangan takut dengan bayang-bayang jika kita berada di pihak yang benar.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti


Pertahanan Nasional Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 16 Ogos 2009

27
ANCAMAN AKHBAR PERKAUMAN KEPADA PERPADUAN
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

POLITIK perkauman di Malaysia, bukan sekadar dapat dilihat dengan kewujudan


parti-parti politik berasaskan kaum, tetapi media massa turut sedemikian sifatnya,
terutama media cetak seperti yang ditunjukkan oleh akhbar dan majalah Cina.
Mereka ini seolah-olah tidak boleh disentuh. Serangan dan kecaman akan dilakukan
kepada mereka yang tidak sehaluan untuk mempertahankan tindakan mereka.

Inilah akibatnya apabila kita tidak menguatkuasakan kedudukan bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lebih malang lagi, kita tidak mengenakan
sebarang syarat agar makalah perkauman tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu. Kesempatan ini dipergunakan dengan seluas-luasnya untuk
memperkukuhkan lagi kedudukan mereka. Akhirnya, mereka hidup dalam
kepompong kiasu dan perkauman yang amat menebal. Menanamkan kebencian
terhadap mereka yang difikirkan sebagai ancaman, seperti nasib yang menimpa
saya.

Berita sebegini biasanya mendapat sambutan dan mudah dipercayai oleh


pembaca mereka. Terbaru akhbar Nanyang Siang Pau memetik beberapa pendapat
orang Cina antara lain mereka menyifatkan saudara Cina Islam cuba mendapat
simpati orang Melayu dengan menonjolkan keislaman mereka.

Saya ingin menegaskan saudara Islam Cina tidak perlu berbuat demikian
terhadap orang Melayu, kerana sifat agama Islam itu sendiri sudah mengajar
orang Melayu untuk menerima sesiapa sahaja yang memeluk Islam, tanpa mengira
apa latar belakang bangsanya.

Orang Melayu yang memahami Islam tidaklah seburuk yang disangka.


Toleransi mereka amat tinggi. Jika mereka boleh menerima orang Cina yang
berhijrah ke alam Melayu sebegitu ramai, sehingga menggugat kedudukan mereka
sendiri selaku pribumi, adalah tidak mustahil untuk mereka menerima saudara baru
Cina Muslim seperti kami. Cuma saya amat hairan, kenapa sehingga ke hari ini,
amat sukar untuk orang Cina menerima Cina Muslim sebagai sebahagian daripada
mereka?

Inilah sifat Melayu Islam yang amat saya puji. Mereka tidak seperti sesetengah
pihak lain yang ultra kiasu. Saya tidak memerlukan simpati sesiapa untuk menulis
sesuatu yang benar. Apatah lagi untuk dibayar oleh UMNO seperti yang didakwa
oleh akhbar Cina.

Kemuliaan seseorang ditentukan oleh iman dan takwanya, bukan bangsa dan
warna kulit. Inilah kemuliaan agama Islam yang bersifat sejagat dan menentang
sebarang tindakan perkauman. Dengan sebab itu, tidak sukar untuk orang Melayu

28
menerima orang lain, berbanding dengan mereka yang hanya hidup dalam
kepompong kiasu, terutama akhbar yang suka mengecam dan memburuk-burukkan
orang lain.

Jika hujah atau fakta saya salah, mari kita perbetulkan bersama dengan hujah
dan fakta yang ilmiah, bukannya mengecam dan menanamkan rasa kebencian.
Tindakan sebegini adalah amat tidak profesional.

Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya menyelusuri sejarah akhbar
perkauman ini serba sedikit. Sebenarnya bilangan akhbar harian Cina lebih banyak
daripada akhbar harian berbahasa Melayu di bumi Melayu. Inilah nasib Melayu di
bumi Melayu. Bahasa sendiri selaku bahasa kebangsaan ketinggalan di bumi
sendiri. Bahasa orang lain menguasai bidang persuratkhabaran dan media massa,
sehingga bahasa kebangsaan dikesampingkan. Lebih malang lagi, rata–rata orang
Melayu tidak boleh memahami berita dan laporan akhbar perkauman tersebut.
Manakala, akhbar Melayu boleh dikatakan langsung tidak dibaca oleh bukan
Melayu.

Jika ditinjau daripada dahulu, laporan akhbar-akhbar ini tidak pernah berubah.
Laporannya bersifat perkauman dan kiasu. Sentimen ini selalu dimainkan untuk
meraihkan sokongan rakan sebangsa mereka. Dengan cara ini juga, akhbar ini
dapat bertahan lama dan meraih keuntungan. Pemikiran mereka tidak pernah
berubah, terutama dalam isu-isu ketidakpuasan terhadap dasar-dasar kerajaan yang
lebih memihak kepada orang Melayu seperti yang telah termaktub dalam
perlembagaan.

Inilah budaya popular yang selalu digunakan untuk menaikkan semangat dan
sentimen orang Cina. Fakta ini pernah diakui oleh Penasihat Parti Gerakan, Lim
Keng Yaik yang mengatakan akhbar di Malaysia hanya memperjuangkan satu-satu
bangsa sahaja. Akhbar Cina dengan sentimen kecinaannya, manakala akhbar
Melayu dengan sentimen kemelayuannya. Stail pemberitaan sebegini kata Keng
Yaik amat sukar untuk mewujudkan bangsa Malaysia.

Persoalan saya, bolehkah diwujudkan bangsa Malaysia, jika akhbar bahasa


lain yang lebih mendominasi akhbar bahasa kebangsaan? Akhbar bahasa Melayu
boleh dikatakan langsung tidak dibeli dan dibaca oleh masyarakat bangsa Cina,
kecuali oleh mereka yang berada di Sin Chew, Nanyang Siang Pau, China Press
dan lain-lain akhbar Cina. Tujuannya tidak lain untuk mencari berita-berita sensasi
untuk lebih disensasikan supaya menjadi lebih kiasu.

Walaupun kadang kala akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia menyampaikan


dan menulis berita-berita berbau perkauman, sekurang-kurangnya mereka berterus-
terang. Bahasa akhbar tersebut dapat difahami oleh semua warga Malaysia,
termasuk mereka berada dalam sektor persuratkhabaran Cina. Persoalannya,
bagaimana dengan akhbar bahasa lain? Apa yang diberitakan, tidak sampai
langsung kepada orang Melayu.

29
Perkauman

Saya yakin, jika orang Melayu faham bahasa Mandarin, mereka akan merasa
terkejut dengan laporan akhbar perkauman ini. Maka sudah sewajarnya akhbar itu
diwajibkan untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai sisipan untuk
difahami oleh semua kaum supaya tidak timbul prasangka. Apatah lagi kedudukan
bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati dan
dipatuhi.

Menurut A.F. Yasin (1986), sejarah persuratkhabaran bukan Melayu di Tanah


Melayu khususnya akhbar berbahasa Cina, Inggeris dan Tamil, dilihat tidak
mencerminkan semangat nasional, tetapi lebih mementingkan kelompok sendiri.

Sejak dahulu lagi, akhbar-akhbar ini langsung tidak menghiraukan hal-hal


berkaitan Tanah Melayu di negara tempat mereka berlindung, tetapi lebih kepada
isu-isu kaumnya sahaja. Akhbar bukan Melayu lebih cenderung kepada
pembacanya, dan prasangka atau ‘penyerangan’ kepada bangsa Melayu,
diberatkan lagi dengan adanya kecenderungan berkiblat kepada negara asalnya.
Akhbar Inggeris berkiblat kepada penjajah dan Eropah, sementara akhbar Cina
menjadi medan pertarungan ideologi yang berlaku di Tanah Besar China.

Ketika itu, banyak tenaga penggerak akhbar Cina ini diimport khas dari Hong
Kong dan China. Kajian beliau juga menunjukkan, dari segi sejarahnya suara Cina
sentiasa kontra dengan suara Melayu. Sejarah awal akhbar Cina bermula pada
penghujung abad ke-19 dengan menonjolkan usaha imigran dan pedagang Cina
berkaitan berita-berita ekonomi melibatkan perniagaan dan perdagangan. Bermula
dengan akhbar The Chinese Monthly Magazine yang diterbitkan pada 6 Ogos 1815.

Pada tahun 1881, lahir akhbar harian Cina yang pertama Lat Pau (1881-1932),
mengambil format dan bentuk akhbar Cina di China dan Hong Kong. Lat Pau
mempunyai pengaruh yang kuat ke atas orang Cina kerana liputan beritanya
membela kepentingan orang Cina dan berita-berita negeri China.

Hayat Lat Pau tidak lama kerana mendapat saingan yang kuat dari Nanyang
Siang Pau dan Sin Chew Jit Poh. Antara akhbar lain yang tidak dapat bertahan lama
seperti Lat Pau ialah Thien Nan Shih Pao (1898-1905), Jit Shin Pao (1899-1901)
dan Theo Lam Jit Poh (1904-1905). Akhbar Cina yang kekal sehingga ke hari ini
ialah Sin Chew Jit Poh (15 Januari 1929) dan Nanyang Siang Pau (6 September
1923) dikuasai sepenuhnya oleh ahli perniagaan dan politik Cina.

Manakala akhbar China Press adalah akhbar perkauman Cina yang telah
ilhamkan oleh H.S. Lee pada tahun 1 Februari 1946. Akhbar ini pernah diharamkan
suatu ketika oleh mahkamah, terutama selepas insiden 13 Mei 1969. Akhbar ini
amat berbau perkauman. Untuk makluman, sebenarnya, akhbar inilah yang paling
mendapat sambutan dari kalangan masyarakat Cina berbanding akhbar lain kerana
keberanian melaporkan sesuatu isu termasuk menyentuh isu-isu sensitif orang

30
Melayu dan Islam. Akhbar ini diterbitkan dua kali sehari. Saya amat hairan, kenapa
China Press tidak menggunakan Cina Press.

Apakah niat mereka menggunakan nama China? Saya fikir China Press sahaja
yang boleh menjawab akan kiblat mereka.

Sehingga kini, isu-isu perjuangan mereka masih sama, tidak banyak berbeza.
Misalnya, hal-hal pendidikan, ekonomi, ketuanan Melayu (pribumi) antara isu-isu
yang terus diperdebatkan sehingga kepada kemuncaknya pada tahun 1987.
Kesimpulan kajian yang dibuat mereka yang mengkaji sejarah akhbar Cina
menunjukkan bahawa akhbar-akhbar berasaskan etnik ini memang tidak lari
daripada sentimen perkauman dan kiasu. Mereka kerap ‘menyerang’ orang Melayu
dan Islam.

Saya masih ingat ketika akhbar Cina melaporkan berita Perhimpunan Agung
UMNO ke-57 (13-17 November 2006). Memang tidak dinafikan, isu-isu perkauman
terus dimainkan oleh UMNO. Akhbar-akhbar yang dikuasai oleh orang Cina terus
memanipulasikan isu-isu perkauman yang dibincangkan sehingga menimbulkan
ketakutan kepada masyarakat Cina. Presiden UMNO ketika itu terpaksa campur
tangan dengan memberi amaran kepada beberapa akhbar Cina supaya tidak
memainkan sentimen perkauman selepas beberapa perwakilan UMNO
membangkitkan isu-isu sensitif yang meresahkan sesetengah kaum bukan Melayu.

Menurutnya, UMNO boleh bercakap tentang agenda Melayu, MCA juga boleh
bercakap soal agenda Cina, begitu juga MIC dengan agenda India. Apa yang
penting ialah agenda nasional. Persoalan saya, bagaimana agenda nasional boleh
sampai ke akar umbi jika kita terus berada dalam kelompok perkauman dan kiasu?

Jelas di sini bahawa persepsi masyarakat Cina menjadi semakin serius apabila
media perkauman suka memperbesar-besarkan (mensensasikan) isu-isu popular
yang berhubung kait dengan status agama Islam dan hak istimewa bangsa Melayu
yang telah termaktub dalam perlembagaan. Isu ini dipergunakan sewenang-
wenangnya tanpa memikirkan akibat dan kesan yang akan berlaku. Sesuatu yang
tidak menyebelahi mereka akan diperjuang habis-habisan. Manakala, isu yang
menyebelahi mereka disenyapkan begitu sahaja.

Natijahnya, timbullah pelbagai persepsi yang tidak sihat. Persepsi sebeginilah


menjadi hubungan kaum semakin renggang.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 23 Ogos 2009

31
MERDEKAKAN PENDIDIKAN PERKAUMAN
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Pendidikan adalah merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan


sebuah negara bangsa. Bentuk pendidikan yang lahir akan menentukan sama ada
agenda nasional dapat dicapai atau tidak. Jika sistem pendidikan berbentuk
perkauman, maka perkaumanlah penyudahnya.

Setakat ini, hanya Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia ini yang
mempunyai pendidikan pelbagai mengikut kaum atau vernakular. Inilah yang selalu
dicanangkan oleh golongan tertentu sebagai salah satu kekuatan Malaysia. Ya, dari
satu sudut ia memang satu kekuatan. Tetapi dari sudut yang lain, kita lihat bila ada
ura-ura kerajaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan berasaskan konsep
1Malaysia, tanpa menafikan hak-hak kaum lain mendapat pendidikan ibunda
mereka, serta-merta golongan ini akan membuat laporan polis dan menuduh
kerajaan yang bukan-bukan.

Saya amat menyanjungi sikap bumiputera Sabah dan Sarawak selaku


pribumi, kerana mereka tidak menuntut sekolah berasaskan kaum. Jika tidak, saya
tidak tahu ke manakah hala tuju pendidikan negara?

Ini tolak ansur yang mesti dihargai. Orang Melayu dan bumiputera tidak ada
sekolah mereka sendiri. Yang ada ialah sekolah kebangsaan untuk semua. Sistem
inilah yang dipraktikkan di seantero dunia. Jika adapun sistem pendidikan
perkauman, ia telah lama dihapuskan. Semua bentuk pendidikan diseragamkan
demi mencapai matlamat nasional. Contohnya, Thailand, Indonesia dan negara-
negara maju yang lain.

Kita perlu berfikir jauh ke hadapan walaupun pahit untuk diterima. Setelah 52
tahun merdeka, sistem pendidikan kita masih belum merdeka dan terbelenggu.
Setiap kaum masih leka dalam kepompong sistem pendidikan masing-masing.
Orang Melayu masih percaya kepada sistem pendidikan kebangsaan untuk semua,
tetapi tetap dengan sistem perkauman, India dengan cara India dan Cina dengan
cara Cina. Kehidupan kita sebenarnya semakin jauh dan terasing.

Sebagai permulaan, biarlah saya mulakan dengan kajian yang telah saya
lakukan terhadap sistem pendidikan Cina khususnya, selaku majoriti kedua
terbesar. Secara umumnya, orang Cina terbahagi kepada dua kumpulan. Satu
kumpulan dikenali sebagai Hua Ch'iao (orang Cina seberang laut) yang masih
berwarga negara China. Satu lagi ialah Ma Hua, menganggap diri mereka sebagai
Malayan Chinese, kebanyakan lahir di Tanah Melayu menganggap Tanah Melayu
adalah negara mereka.

Wang Gungwu (1970), membahagikan orang Cina Malaysia kepada tiga


kumpulan iaitu A, B dan C. Kumpulan A boleh dikategorikan dalam kumpulan
minoriti berbanding dengan kumpulan lain. Mereka masih mengekalkan hubungan
dengan politik di China, sama ada secara langsung atau tidak, serta masih
mengambil berat akan masa depan negara China. Kumpulan ini tidak sedominan
kumpulan B dan C.

32
Kumpulan B pula terdiri dari kalangan yang keras kepala. Majoriti bersikap
realistik dan yang secara tidak langsung mengambil berat soal politik perniagaan
dan pertubuhan komuniti. Kebanyakan mereka amat aktif dalam pertubuhan-
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengaruh mereka amat mendalam dalam komuniti masyarakat Cina, malahan


kerap memberikan tekanan kepada kerajaan. Inilah kumpulan ultra kiasu yang
selalu saya sebut. Kumpulan ini berada dalam pertubuhan pendidikan (NGO), politik
dan persuratkhabaran.

Kumpulan C pula, mereka menunjukkan minat yang mendalam serta aktif


dalam politik negara. Wang Gungwu yang meletakkan mereka dalam kategori orang
yang tidak pasti tentang identiti mereka sendiri tetapi secara umumnya mempunyai
ketaatan kepada negara.

Pendapat Gungwu turut dikongsi oleh Rita Sim dan F.K. Soong, daripada
Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP). Menurut mereka,
terdapat dua jenis kumpulan Cina daripada keseluruhan berjumlah 6.5 juta.

Kumpulan pertama, mewakili 85-90 peratus orang Cina, berlatar belakangkan


perkauman Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan
Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina. Manakala,
selebihnya mewakili kumpulan kedua 10-15 peratus, adalah English-speaking group
atau kumpulan yang mendapat pendidikan Inggeris, yang tidak mendapat
pendidikan Cina. Kebanyakan mereka ada yang beragama Kristian, Cina
Peranakan dan menyertai kelab Lions dan Rotary.

Pengkategorian ini sudah cukup untuk membuktikan kajian Yew Yeok Kim
(1973, 1982) dan Leo Suryadinata (1989) mengenai sikap mereka yang mendapat
pendidikan Cina dan bukan aliran Cina. Pelajar Cina yang mendapat pendidikan
Inggeris (termasuk pendidikan kebangsaan) kurang identiti kecinaannya, lebih
mudah bergaul dengan kaum lain dan memudahkan proses integrasi nasional.
Manakala, mereka yang mendapat pendidikan sekolah Cina adalah bersikap
sebaliknya.

Semua bukti ini jelas menunjukkan kedudukan dan polarisasi masyarakat di


negara kita akibat sistem pendidikan yang wujud sekian lama. Sistem ini yang telah
mewarnai kehidupan kita hari ini. Akibatnya, lahirlah golongan yang meletakkan
kepentingan kaum di hadapan berbanding kepentingan nasional. Bahasa kaum
sendiri lebih didaulatkan berbanding bahasa kebangsaan.

Kita ambil contoh kedudukan bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan.


Bahasa Melayu hanya diajar tiga kali seminggu berbanding dengan bahasa Cina
yang diajar setiap hari. Ini tidak termasuk matapelajaran lain seperti Matematik,
Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Moral, Sivik dan Kajian Tempatan yang turut
diajar dalam bahasa yang sama. Saya ingin mencadangkan Kementerian Pelajaran
menambahkan waktu pembelajaran matapelajaran bahasa Melayu, sekurang-
kurang sama waktunya dengan mata pelajaran bahasa Cina. Jika tidak, kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak ada ertinya.

33
Saya berkongsi pandangan ini kerana saya mempunyai pengalaman yang
agak luas berinteraksi dengan sekolah Cina. Boleh dikatakan kesemua anak saya
mendapat pendidikan rendah di sekolah Cina. Secara kebetulan, saya juga adalah
Yang Dipertua, Persatuan Ibubapa dan guru (PIBG), di salah sebuah sekolah
menengah yang majoriti pelajar-pelajar Cina yang datang dari sekolah rendah Cina
(SJKC). Keadaan ini menjadikan saya lebih faham mengenai masalah bangsa saya
sendiri, terutama dalam soal penguasaan bahasa Melayu dan pendidikan ibunda.

Melalui pengalaman dan pemerhatian, secara umumnya, tahap penguasaan


bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar Cina adalah rendah. Dengan sebab itu,
kelas peralihan terpaksa diwujudkan apabila mereka melanjutkan pelajaran ke
peringkat menengah. Bagi mereka yang berada di kelas bukan peralihan pun, itu
bukan bermakna penguasaan bahasa Melayunya baik. Bahasa Melayu lebih
sekadar hafalan untuk menghadapi peperiksaan berbanding bagi tujuan interaksi
dan pemahaman sebagai bahasa kebangsaan. Inilah dilema sistem pendidikan
kebangsaan hari ini.

Kadangkala saya amat hairan kenapa setiap kali kerajaan cuba untuk
menyeragamkan sistem pendidikan tanpa menafikan hak setiap kaum terhadap
pendidikan mereka, mendapat tentangan yang begitu hebat. Mereka mempunyai
prasangka bahawa ia adalah agenda kerajaan untuk menghapuskan sekolah Cina
secara terancang. Inilah bentuk pemikiran yang telah bertapak setelah 52 tahun kita
merdeka.

Kini, kedudukan pendidikan Cina tidak pernah tergugat, malah semakin kuat,
termasuk kedudukan kewangannya. Di SJKC tempat anak saya belajar, penyata
kewangan berakhir setiap tahun melebihi RM1 juta. Ini menunjukkan bahawa
sokongan yang ditunjukkan oleh orang Cina terhadap pendidikan mereka semakin
padu dan jitu. Manakala pendidikan kebangsaan semakin tergugat dan terhakis.
Walaupun pelbagai usaha cuba dilakukan oleh kerajaan untuk mengadakan sistem
satu sekolah dengan tidak mengenepikan hak kaum lain untuk mempelajari bahasa
ibunda, namun ia tetap ditolak.

Pada hemat saya, jika inilah bentuk pendidikan yang lahir, kita masih belum
merdeka dalam erti kata yang sebenar. Pemikiran kita masih dibelenggu dengan
pemikiran perkauman. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti


Pertahanan Nasional Malaysia

Mingguan Malaysia, 30 Ogos 2009

34
ISU TIMBUL KERANA KEJAHILAN BERAGAMA

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

KOLUMNIS laman web Centre for Policy Initiatives (CPI), Helen Ang mengkritik
dengan hebat beberapa siri artikel yang saya tulis dalam Mingguan Malaysia.

Artikel beliau bertajuk Ridhuan Tee‘s reverse take on racism, telah diposkan
kepada beberapa laman web pembangkang dan membuka peluang kepada para
pembaca laman web tersebut menyerang, mengecam dan menghentam peribadi
saya sekali lagi, tanpa fakta ilmiah untuk berhujah sebagaimana artikel yang ditulis
beliau.

Saya sepatutnya tidak mahu melayan mereka yang menulis tanpa membuat
kajian dan penyelidikan terperinci seperti mana yang saya lakukan. Ternyata beliau
tidak faham apa yang saya tulis. Mungkin disebabkan oleh tahap penguasaan
bahasa Melayunya yang agak rendah setelah sekian lama tinggal di negara ini.
Sebahagian kecil petikan artikel saya dimanipulasikan seperti yang dilakukan oleh
akhbar Cina.

Petikan yang saya ambil daripada kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman
mengenai perlunya bandar raya Shah Alam bebas daripada arak dan kelab malam
telah disalah tafsirkan. Helen Ang mengatakan bahawa ia adalah tulisan saya. Saya
sungguh kasihan cara beliau berusaha untuk memahami artikel saya dalam bahasa
Melayu mudah. Mujurlah saya tidak gunakan bahasa yang bombastik, jika tidak
saya tidak tahu apa yang Helen Ang akan tulis.

Beliau juga menuduh saya ‘masuk Melayu’ dan bukan ‘masuk Islam’ agar
diterima oleh orang Melayu, dan seterusnya menjadikan saya lebih berjaya.
Bagaimanakah saya boleh ‘masuk Melayu’ sedangkan saya seorang Cina. Saya
memeluk agama Islam, bukan ‘masuk Melayu’. Seperti yang saya katakan sebelum
ini, saya memeluk Islam kerana kemuliaan dan kesucian Islam. Saya tidak pernah
mengharap sebarang bantuan setelah memeluk Islam, kerana agama Islam
mengajar saya prinsip berdikari. Bangsa seseorang tidak boleh ditukar walaupun ia
telah memeluk Islam kerana bangsa itu adalah kejadian Allah SWT. Manakala
agama, kita boleh pilih untuk dijadikan pegangan hidup seperti yang saya lakukan.

Dalam membahaskan fakta yang saya kemukakan, Helen Ang


membandingkan antara Cina Thailand dengan Cina Malaysia. Helen Ang
memujikan rakyat Thai kerana dapat menerima Perdana Menteri Thailand kini,
Abhisit Vejjajiva berketurunan Cina. Begitu dengan Perdana Menteri sebelum itu
seperti Chuan Leekpai dan Thaksin Shinawatra. Helen mempertikaikan kenapa
orang Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak (DAP). Jawapannya mudah,
kerana orang Cina di Thailand sudah tidak serupa Cina. Mereka boleh dikatakan
lebih Siam daripada Siam. Persoalannya, adakah itu berlaku di Malaysia?

35
Ternyata dalam banyak perkara yang diulas, beliau tidak dapat memahami
sejarah Tanah Melayu dan sejarah pembentukan Malaysia. Lebih malang lagi beliau
tidak dapat memahami roh bagaimana Perlembagaan Persekutuan digubal hasil
persetujuan semua kaum, melalui pakatan murni atau lebih dikenali dengan kontrak
sosial. Begitu juga Perlembagaan setiap negeri, ada sejarahnya tersendiri. Saya
harap kejahilan ini tidak berlaku kepada orang lain agar tidak buta sejarah.

Helen Ang juga perlu mengkaji 7 wasiat Raja-raja Melayu seperti yang disebut
oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, yang telah membentuk
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Helen Ang perlu memahami
makna yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut.
Jangan asyik mempertahankan dan membaca akhbar-akhbar Cina.

Kenapa beliau mempertikaikan kedudukan Menteri Besar Perak yang tidak


dilantik dari kalangan DAP? Cuba Helen Ang bandingkan, kenapa Ketua Menteri
Pulau Pinang mesti diserahkan kepada Cina? Tidakkah kerusi UMNO lebih banyak
daripada kerusi parti-parti politik lain dalam pilihan raya 2004 dan sebelum itu?
Kenapa kita tidak menghargai tolak ansur dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh
orang Melayu? Sesuatu yang menguntungkan disenyapkan, yang tidak
menguntungkan digembar-gemburkan untuk menagih simpati.

Helen Ang juga mempertikaikan fakta yang saya tulis akan bilangan rumah
ibadat bukan Islam seperti kuil Hindu, tokong Cina dan gereja Kristian melebihi
bilangan surau dan masjid. Di sini saya pamerkan statistik tersebut untuk
pengetahuan beliau akan nasib Melayu di bumi Melayu.

Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada


jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939
surau. orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong, orang India
berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan
dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar). Manakala, bilangan gereja Kristian
biarlah Helen Ang yang cari untuk menampung jumlah 50,000 penganut Kristian.

Statistik

Berdasarkan kepada statistik ini, jelas kepada kita, setelah dicampur semua
rumah ibadat bukan Islam, kedudukan masjid surau sebenarnya jauh ketinggalan.
Ini baru perbandingan satu negeri, bayangkan negeri-negeri lain. Adakah nisbah
antara bilangan penduduk dengan bilangan rumah ibadat itu adil? Begitu besar
bezanya. Sila rujuk Wikipedia, walaupun ia bukanlah sumber yang outentik dalam
akademik. Tetapi saya yakin statistik ini tidak jauh bezanya.

Jangan kita bercakap kosong tanpa melakukan penyelidikan. Helen Ang


mungkin terkejut bila saya paparkan statistik seluruh negara. Kenapa dalam sebuah
negara majoriti Melayu boleh berlaku demikian? Inilah tolak ansur orang Melayu.
Hormatilah tolak ansur ini. Jangan terlalu kiasu.

36
Pada hemat saya, semua perkara ini berlaku disebabkan oleh kejahilan hidup
beragama. Apakah isu sebenarnya timbul apabila kita mahu mempertahankan
hubungan yang dilarang oleh semua agama, seperti amalan berzina sehingga
melahirkan anak luar nikah? Beritahu saya ajaran agama mana yang membenarkan
hubungan haram ini?

Bayangkan jika yang perempuan yang dizinai adalah ibu, isteri, adik-beradik
perempuan kita sehingga melahirkan anak luar nikah. Apakah kita boleh menerima
semua ini sebagai isu moral yang boleh dipertahankan? Kena pada orang lain, tak
apa. Bila kena pada diri sendiri baru tahu langit ini tinggi atau rendah?

Justeru, saya amat bersimpati dan amat menghormati tindakan dengan


Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan badan disiplin MCA yang telah
mengambil tindakan yang tepat untuk menggugurkan timbalannya disebabkan salah
laku moralnya.

Saya amat yakin keputusan yang diambil, bukanlah suatu perkara yang mudah
untuk beliau melakukan tindakan sedemikian. Keputusan yang diambil adalah demi
menyelamatkan maruah parti biarpun beliau akan menjadi tidak popular.

Tindakan MCA itu dikira tepat jika ditinjau dari segi undang-undang moral dan
ajaran agama. Saya selaku orang Cina menyokong sepenuhnya tindakan tersebut.
Inilah nilai-nilai moral yang perlu ada pada setiap pemimpin dan juga rakyat yang
dipimpin. Jika pemimpin tidak menunjukkan teladan, siapa lagi? Adakah kita mahu
menunggu rakyat menunjukkan teladan? Tidakkah kepimpinan itu melalui teladan?

Seperti yang selalu saya sebut, tidak ada satupun agama atau ajaran di dunia
yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral seperti berzina atau hubungan seks
luar nikah. Apatah lagi sehingga mengandungkan anak luar nikah. Semua perbuatan
terkutuk adalah berdosa besar.

Masyarakat kita tidak kira apa juga bangsa dan agamanya, perlu dididik
dengan nilai moral tinggi. Agama hendaklah dijadikan panduan hidup. Baru dunia
akan aman. Kerana semua agama menyerukan kepada kebaikan. Yang baik tetap
baik, yang salah tetap salah. Kita tidak boleh menghalalkan yang haram untuk
mencapai matlamat.

Buddha begitu keras sekali mengharamkan zina seperti yang tersebut dalam
lima larangannya iaitu jangan membunuh, jangan berzina, jangan berbohong,
jangan mencuri dan minum arak. Sila rujuk Sutta Nipata 815, Dhammapada 309-10,
Sutta Nipata 123.

Begitu juga larangan dalam agama Kristian, Hindu dan Sikh. Apa tujuan
nasihat agama ini? Semuanya mahu memastikan kita menjadi manusia yang
mempunyai moral yang tinggi, bermaruah dan sebagainya. Jika Helen Ang
beragama Kristian, sila buka Bible, 1 Corinthians 6:18-20 & 1 Corinthians 7:1-2.
Adakah Kristian menghalalkan zina? Sudah tentu tidak.

37
Kalau Helen Ang melihat adat tradisi masyarakat Cina zaman dahulu,
hukuman ke atas mereka yang berzina ini amat berat. Penzina-penzina ini akan
dimasukkan ke dalam bekas atau raga babi dan dicampakkan ke dalam sungai.

Begitu juga saya ingin menyarankan Helen Ang supaya meluangkan masa
meneliti ajaran agama lain seperti agama Hindu dan Sikh mengenai penzinaan.
Baca kitab Hindu, Bhagavad Gita1.40-42, zina diharamkan dalam agama Hindu.
Perlakuan berzina dianggap sebagai penghinaan kepada undang-undang agama
Hindu (Laws of Manu, 9.95, 101). Untuk keterangan lanjut baca New World
Encyclopedia. Dalam ajaran Sikh, salah satu daripada lima dosa besar adalah
berzina. Sila baca Adi Granth, Dhanasari. Justeru, atas landasan apa kita mahu
menghalalkan zina?

Lihat juga pandangan ajaran Konfucianisme, Taoisme, Jainisme,


Zoroastrianisme, Shintoisme, Judaisme dan Bahai dalam artikel bertajuk A
Comparison of Morality from the religions from Around the World,
http://usminc.org/other.html. Larangan berzina amat keras sekali.

Sebenarnya isu-isu moral ini dibahaskan dengan panjang lebar oleh semua
agama, apatah lagi agama Islam. Saya tidak perlu sebutkan pandangan agama
Islam, sebab sudah terang lagi bersuluh kemuliaan Islam dalam menjaga umatnya.
Justeru, jika berlaku juga kepada umat Islam, itu salah orang yang melakukan
perbuatan terkutuk itu, bukan agama Islam yang suci murni.

Justeru, dalam menilai antara yang benar dan yang batil, agama perlu
dijadikan panduan dan sejarah sebagai pedoman. Percubaan untuk memadamkan
fakta agama dan sejarah hanya akan mengundang kerosakan di muka bumi. Saya
yakin fakta yang saya kemukakan sengaja diselewengkan disebabkan oleh sikap
kiasu.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, 6 September 2009

38
MEMPERKASAKAN AGENDA NEGARA BERBANDING AGENDA
BANGSA
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

NAMA sesuatu bangsa itu akan menerbitkan nama negara. Ringkasnya, nama
negara berasal daripada nama bangsa. Misalnya, bangsa Melayu-Tanah Melayu,
bangsa Siam-negara Siam, bangsa Cina-negara China, bangsa India-negara India
dan lain-lain. Tidak ada negara yang terbentuk secara semulajadinya berbilang
kaum atau bermasyarakat majinuk.

Fakta ini cuba dipertikaikan oleh segolongan tertentu. Mereka mengatakan


orang Melayu bukanlah pribumi atau penduduk asal negara ini. Melayu juga kata
mereka seperti kaum lain berhijrah dari tempat lain ke alam Melayu. Persoalannya,
dari manakah datangnya perkataan kepulauan Melayu dan Tanah Melayu jika tidak
didiami oleh orang Melayu?

seperti yang kita sedia maklum, sistem kenegaraan Melayu bermula dengan
perkataan "Melayu" atau "Tanah Melayu" itu sendiri yang bermaksud wilayah dan
kepulauan di rantau ini. Nama-nama ini terkenal di kalangan negeri-negeri China,
India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi
Tanjore-Sanskrit di India), Ma-Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo
(Albuquerque/ Portugis) (Suntharalingam dan Abd Rahman Ismail, 1985).

Ringkasnya, istilah Tanah Melayu, Melayu dan Malaysia dan Malaya adalah
jelas merujuk kepada negeri Melayu. Fakta ini diperakui oleh pengkaji-pengkaji timur
dan barat yang membuat kajian mengenai alam Melayu. Tanah Melayu dan
kepulauan Melayu adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu.
Kedatangan penjajah sebenarnya telah mengubah peta politik kepulauan Melayu.
Setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di
negara-negara kepulauan Melayu. Jelas di sini Allah SWT menjadikan sesuatu
bangsa di tempat-tempat yang berkaitan dengan bangsa tersebut. Allah SWT juga
mengurniakan setiap bangsa dengan identitinya yang tersendiri seperti bahasa,
budaya dan cara hidup.

Hujah ini untuk meyakinkan kita bahawa memartabatkan bangsa dan identiti
tidak salah. Jika tidak, apa ertinya Allah SWT menciptakan sesuatu bangsa dengan
perwatakan dan warna kulit yang berbeza-beta di kawasan masing-masing. Tentu
ada hikmahnya. Bila berlaku pernghijrahan, mereka boleh saling mengenali dan
bercampur antara satu sama lain seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-
Hujurat ayat 13.

Berdasarkan ayat ini, sayangkan bangsa itu adalah sesuatu yang normal jika
tidak keterlaluan. Ibnu Khaldun mengemukakan konsep assabiyah (ikatan sosial
atau kesetiakawanan) yang bersifat positif Ikatan ini memainkan peranan besar

39
dalam menyatupadukan pelbagai kaum dan bangsa seterusnya membentuk
kekuatan bagi membina peradaban. Masyarakat yang mempunyai ikatan assabiyah
yang kuat sudah tentu berupaya membina kekuatan dan jati diri berbanding mereka
yang lemah. Assabiyyah di sini bukanlah membawa makna cauvinisme atau
rasisme atau etnosentrisme seperti orang jahiliah sebelum kedatangan Islam.

Kita perlu ingat, orang Melayu beruntung kerana Islam menjadi anutan
mereka sejak 600 tahun dahulu. Sebelum itu, ribuan tahun orang Melayu menganut
agama Hindu-Buddha. Melayu dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Islam yang
mengangkat martabat Melayu hari ini. Tanpa Islam, siapalah orang Melayu di bumi
Melayu ini.

Justeru, orang Melayu perlu mengambil iktibar setelah mereka diislamkan.


Bermula dengan seorang raja Melaka memeluk Islam, maka boleh dikatakan hampir
seluruh orang Melayu mengikuti jejak rajanya. Islam terus berkembang dan
berkembang. Namun, kerajaan Melaka tidak dapat bertahan lama. Apabila
perpecahan berlaku, ia telah membuka ruang kepada pihak penjajah untuk masuk.
Akhirnya Alam Melayu telah terjajah dan dijajah.

Nasionalisme

Kemudian, orang Melayu bangkit kembali. Semangat nasionalisme Melayu


Islam telah menyatukan mereka. Seterusnya orang Melayu kembali menjadi kuat.
Penjajah berjaya dihalau keluar walaupun ramai juga yang terkorban. Gabungan
Melayu Islam memberikan suntikan semangat dalam menjana kekuatan. Itulah yang
saya selalu sebut Melayu dan Islam, ibarat darah daging, berasaskan sejarah,
malangnya masih ramai yang tidak faharn akan maksud saya. Sebagai orang Cina,
adalah wajar saya sayangkan bangsa saya sendiri. Ini dibenarkan dalam Islam.
Saya tidak boleh ubah diri menjadi Melayu. Namun, bila saya memberikan sedikit
pandangan berbeza atau mengkritik orang Cina, itu bukan bermakna saya tidak
sayangkan Cina. Saya dikecam kerana dikatakan tidak menyebelahi bangsa sendiri
sebalik menyebelahi bangsa lain. Adakah saya perlu menyembunyikan sesuatu
keburukan kerana hendak menjaga nama bangsa? Saya tidak hanya dikecam oleh
bangsa saya sendiri yang tidak Islam, tetapi juga dari kalangan Cina Muslim
sendiri.

Seorang Cina Muslim yang menggelar dirinya ummataunwasoto di dalam blog


saya memberikan komen tidak salah orang Cina mendaulatkan bahasa ibundanya,
untuk dirinya dan dalam lingkungan kaumnya, kerana ingin mengekalkan nilai
budaya nenek moyang dan identiti keturunan. Persoalannya, bila saya kata salah?
Baca artikel saya betul-betul setiap kali disiarkan dalam Mingguan Malaysia. Amat
malang sekali jika Cina Muslim pun tidak dapat memahami bahasa Melayu mudah
ini.

Saudara ummataunwasoto juga gagal memahami isu kerajaan China menekan


etnik Cina Uighur di Xinjiang. Isu sebenar bukanlah isu identiti atau isu bahasa etnik

40
Uighur, kerana mereka tetap orang Cina. Tetapi, ada isu lain yang saudara
ummataunwasoto masih belum dapat jawapannya, terutama berkaitan dengan
agama Islam yang dianuti Uighur. Mereka yang beragama Islam dituduh sebagai
pengganas. Saya harap saudara ummataunwasoto tidak termasuk dalam golongan
menerima propaganda ini. Buatlah kajian.

Di mana-mana dunia sekalipun kita lihat apabila Islam menjadi minoriti dalam
negara bukan Islam, mereka akan ditindas, dianiaya dan lebih menyedihkan
dibunuh. Berbanding dengan orang bukan Islam yang tinggal dalam negara majoriti
Islam. Mereka bukan sahaja boleh hidup mewah dan senang-lenang, malahan
kekayaan mereka mengatasi kekayaan pribumi itu sendiri. Inilah saya selalu ulangi
nasib Melayu di bumi Melayu.

Lanjutan itu juga, bila saya menyokong idea menyeragamkan sistem


pendidikan di negara ini, bukan bermakna kita hendak menghapuskan pendidikan
kaum lain. Berulang kali saya sebut, kanak-kanak sejak kecil mesti ditempatkan di
bawah satu bumbung dengan tidak menafikan hak pendidikan bahasa ibunda.
Mereka tidak boleh dipisah-pisahkan seperti yang berlaku sebelum ini sehingga kini.
Ini yang menyukarkan proses integrasi nasional. Saya yakin orang yang berkokok ini
tidak pernah mengkaji atau menyelidiki perkara ini. Mereka juga tidak bercampur
dengan masyarakat atau hidup dalam kepompongnya sahaja. Sertailah NGO-NGO
dan PIBG. Anda sudah tentu dapat jawapannya.

Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa tahap integrasi masyarakat


berbilang kaum di negara ini berada pada tahap yang rapuh. Tidakkah kita merasa
malu apabila ada kalangan pemimpin kita atau tokoh-tokoh korporat kita yang
ditemubual di kaca televisyen, tahap penguasaan bahasa Melayu mereka amat
rendah berbanding mereka bercakap dalam bahasa Inggeris atau bahasa ibunda?
Di manakah kedudukan bahasa kebangsaan sebenarnya sebagai agenda utama
negara berbanding agenda bangsa?

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 13 September 2009

ORANG MELAYU MUDAH ‘CAIR’ BILA DIPUJI


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi `cair' apabila
mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau
memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan
beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci

41
al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara
pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam.
Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya
kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang
Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan
memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan
jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?

Orang Melayu mudah `cair'. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan
terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru,
mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang.
Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam,
sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam'.

Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan
sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk
berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-
mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela
bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.

Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan
dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak
mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda
untuk menegakkan negara. Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini
amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata "Langkah mayat aku dulu jika
mahu menegakkan negara. Islam", " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular",
"Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu", "Melayu adalah juga
pendatang" dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.

Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut
dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa
parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang
merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk
melemahkan kita?

Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini


yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih
dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolarn takungan air di
johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh
masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan
mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita.
Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan
ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan
menggantikannya dengan jambatan bengkok.

42
Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah
benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz
apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-
benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang
dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-
nilai agama tersebut?

Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata


kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah
hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding
dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul
Aziz?

Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu
laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan
melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah
negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang
sudah terkenal dengan imej 'bersihnya' seperti kelihatan seolah-olah 'Umar Abdul
Aziz'! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada
saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu.
Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan.
Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak
perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab
mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap jamaah Islah Malaysia
sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar.
Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.

Terhakis

Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam


pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh
golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis
di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera
atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.

Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-
benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita
lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya,
tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk
asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan
Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu?
Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.

Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan
kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat

43
sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya
memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan
pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat
dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak
kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan
awam.

Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk


mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan
kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz
meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.

Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan
Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi
hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh
bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai
songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak
mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?

Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat
menentang Islam atau negara. Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka
terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika
itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-
benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya?
Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan
Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?

Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi
lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah
mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara
generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian
Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP),
sampai bila-bila saya tidak akan percaya.

Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan


masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan
masa kini maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan
kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan
negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama
bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.

Biarkan

Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi


hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak

44
tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika
itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku
marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.

Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati
orang Melayu yang mudah `cair'. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka
sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari
kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap
batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah
yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri,
sebelum `terlebih' mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan. tertipu dengan
permainan silap masa ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Selamat Menyambut Hari
Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 20 September 2009

BAHAYA MUSANG BERBULU AYAM


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

PEPATAH Melayu ada berkata, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya.
seperti yang telah dijangka, sememangnya sudah ada orang yang terasa pedasnya.
Golongan yang tidak bertamadun ini terus menyerang peribadi. Fakta yang saya
kemukakan tidak dibahas. Saya dituduh sebagai munafik. Tulisan saya dituduh
seperti racun, sehingga merosakkan kemuliaan sambutan Aidilfitri. Apakah mereka
yang menuduh saya itu tidak munafik? Tidakkah menjadi musang berbulu ayam itu
lebih munafik daripada munafik? Jika saya dituduh munafik, setidak-tidaknya saya
berterus-terang. Berbanding mereka yang pepat di luar, rencong di dalam, ibarat
gunting dalam lipatan.

Pepatah Cina ada berkata, kalau berani makan ikan masin, maka beranilah
menahan dahaganya. Sebagai seorang ahli akademik dan penulis, saya
bertanggungjawab terhadap apa jua yang ditulis. Hanya si pengecut sahaja yang
menyerang peribadi. Kepada orang Melayu yang menyertai parti ultra kiasu ini,
saya menyeru keluarlah sebelum terlambat. Musang berbulu ayam ini amat licik.
Mereka akan mempergunakan kita bagi menghalalkan matlamat yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, golongan ini bijak membaca psikologi dan memainkan


sentimen orang Melayu. Sekarang ini mereka sibuk berkempen untuk mendapatkan
dan menambah keahlian orang Melayu. Tujuannya tidak lain, untuk memenangi hari
orang Melayu, selain memenuhi agenda tersembunyi. Kumpulan ultra kiasu ini

45
mendakwa bahawa mereka ini adalah parti untuk semua kaum, sedangkan semua
sedia maklum bahawa parti ini adalah dominasi satu kaum. Bukan Melayu adalah
sekadar hiasan sahaja. Amat malang jika ada golongan yang bergelar 'ustaz' turut
menyertai mereka suatu hari nanti.

Kemunculan beberapa tokoh Melayu sejak akhir-akhir ini dalam parti mereka
ditonjolkan secara berlebihan, bagi membuktikan bahawa mereka bukanlah parti
cauvinis seperti yang dituduh selama ini.

Ternyata, lakonan mereka cukup hebat. Bantuan mereka kepada sekolah-


sekolah agama dan kehadiran mereka dalam majlis berbuka puasa dan bantuan
moreh semasa bulan Ramadan baru-baru ini, sengaja diperbesar-besarkan agar
orang Melayu `cair' dengan sandiwara ini.

Wal hal perkara yang ditonjolkan adalah kerja rutin seorang wakil rakyat.
Bukannya suatu yang luar biasa. Memang tugas wakil rakyat menjaga kebajikan
rakyat. Apa guna istilah ‘wakil rakyat' jika tidak berkhidmat untuk rakyat. Rakyat yang
memilih mereka. Justeru, adalah wajar mereka menjaga kebajikan rakyat. Cuma
mereka ini agak licik. Pandai mengaburi mata rakyat. Tampil membantu ketika
rakyat ditimpa musibah. Menawarkan khidmat ketika seseorang dalam kesempitan.
Adakah mereka sebenarnya ikhlas?

Bantuan mereka ini menyebabkan orang Melayu mudah terhutang budi.


Kedudukan sebegini menjadikan Melayu menjadi serba salah, ibarat ditelan mati
emak, diluah mati bapak. Peluang ini digunakan oleh parti kiasu ini untuk
menangguh di air yang keruh.

Perpecahan

Apatah lagi perpecahan politik di kalangan Melayu Islam hari ini telah
digunakan kesempatan sepenuhnya oleh kumpulan ultra kiasu ini. Mereka cuba
mendapatkan semaksima mileage politik dan mengecam peribadi seseorang yang
dianggap mengancam kedudukan mereka.

Kali ini, golongan ultra kiasu ini menyerang peribadi saya dengan mengecam
kerjaya saya dan mempertikaikan gaji yang saya terima hasil wang rakyat. Gaji yang
saya terima dikatakan hanya membazirkan wang rakyat yang diperolehi daripada
pembayar-pembayar cukai.

Untuk makluman, gaji saya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan gaji
wakil rakyat yang mana turut diambil daripada sumber yang sama? Gaji mereka
berlipat kali ganda gaji saya. Apakah wakil rakyat itu merasakan bahawa kerja-kerja
dan lakonan yang ditunjukkan itu berbaloi dengan gaji yang dibayar? Cerminlah
muka sedikit. Jika mereka benar-benar mahu mencontohi peribadi Umar Abdul
Aziz, saya akan bersetuju. Tetapi adakah ia berlaku? Janganlah menjadi paku
dulang paku serpih, mengata orang, sendiri yang lebih.

46
Apakah kerja wakil rakyat hanya cukup sekadar membantu dan menghadiri
majlis berbuka puasa, memberikan bantuan moreh, merasmikan seminar itu dan ini,
projek ini dan projek itu? Kerja wakil rakyat sudah semestinya lebih daripada itu atau
lebih daripada orang lain. Bukannya berlagak tak tentu pasal.

Kerja-kerja asasi saya sebagai ahli akademik tidak pernah tergendala di


samping memberikan sedikit buah fikiran untuk menyedarkan umat Islam. Kenapa
marahnya wakil rakyat itu begitu membuak-buak? Hanya disebabkan oleh akhbar
yang menyiarkan artikel ini tidak sehaluan dengan mereka. Saya tidak fakir, saya
akan dikecam jika ditakdirkan saya seorang Melayu. Hanya kerana saya sebangsa
dengan mereka, dan tidak sehaluan, watak saya cuba dimatikan.

Jika ditakdirkan artikel saya ini disiarkan dalam akhbar mereka dan lantang
mengkritik kerajaan, maka sayalah idola mereka. Inilah pemikiran yang ultra kiasu.

Saya ingin sarankan kepada wakil rakyat kiasu ini, jika mahu mengikut
pemerintahan Umar Abdul Aziz, kajilah sifat-sifat mulia yang dibawanya. Umar
seorang pemimpin yang amat low profile atau tawaduk dan bersikap terbuka,
termasuk menerima kritikan rakyat. Rakyat adalah segala-galanya kepada Umar,
kerana ia adalah amanah Allah SWT. Kata-kata 'Rakyat didahulukan, pencapaian
diutamakan, adalah antara prinsip Umar Abdul Aziz. Persoalannya, kenapa
golongan kiasu ini begitu hebat mengkritik gagasan ini?

Umar membantu mereka yang miskin tanpa mengharapkan nama dan publisiti.
Umar mengambil pendekatan tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri.
Sebahagian harta Umar hampir habis digunakan untuk rakyat. Kejujuran dan
ketelusannya luar biasa. Bukannya dengan memaparkan gambar-gambar kosmetik
untuk menunjukkan bahawa kita pemimpin untuk semua kaum seperti yang
dilakukan oleh wakil rakyat kiasu berkenaan.

Mencanangkan kerja-kerja baik ke seluruh pelosok dan ceruk rantau untuk


memenangi hati orang Melayu bukanlah kerja Umar Abdul Aziz. Umat Islam perlu
ingat, wakil rakyat tersebut pernah menuduh orang Islam sebagai pelampau atau
ekstremis dan mahu menghalalkan arak serta lain-lain yang diharamkan Islam.
Pernahkah beliau meminta maaf, walaupun telah didesak melakukannya?
jawapannya, tidak, kerana mereka sama sekali tidak akan bersetuju dengan Islam,
malah cuba sedaya upaya untuk mencabut identiti ini dari orang Melayu.

Mencari publisiti murahan adalah budaya pandir atau minda orang kelas ketiga.
Golongan ini pandai menggunakan kesempatan di kala orang lain sedang lemah.
Sebenarnya mereka tidak membuat apa-apa perubahan pun. Tetapi mereka pandai
meniru resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. Malangnya, segelintir orang
Melayu mudah percaya dengan mendakwa parti ultra kiasu ini yang dapat
menyelamatkan mereka.

Bersekongkol

47
Tidak ketinggalan, golongan yang bersekongkol dengan mereka turut
mengecam saya, dengan mengatakan bahawa tulisan saya telah menjauhkan orang
bukan Islam daripada Islam. Persoalan saya, apakah selama ini orang bukan Islam
semakin dekat dengan Islam sebelum tulisan saya disiarkan? Cuba kita renungi
sebentar apakah Islam semakin didekati atau dijauhi selepas peristiwa 11
September? Apa yang saya tahu semakin kuat Barat menentang Islam, semakin
Islam mendapat sambutan. Justeru, apakah makna dakwah yang sebenar? Saya
fikir rakan sekutu parti ultra kiasu yang boleh memberikan jawapan.

Dakwah hendaklah dilihat dalam perspektif yang luas, bukan bertujuan untuk
mematikan watak seseorang yang dilihat sebagai ancaman. Bidang kajian saya ialah
pengajian strategi, politik dan kerajaan. Saya menulis berasaskan bidang saya dan
juga kerjaya saya selaku ahli akademik.

Berdakwah itu bermakna, berkata benar walaupun ia pahit. Bukan setakat


berceramah. Jika berdakwah itu sekadar berceramah, saya tidak fikir Umar Abdul
Aziz akan menerima jawatan sebagai seorang pentadbir negara atau negarawan.
Kenapa Umar Abdul Aziz menerima jawatan politik sebagai negarawan? Sebab,
politik itu adalah alat untuk berdakwah. Kuasa digunakan untuk kepentingan rakyat
bukan untuk kepentingan peribadi.

Malang sungguh golongan ultra kiasu ini. Mahu mengikut Umar Abdul Aziz,
tetapi hanya mengambil secebis cara pemerintahan Umar Abdul Aziz untuk
mengaburi mata rakyat.

Saya dinasihati supaya tidak campur tangan dalam urusan mereka, sebab ia
bukan urusan saya. Apakah selama ini mereka tidak pernah mencampuri urusan
kita? Saya terpaksa campur tangan sebab saya orang Islam. Kerja orang Islam
ialah membetulkan kekusutan, bertindak atas dasar amar makruf nahi mungkar bagi
menyelamatkan umat Islam.

Jika saya tidak berhak mencampuri urusan mereka, mereka juga tidak berhak
mencampuri urusan orang Islam. Persoalannya, cuba kita hitung betapa banyak
perkara berkaitan orang Islam yang telah dicampuri oleh golongan ultra kiasu ini.
Berapa banyak hati orang Islam yang terguris akibat perbuatan mereka? Pernahkah
mereka meminta maaf? Contoh isu-isu berkaitan murtad, mualaf, perebutan jenazah
mualaf, isu negara Islam, isu Mahkamah Syariah dan banyak isu lain yang tidak
perlu saya sebut lagi. Adakah golongan ultra kiasu ini tidak campur tangan?

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 27 September 2009

48
UTAMAKAN TUHAN BERBANDING NENEK MOYANG
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

SAYA amat bersimpati kepada seorang pemimpin atau ketua sebuah parti
Islam di Selangor yang juga Exco Kerajaan negeri. Lebih malang lagi, exco tersebut
terpaksa berhadapan dengan orang dalam parti sendiri, yang meminta beliau
meletakkan jawatan. Jika parti ultra kiasu ini mahu mengikuti stail pemerintahan
Umar Abdul Abdul Aziz, tindakan exco itu boleh dikira betul. Exco tersebut berhak
memberikan kritikan dan mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tatacara
jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan
Ketelusan (Selcat) mengendalikan kes melibatkan pentadbir awam.

Ternyata parti ultra kiasu ini begitu tertutup kepada pandangan dan kritikan
yang mana bercanggah dengan gaya urus tadbir khalifah Umar. Dahulu merekalah
yang begitu lantang mengkritik. Orang lain semua salah. Sekarang, bila kena batang
hidung sendiri, sendiri yang betul, orang lain salah. Jelas sekali, parti ultra kiasu ini
tetap tidak mahu mengalah atau mengaku salah, malah mereka masih lagi boleh
bersorak gembira kerana ada orang Melayu yang bersekongkol dan
mempertahankan mereka.

Untuk makluman pembaca, Umar Abdul, Aziz amat mengalu-alukan perbezaan


pendapat. Khalifah bersikap terbuka kepada sesiapapun yang mahu mengkritik
kepimpinannya.

Dalam isu ini, exco berkenaan hanya mahukan supaya pegawai kerajaan yang
disiasat tidak dimalukan di khalayak.

Sebenarnya inilah gaya kepimpinan Khalifah Umar. Menjatuhkan maruah


orang lain di khalayak tidak dibenarkan dalam Islam. sebagai contoh, ketika
pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, telah berlaku satu peristiwa seorang yang
dituduh menyebarkan berita yang dirasakan boleh membawa kepada fitnah. Lalu
orang itu telah dibawa ke hadapan khalifah.

Bagi memastikan berita tersebut, khalifah lalu berkata dengan memetik ayat al-
Quran yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada
kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu
menyelidiknya terlebih dahulu, supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu
tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menjadi
menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan (Al-Hujurat: 6).

Dalam ayat ini merujuk kepada orang fasik, bayangkan diri orang itu munafik
atau sekutu dengannya. Mendengar sahaja kata-kata Khalifah Umar, lelaki tersebut
memilih untuk menerima maaf daripada khalifah dan tidak meneruskan niatnya
untuk menyebarkan berita yang dibawanya itu.

49
Apa yang ingin saya tonjolkan di sini ialah bagaimana rakyat di bawah
pemerintahan khalifah beramal dengan Islam. Ajaran Islam bukan sekadar iman di
dalam hati, tetapi diamalkan dalam segala aspek kehidupan. Tujuan khalifah amat
murni, agar perkara tersebut tidak membawa kemudaratan di dalam masyarakat dan
menimbulkan salah faham. Bayangkan jika yang membuat tindakan itu kalangan
musang berbulu ayam yang hanya memperalatkan gaya kepimpinan khalifah Umar
untuk membalas dendam ke atas mereka yang tidak disenanginya. Hari ini, kita
amat sedih, kerana hanya mengejar pangkat dan kemewahan, menyebabkan umat
Islam lupa untuk menjaga hubungan persaudaraan Islam dan hubungan sesama
manusia. Rasulullah SAW telah menyebut betapa eratnya hubungan sesama
mukminin. Saling cinta mencintai dan berkasih sayang. Adakah perasaan seperti ini
masih wujud di kalangan umat Islam? Jika tidak, bayangkan bagaimana kita boleh
mempercayai pihak musang berbulu ayam ini? Kita mesti ingat,.pertembungan
sesama orang Islam hanya akan melemahkan kita. Walaupun masih ramai orang
yang menamakan diri, masing-masing dengan nama Islam dan sangat marah
apabila dikatakan kepadanya sebagai lemah iman dan kurang Islamik, tetapi dalam
masa yang sama mereka mempermainkan ajaran Islam dan membelakangkan
ajaran yang diperjuangkan.

Dosa

Bukan sahaja mereka membawa fitnah yang membawa dosa kepada diri
mereka tetapi juga memalukan Islam dan umat Islam. Mereka lebih suka melihat
umat Islam jahanam disebabkan sikap ingin membalas dendam sesama sendiri,
lantas mempercayai orang lain lebih daripada orang sendiri.

Pada saya, mereka yang ingin mencontoh Khalifah Umar mesti berlaku adil
bukannya fasik atau munafik. Umat Islam perlu sedar, kita perlu menjadi contoh
kepada umat manusia. Apatah lagi jika mahu mengikuti stail Khalifah Umar.
Hendaklah kita malu kepada diri sendiri dan malu kepada Allah SWT sekiranya diri
kita sendiri bernama Islam, tetapi tidak beramal dengan ajaran Islam. Ingatlah kata-
kata Umar bin Al-Khattab bahawa kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh
Allah dengan Islam. Jika kita mencari kemuliaan dengan selain daripada cara yang
dimuliakan, nescaya Allah SWT akan menghina kita. Sejak dahulu lagi saya tidak
percaya kepada golongan ultra kiasu ini dengan slogan yang nampak Islamik.

Saya cukup yakin, bukan mudah untuk exco tersebut menjalankan aktiviti
seharian kerana pergerakannya sentiasa akan diawasi oleh golongan ultra kiasu ini
dan sekutunya. Lihat contoh terbaru, seorang pemimpin muda dalam pakatan
mereka, telah melontarkan satu pandangan agar Ketua Menteri negeri ultra kiasu
ini digilirkan. Sebenarnya, perkara ini bukanlah isu baru, sebab ia telah lama yang
telah dibangkitkan oleh parti Melayu sebelum itu. Parti kiasu ini menyalahkan rakan
sekutunya sebagai gila kuasa. Pada mereka, belum sampai masa dan tidak perlu
jawatan Ketua Menteri itu digilirkan. Persoalannya, sampai bila? Tunggu kiamat?
Tidakkah kita masih ingat, sebelum ini telah beberapa kali, sebuah parti Melayu

50
Islam membangkitkan isu yang sama dengan alasan mereka mempunyai kerusi
majoriti? Adakah permintaan atau pandangan itu dilayan oleh parti sekutu mereka?
Jawapannya juga, tidak.

Apa yang boleh kita belajar? Maknanya, mereka ini tidak ada dua atau tiga,
tetapi mereka hanya ada SATU. SATU inilah yang menjadi mereka kuat. Sebab
SATU ini bersatu mempertahankan hak kebanggaan nenek moyang mereka. Ibarat
Islam, Islam hanya ada SATU, kita mesti bersatu mempertahankan yang SATU.
Bezanya SATU dalam Islam adalah untuk semua bangsa kerana SATU ini tidak
bersifat perkauman tetapi bersifat sejagat. Saya harap kita semua faham apa yang
saya maksudkan.

Saya yakin selepas ini saya akan dituduh sekali lagi, tidak dapat memahami
golongan ini secara mendalam walaupun saya sebangsa. Saya juga akan dituduh
bersalah kepada nenek moyang. Persoalan saya, apa guna nasib keturunan nenek
moyang terpelihara, jika maruah agama tergadai atau dipersenda? Mana lebih
utama, nenek moyang atau Allah Yang Maha Agung?

Pada mereka mungkin nenek moyang, tetapi pada saya Allah SWT segala-
galanya. Oleh kerana nenek moyang dijadikan Allah SWT, maka saya mesti sujud
kepada Allah SWT berbanding nenek moyang. Nenek moyang tidak perlu saya
sujud, ia tetap terpahat di hati untuk diingati. Keturunan bagi saya sudah tidak
penting apabila berlaku pertembungan dengan kepentingan Tuhan yang telah
membuka hati ini untuk menerima Islam. Allahhuakbar!

Kepada mereka yang merasakan keturunan lebih penting berbanding Tuhan,


maka jagalah keturunan itu baik-baik. Muliakan mereka. Jangan berzina. jauhi
hubungan terlarang. Sahkan hubungan suami isteri. Buat yang disuruh, jauhi yang
dilarang. Kotakan kata-kata amar makruf nahi mungkar. Barulah keturunan nenek
moyang menjadi mulia dan aman di dalam kubur. Jika tidak, nenek moyang kitalah
yang akan berontakan kerana kita sebenarnya telah khianat kepada mereka.
Janganlah kita berlagak pandai bercakap pasal keturunan dan nenek moyang, jika
kita sendiri yang khianat atau menjadi munafik.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 4 Oktober 2009

51
MENGENALI MUSUH DALAM SELIMUT
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

BIAR saya dan seluruh keturunan dan nenek moyang saya dikutuk tidak
mengapa. Saya sudah lali. Hatta kadang kala adik beradik dan saudara mara saya
yang tidak ada kena mengena dengan tulisan saya ini turut terasa tempias. Mereka
'diserang' oleh golongan ultra kiasu dengan berbagai-bagai tohmahan. Keturunan
nenek moyang saya dikatakan tidak pandai mendidik saya menjadi orang Cina,
tidak tahu menjaga keturunan, lebih Melayu daripada Melayu, pengkhianat bangsa
dan berbagai tohmahan lagi yang amat pahit untuk diterima.

Saya tidak ada masalah untuk menghadapi dengan golongan ultra kiasu ini
kerana saya faham benar perangai mereka sebab kami dari jenis yang sama. Saya
berpegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah. Biarpun
terpaksa berhadapan dengan orang dalam keluarga sendiri. Tidak mengapa, sebab
mereka tidak faham. Apatah lagi untuk memahami Islam sebagai satu cara hidup.
Hidup ini bukan semudah yang disangka. Perjuangan mempertahankan kebenaran
kadang kala amat pahit. Namun, kepahitan itu akan terubat apabila kita sentiasa
yakin bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama orang yang benar. Justeru,
sentiasalah meletakkan kepentingan Allah di hadapan berbanding yang lain.

Setelah memeluk Islam, saya belajar dan diajar, apabila berlaku


pertembungan antara kepentingan Islam dengan lain-lain kepentingan termasuk
kepentingan bangsa, nenek moyang dan sebagainya, maka kepentingan Islam itu
mesti diutamakan. Tidak boleh tidak. Sama juga pertembungan antara kepentingan
ummah dengan kepentingan diri, maka ummah perlu diutamakan. Sebab
kepentingan ummah itu memberi implikasi yang besar terhadap Islam. la adalah hak
Allah SWT yang kekal abadi. Sedangkan kepentingan lain hanyalah bersifat
sementara kerana kita hanya menumpang sahaja di muka bumi ini.

Dengan sebab itu, saya tidak dapat bersetuju dengan pepatah bangsa saya
yang mengatakan harta benda boleh bergolok bergadai, tetapi bahasa, keturunan,
identiti dan pusaka nenek moyang mesti dipertahankan, jangan digolok-gadaikan.
Mesti dipelihara bermati-matian, tidak ada tolak ansur jika tergugat. Benarkah
begitu? Apa yang saya faham, kepentingan diri, keturunan, parti politik, nenek
moyang hendaklah diketepikan apabila bertembung dengan kepentingan Allah SWT.
Begitu juga hak asasi manusia hendaklah diketepikan apabila bertembung dengan
kepentingan Allah SWT.

Pendek kata, apa juga kepentingan, bila mana bertembung dengan


kepentingan Allah, maka sepatutnya kita lupakanlah yang lain-lain kerana is tidak
kekal, bersifat sementara. Itu bukan bermakna kita terus berpeluk tubuh melihat
sahaja apa yang berlaku. Apa guna mulia di dunia, di sisi manusia, tetapi hina di sisi
Allah SWT. perkara ini perlu kita fahami, termasuk golongan ultra kiasu itu.

52
Paling baik biar kita mulia di dunia, mulia di sisi Allah. Tetapi jika tidak ada
pilihan, biarlah tidak seberapa mulia di dunia tetapi mulia di sisi Allah. Ini pegangan
saya sebagai insan kerdil yang baru menerima Islam. Saya tidak tahu orang lain
bagaimana penerimaannya?

Penulisan saya hanya mahu orang Islam sedar bahawa orang lain telah lama
terkehadapan dan kuat, sehingga sukar untuk kita kejar. Adakah kita mahu terus
ketinggalan? Lihatlah bagaimana orang lain menjaga kepentingan mereka. Mereka
telab menggapai awan, sedangkan kita asyik bercakaran dalam semua perkara.
Sudahlah kita tidak habis-habis berpecah dalam politik, sekurang-kurangnya kita
bersatu dalam perkara lain. Ini tidak, dalam perkara lain pun kita masih dan terus
berpecah.

Isu terbaru, berkaitan dengan kes hukuman sebat ke atas saudari Kartika Dewi
Shukamo. Saya amat kagum dan menghormati beliau dan keluarganya sendiri,
yang telah reda atas hukuman yang dijatuhkan dan memohon hukuman sebat itu
dilaksanakan. Persoalan sama ada hukuman itu wajar atau tidak, adalah isu lain.
Pokoknya, institusi tertinggi undang-undang telah memutuskan. Hormatilah. Kenapa
dan mengapa pula orang Islam sendiri yang tidak kena hukuman atau tidak kena-
mengena yang terkinja-kinja? Tidakkah kita sedar, orang lain sedang bersorak
gembira kerana mereka tidak perlu bercakap lagi. Kita sudah mewakili mereka.

Kiasu

Mereka yang ultra kiasu ini tidak lagi perlu campur tangan atau
mempertikaikan keputusan mahkamah syariah kerana kita sendiri sudah ada orang
dalam yang bertindak seperti musuh dalam selimut? Kita sesama sendiri tidak ada
kesepakatan dalam isu asas berkaitan agama dan hal ehwal sendiri yang menjadi
darah daging, bayangkan bagaimana dengan isu yang lain?

Saya tidak pernah dengar orang bukan Islam menentang keputusan sami-sami
Buddha, Hindu atau paderi mereka walaupun tindakan keagamaannya kadangkala
agak ekstrim. Misalnya, isu menutup aurat. Bagi mereka yang tidak mahu menutup
aurat, eloklah senyap, sahaja. Tidak perlu mempertikaikan mereka yang ingin
menutup atau, berubah menjadi baik (bergantung kepada niat). Jangan sindir atau
menentang mereka

Saya tidak pernah dengar ada kaum sebangsa saya mempertikaikan pakaian
sami Buddha, Hindu atau paderi Kristian yang tidak kurang tutupnya berbanding
Islam. Ada sami yang sanggup membotak kepala (sama ada lelaki atau wanita),
berjalan kaki tanpa selipar dan lain-lain lagi mengikut ajaran mereka demi
menyampaikan mesej agama. Saya lihat orang ini amat dimuliakan apabila berada
di khalayak atau datang dari rumah ke rumah. Mereka disambut mesra, sedekah
atau sedekah dihulurkan dengan sebanyak mungkin. Kedatangan mereka dikiaskan
membawa rezeki dan tuah kepada tuan rumah. Pendek kata, orang bukan Islam
amat memuliakan ketua agama mereka, walaupun kelihatan esktrim.

53
Kenapa kita tidak seperti `tindakan' mereka? Bersatu mempertahankan ajaran
nenek moyang. Bersatu dalam senyap walaupun di luar seolah-olah berpecah. Kita
hari ini, usahkan bersatu dalam senyap, asyik berpecah luar dan dalam. Sengaja
membuka pekung di dada. Berpegang kepada hak asasi manusia atau human rights
lebih daripada Hak Allah. Lebih malang lagi, yang baik ditentang, yang mungkar
disenyapkan? Mereka yang dikenakan hukuman minum arak ditentang, mereka
yang minum arak tidak ditentang. Mereka yang tidak menutup aurat sehingga
menampakkan yang tersurat dan tersirat (amat seksi), tidak disuruh tutup, mereka
yang sudah tutup, disindir dengan kata-kata `buat apa tutup-tutup'! Lebih hina lagi,
apabila terbit kata-kata 'apa guna tutup-tutup kalau hati busuk, perangai yang tutup
lebih teruk daripada yang tidak tutup, jadi lebih baik jangan tutup'.

Ingatlah, kita hanya manusia biasa. Tidak semestinya mereka yang cuba
beramal dengan suruhan agama, akhlak mereka lebih baik daripada yang tidak
beramal, walaupun itulah yang sepatutnya berlaku. Perlu dibezakan antara hak
manusia dengan hak Allah. Ada manusia cuba mengikuti ajaran agama, namun di
pertengahan jalan mereka diuji, akhirnya terbabas. Ada manusia yang tidak ada
keinginan sedikitpun mengikuti ajaran agama atau ajaran Allah, tetapi mereka
nampak baik sahaja, seolah-olah yang tidak beramalkan dengan ajaran agama lebih
baik daripada yang beramal.

Persoalan saya, apakah ini bermaksud mereka yang tidak beramal itu lebih
baik daripada mereka yang cuba beramal? Apakah dek kerana seorang imam atau
sami atau paderi, terlibat dalam kes rogol kita boleh mengatakan tidak ada gunanya
beramal dengan ajaran Tuhan? Kenapa kita perlu menyalahkan ajaran Tuhan dalam
hal ini berbanding diri kita sendiri yang merosakkan ajaran tersebut? Inilah sikap
ultra kiasu yang boleh merosak akidah manusia. Mementingkan hak manusia lebih
daripada hak Pencipta. Berhujah menegakkan benang yang basah. Memperlihatkan
seolah-olah manusia tidak perlu lagi kepada agama kerana menyekat hak asasi
manusia.

Jika begitulah keadaannya, tidak perlulah bersusah payah atau beriya-iya


hendak membina begitu banyak rumah ibadat di sana sini sehingga dibina di tempat
yang tidak sepatutnya. Jika kehadiran Tuhan itu tidak perlu, maka tidak perlulah kita
semua beramal. Lebih baik kita ikut kata nafsu diri berasaskan hak asasi. Buatlah
apa sahaja yang disukai walaupun dilarang oleh semua ajaran bertuhan seperti,
minum arak, berjudi, berkasino, berpeleseran, berzina dan sebagainya. Apakah
mungkin mereka yang menentang hukuman ke atas Kartika akan bersetuju dengan
kemungkaran ini? Apakah kewujudan agama itu sendiri dilihat sebagai ancaman
kebebasan atau menyekat hak asasi manusia?

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 11 Oktober 2009

54
UNTUNGNYA BERSATU DALAM SENYAP
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

PERGOLAKAN yang berlaku dalam sebuah parti politik MCA baru-baru ini, jangan
dipandang terlalu serius oleh kita semua. Itu adalah perkara yang biasa berlaku
dalam politik. Persoalan lebih penting adalah apa yang boleh kita belajar? Saya tidak
terlalu bimbang dengan MCA dan Gerakan, kerana sebenarnya kedua parti ini
tidaklah sekuat mana di kalangan orang Cina berbanding dengan sebuah lagi parti
Cina yang ultra kiasu itu. Dengan sebab itu, saya tidak berapa ambil kisah atas
nasib yang menimpa kedua-dua parti komponen BN ini.

Saya akan menjadi lebih teruja jika dapat melihat parti ultra kiasu itu bergolak.
Tetapi sehingga ke hari ini parti tersebut jarang benar bergolak. Tetapi parti ini terus
menjadi matang dan telah melalui banyak pengalaman berguna. Lebih penting lagi
mereka telah dapat membaca dengan rapi akan psikologi orang Melayu. la semakin
mendapat perhatian dan kepercayaan, sehingga ramai yang terpedaya. Apatah lagi
parti ini amat jarang sekali kalah di kawasan majoriti Cina dalam mana-mana pilihan
Raya Umum (PRU) dan pilihan raya kecil. Silap-silap mereka akan menang di
kawasan majoriti Melayu suatu hari nanti. Itu adalah tidak mustahil, jika orang
Melayu bertindak marahkan nyamuk kelambu dibakar, berbanding mengamalkan
carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua.

Jika kita membuat sedikit analisa pilihan raya, kebanyakan kerusi yang
dimenangi oleh MCA dan Gerakan adalah kerusi yang dipertandingkan di kawasan
majoriti Melayu. Jika MCA dan Gerakan bertanding di kawasan majoriti Cina
menentang parti ultra kiasu itu, saya yakin, kedua-dua parti ini akan kalah teruk.
Contoh, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan majoriti kawasan bandar. Itulah trend
pengundian yang saya harap pembaca dapat faham makna tersurat dan tersirat.

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa selama ini parti Gerakan dapat
bertahan di Pulau Pinang? jawapannya, lihat sejarah Gerakan dan punca-punca
berlaku peristiwa 13 Mei 1969, yakni sebelum menyertai Barisan Nasional. Gerakan
menjadi pilihan kerana Gerakan ketika itu begitu lantang dan vokal memperjuangkan
nasib bangsa. Tetapi apabila Gerakan dilihat semakin bertolak ansur dengan BN,
akhirnya ia ditolak, maka menanglah parti ultra kiasu itu dalam PRU 12.
Ringkasnya, semakin ultra kiasu sesebuah parti politik itu, semakin ia mendapat
sokongan dan perhatian. Bermakna, parti yang ultra kiasu akan mendapat
sokongan padu daripada mereka yang ultra kiasu. Saya tidak menuduh semua
orang Cina ultra kiasu. Yang pasti, ultra kiasu ini tetap, menang besar di kawasan
majoriti yang diwakilinya.

Saya yakin, selepas ini mungkin parti ultra kiasu tersebut akan meletakkan
satu dua orang calon Melayu di kawasan majoriti Cina, bagi membuktikan bahawa
mereka adalah parti berbilang kaum. Saya turut yakin calon-calon itu akan menang
besar. Namun, itu bukanlah suatu yang menghairankan atau memeranjatkan. Hanya

55
yang kiasu sahaja yang dapat membaca politik kiasu. Jika calon Melayu itu
menangpun, calon Melayu tersebut tidak akan boleh berbuat apa-apa, sebab ia
tetap, dikuasai oleh mereka yang ultra kiasu. Kewujudan orang Melayu dalam parti
tersebut adalah satu permainan wayang kulit yang cuba dipertontonkan untuk
mengaburi mata kita.

Kita jangan tertipu dengan permainan silap, mata mereka. Kemunculan


beberapa tokoh Melayu dan juga India yang dilantik dalam kepepimpinan parti
mereka hanyalah sandiwara untuk membuktikan bahawa mereka tidak chauvinis.
Dengan sebab itu, bila ada orang Melayu yang agak berpengaruh menyertai
mereka, maka cepat-cepat dilantik sebagai Naib Pengerusi. Mungkin selepas ini,
sebagai timbalan pengerusi. Saya masih menunggu apakah orang Melayu akan
dilantik sebagai pengerusi parti ultra kiasu suatu hari nanti? Tunggu dan lihat!
Apapun, inilah strategi licik mereka yang kita masih terlepas pandang. Justeru,
janganlah risau sangat pasal masalah dalaman MCA dan Gerakan. Apa yang
penting yang perlu kita lakukan ialah mendedahkan tembelang parti ultra kiasu
supaya orang Melayu dan orang Cina lain yang cintakan tanahair ini agar tidak
tertipu.

Jika para pembaca tidak percaya apa yang saya katakan, cuba bangkitkan isu
Ketua Menteri Pulau Pinang untuk digilirkan di kalangan pelbagai kaum dalam
pakatan mereka atau dalam Barisan Nasional? Saya yakin, bukan sahaja parti ultra
kiasu ini akan terkinja-kinja, malahan mereka yang tidak berkaitan dengan parti
ultra kiasu ini juga akan bersatu bersama parti ultra kiasu ini menentang
keputusan tersebut.

Ketua Menteri

Pokoknya, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh terlepas kepada kaum lain.
pada hemat saya, siapapun yang memerintah Pulau Pinang antara ketiga parti ini
adalah tidak penting. Yang penting orang Melayu tidak boleh menjadi Ketua Menteri
di sana. Sebarang percubaan dan usaha akan ditentang habis-habisan.

Justeru, saya tidak hairan dengan apa jua krisis yang melanda dalam parti-parti
politik bangsa saya. Benar, mereka nampak seolah-olah berpecah. Mereka bertikam
lidah sehingga gamat. Tetapi sebenarnya, mereka bersatu dalam senyap. Parti ultra
kiasu ini akan lantang mendesak, mengkritik dan menghentam. Tetapi itu bukan
hentaman kosong. Siapakah yang bekerjasama secara senyap?

Dua parti komponen ini akan senyap-senyap menyampaikan kepada BN


bahawa tuntutan dan desakan ini perlu dipenuhi. Jika tidak, undi akan lari, orang
Cina akan marah dan beralih arah. Itulah sebenarnya mesej dalam PRU 12. Inilah
yang saya katakan bersatu secara senyap walaupun di luar nampak berpecah.

Begitulah juga beruntungnya MCA dan Gerakan yang dilihat lunak dengan
kerajaan. Orang Melayu pula akan memberi sokongan kepada mereka tanpa

56
berbelah bahagi kerana itulah sikap Melayu di bumi Melayu. Akur kepada arahan
pimpinan. Sanggup ketepikan calon sebangsa seagama kerana mereka diajar
supaya taat kepada pemimpin. Perkara ini telah berlaku sejak zaman feudal lagi,
pantang Melayu menderhaka. Konotasi ini ada baik dan buruknya, terpulang kepada
kita untuk menilai.

Parti politik Cina amat beruntung kerana di luar, ada yang lantang mengkritik,
mendesak dan menuntut, pada mana sama di dalam ada yang bekerja dan
memujuk. Tidak kira di mana negeri pun mereka berada, sama di dalam pakatan
atau dalam kerajaan. Mereka tetap untung.

Tidak seperti parti politik Melayu, di luar begitu lantang mengkritik, di dalam
tidak ada seorang yang memujuk. Sebab parti politik Melayu (UMNO) hanya ada
satu dalam kerajaan. UMNO keseorangan dalam kerajaan berhadapan dengan
mereka yang lain, yang tidak habis-habis mendesak.

Saya amat faham benar, kenapa kadang kala UMNO ini terpaksa mengalah,
kerana UMNO tersepit, ibarat di luah mati bapak, ditelan mati emak. UMNO tidak
ada pilihan sebab rakan sebangsa dan seagama tidak bersama mereka. Rakan
sebangsa dan seagama yang lain berada di luar. Kerjanya, mencari salah orang,
menghentam dan mengkritik, tetapi kurang pandai memujuk. Akhirnya siapa yang
rugi? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universid


Pertahanan Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 18 Oktober 2009

BELAJARLAH CARA HUA ZONG

SEBAGAI pemimpin sebuah badan sukarela dakwah di negeri Melaka yang


banyak bergaul dengan masyarakat Cina, saya faham sangat apa yang
dimaksudkan oleh Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam rencananya (Mingguan
Malaysia, 18 Oktober 2009), bagaimana orang Cina bersatu dalam senyap.

Di negeri Melaka sendiri ada lebih daripada 200 pertubuhan yang bernaung di
bawah Dewan Perhimpunan Cina, Hua Zong. Ini amat mengagumkan kerana tiada
pertubuhan dikecualikan untuk menyertainya, sama ada di kalangan parti politik,
pertubuhan yang mewakili sektor ekonomi seperti Gabungan Dewan Perniagaan
dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan juga pejuang pendidikan Cina,
Dong Jiao Zong.

Semua aspek kepentingan orang Cina termasuk politik, ekonomi, sosial dan
budaya dapat diketengahkan dan ditangani secara strategik dan saling menyokong.

Kita hanya mendengar desas-desus bahawa dewan perniagaan ACCCIM di


peringkat negeri berhajat menarik keanggotaan mereka keluar daripada Hua Zong

57
(Bernama, 17 Ogos 2009), tetapi usaha berterusan orang Cina masih dijalankan
untuk menyatukan semula ACCCIM. Ini dilaporkan secara berterusan dalam akhbar
Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Jit Poh.

Paling mengagumkan ialah apabila penulis diperkenalkan kepada pengerusi


Hua Zong, seorang wanita berumur dan lemah lembut yang juga mantan pengetua
Sekolah Menengah Perempuan Cina Notre Dame, Melaka.

Mungkinkah oleh kerana terlalu banyak perbezaan pendapat dalam Hua Zong,
perlu ada pengerusi yang tidak berimej autokratik untuk menghasilkan
permuafakatan terbaik?

Ini amat berbeza dengan imej pemimpin Melayu yang berlumba-lumba


menonjolkan dirinyalah yang paling bijak dan berpengaruh.

Semua kenal cogan kata pada lambang negara kita ialah Bersekutu Bertambah
Mutu. Ia sudah lama diamalkan masyarakat Cina, mengapa tidak diamalkan dalam
masyarakat Melayu?

Secara prinsipnya, sebilangan besar orang Melayu mengalu-alukan usaha


terbaru perbincangan di antara parti UMNO dengan Pas.

Mengambil contoh Hua Zong bagaimanapun, mungkinkah lebih berkesan


diwujudkan perhimpunan antara semua pertubuhan orang Melayu di mana falsafah
politik tidak menjadi isu utama perbincangan?

Apabila semua pemimpin Melayu menghormati satu sama lain tanpa


memandang kedudukan dan bersikap inklusif, insya-Allah ia lebih berkesan menjaga
kepentingan orang Melayu, umat Islam dan negara Malaysia amnya.

Forum - Utusan Malaysia, 22 Oktober 2009

PERPECAHAN ISLAM YANG DISENGAJAKAN


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

SAYA dituduh tali barut UMNO dan dibayar berjuta-juta untuk menulis artikel. Oh!
Senang sekali untuk jadi kaya. Tulis artikel mengutuk pembangkang atau berbau
perkauman, UMNO akan bayar. Mungkin selepas ini, pembaca boleh menyertai
saya untuk jadi kaya. Begitulah banyak sekali duit UMNO! Inilah pemikiran ultra
kiasu. Mereka tidak boleh diusik langsung.

Saya dicabar kenapa tidak menegur UMNO yang dikatakan mengamalkan


rasuah? Untuk makluman semua, sila baca artikel saya dalam Utusan Malaysia (22
Disember 2008). Saya ada menulis bahawa makan rasuah lebih hina daripada
makan babi atau lebih baik makan babi daripada makan rasuah. Begitulah hinanya
mengambil dan makan rasuah. Kenapa pembangkang tidak menyokong saya ketika

58
itu? Inilah mentaliti kelas ketiga masyarakat kita, bila kena pada orang lain kita suka,
bila kena pada diri sendiri, ibarat meludah ke langit. Bersih sangatkah kita? Ingatlah,
kita hanya manusia biasa, tidak lari dari salah silap. Saya tidak nafikan bahawa
kewujudan pakatan pembangkang penting dalam sistem demokrasi sebagai check
and balance.

Cuma satu perkara yang saya pohon, yang baik kata baik dan sokonglah, yang
tidak baik, boleh ditegur dengan cara berhikmah. Jangan tolak semua disebabkan
tidak sehaluan. Lebih hina lagi, suka menyerang peribadi. Adakah peribadi kita
semuanya baik? Ingat saudara, kadangkala kita juga menyimpan pekung di dada.
Kita juga buat silap, tetapi kita tidak berani untuk mendedahkannya, dibimbangi
terpalit ke muka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Saya mengatakan yang benar, jika hasrat Pas untuk menubuhkan negara
Islam dan menjalankan hukumnya, parti ultra kiasu dan sekutunya, bukanlah
pakatan yang sesuai. Sebab mereka tidak pernah bersetuju dengan Islam. Parti
ultra kiasu itu amat kuat menentang Islam. Takkan tidak nampak lagi. Sementara
sekutunya pula sehingga hari ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan
menyokong idea Pas menubuhkan negara Islam. Cubalah Pas bertanya walaupun
sekali kepada kepimpinan tertinggi mereka. jawapannya, mereka memang tidak
mahu Islam. Agenda peribadi mereka jelas, mahu membalas dendam. Marahkan
nyamuk, kelambu dibakar. siapa yang rugi? Orang Islam juga. Adakah orang bukan
Islam rugi? Tidak. Mereka tetap untung sama ada dalam BN atau pakatan Rakyat,
walaupun berhadapan krisis dalaman parti sendiri.

Justeru, bila saya mencadangkan Pas bekerjasama dan mewujudkan kerajaan


perpaduan dengan UMNO, itu bukan retorik kosong. Pas dan UMNO adalah
partidominan umat Islam di negara ini. Arah tuju Melayu Islam bergantung kepada
dua parti ini. Bukan parti ultra kiasu dan sekutunya yang baru setahun jagung.
Perjuangan mereka ada agenda tersembunyi. Saya minta saudara semua, bacalah
bahan-bahan yang terlampau banyak dalam internet. jangan lupa baca juga
bersama perjuangan freemason. Saudara tentu akan mendapat gambaran
sebenarnya.

Manfaat Pas berkawan dengan UMNO lebih banyak hasil Islamnya berbanding
dengan parti ultra kiasu yang terang-terang menolak Islam, termasuk sekutunya.
Contoh di negeri Selangor amat jelas, adakah sinar Islam benar-benar tertonjol
walaupun ketuanya orang Islam. Fikirkan sendiri.

Saya bukan ahli UMNO, saya tidak mendapat satu sen pun dari UMNO, tetapi
saya melihat politik umat Islam amat merugikan. Jika berkawan dengan UMNO,
tidak dapat menegakkan Islam, apakah berkawan dengan musuh UMNO, Islam
dapat ditegakkan? Tidak juga. jadi, timbangkanlah mana lebih baik antara keduanya.
Itu sahaja. Habis cerita.

Membalas dendam

59
Politik kita lebih kepada untuk membalas dendam. Inilah kelemahan politik
Melayu yang amat ketara. Kita sanggup pecah kepala dan pecah segala-galanya
semata-mata kerana berbeza pendapat seperti pilihan raga Bagan Pinang baru-baru
ini. Orang lain bergaduh juga, tetapi pergaduhan mereka macam adik-beradik. Hari
ini nampak bergaduh, esok mereka berbaik-baik. Tak pernah dengan pun sampai
pecah kepala. Kenapa kita tidak boleh menjadi sedemikian? Masalah inilah yang
menghantui umat Islam hari ini sehingga kita diperkotak-katikkan.

Umat Islam merempat di bumi sendiri. Apakah kita yakin kita boleh bangun
selepas ini?

Bandingkan dengan negara China, mereka hanya ada satu Cina. Tidak timbul
Taiwan itu keluar daripada Cina. Pada kerajaan China, Taiwan itu adalah Cina.
Cina tetap Cina. Taiwan tidak boleh bersekongkol dengan Amerika untuk
menghancurkan Cina. Sebab apa? jawapannya, sebab kerajaan China, kenal
musuh yang sebenar dan musuh dalam selimut. Sebarang percubaan
menghancurkan China, tidak ada kompromi.

China mengambil pendekatan satu Cina dan maruah bangsa lebih penting
daripada segala-galanya. Berpegang kepada prinsip yang SATU ini, akhirnya China
menjadi hebat. Musuh ketatnya Amerika pun rasa takut, apatah lagi musuh yang
cuba menjadi musuh dalam selimut. Tamadun mereka adalah warisan nenek
moyang yang tidak boleh dijual beli dan tidak ada kompromi. Begitulah hebatnya
pegangan ajaran nenek moyang dan tamadun bangsanya.

Islam tidak pentingkan nenek moyang, sebab kita ada Allah Yang Maha Esa.
Sepatutnya kita yang ada Allah lebih hebat daripada mereka yang percaya kepada
nenek moyang. Allah yang menjadikan nenek moyang. Kenapakah hari ini
manusia yang menyembah Allah, lebih hina daripada mereka yang
menyembah nenek moyang?

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti


Pertahanan Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2009

DESTINASI ROKET BUKAN KE BULAN


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

SEBAGAI umat Islam kita mesti percaya dan patuh apa jua yang datang daripada
Allah SWT, kerana kita adalah makhluk ciptaannya. Namun, pada masa yang sama
kita juga perlu tahu realiti politik negara dan masyarakat kita. Bolehkah diwujudkan
negara Islam yang melaksanakan hukum Islam jika penduduk negara ini tidak solid
atau hampir seratus peratus Islam. Bagaimanakah kita mahu paksa bukan Islam

60
yang hampir 50 peratus menerima hukum Islam? Mungkin kita akan berhujah,
hukum Islam adalah untuk orang Islam sahaja. Manakala bukan Islam berhukum
mengikut ajaran agama mereka. Persoalannya, pernahkah parti atau mereka ultra
kiasu bersetuju dengan idea tersebut? Tidak perlu saya peringatkan lagi jawapan
mereka.

Saya amat hairan, kenapa kita terhegeh-hegeh mahu naik roket bersama
mereka menuju ke bulan? Sedangkan kita sudah tahu destinasi roket tersebut bukan
ke bulan. Saya bimbang mereka yang membawa roket tersebut sudah bersiap sedia
dengan payung terjunnya bila mereka tahu roket tersebut tidak boleh dibiarkan
sampai ke bulan. Jika begitulah keadaannya, kenapa kita sanggup naik roket
tersebut bersama mereka? Kenapa kita tidak tukar sahaja roket tersebut kepada lain
pesawat yang sudah ada destinasinya cuma mungkin pendekatan berbeza?

Tidakkah kita boleh duduk semeja dan berbincang untuk ke destinasi tersebut.
Kalau pun tidak mahu menaiki bersama, sekurang-kurang mulakan langkah
pertama, bersua muka atau duduk semeja membincangkan Apakah langkah terbaik
untuk sampai ke destinasi? Jangan terus bersangka buruk? Kenapa boleh
bersangka baik dengan musuh yang sudah jelas niat buruknya?

Kita perlu fikirkan bersama bagaimana nilai-nilai Islam boleh dilaksanakan di


negara kita daripada bercakap soal hukum yang amat sukar dilaksanakan kerana
majoriti-minoriti kita tidak besar. Mungkin Brunei, Pakistan dan negara Arab yang
lain tidak sukar untuk melaksanakan hukum Islam. Tetapi di Malaysia tidak
sedemikian geografi penduduknya.

Adalah lebih baik nilai-nilai Islam diperkasakan terlebih dahulu kerana saya
yakin nilai-nilai Islam turut dikongsi oleh semua agama. Saya tidak nampak ada satu
pun nilai-nilai baik Islam ditolak oleh agama lain. Apa yang diharamkan oleh Islam
turut diharamkan oleh agama lain seperti berzina, berjudi, minum arak, mengumpat
dan lain-lain. Yang menolak nilai agama hari ini adalah kalangan mereka yang
terlampau ghairah dengan cara hidup barat yang mengagung-agung hak asasi
manusia. Hari ini ternyata hak asasi yang keterlaluan telah menghancurkan barat.
Barat mula sedar akan kepentingan hidup beragama (Ziglar, 2000).

Di kala barat sudah mula menghampiri agama, adakah kita mahu menerapkan
kehancuran yang telah mereka alami ke dalam kehidupan kita. Sebenarnya terlalu
banyak persamaan nilai dalam agama-agama yang masih belum kita laksanakan. Ini
yang saya belajar semasa menganut agama Buddha dan Kristian satu masa dahulu.
Persamaan itulah yang perlu kita cari dan selesaikan untuk dilaksanakan, bukannya
membuang masa membincangkan sesuatu yang jauh dari realpolitik dan amat sukar
dilaksanakan. Akhirnya, wang ringgit dibazirkan, kerana membincangkan perkara
yang tidak boleh dilaksanakan kerana tidak memahami realpolitik dan berpecah
belah tidak tentu pasal. Siapakah yang rugi sebenarnya?

Pengkaji

61
Saya bukan menolak negara. Islam dan hukum Islam, tetapi selaku pengkaji
politik, saya membaca realiti politik Malaysia. Saya sedih dan amat khuatir melihat
umat Islam berpecah. Kita sudah terlepas Singapura, adakah kita mahu lihat
Singapura kedua selepas ini? Apakah kita tidak boleh membaca pemikiran ultra
kiasu ini? Mereka begitu bersungguh-sungguh menyerang kita dengan berani.
Apakah kita mahu terus mengalah?

Kita lihat sahaja nasib yang menimpa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli
Nordin. Saya amat bersimpati dengan beliau. Niat beliau baik, mahukan kondom dan
arak tidak dijual secara terang-terang di kedai serbanika. Tetapi pandangan beliau
telah diserang habis-habisan oleh golongan ultra kiasu ini, terutama wanita bukan
Islam yang tidak memakai kondom. Sepatutnya, kaum lelakilah yang Iebih beriya-iya
membantah, sebab mereka yang memakai kondom, malangnya mereka yang tidak
memakai kondom yang begitu berani, mahukan kondom dijual di khalayak dan
digunakan ketika melakukan hubungan seks `secara selamat'. Lebih menyedihkan
orang Islam pun menentang sama. Apakah dengan hanya memakai kondom
hubungan seks dikira selamat? Kenapa tidak pertikaikan sebab-musabab mereka
memakai kondom? Apakah mereka yang memakai kondom itu sudah bernikah atau
tidak?

Saya yakin kebanyakan mereka yang menggunakan kondom adalah kalangan


yang mengamalkan seks bebas. Bagi pasangan suami isteri, agak jarang mereka
menggunakannya, sebab yang Allah berikan itulah yang terbaik sekali digunakan
tanpa diubahsuai. Tetapi bagi mereka yang tidak percaya kepada Tuhan, seks
bebas itulah pilihan, maka bersepah-sepah kondom di merata tempat. Mereka yang
melanggar perintah Tuhan tidak perlulah dibela sangat, berbanding mereka yang
mahu mengikut perintah Tuhan. Saya yakin, bagi pasangan suami isteri, jika mereka
menggunakan kondom pun, mereka tahu erti malu, kondom akan dibeli secara
`rahsia' dan disimpan di tempat sepatutnya.

Tetapi bagi mereka yang tidak tahu malu, secara terang dan bangga membeli
kondom dan arak di khalayak. Apakah mereka yang menggunakan kondom benar-
benar merasakan seks selamat, Sedangkan perbuatan mereka tidak selamat?

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti


Pertahanan Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 1 November 2009

62
FANTASI MEWUJUDKAN SEKOLAH SATU SISEM
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

ISU satu sekolah, satu sistem pendidikan bukanlah satu perkara baru. la telah
dibahaskan sejak dahulu lagi. Keadaan masih sama dan tidak banyak berubah.
Jawapannya, mudah sahaja, pendidikan telah dipolitikkan.

Jika bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan tidak dapat dimartabatkan


bagaimanakah kita boleh pergi lebih jauh daripada itu? Kita mempunyai peruntukan
dalam perlembagaan, tetapi ia tidak digunakan atau dikuatkuasakan.

Kita sibuk melayani tuntutan dan desakan politik segelintir kumpulan ultra
kiasu. Akhirnya, bahasa dan sistem pendidikan tidak dapat diperkasakan di bumi
sendiri. Bila ada ura-ura untuk mewujudkan satu sistem pendidikan, maka golongan
ultra kiasu ini akan bangun menentang. Pada mereka, peninggalan nenek moyang
mesti dipertahankan bermati-matian.

Mereka akan melakukan apa jua cara termasuk mendesak dan mengugut jika
kerajaan meneruskan niatnya. Akhirnya, kerajaan terpaksa tunduk. Sistem satu
sekolah senyap buat seketika.

Kini suara itu muncul kembali, tetapi dengan nada berlainan. Satu sekolah
untuk sekolah aliran menengah. Sememangnya aliran menengah telah lama
disatukan. Tidak banyak lagi sekolah vernakular untuk aliran menengah, berbanding
aliran rendah.

Boleh dikatakan kebanyakan bukan Melayu menghantar anak-anak mereka ke


sekolah menengah kebangsaan disebabkan oleh tempat yang terhad di sekolah
menengah Cina. Justeru, tidak timbul isu sebenar, satu sistem pendidikan untuk
sekolah menengah.

Perkara pokok yang perlu dibahaskan secara serius ialah bagaimanakah


hendak mewujudkan satu sistem pendidikan yang dapat menyatukan anak-anak di
peringkat sekolah rendah?

Akibat

Kajian demi kajian dan pengalaman menunjukkan bahawa akibat mereka


dipisahkan dari kecil amat sukar untuk disatukan ketika mereka meningkat remaja
berada di sekolah menengah.

Sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah yang majoriti
pelajar bukan Melayu, saya dapat merasakan hubungan kaum berada pada tahap
amat membimbangkan. Pelajar-pelajar ini tidak bercampur setelah enam tahun
dipisahkan di sekolah rendah.

63
Dengan sebab itu, polarisasi kaum terbawa-bawa hingga ke peringkat
menengah dan pengajian tinggi. Sampai bilakah kita akan terus membincangkan isu
ini? Selagi kita tunduk kepada tuntutan dan ugutan mereka, sampai kucing
bertanduk pun kebuntuan ini tidak akan dapat dipecahkan.

Sedih yang teramat sangat, apabila kita hanya memikir kepentingan masa kini
berbanding dengan kepentingan masa hadapan. Kepentingan politik diutamakan,
kepentingan membina negara diabaikan. Mungkin kita tidak berapa merasai sangat
kesannya han ini, tetapi sanggupkah kita tinggalkan semuanya ini kepada anak cucu
cicit kita?

Berkali-kali saya katakan, akibat sistem pendidikan perkauman sebegini


menjadikan hubungan kaum di negara ini ibarat api yang tidak dapat dipadamkan
sepenuhnya.

Kita berjaya memadamkan api tersebut, tetapi bara api itu masih menyala.
Bara inilah yang amat membahayakan untuk jangka panjang.

Dalam dunia hanya negara kita sahaja yang menerima pakai pelbagai sistem
aliran sekolah. Negara lain hanya ada satu sekolah. Sebenarnya Malaysia adalah
`syurga' kepada orang bukan Melayu. Mereka dapat apa yang sepatutnya mereka
tidak berhak. Perkara yang menguntungkan ini biasanya disenyapkan, malah
golongan ini terus mendesak agar sekolah vernakular terus ditambah.

Persoalannya, adakah kita bersungguh-sungguh dalam soal ini? Berkali-kali


saya membangkitkan bahawa kepentingan nasional atau negara mesti diletakkan di
hadapan berbanding kepentingan etnik.

Agenda nasional adalah untuk memperkasakan masa hadapan, manakala


agenda etnik, lebih bersifat kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja. Kerajaan
mesti membuat keputusan yang tegas dan tidak boleh tunduk atau bertolak ansur
dalam memperkasakan masa hadapan.

Belajar

Saya bukan bermaksud kita menghapuskan hak bukan Melayu untuk belajar
bahasa ibunda mereka. Mereka masih boleh belajar bahasa ibunda mereka, tetapi
pelajar-pelajar ini tidak boleh dipisah-pisahkan sejak dari kecil.

Cukuplah dengan sistem politik dan ekonomi yang bersifat perkauman. Jangan
kita tambahkan lagi dengan sistem pendidikan yang menjadi tunggak kepada
pembangunan negara bangsa.

Benar, kita perlu berbincang. Tetapi pernahkah mereka bersetuju? Jawabnya


tidak pernah. Malah mereka semakin mendesak dan menuntut. Justeru, apa tunggu
lagi? Apakah kita perlu menunggu peristiwa 13 Mei berulang untuk kita mengkaji
semula sistem pendidikan kita? Ketika itu sudah terlambat.

64
Berapa lama masa diambil untuk bangun semula selepas itu? Pendek kata,
kesan 13 Mei masih lagi kita dapat rasai hingga hari ini bagaimana sukarnya untuk
bangun setelah jatuh.

Alasan yang mengatakan bahawa sekolah kebangsaan terlalu keMelayuan


dan keislaman (doa pagi) bukanlah hujah yang kuat untuk menolak sekolah satu
sistem. Apakah lagi identiti yang boleh ditonjolkan dalam sebuah negara yang
berakarkan sebuah bangsa?

Kalau ini pun dicabut, apakah lagi identiti yang tinggal kepada Melayu
dan Islam? Tidakkah kita sedar kedudukan ini dijamin dalam Perlembagaan?

Apakah kita masih belum faham perkara asas itu setelah sekian lama hidup di
bumf bertuah ini?

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 8 November 2009

APABILA KEKUATAN SENDIRI DI LUPAKAN

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

APABILA isu sekolah satu aliran dibangkitkan, segelintir ultra kiasu mencadangkan
supaya bahasa Inggeris dijadikan sebagai pengantar, bukan bahasa Melayu.
Ternyata mereka mengenepikan sama sekali dan memandang rendah kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bila bahasa itu dipandang rendah,
tidakkah pandangan terhadap bangsa bahasa tersebut turut terpalit sama? Kiblat
mereka adalah barat, bukan timur.

Justeru, tidak hairan mereka amat bangga dengan panggilan nama seperti Joe,
Michael, Nicol, Amy, Martin dan lain-lain. Kadang kala naik mual mendengarnya.
Megah dikaitkan dengan Kristian dan barat, namun tidak mahu langsung dikaitkan
dengan Islam dan Melayu.

Tidakkah timur itu lebih dekat dengan kita berbanding barat? Ada yang
sanggup menukar kad pengenalan baru semata-mata taksub dengan nama barat.
Kenapa bila tiba nama-nama seperti Muhammad, Mahmud, Aziz, Ridhuan dan
nama-nama Islam lain tidak dipandang tinggi, malah dilihat dengan nada penuh
kebencian? Hina sangatkah nama Melayu dan Islam? Penggunaan nama-nama
Islam dianggap tidak ada standard? Tidakkah nama-nama timur ini lebih berwajah
1Malaysia? Saya tidak mahu untuk membuka tembelang yang lain. Biarlah saya
simpan buat sementara waktu ini.

65
Bukanlah niat saya untuk menanamkan api kebencian antara kaum. Tetapi
saya terpaksa berterus-terang bagi menunjukkan segelintir mereka ini yang tidak
pernah bersyukur. Mereka lebih rela diasimilasi dan diakulturasikan dengan barat
berbanding Melayu dan Islam. Apa jua perkara yang berkaitan asimilasi dan
akulturasi dengan Melayu Islam akan dipandang rendah dan langsung tidak akan
diamalkan, manakala cara hidup barat diterima bulat-bulat. Misalnya, cara hidup
Melayu seperti berpakaian Melayu, bersongkok Dan sebagainya. Pernahkah kita
lihat orang bukan Melayu sekurang-kurangnya mengakulturasikan dengan cara
sedemikian? Kalau adapun boleh dibilang dengan jari.

Mengasimilasikan

Dalam konteks 1Malaysia, adalah lebih wajar kita mengasimilasikan atau


meng-akulturasikan diri dengan cara hidup Melayu Islam, kerana ia lebih membawa
manfaat kepada masa depan negara.

Sebagai Cina Muslim, bangsa saya memang tidak mahu dikaitkan dengan
Melayu langsung terutama dari segi cara hidup. Kalau adanya yang berjinak-jinak
dengan Melayu hanyalah untuk dipergunakan dan diperalatkan. Amat sedikit sekali
orang Melayu yang bekerja di syarikat-syarikat bukan Melayu. Syarat-syarat seperti
keupayaan bahasa Mandarin dijadikan alasan untuk menolak pekerja Melayu.
Berbanding dengan syarikat-syarikat Melayu yang mengambil pekerja-pekerja
bukan Melayu, asas alasan bukan Melayu lebih rajin daripada Melayu.

Bahkan, kadangkala bukan Melayu juga dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.
Siapakah yang lebih sanggup memberi dan menerima sebenarnya dalam hal ini?
Kalau adapun orang Melayu (termasuk Indonesia) diambil bekerja hanya dipergu-
nakan untuk melariskan jualan makanan dan perkhidmatan. Melayu diperalatkan.
Nama-nama berbunyi Melayu akan digunakan untuk melariskan jualan seperti
jenama makanan sebagai penanda 'halal'.

Sedangkan hak-hak asas mereka tidak dipenuhi. Ini jelas apabila terdapat
pekerja-pekerja Melayu Islam yang datang mengadu kepada saya kerana dihalang
untuk solat Jumaat dan solat fardu. Saya boleh senaraikan satu per satu syarikat
tersebut.

Solat dikatakan membuang masa dan mengurangkan kualiti dan produktiviti.


Orang Melayu tetap reda sebab itulah periuk nasi mereka. Sedangkan kita sedia
maklum, semakin takut seseorang itu dengan Allah, semakin kuat dia bekerja untuk
manusia, sama ada majikannya itu Islam atau tidak. Sifat takutkan Allah akan
menjadikan dia berhati-hati melakukan pekerjaan. Saya tidak nafikan ada orang
yang kuat solat tetapi malas dan culas.

Apakah wujud perancangan untuk memisahkan orang Melayu dengan


Tuhannya agar mereka menjadi cair? Apabila ikatan mereka dengan Allah telah cair,
maka lunturlah semangat jihad mereka, maka mudahkan untuk mensekularkan Dan

66
menguasai mereka. Saya tidak maksudkan jihad itu dengan berperang, tetapi cukup
sekadar jihad itu menuntut perubahan untuk menjadikan kita lebih baik dan dekat
dengan Maha Pencipta.

Kadangkala saya tidak menyalahkan mereka. Mereka mencari dan mengambil


kesempatan. Kita sahaja yang leka dan syok sendiri. Kita tidak menghargai apa
yang kita ada. Kita rela korbankan segala yang ada asalkan negara dapat bergerak
maju, walaupun yang dikorbankan itu adalah maruah agama dan bangsa. Misalnya
kedudukan bahasa dan dasar pendidikan. Kenapa kita tidak kaji kekuatan yang ada
pada kita sebelum mengkaji kekuatan orang lain? Saya amat pelik, kadang-kadang
kita begitu beria-ia mengkaji orang lain sehingga terlupa kepada diri sendiri. Ini
menyebabkan kekuatan sendiri terabai disebabkan oleh terlalu taksub terhadap
orang lain.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi,


pelajar-pelajar diwajibkan belajar dan memahami pelbagai teori yang datang
daripada barat (terutamanya) dan timur daripada tokoh-tokoh tertentu.

Lupa

Teori-teori ini bukan sahaja disuruh hafal, malahan mereka yang berjaya
menerangkan lebih lanjut itulah pelajar yang terbaik dan diberi markah tinggi. Contoh
kecil, teori strategi dan peperangan Tsun Tzu.

Pelajar-pelajar dipaksa menghadam teori ini luar dan dalam, kulit ke kulit,
sehingga kadangkala terlupa tanggungjawab terhadap, al-Quran dan sunah. Strategi
Tsun Tzu tidak hanya diaplikasikan dalam peperangan tetapi juga dalam
perniagaan. Paling saya hairan, kita lupa dalam agama kita ada pakar dan pemikiran
strategi perang yang cukup hebat seperti Nabi Muhammad SAW, Khalid Ibn Walid,
Omar al-Khattab, Salahuddin al-Ayubi dan sebagainya. Tokoh-tokoh amat jarang
dibincang dan ketengahkan. Apatah lagi untuk dihafal teori-teorinya. Apakah
kurangnya tokoh-tokoh ini berbanding dengan Tsun Tzu, Kautilya (India),
Clausewitz, Duhe dan sebagainya? Saya tidak menolak tokoh-tokoh ini, tetapi
biarlah diseimbangkan dengan tokoh kita yang tidak kurang hebatnya.

Ya, Nabi Muhammad SAW pun tidak pernah masuk universiti, tetapi baginda
adalah rasul pilihan Allah, makamnya amat tinggi. Oleh itu tidak hairan Michael Hart
meletakkan Rasulullah SAW sebagai manusia agung mana hebat daripada 100
orang terhebat dunia meninggalkan Nabi Isa, Nabi Musa, Buddha, Konfucius,
Aristotle, Tsun Tzu dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat. Malangnya tidak ramai yang
mengkaji.

Hari ini sudah terbalik, barat amat berminat mengkaji peribadi orang timur,
tetapi orang timur sibuk mengkaji barat sehingga terabai kehebatan tokoh sendiri.
Justeru, saya tidak hairan bila orang bukan Islam tidak mahu diasimilasikan atau
diakulturasikan sebab kita tidak hormat tokoh kita, bangsa dan agama sendiri.

67
Saya tidak percaya kita boleh bangun dengan acuan orang lain. Sejarah
menunjukkan semua bangsa bangkit dengan kekuatan dan acuan sendiri.

Baru-baru ini saya menghadiri satu mesyuarat penting kementerian. Kebetulan


dalam mesyuarat tersebut ada seorang usahawan Amerika boleh berbahasa Melayu
secara pelat. Hanya kerana seorang 'mat salih’, serta-merta pengerusi mesyuarat
terpaksa korbankan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Inggeris. Saya
amat yakin Presiden Iran tidak akan sama sekali melakukan sedemikian, walaupun
beliau pandai berbahasa Inggeris. Kalau kita sendiri tidak yakin dengan bahasa
sendiri, siapa lagi yang mahu kita harapkan untuk mendaulatkan bahasa kita.
Bahasa jiwa bangsa.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia

Mingguan Malaysia, Ahad 15 November 2009

JANGAN POLITIKKAN PENDIDIKAN


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

SAYA amat berharap kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan Persekutuan
Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) supaya membantu 60 Chinese
Independent Secondary School serta mengiktiraf sijil yang dikeluarkan.

Cukuplah dengan lebih 1,300 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang
sedia ada dan akan bertambah dari masa ke semasa. Pemisahan di sekolah rendah
sudah cukup berat bagi kita untuk memperkasa masa hadapan. Apakah kita mahu
terus memisahkan mereka apabila berada di sekolah menengah? Ini belum
ditambah dengan IPTS yang berasaskan kaum yang begitu ketara bilangannya.
Apakah ini semangat 1Malaysia?

Di sekolah vernakular, bahasa Melayu hanya diajar tiga kali dalam seminggu.
Apakah mereka ini boleh menguasai bahasa kebangsaan dengan baik? Buatlah
kajian. Lihat sahaja keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pelajar-
pelajar ini dalam bahasa Melayu dan kelas peralihan. Itu sudah cukup memberikan
gambaran.

Selepas itu buatlah bancian di kampung-kampung baharu. Nilailah tahap


penguasaan bahasa kebangsaan. Saya bukan anti Cina. Saya amat sayangkan
bangsa saya sebab mereka adalah juga kejadian Allah. Jika saya menolak mereka,
bermakna saya menolak Allah yang menjadikan saya sebagai orang Cina. Apakah
saya anti-Cina bila membangkitkan isu ini?

68
Biarlah kita bergaduh hari sekarang demi masa depan. Mudah-mudahan anak
cucu cicit kita sejahtera hidup selepas ini. Kepentingan mereka mesti diutamakan
berbanding kepentingan kita.

Sebelum tahun 1996, kita ada Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21 (1B) yang
memberi kuasa kepada menteri pelajaran untuk menutup atau memansuhkan SJKC
dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Akta ini amat ditakuti oleh persatuan-persatuan Cina. Mereka telah merayu
dan mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta ini. Atas dasar tolak ansur,
pada tahun 1995, menteri pelajaran ketika itu mengambil keputusan berani
memenuhi hasrat kaum Cina dengan menarik balik kuasa atau peruntukan itu
apabila membentangkan Akta Pelajaran baru pada 1996 yang lebih lunak.

Akta Pelajaran 1996 yang diperkenalkan masih lagi tidak dipersetujui oleh
segelintir ultra kiasu. Ultra kiasu ini berpendapat, pindaan terhadap Akta Pelajaran
1961 kepada 1996 telah menyelesaikan satu masalah dengan memansuhkan
Seksyen 21 (1)(b), tetapi menimbulkan masalah baru dengan tambahan Seksyen 17
(1).

Kuasa baru

Menurut mereka, Seksyen 17 (1) telah memberi kuasa baru kepada menteri
pelajaran untuk memaksa sekolah vernakular menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama.

Ultra kiasu berhujah, akta sebelumnya hanya menghalang sekolah rendah


tetapi kini akta baru itu membolehkan kementerian menghalang daripada pendidikan
pra- sekolah hingga kepada pendidikan selepas peringkat menengah. Berdasarkan
kepada Seksyen 28 dalam akta baru itu, hanya sekolah vernakular milik kerajaan
negeri atau yang diberi 'kebenaran khas' oleh menteri pelajaran, yang mungkin
dikecualikan daripada peruntukan di bawah Seksyen 17 (1).

Sebenarnya, Akta pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 'lebih
lembut' berbanding Akta Pelajaran 1961 yang dimansuhkan. Tidakkah ini satu
toleransi? Sanggup korbankan kuasa semata-mata untuk meraikan orang lain.

Kepada golongan ultra kisu yang selalu menentang saya bacalah akta ini dan
bandingkan dengan akta sebelumnya. Siapakah yang menggubal akta ini kalau
bukan Perdana Menteri kita hari ini yang ketika itu adalah menteri pelajaran. Menteri
pelajaran sebelum itu, langsung tidak mahu bertolak ansur. Siapakah dia? Tanyalah
sekutu parti ultra kiasu ini.

Sekumpulan ultra kiasu ini tidak pernah bersyukur, apatah lagi untuk
menghargai. Saya tidak nampak beza SJKC dengan sekolah Cina di negara China
dari segi bahasa, kecuali tambahan masa pelajaran bahasa Melayu 3 jam
seminggu?

69
Saya teringat kata-kata Khoo Kay Kim, sistem pendidikan hari ini mesti
memenuhi keperluan 1Malaysia. Sistem pendidikan pelbagai tidak akan membantu
rakyat memahami gagasan tersebut. Kanak-kanak dipisahkan sejak kecil. Kay Kim
amat kesal dengan segelintir pihak yang mempertahankan sekolah berasaskan
kaum ini.

Saya berharap mereka yang terlalu banyak bercakap mempertahankan


sekolah vernakular supaya membuat kajian secara menyeluruh. Jangan asyik
menyalahkan kerajaan sahaja. Apakah agenda mereka?

Jika mahu mempertahankan warisan nenek moyang, jagalah budaya dan cara
hidup semua sekali? Jangan hanya isu bahasa sahaja, sebab isu bahasa adalah
masalah negara. Saya minta mereka buat kajian tentang prestasi bahasa Melayu
(BM) sekolah vernakular.

Pertama, kebolehan dan keupayaan memahami dan bertutur dalam BM,


kedua, peratus kegagalan BM, ketika, masalah kelas-kelas peralihan dan masalah
komunikasi antara pelajar dalam BM, keempat, pergaulan pelajar peralihan dengan
pelajar Melayu. Kelima, kegagalan dan kelulusan rendah dalam BM peringkat PMR
dan SPM. Keenam, kefahaman dan kebolehan BM setelah tamat sekolah
menengah. Ketujuh, kebolehan bertutur BM di kalangan bukan Melayu.

Kita teramat sedih apabila baru-baru ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbar-
akhbar Cina, beberapa pertubuhan Cina seperti Dong Zong, Hua Zong, Persatuan ,
Ketua-ketua Sekolah Cina, Persatuan Alumni Sekolah-Sekolah Cina dan lain-lain
persatuan, menentang keras cadangan Kementerian Pelajaran untuk
menyeragamkan silibus Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan SJKC.

Untuk makluman, silibus BM di SJKC lebih mudah berbanding SK. Begitulah


bersatunya mereka. Apabila belajar BM mahukan yang mudah-mudah (cincai).
Belajar bahasa sendiri mesti secara terperinci. Adakah kita sebenarnya serius
memperkasakan negara? Adakah ini bukan ultra kiasu? Adakah kita masih tidak
nampak dan sedar?

Simplistik

Alasannya begitu simplistik, pelajar-pelajar SJKC tidak boleh dibebankan


dengan BM yang agak susah sebab mereka terpaksa belajar tiga bahasa iaitu
bahasa mandarin sebagai utama, bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga. Begini nasib bahasa Melayu di bumi
Melayu.

Tidakkah kita sedar bahawa BM adalah bahasa yang paling mudah dipelajari di
dunia? Memanglah susah kalau hanya diajar tiga kali seminggu di SJKC. Adakah
kita serius?

70
Saya tidak menafikan ada segelintir pelajar Cina yang berjaya mendapat
keputusan cemerlang dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan amat kecil. Itupun
setelah diwajibkan lulus. Bayangkan jika syarat itu tidak ada. Apakah belajar bahasa
Melayu kerana terpaksa belajar atau semangat sayangkan bahasa kebangsaan?
Fikirlah.

Janaganlah menegakkan benang yang basah, yang rugi nanti anak cucu cicit
kita, ketika itu kita telah tiada. Jangan kerana ego hari ini kita korbankan
kepentingan masa hadapan.

Kepada golongan ultra kiasu ini saya ingin bertanya, berikan saya satu contoh
negara di dunia ini yang mengamalkan sistem sebegini? Kalau ada saya akan
mengalah. Bukankah syurga kita di sini? Jangan selalu gunakan hujah kepelbagaian
sebagai satu kekuatan.

Kita perlu mencari banyak persamaan untuk memenuhi matlamat gagasan


1Malaysia. Persamaan itu hanya akan dapat dicapai dengan berkongsi matlamat
wawasan negara. la bermula dengan berkongsi sekolah satu aliran, tanpa menafikan
hak masing-masing.

Jika isu asas seperti bahasa ini pun sudah tidak dipersetujui, apakah dalam
perkara lain kita boleh bersetuju? Ringkasnya, sekolah satu aliran adalah satu mimpi
jika kita terus berlembut. Kiasu itu dibolehkan. Tidak salah. Malahan Islam
membenarkan. Tetapi Jangan menjadi ultra kiasu.

Saya juga tidak nafikan guru-guru sekolah vernakular rajin dan dedikasi. Tetapi
itu bukan bermakna kita boleh buat generalisasi bahawa guru-guru sekolah
kebangsaan tidak sama standard dengan SJKC. Ingat! Tidak semua guru-guru
SJKC bagus-bagus. Saya juga berpengalaman. Saya bukan Cina masuk Melayu
atau Cina murtad. Saya hanya mempertahankan kepentingan masa depan dan anak
cucu cicit kita. Jangan politikkan pendidikan kerana is amat bahaya untuk masa
depan negara. Jangan nafikan peranan kerajaan terhadap sekolah bantuan modal
seperti SJKC. Perlu diingatkan lebih 400 SJKC adalah bantuan penuh dan dibina
oleh kerajaan dalam setiap rancangan Malaysia.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti


Pertahanan Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 22 November 2009

71
KITA AKAN KALAH JIKA TERUS MENGALAH
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

RAMAI orang bertanya, kenapa Lee Kuan Yew berjaya dengan sistem satu aliran
pendidikan di Singapura dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Kuan Yew dipuji melambung kerana dikatakan sanggup korbankan
bahasa ibunda demi kepentingan negara. Betulkah? jawapan saya, Kuan Yew tidak
ada pilihan. justeru, beliau terpaksa bertindak tegas. jika ada pilihan, saya yakin
beliau tidak akan bertindak sedemikian. Ingat! bahasa Mandarin masih dijadikan
subjek penting di sang berbanding bahasa Melayu, dengan alasan mereka adalah
majoriti.

Sejarah Singapura perlu difahami kenapa Kuan Yew memilih bahasa Inggeris?
Jika Singapura bukan berasal daripada sistem kenegaraan Melayu, saya yakin
Kuan Yew tidak akan memilih bahasa Inggeris. Kuan Yew sudah lama dapat
membaca pemikiran psikologi orang Melayu. Kebolehan beliau menulis dan
membaca jawi sudah dapat mencairkan orang Melayu.

Kuan Yew hanya mengorbankan bahasa Mandarin sementara waktu.


Janganlah kita buat andaian bahawa Singapura maju kerana menggunakan bahasa
Inggeris. Sifat ultra kiasu amat berkait rapat.

Apa yang penting hari ini ialah bagaimana untuk menangani sikap ultra kiasu
mereka yang amat bahaya kepada politik negara kita. Ingat, pengikut-pengikut ultra
kiasu Singapura ini masih ramai berada di negara kita, dengan sebab itu mereka
tidak habis-habis menuntut dan mendesak. Apakah kita masih tidak sedar?
Ringkasnya, mereka tidak bersendirian.

Lihatlah berapa banyak tanah-tanah strategik yang telah tergadai? Begitu juga
dengan rumah-rumah mewah yang telah dibeli? Jangan lupa perjanjian air dan
kawasan tadahan air yang dijaga oleh tentera Singapura walaupun berada di johor.
Kuan Yew teramat jarang melawat Malaysia selepas pemisahan, kenapa beliau
sanggup ke negara kita baru-baru ini terutama ke Pulau Pinang? Sedarkah kita apa
yang dibincangkan secara tersurat dan tersirat? Fikirkanlah. Jangan terlepas
pandang pula nasib Melayu di Pulau Pinang?

Sedarlah wahai saudaraku, Melayu Islam di Singapura telah berjaya dicairkan.


Hari ini segelintir orang Melayu yang digula-gulakan dengan kuasa sudah tidak
seperti Melayu Islam. Mereka bukan sahaja telah cair, tetapi sudah tidak berhati
Melayu Islam, kecuali mereka yang masih bertahan di madrasah. Sejauh mana
madrasah dapat bertahan? Itu masih menjadi persoalan besar hari ini. Kedudukan
madrasah menjadi semakin terhimpit. Begitu juga dengan masjid-masjid mereka.
Apakah kita belum sedar?

72
Cuba kita fikir kenapa hari ini Singapura membelanjakan hampir AS$11 bilion
(RM37.4 bilion) setahun memperkuatkan sistem pertahanan negaranya dengan
populasi hanya 4.6 juta yakni nombor 23 dalam ranking dunia? Lebih dua kali ganda
lebih besar daripada perbelanjaan pertahanan Indonesia (AS$4.7 bilion).

Sedarkah kita sekutu rapat mereka adalah musuh-musuh Islam seperti Israel,
Amerika, Australia, Britain dan sebagainya? Tidakkah kita terfikir, apakah agenda
mereka sebenarnya kalau bukan kita? Saya yakin kita tidak akan terlepas pulau
Batu Putih jika kekuatan kita melebihi kekuatan mereka. Ancaman dan amaran kita
sudah cukup, untuk menggetarkan mereka. Tetapi kenapa mereka begitu berani?
Sebab mereka tahu, sejauh mana kekuatan mereka dan telah bersedia menghadapi
apa jua situasi.

Mungkin pakar-pakar pertahanan tidak bersetuju dengan saya. Tetapi kita


mesti ingat, hari ini kita tidak lagi berperang menggunakan manusia, kecanggihan
teknologi adalah kekuatannya. Bandingkan teknologi pertahanan perang kita dengan
Singapura. Bezanya ibarat langit dengan bumi. Kita sepatutnya membelanjakan
wang negara untuk pertahanan. Malangnya, wang ringgit kita banyak digunakan
untuk berpolitik daripada mempertahankan negara. Sudah sampai masanya kita
kurangkan sedikit berpolitik untuk membina kekuatan pertahanan negara.

Sampai bilakah kita mahu terus bersangka baik dengan mengatakan perang
dingin telah tamat, dunia sudah aman? Musuh telah tiada, maka kita tidak perlu
menjadi kuat? Tidakkah kita sedar bahawa musuh bertambah kuat dan sentiasa
berpakat merancang untuk memusnahkan kita?

Justeru, saya menyerukan supaya kita jangan terlalu berpolitik. Masa dan
wang ringgit banyak dihabis untuk menewaskan sesama sendiri. Malangnya,
kita tidak hanya berpolitik dalam politik, tetapi dalam bidang lain pun berpolitik
juga. Pendek kata, dalam bidang apa pun diperkatakan, umat Islam kita
berpolitik. Politik yang merugikan dan melemahkan. Ultra kiasu ambil
kesempatan.

Melaga-laga

Musuh sentiasa merancang untuk melaga-laga kita sesama umat Islam. Hari
ini kita dilaga-lagakan dengan Indonesia? Siapakah provokatornya? Marilah kita
fikirkan bersama. Logiknya mudah, bila negara-negara Islam berjiran bergaduh
sesama sendiri, mudahlah negara ultra kiasu dan orang ultra kiasu ini menyusun
strateginya. Janganlah kita terlalu beremosi, takut memakan diri.

Barat telah berjaya melaga-lagakan negara-negara Arab. Hasilnya, negara


haram Israel berjaya menguasai negara-negara Arab dengan nisbah 1 orang Israel,
lebih 100 orang Arab. 100 Arab tidak dapat mengalah 1 Israel.

Kita bernasib baik kerana hari ini kita menjadi pengguna teknologi, bukan
pencipta. Kebaikannya, kita tidak perlu lagi menghabiskan masa mencipta teknologi

73
kerana ia telah tersedia dicipta. Masa mencipta teknologi telah banyak dijimatkan.
Tuntutan hari ini adalah menggunakan teknologi tersebut sepenuhnya dan
diperkembangkan lagi kehebatan seperti yang cuba dilakukan oleh Iran hari ini.
Tetapi Iran cuba dimangsakan oleh barat.

Barat dan ultra kiasu ini telah berjaya membaca pemikiran umat Islam.
Mereka tahu teknologi mereka digunakan oleh Islam. Orang Islam akan menjadi
kuat jika memperkembangkannya. Justeru, sebelum ia berlaku maka dipecah-
belahkan dan dicairkan mereka supaya mudah dikuasai. Ternyata strategi mereka
berjaya. Umat Islam berjaya dikuasai dan dipecah-belahkan. Bukan kerana mereka
tidak pandai menggunakan teknologi, mereka pandai. Tetapi mereka dihasut supaya
mempertikai atau bergaduh sesama sendiri dalam isu-isu remeh temeh seperti tarian
pendet. Malangnya, yang tidak bergaduh pula tidak memanfaatkan teknologi, tetapi
menggunakannya secara salah. Akhirnya jiwa menjadi kosong dan cair.

Justeru, saya merayu agar kita dapat memulakan langkah pertama dengan
menyelesaikan isu-isu asas mengenai pendidikan di negara kita. Ini kerana
pendidikan amat penting sebagai benteng pertahanan. Ia harus dimulakan dengan
sekolah satu sistem. Asas-asas patriotisme berada di situ. Jangan perjudikan masa
depan dan keselamatan negara sistem ini demi untuk mempertahankan kuasa hari
ini.

Jika dengan kehilangan populariti, masa depan pendidikan boleh


dipertahankan, rasanya tidak mengapa kita tidak popular buat sementara waktu. Apa
guna populariti, jika masa depan pendidikan dan negara menjadi semakin terhakis.
Berundur bukan bererti kita mengalah. Tetapi untuk bersiap sedia dengan kekuatan,
daripada kita terus mengalah dan terus kalah.

Says masih teringat kata-kata Latin yang berbunyi si vis pacem para bellum,
bermaksud jika mahukan keamanan bersedialah untuk berperang. Adakah kita
sudah bersedia ke arah itu, di kala orang lain telah lama bersedia? Jika mereka
terlalu ultra kiasu, adakah kita akan terus mengalah? Kitapun kena bertindak tegas
ke atas mereka untuk kepentingan masa depan. Ingat! kita akan kalah jika terus
mengalah.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 29 November 2009

74
TURUNKAN SIKAP ULTRA KIASU SEBELUM BERDEBAT

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

PADA pagi 25 November 2009, saya menerima panggilan daripada ibu pejabat
MCA.

Panggilan tersebut disusuli dengan Surat jemputan rasmi daripada Pemuda


MCA mengajak saya berdebat dengan ketua mereka secara terbuka bersama Prof
Khoo Kay Kim mengenai sekolah satu aliran.

Selepas itu saya menerima panggilan daripada akhbar Cina mengenai respon
saya berkaitan cabaran tersebut. Saya katakan kepada mereka baca respon saya
dalam Mingguan Malaysia. Dulu saya boleh bersabar setelah dikutuk dan dicerca
selama berminggu-minggu oleh akhbar sekutu ultra kiasu ini, kenapa kali ini akhbar
tersebut tidak boleh bersabar menunggu jawapan saya. Apakah berita mengenai
saya mahu diekspoitasikan lagi? Sabarlah, sebab sabar itu sebahagian daripada
iman.

Alhamdulillah, masanya telah tiba: Saya amat bersyukur Kay Kim telah
menerima jemputan tersebut. Biar kita berbincang secara terbuka. Kalau boleh
forum atau debat ini disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen dan media
elektronik di negara kita.

Biar rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam usaha untuk
memperkasakan sebuah negara bangsa. Pendidikan negara tidak boleh dipolitikkan.
Ia terlampau suci dalam memperkasakan anak bangsa kita berbilang kaum ini. Saya
ingin mencadangkan supaya forum tersebut dikendali dalam bahasa Melayu
sebagai menyahut seruan 1Malaysia, bukannya bahasa Inggeris. Kita juga mahu
melihat watak segelintir produk SJKC yang dipilih khas untuk membahaskan isu-isu
ini dalam bahasa kebangsaan.

Sebelum berdebat, saya ingin berpesan kepada ketua pemuda MCA dan
rakan-rakannya yang begitu ghairah supaya menyelesaikan sandiwara parti sendiri
dahulu. Adakah debat ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian terhadap masalah
dalaman parti? Atau apakah mungkin masalah parti ini digunakan sebagai alasan
untuk menuntut dan mendesak?

Nasihat saya, jangan terikut-ikut dengan rentak parti ultra kiasu yang tidak
pernah mahu mengalah. Parti ultra kiasu ini amat licik, dan pandai mengambil
kesempatan. Apakah ada pakatan dalam menimbulkan isu ini?

Saya cadangkan ketua pemuda tersebut berhenti menangis disebabkan


masalah dalaman parti sebelum berdebat.

Saya bimbang selepas berdebat nanti menangis lagi. Jangan buang air mata
kerana politik. Biarlah kita banyak menangis memikirkan kebesaran Tuhan dan

75
bersyukur dengan nikmat yang melimpah-ruah di negara kita. Itu lebih membawa
makna. Kuasa yang diperolehi pada hari ini adalah pinjaman. Ia boleh hilang bila-bila
masa seperti apa yang melanda parti pemuda itu. Justeru, gunakan dengan betul,
jangan terlalu mendesak sehingga terikut-ikut rentak parti ultra kiasu. Kita perlu ada
pendirian, terutama dalam memperkasakan 1Malaysia.

Saranan saya lagi, sebelum berdebat, pemuda MCA kena fikirkan dan
merangka strategi bagaimanakah hendak memenangi hati orang Cina pada pilihan
raya akan datang agar tidak terlepas ke tangan golongan ultra kiasu.

Tidakkah MCA sedar bahawa kerusi yang mereka menangi hari ini adalah
kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti Melayu? Jangan pura-pura buat
tidak faham akan toleransi dan sokongan orang Melayu? Mungkinkah orang
Melayu (Islam) akan menang jika bertanding di kawasan bukan Melayu?

Sebenarnya orang Melayu amat berat untuk mengundi orang bukan Melayu
jika ada calon Melayu bertanding di tempat yang sama. Kenapa mereka sanggup
undi bukan Melayu (Cina dan India)? Saya minta kajilah sifat-sifat mulia ini. Jangan
asyik jadi melompat apabila sekolah vernakular diusik. Fikirkanlah soal masa
hadapan.

Ingatlah! Orang Melayu yang memberikan kemenangan kepada MCA. Jika


tidak, MCA dan Gerakan akan berputih mata. Berapa banyak lagi jawatan senator
akan dilantik untuk memenuhi kuota orang Cina di negara kita ini.

Jika dikira undi yang dimenangi oleh MCA apabila menentang DAP,
kebanyakan undi MCA adalah undi Melayu walaupun ia kalah di tangan ultra kiasu.
Siapakah yang lebih bertolak ansur dan tidak perkauman? Melayu sanggup
ketepikan prinsip semata-mata kerana MCA. Beruntungnya MCA dan Gerakan,
walaupun kalah, kerusi senator tetap ada.

Lebih jelas lagi, semakin parti ultra kiasu memenangi banyak kerusi, semakin
banyaklah kerusi senator untuk MCA dan Gerakan. Untung sungguh ketiga-tiga parti
ini. Menang atau kalah, tetap menang. Siapakah yang rugi?

Orang Melayu juga yang terpaksa berkorban. Sikap berkorban ini amat baik
terutama sempena Hari Raya Korban, tetapi jangan sampai terkorban! Pihak yang
satu lagi bila mahu berkorban? Takkan sekadar hadiri majlis-majlis korban untuk
mengatakan inilah semangat 1Malaysia.

Kemudian ditampal dalam blog. Taktik ini sudah basi. Kalau tidak percaya
lawati laman blog ahli parlimen ultra kiasu dan tidak kurang laman pemuda yang
mahu berdebat itu.

Terbaru, beberapa pertubuhan Cina telah menyuarakan hasrat mereka


mendesak kerajaan menggantikan MCA dengan mereka kerana MCA sudah tidak
lagi boleh mewakili kepentingan orang Cina.

76
Saya ingin bertanya berapa banyak lagi pertubuhan mahu diminta untuk
mewakili kepentingan orang Cina. Tidakkah parti ultra kiasu, Gerakan dan NGO-
NGO perkauman itu sudah mewakili? Lantang mengkritik, di dalam ada yang
memujuk. ini tidak termasuk negeri-negeri yang dimenangi oleh sekutu ultra kiasu
seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, tidak ketinggalan Perak
sebelum ini? Apakah suara mereka tidak ada jika MCA tidak wujud?

Hemat

Pada hemat saya, jika tidak ada parti-parti perkauman ini hak mereka tetap
terpelihara, sebab ia telah dijamin dalam perlembagaan dan juga ajaran suci Islam.

Saya yakin, Islam yang dianuti oleh orang Melayu tidak akan meminggirkan
orang bukan Islam berbanding nasib orang Melayu di Singapura. Terbukti, apabila
orang Islam memerintah, bukan Islam boleh hidup senang lenang. Hak mereka
terjamin.

Semua ini berpunca daripada toleransi ajaran Islam yang mengajar


penganutnya supaya tidak melaku penganiayaan terhadap orang lain. Tetapi apabila
bukan Islam memerintah, orang Islam amat tersiksa jiwa raga mereka.

Ambillah pengajaran filem kisah benar bersejarah Kingdom of Heaven yang


ditayangkan di TV2 baru-baru ini mengenai hubungan antara Islam (Sallahuddin al-
Ayubi) dan Kristian dalam perang salib berhubung kota Baitulmaqdis pada tahun
1188.

Ketika tentera salib memerintah, umat Islam dibunuh sewenang-wenangnya.


Kekejaman digambarkan sehingga darah umat Islam yang dibunuh sampai ke paras
lutut. Namun, apabila tentera Islam berjaya menewaskan tentera salib, bukan Islam
tidak dibunuh, malahan hak-hak mereka sentiasa dijaga. Tawanan perang tentera
salib turut diberi rawatan oleh orang Islam.

Inilah hebatnya ajaran Islam yang terus dipraktikkan pimpinan Islam negara
kita sehingga ke hari ini. Justeru, janganlah ambil kesempatan sehingga, hilang
rasional dan menjadi ultra kiasu?

Dalam Surat pemuda MCA kepada saya, mereka mengatakan artikel saya tulis
pada 22 November telah mengundang kemarahan ibu bapa, murid-murid dan alumni
sekolah Cina. Persoalan saya, bilakah kajian dibuat? Takkan dalam masa 3 hari
MCA telah membuat penyelidikan dan mendapat jawapan.

Apakah saya silap melabelkan ultra kiasu ini pada kumpulan tertentu sahaja,
sehingga terlepas pandang pada sayap pemuda ini? Saya harap pemuda MCA tidak
sampai ke tahap itu. Sekian lama berada di dalam BN, takkan masih tidak faham lagi
aspirasi dan cita rasa kerajaan? Jangan terikut dengan parti ultra kiasu, nanti
generasi kita yang rugi.

77
Terus terang saya katakan, orang Melayu tidak akan rugi untuk jangka masa
panjang jika peningkatan bilangan mereka semakin bertambah, manakala bilangan
orang Cina terus menurun.

Tak tahulah pulak jika kita tukar strategi dengan membawa masuk orang
Vietnam dan China dengan cara mengahwini mereka! Mungkin Kementerian Dalam
Negeri boleh siasat. Sekiranya trend peningkatan ini terus berlaku, bermakna hak
Melayu akan menjadi semakin banyak.

Mereka boleh ubah perlembagaan pada masa akan datang, termasuk


menghapuskan sekolah vernakular. Akibatnya, siapakah yang rugi nanti? Justeru,
jangan terlalu mengambil kesempatan disebabkan oleh situasi politik yang tidak
banyak menyebelahi Melayu Islam pada hari ini.

Jika kita terus menerus menjadi defensif dan ultra kiasu, yang rugi nanti
adalah anak cucu cicit kita. Adalah lebih baik hari ini kita lebih memahami orang
Melayu daripada terlebih memahami barat. Kalau kita terus tunjukkan keras kepala
akhirnya keturunan kita yang menjadi mangsa. Ketika itu kita telah menjadi nenek
moyang. Kita akan dikutuk habis-habisan oleh generasi akan datang kerana
terlampau ultra kiasu.

Namawee adalah contoh jelas ultra kiasu. Sudahlah kontroversi menghina


lagu Negaraku masih panas, terbaru mengenai sikap ultra kiasu beliau terhadap
TNB. Saya tidak menyalahkan beliau sepenuhnya. Sikap TNB juga perlu
diperbetulkan. Apakah kita serius dengan bisnes kita? Talian 15454 kadangkala
memang tidak dijawab, setelah dihubungi beberapa kali. Ini menyebabkan Namawee
datang sendiri ke pejabat TNB disebabkan oleh masalah blackout di kawasan
kediamannya. Beliau memaki-hamun TNB dengan kata-kata amat kesat dalam
bahasa Cina apabila aduan beliau tidak dilayan dengan baik oleh kakitangan TNB
yang ketika itu sedang makan pisang dan minum kopi.

Spesies ini sebenarnya masih ramai. Pembawaan sikap ini ada kaitan dengan
sistem pendidikan dan politik perkauman hari ini.

Biro Tata Negara tidaklah sebahaya sikap ultra kiasu. Kita boleh bersetuju
untuk tidak bersetuju dengan hujah yang disampaikan BTN seperti yang dilaporkan,
sebab kita ada hak untuk menerima atau menolak. Sama juga situasi kenapa parti
ultra kiasu dan sekutunya boleh berkawan dengan Pas, tetapi menolak negara
Islam Pas?

Sikap ini lagi bahaya sebab kita menjadi duri dalam daging atau musuh dalam
selimut. Berpura-pura baik di hadapan, di belakang menikam. Pada saya, kita kena
fikir bahaya di depan masa iaitu ego sikap ultra kiasu, pendidikan perkauman dan
politik perkauman.

78
Saya akan bersetuju dengan kursus anjuran pakatan ultra kiasu mengganti
kursus BTN jika kursus tersebut boleh menurunkan sikap ultra kiasu yang
bersarang pada diri mereka termasuk yang menjemput berdebat?

Saya bimbang mereka akan terus menjadi lebih ultra. Kalau tidak percaya,
cuba masukkan satu modul mengenai sistem kenegaraan Melayu, negara Islam
dan hak-hak istimewa Melayu untuk dibincangkan bagi lebih memahami hasrat
orang Melayu dan Islam. Lihatlah reaksi segelintir mereka dalam ketiga-tiga parti
ini?

Berkali-kali telah saya sebut, tolak ansur yang ada pada masa kini perlu
dihargai. Tidak cukup dengan itu, akta demi akta undang-undang telah dipinda untuk
menjaga hati dan memuaskan semua pihak, sehingga hati sendiri terguris, tetapi
sekumpulan ultra kiasu ini tidak pernah puas. Beri betis hendak peha. Kita perlu
melakukan sedikit pengorbanan hari ini, jika tidak generasi akan datang akan
terkorban. Fikirkan semua isu ini sebelum kita berdebat.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia.

Mingguan Malaysia, Ahad 6 Disember 2009

MASIH ADAKAH KETUANAN MELAYU?


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Ingatan demi ingatan telah saya ajukan akan bahayanya golongan ultra kiasu,
tetapi kita terus memberi muka. Sedangkan mereka tidak pernah serik dan
mengambil pengajaran. Sejak dahulu lagi ultra kiasu ini membangkitkan isu-isu
sensitif dan menentang apa juga perkara yang menyebelahi bangsa Melayu dan
Islam di bumi Melayu ini walaupun hak-hak ini dijamin dalam perlembagaan. Pada
mereka, semua rakyat Malaysia mesti berpegang kepada formula sama rata dan
sama rasa atau fair and square atau Malaysian Malaysia. Mereka tidak mahu
langsung melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan Melayu Islam
seperti mahukan bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia, negara Islam
kepada negara sekular, ketuanan Melayu kepada ketuanan rakyat dan sebagainya.
Apakah ultra kiasu akan bersetuju dengan ketuanan Islam yang diperjuangkan oleh
rakan sekutunya PAS? Mungkin PAS boleh bertanya ultra kiasu itu yang menjadi
rakan baiknya.

Penggunaan istilah ketuanan Melayu tidak langsung menggambarkan


hubungan antara ‘tuan’ dengan ‘hamba’ sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan
ultra kiasu. Jika orang bukan Melayu itu hamba, masakan penguasaan
ekonomi bukan Melayu begitu jauh meninggalkan orang Melayu Islam. Lihat

79
sahaja senarai 10 jutawan terkaya di negara ini. Siapakah mereka? Jika ada
ketuanan Melayu sudah pasti akan ada beberapa muka-muka Melayu. Jika orang
Melayu itu tuan, sudah tentu mereka akan menyekat ‘hamba-hamba’ ini untuk
berjaya, tetapi adakah ia sebenarnya berlaku? Inilah bahaya bila ada sifat kiasu
yang terlalu ultra? Kini mereka begitu berani mempertikaikan peruntukan atau dana-
dana yang disediakan untuk pembangunan Islam oleh kerajaan termasuk
pembinaan dan pembiayaan masjid, yang berkaitan dengan ketuanan Melayu dan
Islam. Malah dana zakat turut mahu diambil. Saya terlalu ingin melihat apakah
respon Tok Guru dan PAS terhadap kenyataan amat biadab ini.

Sebenarnya isu ketuanan Melayu dan Islam dibangkitkan semula untuk


menagih simpati dan sentimen orang bukan Melayu agar tidak lupa menyokong
mereka. Mereka mahu pastikan agar penyokong-penyokong parti ultra kiasu ini
sentiasa berjaga-jaga dan dikejutkan agar tidak leka. Sama juga dengan apa yang
dilakukan oleh kerajaan Singapura yang begitu agresif dengan kempen-kempen dan
ingatan kepada rakyat mereka agar sentiasa berhati-hati dengan musuh yang
sebenar iaitu negara-negara di sekelilingnya seperti Malaysia dan Indonesia. Parti
ultra kiasu faham benar akan taktik ini kerana mereka adalah daripada kumpulan
yang sama di sana.

Dapatan kajian saya menunjukkan bahawa, golongan ultra kiasu ini memang
telah berjaya menanamkan pemikiran bangsanya agar menolak ketuanan Melayu
dan Islam secara total. Ketuanan Melayu sengaja diperbesar-besarkan dengan
dikaitkan hubungan antara tuan dan hamba.

Sebagai pengkaji politik, saya amat yakin golongan ultra kiasu ini amat faham
maksud ketuanan Melayu tersebut bukanlah seperti yang digembar-gemburkan.
Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu, tetapi saya faham sangat akan
maksud ketuanan Melayu secara tersurat dan tersirat. Saya celik sejarah dan tidak
memutar-belitkannya demi mencapai cita-cita politik rakus. Saya begitu bersyukur
dilahirkan di bumi bertuah ini, begitu juga dengan nenek moyang saya.

Istilah

Ketuanan Melayu hanya satu istilah untuk menunjukkan bahawa orang


Melayu adalah bangsa asal negara ini, selain orang asli. Atas kefahaman ini, maka
saya dapat menerima istilah ini tanpa prejudis, apatah lagi untuk mempertikaikan
bahawa orang Melayu juga adalah pendatang, berasal dari Yunan dan Indonesia.
Inilah hujah-hujah yang selalu digunakan oleh kumpulan ultra kiasu ini, termasuk
segelintir mereka yang berada dalam komponen BN seperti MCA dan Gerakan.
Sebenarnya pengikut ultra kiasu ini adalah ramai, mereka tidak bersendirian. Bekas
Presiden Gerakan adalah antaranya yang begitu lantang mengkritik ketuanan
Melayu ini. Apakah mungkin kita tidak perasan dengan taktik mereka? Pusat
mereka berada di Pulau, jangan kita lupa, cukuplah terlepas dua pulau.

80
Persoalan seterusnya, apakah orang Cina atau India tidak mempunyai
semangat ketuanan Cina atau ketuanan India? Janganlah tipu, ia cuma tidak
dilaungkan sahaja. Ketuanan mereka itu sudah jelas terpancar ketika mereka
mempertahankan hak-hak mereka secara ekstrim yang telah diperolehi. Ketuanan
inilah yang menyatukan mereka.

Apakah tuntutan dan desakan yang dikemukakan selama ini tidak


melambangkan ketuanan bangsa? Sekurang-kurangnya orang Melayu yang
melaungkan ketuanan Melayu itu berterus-terang, membuka ruang kepada
pandangan dan kritikan. Berbeza dengan ultra kiasu, lantang mengkritik, tapi
bekerja senyap-senyap, sedar-sedar dah jadi. Mula-mula ditutup-tutup, bila tiba-tiba
dibuka, masyaAllah, besarnya patung yang didirikan. Licik sungguh strategi mereka.
Umat Islam bila lagi? Takkan asyik berterus-terang. Jika kerja berjalan boleh tahan
juga, tetapi cakap banyak, kerja tidak berjalan.

Lihat strategi mereka, ketuanan Melayu dipertikaikan diikuti selepas itu


dengan mempersoalkan penggunaan dana kerajaan terhadap perkembangan syiar
Islam seperti pembinaan masjid. Persoalan saya, apakah kerajaan negeri dan
persekutuan tidak membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam? Jangan asyik
menyatakan orang, tanpa mensyukuri toleransi yang berlaku. Inilah belang ultra
kiasu yang sebenar, pepat di luar rencong di dalam.

Lihatlah bagaimana bersatunya mereka ketika pembukaan rasmi bangunan


Kek Lok Si dan patung Kuan Yin yang begitu besar di negeri ultra kiasu baru-baru
ini. Ini tidak termasuk pandangan di Batu Caves. Wajarkah ia dibina dalam sebuah
negara Islam sehingga menenggelamkan kedudukan bangsa dan agama Islam
sebagai bangsa majoriti dan agama persekutuan? Adakah kebebasan ini diberikan
kepada umat Islam di negeri China dan India mahupun Switzerland? Alangkah
sedihnya melihat masjid babri yang dimusnah dan diganti dengan kuil Hindu. Tidak
ramai orang Islam yang membantah. Inilah sifat yang amat saya puji, walaupun
dalam hati amat berat untuk menerima. Sifat sebegini jarang dapat dilihat pada
orang lain. Banyak yang telah dapat, tetapi tidak pernah puas itulah ultra. Strategi
mereka sekarang, tuntut semaksima mungkin, tak dapat banyak, kerajaan bagi
sedikit. Sedikit itu kemenangan besar.

Kalau tidak percaya, tanyalah ketua-ketua parti komponen BN. Adakah selama
ini mereka tidak dapat apa yang dituntut. Adakah rumah ibadat mereka tidak dibantu
kerajaan? Jangan tanya kepada parti ultra kiasu kerana mereka tidak pernah puas
selagi kuasa tidak berada di tangan mereka sepenuhnya. Mereka bercita-cita mahu
menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri. Pernahkah kita bertanya
kepada orang Melayu Islam, sakitkah hati mereka melihat patung-patung yang
begitu besar dan tinggi, yang terang-terang bercanggah dengan fitrah agamanya
atau setiap kali lalu di tempat-tempat tersebut? Kita tidak pernah bertanya bukan?
Kita hanya marah dalam hati kerana kita mahu menjaga hati orang lain dan hak
bukan Islam.

81
Pernahkah orang Islam melarang pembinaan patung sebesar itu dalam
sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Kalau adapun
sedikit sangat. Apakah hak bukan Islam dinafikan walaupun ketuanan Melayu
dilaungkan?

Apakah Lee Kuan Yew tidak menegakkan ketuanan Cina di Singapura?


Terangkatkah ketuanan Melayu di negeri Melayu Singapura? Orang Melayu tidak
mendapat tempat di sana berbanding orang India yang lebih sedikit bilangannya.
Kalau dulu Yusuf Ishak boleh menjadi presiden, selepas beliau, nama Melayu sudah
tidak muncul lagi. Bila orang Melayu yang mengkritik ketuanan Cina di Singapura,
mereka akan dibuang jauh-jauh. Pernahkah kerajaan hari ini membuang kumpulan
ultra kiasu ke luar negara walaupun ia amat lantang mengkritik orang Melayu,
Islam dan raja-raja Melayu? Saya fikir orang Melayu lebih mempercayai bukan
Melayu daripada bukan Melayu mempercayai Melayu.

Orang Melayu (Islam) tidak pernah campurtangan dalam urusan orang bukan
Islam, tetapi kenapa dan mengatakan orang bukan Islam begitu kurang ajar
mencampuri setiap perkara sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam?
Fikirkanlah isu-isu seperti pemelukan agama Islam, murtad, kedudukan mahkamah
syariah, kedudukan Islam dan keistimewaannya dalam perlembagaan dan
sebagainya.

Toleransi

Toleransi ini tidak pernah dihargai oleh kumpulan ultra kiasu ini. Tidak pernah
puas dan bersyukur. Bila kita tanya toleransi tidak pernah berlaku di negara lain,
kenapa tidak menghargai? Maka mereka menjawab, inilah keunikan yang perlu
ditonjolkan di Malaysia. Licik juga strategik dan taktik mereka, bila kena pada kita,
mereka kata inilah keunikan Malaysia dan semangat 1Malaysia, tetapi bila kena
pada mereka, maka jawapannya tidak adil, bukan Melayu dipinggirkan dan
didiskriminasikan dan berbagai-bagai tohmahan lagi. Selain daripada kumpulan
ultra kiasu ini, mungkin kita boleh melihat pakatan jahat mereka dengan majlis
peguam dan persatuan-persatuan agama-agama bukan Islam. Adalah amat tidak
logik apabila melihat bilangan rumah ibadat orang bukan Islam yang hanya
berjumlah 45 peratus, melebihi berkali ganda bilangan masjid dan surau di dalam
sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, yang
bilangannya melebihi 55 peratus.

Puak ultra kiasu ini memang tidak pernah bersyukur. Taktik mereka
menentang sekeras-kerasnya tanpa kompromi. Mereka tahu mereka tidak
keseorangan. Sokongan ke atas mereka amat jitu dan padu. Kita jangan terlalu
bersangka baik walaupun ia sifat yang amat mulia. Terlalu bersangka baiklah maka
hari ini kepala kita bukan sahaja dipijak-pijak malahan, mereka sudah hampir sampai
ke tahap untuk menguasai kita. Bayangkan jika benar-benar mereka berpakat
dengan negara kecil yang begitu kuat di selatan Johor itu?

82
Saya mahu mengajak kita semua berfikir sebentar, apakah dengan laungan
ketuanan Melayu itu, benar-benar Melayu dan Islam telah menjadi tuan? Apa yang
saya tahu semakin kuat kita melaungkan ketuanan Melayu semakin banyak tanah
rezab Melayu yang telah tergadai kepada bukan Melayu? Kedudukan bahasa
Melayu dan agama Islam semakin terancam.

Kadangkala ternyata-tanya pada diri sendiri, apakah dengan mendapat


potongan lima peratus untuk membeli sebuah rumah dan kewujudan MARA sudah
cukup melambangkan itulah hak istimewa orang Melayu? Jika itulah yang
melambang ketuanan Melayu, alangkah hinanya kita. Ketuanan Melayu yang
sebenar adalah apa juga yang berkaitan dengan Melayu selaku bangsa majoriti
termasuk bahasa, agama dan cara hidupnya akan mendominasi suasana negara ini.
Tetapi adakah ini berlaku?

Lihat saya kedudukan media cetak dan media elektronik di negara kita. Adakah
bahasa Melayu yang mendominasinya? Jawapan mudah, tidak. Kalau ada pun
media Melayu, ia hanya dibaca atau ditonton oleh Melayu sahaja. Saya tidak fikir
ada orang bukan Melayu yang akan membaca dan menonton media Melayu.
Kecuali kumpulan ultra kiasu. Itupun mereka hanya berminat untuk mengorek
rahsia dan membaca psikologi orang Melayu. Jika tidak, mereka tidak akan ada hati
juga untuk melihat dan membacanya.

Apakah dengan laungan ketuanan Melayu kemudahan orang Cina (India)


untu berniaga semakin berkurang? Sekolah Cina atau Tamil semakin berkurang?
Rumah ibadat orang Cina, India semakin berkurang? Hak-hak bukan Melayu
semakin dinafikan? Tulisan jawi semakin berpengaruh? Wujudkah sekolah Melayu
berbanding sekolah Cina dan India? Masih adakah ketuanan Melayu? Justeru,
rugikah orang Cina, India jika UMNO terus melaungkan ketuanan Melayu atau
hidup Melayu atau ia sekadar mahu mengingatkan orang Melayu supaya tidak
mudah lupa diri di tanah air sendiri dan mara untuk terus berjuang.

Jika nama Tanah Melayu kekal tanpa di tukar kepada Malaysia, saya tidak
nampak relevannya ketuanan melayu. Seperti mana nama negeri China dan India.
Mereka tidak perlu sebut ketuanan China atau ketuanan India sebab nama negara
mereka sudah mencerminkan ketuanan mereka. Maka tidak hairanlah orang Islam
merempat hidupnya di bumi mereka. Masjid dirampas menjadi kuil. Apakah orang
Islam hidup senang lenang di negara bukan Islam berbanding orang bukan Islam
hidup dalam negara Islam seperti Malaysia. Sedarkah puak-puak ultra kiasu?

Saya cukup bimbang laungan ketuanan Melayu hanya tinggal sebagai


laungan sahaja seperti mana nama-nama Melayu yang semakin hilang seperti
Keretapi Tanah Melayu menjadi KTM. Perancangan yang sungguh licik. Kita asyik
mengalah. Bila diugut, maka kita akan tunduk kepada desakan dan tuntutan mereka.
Apa yang jelas sinergi ultra kiasu semakin mantap, manakala sinergi kita semakin
merosot, yang tinggal hanya laungan dan slogan yang tidak dapat dipertahankan.

83
Gagasan 1Malaysia tidak lagi dilihat sebagai gagasan untuk memperkasa
masa hadapan tetapi untuk menuntut apa yang belum dapat dan menambah apa
yang telah dapat! Sampai bilakah kita mampu terus bertahan? Apakah sinergi orang
Melayu (Islam) semakin pupus di bumi Melayu? Tidakkah kita perlu kembalikan
semula sinergi yang semakin hilang?

DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional


Malaysia. Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Tulisan ini adalah
pendapat peribadi beliau.

Mingguan Malaysia, Ahad 13 Disember 2009

INTEGRASI MEMERLUKAN PENGORBANAN


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Seperti yang dijangkakan persatuan-persatuan Cina yang berpengaruh termasuk


MCA langsung tidak akan bersetuju dengan sebarang tindakan kerajaan untuk
memperbaiki kedudukan bahasa Melayu di sekolah-sekolah Cina seperti
menyeragamkan silibus Bahasa Melayu (BM) dan menambahkan masa
pembelajaran BM serta cadangan untuk menambah satu lagi subjek Malaysia
Negaraku dalam BM.

Semua cadangan tersebut ditolak, lebih ekstrim lagi mereka mahukan subjek
baru Malaysia Negaraku turut diajar dalam bahasa ibunda. Pendek kata, sebarang
cadangan untuk memperkasakan BM dilihat sebagai menghakis kedudukan dan
karektor Sekolah Jenis kebangsaaan Cina (SJKC). Apakah ini yang dikatakan
integrasi setelah kita menolak asimilasi?

Ketua Pemuda MCA yang berjawatan Timbalan Menteri dalam bidang


pendidikan begitu lantang bersuara seperti seorang jaguh kampung. Apakah beliau
telah buat kajian mengenai masalah yang berlaku sebenarnya, terutama prestasi
bahasa Melayu dari segi penggunaan harian dan keputusan peperiksaan di sekolah-
sekolah tersebut?

Janganlah terlalu bertindak ultra kiasu seperti parti ultra tersebut! Malang
sungguh Barisan Nasional (BN), sekian lama parti-parti komponen ini berada dalam
kerajaan masih tidak faham aspirasi dan cita-cita negara.

Jika begini pemikiran mereka, maknanya sekolah satu sistem (SSS) hanyalah
ilusi. Sentuh sedikit sahaja sekolah vernakular sudah hilang rasional, bagaimana
pula hendak menyatukannya di bawah satu bumbung. Maka tidak hairanlah sekolah
wawasan gagal mencapai matlamatnya.

84
Sampai bilakah kita mahu melihat generasi kita berbahasa Melayu dengan
baik setelah sekian lama tinggal di negara ini. Rakan saya, berbangsa Inggeris,
hanya tinggal setahun di negara ini, sudah dapat menguasai BM dengan baik.
Memang, galakan mempelajari bahasa lain itu amat dituntut oleh agama Islam.
Malah saya amat menggalakkan umat Islam mempelajari bahasa mandarin seperti
yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika merasmikan majlis makan malam
sekolah menengah persendirian Cina Chong Hwa baru-baru ini.

Saya tidak akan bercakap dan menulis lagi jika orang bukan Melayu
mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh sebelum ke SJKC. Malah, saya sendiri
menggalakkan anak-anak saya ke SJKC kerana mereka mempunyai asas bahasa
Melayu yang kukuh. Tetapi adakah perkara ini berlaku? Majoriti mereka yang belajar
di SJKC tidak mempunyai asas BM kecuali mereka yang tinggal di Kelantan dan
Terengganu. Bagi mereka yang tinggal di bandar, penguasaan BM amat lemah.
Bukan sahaja kanak-kanak, malah yang dewasa pun sama. Saya tidak katakan
semua.

Kalau tidak percaya, kita mulakan kajian terhadap ahli-ahli DAP, MCA dan
Gerakan. Suruh menulis karangan dan bertutur dalam BM. Sampai bilakah kita
mahu terus mendengar perbualan seperti “gua tatak mau”, “itu maciam manyak
susah lo”, “lu tarak tau kah”? Siapa yang rugi nanti? Bila anak-anak kita tidak
mendapat keputusan peperiksaan yang baik BM, mereka gagal mendapat biasiswa
dan gagal dalam temuduga, siapakah yang akan dipersalahkan? Sudah tentu
kerajaan atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipersalahkan? JPA akan dituduh
terlalu mementingkan Melayu dan bumiputera, meminggirkan bukan Melayu dan
sebagainya.

Dipersalahkan

Saya selalu diserang, pada mereka isu perkauman hari ini bukan disebabkan
oleh dasar pendidikan vernakular tetapi disebabkan oleh UMNO yang terlalu
perkauman. UMNO terus dipersalahkan oleh semua pihak termasuk mereka dalam
komponen BN.

Saya ingin bertanya, adakah kewujudan MCA, DAP, MIC, Makkal Sakti, PPP
dan Gerakan itu tidak perkauman? PAS juga adalah parti perkauman, parti dominasi
Melayu walaupun ia dibuka kepada semua orang Islam.

Fakta dan sejarahnya, sejak awal lagi lagi asas-asas negara ini dibina atas
dasar perkauman sehingga ke hari ini. Tidak hanya parti-parti politik yang
perkauman, malahan boleh dikatakan kebanyakan persatuan atau NGO ditubuhkan
atas perkauman. NGO Cina sahaja ada lebih 8000 buah di negara ini. NGO bangsa
lain pun tidak kurang juga. Jika trend ini terus-menerus berlaku, bagaimanakah arah
tuju negara kita pada masa akan datang?

85
Justeru, kita mesti cuba memperbaikinya keadaan hari ini setelah melihat
semua masalah yang telah berlaku. Jangan biarkan masalah terus jadi masalah,
jawapannya lagi bermasalah. Masalah harus diselesaikan dengan cara-cara dan
idea-idea untuk mengatasinya. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana.

Orang bukan Melayu cukup takut dengan akta pendidikan 1996 kerana dilihat
boleh menghakis sekolah vernakular jika bahasa Melayu dikuatkuasakan. Persoalan
saya, pernahkah kerajaan menggunakan atau mengimplementasikan akta tersebut
sehingga kini? Tidakkah kita sedar akta ini lebih lunak, berbanding akta sebelumnya
iaitu akta pelajaran 1961 yang lebih menakutkan di mana menteri pelajaran
mempunyai kuasa penuh untuk menghapuskan sekolah vernakular.

Akta ini juga tidak pernah dikuatkuasakan. Pernahkah kita berterima kasih
dengan akta baru ini? Sudahlah tidak berterima kasih, malah mahukan akta 1996
dihapuskan terus. Bila akta ini dihapuskan bermakna bermaharajalelalah sekolah ini
tanpa boleh diganggu-gugat lagi. Itulah cita-cita sebenar mereka.

Terkadang-kadang saya terfikir adakah kita ini tinggal di Malaysia atau di


negara lain?

Jika keadaan ini terus berjalan, seterusnya ditambah dengan Institusi


Pendidikan Tinggi Swasta(IPTS) yang bersifat perkauman, dipunyai oleh satu-satu
kaum dan parti-parti politik perkauman, bagaimanakah pembinaan negara bangsa
berasaskan identiti kebangsaaan dapat dilakukan.

Saya difahamkan IPTS hari ini sudah tidak dapat dikawalkan lagi. Bahasa
Melayu langsung tidak didaulatkan. Apatah lagi yang menjaganya terdiri dari
kalangan menteri bukan Melayu. Saya cukup bimbang dan pasti akan berlaku suatu
hari nanti, apabila ijazah IPTS-IPTS lebih laku atau lebih diterima daripada ijazah
IPTA-IPTA selepas ini. Logiknya mudah, jika perkaumanlah permulaannya, maka
perkaumanlah kesudahannya. Kalau itulah yang berlaku, maka berjayalah
perancangan parti ultra kiasu ini dan komponen-komponen mereka. Siapakah yang
rugi? Fikirkan sejenak! Tidakkah mereka sedar bahawa kerajaan hari ini telah
berkorban terlalu banyak.

Ratusan malah mencapai angka ribu hektar tanah telah diberikan kepada IPTS
ini, tidak ketinggalan jutaan bantuan kewangan telah diberikan, atas dasar
setiakawan dan semangat BN? Apakah kita pernah berterima kasih atau sebaiknya
menyusun strategi untuk terus menuntut dan mendesak serta menikam dari
belakang? Bila pilihan raya, parti ultra kiasulah yang terus menang.

Saya selalu ditanya dan diserang, adakah dengan tidak boleh berbahasa
Melayu bermakna tidak ada semangat patriotik? Jawapan saya, ya. Sebagai
rakyat Malaysia, kita mesti sentiasa cinta dan berusaha untuk
mengasimilasikan, mengintegrasikan dan menghormati semua dasar asas
bernegara, misalnya kedudukan BM dan lagu negaraku.

86
Ketika itu barulah jiwa menjadi kental dan kita akan berjuang bermati-matian
mempertahankan negara walaupun nyawa itulah gadaiannya. Semangat ini mesti
ada, jika tidak, saya bimbang kita akan lari entah ke mana atau mungkin belot dan
yang paling ditakuti kita sanggup menjual kedaulatan negara kepada negara lain.

Saya memang tidak menafikan hari ini kita amat sukar menerima asimilasi.
Sudah semestinya ia tidak akan berlaku lagi disebabkan oleh politik mengancam
dan menuntut.

Baiklah, jika integrasi itulah yang diterima, apakah integrasi itu tidak
memerlukan kepada pengorbanan dan sayangnya kita kepada identiti kebangsaan
seperti, bahasa kebangsaan dan menghormati lagu kebangsaan.

Saya selalu ke SJKC menghantar anak saya ke sana dan selalu mendengar
mereka menyanyikan lagu negaraku, kelakar sungguh bunyinya. Kalau tidak
percaya cuba rakamkan lagu negaraku ketika dinyanyikan oleh murid-murid ini.
Barulah kita tahu kedudukan BM yang sebenar di sekolah vernakular. Jika ditambah
dengan keputusan peperiksaan BM, barulah kita tahu nasib BM di bumi Melayu.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini
adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 20 Disember 2009

ANTARA TUDUHAN PENJAHAT DAN JAHAT


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

UTUSAN Malaysia dituduh akhbar yang mengapi-apikan sentimen perkauman yang


boleh menggugat keharmonian kaum. Lebih ekstrem lagi, akhbar ini dilabelkan
sebagai penjahat. jika akhbar itu penjahat bermakna wartawan, kolumnis dan juga
penulis akhbar ini juga penjahat.

Persoalan saya, apakah akhbar tabloid parti ultra kiasu dan parti-parti politik
perkauman lain dan mereka yang bersekongkol tidak jahat?

Parti ultra kiasu dan kuncu-kuncunya bukan sahaja jahat, tetapi terang dan
nyata lagi bemiat jahat dengan menolal, kontrak sosial dan Perlembagaan
Persekutuan serta mencabar perkara-perkara sensitif yang telah dipersetujui
bersama. Rakan sekutu parti ultra kiasu langsung tidak berani bersuara kerana
takut hilang sokongan.

Bila mereka tidak dapat apa yang dihajatkan maka gagasan 1Malaysia akan
dijadikan hujah mendapatkan simpati. Rakan-rakan perkauman mereka dalam

87
komponen Barisan Nasional (BN) sebenarnya mempunyai pendirian yang sama.
Mereka pandai berstrategi. Ultra kiasu menyalak di luar, di dalam rakan-rakan
mereka menjalankan kerja. Mereka sebenarnya senada. Cuma kita masih
terlepas pandang.

Saya tidaklah menyatakan bahawa Utusan Malaysia semuanya baik. Tidak ada
sesuatu yang sempurna di dunia, kecuali Allah SWT dan Rasul-Nya. Ingatan saya
kepada ultra kiasu, janganlah gajah depan mata tidak nampak, kuman seberang
laut jelas kelihatan. Berpada-padalah dalam memberikan pandangan. jangan asyik
nampak kesalahan orang lain, tanpa muhasabah diri.

Dalam memahami politik Malaysia, isu-isu perkauman dibangkitkan untuk


mendapatkan sokongan politik dan menyedarkan kaum masing-masing siapa
mereka dan apa yang sepatutnya diperolehi. Manakala isu-isu sensitif dibangkitkan
untuk mendapatkan hak sama rata dan sama rasa bagi kumpulan ultra kiasu.
Mereka tahu perkara ini tidak boleh dibangkitkan secara terbuka kerana ia boleh
dikenakan tindakan di bawah akta hasutan. Mereka sengaja mahu menguji UMNO
yang ketika ini berada dalam keadaan agak tertekan disebabkan tidak mendapat
majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan perpecahan Melayu Islam.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti tahu bahawa konsep sama rata dan sama
rasa tidak menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan, walaupun konsep
Malaysian Malaysia yang selalu dilaung dan didesak oleh parti ultra kiasu. Ingat,
agama Islam agama majoriti masyarakat negara ini. jika ada 'kelebihaiY pada
agama Islam, ia bukanlah satu diskriminasi kerana selaku majoriti, Melayu Islam
berhak, apatah lagi ia telah dipersetujui melalui kontrak sosial. Tidak perlu
dipertikaikan atau dituduh tidak adil.

Untuk mengelakkan daripada parti ultra kiasu ini menjadi bertambah jahat,
setidak-tidaknya kita mesti menggariskan formula bagi menyelesaikan kejahatan ini.
Formula saya adalah berasaskan kepada pecahan statistik agama dan bangsa di
negara ini. Mengikut bancian tahun 2000, anutan agama rakyat Malaysia adalah
seperti berikut 60.4 peratus Islam, 40 peratus bukan Melayu (12 peratus-Buddha-
Taoisme-Konfusius, 9 peratus Kristian, 6 peratus Hindu, 3 peratus lain-lain). Formula
ini boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan bernegara termasuk hak-hak
beragama dan sambutan perayaan setiap kaum, bagi mendapatkan keadilan.
Formula ini menepati sebahagian maksud keadilan dalam Islam yang membawa
maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya walaupun tidak sepenuhnya.

Atas dasar toleransi, formula ini boleh dikatakan langsung tidak diterima pakai,
sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial.

Saya fikir, umat Islam di negara ini amat berlembut dan bertoleransi tinggi.
Upacara perayaan keagamaan dan kematian begitu beradab serta mudah. Jalan
raya tidak sesak. Kuburnya begitu kecil.

88
Formula yang saya sebutkan perlu dijadikan panduan. Adakah adil bila mana
bilangan orang bukan Islam tidak ramai, tetapi kubur mereka menenggelamkan
kubur orang Islam. Pernahkah kita bertanya pandangan orang Islam dan sensitiviti
mereka? Mereka yang mempunyai wang akan membina kubur setinggi-tinggi dan
seluas-luas serta secantik-cantik kubur dengan patung-patungnya yang didirikan
saujana mata memandang. Sedangkan kubur orang Islam, apa jua kedudukannya,
kuburnya amat sederhana kerana Islam tidak percaya kepada reka bentuk kubur.
Tiada kubur pun tidak ada masalah. Apa yang penting ialah iman dan takwa yang
dibawa ke alam kubur atau barzakh.

Contoh lain, seorang profesor Kristian di tempat kerja saya berhujah dengan
saya baru-baru ini. Katanya, hak beragama mesti berasaskan formula sama rata
sama rasa. Antara contoh yang diketengahkan ialah jika ada kelas baca yasin dan
solat jumaat untuk pelajar-pelajar Islam, maka pelajar Kristian mesti diberikan hak
yang sama untuk mempelajari agama mereka dan membawa paderi masuk.

Bacaan

Saya katakan kepada beliau, bacalah kitab masing-masing ketika itu, lagipun
bacaan yasin dan solat jumaat bukanlah `kelas agama' is adalah tanggungjawab
individu Islam. Kalau ada kelas agamapun untuk orang Islam, tidak semesti orang
bukan Islam sama keadaannya. Tambahan pula, bilangan pelajar Kristian atau
bukan Islam amat sedikit bilangannya, cukup dengan kemudahan yang telah
disediakan selama ini. Profesor ultra kiasu ini dengan nada beremosi mengatakan
itulah adalah hak mereka yang mesti ditunaikan. Saya jawab, apakah hak mereka
selama ini tidak ditunaikan? Apakah kita pernah menghalang mereka untuk ke
gereja setiap hari Ahad? Jangan bandingkan dengan umat Islam kerana cara ibadat
kita berbeza. Keperluan kita berbeza. Begitu juga dengan keperluan sembahyang
jamaah.

Justeru, konsep sama rata dan sama rasa hendaklah berasaskan formula yang
telah digariskan dalam Perlembagaan dan pecahan kaum (agama). Marilah kita
melakukan perubahan sebelum terlambat. Jangan akhirnya nanti agama kita
merempat di bumi sendiri. Ketika itu sudah terlambat.

Lihat pula dalam toleransi politik. Terbaru, Gerakan begitu marah dengan
cadangan UMNO agar kerusi pengerusi BN digilirkan di Pulau Pinang kerana UMNO
mempunyai kerusi majoriti. pengerusi Gerakan dan BN Pulau Pinang berkata, kerusi
pengerusi BN telah disandang selama 35 tahun. Kenapa perlu diserahkan kepada
orang lain? Persoalan saya, jika UMNO boleh korbankan kerusi parlimen Gerik,
kenapa tidak Gerakan? Siapakah yang lebih bertoleransi dan bersifat memberi?

Saya masih ingat, setelah sekian lama UMNO bertanding di parlimen Gerik,
kawasan majoriti Melayu, tiba-tiba kerusi itu diserahkan kepada Gerakan. Bekas
Menteri Besar Perak ketika itu sedih untuk melepaskan kerusi tersebut. Tetapi
disebabkan oleh semangat setiakawan dan kerjasama dalam BN, UMNO terpaksa

89
tunduk dan patuh dengan menyerahkan kerusi Gerik kepada Gerakan. Majoriti
Melayu terpaksa mengundi bukan Melayu (Gerakan) walaupun pahit. Inilah sifat
mulia Melayu Islam. Adakah toleransi ini dihargai? Ibarat anjing menggigit tuannya,
masihkah kita ingat bahawa Ahli parlimen Grik Gerakan inilah yang mengeluarkan
kenyataan bahawa Melayu itu juga adalah pendatang?

Kenapa Gerakan terlalu kuat menentang? Mereka takut selepas ini kerusi
Ketua Menteri akan terlepas kepada UMNO jika ditakdirkan BN memerintah
semula. Pokok pangkalnya semua kuasa, kuasa, kuasa dan sikap ultra kiasu.
Semua meletakkan kepentingan bangsa di hadapan bukannya kepentingan
nasional. Kalau inilah cara pembawaannya, saya fikir, gagasan 1Malaysia terlalu
jauh untuk dicapai. la hanya akan diperalatkan oleh mereka bersikap musang
berbulu ayam dan gunting dalam lipatan. Pada mereka kuasa bangsa mesti
dipertahankan walaupun apa jua alasan dan cabaran mendatang. Persoalan saya,
siapakah yang sebenar penjahat dan lebih jahat?

DR. MOHD RlDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kaman, Universiti Pertahanan
Nasional, Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 27 Disember 2009

KIASI LEBIH BAIK DARIPADA ULTRA KIASU


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

SAYA berterima kasih kepada sebuah laman web Malaysian Insider kerana sudi
mengulas dan menyiarkan artikel saya dalam laman mereka. Kasihan mereka,
artikel dan komen yang baik-baik yang menyokong saya, ditapis dan tidak disiarkan,
manakala yang buruk dan negatif diperbesarkan. Mereka sengaja melakukan
demikian supaya saya dihentam dan dikritik, termasuk kalangan orang Melayu
sendiri yang saya fikir tidak ramai, supaya saya menyerah kalah atau mematikan
watak (character assassination). Itulah hakikat yang saya kena terima. Sekutu-
sekutu ultra kiasu begitu ramai, menjadi musuh dalam selimut bertindak pepat di
luar rencong di dalam. Seperti biasa mereka turut mengaitkan saya sebagai penulis
upahan dan tali barut UMNO.

Kepada mereka yang ultra kiasu, kenapa seperti cacing kepanasan? Ramai
penulis Melayu yang menulis dan mengutuk Melayu dan Islam, tetapi orang
Melayu Islam ini relaks sahaja. Tidak mudah melatah, tidak maki hamun sampai
satu keturunan. Inilah sifat yang amat saya puji. Malangnya, bila saya sentuh sedikit
sahaja tentang segelintir bangsa saya yang bersifat ultra kiasu, Malaysia semacam
sudah tidak ada isu lain, seluruh golongan ultra kiasu bersatu hati bangun

90
mengutuk, menghina dan mencerca saya satu keturunan. Inilah bezanya antara
orang Melayu Islam dengan bangsa saya.

Saya fikir sifat orang Melayu yang terlalu bertolak-ansur ini disebabkan oleh
mereka beragama Islam. Inilah juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan saya memeluk Islam dengan izin Allah. Jika ditakdirkan Melayu tidak
Islam, saya akan biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. Agama menyatukan
kita semua tidak kira bangsa, tanpa menafikan hak bukan Islam. Namun, saya
masih bimbang, adakah terlalu bertolak ansur selama-lamanya boleh diamalkan
sehingga kaduk naik junjung?

Tengoklah cara ultra kiasu ini berfikir, bila ada sahaja penulisan yang
menyebelahi Melayu Islam maka saya dikaitkan dengan UMNO. Apakah selama
UMNO memimpin negara ini kehidupan ultra kiasu menderita dan ditindas? Apakah
kekayaan yang dimiliki bukan Melayu melebihi 70 peratus adalah hasil usaha
sendiri, bukan disebabkan oleh sistem hidup bernegara yang diterajui oleh orang
Islam yang menjadi orang bukan Islam dapat hidup senang lenang? Baik sangatkah
mereka yang memerintah Selangor dan Pulau Pinang? Saya lihat sama sahaja.
Kalau di Majlis Perbandaran, lihatlah wajah-wajah dan betapa rakusnya mereka
merebut projek perbandaran. Dahulu, kata UMNO kroni, bila mereka memerintah
adakah ia bukan kroni?

Saya tidak mengatakan bahawa UMNO itu semua betul. UMNO juga mesti
berubah dari aspek peribadi akhlak pemimpin dan pengurusan bernegara, jika ingin
terus relevan bagi mendapatkan keyakinan rakyat. Jangan sampai kumpulan ultra
kiasu berjaya memerintah. Bila ultra kiasu dapat peluang memerintah nanti, kita
akan menyesal seumur hidup. Ingatlah, puak ultra kiasu ini amat licik orangnya.
Sengaja membutakan hati dan mata.

Saya diminta kemukakan fakta ketika menulis. Apakah yang saya lontarkan itu
bukan fakta? Lagipun saya bukan menulis jurnal.Tidak perlulah mengajar saya
siapakah dia John Locke dan Thomas Hobbes bila bercakap tentang kontrak
sosial. Baca juga pendapat Rousseau untuk memahami makna kontrak sosial
yang sebenar. Janganlah petik kata-kata yang tidak menyebelahi diri untuk
diaplikasikan agar kita nampak pandai, tetapi sebenarnya tidak.

Diperalatkan

Saya tidak begitu berminat untuk memetik kata-kata sarjana barat ini walaupun
saya banyak membaca buku mereka. Saya lebih tertarik dengan pendapat orang
Islam, sebab pendapat orang Islam berpandukan kepada Quran dan hadis. Tidak
mudah untuk diperalatkan. Jangan biarkan diri kita jahil. Malaysian Insider dan ultra
kiasu amat suka orang-orang jahil ini supaya akhirnya mereka boleh menjadi
pengikut Santa Claus.

91
Janganlah mudah berkata di hati mereka ada 'bulan'. Jika memang di hatinya
ada bulan, sudah lama mereka turut mengharamkan arak, zina, nombor ekor dan
sebagainya. Tetapi mereka ini licik, menyamar untuk mengikuti jejak Umar Abdul
Aziz untuk mencairkan jiwa raga kita.

Mereka begitu teruja dengan formula yang saya kemukakan iaitu berasaskan
peratusan kaum (agama), 60 peratus Islam, 40 peratus bukan Melayu (22 peratus
Buddha-Taoisme-Kofucius, 9 peratus Kristian, 6 peratus Hindu, 3 peratus lain-lain)
dan kaitan dengan perayaan dan aktiviti keagamaan. Saya telah sebut, atas dasar
toleransi maka formula ini tidak pernah dilaksanakan. Persoalannya, adakah hak
mereka dinafikan selama ini sebagaimana yang digembar-gemburkan laman web
ultra kiasu tersebut? Jika laman web tersebut boleh menulis apa yang mereka
suka, Apakah saya tidak boleh? Apakah berita-berita mereka tidak perkauman?
Jangan terlalu jahat dengan menuduh orang lain penjahat?

Jika tidak setuju dengan formula saya, bagilah formula ultra kiasu. Tetapi
asasnya mestilah Perlembagaan, bukannya Malaysian Malaysia. Kalau Malaysian
Malaysialah formulanya, eloklah berbincang dengan Lee Kuan Yew untuk berhijrah
ke sana. Bukalah laman web baru di sana, dan cuba kutuk kerajaan Singapura, saya
fikir sudah lama laman web tersebut dibuang jauh-jauh, apatah lagi untuk membuka
sekolah sendiri.

Teringat saya kepada buku terbaharu karangan SP Huntington bertajuk Who


are we . Beliau mengatakan Amerika sejak awal lagi mengambil pendekatan
mengasimilasikan semua bangsa yang datang berhijrah demi untuk mencapai
perpaduan. Berdasarkan pendapat Huntington ini, tidak timbul soal Amerika itu lebih
terbuka sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan ultra kiasu ini. Jangan buat
gimik. Tok Guru tidak perlu pinda Perlembagaan negeri Kelantan untuk melantik
bukan Melayu Islam menjadi menteri besar. Ini kerana bukan Melayu di sana amat
sedikit bilangan. Jagalah dan tarbiyyahlah dulu saudara-saudara baru yang masih
merempat di sana, itu lebih banyak manfaat daripada membuat tindakan politik
terburu-buru. Saya yakin secara senang hati orang Melayu dapat menerima bukan
Melayu Islam menjadi pemimpin jika mereka bukan bersifat ultra kiasu, tetapi
mempunyai keperibadian Islam yang tinggi dan memahami kaum majoriti.

Saya tidak pernah menafikan hak orang bukan Islam selaku minoriti di
negara ini. Jika nafikan, bermakna, saya nafikan juga keturunan saya. Cuma
biarlah berpada-pada, hargai toleransi yang telah ditunjukkan. Jangan asyik
berkokok, ekor bergelumang tahi. Orang Melayu terlalu bertoleransi, sehingga hak
mereka semakin terhakis pun mereka tidak banyak bising. Itu sebabnya saya perlu
sedarkan mereka. Saya bimbang bila Melayu hancur, agama Islam yang suci akan
turut hancur. Saya tidak pertikaikan hak mereka, tetapi jangan sampai
menenggelamkan hak majoriti Islam.

Saya menulis bukan untuk mengambil hati sesiapa atau pun mahu menjadi
popular. Kalau sekadar untuk popular, saya sudah popular sejak dahulu lagi. Cuma
92
saya terpaksa tulis sebab kaduk telah naik junjung. Saya bimbang segelintir ultra
kiasu ini akan merosakkan semua bukan Melayu yang kurang ultra kiasu. Mereka
yang kurang kiasu patut dihargai dan dilindungi berbanding dengan ultra kiasu.
Ultra kiasu perlu ingat, apapun yang berlaku hari ini, orang Melayu hanya rugi
untuk jangka pendek. Dalam jangka masa panjang, saya tidak fikir mereka akan
rugi. Bilangan orang Melayu semakin ramai berdasarkan kepada trend kelahiran,
begitu juga dengan mereka yang menyertai pasukan keselamatan seperti tentera
dan polis. Apa pun berlaku nanti, pasukan keselamatanlah yang akan mengambil
tanggungjawab negara ini. Jika ini berlaku, siapakah yang rugi? Sudah tentu bukan
Melayu yang kurang kiasu akan rugi. Kumpulan ultra kiasu sudah tentu akan cabut
lari.

Kadangkala menitis air mata mengenangkan masa depan Islam dan umat
Islam. Bukan kerana kiasi (takut mati), tetapi memikirkan apakah anak cucu cicit kita
akan mewarisi perjuangan kita untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan
negara? Atau mungkinkah mereka akan menjadi cair dengan strategi licik golongan
ultra kiasu ini? Jika inilah yang berlaku, amat malang bagi Malaysia, sebuah negara
bermula dengan Tanah Melayu. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Jangan
ulangi kesilapan yang sama. Jika kita silap lagi, saya amat bimbang kita tidak dapat
berpatah balik. Ingatlah, kadangkala Allah beri kita peluang, kadang kala tidak.
Islam sukar untuk bangkit selagi umat Islam tidak ubah pemikirannya.

Lihatlah bagaimana cara Rasulullah melayan mereka sebelum Islam dengan


selepas memasuki Islam. Ingatlah ayat Quran ini tanpa menafikan hak orang bukan
Islam. "Hai orang yang beriman, siapa saja di antara kamu yang murtad dari
agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang mencintai-Nya, dan
mereka pun cinta pada-Nya, mereka bersifat lemah lembut terhadap kaum Muslimin,
dan tegas keras terhadap orang kafir, selalu berjuang untuk menegakkan agama
Allah dan tidak menghiraukan celaan orang yang mencela. Itulah kurniaan Allah
yang diberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas
pemberian-Nya dan Maha Mengetahui" {Al Maidah, ayat 54}

Ayat ini menyuruh kita berlembut dengan orang Islam. la juga menyuruh kita
bertegas dan bersikap keras terhadap bukan Islam yang ultra kiasu. Bukannya kita
boleh pukul rata dengan sikap berlembut kita terhadap orang bukan Islam. Kajilah
sama ada mereka ultra, sederhana atau kurang kiasu. Apatah lagi jika mereka
banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini seperti kafir harbi. Perlukah kita
berkompromi dengan mereka?

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti


Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan
Islam Malaysia. Rencana ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 3 Januari 2010

93
JANGAN TUDUH ORANG
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

APABILA artikel saya tidak disiarkan minggu lepas, ramai pembaca tertanya-tanya
adakah saya tidak menulis lagi, apa yang telah berlaku? Terharu saya, akan
pertanyaan sedemikian. Tidak sangka penulisan insan kerdil ini masih mendapat
perhatian. Kekerdilan inilah yang menjadikan saya sentiasa sedar diri dan bersyukur
atas nikmat yang dianugerahkan Ilahi di bumi bertuah ini.

Selama ini saya bersabar menghadapi pelbagai penghinaan dan kutukan


daripada mereka yang tidak bersetuju dengan penulisan saya. Ada juga yang
mendoakan agar saya cepat mati dan seterusnya masuk neraka. Lebih ekstrem lagi
ada yang menyenaraikan saya dalam buku daftar kematian. Alhamdulillah, saya
masih ada kekuatan untuk menghadapi tekanan dan cabaran sebegini. Saya amat
menghargai rakan-rakan seagama yang sentiasa memberikan dorongan dan
kekuatan untuk saya terus menulis dan tidak takut kepada ugutan dan amaran.

Jika kita terlalu takut dengan manusia, di manakah keyakinan kita terhadap
Allah SWT? Semua ini mengingatkan saya erti menganut Islam yang sebenar. Jika
selama ini saya boleh menghadapi segala tohmah sejak mula memeluk Islam
sehinggalah ke hari ini, kenapa saya harus berundur sekarang? Saya bukannya
melakukan dosa besar atau kejahatan. Saya hanya mahu menyedarkan rakan-rakan
seagama agar tidak leka dan bangun mempertahankan agama suci ini, jangan
sampai ia dipermainkan. Adakah itu satu pengkhianatan terhadap bangsa sendiri?
Bukankah keturunan saya patut dihargai kerana tindakan saya ini?

Saya pasrah, akan takdir yang ditentukan oleh Allah SWT. Hidup ini tiada yang
lebih utama selain mendapat keredhaan-Nya. Dialah yang menjadikan manusia
maka, Dialah juga menentukan ajal maut seseorang.

Saya disenarai hitamkan dan dituduh sebagai hipokrit kerana menghantar


anak-anak saya belajar di sekolah vernakular. Apakah mereka tidak faham apa yang
saya tulis? Saya berulang kali mengatakan dalam penulisan sebelum ini,
sememangnya kesemua anak saya belajar di sekolah vernakular dan saya tidak
pernah berselindung. Mereka yang hipokrit tidak membaca keseluruhan artikel saya.
Mereka hanya mengambil yang negatif, kemudian manipulasikan ayat tersebut agar
saya dibenci, dihina dan dikeji. Inilah provokasi ultra kiasu yang amat bahaya dalam
politik Malaysia. Mereka sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mendapatkan
laba dan kepentingan politik, bagi meraih simpati untuk mendapatkan kuasa secara
bacul.

Terus terang, anak-anak saya mempunyai latar belakang yang baik dalam
Bahasa Melayu (BM). Mereka tidak pernah gagal dalam BM, apatah lagi untuk
masuk kelas peralihan selepas tamat sekolah rendah. Justeru, adakah salah saya

94
menghantar anak saya ke sekolah vernacular selagi ia berada dalam sistem
pendidikan? Malah saya pernah mencadangkan, jika sekolah vernakular ini mahu
terus diwujudkan, lebih elok jika orang Melayu belajar di sekolah vernacular,
manakala bukan Melayu perlu belajar di sekolah kebangsaan. Dengan maksud,
orang Melayu dapat menguasai bahasa bukan Melayu, manakala orang bukan
Melayu boleh berbahasa Melayu dengan baik. Tidakkah itu lebih adil dan dapat
mencapai perpaduan nasional? Apapun, perkara ini tidak akan berlaku.

Lagipun, dengan menghantar anak-anak saya ke sekolah vernakular,


sekurang-kurang saya bercakap serupa bikin. Menulis berasaskan fakta dan realiti.
Jika tidak, saya bercakap tidak serupa bikin. Saya tidak mahu syok sendiri atau
berteori semata-mata. Bila anak saya berada di sana, bermakna saya tahu
perkembangan dan apa yang berlaku di sekolah tersebut. Jika ada yang saya
bangkitkan tentang sekolah vernacular itu tidak betul, sila betulkan, tetapi jangan
menyerang peribadi sehingga ibu bapa dan nenek moyang yang tidak bersalah pun
dimaki hamun bermula dari hidup hinggalah yang mati.

Kepada mereka yang mengikuti penulisan saya, temanya berkait rapat dengan
pembinaan bangsa dalam sebuah negara yang mendaulatkan Islam sebagai agama
Persekutuan. Saya tidak nampak apa yang saya tulis tidak benar. Saya suka
berterus terang. Jika tidak benar, marilah kita berhujah secara akademik, jangan
menuduh yang bukan-bukan.

Bersuara

Selama ini kita yang selalu bercakap kebebasan bersuara. Apakah kita
menghormati kebebasan bersuara? Terkadang-kadang saya termenung memikirkan
apakah kebebasan bersuara akan diberikan seluas-luasnya jika ultra kiasu
memerintah. Saya hanya memberikan sedikit pandangan yang agak berlainan,
apakah tidak boleh? Jangan asyik menuduh orang lain tidak mengamalkan
demokiasi. Bila kena batang hidung sendiri, benarkah kita mengamalkan
demokrasi sepenuhnya? Jika akhbar perkauman bebas menulis apa yang mereka
fikirkan mahu ditulis, apakah saya tidak boleh berbuat demikian? Apa lebihnya
mereka, apa kurangnya saya? Janganlah meludah ke langit terkena muka sendiri.

Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan bersuara? Kebebasan bersuara


bukanlah bermakna kita boleh bercakap sesuka hati secara hentam keromo.
Kebebasan bersuara adalah mengemukakan hujah-hujah bernas yang dapat
memberikan kebaikan kepada orang lain. Menjadikan mereka boleh berfikir jauh,
bukan berfikiran jumud dan sempit.

Adalah tidak bermoral apabila kita mempertikaikan sesuatu yang telah menjadi
hak sesuatu kaum, apatah lagi jika ia sudah termaktub dalam Perlembagaan. Kita
amat sedih bila mana ada segelintir kumpulan yang tidak bersyukur mempertikaikan
cara hidup Islam, sedangkan orang Islam tidak pernah mempertikaikan cara hidup

95
mereka seperti membina rumah ibadat sesuka hati tanpa permit dan lesen, hatta di
bawah pokok dan di tepi-tepi jalan.

Islam mengambil pendekatan menghormati hak-hak manusia. Antara hak-hak


tersebut adalah hak untuk hidup, hak untuk mengumpul dan memiliki harta, hak
untuk bersendirian tanpa gangguan, hak untuk bergerak, hak ke atas anak-anak,
hak untuk keadilan, hak ke atas maruah dan penghormatan seseorang, hak
persamaan di bawah undang-undang dan sebagainya. Semua kebebasan ini
tertakluk kepada neraca hidup bernegara.

Janganlah kita terkeliru dengan kebebasan yang ditaja oleh barat. Barat
mencanangkan kebebasan bahawa setiap individu boleh melakukan apa saja
menurut kehendak hati dan nafsu walaupun ia bercanggah dengan kehendak
agama dan bertentangan nilai kemanusiaan yang luhur. Misalnya, perkahwinan
sesama jantina. Hari ini mereka mula sedar, bahawa kebebasan mutlak telah
menjahanamkan mereka. Malah bekas Presiden Amerika, George Bush menyeru
barat supaya kembali kepada agama Kristian. Hak asasi manusia yang bercanggah
dengan agama hendaklah ditinggalkan. Apa yang amat memelikkan adalah, di kala
barat sudah menyedari dan mengakui akan kesilapan dan keruntuhan mereka,
kenapa kita pulak yang berada di timur ini sibuk membincangkan kekebasan mutlak
yang telah menjahanamkan barat?

Islam sejak awal lagi sudah menjamin kebebasan manusia selaras dengan
fitrah kejadian manusia itu sendiri. Perlu dingatkan, fitrah kejadian manusia tertakluk
kepada undang-undang Pencipta. Dengan sebab itu, kita melarang seseorang
Muslim bebas bertukar agama tanpa sebarang had. Kalimah syahadah adalah
sebagai satu ikrar atau perjanjian yang termeteri antara seseorang hamba dengan
Tuhannya. Ikrar dan perjanjian itu wajib dikota, dan sesiapa yang murtad bererti dia
sudah melanggar perjanjian itu. Maka adalah wajar jika mereka dikenakan hukuman,
kerana kebebasan tersebut telah disalahgunakan.

Kebebasan yang dibenarkan adalah kebebasan menyatakan pendapat, buah


fikiran, teguran dan kritikan membina kepada pihak berkaitan. Kebebasan ini
meliputi kebebasan akhbar dan Internet yang menyalurkan maklumat tepat kepada
masyarakat umum, bukannya berita yang tidak benar, penuh umpatan, kata-kata
lucah dan nista, cerita yang tidak berfaedah atau menyiarkan gambar-gambar
merendahkan martabat manusia.

Janganlah kita berhujah dengan menyatakan kitalah yang paling banyak


membayar cukai pendapatan negara maka kita bebas melakukan dan mendapatkan
apa sahaja tanpa sekatan. Cukai yang dibayar ada timbal balasnya. Sedarkah kita
cukai yang dibayar itu juga digunakan menjaga keselamatan, keamanan dan
kestabilan negara? Nikmat keamanan inilah yang menyebabkan kita dapat
mengumpul dan membuat duit dengan banyak. Siapakah yang lebih mendapat
keuntungan dengan nikmat keamanan ini? Hargailah ia, janganlah terlalu ultra
kiasu.
96
Laman blog saya dihentam dengan begitu dahsyat, maki hamun, kata-kata
nista, pernahkah saya membalasnya dengan kata-kata yang hampir sama? Saya
rela diperlakukan sedemikian. Saya mengambil prinsip jangan ikut seperti mereka?
Perlukah saya menurunkan maruah diri saya ke tahap seperti mereka?

Sudan tentu tidak. Saya menulis berdasarkan kajian dan pembacaan. Jika
tidak setuju, kemukakan fakta, kita bahaskan. Jika mahu berdebat, buatlah secara
profesional. Jangan ajak saya berdebat di tempat yang penuh ultra kiasu.

Hari ini kita perlu bertanya apa yang boleh kita sumbangkan kepada negara
bukannya berkata apa yang negara boleh berikan pada kita setelah kita membayar
cukai pendapatan. Saya cukup yakin mereka yang banyak bercakap inipun tidaklah
terlalu banyak membayar cukai. Syarikat-syarikat besar yang membayar cukai
sebenarnya menghargai keamanan yang telah disediakan, walaupun tidak dinafikan
ada segelintir yang lari dan membawa wang keluar untuk dilaburkan di luar negara.
Tidak kurang pula yang telah menyerahkan kewarganegaraan dan menjadi rakyat
negara lain. Kita tidak perlu berasa rugi, kerana manusia seperti ini adapun serupa
tiada, bila adapun menyusahkan sahaja.

Hanya orang yang tidak waras sahaja yang mengikhtiraf kebebasan mutlak.
Kebebasan mutlak sebenarnya tidak wujud dalam kehidupan insan yang bergelar
manusia yang bertamadun. Teringat saya kepada kata-kata Dr. Carmen Lawrence
(2006), the survival of our democracies depends not on our capacity to hit back at
the terrorists, but on our capacity to think for ourselves.

Justeru, janganlah hairan jika umat Islam tampil mempertahankan hak mereka
kerana itu termasuk dalam ruang lingkup kebebasan. Kebebasan mempertahankan
maruah dan hak masing-masing. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya adalah syahid, sesiapa
yang terbunuh kerana mempertahankan marualmya adalah syahid, sesiapa yang
terbunuh kerana mempertahankan agamanya adalah syahid dan sesiapa yang
terbunuh kerana mempertahankan keluarganya adalah syahid." (Hadis riwayat Abu
Daud, Nasa’i dan Tirmizi).

Kebebasan mutlak sebenarnya tidak wujud dalam masyarakat bertamadun


kerana masyarakat bertamadun ialah masyarakat yang dikawal oleh sistem,
peraturan dan undang-undang. Golongan yang menjadikan hawa nafsu sebagai
panduan bukanlah masyarakat yang bebas, sebaliknya adalah masyarakat yang
sesat, sesesat-sesatnya. Kebebasan harus ada batasnya. Bagi orang Islam,
kebebasannya berpandu kepada Quran dan Sunnah. Manakala bukan Islam
berpandukan kepada kitab masing-masing. Dalam konteks kehidupan bernegara
pula, Perlembagaan itulah panduan kepada ertinya kebebasan. Justeru, rujuklah
Perlembagaan bila ada masalah dan percanggahan. Jika kita menginterpretasi
Perlembagaan ikut kepentingan dan nafsu sendiri, maka buruklah padahnya.

97
DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 17 Januari 2010

MASALAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

KITA bergaduh dalam semua aspek. Semua yang baik ditolak mentah-mentah
kerana hanya datang daripada sekumpulan yang tidak bersefahaman dengan kita.
Kadang-kadang saya amat kasihan melihat umat Islam. Sampai bilakah kita harus
begini? Bilakah mereka boleh duduk semeja untuk mencapai persetujuan bersama
dalam perkara-perkara bersifat fundamental? Memang saya tidak nafikan kita boleh
bersetuju untuk tidak bersetuju, tetapi takkan dalam semua perkara. Sekurang-
kurangnya kita boleh bersetuju dengan perkara-perkara asas. Sayangnya, dalam
perkara asaspun bergaduh juga.

Sebagai umat Islam, kita berasa amat malang, kerana mereka yang tidak ada
kena mengena dengan kalimah Allah pun tidak menyokong kita atau setidak-
tidaknya bersikap neutral. Saya hanya mendengar kenyataan presiden MCA sahaja
yang bersikap neutral, mahukan kita berhenti menuding jari kepada UMNO dalam
isu ini. Namun, kenyataan beliau dikecam hebat dalam laman web dan kumpulan
ultra kiasu. Beliau dikatakan cuba menagih simpati UMNO dan menutup masalah
dalaman MCA.

Kumpulan ultra kiasu juga menentang habis-habisan UMNO dan umat Islam
yang mahu mempertahankan kalimah Allah. Jika mereka ikhlas, sudah tentu
kalangan mereka yang bukan Kristian yakni beragama Buddha-Taoism- Konfucius
akan bertindak neutral, sebab mereka tidak menyembah Allah. Ini tidak, mereka
secara terang menyokong penggunaan kalimah Allah kalangan Kristian, wal hal isu
ini tiada kaitan pun dengan mereka. Inilah nasib UMNO selalu sendirian dalam
mempertahankan Islam di dalam dan di luar Barisan Nasional. Tertanya-tanya saya
bilakah masanya orang bukan Islam akan menyokong Melayu Islam. Adakah benar
parti ultra kiasu ini menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS? Apakah
umat Islam tidak sedar kadang kala mereka diperalatkan?

Saya dapat simpulkan di sini, maknanya, apa yang umat Islam lakukan, tetap
akan dianggap salah disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza. Saya amat
takut dengan gejala yang berlaku. Orang lain bertepuk tangan dan bersorak gembira
melihat perpecahan dan kelemahan kita dan mungkin menunggu masa untuk
mengambil kesempatan.

98
Cuba kita ambil ikhtibar bagaimana bersatunya orang lain. Jangan bercakap
soal perkara agama yang bersifat fundamental, sudah semestinya mereka bersatu.
Lihat sahaja contoh terbaru berkaitan dengan pendidikan menengah mereka. Ketika
pihak kerajaan sibuk meningkatkan mutu pendidikan negara melalui
penambahbaikan sekolah rendah dan menengah kebangsaan, persatuan-persatuan
Cina yang diketuai oleh Dong Jiao Zong pula sibuk memperkatakan akan keperluan
kepada bantuan dan penambahan bilangan Sekolah Menengah persendirian Cina
(SMPC). Sekolah vernacular ini memerlukan sejumlah wang 300 juta setahun untuk
menampung kos operasinya. Kini sebuah lagi sekolah dibuka di Kulai Johor menjadi
61 buah kesemuanya dengan lebih 60,000 murid. Alasan mereka cukup simplistik,
permintaan ke atas sekolah ini semakin tinggi dan kos operasi semakin meningkat.
Bantuan kerajaan amat diperlukan bagi meringankan beban komuniti Cina dan
pihak-pihak yang bertanggungjawab. Kesan dan akibat kemunculan sekolah ini tidak
pernah dikaji, terutama dari segi prestasi bahasa Melayu dan pergaulan mereka
dengan orang Melayu dalam sebuah negara berakarkan Melayu.

Saya tidak pernah terkejut dengan peningkatan permintaan ke atas SMPC ini.
Hatta, jika dibina 100 buah lagipun, is tidak akan pernah cukup. Selagi ada sekolah
jenis kebangsaan di dalam sistem pendidikan negara, selagi itulah permintaan ke
atas SMPC menengah akan bertambah. Saya amat yakin, usahawan-usahawan,
alumni-alumni, persatuan-persatuan dan badan-badan perniagaan Cina akan terus
memberi sokongan dan bantuan kewangan yang tidak berbelah bahagi. Begitulah
bersatu-padunya mereka, seolah-olah merekalah yang sebenarnya menyahut
seruan Islam seperti mana Firman Allah dalam Al- Quran, berpegang teguhlah
kamu kepada tali Allah dan jangan kamu berpecah belah (Al-Imran: 102)

Pengecualian

Ditakdirkan pengecualian cukai diberikan terhadap mereka yang membantu


SPMC ini, saya yakin kebanyakan cukai pendapatan akan dicurahkan ke sekolah-
sekolah ini. Itulah sikap mereka selama ini saya puji, bersatu dalam senyap tanpa
mengira latar belakang mahupun ideologi politik. Pada mereka, pendidikan nenek
moyang perlu diutamakan, berbanding yang lain-lain termasuk perkara berkaitan
dengan pembinaan negara bangsa dan semangat patriotisme. Ini belum termasuk
bantuan mereka terhadap Institut pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti Kolej dan
Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Terbuka Wawasan dan sebagainya.

Pada saya, selagi sekolah vernakular wujud dalam sistem, selagi itulah isu
SMPC akan terus berkumandang. Saya teramat yakin jika sekiranya SMPC dibiayai
oleh kerajaan atau dibina dengan lebih banyak lagi suatu hari nanti, lihatlah tidak
ada seorangpun pelajar Cina akan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK). Bayangkanlah keadaan negara kita pada ketika itu. Adakah perpaduannya
akan semakin kuat atau rapuh?

Saban minggu ada sahaja isu-isu pendidikan Cina yang dibangkitkan oleh
Dong Jiao Zong dan sekutunya dalam akhbar-akhbar perkauman dan sewaktu
99
dengannya. Kelihatan seolah-olah isu pendidikan negara kita tidak pernah selesai.
Saya tidak nampak mereka menghadapi masalah kewangan seperti mana yang
diwar-warkan. Ia sengaja ditimbulkan bagi menarik simpati dan strategi pilihan raya
akan datang. Sepatutnya kita berpakat-pakat memberi input bagaimanakah sekolah
kebangsaan yang sedia ada dapat dipertingkatkan lagi kualitinya. Ini tidak, mereka
asyik menyanyi tak sudah-sudah dan memberi¬kan tekanan kepada kerajaan. Inilah
strategi ultra kiasu yang mesti kita lihat seharus serius dan ditangani secara
berhati-hati.

Pada hemat saya, kita tidak perlu bising-bising lagi membangkitkan masalah itu
dan sini, kekurangan peruntukan sana dan sini. Formulanya mudah sahaja,
masukkan kesemua mereka ke sekolah menengah kerajaan. Mereka telah ada asas
yang baik dalam bahasa Mandarin ketika berada di sekolah vernakular. Bila
mengalami kesempitan, maka kerajaan yang disalahkan kerana tidak membantu
sekolah persendirian. Yang buruknya semuanya UMNO, yang baik hanya mereka.
Bayangkan selepas ini, selesai sahaja penamatkan pengajian di SMPC, mereka
meneruskan pengajian ke IPTS perkauman. Bilakah masanya mereka dapat bergaul
dan bercampur dengan pelajar Melayu?

Saya amat yakin, keadaan ini wujud disebabkan oleh sikap kita terlalu
perkauman dan memandang rendah kepada keupayaan sekolah kebangsaan.
Kalau tidak percaya, buat kajian di untuk melihat pandangan mereka terhadap
sekolah kebangsaan berbanding dengan sekolah vernakular. Majoriti akan
mengatakan sekolah vernakular lebih baik dari SekolahKebangsaan. Guru-guru
mereka lebih rajin dan berdedikasi berbanding guru-guru Sekolah Kebangsaan.
Pendek kata, semua yang baik adalah sekolah perkauman, manakala yang kurang
baik itu adalah Sekolah Kebangsaan. Kadangkala sedih juga dengar pendapat guru
besar di salah sebuah sekolah ke bangsaan di Johor baru-baru ini, apabila ditanya
resepi kejayaan sekolah sehingga terpilih menjadi kumpulan pertama 20 buah
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Jawapannya begitu simplistik, kerana amalan
baca Yasin dan salam cium tangan guru. Secara prinsip, saya tidak menafikan
kedua faktor tersebut turut menyumbang. Tetapi mesti ada faktor lain yang lebih
solid yang boleh kita tonjolkan berasaskan kepada kajian dan penyelidikan dalam
memberikan jawapan yang lebih bernas. Janganlah beri jawapan simplistik
sedemikian. Bukan apa, dibimbangi ultra kiasu akan mengambil kesempatan
dengan memanipulasikan hujah sebegini.

Bimbang

Lagipun, saya bimbang selepas ini para pelajar akan bertindak membaca Yasin
saban hari dan bersalam mencium tangan guru tanpa mahu berusaha lagi. Hujah
simplistik harus berhati-hati ketika mahu digunakan. Islam bukanlah sebegitu mudah
sebagaimana yang disangka. Sama juga kepercayaan bahawa dengan meminum air
zam-zam boleh membawa berkat dan menjadi penerang hati. Jika begitulah
mudahnya Islam, tidak perlu kita bersusah-payah lagi. Kumpulkan pelajar-pelajar

100
yang gagal peperiksaan atau yang jahat-jahat, kemudian pakat-pakat minum air
zam-zam, maka cerdiklah atau baiklah mereka selepas itu. Inilah bentuk pemikiran
yang perlu diubah dan berubah. Perlu dibezakan antara hujah utama dan hujah
tambahan, tanpa menafikan faktor Islam sebagai asas kecemerlangan. Jangan
salah faham dengan konsep tawakkal.

Pada saya, guru besar tersebut perlu berhujah secara lebih akademik dengan
mengambil kira faktor dedikasi guru-guru Melayu Islam (juga bukan Islam) di
sekolah kebangsaan tersebut, dan banyak lagi faktor lain seperti latar belakang
murid-murid, keprihatinan ibu bapa, lokasi, dan sebagainya. Saya pernah beberapa
kali pergi ke tempat tersebut. Bukan sahaja sekolah, malahan masjid dan bandar di
sana turut ditadbirkan dengan baik dan pernah menerima beberapa anugerah
peringkat nasional. Tahniah!

Saya tidak berniat untuk mengapi-apikan isu ini. Tetapi saya tidak mahu lagi
dengar sekolah kebangsaan dipandang rendah dan dihina serta dihentam oleh
kumpulan ultra kiasu. Inilah kebenaran yang amat pahit untuk ditelan tetapi
terpaksa diluahkan. Sebenarnya, sekolah kebangsaan banyak yang hebat dan
mungkin lebih baik dari sekolah vernakular, cuma kadangkala kita tidak pandai untuk
menonjolkannya sebagaimana ultra kiasu menonjolkan sekolah dan diri mereka.
Mereka begitu pandai berlakon, memberi publisiti untuk mengaburi mata kita
sehingga kadangkala kita terpesona dan terpengaruh tanpa mahu menoleh ke ke
belakang lagi. Ingat, hari ini mereka sibuk dengan kempen keahlian di kalangan
Melayu Islam. Justeru, dalam usaha untuk mengalihkan perhatian mereka dan
menjadikan kita lebih relevan, maka kita perlu berhujah berasaskan ilmu dan kajian,
bukan memberi hujah yang pelik-pelik dan emosi semata-mata.

Bila saya bentangkan contoh-contoh ini, saya mohon saudara selslam saya
mengambil ikhtibar betapa orang lain sudah menggapai bintang. Apakah kita masih
terus mahu berada di awan? Pernahkah kita duduk semeja berbincang mengenai
tahap pendidikan kebangsaan kita? Bagaimanakah tahap perpaduan di kalangan
rakyat berbilang kaum di negara? Sejauhmanakah kita memahami hubungan antara
majoriti-minoriti? Apakah garis panduan dan formula yang perlu dipakai? Ataupun
kita mahu menggunakan pendekatan hak asasi manusia yang kadang kala langsung
tidak berasas?

Saya fikir sudah sampai masanya umat Islam bersatu dan berfikir akan masa
depan mereka. Jangan terlalu berpolitik. Ia tidak menguntungkan kita, malahan akan
menghancurkan. Kenapa kita sanggup cabar-mencabar dan kadang kala hampir
mahu menggunakan kekerasan sesama sendiri? Apakah ia menguntungkan?
Tidakkah kita boleh berbincang untuk memperkasakan pembinaan sebuah negara
bangsa bertunjang Islam sebagai agama persekutuan?

Kita perlu berfikir dan memerah keringat untuk memperkasakan perkara asas
beragama dan bernegara dalam masyarakat berbilang kaum. Kita tidak boleh
menafikan hak orang bukan Melayu kerana kita telah menerima mereka seadanya.
101
Namun demikian, itu bukan bermakna kita perlu mengikut segala kehendaknya. Kita
ada perlembagaan sebagai asas kehidupan bernegara. Ia perlu dipertahankan dan
diterjemahkan secara berani.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad, 31 Januari 2010

MENANG PADA SATU PIHAK


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

INSIDEN ceramah berbau perkauman dalam program Rapat 1Malaysia baru-baru


ini, perlu dijadikan teladan oleh semua pihak, terutama dalam membangkitkan
perkara-perkara yang sensitif yang menyentuh sensitiviti kaum. Sudah menjadi
amalan politik di negara kita, satu kesalahan yang dilakukan akan dijadikan senjata
untuk menarik seseorang jatuh dengan melupakan seribu kebaikan yang pernah
dilakukan. Inilah hakikat yang perlu kita terima.

Dengan sebab itu, kita perlu berhati-hati dalam berhujah agar tidak masuk
perangkap. Hujah-hujah yang dikemukakan mesti disertai dengan fakta yang bernas.
Hujah yang beremosi hanya akan memakan diri dan menjatuhkan maruah agama
kita, apatah lagi jika tidak disokong dengan fakta ilmiah.

Insiden ini mengingatkan saya akan jemputan pemuda MCA pada 2 Februari
2010 baru-baru ini yang mahukan saya berdebat dengan barisan pemuda mereka
mengenai sistem pendidikan Cina bersama-sama Profesor Khoo Kay Kim. Saya
terpaksa menarik diri menyertai debat tersebut kerana pihak penganjur agak tidak
profesional dalam cara pengendaliannya.

Sebelum jemputan dibuat, saya telah beberapa kali mengingatkan pihak


penganjur agar memilih tempat yang agak neutral untuk berdebat seperti di dewan-
dewan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan bukannya Dewan Perhimpunan
Cina sebagaimana yang dicadangkan, atau paling tidak, dewan berhampiran iaitu
Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun, cadangan saya tidak diambil berat.

Alasan penganjur amat simplistik, semua dewan IPTA penuh, kecuali Dewan
Perhimpunan Cina. Saya berasa amat pelik, takkan ketua pemuda mereka, seorang
timbalan menteri pelajaran, tidak dapat mencari dewan lain atau sekurang-
kurangnya dewan sekolah di bawah seliaan kementeriannya. Namun, saya tetap
bersetuju untuk hadir walaupun diadakan di tempat yang penuh ultra kiasu, sebab
pihak penganjur berkata debat tersebut akan disiarkan secara langsung melalui
salah satu saluran televisyen swasta.

102
Saya berasa lega jika dapat disiarkan secara langsung. Bukan apa, saya tidak
mahu debat dan hujah saya dimanipulasikan selepas itu. Dua hari sebelum debat
berlangsung, pihak penganjur mengatakan bahawa, tidak ada siaran langsung,
hanya debat biasa sahaja, yang akan dihadiri oleh sekumpulan ultra kiasu. Saya
terpaksa membatalkan keputusan untuk menyertai debat tersebut disebabkan oleh
sikap bias pihak penganjur. Jangan tuduh saya penakut pula untuk berhadapan
dengan mereka.

Persoalan saya, kenapa kita begitu beriya-iya benar nak mengadakannya di


Dewan Perhimpunan Cina? Tidak ada tempat lainkah yang lebih baik? Alasan lain
mengatakan forum terpaksa diadakan di sana di sebabkan Tahun Baru Cina
semakin hampir bukanlah alasan yang kukuh. Masa masih panjang. Apa yang
penting ialah forum tersebut mesti dianjurkan secara profesional, di tempat yang
neutral, agar dapat dihadiri oleh semua peringkat masyarakat. Barulah adil kepada
saya.

Saya tidak mahu menjadi mangsa manipulasi akhbar-akhbar perkauman dan


kumpulan ultra kiasu. Cukuplah dengan apa yang telah saya alami selama ini. Satu
perkara yang saya ingin ingatkan bahawa menegakkan kebenaran itu adalah suatu
perjuangan yang pahit. Kita perlu banyak bersabar. Kesabaran ini perlu diikuti
dengan usaha menimba ilmu melalui pembacaan dan kajian. Perkara ini amat
penting supaya fakta atau hujah yang dikemukakan sukar untuk untuk dipatahkan
mahupun dipertikaikan.

Hujah

Lebih baik lagi biarlah hujah tersebut mengikut bidang kepakaran masing-
masing, agar ia mempunyai lebih berortoriti. Kadang kala saya amat pelik yang bila
mana mereka yang tidak ada kaitan dengan bidang kepakaranpun, beriya-iya
hendak menulis dan bercakap sehingga tulisan dan pendapat mereka tersasar jauh.
Inilah salah satu ciri ultra kiasu.

Budaya ini juga disebut oleh Syed Hussein al-Attas sebagai budaya pandir,
yang merujuk kepada budaya politik yang tidak ada nilai-nilai intelektual. Teringat
saya kepada kata-kata pujangga Islam, kita sepatutnya menjadi orang yang tahu,
dia tahu, yang dia tahu, inilah yang terbaik. Kalau tidak boleh, jadilah golongan
seterusnya iaitu orang yang tahu, dia tidak tahu, yang dia tahu atau mereka yang
tidak tahu, dia tahu, dia tidak tahu. Kategori ini masih boleh diterima. Tetapi
janganlah jadi manusia yang amat rendah darjatnya iaitu dia tidak tahu, dia
tidak tahu bahawa dia tidak tahu atau dia tidak tahu pura-pura buat macam
tahu. Kategori akhir ini jahil namanya. Perkara inilah yang perlu dihindari apabila
mengemukakan hujah.

Dalam membicarakan landskap politik Malaysia, budaya pandir ini yang amat
sukar untuk dihapuskan. Kita suka melabelkan seseorang yang tidak disukai tanpa

103
menilai fakta yang cuba dikemukakan. Lebih serius sampai kita sanggup kita
menolak kebaikan yang dilakukan disebabkan oleh sentimen berpolitik.

Lihat sahaja budaya politik antara pemerintah dengan pembangkang, iaitu


UMNO (BN) dengan PAS, PKR dan parti ultra kiasu. Di mata pembangkang, tidak
ada satupun kebaikan UMNO yang memerintah selama ini, semuanya buruk.
Termenung memikirkan, adakah selama ini tidak ada sedikitpun jasa UMNO
terhadap negara kita? Adakah apa yang kita nikmati selama ini berlaku secara
semula jadi tanpa perancangan? Sekurang-kurangnya berilah pandangan kalaupun
tidak banyak, sedikitpun tak apa, akan beberapa kebaikan UMNO. Begitu juga
sebaliknya, pandangan UMNO terhadap pembangkang. Jangan tolak semua. Politik
pandir sebegini perlu dihentikan. la tidak menguntungkan sesiapa.

Selaku ahli akademik, saya melihat UMNO pun ada peranan, pembangkang
juga ada peranan dalam demokrasi. Kedua-duanya memberikan sumbangan dalam
pernbangunan politik, Baru ada check and balance. Tetapi, janganlah bertindak
kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Disebabkan oleh seorang yang
membawa masalah, maka kita pukul rata itulah kesemuanya. Satu dua orang yang
terlibat dengan rasuah, maka semua dikatakan rasuah. Persoalan saya, adakah bila
kita memerintah, semuanya baik belaka, tidak ada rasuah langsung?

Sebagai umat Islam, kita harus memuji usaha-usaha untuk memerangi rasuah,
tidak kira negeri mana sekalipun kerana kita perlu mengikhtiraf kebaikan yang
dilakukan oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang dan ideologi. Tetapi
jangan kerana satu kesalahan, sehingga kita sanggup lupa seribu kebaikan yang
telah dilakukan orang lain. Saya masih teringat kata-kata seorang ahli tasauf yang
begitu terpahat di sanubari sehingga ke hari ini. Katanya, jika mahu hidup selamat
dan sepakat, ingat dua perkara dan lupakan dua yang lain.

Selalu ingat pertolongan orang pada kita, lupakan pertolongan kita pada
orang. Ingat, salah kita pada orang, lupakan salah orang pada kita. Tidakkah
kita boleh berpolitik berlandaskan akhlak sedemikian? Bukankah kita beragama
Islam dan bersaudara! Kenapa kita terlalu berkira dan ingin membalas dendam
sesama sendiri?

Semua insiden ini mengingatkan saya satu lagi insiden yang hampir sama bila
mana orang kuat parti Gerakan, pernah mengeluarkan kenyataan orang Melayu
adalah juga pendatang. Kenyataan ini teramat sensitif, namun tidak ramai yang
tampil ke hadapan mendesak beliau meletak jawatan. Lebih hiba lagi, kumpulan
ultra kiasu ini menyokong kenyataan ini.

Insiden ini memperlihatkan seolah-olah ada pakatan senyap yang begitu licik.
Bersatu dalam senyap. Begitu juga isu kalimah Allah yang banyak dibincangkan
secara bebas di laman-laman web ultra kiasu. Kadangkala naik ngeri membaca
artikel dan komen-komen yang dilontarkan. Mereka yang tidak menyembah Allah
pun tidak menyokong kita atau melakukan protes? Ini belum campur lagi ultra kiasu

104
yang menghina kedudukan raja-raja Melayu dan yang terbaru Almarhum Sultan
Johor? Bayangkan pula ucapan-ucapan sesama mereka yang tidak dapat difahami
oleh kita semua. Kenapa segelintir ultra kiasu ini masih bebas dan tidak dikenakan
tindakan?

Itulah yang selalu saya kata, bila kena pada Melayu, heboh satu Malaysia,
seolah-olah tidak ada cerita lain. Bila kena pada diri sendiri atau kumpulan sendiri,
buat-buat senyap. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Bila kesalahan dilakukan
oleh orang Melayu maka dipaksa letak jawatan dan memohon maaf secara terbuka.
Bila kena pada mereka, adakah desakan itu dibuat? Pernahkah mereka meminta
maaf secara terbuka sedangkan perbuatan mereka juga amat mengguris hati umat
Islam? Saya fikir ahli parlimen Jelutong faham apa yang saya maksudkan.

Saya lihat hubungan kaum di kalangan kita semakin rapuh. Jarang sekali
berlaku situasi menang-menang (win-win). Apa yang selalu kita lihat adalah satu
pihak menang besar, di pihak lain pula kalah terduduk. Persoalannya, sampai
bilakah budaya pandir ini mahu diteruskan? Dalam hidup ini, kita perlu telus dan
jangan hanya pandai memanipulasikan isu bagi mendapatkan publisiti murahan.

Saya sungguh teruja melihat cara ultra kiasu mempolitikkan gagasan


1Malaysia. Apa-apa juga kekurangan atau sesuatu yang dirasakan tidak adil, maka
gagasan 1Malaysialah disalahkan. Sedangkan mereka sendiri bukan tidak faham
akan maksud gagasan itu yang sebenar. Saya masih teringat, satu majlis makan
malam yang secara kebetulan dalam majlis tersebut banyak menghidangkan
makanan berdaging berbanding vegetarian, kerana bilangan bukan Islam boleh
dikira dengan jari. Mereka yang tidak makan daging serta merta memberontak
meninggalkan majlis sambil menghamburkan kata-kata, "ini bukan 1Malaysia"?
1Malaysia disalahkan kerana tidak berasaskan sama rata sama rasa iaitu 1 = 1 atau
satu daging = satu sayer.

Dalam menyelesaikan kemelut ini, penegasan perlu dibuat segera bahawa


gagasan 1Malaysia bukanlah konsep sama rata sama rasa tetapi bersandarkan
kepada perlembagaan persekutuan.

Perlembagaan adalah sesuatu yang hidup. Justeru, ia mesti dijadikan rujukan


asas dalam memahami kehidupan bernegara. Inilah asas ucapan 1 Malaysia yang
perlu ada apabila kita diberi peluang untuk berucap di khalayak, agar apa yang kita
sampaikan, tidak dimanipulasikan.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 7 Februari 2010

105
IKTIBAR TAHUN HARIMAU
Dr. Mohd Ridhuan Tee

PENGAJARAN tahun harimau, bersyukurlah dengan apa yang ada (Mingguan


Malaysia 14 Februari 2010)

Apabila saya mengemukakan formula keadilan dan perpaduan mengikut


statistik penduduk 60 – 40 (Islam – bukan Islam) berkaitan hak pembinaan rumah
ibadat, agihan ekonomi dan politik dalam menyelesaikan masalah etnik dalam
Mingguan Malaysia bertarikh 27.12.2009, saya dikecam, dihentam dan digodam.
Pada saya, itulah formula keadilan, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Terbaru,
Centre for Policy Initiative (CPI) yang diketuai oleh Lim Teck Ghee mahukan formula
tersebut diguna pakai dalam perkhidmatan awam disebabkan oleh dominasi orang
Islam dalam sektor ini, agar tidak berlaku zero sum game. Tidak ada seorangpun
yang marah atau mengecam beliau, malah boleh dikatakan semua bersetuju.

Dahulu, formula ini ditentang, sekarang terhegeh-hegeh mahu ianya diterima.


Inilah sifat yang perlu disisihkan untuk mendepani dunia yang makin mencabar. Bila
rasa kurang, mahu ditambah. Bila sudah terlebih, didiamkan sahaja, kalau boleh
mahu ditambah lagi sehingga membukit. Asyik mahu menang besar atau ultra
kiasu.

Siapakah yang sebenarnya mengamalkan zero sum game? Saya yakin CPI
sudah ada jawapannya.

Sebelum ini, parti-parti komponen BN yang tidak perlu saya sebutkan lagi,
sibuk mendesak kerajaan mahukan sektor perkhidmatan awam mestilah
mencerminkan populasi kaum iaitu penguasaan 25 peratus orang Cina, 15 peratus
lain-lain kaum. Persoalannya, kenapakah formula ini tidak diaplikasikan dalam
bidang ekonomi atau sektor swasta yang didominasi bukan Islam? Bukankah ini
yang dinamakan keadilan?

Kajian demi kajian yang dilakukan, sudah memberikan jawapan bahawa bukan
Melayu tidak berminat bekerja dalam perkhidmatan awam kerana gaji yang rendah.
Kalau adapun yang berminat, mereka hanya akan memilih sektor yang banyak
memberikan pulangan besar iaitu jawatan berpangkat tinggi. Dalam perkhidmatan
polis misalnya, daripada 250 belia bukan Melayu yang dikaji, lebih 80 peratus
mahukan jawatan tinggi kepolisan berbanding jawatan pangkat rendah.

Kajian ini sudah jelas menunjukkan psiki bangsa-bangsa yang ada di negara
kita akan kecenderungan mereka. Cubalah fahami hakikat ini dan berlapang dada.

Ternyata, trend sengaja menonjolkan yang negatif atau yang masih belum
cukup dengan sengaja menyembunyikan perkara yang positif, semakin menjadi-jadi.
Golongan ini sengaja memejamkan mata akan sejarah perkhidmatan awam di
negara ini, yang tidak dapat lari daripada perkara 154 Perlembagaan Persekutuan.

106
Perkara ini menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Yang di-
Pertuan Agong untuk menentukan rizab bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah
dan Sarawak dengan memperuntukkan suatu kadar bilangan jawatan dalam
perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu. Menurut Mohd Suffian
Hashim (1987), rasional perkara ini adalah pada awal kemerdekaan, bilangan orang
bukan Melayu dalam perkhidmatan awam terlampau ramai, berbanding Melayu di
buminya sendiri. Pada ketika itu, orang bukan Melayu lebih terdedah kepada
pendidikan di bandar berbanding Melayu yang rata-rata berada di luar bandar.

Menurut kajian Comber (2007), penyertaan kaum bukan Melayu (Cina) tidak
ramai hari ini dalam perkhidmatan awam, kerana mereka lebih terpesona kepada
sektor korporat atau perniagaan sendiri. la dilihat sebagai satu kerjaya yang lebih
baik berbanding makan gaji dalam sektor awam sekadar cukup makan. Lagipun,
kaum ini berjiwa besar, bangga dengan tamadun mereka, tidak mahu diperintah dan
lebih suka memerintah dengan berdikari. Psiki ini perlu difahami semua. Kajian juga
menunjukkan wujud persepsi, adalah sukar untuk mendapat jawatan dalam
perkhidmatan awam kerana sektor ini telah dibolot oleh orang Islam atau
persekitaran Melayu. Jika berjaya pun mendapatkan sesuatu jawatan itu, terlalu
sukar untuk mendapat kenaikan pangkat. Hujah ini turut disokong bahawa bukan
Melayu agak tidak selesa bekerja dalam persekitaran Melayu, kerana asuhan atau
sosialisasi politik mereka yang berbau perkauman seperti tempat tinggal,
pendidikan, media dan sebagainya (Yew Yeok Kim, 1982). Tambahan pula, syarat
kepujian dalam Bahasa Melayu adalah antara halangannya.

Sebenarnya, kerajaan telah memberi dan membuka peluang kepada bukan


Melayu dalam sektor perkhidmatan awam. Kita lihat banyak muka-muka bukan
Melayu memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam termasuk ketua
setiausaha kementerian, jawatan-jawatan kanan dan sebagainya, berbanding
sebelumnya.

Tidakkah ini satu perubahan dan keterbukaan? Dalam sektor perbankan


misalnya, banyak bank yang dipunyai oleh orang Islam, menampakkan bilangan
bukan Melayu yang agak ramai berbanding dengan muka Melayu dalam bank
bukan Melayu. Inilah satu satu ciri keterbukaan agama Islam. Saya minta Teck
Ghee buat kajian berapa peratus orang Melayu diterima bekerja dalam syarikat
bukan Melayu serta berada ramai yang diperalatkan untuk melariskan jualan?
Justeru, tidakkah wajar Melayu berada dalam perkhidmatan awam? Barulah
menang-menang.

Isu yang dibangkitkan oleh CPI ini mengingatkan saya kepada bantuan RM15
juta diluluskan oleh kabinet untuk membantu ibu-ibu tunggal yang beragama Islam.
Isu ini terus dimanipulasikan tanpa henti saban hari oleh penulis dan media ultra
kiasu. Mereka mendesak kerajaan agar ibu-ibu tunggal bukan Islam mesti turut
dibantu. Saya tidak menafikan bahawa kerajaan perlu membantu mereka yang

107
memerlukan, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan ideologi. Prinsip,
Islam amat jelas dalam menangani isu ini.

Selaku Yang di-Pertua PIBG sekolah menengah majoriti bukan Islam, sayalah
paling banyak meluluskan bantuan yuran sekolah ke atas pelajar bukan Islam
berbanding pelajar Islam, kerana merekalah lebih ramai yang memerlukan bantuan
setelah disiasat latar belakangnya. Jangan tuduh saya rasis pula, sekadar
menyahut seruan 1Malaysia, tanpa mengambil kesempatan. Tidak salah membantu
kafir zimmi, selagi mana mereka tidak menentang Islam. Yang dibimbangi ialah
segelintir yang digelar kafir harbi, yang terang-terang menghina dan menentang
Islam. Golongan ini tidak layak berada di bumi bertuah ini.

Kiasu

Saya tidak selicik ultra kiasu yang memperalatkan gagasan 1Malaysia untuk
memenuhi cita-cita mereka. Saya juga ingin melihat keadilan turut dipraktiskan sama
di bawah negeri ultra kiasu yang mencanangkan mahu mengikut pemerintahan
Umar Abdul Aziz. Kenapa CPI tidak membuat kajian atau memberikan pandangan
yang sama di negeri ultra kiasu tersebut dari segi agihan ekonomi. Tidakkah
Khalifah .Umar Abdul Aziz mahu melihat keadilan ini dilaksanakan? Termasuk gerai-
gerai orang Islam yang sedang rancak dirobohkan? Kenapa dasar-dasar Umar
Abdul Aziz tidak muncul-muncul? Saya ingatkan umat Islam supaya berhati-hati
dengan dasar Middle Malaysia, termasuk think-tank mereka yang cuba berlagak
seolah-olah bebas tanpa berpihak. Sebenarnya ada niat tersembunyi untuk
memenuhi agenda tersurat dan tersirat ultra kiasu.

Saya menyarankan supaya kajian demi kajian dilakukan, berasaskan formula


60-40 dalam semua bidang dengan bertunjangkan perlembagaan, bukannya
mengikut emosi dan mahu menjadi jaguh untuk mendapatkan 1 = 1. semua pihak
faham, bahawa pendapatan per kapita orang Islam masih ketinggalan berbanding
dengan bukan Islam. Ini bermakna, dari segi logik, oleh kerana populasi Islam agak
besar, sudah tentu lebih ramai kalangan mereka yang perlu dibantu berbanding
dengan bukan Islam.

Sama juga dalam isu ekonomi, penguasaan bukan Melayu telah melebihi 70
peratus, bermakna, ibu tunggal bukan Melayu sudah tentu lebih banyak mempunyai
peluang daripada ibu tunggal Islam. Lagipun cara hidup ibu tunggal Islam berbeza
dengan kehidupan bukan Islam. Ibu tunggal bukan Islam boleh bekerja dalam
semua sektor tanpa mengira halal haram. Tetapi ibu tunggal Islam ada batasannya.
Mereka tidak boleh mencari rezeki di tempat-tempat subahat seperti kedai judi, arak,
riba, kelab malam atau mendapatkan rezeki secara mungkar, walaupun saya tidak
nafikan ada yang bekerja di tempat tersebut. Maknanya, peluang Islam agak terhad
dalam bidang pekerjaan berbanding dengan bukan Islam.

Pada masa sama, orang Islam pula janganlah terlalu memilih kerja. Saya
jarang melihat orang Melayu Islam dalam sektor perburuhan, berbanding buruh

108
Indonesia. Sedih teramat sangat melihat belia remaja dan anak muda kita sanggup
melepak dan membuang masa tanpa kerja. Namun, terasa bangga pula membaca
berita sebahagian kecil orang Islam sanggup mencari rezeki dalam timbunan
sampah sehingga kehilangan nyawa.

Walaupun berita ini menyedihkan, tetapi semangat untuk mencari rezeki yang
halal patut dipuji. Golongan sebeginilah yang mesti dilihat secara serius oleh kita
semua dan dibantu melalui Dasar Ekonomi Baru serta tidak ketinggalan bantuan
zakat. Sebenarnya tidak timbul masalah ibu tunggal dan kemiskinan, jika institusi
zakat digerakkan sepenuhnya dengan telus.

Hari ini kita menghadapi masalah sebab ada segelintir orang Islam yang kaya
mahu terus menjadi kaya tanpa menghiraukan orang lain. Sifat mahu jadi kaya
adalah amat baik dan mulia. Tetapi harta itu milik Allah, ia harus dikongsi dengan
orang lain atau menyelamatkan ibu-ibu tunggal.

Akhirnya, kepada semua yang meraikan Tahun Baru Cina, saya ucapkan
Gong Xi Fa Cai. Semoga kedatangan tahun harimau akan menurunkan sifat ultra
kiasu harimau kepada kurang kiasu. Tahun harimau mengajar kita supaya lebih
berhati-hati dalam segala aspek kehidupan. Hindari perasaan dendam dan iri hari,
lebihkan sikap bersyukur dan menerima pendapat orang lain. Sikap ini akan menjadi
kita tidak mudah jatuh, kerana sekali kita jatuh, mungkin kita sudah tidak berdaya
untuk bangun kembali.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti


Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan
Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 14 Februari 2010

BAHANA PERKARA REMEH

Dr. Mohd Ridhuan Tee

Saya merasa pelik kenapa umat Islam hari ini banyak membuang masa
membincangkan dan membahaskan perkara yang remeh-temeh, sedangkan banyak
lagi perkara penting dan serius yang perlu diteliti mendepani abad ke 21 ini. Isu-isu
masa depan agama Islam dan survival umat Islam adalah antara perkara utama
yang perlu diberikan perhatian berbanding isu remeh-temeh seperti sama ada wajar
atau tidak berarak, ketika menyambut Maulidur Rasul. Saya yakin semua rakyat
Malaysia yang faham dan sudah tahu akan jawapannya. Kenapa perlu dibahaskan
perkara yang sudah jelas, termasuk isu-isu lain seperti hukuman sebat ke atas
wanita yang telah dijatuhkan hukum oleh mahkamah dan pertikaian sesama sendiri
yang tidak pernah habis.

109
Sempena keputeraan Rasulullah SAW, tidakkah lebih baik kita
membincangkan sama ada umat Islam berakhlak mengikut Baginda atau tidak?
Perpecahan umat Islam yang semakin menghancurkan dan banyak lagi perkara
berkaitan dengan masa depan kita di bumi bertuah ini. Berarak atau tidak
menjelang Maulidur Rasul, itu bukanlah soal akidah atau melibatkan hidup
mati Islam. Yang lebih penting adalah pengajaran daripada sambutan tersebut.
Apa guna sambutan dibuat secara besar-besaran, sedangkan kesannya amat
sedikit. Paling baik, sambutan hebat, kesannya juga hebat atau sambutan
sederhana, kesannya juga hebat.

Janganlah berlaku sebaliknya, sambutan hebat, wang habis, impaknya kurang


atau mungkin sedikit. Paling teruk, sudahlah sambutan tiada, ingatan terhadap
Junjungan Besar semakin pupus. Apa pun, sekurang-kurangnya sambutan Maulidur
Rasul mengingatkan kita kepada perjuangan Baginda. Begitulah indahnya budaya
masyarakat kita yang menunjukkan rasa dan cara kecintaan kepada Baginda SAW.

Kalau kita meninjau sirah, Baginda tidak pernah sama sekali membiarkan
hidup sia-sia dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kehidupan Baginda
adalah kehidupan yang berkualiti dalam setiap saat yang berlalu. Setiap detik
digunakan bagi tujuan jihad fisabilillah, dalam erti kata memastikan Islam dan
umatnya terus menjadi hebat, berketerampilan dan berkualiti. Lebih membanggakan
lagi, Islam tersebar ke segala ceruk rantau dunia. Inilah kemantapan perjuangan
Baginda yang mesti kita ikuti dan contohi.

Selain daripada kemantapan akidah, asas utama perlu dimulakan dengan


ikatan perpaduan dan persaudaraan. Kedua-dua elemen adalah asas kekuatan. Kita
hanya ada satu Rasul yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah
rujukan kita bersama al-Quran yang diwahyukan. Cara hidup dan peraturan yang
dibawa terbukti mampu mencipta kegemilangan yang disanjungi dan dikagumi
dunia, tidak ada yang mempertikaikannya, termasuk bukan Islam. Ini kerana, cara
hidup Baginda adalah yang terbaik sebagaimana Islam yang dibawa Baginda.
Justeru, tidak timbul isu untuk mempertikaikan kredibiliti Baginda dari apa jua sudut
sekalipun, untuk diikuti pada hari ini. Michael Hart (2007), menempatkan Baginda
sebagai orang yang paling hebat di dunia berbanding tokoh-tokoh terhebat dalam
sejarah tamadun dunia. Masihkah kita ragu-ragu?

Justeru, tidak timbul pertikaian sesama Islam berhubung isu atau masalah
yang telah selesai dan telah ada jalan penyelesaiannya. Misalnya berkaitan
hukuman sebat ke atas penzina dan peminum arak. Mahkamah syariah, sumber
tertinggi perundangan Islam negara, berkaitan hal ehwal umat Islam, telah
memutuskan, maka hormatilah keputusan tersebut. Kepakaran hakim-hakim yang
amat arif dalam bidang mereka tidak sepatutnya dipertikaikan. Kenapa beberapa
NGO wanita Islam seperti cacing kepanasan? Siapa yang kena sebat sebenarnya?
Kenapa perlu membuang masa mengadakan protes sana protes sini. Kita seolah-
olah bertindak bagi pihak orang bukan Islam. Mereka tidak perlu bertindak lagi

110
kerana kita sudah jadi wakil. Kita menghina keputusan mahkamah dan agama
sendiri. Apakah tindakan ini wajar? Tidakkah kita sedar bahawa mereka bertepuk
tangan melihat kita semakin jauh dari agama dan sunah Baginda. Tidak bersatu dan
bersaudara dalam banyak perkara.

Pengajaran

Apakah kita mahu terus membiarkan umat Islam terus melakukan maksiat
tanpa diberikan pengajaran? Apakah kita takut nanti kalangan kita yang kena sebat
dengan perlaksanaan hukuman tersebut? Kenapa terlalu beriya-iya
memperjuangkan hak asasi manusia? Saya teramat ingin melihat kita turut
memperjuangkan hak-hak Allah selain hak asasi manusia. Barulah kita boleh
mendapat penghormatan orang lain. Saya tidak mengatakan bahawa hukuman yang
sedang berjalan seratus-peratus mengikut syariat, tetapi sekurang-kurang sudah
ada jalan perintis ke arah itu. Hormatilah, kerana ia di bawah bidang kuasa mereka
yang pakar. Budaya merujuk pakar mesti dihidupkan supaya yang bukan pakar tidak
memandai-mandai. Jika baca Quran pun masih merangkak-rangkak, eloklah
bertanya kepada yang lebih arif. Jangan bertindak seperti jahil berlagak pandai,
akhirnya memakan diri.

Pesalah mesti dihukum. Kita tidak boleh melepaskan mereka terus


bermaharajalela. Seks bebas, arak, dan maksiat yang lain ibarat dadah, selalunya
ketagih. Melepas yang bersalah adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam
setelah proses kaunseling atau nasihat tidak meninggalkan kesan. Kemungkaran
mesti dibanteras, jika tidak ia akan menjadi barah dalam masyarakat, seterusnya
merebak merosakkan orang lain.

Inilah bentuk pemikiran yang dikatakan oleh Eleanor Roosevelt, Great minds
discuss ideas. Average minds discuss events. Small minds discuss people.
Hari ini kita tidak habis-habis bincang pasal orang yang kita tidak suka, bukannya
idea yang dibawanya. Idea atau perancangan ini pula ada baik dan buruknya. Yang
baik diterima walaupun mungkin ia datang daripada musuh kita, manakala idea yang
buruk bukan sahaja kita perlu menolak, malah pada masa sama kita perlu bersedia
menentang. Misalnya, perancangan ultra kiasu dengan idea Malaysian Malaysia.
Antara idea-idea mereka mahu menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam atas
nama hak asasi manusia seperti seks bebas, arak, judi dan sebagainya. Kita tidak
menghalang jika mereka mahu melakukannya, tetapi idea ini tidak akan membawa
kebaikan umat Islam, malah akan menghuru-harakan negara. Maka kita perlu
menolak dan bersedia untuk menghadapi mereka bila-bila masa, sama ada dari segi
hujah, fakta dan tindakan. Sepatutnya kita membincang bahaya yang bakal
menimpa jika kita biarkan idea-idea orang yang menentang Islam ini
bermaharajalela, terutama kerosakan yang bakal diterima oleh orang kita.

Ini tidak, kita asyik menyalahkan orang, siapa benar, siapa salah.
Membincangkan perkara yang kecil akan menjadikan minda kita kerdil, tidak kreatif

111
dan inovatif. Ini tidak termasuk cara hidup kita yang lain seperti lebih suka
membincangkan kehidupan artis-artis berbanding kehidupan para ilmuan dengan
hasil kajiannya dan negarawan dengan pengalamannya. Di negara maju, para
ilmuan, negarawan, usahawan dan professional yang benar-benar terbukti
cemerlang akan disanjung. Martabatnya dipandang tinggi dan dijemput untuk
mengajar di universiti dan dianugerahkan gelaran profesor walaupun mungkin tidak
ada penyelidikan yang dibuat. Penghargaan diberikan atas dasar ilmu dan
pengalaman yang hebat sepanjang hidupnya.

Berbanding dengan kita, sudahlah budaya ilmu sedemikian tidak seadanya,


malahan kita menggalakkan budaya memuja segelintir artis yang kehidupan mereka
tidak habis-habis dilanda dengan kontroversi dan gosip-gosip yang tidak
membangun minda. Perbincangan seperti ini hanya akan mematikan minda dan
tidak menuju kepada kualiti hidup. Sudah sampai masa kita meniru cara pemikiran
masyarakat maju yang meletakkan ilmu dan ilmuan di tempat yang tinggi berbanding
perkara lain yang tidak berfaedah. Bahan-bahan bacaan atau buku-buku yang
dibaca oleh mereka juga berkualiti tinggi, berbanding dengan masyarakat negara
membangun yang lebih suka membaca makalah hiburan dan berita-berita picisan.

Perlu diingat, jika kita membaca dan membincangkan perkara-perkara besar,


secara tidak langsung minda kita menjadi lebih besar, seterusnya melahirkan umat
berjiwa besar. Jika tidak, kita akan terus membuang masa dengan pertikai perkara
yang remeh dan kerdil. Perkara besar yang seharusnya difokuskan oleh umat Islam
hari ini adalah berkaitan dengan perpaduan umat Islam dan hala tuju umat Islam
mendepani abad ke 21 serta kekuatan pertahanan dalam menghadapi ancaman
musuh. Kita sepatutnya serius membincangkan perancangan musuh melalui
gerakan Freemason yang mahu mencairkan akidah dan memusnahkan umat Islam
melalui pakatan mereka dengan beberapa parti pembangkang dan NGO sewaktu
dengannya.

Jihad

Gerakan ini nampaknya sudah masuk ke dalam individu dan pertubuhan orang
Islam. Matlamatnya mahu memisahkan kehidupan beragama. Agama dianggap
sebagai sesuatu yang merbahaya. Mengelakkan umat Islam daripada bersatu, pada
masa sama mahu mematikan semangat jihad umat Islam. Jika dahulu sasaran
Freemason adalah Kristian, hari ini sasarannya adalah umat Islam setelah jatuhnya
sistem sosialis.

Kejatuhan sistem sosialis telah memberikan masa depan yang cerah kepada
freemason kembali bertapak kukuh pada akhir kurun ke 20. Sistem ekonomi
diwujudkan dalam bentuk baru dan dinamakan sistem ekonomi kapitalis moden yang
berselindung di sebalik nama globalisasi ekonomi. Nama globalisasi digunakan oleh
Freemasonry untuk penutup penjajahan order baru imperialis ke atas dunia Islam.

112
Fathi Yakan dan Yusuf Al-Qardhawi melihat globalisasi sebagai proses
hegemoni atau penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial Amerika Syarikat ke
atas dunia khususnya dunia Islam dan dunia ketiga melalui proses pembaratan dan
'mengAmerikakan' mereka.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 28 Februari 2010

HARGAI TOLERANSI PRIBUMI

Dr. Mohd Ridhuan Tee

Sekali lagi isu bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri (PM) dibangkitkan oleh
beberapa sarjana Melayu Islam. Kesempatan dan peluang ini disebar luaskan oleh
laman-laman web ultra kiasu dan mereka anti Islam. Saya tidak pasti apakah
muslihat serta maksud tersurat dan tersirat di sebalik membangkitkan perkara ini.

Kalaupun benar bukan Melayu boleh menjadi PM, tidak perlu dibangkitkan
kerana ia sukar menjadi realiti, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti bangsa pribumi
ini. Lagipun pada saya, orang kanan selepas Melayu adalah bumiputera Sabah
dan Sarawak, bukannya orang lain. Kalaupun mereka layak, tidak seharusnya
mereka menerima jawatan PM. Ini kerana masih ramai majoriti orang Islam yang
layak dan lebih berhak di buminya sendiri. Jangan pula bandingkan dengan
Thailand, kerana bukan Siam di sana lebih Siam dari Siam. Saya tidak bertujuan
untuk membela Melayu, tetapi saya cuba memahami psiki bangsa Melayu
berbanding bangsa lain, setelah memahami psiki bangsa saya sendiri. Tidakkah itu
lebih baik kerana kita semua berada dalam komuniti majoriti masyarakat Melayu?

Sebagai bukan Melayu, saya amat bersyukur berada di bumi bertuah ini.
Walaupun saya lahir selepas merdeka, tidak dapat melihat bagaimana kontrak sosial
dipersetujui, namun saya amat bersyukur kerana nenek moyang saya diterima
menjadi warganegara di bumi ini. Nenek moyang saya diterima secara pukal tanpa
sebarang syarat. Nenek moyang saya tidak dikenakan syarat sehingga boleh
mengubah dan mengganggu-gugat cara hidup dan jati diri mereka. Mereka seperti
seadanya sebagaimana asal, tanpa ada ubah suai walaupun sedikit. Mereka bebas
berbahasa sendiri, hidup dalam kelompok sendiri, bersekolah sendiri, malah dapat
mengaut kekayaan tanpa sekatan dan halangan, sehingga kekayaan melimpah
ruah. Sejarah sebegini tidak pernah berlaku di negara lain. Di negara lain, bukan
sahaja mereka ditolak, malah akan dikenakan syarat-syarat yang ketat sebelum

113
diterima menjadi warganegara. Paling ketara mereka akan diasimilasikan. Beruntung
sungguh kita di sini. Inilah nikmat yang mesti disyukuri bukan dikufuri.

Tidak perlu saya kemukakan bukti, jeling-jelinglah negara-negara jiran seperti


Thailand, Burma, Indonesia dan Filipina. Bilangan mereka yang diterima hanya di
sekitar tiga – sepuluh peratus, selebihnya ditolak. Berbanding negara kita, bukan
pribumi melebihi 40 peratus. Pada masa sama, kekayaan yang dikuasai dan
diperolehi melebihi 70 peratus sehingga menimbul keresahan kepada pribumi. Inilah
bentuk toleransi yang tidak ada tolok bandingnya yang perlu disampaikan kepada
generasi akan datang. Menurut Amy Chua, seorang Profesor Cina berasal dari
Filipina yang telah berhijrah ke Amerika Syarikat, toleransi bukan bermakna
persamaan atau penghormatan, tetapi toleransi adalah memberikan peluang kepada
orang yang berlainan cara hidup, bekerja, berpartisipasi dan berjaya dalam
masyarakat tanpa melihat latar belakang etnik atau agama. Walaupun Amy Chua ini
telah berhijrah ke Amerika, pendapat beliau agak berpijak di bumi nyata, tidak ultra
kiasu. Kita perlu ramai orang seperti ini. Toleransi bukan sama rata atau sama rasa.
Apa yang berlaku dahulu dan kini di negara kita bertepatan dengan apa yang
dikatakan oleh Amy Chua. Orang Islam tidak pernah menghalang bukan Islam
untuk hidup lebih berjaya dalam apa jua sektor pekerjaan dan berpartisipasi. Apatah
lagi untuk campur tangan dalam hal-ehwal agama mereka, kecuali jika agama kita
dicabar.

Penerimaan

Selaku warga yang memahami sejarah, saya dapat merasakan betapa


bertuahnya kita pada hari ini. Jika ditakdirkan, tidak berlaku penerimaan pribumi,
apakah saya masih hidup hari ini? Sepanjang pembacaan saya, mereka yang telah
keluar berhijrah, tidak akan diterima kembali, kecuali mempunyai bakat dan
kebolehan yang luar biasa ataupun mungkin mereka yang belot dengan menjual
rahsia kedaulatan negara atau menjual harta negara seperti membawa wang keluar
negara atau menjual pasir ke negara jiran.

Justeru, adalah tidak menghairankan jika orang seperti Tan Siew Sin dan
Sambanthan pernah mengeluarkan ucapan di sekitar tahun-tahun 1950-an, yang
amat menghargai toleransi yang telah ditunjukkan oleh pribumi. Mereka benar-benar
merasa bersyukur kerana diberi peluang dan diterima seadanya. Sejarah ini mesti
difahami oleh setiap rakyat Malaysia tanpa ketinggalan. Jika tidak, mereka akan
menjadi ultra kiasu. Menuntut sesuatu yang tidak seharusnya dituntut. Mengungkit
sesuatu yang tidak perlu diungkit.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa tidak ramai pribumi yang berjaya atau
menguasai kekayaan di bumi sendiri? Fenomena pribumi tidak berjaya di bumi
sendiri bukan fenomena baru. Ia berlaku di mana-mana, terutama di negara Asia
Tenggara dan juga dunia lain yang sudi menerima kedatangan mereka yang
berhijrah. Kenyataan ini diakui oleh semua sarjana, kejayaan dan harta yang dimiliki

114
oleh mereka yang berhijrah menenggelamkan kekayaan pribumi di bumi mereka
sendiri, sehingga menimbulkan keresahan atau iri hati pribumi kepada mereka.
Namun, ramai sarjana tidak mengatakan punca-punca yang menyebabkan ia
berlaku sedemikian rupa. Saya mempunyai jawapan mengenai perkara yang masih
belum dijawab oleh sarjana-sarjana ini termasuk Amy Chua.

Pada saya, pribumi merasa selamat dan selesa di bumi mereka sendiri.
Mereka bersangka baik terhadap rakan mereka yang datang berhijrah. Mereka tidak
dengki dengan kekayaan yang dimiliki walaupun hidup terpisah dalam kelompok
sendiri mengikut cara hidup yang agak ekstrim. Pribumi sudah bahagia dengan
kehidupan ala kadar atau cukup makan, walaupun sikap ini tidak sepatutnya berlaku.
Inilah sifat pribumi yang saya kenali. Tidak tamak, bersyukur dengan apa yang ada.
Jika kaya pun, sekadar boleh hidup mewah bukannya untuk membina empayar.
Sikap rendah diri, lembut, sopan santun menguasai diri. Itulah Melayu menurut
sajak-sajak Lim Swee Tin, Usman Awang dan Muhammad Haji Salleh yang saya
teliti.

Kefahaman dan latar belakang inilah menjadikan saya amat terharu dengan
majlis perasmian pelancaran buku terbaru profesor tersohor Syed Naguib Al-Attas
oleh Raja Nazrin Shah baru-baru ini. Penghormatan Raja Nazrin terhadap ilmuwan
amat tinggi di luar jangkauan saya dengan sifat baginda sebagai anak raja. Teks
ucapannya yang begitu menyanjung tinggi ilmuan begitu mengkagumkan dan
baginda hampir sebak membacanya. Ini tidak termasuk aksi penghormatan baginda
terhadap ilmuan Syed Naguib ketika berada di pentas. Syed Naguib dipimpin dan
diminta duduk ketika bangun untuk memberikan penghormatan kepada baginda.
Inilah sifat orang Melayu yang amat saya puji. Tidak bongkak, tetapi amat
merendah diri, tanpa melihat darjat keturunan. Tetapi janganlah pula diambil
kesempatan oleh orang lain.

Hari ini kita lihat seolah-olah kita mengambil kesempatan. Sikap pribumi yang
sedemikian diambil peluang untuk menangguh di air yang keruh. Benar, mereka
tidak berapa pentingkan kekayaan kerana kekayaan tidak boleh dibawa ke mati.
Hanya iman dan takwa nilaian Allah SWT. Tetapi janganlah pula kita mengambil
kesempatan dengan merosakkan mereka melalui rasuah, wanita, riba, wang dan
sogokan lain terbentang di depan mata.

Janganlah kita ikuti atau meniru perangai Yahudi. Kenapa Yahudi begitu
berjaya dan dapat membina empayar walaupun bukan di bumi sendiri? Jawapannya
mudah, Yahudi mengambil kesempatan di atas kelemahan atau sikap tolak ansur
orang lain, terutama orang Islam. Ketika merempat, Yahudi berbuat baik dengan
umat Islam di Palestin. Namun, sedikit demi sedikit mereka khianat, untuk
menguasai pribumi dan kekayaan buminya. Antaranya ialah dengan memberikan
pinjaman melalui sistem riba dan merasuah mereka. Bila pinjaman tidak berbayar,
ditambah dengan faedah yang tinggi, maka tanah sebagai galang gantinya. Tanah
milik pribumi diambil seinci demi seinci. Lama-kelamaman, kini hampir seluruh bumi

115
pribumi Palestin terlepas ke tangan Yahudi. Bangsa yang dahulunya sehelai
sepinggang, berjaya menjadikan pribumi berdagang atau merempat di bumi sendiri.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 7 Mac 2010

DI SEBALIK RESOLUSI PERHIMPUNAN AGUNG MCA

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

DALAM kekusutan dan kekecohan MCA berhadapan dengan masalah dalamannya,


Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 yang berakhir pada 7 Februari
lalu, meluluskan lima resolusi merangkumi 16 perkara.

Antara yang menarik perhatian saya adalah mengenai penambahan bukan


Melayu dalam perkhidmatan awam, perubahan dan inovasi perkongsian kuasa
Barisan Nasional (BN), penambahan sekolah vernakular dan pengiktirafan Sijil
Peperiksaan Bersepadu (UEC) di semua sekolah persendirian Cina. Satu lagi
resolusi yang paling saya tidak dapat terima adalah campur tangan mereka dalam
hukuman sebat yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah. Sikap mencampuri
urusan rumah tangga orang lain boleh dikira biadab ketika mana rumah tangga
sendiri berantakan. Tidakkah mereka sedar bahawa selama ini umat Islam di negara
ini tidak pernah campur tangan sama sekali dalam urusan orang bukan Islam.
Sesuatu yang dirasa 'menggugat' kedudukan mereka didesak habis-habisan
manakala yang boleh diambil kesempatan dan peluang disokong tanpa berbelah
bahagi seperti gagasan 1Malaysia, yang pada pandangan mereka berasaskan
konsep sama rata dan sama rasa.

Termenung seketika memikirkan tuntutan sebegini setelah sekian lama


bersama BN dan berkawan dengan UMNO. Kawan tidak menjaga kawan,
kadangkala jadi lawan. Ketika kawan lemah, ambil kesempatan, bertindak seperti
gunting dalam lipatan. Serba sedikit saya dapat membaca maksud tersirat dan
tersurat permintaan dan desakan mereka itu. Saya telah ulas panjang lebar
mengenai kedudukan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, mungkin mereka
boleh baca apa yang telah saya tulis sebelum ini (Mingguan Malaysia, 14 Februari
2010).

Mengenai inovasi dan perubahan struktur perkongsian kuasa dalam BN, saya
dapat melihat mereka mahukan jawatan tinggi dalam BN seperti pengerusi,
timbalan, setiausaha agung, bendahari dan jawatan penting lain digilirkan. Selepas

116
itu, jawatan-jawatan tersebut akan digunakan sebagai batu loncatan untuk
mendapatkan jawatan-jawatan penting dalam kabinet termasuk Perdana Menteri
dan Timbalan Perdana Menteri. Perkara ini bukanlah isu baru, ia telah dibangkitkan
sekian lama oleh parti ultra kiasu yang lain, cuma masih belum menjadi realiti.

Merampas

Janganlah hendak menjadi jaguh ketika sokongan bukan Melayu telah beralih
kepada ultra kiasu. Saya begitu teruja untuk melihat parti komponen BN ini dapat
merebut kembali Pulau Pinang jika mereka mampu. Saranan bekas presiden
Gerakan ada betulnya. Parti-parti politik ini perlu menumpukan perhatian untuk
membina kekuatan dalaman dan meraih sokongan dahulu sebelum bercita-cita
tinggi untuk merampas Pulau Pinang daripada ultra kiasu. Apa pun, mereka masih
tidak rugi kerana pulau tersebut masih lagi berada dalam genggaman orang yang
sama. Tindakan dan desakan mereka tidak banyak beza.

Parti itu juga menggesa kerajaan mengiktiraf UEC yang ditawarkan semua
sekolah persendirian Cina selain menyediakan peruntukan kepada sekolah terbabit
supaya lebih ramai pelajar yang berbakat dapat dipupuk. Kerajaan juga digesa untuk
terus mengamalkan dasar pendidikan yang lebih liberal dan berbilang kaum supaya
lebih banyak sekolah vernakular boleh ditubuhkan dan dimasukkan ke dalam
program pembangunan nasional. Persoalannya bakat dan pembangunan nasional
bagaimanakah yang ingin dipupuk? Di manakah bakat-bakat tersebut? Apakah
mereka berperanan besar dalam pembinaan sebuah negara bangsa? Kenapa tidak
dibincangkan langsung akan kepentingan sekolah satu sistem (SSS) yang mana
semua pelajar dapat dikumpulkan dalam satu tempat tanpa menafikan hak untuk
belajar bahasa ibunda? Saya akan bersetuju dengan pengiktirafan sijil ini jika
banyak masa diperuntukan untuk pengajaran dan pembelajaran yang
mengutamakan bahasa kebangsaan.

Setelah menonton rakaman debat antara ketua pemuda MCA dan Khoo Kay
Kim, baru saya sedar betapa kiasunya parti ini seolah-olah tidak bezanya dengan
parti ultra kiasu yang satu lagi. Sebagai timbalan menteri pelajaran beliau
sepatutnya berhujah dengan lebih akademik bukannya beremosi.

Hujah yang mengatakan pelajar sekolah vernakular hanya enam tahun berada
di sekolah rendah, berbanding mereka lebih lama di sekolah menengah dan institusi
pengajian tinggi adalah hujah yang ultra kiasu. Seolah-olah kita menyalahkan orang
lain atas kegagalan sendiri. Apakah kita tidak belajar psikologi atau terlebih belajar
sains? Tanyalah kepada sesiapapun, zaman kanak-kanak adalah tahap yang paling
kritikal. Pepatah ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mungkinkah
dia berpegang kepada melentur buluh biarlah dari buluhnya. Hujah menegakkan
benang yang basah ini tidak akan menyelesaikan masalah.

117
Resolusi yang menggesa semua jabatan kerajaan seperti Kementerian
Pelajaran dan Biro Tata Negara (BTN) mengubah suai silibus mengikut fakta sejarah
dan menyerapkan konsep 1Malaysia ke dalam kurikulumnya juga tidak dapat lari
dari sikap ultra kiasu. Resolusi ini memperlihatkan bahawa selama ini sejarahawan
kita telah memutar-belitkan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia. Saya ingin
bertanya, di bahagian manakah yang telah diputar-belitkan. Selaku pensyarah dalam
bidang politik dan kerajaan yang berkait rapat dengan sejarah, saya teramat ingin
melihat fakta sejarah manakah yang didakwa diselewengkan? Adakah kita
mempunyai niat tersembunyi untuk mengubah fakta sejarah supaya lebih berpihak
kepada kita?

Sejarah tetap sejarah, ia akan terus kekal sampai bila-bila. Janganlah diubah
fakta tersebut semata-mata untuk menggembirakan diri sendiri.

MCA turut meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap


golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan
kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen
Penghapusan Semua

Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW). Nasihat saya, MCA tidak


perlu gatal tangan untuk campurtangan dalam hal ehwal agama Islam, kerana orang

Islam lebih arif dengan kehidupan mereka sendiri. Jagalah rumahtangga


sendiri dahulu yang sedang berantakan. Lagipun orang Islam tidak pernah sama
sekali campurtangan dalam urusan orang lain. Kenapa perlu menyakitkan hati orang
Islam?

Jauh sungguh bezanya sokongan mereka terhdap gagasan 1Malaysia. Bila


menguntungkan maka disokong tanpa berbelah bahagi. Namun sebaliknya bila
dilihat ada kerugian dan pengurangan, maka akan ditentang habis-habisan. Sikap
ultra kiasu ini tidak ada bezanya ldengan parti ultra kiasu. Logo sahaja berlainan,
perjuangan tetap sama. Suara mereka tetap tidak berubah.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 14 Mac 2010

APABILA BELANDA MINTA TANAH, KADUK NAIK JUNJUNG….


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

118
PADA 13 Mac 2010,saya menerima e-mel daripada seorang saudara yang amat
prihatin dengan nasib Melayu di bumi Melayu yang selalu dimanipulasi oleh pihak-
pihak tertentu terutama parti ultra kiasu dan rakan sekutunya yang boleh
diibaratkan seperti Belanda minta tanah dan kaduk naik junjubg. Saya terpaksa
mengubah tajuk artikel yang sepatutnya kerana saya fikirkan emailnya amat penting,
apatah lagi isu ini telah disensasikan oleh laman-laman web mereka.

Isunya berkaitan dengan penduduk Kampung Sungai Terentang, Rawang yang


membantah kerja-kerja pemasangan kabel voltan tinggi oleh Tenaga Nasional
Berhad (TNB) yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat bukan Melayu untuk
memahami sentimen kebanyakan masyarakat Melayu. Janganlah tuduh saya lebih
Melayu dari Melayu selepas ini kerana saya tidak pernah mengakuinya walaupun
ia diikhtiraf oleh Perlembagaan.

Sepanjang pengetahuan saya, tanah yang diduduki oleh penduduk kampung


berkenaan bukannya tanah mereka pun. Tanah itu milik TNB dan mereka hanyalah
setinggan di situ. Tetapi apabila ada ura-ura hendak merobohkan kediaman mereka
dan memindahkan mereka yang terlibat, semuanya menjadi kecoh dan ramai yang
menentang.

Pemimpin-pemimpin ultra kiasu mula masuk kampung kerana mereka mahu


menjadi jaguh kampung untuk mendapatkan publisiti murahan. Bayangkanlah jika
tanah tersebut diduduki oleh orang Melayu, sudah tentu TNB akan meneruskan
kerja-kerjanya. Orang Melayu akan memberikan laluan atas dasar pembangunan
walaupun pampasannya tidak seberapa. Apakah mungkin ultra kiasu ini akan
membela mereka dengan bersungguh-sungguh?

Setinggan tetap setinggan. Dari segi undang-undang, mereka tidak ada hak
pun untuk mempertahankan tanah tersebut. Saya tidak nampak semua rumah akan
dirobohkan, mungkin sebahagian. Namun, mereka telah membawa kes berkenaan
ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu.

Mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan


projek itu sebab itu adalah tanah TNB, muktamad. Mahkamah juga memerintahkan
TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat
yang telah mereka melaksanakan. Tidakkah jumlah wang tersebut begitu besar?

Tetapi inilah sifat ultra kiasu yang telah menyelubungi mereka yang setelah
dihasut oleh parti ultra kiasu. Jika di Pulau Pinang, senang sahaja tanah Melayu
diambil dan gerai mereka diroboh, tetapi bila kena batang hidung sendiri? Alahai,
itulah nasib Melayu di bumi Melayu. Lebih menyedihkan orang Melayu tidak
banyak tampil membela Melayu itu sendiri. Menitis air mata memikirkan bila bukan
Melayu seperti saya terpaksa membela Melayu hanya dek kerana Melayu
beragama Islam, walaupun terpaksa dihina dan dikeji oleh bangsa sendiri termasuk
saudara mara saya. Tetapi apakan daya, semangat Islam mengatasi segala-gala.

119
Keistimewaan

Sepatutnya mereka mesti faham mengapa masyarakat bumiputera diberikan


keistimewaan di sebuah negara yang diwarisi daripada nenek moyang mereka
selama beratus bahkan beribu tahun. Jika mereka yang baru tinggal di situ secara
haram tidak sampai seratus tahun bermati-matian berpendapat mereka berhak atas
tanah tersebut disebabkan apa yang mereka telah usahakan, apakah salahnya bagi
kaum bumiputera diberikan keistimewaan dari segi polisi pentadbiran kerana
mereka juga telah berusaha selama ratusan (bahkan mungkin ribuan) tahun untuk
memakmurkan wilayah mereka sendiri?

Di samping itu saya juga ingin berkongsi pengalaman seseorang yang pemah
bekerja di bahagian kewangan sebuah kementerian yang diterajui oleh menteri
bukan Melayu.

Menurutnya, jika dalam kampung tersebut adalah terdiri daripada bukan


Melayu yang sebangsa dengan menteri tersebut, maka jumlah gantirugi yang
diberikan kepada penduduk tersebut adalah berlipat kali ganda. Manakala, jika
kawasan tersebut dihuni oleh orang Melayu atau bumiputera, maka peruntukan
atau ganti rugi tersebut dibuat lebih kurang sahaja. Orang Melayu tidak banyak
cakap dan menerima sahaja kerana pada mereka wang selonggok di depan mata
sudah mencukupi. Mereka tidak sedar bahawa sejumlah wang tersebut hanya boleh
menyaranya untuk jangka masa yang singkat, berbanding orang lain yang mungkin
mendapatkan perlindungan atau pampasan jangka panjang.

Hari ini, mungkin pada luarannya dasar kerajaan nampak melebihkan


bumiputera, tapi secara aplikasinya tidaklah begitu. Malah apa yang diperjuangkan
oleh sebahagian masyarakat bukan Melayu selama ini mungkin telah pun mereka
dapat secara senyap-senyap. Cuma tidak diberikan publisiti secara besar-besaran
sebagaimana cara kita membantu orang Melayu. Publisitinya begitu meluas. Inilah
sifat kita, selalunya suka dipuji sehingga pujian tersebut mengalpakan kita, ibarat
menang sorak kampung tergadai.

Saya memetik kata-kata e-mel tersebut yang amat menyentuh hati saya: "Apa
pun saya bukanlah sayang sangat bangsa saya, bahkan saudara-saudara baru
(mualaf) lebih saya sayang daripada kebanyakan Melayu muslim. Terus terang saya
katakan jika ada seorang Cina/India /Siam/lban/Kadazan dan lain-lain yang baru
memeluk Islam tidak sampai sebulan, tapi lebih alim, bertaqwa, cekap dan
berkaliber dalam memerintah negara, saya lebih rela negara ini diperintah olehnya.
Ini kerana, seorang mukmin yang bertaqwa pasti akan berusaha memerintah
dengan penuh keadilan tidak kira apa pun bangsanya. Yang Melayu Muslim
memerintah sekarang ini ramai yang lebih banyak memalit arang kepada imej Islam
(termasuklah daripada PAS sendiri). Cuma saya menulis di sini kerana adA pihak
yang sudah jadi macam “Belanda minta tanah, diberi betis nakkan peha”.

120
Saya tidak dapat meneruskan kata-kata beliau kerana agak sensitif. Apa pun
saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan sensitiviti penghantar email
tersebut terhadap permasalahan ummah dalam pembinaan negara bangsa.
Bandingkanlah tolak ansur, berada banyak tanah-tanah Melayu termasuk tanah
rezab yang telah tergadai kerana memberikan laluan kepada pembangunan? Hatta,
masjid surau pun sanggup dirobohkan. Bayangkan jika satu kuil atau rumah ibadat
mereka dirobohkan, apakah reaksinya? Kenapa penduduk di kawasan tersebut
begitu bimbang rumah mereka akan dirobohkan bagi pembinaan menara untuk
kepentingan masa depan dan anak cucu mereka? Isunya hanya berkaitan
pemasangan kabel elektrik dan pampasan telah pun disediakan? Takkan mereka
mengharapkan TNB menyedia rumah banglo untuk mereka di kawasan bukan milik
mereka?

Bantahan mereka masih belum berakhir. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air, Peter Chin memberi jaminan bahawa tidak ada kerja-kerja merobohkan akan
diadakansehingga mesyuarat antara TNB dan wakil penduduk diadakan jumaat lalu.
Saya tidak tahu apakah keputusan kerana artikel ini terpaksa dihantar lebih awal.

Namun, saya boleh menjangkakan bahawa mesyuarat tersebut tidak akan


dapat menyelesaikan masalah, apatah lagi kawasan tersebut berada di negeri yang
perintah oleh ultra kiasu. Awal-awal lagi mereka telah bersekongkol walaupun ia
bercanggah dengan undang-undang. Ini yang selalu saya katakan, bila nasib
sebegini menimpa umat Islam, tidak banyak timbul masalah. Tetapi bila kena pada
bukan Islam, satu Malaysia seolah-olah tidak ada berita lain. Tindakan sebegini
ternyata amat bercanggah dengan konsep 1Malaysia yakni memberikan hak kepada
yang berhak mengikut lunas undang-undang bukannya menuntut apa yang telah
dapat dan menambah sampai membukit.

Seultra kiasu

Melayu yang saya kenal tidaklah seultra kiasu seperti sekumpulan mereka
yang berada di negeri ultra kiasu ini. Mereka rela hasil bumi dikaut oleh orang lain
selagi budaya dan agama Islam terpelihara. Mereka jarang cemburu atau dengki
kepada orang lain, walaupun sifat ini berlaku di kalangan sesama mereka. Bapa
saya boleh membina kekayaan di kawasan majoriti orang Melayu, tanpa diganggu-
gugat. Bapa saya berjaya membeli beberapa keping tanah di kampung-kampung
Melayu.

Satu kelemahan orang Melayu mudah cair melihat wang di depan mata dan
pada masa sama mereka suka berhutang. Berhutang pula jarang mahu bayar, tetapi
mereka tidak sedar keuntungan telah pun diperolehi daripada hutang pokok yang
tidak dibayar. Bila hutang tidak dapat dibayar, maka hutang tersebut akan ditebus
dengan menjualkan barang kepunyaan mereka seperti barang kemas, tanah, hasil
subsidi kerajaan seperti biji benih, baja dan sebagainya. Semasa saya kecil dahulu
saya melihat begitu banyak hasil subsidi kerajaan telah dijual kepada bapa saya
bagi mereka yang tidak mampu membayar hutang.
121
Kalau dulu hutang dipotong dengan menjual subsidi kerajaan, hari ini along
telah mengambil alih tugas tersebut. Hutang mesti dibayar bersama faedah yang
tinggi. Hutang bersama faedah akan terus bertambah dari masa ke semasa jika
tidak dibayar. Inilah sifat yang menyamai sifat Yahudi. Kebanyakan harta umat Islam
tergadai kepada along kerana harta mereka telah tergadai.

Saya ingin ingatkan rakan sebangsa saya, orang Melayu yang saya kenali
suka memendam rasa. Hari ini mereka asyik mengalah. Kita pula seronok melihat
orang lain kalah atau dikenakan tindakan. Kita sentiasa mahu menang, tanpa
menyedari kemenangan itu meninggalkan implikasi besar ke atas orang lain. Kita
jarang mengkaji parut yang tinggal akibat kekalahan yang diterima. Parut inilah yang
bahaya kerana parut ini akan meninggal kenangan yang sukar untuk dilupakan.

Dari sudut psikologi, parut itu akan dikenang hingga ke akhir hayat. Inilah yang
disebut luka di tangan nampak berdarah, di hati siapa yang tahu. Parut ini biasanya
akan menyebabkan seseorang itu memendam rasa. Sesuatu yang dipendam tidak
selama-lama terpendam. Satu hari ia akan meletup. Letupan itulah yang paling saya
takuti.

Saya bangkitkan isu ini kerana saya sayangkan bangsa saya yang tidak ultra
kiasu. Saya bimbang mereka turut menjadi mangsa disebabkan oleh tindakan
segelintir ultra kiasu. Mungkin sekarang kita tidak dapat kesannya. Tetapi ia tidak
mustahil akan berlaku. Cuma masa akan menentukan. Saya cukup bersetuju
dengan kata-kata bahawa negara kita nampak sahaja stabil tetapi sebenarnya
tension.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universid


Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan
Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 21 Mac 2010

BERUBAH SEBELUM PARAH

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

SEJAK akhir-akhir ini krisis dalaman MCA mewarnai politik negara. Liputan demi
liputan diberikan seolah-olah MCA adalah sebuah parti yang amat berpengaruh di
kalangan orang Cina. Pada saya, MCA tidaklah sekuat mana berbanding parti-parti
politik yang lain terutama parti ultra kiasu. Parti ultra kiasu telah berjaya
mengalihkan perhatian dan minat ahli-ahli parti MCA dan Gerakan kepada mereka.
122
Dengan sebab itu, tsunami politik dan pilihan raya 2008 adalah petunjuk yang
amat jelas bahawa sokongan orang Cina telah beralih arah kepada ultra kiasu.
Saya amat yakin, jika ditakdirkan pilihan raya umum berlangsung hari ini, belum
tentu ahli MCA dan Gerakan mengundi calon mereka dalam pilihan raya. Kenapa?
Inilah psiki yang mesti kita fahami.

Parti ultra kiasu telah berjaya memanipulasikan dan mengekspoitasikan isu


sehingga menyerlahkan kehebatan mereka seolah-olah kelihatan sebagai jaguh
rakyat. Mereka berjaya melindungi sifat ultra kiasu mereka disebabkan oleh
kelemahan kita sendiri sehingga diambil kesempatan oleh mereka.

Jika sejak dahulu kita menyahut seruan Perdana Menteri dengan slogan rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan, maka sudah tentu tsunami politik ini tidak
akan berlaku. Ayat keramat ini sebenarnya telah diamalkan pemimpin terdahulu
seperti Dato' Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Dr. Zainal Abidin Ahmad
(Pendeta Za'ba), Burhanuddin Helmi dan sebagainya. Pada mereka, politik bukan
tiket untuk jadi kaya, tetapi politik adalah untuk menjaga kepentingan agama,
bangsa dan negara, agar kepentingan rakyat terpelihara.

Hari ini segelintir kita sudah jauh berubah. Politik digunakan sebagai alat untuk
mendapatkan kuasa. Kuasa diperalatkan untuk mendapatkan dan mengumpul harta
kekayaan. Kita berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa sehingga sanggup
menikam bangsa dan rakan sesama sendiri. Semata-mata kerana dengan adanya
kuasa, segala dapat diperolehi dan kemahuan nafsu dipenuhi.

Pemimpin-pemimpin lalu dapat dilihat (to be seen) sebagai pemimpin yang


tidak menimbunkan harta. Mereka berjiwa rakyat dan hidup matinya semata-mata
adalah untuk rakyat, berpaksikan kepada ajaran agama. Rakyat didahulukan dalam
sebarang hal, dengan mengambil kira rakyat yang memilih kita untuk naik ke puncak
teratas. Tanpa rakyat siapalah kita hari ini. Justeru, kita perlu pulangkan kembali
amanah yang dipikul ini kepada rakyat dengan menjaga kebajikan dan keselamatan
mereka. Biar rakyat kaya, pemimpin hidup serba sederhana. Biar rakyat tahu,
kekayaan mereka disebabkan oleh pemimpin yang bekerja dengan ikhlas dan
sentiasa low profile bukannya berlagak tidak tentu pasal. Jejak langkah inilah yang
patut kita contohi kerana ia selari dengan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh
nabi Muhammad SAW.

Sehingga ke akhir hayat Baginda, laungan ummati, ummati dan ummati, tetap
berkumandang. Ini menunjukkan kecintaan Rasulullah SAW yang teramat kuat
kepada umatnya, berpaksikan Cinta Agungnya kepada Allah SWT. Kecintaan yang
amat mendalam inilah yang telah menyelamatkan agama, bangsa dan negara serta
dunia secara keseluruhannya.

Sebahagian besar harta Nabi habis digunakan untuk perjuangan Islam demi
kepentingan rakyat tercinta. Begitu juga dengan pimpinan para sahabat. Islam yang

123
kita nikmati hari ini adalah juga hasil daripada perjuangan mereka. Baginda ternyata
teramat berjaya merealisasikan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Ramai
rakyat jelata yang menjadi kaya raya dijana menyokong bersama-sama perjuangan
dan inspirasi Baginda. Baginda tidak dilihat menimbunkan harta. Pengorbanan
Baginda tidak ada tolok bandingnya. Siapalah kita jika ajaran Baginda tidak sampai
ke Nusantara. Apakah mungkin kita menjadi seadanya? Ingatlah, hari ini kita hebat
disebabkan oleh Islam datang kepada kita. Mengubah cara hidup kita yang
dahulunya jahil, kini menjadi umat terpelihara. Jika ditakdirkan kita masih Hindu-
Buddha, apakah keadaannya sama seperti hari ini?

Perjuangan

Hari ini segelintir kita sudah mulai jauh dari perjuangan Baginda dan pemimpin
terdahulu? Keadaan kelihatan sudah mula terbalik. Kita lebih berseronok dengan
kuasa. Kuasa boleh membeli rumah mewah, kereta mewah, isteri mewah dan
sebagainya, sehinggakan perjuangan sebenar tergadai. Akhirnya, orang lain
mengambil kesempatan. Kita asyik marahkan orang lain kerana mengambil
kesempatan. Persoalannya, kenapa kita biarkan orang lain mengambil
kesempatan hasil daripada kelemahan kita sendiri?

Saya tidak fakir orang lain akan mengambil kesempatan, jika kita
memperlihatkan kehebatan dan kekuatan kita. Kita tidak mudah dijual beli. Kita
mempunyai prinsip perjuangan yang jelas memartabatkan agama, bangsa negara
serta menjauhi sifat-sifat mazmumah. Hari ini kalau kita mahu menjadi juara rakyat,
memenangi hati rakyat dan seterusnya menang dalam pilihan raya, pemimpin mesti
dalam dilihat melakukan kebaikan, berjuang untuk rakyat, baik akhlaknya dan
menyayangi agamanya.

Biarlah rakyat yang kaya, pemimpin tidak seberapa nampak terlalu kaya.
Bukannya pemimpin kaya, rakyat di bawah hidup menderita. Kenapa hari ini parti
ultra kiasu dan sekutunya berjaya mengaburi hati rakyat? Rakyat yang kaya berada
di belakang mereka menyokong penuh aspirasi mereka, menampakkan mereka
seolah-olah tidak berada. Sedangkan kita tahu, mereka juga tidak kurang kayanya.
Cuma, mereka pandai cover, menutup kelemahan dengan mengaburinya melalui
kebaikan yang dipublisitikan secara besar-besaran. Kebaikan dan pertolongan
mereka diperlihatkan, dimasukkan ke dalam laman-laman web mereka. Bantuan
kepada sekolah agama dan jabatan agama diperbesar-besarkan dengan
mengatakan peruntukannya sebelum ini lebih kecil. Saya tidak nampak penambahan
peruntukan itu perlu diperbesarkan. la semata-mata dilakukan untuk mencairkan hati
kita. Logiknya mudah, jika peruntukan lebih kecil, sudah tentu hati kita tidak cair.
Saya yakin peruntukan dikatakan lebih besar jauh lebih kecil jika kita dapat angka
yang sebenar peruntukan yang disalurkan untuk orang mereka yang disengaja
disenyapkan. Strategi licik perlu difahami seperti yang saya tulis minggu lalu.

124
Masa masih belum terlambat dalam merealiasikan rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan. Ingatlah kata-kata keramat Pendeta Za'ba, rupa tidak boleh
diubah, tetapi perangai boleh diubah: Umat Islam hari ini mengalami krisis identiti
untuk mengubah perangai supaya menjadi lebih baik. Sedangkan kita tahu perangai
boleh diubah jika telah ada kesedaran dan matlamat hidup.

Cuba kita amati betul-betul amanat yang pernah disampaikan oleh almarhum
Tun Dr. Ismail, katanya, UMNO perlu membetulkan lemahnya kefahaman parti-parti
lain serta lemahnya komitmen mereka kepada struktur politik yang telah dibina.
Dalam pilihan raya 1969 persoalan sensitif tentang Bahasa Kebangsaan dan Hak
Istimewa Melayu menjadi hambatan kepada Perikatan umumnya dan menyebabkan
pertumpahan darah Pada 13 Mei. Lalu kita maktubkan isu-isu itu dalam
Perlembagaan sebagai perkara yang tidak boleh dibangkitkan dalam bentuk apapun
oleh pembangkang. Dengan itu kelemahan rakan-rakan kita dilindungi. Pada masa
akan datang, MIC dan MCA tidak boleh memandang kepada UMNO dan berkata
mereka menghadapi kesulitan dengan isu-isu tersebut, sebab mulai sekarang isu-isu
itu tidak akan menyusahkan mereka lagi. Kita akan mensyaratkan persetujuan
tentang perlaksanaan dasar dan kurangkan masa yang digunakan untuk
menjelaskan kepada sesama kita isu-isu yang sudah diterima sebagai dasar
Perikatan. Kita harus tumpukan perhatian pada perlaksanaan Bahasa Kebangsaan
yang sewajarnya serta perlindungan Hak Istimewa Melayu, dan mempertahankan
kewarganegaraaan kaum bukan Melayu. Tiga isu ini harus menjadi asas
perbincangan yang terus terang dan ikhlas antara ketiga rakan dalam Perikatan,
agar kita dapat mencapai kemenangan yang munasabah dalam pilihan raya akan
datang. Tetapi kalau kita balik kepada perangai lama dan bercakap tanpa berterus-
terang dan tanpa keikhlasan, dan kita "sembunyikan masalah kita di bawah tikar",
saya rasa Perikatan akan hilang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.
Kalau kita tidak mencapai kesepakatan seperti itu, lebih baik kita bubarkan sahaja
perkongsian ini daripada meneruskan pakatan yang hidup segan mati tak mahu
(Ooi Kee Beng, 2007).

Amanat ini walaupun sudah lama, ternyata sudah menampakkan


kebenarannya. Kontrak sosial yang mengutamakan kesejahteraan rakyat seolah-
olah telah dicabuli dan kita rela membiarkannya. Pada kita, kontrak sosial
mengurangkan sokongan bukan Melayu, sedangkan kita jarang mengkaji kesan
positifnya dan perasaan orang Melayu sendiri. Apakah kita lupa peringatan yang
telah diberikan oleh sarjana barat seperti Comber (2007) dan Faaland (2005)?

Menurut Faaland, orang bukan Melayu sebenarnya memahami maksud


kontrak sosial yang sebenar yakni mereka bertanggungjawab untuk membantu
orang Melayu memasuki alam perniagaan dan perdagangan. Ini adalah sebahagian
daripada perjanjian ikhlas yang dipercayai umum wujud antara mereka. Sayangnya,
bukan Melayu tidak tampil dengan bantuan sebenar kepada orang Melayu dalam
sektor swasta. DAP, MCA, Gerakan dan pertubuhan dan persatuan Cina mahupun
MIC, tidak tampil dengan inisiatif atau rancangan usaha sama kenegarawanan,

125
program dan projek untuk membantu orang Melayu agar terbentuk satu identiti
kepentingan di kalangan kumpulan kaum, meskipun inisiatif sedemikian adalah
untuk kepentingan mereka sendiri, yang memberi keselamatan dan jaminan untuk
masa depan. Namun, perkara sebaliknya berlaku.

Perniagaan

Menurutnya lagi, bukan Melayu mendiskriminasikan orang Melayu dalam


perniagaan dari segi kontrak, dalam pekerjaan dan lain-lain, memihak kepada kaum
mereka sendiri. Melayu dianggap rendah dan malas serta hanya mampu melakukan
kerja-kerja yang kurang memerlukan daya fikiran dan daya fizikal. Mereka juga
dianggap tidak responsif kepada motif keuntungan dan kurang berinisiatif, serta
apabila diberikan sesuatu kerja, orang Melayu dianggap tidak berkeupayaan
melaksanakannya dengan serius dalam jangka panjang, berbanding kaum lain.
Orang Melayu hanya diberikan jawatan hiasan untuk tujuan kosmetik dan
perhubungan awam, khususnya jika syarikat berkenaan mempunyai urusan dengan
jabatan-jabatan kerajaan yang majoritinya ditadbir oleh pegawai Melayu. Secara
praktik, orang Melayu telah memberikan kepada bukan Melayu hak-hak yang tidak
terpisah di bawah perlembagaan sebagai ganti untuk apa yang akhirnya hanya
berupa tidak lebih daripada janji-janji samar dan kosong oleh bukan Melayu.
Namun, janji-janji ini pun kini dinafikan sesetengah bahagian komuniti bukan
Melayu.

Sebagai kesimpulan, kita tidak perlu menggadaikan prinsip untuk


merealisasikan kata-kata keramat rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Apa
yang penting, perangai kita mesti berubah. Pemimpin mesti dapat dilihat sebagai
juara rakyat, dengan bertindak mengikut landasan kebenaran berpaksikan kepada
perlembagaan seperti mana yang telah dipersetujui bersama. Yakinlah, Allah
bersama-sama orang yang benar. Berubahlah sebelum parah.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 4 April 2010

AKIBAT KITA MUDAH DIPERALATKAN...

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Kadang-kadang saya terfikir apalah sangat hak-hak istimewa orang Melayu yang
ingin direbut oleh bukan Melayu supaya selaras dengan gagasan 1Malaysia. Ya,
dalam perlembagaan, seolah-olah ada hak istimewa itu (perkara 153), tetapi dalam
bentuk yang praktikal sebenarnya masih menjadi tanda tanya. Justeru, saya amat
musykil kenapa bukan Melayu begitu mendesak supaya bukan Melayu mendapat
126
hak sama seperti orang Melayu. Bila sebut sahaja asimilasi, mereka tolak seratus
peratus. Bila sebut pasal hak istimewa, gagasan 1Malaysia diperalatkan untuk
memenuhi nafsu serakah tersebut.

Saya masih tercari-cari di manakah hak istimewa itu? Apa yang saya lihat
semua sektor sudah mula dibuka untuk diisi, berbanding dahulu. Kedudukan bahasa
Melayu? Kedudukan agama Islam? biasiswa? kuota? Sekolah Jenis Kebangsaan
dan Sekolah Kebangsaan? IPTA dan IPTS? Diskaun membeli rumah dan apa lagi?
Boleh dikatakan semuanya tidak lagi dapat dilihat dengan jelas dari segi
diskriminasinya. Yang jelas, hak Melayu semakin terhakis. Apa yang saya tahu
boleh dikatakan semuanya sudah dapat seorang sebiji. Sama rata sama rasa. Di
manakah kelebihan yang ada pada Melayu yang sangat-sangat diharapkan. Tidak
perlu saya buktikan satu persatu. Lihatlah sekeliling, apa yang telah berlaku di
depan mata.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, seolah-olah sudah


setaraf dengan bahasa lain dari segi penggunaannya sama ada perbualan mahupun
bahasa bacaan. Lihat kain rentang dan risalah-risalah adakah bahasa Melayu
didaulatkan? Kedudukan agama Islam berbanding agama lain, hari ini agama Islam
secara berani telah dicabar di mahkamah dan mereka yang ultra kiasu telah banyak
kali menang. Mereka begitu berani campurtangan dalam hal ehwal agama kita,
sedangkan kita tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama mereka.

Kedudukan SJKC dan SK, tidak menampakkan perbezaan. Mereka dengan


bahasa ibunda, SK dengan bahasa kebangsaan. Begitu juga dengan sekolah
persendirian. Saya difahamkan kerajaan akan mengiktiraf sijil sekolah persendirian
mereka (UEC). Jadi, saya sudah tidak nampak wujudnya diskriminasi yang jelas
negatif, tetapi lebih kepada diskriminasi yang positif. Tetapi masih ada yang
mengambil kesempatan. Kepada mereka yang minta saya pamerkan data-data dan
statistik, Insya-Allah dari masa ke semasa maklumat tersebut akan saya sampaikan
nanti disebabkan oleh ruang yang terhad.

Kadang kala tanpa data-data tersebut, kita sudah boleh lihat dengan jelas apa
yang berlaku depan mata. Misalnya, biasiswa dan kuota, boleh dikatakan semua
pelajar cemerlang telah ditaja oleh JPA. Ribuan hektar tanah telah diberikan
kerajaan untuk pembangunan universiti berasaskan parti politik perkauman bagi
memuaskan hati semua pihak.

Jika ada kekurangan serba sedikit, itu adalah wajar. Mana ada sistem sebegini
di dunia ini. Bacalah sama buku Huntington, bertajuk Who Are We, mengenai
kedudukan minoriti di sana, kalau pun tidak mahu melihat pengalaman di negara-
negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

Lihat pula kuota dan diskaun tujuh peratus untuk membeli rumah. Sebenarnya
tidak menguntungkan Melayu. Melayu sudah tidak mampu beli rumah kos

127
sederhana dan mewah, akhirnya siapa yang untung setelah rumah tersebut dijual.
Melayu diperalatkan untuk mendapatkan rumah tersebut melalui perjanjian dalam
perjanjian jual beli.

Baru-baru ini saya pergi ke Batu Pahat, saya lihat kubur atau taman
peringatan, didirikan di kawasan majoriti Melayu. Kenapa kubur tersebut tidak dibuat
di kawasan berhampiran dengan tempat tinggal mereka? Bukankah mudah untuk
berurusan? Tetapi orang Melayu, tidak banyak cakap. Cuba kita lihat apabila kubur
Islam hendak didirikan berhampiran kawasan mereka, kita lihat berguni-guni
memorandum bantahan akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkaitan. Apakah
erti semuanya ini? Kenapa tidak belajar menjaga perasaan sesama kita? Hari ini
mereka bukan hanya besar kepala, tetapi sudah semuanya membesar? Orang lain
menjadi semakin mengecil. Kita tidak fikir akibat yang akan timbul disebabkan
oleh sikap memendam rasa ini. Apakah kita tidak belajar psiki orang Melayu?
Mereka mudah memendam rasa. Sesuatu yang terluka di hati akan
dipendamkan terlebih dahulu. Sabar dan sabar. Saya yakin, sampai satu masa
nanti, kesabaran itu akan hilang.

Dituntut

Semua yang dituntut selama ini boleh dikatakan telah hampir dipenuhi oleh
kerajaan. Saya tidak nafikan ada wujud lompongan dan kelemahan sana sini dalam
kerajaan seperti isu rasuah dan integriti. Dengan sebab itu ditubuhkan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti. Langkah penambaikan
sebegini janganlah ditolak kesemuanya.

Apa lagi sebenarnya agenda ultra kiasu? Saya fikir kita sudah tersasar kerana
terlalu melayan mereka, sehingga kaduk naik junjung.

Lihat sahaja jawatan-jawatan politik dalam kabinet. jawatan tersebut sudah


tidak lagi mencerminkan perwakilan kaum, walaupun itulah yang sepatutnya berlaku.
Desakan dan tuntutan terus dibuat untuk menambah lagi jawatan-jawatan bukan
Melayu, walaupun bilangan mereka hanya sekelumit. Parti baru demi parti baru
ditubuhkan dengan keahlian yang boleh dikira dengan jari, mereka begitu berani
menuntut kerusi pilihan raya serta jawatan dalam kabinet.

Lihatlah apa yang telah segelintir ultra kiasu ini dapat. Sekolah sendiri,
universiti sendiri, ekonomi sendiri, pertubuhan perkauman sendiri dan lain-lain.
Syarikat merekalah yang paling banyak disenaraikan dalam bursa saham, termasuk
syarikat yang menjadikan sektor kematian dan perkuburan sebagai bisnes.

Ke manakah wang dibawa pergi setelah mereka kaya raya? Wang dilaburkan
di luar negara, kemudian segelintir mereka berhijrah meninggalkan negara kita
dengan menukar taraf warganegara. Mereka tidak ada rasa terhutang budi untuk
membalas jasa.

128
Pada mereka, mereka kaya disebabkan oleh usaha sendiri, tidak ada kena
mengena dengan polisi yang sedia ada menjadikan mereka kaya. Pada saya, jika
sistem itu tidak membenarkan mereka menjadi kaya, tidak mungkin mereka
akan kaya. Adakah dengan adanya afirmatif, mereka menjadi semakin miskin?
Tidakkah dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mereka turut menjadi kaya.
Semakin ramai lahir usahawan bumiputera dilahirkan, semakin ramai mereka akan
menjadi kaya. Logiknya mudah, jika seorang usahawan bumiputera dilahirkan,
mereka memerlukan produk.

Siapakah yang memilih produk tersebut dan menjualkannya kepada


bumiputera tersebut? Sudah tentu bukan Melayu yang menguasai ekonomi.
Maknanya, semakin kaya orang Melayu, orang bukan Melayu turut menjadi kaya
sama, malah kaya berganda-ganda sebab mereka adalah pengeluar.

Lihatlah berapa ramai kakitangan awam yang bersara yang bergelar Tan Sri
dan Datuk diperalatkan dalam syarikat dan anak syarikat mereka. Golongan ini
diperalatkan dengan sedikit habuan elaun mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.
Mereka sanggup menggunakan nama mereka untuk mendapatkan tender-tender
kerajaan atas nama bumiputera. Akhirnya siapakah yang dapat tender-tender
tersebut.

Saya tidak pasti apakah hukum mereka yang diperalatkan untuk mendapatkan
tender kerajaan. Selepas itu, golongan hanya boleh berlagak dengan jawatan
pengerusi syarikat itu dan ini yang telah disenaraikan dalam bursa saham.

Saya yakin dalam suara hati kecil akan berkata mereka diperalatkan, tetapi
disebabkan oleh wang, mereka mudah kelabu mata. Anak bangsa terus merempat,
orang lain terus menjadi kaya. Kita sanggup menjadi Mandaliar, menggadaikan
maruah agama bangsa dan negara. Jika benar-benar mereka mahu berjuang, 'pak
pacak' ini mesti ada suara dengan jawatan yang dilantik dalam syarikat mereka itu.

Selain daripada mendapat sedikit sebanyak saham, yakni untuk membantu


mereka yang memerlukan, bukan terus menikmati elaun dan seterusnya pencen
yang diberikan oleh kerajaan setelah bersara.

Tidakkah kita merasa berdosa, duduk di syarikat tersebut. Muka pun tidak
nampak dalam syarikat tersebut. Hanya nama mereka dipergunakan dan
diperalatkan untuk mendapatkan tender atau kontrak kerajaan. Ini yang dikatakan
kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

Berperanan

Saya tidak mengatakan kita orang Islam tidak boleh duduk di kerusi pengerusi
syarikat yang dipunyai oleh orang bukan Melayu. Tetapi kita mesti memainkan
berperanan. Bukan berlagak dengan jawatan. Fikirkan kepentingan anak bangsa

129
sama. Apa yang boleh dimanfaatkan oleh anak bangsa dengan perlantikan tersebut.
Janganlah menjadi Mandaliar dan Si Kitol. Kita akan menyesal nanti, percayalah.
Ketika itu, kita tidak dapat melihat atau merasainya, tetapi anak cucu kita yang akan
sengsara. Apakah kita yakin anak cucu cicit kita akan dijaga oleh syarikat tersebut
setelah kita memejam mata?

Apakah kita ingat bahawa elaun yang kita perolehi itu boleh mengenyangkan
keturunan kita satu generasi? Ingatlah wahai bangsa seagamaku, elaun yang kita
perolehi hanya boleh mengenyangkan kita untuk satu hari atau mungkin setahun.

Tetapi tender atau kontrak yang kita dapatkan untuk mereka, boleh
mengenyangkan mereka satu generasi dan generasi inilah yang akan berhijrah ke
luar negara nanti. Percayalah.

Justeru kepada anak bangsa sekelian, kita jangan mudah diperalatkan dengan
hanya sedikit habuan di depan mata. Wang tidak akan dibawa ke mana setelah kita
mati. Apa yang penting ialah generasi yang akan kita tinggalkan. Mampukah mereka
bertahan? Ingatlah kata-kata pejuang-pejuang zaman dahulu, mereka berjuang
bukan kerana pangkat, tetapi demi memperkasakan maruah agama, bangsa dan
negara. Sekali lagi saya memetik kata-kata Pendeta Za'ba, bahawasanya
keselamatan orang-orang Melayu ini pada pihak jalan kehidupannya (pencariannya)
dan pada pihak perangai-perangainya yang kekurangan itu hanyalah boleh didapati
pada satu jalan sahaja, iaitu diubati kemiskinannya yang pada pihak otak itu yakni
kemiskinan pengetahuannya dengan jalan diberikan mereka itu pelajaran-pelajaran
daripada jenis yang betul. Maka di situlah, dan di situlah sahaja boleh didapati
keselamatan itu, tiada pada lainnya.

Diperalat

Jika orang lain ada strategi laut biru atau blue ocean strategy, kenapa tidak
kita? Kita juga harus berfikir persaingan tidak relevan (W. Chan Kim dan Renee
Mauborgne, 2005). Hari ini kita asyik mahu merebut dan bersaing tanpa
menghiraukan perasaan orang lain. Umat Islam mesti keluar daripada kemelut air
yang penuh dengan segelintir jerung jika ingin berjaya dan tidak tidak diperalatkan
oleh jerung tersebut.

Teringat saya berita 14 Mac 2010 bertajuk "Brunei lebih takut laknat Allah" oleh
Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Dr. Mohd Zain Serudin yang menolak usul ultra
kiasu Ahli Parlimen Goh King Chin, supaya zon jual beli arak diwujudkan untuk
pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, "andai Tanya diwujudkan, Brunei yang
mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan. Yang paling kami takuti ialah
laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja, tetapi pada
semua yang berada di negara ini. Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di
negara mereka, malah mereka boleh mandi arak. Hari ini mereka mahu zon arak,

130
lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan
kemakmuran”.

Saya ucapkan tahniah dan kita mengambil iktibar penegasan negarawan itu.
Terus terang, itulah pemimpin yang meletakkan rakyat didahulukan, memahami
kehendak akan umbi. Tidak mudah tunduk kepada desakan dan tekanan. Hak asasi
manusia perlu diketepikan apabila berlaku pertembungan dengan hak-hak Maha
Pencipta. Tujuannya tidak lain, untuk melindungi manusia yang tidak berdosa di
buminya sendiri. Kita amat bimbang, bila berlaku sesuatu musibah mereka yang
tidak berdosa turut menjadi mangsa disebabkan oleh tangan-tangan pendosa.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti


Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perniagaan
Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 11 April 2010

MEMENANGI HATI RAKYAT


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

KETIKA membentangkan kertas kertas bicara sosial pada Konvensyen Barisan


Nasioanl (BN) Negeri Selangor barn-barn ini, saya telah menghujahkan beberapa
perkara pokok yang mesti dapat dilihat dilaksanakan jika BN mahu kembali
memerintah termasuk memenangi pilihan raya. kecil Parlimen Hulu Selangor.

Pertama, pemimpin mesti dapat dilihat latar belakang dan akhlaknya baik.
Kebaikannya itu bermula dengan dia berjaya menjaga diri sendiri dengan imej bersih
serta keluarganya, bertunjangkan keikhlasan. Saya memetik kata-kata ahli falsafah
Cina, Konficius yang berbunyi, if you want to rule the state, first put your house in
order, to put your house in order, first cultivate yourself morally, to cultivate yourself
morally, first put your heart right, to put your heart right, you must be sincere.

Kata-kata ini amat bertepatan dengan Islam walaupun bukan datang daripada
`orang Islam'. Namun, dalam hati kecil ini sentiasa berkata kemungkinan besar
Konfucius merupakan salah seorang Nabi daripada ribuan Nabi dalam Islam, kerana
kata-katanya langsung tidak bercanggah dengan roh Islam.

Pemimpin mesti dapat dilihat berakhlak sedemikian, tidak kira sama ada
mereka Islam atau tidak. Mereka mesti menjadi contoh yang terbaik kepada rakyat

131
bagi membolehkan mereka dipilih oleh rakyat. Sesungguhnya, tanggungjawab
memimpin teramat berat, bukan sekadar main-main atau ingin mencuba nasib. Ada
perhitungan dunia dan akhirat. Menjadi pemimpin bukanlah tiket untuk
membuncitkan perut atau mengumpul harta. Kekayaan negara mesti digunakan bagi
menjamin kesejahteraan rakyat.

Pemimpin yang mempunyai skandal, hendaklah diketepikan kerana rakyat hari


ini bijak memilih antara permata dan kaca. Tindakan bekas ketua wanita MCA, Chew
Mei Fun patut dipuji, walaupun dalam beberapa perkara saya tidak boleh bersetuju
dengan pandangan beliau mengenai Islam dan hak asasi manusia. Beliau terpaksa
melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan, berpegang kepada prinsip
tidak dapat menerima pemimpin yang rendah moral dan akhlaknya. Tindakan ini
mesti dihormati dalam melahirkan sebuah masyarakat berintegriti tinggi dan
bermaruah. Jika ramai pemimpin seperti ini, BN tidak perlu merasai bimbang dalam
menghadapi pilihan raya atau berhadapan dengan rakyat. Secara automatik, mereka
akan diterima rakyat.

Kata-kata dahulu kala seperti 'jika BN letak tunggul kayu sekalipun akan
menang pilihan raya' tidak dapat diterima pakai lagi. Tunggul hari ini bukan hanya
akan dipatahkan, malah dicampak rakyat entah ke mana. Justeru, pemimpin mesti
mempunyai integriti yang amat tinggi. Menjadi role model kepada rakyat, terutama
kanak-kanak yang sentiasa melihat pemimpin sebagai contoh teladan. Jika
pemimpin terlibat dalam seks bebas dan korupsi bagaimanakah kita hendak
mengatakan kepada rakyat supaya menjauhi perkara terkutuk itu kerana cakap
sudah tidak serupa bikin.

Manfaatnya

Pendek kata, sebagai pemimpin mereka mesti dapat mengalir manfaatnya


kepada manusia. Seperti kata Pendeta Za'ba, hidup ini mesti melakukan kebajikan
dengan berjasa kepada orang. Sebaik-baik kebajikan itu biarlah kekal berpanjangan
biarpun kita telah mati kerana demikian itulah iaitu salah satu daripada tiga perkara
yang dikatakan oleh Nabi kita tidak putus amal seseorang anak Adam daripadanya
apabila ia (anak Adam itu) mati. Perkataan itupun tidak tertentu bagi orang Islam
sahaja melainkan 'anak Adam'.

Kedua, pemimpin parti-parti komponen BN janganlah bertindak mendesak dan


mengugut UMNO ketika parti Melayu ini berada dalam keadaan lemah akibat
perpecahan orang Melayu. Sebaik-baiknya berikanlah sokongan kepada UMNO
untuk bangkit kembali menjadi sebuah parti Melayu yang kuat dengan penuh
integriti. Sokonglah UMNO selagi mana ia berada di landasan yang betul.
Perbetulkannya, jika ia mula melencong daripada landasan.

Parti-parti komponen BN hendaklah mengumpulkan kekuatan dan mengatur


strategi untuk menghadapi pilihan raya akan datang dan bukannya mengambil
kesempatan ketika orang lain ditimpa musibah atau tidak berupaya. Memang tidak

132
dapat dinafikan inilah peluang keemasan dan kesempatan yang perlu dipergunakan
untuk menuntut itu dan ini, tetapi saya ingatkan belajarlah memahami psiki orang
Melayu. Melayu jarang meluahkan kemarahannya di khalayak, tetapi mereka
mudah memendam rasa. Menyimpan sesuatu yang terbuku di hati, kemudian
diterjemahkan dalam bentuk sukar dikawal. Inilah yang paling saya bimbang sekian
lama memahami bangsa ini.

Ketiga, mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang berasaskan kepada


sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Kemajmukan masyarakat di negara ini
tidak berlaku secara semulajadi. Negara bermula dengan satu bangsa iaitu bangsa
Melayu, dengan tidak menafikan orang asli. Hakikat ini mesti diterima oleh semua
manusia di dunia ini. Tidak ada negara dalam dunia ini bermula dengan berbilang
kaum. la bermula dengan satu kaum yang menduduki sesuatu kawasan atau
negara. Nama kaum itu akan menjadi nama sesebuah negara. Tidak perlu saya
ulangi kenapa Siam menjadi negara Siam, bangsa Cina menjadi negara China, dan
bangsa India membentuk negara India. Fikir-fikirkanlah kenapa ia berlaku
sedemikian.

Justeru, tidak timbul Melayu itu adalah pendatang kerana nama Tanah Melayu
sudah jelas mencerminkan kedudukannya di kepulauan Melayu. Tindakan
mengungkit perkara itu hanya akan mengundang musibah kepada BN.

Lanjutan daripada itu, slogan Ketuanan Melayu jangan pula dilihat sebagai
melambangkan Melayu itu tuan, manakala bukan Melayu itu hamba. Laungan
ketuanan Melayu hanya sekadar untuk mengingatkan sahaja bahawa negara ini
berakarkan kepada sistem kenegaraan Melayu. Jika orang bukan Melayu itu
hamba, sudah tentu kita akan merempat di bumi ini. Tetapi adakah ia berlaku
sedemikian rupa? Siapakah tuan, siapakah hamba sebenarnya?

Fahamilah konsep keadilan dalam Islam. Keadilan itu bukannya sama rata dan
sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Islam boleh memberikan
keadilan, tetapi Islam tidak dapat memberikan sama rata dan sama rasa, sebab
agama Islam itu sendiri tidak boleh disamakan dengan agama lain. Tetapi Islam
memberikan jaminan keadilan. Dengan sebab itu, kita lihat orang bukan Islam
boleh membina empayar kekayaan dan hidup aman damai di bumi Islam, tetapi
belum tentu orang Islam boleh merasai perkara yang sama di bumi bukan
Islam. Lagi pula orang Islam jarang cemburu dengan kekayaan yang dimiliki oleh
bukan Melayu.

Keempat, menolak rasuah lebih hina daripada daripada makan babi. Maksud
saya, imej seorang pemimpin BN mesti bersih dan bebas daripada rasuah. Memberi
dan menerima rasuah, kedua-dua masuk neraka. Rasuah adalah perbuatan yang
dapat dilihat dan masyarakat kita mula jijik dengannya. Rasuah adalah amat bahaya
kepada agama, bangsa dan negara, tidak ada kompromi dalam isu ini. Pemimpin
yang hendak mewakili rakyat mesti menjauhkan diri daripada perbuatan ini. Sama
ada mereka mahu menjadi pemimpin cawangan atau bahagian sehinggalah ke
133
peringkat negeri dan pusat, pemimpin yang jelas terlibat dalam rasuah dan politik
hendaklah ditolak untuk cuba diketengahkan atau bertanding.

Kelima, mencari persamaan dalam kehidupan beragama, bersatu atas


kebaikan dan menolak kemungkaran. Tidak ada agama yang menerima keburukan.
Semuanya menganjurkan kebaikan. Maka nilai kebersamaan itu mesti dicari.
Misalnya, seks bebas, pergaulan bebas, berzina, hiburan melampau, minum arak,
judi dan sebagainya. Tidak ada satupun agama yang membenarkan perbuatan
terkutuk ini. Justeru, tidak timbul soal untuk berhujah mempertahankan bahawa
ianya adalah hak asasi manusia. Bila mana hak asasi manusia tertembung dengan
hak Pencipta, maka hak pencipta mesti diutamakan untuk mengelakkan mudarat
yang lebih besar.

Mempertahankan kemungkaran dan kemaksiatan hanya akan mengundang


bala, sedangkan kita tahu ia ditolak oleh semua agama. Jika ada agama yang
menjadi anutan parti-parti politik komponen BN mengatakan bahawa kemungkaran
dan kemaksiatan tersebut boleh diterima dan dibenar, sila buktikan pada saya. Saya
akan jawab, nilai moral agama mereka amat rendah tarafnya. Mereka tidak layak
untuk menganuti agama tersebut, kerana agama itu terlalu suci. Kesucian itu mesti
dipelihara, tidak dapat tidak.

Perasaan

Keenam, menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan


seperti yang termaktub dalam Perlembagaan yang menjadi anutan orang Melayu.
Perlu diingatkan bahawa orang Islam tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal
atau urusan bukan Islam. Justeru, sudah sampai masanya orang bukan Islam tidak
mengeluarkan kenyataan yang menyinggung hati dan perasaan orang Islam.

Saya lihat kerajaan hari ini sudah mula cenderung ke arak itu. Semakin
cenderung UMNO kepada Islam, semakin ia mendapat sokongan, kerana
agama tidak pernah menipu manusia. Tuhan tidak pernah menipu manusia,
melainkan manusia yang selalu menipu Tuhan. Yakinlah.

Kembalilah kepada rakyat, barulah kita dapat menawan hati rakyat kerana
kerajaan adalah dari rakyat untuk rakyat.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH KumpulanPenyelidik politik dan Peradaban Islam,
UPNM merangkap Setiausaha Agung, DewanPerdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini
adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 18 April 2010

134
MENGUJI KEMATANGAN PILIHAN RAYA

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Setiap kali ada pilihan raya sama ada umum atau pilihan raya kecil, penduduk
kawasan terlibat akan bersorak gembira kerana mereka akan mendapat peruntukan
sana sini dan boleh menuntut itu dan ini. Tidak cukup dengan itu, ada yang begitu
berani mengugut untuk mengundi parti lain atau berpaling tadah jika tuntutan
mereka tidak dipenuhi.

Bagi parti yang mahukan kemenangan, sudah tentu peruntukan disalurkan


kerana jentera tidak akan bergerak tanpa habuan. Kawasan terbabit akan mendapat
jalan baru, tar baru, tapak sekolah baru, kemudahan sekolah baru, pelbagai projek
pembangunan baru dijanjikan sama ada oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan
pusat. Tidak salah, cuma kadang kala naik sebu telinga mendengarnya.

Namun, apakan daya inilah realiti budaya politik kita yang diharapkan akan
berubah. Jika ia berterusan, selepas ini saya bimbang, rakyat saban hari akan
berdoa kepada Tuhan supaya wakil rakyat mereka meninggal dunia atau mati cepat.
Logiknya mudah, apabila berlakunya kematian wakil rakyat seperti Parlimen Hulu
Selangor ini, maka pilihan raya kecil akan diadakan. Kawasan tersebut tiba-tiba
menjadi meriah. Episod menagih janji dan menunaikan janji, serta tuntut menuntut
pun bermula. Sekelip mata kita akan dapat melihat perubahan wajah fizikal kawasan
yang terbabit. Begitulah yang berlaku di Hulu Selangor, antara kerajaan negeri dan
kerajaan pusat. Boleh dikatakan semua orang mendapat manfaat.

Tidak kurang yang mendapat keuntungan segera hasil kemeriahan tersebut.


Hotel dan rumah tumpangan penuh, makanan habis dijual di restoran-restoran dan
berbagai lagi.

Sebelum ini ramai yang buat tidak kisah keadaan Hulu Selangor kerana satu
pihak telah menang, dan satu pihak lagi telah kalah, sehinggalah wakil rakyatnya
meninggal dunia. Sepatutnya yang menang menjaga kawasan, yang kalah
memantau. Tetapi keadaan berlaku sebaliknya.

Budaya ini menunjukkan bahawa seolah-olah pilihan raya adalah medan untuk
mendapatkan sesuatu habuan, bukannya untuk memilih wakil rakyat yang benar-
benar berwibawa dan mampu membawa perubahan ke arah lebih baik daripada
yang sebelumnya. Trend ini menunjukkan bahawa kita masih belum matang dalam
kehidupan berpolitik dan berpilihan raya berbanding dengan negara maju.

Di negara maju, pilihan raya adalah medan untuk mencari pemimpin terbaik
yang mampu membawa perubahan dan pembangunan dalam pelbagai aspek sama
ada fizikal mahupun spiritual mengikut lunas demokrasi. Pemimpin terbaik yang
dimaksudkan mereka yang benar-benar terserlah kewibawaannya terutama dari segi

135
semangat patriotisme dan kenegaraan yang tinggi. Misalnya, penerimaan Barack
Obama yang berkulit hitam sebagai presiden Amerika Syarikat oleh mereka yang
rata-ratanya berkulit putih.

Bezanya, di Barat mungkin mereka tidak berapa kisah jika pemimpin mereka
minum arak atau rosak akhlaknya. Bagi yang penting adalah wibawa dan karisma,
tetapi norma sebegini tidak dapat diterima oleh masyarakat kita apatah orang Islam.
Kita mahukan pemimpin yang baik dalam semua aspek, fizikal dan spiritual atau
jasmani dan rohani.

Secara peribadi, saya dapat menerima ketelusan Barat mengendalikan


pilihan raya tetapi menolak calon yang rosak akhlaknya untuk bertanding
dalam pilihan raya walaupun mereka berwibawa. Ini kerana, kebiasaannya tabiat
merokok, minum arak, berjudi dan berzina mempunyai unsur-unsur ketagihan,
kecuali mereka benar-benar telah 'bertaubat'.

Kadang kala sukar juga untuk mempercayai pengakuan 'taubat' seseorang


manusia selagi manusia itu tidak beriman sepenuhnya kepada Allah SWT. Ibarat
kata pepatah Melayu, anjing jika sudah biasa makan tahi, tak dapat makan, hidu
pun jadi. Hendaknya biarlah kita benar-benar bertaubat. Janganlah hari bertaubat,
esok berhajat kerana berhajat lebih hina daripada menjadi penjahat.

Peribadi

Apapun, faktor peribadi dan latar belakang seseorang amat dititik beratkan oleh
Islam apatah lagi jika ia hendak menjadi pemimpin kepada masyarakat. Pemimpin
mesti menjadi role model. Mereka mesti kelihatan baik luar dan dalam. Sebaik-
baiknya tidak melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dan minum arak. Pada
masa sama kewibawaan hendaklah juga terserlah.

Isu arak di negeri Selangor ini bukanlah baru. Kita telah dengar sebelum ini
bagaimana parti ultra kiasu begitu marah kepada penguatkuasa bila mereka
bertindak merampas arak yang dijual di kawasan majoriti Islam. Kita dapati parti
ultra kiasu tidak dapat menerima hakikat ini. Mereka mengkritik hebat tindakan
penguatkuasa dan serta merta mengeluarkan arahan supaya menghentikan
tindakan tersebut. Sedangkan tujuannya adalah baik iaitu melarang orang Islam
daripada minum arak. Kepada orang bukan Islam mereka boleh minum dan mandi
arak, tidak siapa larang selagi tidak mengganggu ketenteraman awam. Dengan
sebab itu, saya tidak berminat untuk mengulas perkara ini lebih panjang kerana
semuanya telah faham, apatah dijadikan bahan untuk menyerang peribadi
seseorang seperti yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin.

Dalam kempen pilihan raya, sebaik-baiknya kita tidak menyerang peribadi


seseorang calon yang bertanding kerana perbuatan tersebut adalah tidak

136
profesional. Mereka yang diserang akan bertindak sama menyerang peribadi
lawannya itu. Akhirnya berlakulah episod serang menyerang peribadi sehingga yang
tidak kena mengena dengan pertandingan dalam pilihan raya turut terpalit sama.
Inilah budaya kita.

Kita yang makan nangka, orang lain pula yang kena getahnya. Seekor kerbau
membawa lumpur, semuanya terpalit. Tidakkah lebih molek jika kita berkempen dan
berhujah dengan menilai perubahan sesebuah kawasan itu setelah kepimpinan
beralih tangan? Saya lebih suka kita berpegang kepada kata-kata ingat pertolongan
orang pada kita, lupakan pertolongan kita pada orang

Sepatut medan pilihan raya ini digunakan untuk menilai keberkesanan wakil
rakyat serta tanggungjawabnya. Adakah wakil rakyat yang dilantik benar-benar
mewakili rakyat atau indah khabar dari rupa. Adakah kerja wakil rakyat ini hanya
melihat masalah rakyat ketika pilihan raya?

Bandingkan perubahan kawasan tersebut sebelum ini dengan dua tahun lalu
setelah kepimpinan bertukar tangan. Adakah terdapat perubahan yang ketara atau
sekadar penerusan agenda pembangunan sebelum ini semata-mata? Inilah
sepatutnya yang dinilai oleh pengundi-pengundi di sana, bukannya meminta itu dan
ini serta menyerang peribadi seseorang. Masyarakat yang matang harus pandai
berhujah dan menepis hujah dengan hujah, bukannya menyerang dan mengugut
sesuatu yang tidak ada kaitannya dengan prestasi seseorang. Kita harus rasional
dan bukan emosional.

Kita perlu menilai adakah kepemimpinan dua tahun kebelakangan ini telah
mengotakan janji-janji pilihan raya mereka atau cakap tidak serupa bikin. Saya fikir
perbincangan sebegini lebih bermanfaat dan membangun minda berbanding
pemikiran pandir yang hanya mahukan habuan dan tuntutan. Jika tidak, kita tidak
akan ke mana-mana. Amat sukar untuk kita pergi lebih jauh. Kita tidak proaktif tetapi
lebih action-oriented.

Satu lagi perkara yang menjadi asas menguji kematangan dalam pilihan raya
ialah bagaimana menanamkan nilai keikhlasan dalam berjuang seperti pemimpin
terdahulu. Mereka sanggup berjalan kaki dan bersusah payah merempuh onak duri
berkempen ke sana ke mari tanpa mengharapkan imbuhan. Diri mereka sudah tidak
penting. Apa yang lebih penting ialah untuk memartabatkan agama, bangsa dan
negara.

Berbanding dengan kita hari ini, keadaan sudah mula berubah. Kita sudah
tidak mampu untuk berpanas di pondok panas. Dalam kepada kita hanya terbayang
imbuhan dan wang besar. Pemikiran sebegini adalah cerminan kepada kemajuan
yang akan dicapai. Kita akan menghadapi kesukaran memacu kemajuan menjelang
2020, disebabkan cara kita berfikir masih belum maju.

137
Disarankan

Kita perlu berubah sebelum rebah seperti yang disarankan oleh Perdana
Menteri. Kita mesti ikhlas dalam perjuangan. Barulah kita akan berjaya. Kita akan
kalah jika tidak ada keikhlasan. Jika menangpun, kemenangan itu hanya bersifat
sementara. Tidak kekal lama. Masalah pasti akan berulang dan berulang. Kita tidak
habis-habis akan menjadi mangsa.

Kita hendaklah menanamkan semangat kepada pengikut kita bahawa ganjaran


yang paling besar bukan wang tetapi pahala. Pahala hanya boleh dianugerahkan
oleh Allah SWT. Itulah jaminan kesenangan di dunia dan akhirat. Inilah juga
semangat pemimpin terdahulu. Mereka sanggup berhujan, berpanas dan berjaga
sampai sampai ke pagi, bekerja tanpa kenal erti lelah, hanya kerana mereka
mengharapkan habuan syurga. Saya yakin kita boleh pergi ke arah itu, pokoknya
kita jangan mudah cair dengan habuan dunia, walaupun tidak nafikan ianya penting.

Ramai yang masih tidak faham bahawa pilihan raya sebenar bukanlah untuk
menukarkan kerajaan kerana kerajaan tidak pernah bertukar. Kerajaan telah wujud
semenjak wujudnya negara bangsa. Kita tidak boleh menukar kerajaan. Kita hanya
boleh menukar parti yang memerintah kerajaan atau ruling party. Adalah salah bila
kita menyebut kerajaan pembangkang atau bukan pembangkang. Kerajaan tidak
pernah membangkang. Yang membangkang atau menyokong adalah parti yang
memerintah kerajaan.

Justeru, sudah sampai masa kita mendidik rakyat apa yang betul, apa yang
salah, bukannya siapa yang betul, siapa yang salah. Biarlah rakyat yang
menghakimi apa yang betul apa yang salah di Hulu Selangor pada hari ini.

Kepada pengundi Hulu Selangor, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang
bijak.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban
Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 25 April 2010

KEMBALIKAN KEKUATAN

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

138
Saya tidak mahu mengulas panjang tentang trend pengundian dalam Pilihan Raya
Kecil Parlimen Hulu Selangor. Dari awal-awal lagi saya sudah menjangkakan
fenomena ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa BN kehilangan sokongan bukan Melayu.


Trend ini bukanlah suatu yang baru atau pelik, tetapi telah berlaku sejak dahulu lagi.
Bila Melayu bertanding di kawasan bukan Melayu, Melayu akan kalah. Manakala
bila bukan Melayu bertanding di kawasan Melayu misalnya MCA dan Gerakan,
bukan Melayu akan menang. Bila parti dominasi etnik bukan Melayu seperti MCA
atau Gerakan bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu, parti ultra kiasu akan
menang. Keadaan mungkin sedikit berubah pada Pilihan Raya Umum 2008.
Kelihatan seolah-olah bukan Melayu mengundi Melayu dengan kemunculan parti
sekutu ultra kiasu. Sebenar tidak, jika sekutu ultra kiasu yang memerintah seperti
di Selangor, sebenarnya itulah kemenangan parti ultra kiasu.

Terus terang saya katakan dari segi keterbukaan, orang Melayu tidak ragu-
ragu untuk mengundi bukan Melayu. Namun, belum tentu bukan Melayu sanggup
mengundi Melayu. Siapakah yang lebih terbuka sebenarnya?

Melayu atau bukan Melayu? Saya tidak katakan semua bukan Melayu
bersikap sedemikian. Dengan sebab itu, dalam apa jua aspek berkaitan dengan
Melayu, kita gagal untuk memperkasakannya kerana kita tidak mempunyai rakan
setia. Rakan kita kadangkala mengambil sikap menikam dari belakang.

Seolah-olah memperlihatkan UMNO diperalatkan untuk mencapai kepentingan


tertentu atau mendapatkan lebih lagi apa yang telah dapat. Berterima kasihlah
kepada Perdana Menteri kerana telah mengotakan janjinya dalam kempen pilihan
raya di Hulu Selangor baru-baru ini. Saya yakin ada orang akan berkata, peruntukan
tersebut diambil daripada cukai rakyat, apa yang hendak dihairankan. Saya yakin
yang banyak bercakap itupun tidak pernah bayar cukai atau selalu mengelakkan diri
daripada dikenakan membayar cukai.

MCA dan Gerakan menuduh Perkasa yang menjadi punca sokongan bukan
Melayu beralih arah. Itulah jawapan simplistik barisan kepimpinan baru mereka yang
begitu agresif berbanding dengan kepimpinan sebelumnya yang agak berhikmah.
Justeru, tidak hairan barisan kepimpinan baru ini dipilih mereka walaupun
mempunyai skandal yang sukar untuk diterima oleh norma masyarakat timur. Saya
yakin kejayaan mereka mempunyai kaitan rapat dengan sikap ultra kiasu dan
pakatan senyap dengan parti ultra kiasu. Pada saya, tidak perlulah kita menuduh
orang atau menuding jari untuk menutup kelemahan sendiri. Muhasabah diri sahaja.
Apakah kita benar-benar mempunyai semangat setiakawan atau kawan makan
kawan?

Kawan sebangsa saya berkata MCA dan Gerakan sudah tidak relevan lagi
kepada bukan Melayu kerana dikatakan terlalu mengikut telunjuk UMNO? UMNO

139
dikatakan tidak lagi disukai oleh bukan Melayu? Apakah dakwaan itu benar? Kajian
secara intensif perlu dibuat, bersekali dengan perubahan hidup bukan Melayu di
bawah pemerintahan UMNO selama 52 tahun. Adakah hidup mereka bertambah
baik atau sebaliknya. Lu fikirlah sendiri.

Sebenarnya politik bukan Melayu amat terancang rapi. Kita sahaja sebagai
umat Islam yang terlalu akomodatif, kadangkala mudah dipergunakan dan bergaduh
sesama sendiri seolah-olah tidak ada lagi hubungan persaudaraan dan keagamaan.
Semua orang tahu dan orang bukan Melayu pun lagi tahu, bahawa bandar-bandar
tetap akan membangun walaupun siapa juga wakil rakyat sama ada parti yang
memerintah kerajaan mahupun pembangkang. Itulah beruntungnya mereka yang
berada di bandar, ruginya mereka yang berada di luar bandar. Maknanya, siapapun
yang menang, mereka tidak akan rugi sedikitpun. Malah, mereka akan mendapat
habuan dengan lebih banyak kerana dapat makan sana sini dan mendesak itu dan
ini. Justeru, kesempatan ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Renung balik

Kadang kala tidak boleh salah bukan Melayu juga. Cuba renung balik apa
yang kita buat selama ini. Kita sebenarnya jarang bertegas. Kita asyik melayan,
mementingkan kuasa dan menjaga jawatan. Kita takut kehilangan kedua-duanya ini,
maka kita terus memberi muka. Misalnya, pada hari Selasa lalu saya menghadiri
Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu 2010 anjuran
Kementerian Pelajaran. Sebelum ini saya telah menghadiri berpuluh-puluh seminar
dan wacana untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Saya berasa teramat pelik
kenapa perbincangan ini perlu dibuat dalam sebuah negara Melayu, pemimpinnya
Melayu, rajanya Melayu, bahasa kebangsaannya Melayu dan berbagai lagi
Melayu didominasi oleh Melayu. Sepatutnya ia sudah terdaulat, terdarjat atau
terangkat secara automatik di buminya sendiri, bukan bumi asing. Namun, tidak
sedemikian yang berlaku. Orang Melayu dan bahasa Melayu seolah-olah
merempat di bumi sendiri.

Hari ini kita tidak habis-habis membuang duit mengadakan seminar sana sini
membincangkan untuk mendaulatkan bangsa Melayu dan bahasa Melayu. Lebih
baik duit itu digunakan untuk membantu fakir miskin, ibu tunggal dan mereka yang
memerlukan. Apa masalah sebanarnya? Apakah strategi dan langkah yang telah
dibuat untuk mendaulatkannya? Ini membuat saya teringat kata-kata Timbalan
Perdana Menteri yang mengatakan beliau Melayu dulu, kemudian rakyat Malaysia.
Persoalannya, adakah dengan kata-kata demikian, kedudukan Melayu secara
keseluruhan terdaulat? Kata-kata ini sebenar tidaklah salah atau mengurangkan
semangat patriotisme seseorang kepada negara. Namun, kata-kata ini telah
disensasikan dan dimanipulasikan.

Kita dapati kata-kata ini mendapat kritikan yang hebat daripada kumpulan ultra
kiasu dan sekutunya. Pada mereka, sepatutnya TPM menyebut beliau sebagai

140
rakyat Malaysia dahulu, kemudian barulah Melayu (I am Malaysian first, second
Malay). Persoalannya, adakah orang lain menganggap bahawa mereka benar-benar
Malaysian first atau hanya mainan bibir untuk mencairkan hati orang lain. Malaysian
first mesti ada akarnya bukan pukul rata sahaja. Saya masih teramat ragu jika ultra
kiasu berkata sedemikian, sebab tindak-tanduk tidak mencerminkan hakikat yang
sebenar.

Jika kita meletakkan rakyat Malaysia terlebih dahulu, maka kepentingan negara
mesti diutamakan berbanding dengan kepentingan etnik. Maknanya, perlembagaan
mesti didaulatkan, bahasa Melayu mesti diutamakan, Islam mesti dihormati
sebagai agama Persekutuan, sekolah kebangsaan mesti dijadikan pilihan, dan
sebagainya. Ini tidak, kedudukan dan peruntukan istimewa terus dipertikaikan dan
dicabar di mahkamah. Lebih menjengkelkan lagi papan tanda dan banner yang
digantung di kawasan umum langsung tidak mendaulatkan kepentingan
kebangsaan.

Saya mahu dengar kata-kata pemimpin bukan Melayu bahawa sekolah


kebangsaan itu adalah lebih penting daripada sekolah vernakular. Sekolah
kebangsaan mesti ditambah dari masa ke semasa manakala sekolah vernakular
cukuplah sekadar yang ada. Bahasa Melayu mesti difahami dan didalami
berbanding dengan bahasa lain. Kedudukan agama Islam dan mahkamah syariah
mesti dihormati. Barulah itu dinamakan Malaysian first. Ini tidak, kita asyik mendesak
supaya hak-hak setiap bangsa ditambah dan tanpa langsung dikurangi. Isu ini
seolah-olah tidak pernah habis. sebenarnya yang banyak berkokok itulah yang
meletakkan bangsa di hadapan berbanding negara.

Mengutamakan bangsa

Pada saya kata-kata mengutamakan bangsa dahulu tidak salah, walaupun


saya lebih suka dengan kata-kata agama didahulukan, rakyat diutamakan, bangsa
diperkasakan. Kita mesti ingat manusia bermula bangsanya yang telah
dianugerahkan Allah SWT.

Dalam konteks TPM sebagai orang Melayu, saya masih boleh menerima kata-
katanya itu. TPM benar dari sudut dia sebagai orang Melayu berada di dalam
negara yang berakarkan Melayu sendiri (Malay polity). Saya juga mahu mendengar
kata-kata daripada pemimpin-pemimpin bukan Melayu bahawa bangsa itu tidak
penting, yang penting adalah kita sebagai rakyat Malaysia. Malaysia didahulukan,
etnik dikemudiankan.

Saya yakin selepas ini saya akan terus dihentam teruk dengan tersiarnya
artikel ini. Saya akan dituduh pula sebagai provokator dan mengapi-apikan sentimen
perkauman. Saya tidak pernah lupa akar dan bangsa saya. Saya sayangkan bukan
Melayu seperti mana saya sayangkan diri sendiri kerana mereka adalah juga ahli
keluarga dan saudara mara saya. Lagipun mereka juga adalah makhluk Allah SVVT.
Menghina mereka bermakna menghina makhluk kejadian Allah. Rasulullah SAW

141
sendiri begitu lunak dengan bukan Islam sehingga dakwah terbesar luas, tetapi
bertegas dalam mempertahankan Islam daripada dihina atau percubaan untuk
merosakkannya. Saya cuma ingin berkata benar demi membina masa depan negara
yang lebih baik. Justeru, saya selalu ingatkan, cubalah memahami hakikat negara ini
sebenarnya. Hubungan majoriti-minoriti di bumi bertuah ini. Sikap saling memahami
antara satu sama lain bersandarkan kepada sejarah.

Setelah itu, buat perbandingan dengan negara-negara lain. Jangan pula lari ke
negara lain setelah berjaya membina empayar. Saya percaya dan amat yakin Allah
SWT begitu merahmati bumi ini. Kita begitu bertuah berada di sini, jati diri dan
identiti kita masih kekal dan terpelihara. Di negara lain, bukan sahaja identiti dan jati
diri mereka hancur lebur, malahan kita lihat berbagai-bagai malapetaka dan bencana
telah menimpa dan berlaku di tempat mereka, tetapi kita masih selamat dan masih
boleh ketawa sepanjang masa.

Bersyukurlah dengan nikmat ini, mungkin ia tidak datang untuk kali seterusnya.

Bertindak sebelum parah, berdiri sebelum rebah. Justeru, sudah sampai


masanya kita mengubah cara berfikir dan bertindak. Umat Islam perlu memastikan
nasib mereka terbela dan dibela di bumi sendiri. Penekanan yang terlalu berlebihan
mengenai fardu ain sehingga melupakan fardu kifayah perlu dilihat dengan serius.
Kepentingan fardu ain dan fardu kifayah perlu diseimbang supaya kita tidak
perkotak-katikkan. Hari ini, kita selalu menekankan fardu ain sehingga terlepas
panjang kepentingan fardu kifayah. Sedangkan kita tahu kedua-dua perkara tersebut
mesti bergerak seiring. Tanpa fardu kifayah, fardu ain tidak dapat dipraktikkan
dengan sempurna.

Apakah kita tidak berdosa menjadi hamba di bumi sendiri, sedangkan orang
lain menjadi tuan? Tuan kita adalah orang lain. Kita seperti melukut di tepi gantang.
Jangan kerana terlalu mahukan undi sehingga kita terpaksa menyembah orang lain.
Saya kira tindakan ini sudah keterlaluan. Sudah sampaikan masanya kita kembali
kekuatan kita yang telah sedia ada daripada merayu dan mengharapkan simpati
orang lain.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban
Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

Mingguan Malaysia, Ahad 2 Mei 2010

KEBENARAN ITU SELALUNYA PAHIT

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

142
SAYA diminta oleh rakan-rakan Cina Muslim supaya berhenti menulis dalam kolum
ini kerana kepada mereka penulisan saya itu merugikan dakwah, yakni menjauhkan
orang bukan Islam daripada Islam.

Lebih teruk lagi saya dituduh menyamar dalam blog untuk mempertahankan
diri daripada diserang oleh ulat-ulat ultra kiasu yang sebenarnya mereka yang
menyamar untuk menyerang saya. Terus terang, saya tidak ada masa untuk
menyamar sana sini, lagipun saya tidak berminat melayan ulat-ulat ini dengan
merendahkan pemikiran saya sama seperti mereka. Terima kasih banyak terhadap
mereka memahami perjuangan saya dan terus memberikan suntikan semangat
untuk saya terus berkarya.

Cuma izinkan saya untuk menjawab kenapa saya terus menulis dalam akhbar
ini dan seterusnya dimasukkan dalam blog saya. Tidak ada manusia yang rasional
yang mahu mencari masalah. Kita mahu berkawan dengan semua orang tanpa
mengira bangsa dan darjat keturunan kerana kita semua adalah pendakwah.
Tanggungjawab berdakwah adalah tanggungjawab semua, bukan tanggungjawab
mereka yang bergelar ustaz atau ustazah sahaja. Tidak ada niat langsung untuk
menjauhkan bukan Islam daripada Islam. Saya hanya ingin membawa pembaca
mengenali diri saya yang lahir dalam sebuah keluarga totok Cina yang tinggal dalam
persekitaran Melayu. Keadaan ini tidak menjadikan saya Melayu, apatah untuk
menjadi lebih Melayu dari Melayu. Saya tidak pernah lupa asal-usul, apatah lagi
untuk mengkhianati bangsa sendiri.

Saya berpegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah.
Memang pahit untuk menelan kebenaran, apatah lagi bila menyentuh soal bangsa.
Tetapi apa boleh buat, bila berlaku pertembungan antara kepentingan bangsa dan
agama dan negara, maka kepentingan agama dan negara mesti diutamakan. Jika
apa yang saya katakan itu tidak benar, marilah sama-sama kita buktikan. Jika
kumpulan ultra kiasu ini terlalu baik bagi kita, buktikan sifat-sifat kemalaikatan
mereka? Apakah mereka benar-benar dapat menyelamat agama dan negara kita?
Jika ditakdirkan mereka memerintah nanti, apakah agama Islam benar-benar dapat
dimartabatkan? Saya tidak mengatakan bahawa keadaan hari ini sudah baik. Tetapi
sudah tidak ada jalan lainkah sehingga kita terpaksa berkawan dengan musuh?
Musuh yang memang sudah kita kenali sejak dahulu lagi iaitu musuh dalam selimut
dan musang berbulu ayam.

Saya tidak menjadi masalah jika kawan sepakatan itu benar-benar ikhlas dan
bukan musuh Islam. Tetapi mereka sudah berterus terang sejak dahulu lagi, supaya
langkah mayat mereka jika mahu menegakkan Islam. Masih tidak kenalkah lagi
musuh itu?

Masih kita boleh bersangka baik dengan musuh itu? Musuh kita itu bukan
sahaja berada di luar, malah ada juga di dalam.

143
Lihatlah campur tangan mereka dalam hal ehwal dalam agama kita. Mereka
begitu bersatu hati. Kita pula sebaliknya, asyik berpecah dan menyalahkan UMNO.
Ada yang sanggup berkata UMNO laknatullah, UMNO Zionis dan sebagainya.
Adakah wajar untuk kita bertindak sedemikian? Seburuk-buruk UMNO, jasa mereka
tetap ada selama 52 tahun memimpin kerajaan. Begitu juga dengan peranan
pembangkang sebagai check and balance.

Sebagai ahli akademik dalam bidang politik dan kerajaan, saya fikir saya
berhak memberikan pendapat sedemikian. Lagipun penulisan saya adalah dalam
bidang kepakaran saya.

Saya tidak boleh biarkan otak menjadi tumpul dengan tidak diasah atau hanya
membaca bahan-bahan akademik sahaja seperti jurnal. Kita perlu tahu
perkembangan semasa. Saya tidak mahu menjadi segelintir ahli akademik hanya
fokus menulis jurnal sahaja, sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial untuk
menyedarkan khalayak. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan penulisan jurnal
langsung tidak dibaca oleh khalayak. Mungkin ahli akademik akan marah kepada
saya atas hujah ini. Saya juga menulis dalam jurnal, tetapi penulisan tersebut tidak
cukup untuk mengatakan kita adalah seorang ahli akademik hebat. Penulisan jurnal
ada kekuatannya tersendiri. Tetapi kita tidak boleh hanya terlalu bergantung kepada
jurnal. Tidak semestinya penulisan jurnal itu akademik, di luar jurnal tidak akademik.
Ia bergantung sejauh mana penulisan itu dibuat dan sejauhmana kita dapat
mengajak khalayak berfikir.

Menyedarkan

Pada saya, ahli akademik hebat ialah mereka yang dapat membuka pemikiran
dan menyedarkan khalayak.

Menyedarkan khalayak bangun berjuang terutama dalam pembinaan sebuah


negara bangsa. Terlalu banyak menyelidik sehingga tidak tahu apa yang berlaku di
luar sana pun tidak boleh juga. Lebih menyedihkan lagi bila penyelidikan dan
penulisan tersebut tidak dapat dimanfaatkan. Oleh kerana syarat naik pangkat itu
dengan menulis jurnal, maka kitapun menulis secara ekstrem sehingga lupa
tanggungjawab yang lain.

Justeru, saya menyeru kepada kita semua agar cuba menjadikan khalayak
dapat berfikiran lebih jauh kerana berfikir sejenak lebih baik daripada sembahyang
sunat berpuluh-puluh rakaat, itulah janji Nabi. Thinking is the highest form of
learning process. Apalah ertinya kita boleh menulis berkajang-kajang dalam jurnal,
sedangkan pemikiran itu tidak dimuntahkan kepada khalayak untuk difahami.
Kadang-kadang saya sedih melihat kita seolah-olah syok sendiri, bergerak dalam
dunia sendiri. Bahan penulisan tidak dibaca, bila bercakap, bahan yang dibicarakan
tidak menarik perhatian dan tidak berjaya menjadikan khalayak berfikir lebih jauh.
Mereka dengan dunia mereka sahaja.

144
Saya fikir ini tidak betul. Dengan sebab itu, pangkat profesor di negara kita
berbeza sedikit dengan profesor di negara maju.

Di negara maju, mereka yang dilantik ke jawatan profesor adalah mereka yang
kaya dengan ilmu dan pengalaman yang dapat dimanfaatkan oleh khalayak.
Seorang ahli perniagaan yang tidak ada kelayakan akademik, tidak mustahil dilantik
menjadi profesor disebabkan kekayaan pengalamannya itu untuk dikongsikan
dengan khalayak. University of hard knocks atau universiti pengalaman kadangkala
lebih banyak manfaatnya kepada sasaran khalayak.

Logiknya memang jelas. Misalnya profesor akademik dalam bidang bisnes.


Profesor ini boleh menulis berkajang-kajang dalam jurnal sehingga dilantik menjadi
profesor dan profesor jusa A, B dan C atau mungkin turus. Namun profesor ini
langsung tidak ada pengalaman dalam bidang bisnes. Mungkin juga profesor ini
hanya menambah ilmu melalui buku karangan pengalaman ahli perniagaan tersebut.
Sedangkan kita sedia maklum, mereka yang hebat adalah mereka yang pernah
jatuh bangun dalam perniagaan dengan ciptaan-ciptaan dan rekaan-rekaan yang
hebat. Henry Ford, pengasas Ford Motor Co. pengeluar kereta Ford yang dikagumi
dunia.

Begitu juga dengan Konosuke Matsushita, pengasas barangan barangan


elektrik sehingga berjaya menubuhkan Matsushita Electric Industrial Co. Rata-rata
mereka ini tidaklah mempunyai kelayakan akademik yang hebat, tetapi
kehebatannya diserlahkan melalui ciptaannya sehingga diakui dan dimanfaatkan
seluruh dunia. Sejak kecil lagi mereka sudah menunjukkan minat dalam bidang
penyelidikan enjin dan permotoran berbanding perladangan yang diusahakan oleh
ibubapanya. Hari ini, ada kalangan mereka yang telah pergi. Mereka bukan sahaja
berjaya membuktikan kepada dunia, namanya terus disebut-sebut dalam industri
yang diceburi. Mereka layak diangkat menjadi profesor yang sebenar.

Pun begitu, Ford dan Matsushita masih tidak dapat menandingi kehebatan
Nabi Muhammad SAW. Begitu juga tokoh-tokoh hebat di dunia. Rasulullah adalah
seorang yang tidak tahu membaca dan menulis. Tetapi kehebatan ketokohannya
dikagumi dunia. Hatta tidak seorangpun yang boleh menandingi Baginda seperti
yang dinukilkan oleh Michael Hart dalam bukunya The 100, a Ranking of the Most
Influential Persons in History. Hart menobatkan Nabi Muhammad SAW sebagai
nombor satu mengalahkan Nabi Isa, Nabi Musa, Buddha serta tokoh sains terhebat
seperti Isaac Newton, Einstein, Galileo dan sebagainya. Ringkasnya, kita dapat
katakan Rasulullah adalah bapa kepada segala profesor. Semua manusia merujuk
Quran dan hadis sebagai sumber panduan.

Saya selalu bercakap kepada golongan akademia, kita perlu berpijak di bumi
nyata. Misalnya, saya sempat mengenali beberapa profesor dalam bidang dakwah
kepada bukan muslim. Mereka boleh bercakap dan menulis dalam jurnal berjela-jela
panjangnya. Tetapi seorangpun tidak masuk Islam di tangan profesor tersebut.

145
Maknanya ilmu tidak berpijak di bumi nyata atau down to earth, tidak boleh
diaplikasikan dalam konteks khalayak. Kenapa? Kerana mereka kurang
pengalaman. Syok dengan dunia sendiri. Mereka masuk dan keluar dari hutan
Orang Asli atau berdakwah kepada orang Cina, tetapi mereka tidak dapat
menyelami psikik golongan sasaran.

hakikat

Saya mohon maaf jika ada mereka yang bergelar profesor tersinggung dengan
tulisan ini, tetapi itulah hakikat sebenar. Saya mengakui, tidak semua profesor
sedemikian, saya hanya menyentuh segelintir daripada mereka yang terlalu bersifat
akademik sehinggakan penulisan dan percakapan mereka langsung tidak dapat
difahami.

Mereka hanya boleh berbangga dengan berkata, inilah standard aku. Namun
bila mereka berpijak di bumi nyata, berhadapan khalayak, percakapan dan penulisan
mereka hambar dan tidak difahami.

Mungkin ada juga yang berhujah dengan mengatakan, penulisan mereka itu
adalah untuk golongan tertentu. Jika begitulah keadaannya, ilmu ini hanya untuk
golongan tertentu sahaja. Sedangkan kita sedia maklum, Nabi Muhammad SAW
mempunyai pengetahuan yang begitu luas bukan untuk orang Islam atau bangsa
tertentu sahaja. Tetapi ilmu yang dibawa oleh para anbiya adalah untuk seluruh
makhluk yang ada di muka bumi.

Justeru, saya amat tertarik dengan saranan Timbalan Perdana Menteri bahawa
kenaikan pangkat mereka ke jawatan profesor tidak hanya semata-mata dinilai
dengan penulisan jurnal, tetapi perlu juga dilihat sejauhmanakah mereka dan
penulisan serta penyertaan mereka dapat dimanfaatkan oleh khalayak dan menjadi
khalayak berfikir lebih jauh.

Kenyataan ini bertepatan dengan apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri
pada 9 Mac lalu, sekiranya terdapat profesor yang amat berwibawa dan tersohor
umpamanya, profesor itu boleh memperoleh gred lebih tinggi daripada naib
canselor. Ini satu perubahan yang menetapkan kepada penilaian seseorang itu dari
segi tahap keilmuan yang ada pada seseorang. Perdana Menteri meletakkan nilai
penguasaan ilmu itu dan kemahiran yang ada pada seseorang ahli akademik
menjadi tunggak utama

Saya akan mengharapkan Majlis Profesor Negara (MPN) yang ditubuhkan


benar-benar dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengalirkan ilmu kepada
sasarannya, bukan terhad kepada golongan tertentu sahaja. Akademia perlu berkata
benar, walaupun ia pahit.

146
DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban
Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 9 Mei 2010

APAKAH MELAYU AKAN TERUS MELAYU

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Pecah, pecah, pecah… sampai bilakah kita akan terus berpecah. Perpecahan umat
Melayu Islam sudah sampai ke akar umbi. Mutakhir, kerabat diraja dilanda dengan
perpecahan yang membawa kebimbangan patik. Ia turut terbawa-bawa dengan
pakar-pakar perubatan yang terlibat. Sebagai pacal yang hina dan rakyat jelata,
izinkan patik menyorot sedikit fenomena nasib Melayu di bumi Melayu. Apakah
petanda ini menunjukkan bahawa kita sudah tidak mampu bertahan lagi. Harap
dijauhkan oleh Allah SWT.

Dalam aspek apa pun, kita bermasalah. Politik, asyik berpecah. Ekonomi tidak
kuat, hanya lapan orang tersenarai daripada 40 orang terkaya di negara kita.
Pemilikan ekuiti bumiputera masih pada tahap di bawah 20 peratus. Mereka yang
kaya, hidup dengan caranya kayanya. Kadangkala lupa memandang ke bawah bak
kata pepatah, bila pandang ke langit, sudah lupa bumi yang dipijak. Dalam bidang
sosial, kita dilanda dengan pelbagai gejala yang menakutkan. Saya amat yakin anak
luar nikah yang dibuang dan dibunuh adalah dari kalangan kita. Tahun 2009 sahaja,
hampir 20 ribu anak luar nikah Islam dilahirkan dan didaftarkan. Ini belum termasuk
mereka yang menagih dadah, berada di pusat pemulihan, di penjara dan berbagai
tempat maksiat yang tidak senonoh dan gejala-gejala lain yang kita sedia maklum
seperti tidak solat, merempit, pergaulan bebas, liwat, hasad dengki, bercerai dan
sebagainya.

Setelah dicampur-campur, berapa jumlah sebenarnya umat Islam yang baik


dan berkualiti yang masih tinggal dan boleh diharapkan untuk menjayakan gagasan
1Malaysia?

Jika kita lemah di sana, kuat di sini, masih tidak mengapa. Sekurang-
kurangnya kita masih ada back up. Misalnya, ekonomi lemah, politik kuat boleh back
up atau sosial lemah, ekonomi kuat back up, begitulah timbal balik seterusnya. Ini
tidak, dari politik, sosial, ekonomi dan namakan apa sahaja bidang, boleh dikatakan
semua kita lemah. Kita lemah atas bawah, depan belakang, kiri dan kanan. Saya
tercari-cari di manakah sudut sebenarnya kita kuat? Apakah keadaan ini yang
menyebabkan orang lain mengambil kesempatan?

147
Kita lihat semangat Melayu tidak pernah luntur. Sedaya upaya mereka
cuba menghalau orang asing yang cuba menjajah mereka. Pejuang-pejuang
ketika itu sanggup gugur dan ada yang syahid di medan perang. Kekuatan ini
amat menakutkan Barat. Terfikir saya, ke manakah hilangnya kekuatan tersebut?
Apakah hari ini semangat tersebut telah hilang?

Apakah kita sengaja membiarkan ia hilang atau ada perkara lain yang masih
belum kita ketahui?

Ini menjadikan saya teringat protokol Yahudi Zionis yang mahu


menghancurkan Islam melalui pelbagai perancangan dan perencanaan mereka.
Saya pernah terbaca Resolusi Mesyuarat Cendekiawan Zionis di Brussels,
Switzerland tahun 1897. Intipati resolusi ini lebih kepada perancangan Zionis untuk
menakluk dunia dari pelbagai sudut. Sehingga kini, mereka tidak pernah putus asa
untuk menguasai dunia, bermula dengan menguasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan NGO antarabangsa.
Dengan cara itu mereka dapat menguasai ekonomi, politik, kewangan, sosial,
agama dan semuanya seperti yang dirancangkan. Tidak ada satu pun sejarah besar
dunia yang tiada kaitan dengan Yahudi. Sejarah dan bukti kini menceritakan segala-
galanya.

Di negara kita misalnya, jika kita tidak bijak menguruskan kepelbagaian kaum
di tanah air tercinta ini, sudah lama Yahudi Zionis mengambil kesempatan untuk
menapak. Mujur dengan kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu dan sekarang,
keharmonian kaum dapat dibentuk melalui penguatkuasaan undang-undang serta
dasar-dasar kerajaan walaupun ada segelintir yang menjadi gunting dalam lipatan
atau musang berbulu ayam.

Orang-orang Yahudi mempercayai bahawa mereka adalah tuan kepada dunia


ini dan mereka tidak pernah percaya kepada orang lain. Kalau boleh mereka
menghapuskan semua agama, terutama Islam dan seterusnya menjadikan orang
lain hamba mereka.

Berikut saya ringkaskan 24 protokol Yahudi untuk tatapan semua. Mudah-


mudahan kita dapat memperbetulkan diri untuk melihat di manakah kedudukan kita
sebenarnya. Apakah kita benar-benar telah menari di atas rentak yang telah
dimainkan oleh Yahudi agar kita menjadi lemah dan layu supaya kita dikuasainya.

Protokol Yahudi berpegang kepada sebaik-baiknya memerintah dengan


menggunakan kekerasan dan keganasan. Siapa kuat dia dapat. Pemerintah yang
berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Justeru, mereka akan cari
pemimpin yang tidak bermoral, tetapi pandai mentadbir. Matlamat mesti
menghalalkan cara. Yahudi akan cuba mempengaruhi negara-negara lain untuk
mengikut telunjuknya melalui bantuan-bantuan yang diberikan. Nilai satu nyawa
Yahudi bersamaan seribu nyawa orang lain. Caranya dengan memporak-

148
perandakan negara lain terutama kalangan negara Islam. Umat Islam hidup
keadaan nafsu-nafsi. Yahudi akan cuba menghapuskan segala bentuk kepercayaan
agama serta mengikis daripada hati mereka prinsip ketuhanan dan jihad serta
menggantikannya dengan ilmu sekular serta lain-lain keperluan duniawi.

Sekiranya ada di kalangan bangsa lain cuba mengatasi bangsa Yahudi dari
segi sains, politik dan ekonomi, maka Yahudi mestilah menyekat mereka dengan
cara menimbulkan pelbagai bentuk syak wasangka dan perselisihan sehingga wujud
konflik sesama mereka. Iran adalah contoh terbaik sasaran Yahudi hari ini. Yahudi
sedaya upaya cuba menghapuskan Iran. Begitu juga mereka yang menjadi duri
dalam daging.

Bagi memastikan matlamat Yahudi ini tercapai, maka mereka bertindak


memusnahkan perusahaan bangsa lain, iaitu melalui cara merosakkan sumber
pengeluaran dengan memupuk tabiat suka kepada maksiat (kejahatan) dan
meminum arak di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan
golongan terpelajar dari kalangan bangsa lain. Kita lihat semua teknologi terkini
dikuasai Yahudi, kita hanya menjadi penonton dan pengguna. Apa yang berlaku di
Iraq dan Timur Tengah adalah contoh yang terbaik.

Penentangan

Orang-orang Yahudi akan menabur fitnah supaya timbul keraguan, kekacauan,


pertelagahan dan permusuhan sesama sendiri. Bila timbul penentangan terhadap
Yahudi, maka Yahudi mengambil kesempatan dengan menyambutnya melalui
ancaman kacau bilau dan peperangan secara total di seluruh dunia.

Pemerintah Yahudi dikelilingi oleh segolongan besar pakar-pakar ekonomi dan


orang Yahudi sendiri dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.
Yahudi akan membawa masuk racun 'liberalisme' ke dalam negara-negara lain
supaya menggugat kestabilan politik mereka. Pilihan raya diatur supaya dapat
memberi laluan kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat mewakili
mereka sebagai ejen Yahudi dalam melaksanakan rancangannya. Apakah
kemunculan pakatan parti ultra ada kaitan? Sama-sama kita fikirkan.

Penguasaan media antarabangsa dengan propaganda tertentu digunakan


sewenang-wenangnya hari ini atas dasar kebebasan atau hak asasi manusia. Kalau
bangsa lain diberikan permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa
Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana
ia adalah alat untuk mengubah fikiran masyarakat dunia agar menyebelahi
propaganda Yahudi.

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan


proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi bertindak menghapuskan golongan
korporat dari kalangan bangsa lain, di samping mengadakan spekulasi dan

149
menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan, kerana
semua ini akan menelan kekayaan mereka.

Untuk mengalih perhatian mereka daripada memikirkan persoalan politik, maka


ejen Yahudi akan membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan yang
melalaikan, seks bebas, filem dan bahan pornografi, sukan, pesta dan sebagainya,
sehingga mengalpakan kita daripada agama. Apabila mendapat kekuasaan, Yahudi
akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya.
Tidakkah apa yang berlaku di Palestin menjadi pengajaran kepada kita?

Selain itu, Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa
lain dengan kadar faedah yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan
menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi bangsa lain
akan lumpuh secara automatik kesan pertambahan hutang tersebut. Yahudi
menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk
menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan
menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli
sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada
Yahudi.

Saya teringat cerita Cina dahulu kala antara Mencius dan anak muridnya. Anak
murid ini mahu menguji kepandaian gurunya. Anak murid ini membawa seekor anak
burung dan bertanya kepada gurunya. "Adakah burung di tangannya itu hidup atau
mati?" Murid ini pandai, jika gurunya berkata hidup, dia akan genggam anak burung
itu sampai mati. Jika gurunya kata mati, dia akan longgarkan genggamannya supaya
burung itu hidup. Tujuannya, agar apa jua jawapan gurunya tetap salah. Tetapi
murid tidak tahu bahawa gurunya itu lebih bijak. Guru itu menjawab dengan
selamba, "masa depan burung itu terletak di tangan kamu".

Pengajarannya, masa depan anak bangsa negara kita terletak di tangan kita.
Marilah kita realisasikan kata-kata Mencius ini, tell me, I will forget. Show me, I may
remember. Involve me, I will understand. Hari ini tidak kira, apa jua ideologi dan latar
belakang kita, maruah agama, bangsa dan negara mesti diselamatkan daripada
tangan-tangan yang cuba menghancurkan kesucian.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Pensyarah Kanan, Universiti


Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan
Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, 16 Mei 2010

150
BINA KEKUATAN MENANGI HATI MUSLIM

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

PELBAGAI alasan diberikan oleh beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN)
berikutan kekalahannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu. Pemimpin MCA
secara lantang berkata kekalahan tersebut sebagai pembuka mata atau eye-opener
kepada BN supaya mengkaji dasar-dasarnya selama ini.

Saya yakin ia ditujukan kepada UMNO. Sepatutnya, MCA diam-diamlah


dahulu, buat post-mortem dan muhasabah diri. Ini tidak, asyik menyalahkan orang
lain. Pada saya, MCA tidak layak untuk memberi komen sedemikian, cerminlah diri
sendiri dahulu. Adakah kita terlalu baik? Adakah benar dasar-dasar hari ini
menyisihkan bukan Melayu secara total? Jangan kata dulang paku serpih,
mengatakan orang dia yang lebih. Berterus teranglah, MCA lebih suka DAP menang
daripada SUPP. Siapapun yang menang, semuanya ibarat adik-beradik. Parti ultra
kiasu dan sekutunya amat yakin bahawa kemenangan ini adalah jalan menuju
kepada penguasaan Petrajaya dan Putrajaya. Kita boleh berangan-angan tetapi
biarlah berpijak di bumi yang nyata. Jangan seperti Mat Jenin. Akhirnya, bukan
sahaja kecewa, tetapi terlepas segala-galanya.

Semua sedia maklum bahawa kawasan bandar yang dipenuhi oleh ramai
pengikut ultra kiasu. Bandar raya tetap akan membangun walaupun sesiapa jua ahli
Parlimennya. Sibu bernasib baik kerana telah dijanjikan peruntukan 18 juta kepada
sekolah Cina, begitu juga dengan peruntukan pembangunan lain. Kes yang sama
berlaku ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor. Maknanya, apa pun yang berlaku di
bandar, mereka tidak rugi apa-apa walau sedikit pun, malah dapat bertambah
banyak.

Saya masih tertunggu-tunggu bantuan untuk sekolah agama dan sekolah


kebangsaan di luar bandar seperti Sekolah Kebangsaan Sungai Ranggam dan Kota
Stia di Seberang Perak, tanah tempat tumpah darahku. Bila saya balik kampung
baru-baru ini, hati begitu hiba. Keadaannya amat daif dan menyedihkan. Bilakah
peruntukan akan sampai ke sana? Tunggu pilihan raya kecil? Sekolah tersebut tiada
kemudahan komputer, bangunannya seperti hidup segan mati tak mahu. Begitulah
beruntungnya tinggal di kawasan bandar. Sedih kadangkala melihat keringat pak
tani, berusaha bersungguh-sungguh agar anak mereka menjadi manusia berguna,
malangnya keadaan sekolah tidak menimbulkan rasa minat untuk belajar hanya
kerana pak tani dan orang kampung berada di luar bandar.

Pada hemat saya jika bantuan disalurkan ke kawasan luar bandar, pasti undi
tidak lari ke mana.

Tetapi jika hanya disalurkan ke sekolah seperti yang berlaku dalam dua pilihan
raya kecil yang lalu, belum tentu lagi mereka akan mengundi BN. Pada mereka,

151
masa inilah untuk menambah apa yang telah dapat, namun mengundi BN jauh
sekali. Kerana pada mereka, sama ada wakil Sibu BN atau DAP, bandar akan terus
membangun.

Saya sudah dapat meramalkan bahawa parti ultra kiasu akan memenangi
pilihan raya tersebut, walaupun Zentrum Studies Futures Studies meramalkan BN
akan menang tipis. Zentrum perlu lebih mendalami politik selain daripada pengajian
media. Pilihan raya Parlimen Hulu Selangor adalah bukti kukuh betapa peranan psiki
sesuatu bangsa itu perlu difahami sebelum memahami persepsi mereka. Kajian
silang budaya amat penting selain daripada melihat persepsi.

Persepsi

Ini kerana, politik bukan hanya berasaskan kepada persepsi semata-mata,


politik mesti juga difahami dengan psiki sesuatu bangsa itu dahulunya yang
berpegang kepada prinsip more money more say, tetapi sekarang mereka menapak
selangkah lagi kepada more power more say.

Pada saya, sama ada MCA, DAP, SUPP atau Gerakan yang menang di Sibu,
keadaan tidak akan banyak berubah. Siapa pun yang menang, mereka tetap satu,
hanya ada satu, tidak dua atau tiga. Nasib tidak menyebelahi BN disebabkan kita
tidak cekap berstrategi dalam menghadapi mereka.

Pada masa sama, isu judi bola sepak yang menjadi sensitiviti umat Islam dan
isu merampas kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang berkumandang.
Saya hairan kerana BN begitu beria-ia ingin merampas kerajaan negeri tersebut,
tunggu sajalah dua tahun lagi. Biar rakyat membuat keputusan dan menghakimi.
Hormatilah pilihan rakyat buat sementara ini. Gunakan wang dan tenaga untuk
memperkasakan apa yang sedia ada daripada memujuk parti-parti pakatan rakyat
menyertai BN. Apa yang perlu dilakukan oleh BN adalah membina kekuatan dan
memenangi hati umat Islam yang menjadi majoriti. Memperkemaskan lagi
kedudukan negara Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini kerana, berasaskan kepada pilihan raya kecil Sibu, Pas mendakwa bahawa
ultra kiasu telah menerima konsep negara Islam yang diperjuangkannya yang pada
saya jauh panggang dari api. Usahkan tanya ultra kiasu, sekutunya itupun yang
diketuai oleh orang Islam pun belum tentu akan menyokong idea negara Islam Pas
itu. Namun, jika begitulah kedudukannya, sudah sampai masanya UMNO mengetuai
BN untuk memahamkan parti-parti komponennya akan hakikat negara Islam dalam
konteks negara moden hari ini. Setelah 52 tahun merdeka, kita teramat ingin melihat
UMNO dapat mempengaruhi parti komponen BN, bahawa negara Islam yang
diperjuangkan UMNO berbeza dengan negara Islam Pas yang lebih menekankan
undang-undang hudud semata-mata.

152
Jika kita tidak dapat bersetuju dengan konsep negara Islam ala Pas, bukankah
lebih baik kita mulakan dengan mencari persamaan untuk melaksanakan asas-asas
kehidupan beragama yang mahukan kebaikan dan menolak kemungkaran. Saya
tidak nampak ada satupun agama di dunia ini yang menghalalkan judi, arak, zina,
pergaulan bebas dan sebagainya. Semua agama menuntut kita sentiasa
membesarkan Tuhan masing-masing dan berakhlak mengikut suruhan-Nya.

Jika asas ini dapat diterima, saya agak musykil kenapa judi bola sepak boleh
menjadi isu, sedangkan kita tahu syarikat yang mendapat lesen judi tersebut adalah
seorang yang amat kuat berpegang kepada Kristian.

Saya ingin menyarankan kepada pihak berkuasa supaya membuat kajian


terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu dasar. Cukuplah hari ini kita sudah
berserabut dengan masalah umat Islam yang terlibat dalam gejala sosial yang amat
menakutkan. Tidakkah dengan bertambahnya lagi pusat judi ini akan menjadikan
kita semakin parah. Walaupun kita katakan ia untuk orang bukan Islam, tetapi
tidakkah kita membuat kajian bahawa betapa ramai umat Islam yang membeli
nombor ekor hari ini walaupun tertulis dengan jelas, umat Islam dilarang
masuk di premis tersebut.

Jika kita terus membiarkan kemungkaran ini berleluasa, yang menjadi mangsa
bukannya bukan Islam walaupun mereka tidak kisah dengan perkara tersebut, tetapi
hakikatnya yang akan menjadi mangsa adalah umat Islam. Saya fikir, sudah sampai
masanya, BN patut mengambil pendekatan berani kerana benar, takut kerana salah.
Yang putih tetap putih dan hitam tetap hitam, tanpa takut kepada sesiapa. Jika
dengan prinsip ini, BN kalah juga, apa nak buat, kita serahkan kepada Allah SWT.
Melayu tidak akan berpaling tadah jika UMNO mahukan Islam, walaupun tidak
melaksanakan hudud. Saya cukup yakin inilah intipati gagasan 1Malaysia yang
berasaskan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara.

Saya masih masih berpegang kepada pandangan selagi UMNO mahukan


Islam, selagi itulah sokongan Melayu Islam tidak akan berganjak, malah akan
bertambah. Namun, jika sebaliknya, semakin liberal UMNO, UMNO akan kehilangan
sokongan Melayu, walaupun mungkin bukan Melayu suka dan pada masa sama
belum tentu mereka akan mengundi UMNO. Begitu juga, dengan Pas, semakin
liberal Pas, semakin ia mendapat sokongan bukan Melayu, tetapi dia akan
kehilangan sokongan Melayu itu sendiri. Jadi, mana satu yang mesti dipilih? Kita
mesti pilih yang terbaik antara dua persimpangan ini, sebab kadang kala kita tidak
dapat kedua-duanya sekali.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban
Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, 23 Mei 2010

153
MEMAHAMI WASATIYYAH

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Belum apa-apa lagi MCA telah membuat tuntutan dua kerusi Senator yang telah
ditinggalkan oleh dua ahli jawatan kuasa mereka yang telah dilantik sebelum ini.
Pada MCA kerusi Senator itu hak mereka, mesti diganti setelah disokong atas apa
jua alasan. Sabarlah dahulu. Berilah PM untuk memikirkan siapa yang layak dilantik
sebagai Senator. Saudara baru seperti Cina Muslim pun ramai juga malah melebihi
bilangan artis, tetapi mereka tidak pernah mendesak kerajaan BN untuk memberikan
kerusi Senator, walaupun minoriti lain yang jauh lebih kecil juga mendapat kerusi
senator. Ini kerana, kita menghormati keputusan kerajaan untuk melantik mereka
yang benar-benar layak, bukan berasaskan kepada kuota parti semata-mata. Jika
berasaskan kuota, ramai lagi yang layak. Jangan terlalu memikirkan bangsa sendiri
yang mahukan more power more say, tidakkah lebih baik kita perkasakan dulu
kekuatan dalaman dan moral parti, more integrity more say.

Begitu juga dengan MIC, tidak semena-mena parti nyamuk ini mahu mengkaji
kedudukan mereka dalam BN gara-gara kumpulan serpihan yang tidak sehaluan
dengan pimpinan mereka, Gerakan Anti Samy (GAS). Mereka menuduh UMNO
bersubahat dengan GAS untuk menjatuhkan presiden mereka. MIC merasakan
mereka terlalu kuat. Apakah mereka tidak sedar bahawa selama ini parti nyamuk
inilah yang paling bernasib baik? Tidak ada kawasan yang mereka adalah majoriti
tetapi wakil mereka tetap ada dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta
berjawatan dalam Kabinet.

Majoriti Melayu sanggup memejam mata mengundi mereka dengan menafikan


calon sendiri, semata-mata untuk menjaga semangat setiakawan. Ini tidak termasuk
bilangan rumah ibadat yang begitu banyak berselerak dan penguasaan ekonomi
beberapa bandar strategik yang diwakilinya sehingga mengenepikan pribumi. Selain
dari Kelang, cuba tinjau di pasar Hutan Melintang, Bagan Datoh, boleh dikatakan
dikuasai mereka sepenuhnya. Maklumlah wakil rakyat mereka terdiri daripada ultra
kiasu.

Kita janganlah terlampau ultra kiasu. Parti komponen BN ini tidak wajar
bertindak seolah-olah seperti atau mewakili suara parti ultra kiasu. Cubalah
bersyukur dengan apa yang ada, yang mungkin tidak ada pada orang lain, tetapi ada
pada kita. Janganlah terlampau mengada-ngada kerana ia bertentangan dengan
konsep Wasatiyah atau berimbang, konsep baru yang akan diperkenalkan dan
selalu disebut-sebut oleh Perdana Menteri. Mungkin ada kalangan kita yang tidak
memahami istilah Arab ini.

Baru-baru ini, kami telah dipanggil oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
untuk memperhalusi konsep ini. Saya amat bersyukur sekali kerana pimpinan
negara mengajak rakyat bersama-sama berbincang sesuatu dasar sebelum ia

154
dilaksanakan. Itulah sebenarnya jalan yang terbaik, kerana demokrasi itu adalah dari
rakyat untuk rakyat. Berilah peluang kepada suara keramat ini untuk menyuarakan
pendapat. Pendapat mereka adalah pendapat akar umbi walaupun tidak menjadi
wakil rakyat. Kekuatan rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang perlu
disepadukan, barulah kita boleh jadi kuat.

Rasulullah SAW selalu menilai kekuatan dan meraikan pandangan para


sahabat, walaupun Baginda seorang Rasul. Tanpa rakyat siapalah kita. Terima kasih
Datuk Seri Jamil Khir.

Pada saya, konsep Wasatiyah ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia yang
mahu melahirkan masyarakat berimbang (sederhana), berteraskan perlembagaan
persekutuan. Seperti gagasan 1Malaysia, konsep ini bukanlah sama rata dan sama
rasa atau terletak di tengah-tengah seperti tidak miskin atau tidak kaya, tidak terlalu
panas atau terlalu sejuk, persimpangan antara syurga dan neraka, tidak pandai atau
tidak tidak bodoh yakni sederhana sahaja. Tuntutan Wasatiyah mahukan kita
menjadi umat yang terbaik. Boleh menjadi kaya raya tetapi jangan sampai hilang
pedoman sehingga lupa tanggungjawab kepada Maha Pencipta dan makhluk yang
dicipta. Boleh membangun, jangan sampai pembangunan itu merosakkan akal budi
manusia dan alam sekeliling.

Tuntutan

Pada saya, konsep ini juga selari dengan tuntutan semua agama, tidak hanya
kepada agama Islam. Lawan kepada Wasatiyah adalah ultra atau ekstrem,
termasuk kumpulan ultra kiasu. Kita tidak boleh terlalu mengejar dunia sehingga
mengabaikan akhirat. Begitu juga sebaliknya, terlalu mengejar akhirat, terhingga
melupakan dunia. Apa pun, kena berimbang. Nabi pernah menegurkan beberapa
sahabat yang terlalu mementingkan akhirat sehingga melupakan nikmat dunia,
misalnya tidak mahu berkahwin kerana ada yang menganggap perkahwinan itu
hanyalah mainan dunia sehingga boleh melalaikan tanggungjawabnya kepada
pencipta. Tetapi Nabi juga berkahwin, bermakna dunia adalah jambatan ke akhirat.
Jadikanlah kehidupan dunia sebagai yang terbaik untuk mendapat habuan di akhirat.

Kata-kata George Carlin patut dijadikan renungan dalam memahami konsep


wasatiyyah: The paradox of our time in history is that we have taller buildings but
shorter tempers, wider freeways, but narrower viewpoints. We spend more, but have
less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families,
more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more
knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but
less wellness.

Ingatan Carlin ini patut dijadikan panduan. Kehidupan terbaik adalah kehidupan
yang penuh bermakna di dunia ini, dengan menjadi hamba yang taat kepada segala
perintah dan menjauhi larangan-Nya. Kehidupan di dunia jangan sampai melalaikan

155
tanggungjawab kita terhadap-Nya kerana, kerja itu adalah ibadah. Maksud ibadah
tidak hanya terhad kepada amalan-amalan spiritual atau ritual, tetapi juga
melibatkan fizikal atau jasmani. Apa juga tindakan kita di dunia adalah ibadah selagi
mana ia tidak bertentangan dengan ajaran agama. Bekerja, berkeluarga, makan
minum, bermain, riadah dan segala tindakan kita seharian termasuk aktiviti di bilik air
adalah ibadah jika dikerjakan dengan betul.

Pendek kata, mendapatkan yang terbaik itu dalam kehidupan seharian, dalam
apa jua bidang, tanpa melupakan tanggungjawab kita kepada Pencipta dan juga
sesama manusia, serta menjaga segala amanah-Nya di muka bumi ini, bersekali
dengan amar makruf nahi mungkar, adalah dalam lingkungan maksud Wasatiyah
atau berimbang. Negara maju berteraskan integriti dan moral yang tinggi akan dapat
dilahirkan. Barulah kita merealisasikan maksud "Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun
Ghafuur" negara makmur yang mendapat keampunan Allah SWT (Surah Saba' ayat
15).

Allah telah menetapkan syarat bahawa untuk menjamin kemakmuran,


keamanan dan kesejahteraan yang mapan, sesebuah negara mestilah seperti yang
di sebutkan dalam Surah Al A'raaf, ayat 96 yang bermaksud: Dan (Tuhan berfirman
lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan
membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya,
dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan
mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Justeru, sifat ikhlas harus menjadi tunjang konsep ini. Firman Allah dalam
Surah Al Bayyinah, ayat 5, yang bermaksud: Pada hal mereka tidak diperintahkan
melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya,
lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.

Kebenaran

Hakikatnya ialah perjuangan untuk menegak kebenaran adalah suatu yang


sukar. Tiada jalan mudah untuk ditempuh. Surah At Taubah, ayat 42, bermaksud:
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang
berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu
jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang
hendak dituju itu jauh bagi mereka.

Memang menjadi tabiat semulajadi manusia jika membuat sesuatu pekerjaan,


dia mahu melihat natijahnya dengan segera. Firman Allah dalam surah Al-Anbiyaa',
ayat 37, bermaksud: Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala
halnya.

156
Namun mengikut fitrah perjuangan, sesuatu natijah tidak dapat dilihat atau
diperolehi dalam masa yang singkat.

Mereka yang mahu menyertai sesuatu perjuangan perlu menerima hakikat ini
agar mereka tidak berasa kecundang sekiranya apa yang diperjuangkan itu tidak
membuahkan hasil dalam masa yang singkat. Mereka yang mengharapkan kejayaan
dalam masa yang singkat biasanya menjadi mangsa cita-cita dan mudah kecewa.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah contoh yang jelas. Kita janganlah terlalu
kecewa kerana dasar ini masih belum mencapai matlamatnya walaupun tempoh
masanya telah tamat. Dua puluh tahun adalah jangka masa yang singkat. Kekuatan
dan kelemahan hendaklah dijadikan panduan untuk menggubal Model Baru
Ekonomi (MBE) yang sedang hangat diperkatakan hari ini.

Saya telah dijemput beberapa kali dalam wacana model ini. Apa yang saya
lihat di kalangan pakar-pakar ekonomi kita mahu memperlihatkan dan menunjukkan
'kehebatan' mereka sehingga meminggirkan dasar afirmatif yang menjadi tunjang
kepada DEB sebelum ini. Apabila mereka membuat sesuatu dasar, mereka mahu
dilihat nampak hebat dan dapat diterima semua, sehinggakan perkataan atau roh
Islam langsung tidak disebut. Kita seolah-olah takut untuk memasukkan unsur-unsur
afirmatif yang berpihak kepada Islam dan Melayu seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan kerana takut mengguris perasaan orang lain. Sedangkan adakah
orang lain begitu menjaga perasaan kita?

Pada kita, memasukkan kedua-dua unsur ini dianggap sesuatu yang sensitif.
Justeru tidak hairanlah kadangkala agama dan identiti sendiri merempat di bumi
sendiri.

Misalnya program Colours of Malaysia, kenapa tidak gunakan perkataan


'Warna warni Malaysia. Tidakkah ia nampak lebih gah? Hina sangatkah bahasa
kebangsaan ini? Adakah kata-kata 'Warna-warni Malaysia' tidak bersifat
internasional? Pernahkah kita bertanya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka? Tidak
ada negara lain di dunia yang terlalu mendewa-dewakan bahasa lain selain Bahasa
Kebangsaan mereka, tanpa menolak kepentingan bahasa lain? Kementerian
Pelancongan perlu memahami semangat 1Malaysia yang sebenar.

Kepentingan Bahasa Kebangsaan mesti didahulukan, berbanding bahasa lain,


barulah menepati Wasatiyah. Pelik juga kadangkala, adakah kita ingin mengajar
para pelancong yang rata-rata memahami bahasa Inggeris? Sampai bilakah kita
mahu memperkenalkan budaya sendiri? Saya yakin perkara ini tidak akan berlaku di
negara lain seperti Thailand dan Indonesia, kerana mereka amat kuat jati dirinya.

Dengan sebab itu, kita lihat semua program dan produk luar dialihbahasakan
dalam bahasa mereka sendiri.

157
Konsep Wasatiyah tidak boleh terlalu mendewa-dewakan identiti orang lain.
Ilmu dan identiti negara bangsa harus menjadi tunjang. Tanpa ilmu dan identiti, apa
jua konsep dan gagasan yang dikemukakan sukar untuk diterima. Lebih-lebih lagi
jika ia dipolitikkan.

Kadangkala sedih juga mendengar bila mana kita sanggup menyediakan


sejumlah RM3 juta untuk tabung dana pembelaan artis untuk membantu warga seni.
Tertanya-tanya saya, adakah hanya artis layak dibantu? Bagaimana dengan tabung
kebajikan akademik, sejarawan, budayawan, karyawan, wartawan dan sebagainya?
Apakah mereka tidak menyumbang kepada kerajaan dan negara?

Bila sebut sahaja ilmuwan dan agamawan, penuh dengan seribu tanda tanya?
Bukan tiada, tetapi masih kurang. Saya amat mengharapkan konsep Wasatiyah
akan dapat mengimbangi semua perkara ini agar gagasan 1Malaysia dapat
direalisasikan.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban
Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 30 Mei 2010

HATI-HATI DALAM MELAYAN KAWAN

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

PEMUDA MCA menyifatkan Majlis Perundingan Melayu (MPM) sebagai primitif atas
pandangannya terhadap Model Ekonomi Baru (MEB) minggu lalu. Saya nasihatkan
sayap pemuda ini supaya menegurkan pemimpinnya terlebih dahulu, sama ada
salah laku moralnya itu primitif atau tidak. Siapakah yang sebenarnya primitif?

Sebenarnya ramai lagi yang terlibat dalam salah laku moral, tetapi nasib masih
menyebelahi mereka. Belum ada kamera yang menyintai. Kerana pada mereka
berzina itu perkara biasa dan tidak berdosa, asal niat baik untuk berkahwin. Jika
yang telah berkahwin, sanggup menyimpan mistress, secara sembunyi dan rahsia,
takut diketahui orang. Saya amat bersimpati dengan nasib wanita, mereka sanggup
diperalatkan untuk memenuhi nafsu serakah mereka yang mahu menghalalkan zina.
Isu sebegini sebolehnya akan ditutup kerana boleh merosakkan imej parti seperti
mana yang telah berlaku.

158
Kini, cara mudah untuk melonjakkan imej parti dengan menyalahkan Perkasa
dan MPM, menuduh mereka ultra Melayu termasuk akhbar Utusan Malaysia.
Secara tidak langsung memberi isyarat kepada UMNO agar lebih longgar dan
terbuka. Jangan terlalu melayan tuntutan orang Melayu seperti Perkasa dan MPM.
Saya tidak kata semua tuntutan yang dikemukakan oleh Perkasa dan MPM itu mesti
diterima Perdana Menteri, tetapi ia mempunyai asas-asas yang kukuh. Bagi mereka
yang tidak ultra kiasu, mungkin menganggap tuntutan Perkasa dan MPM perkara
biasa, dalam lingkungan hak mereka, di bumi mereka. Tetapi bagi yang ultra kiasu,
mereka terasa terancam dan tergugat, walaupun sebenarnya itu bukanlah ancaman
ataupun gugatan.

Apakah salah orang Melayu mempertahankan kepentingannya? Adakah MCA,


Gerakan, MIC dan parti ultra kiasu tidak mempertahankan bangsa mereka juga?
Bila Melayu mempertahankan kepentingan mereka digelar rasis.

Namun, bila parti-parti ultra kiasu ini bercakap kepentingan mereka, adakah
itu tidak rasis? Jika tidak percaya, cuba ikuti perbincangan dan perbahasan
mesyuarat agung mereka. Adakah tidak ada agenda bangsa dibincangkan?

Pada saya, semua bangsa berhak untuk membincangkan agenda bangsa


masing-masing sebab itulah politik perkauman Malaysia yang telah bersarang
sekian lama. Namun, apa yang selalu saya tekankan, bila mana berlaku
pertembungan antara agenda bangsa dengan agenda negara, sudah tentu
agenda negara nasional atau agenda Malaysia perlu diutamakan, bukan
tertakluk kepada politik perkauman yang sempit.

Rasis masih boleh diterima tetapi jangan memandang rendah kepada bangsa
lain sehingga membawa kepada etnosentrik. Saya melihat ada trend yang
memandang rendah kepada bangsa lain. Bila sesuatu bangsa itu pandang rendah,
biasanya budaya dan bahasa sesuatu bangsa itu turut terpalit sama. Lihat sahaja
buletin parti-parti komponen BN, misalnya The Guardian dan berita online mereka.
Berita-

berita mereka tidak langsung menggunakan bahasa Melayu sebagai


pengantar tetapi lebih memilih bahasa Inggeris. Jika adapun artikel bahasa Melayu,
ia hanya untuk melepaskan batuk di tangga. Saban kali saya membaca buletin ini.
Saya minta orang Islam dan UMNO baca sama untuk mengetahui adalah mereka ini
tidak rasis atau mungkin etnosentrik?

Begitu juga dengan buletin parti-parti politik yang lain. Adakah sebenar parti-
parti komponen ini mahu mendidik ahli-ahli mereka lebih fasih berbahasa Inggeris
daripada bahasa Melayu? Sudah tentu dalam konteks di negara kita berasaskan
gagasan 1Malaysia dan perlembagaan persekutuan, bahasa Melayu mesti
diutamakan berbanding bahasa lain. Bahasa lain boleh diamalkan tetapi

159
kepentingannya jangan sampai menenggelamkan kepentingan nasional. Ini kerana
bahasa kebangsaan adalah bahasa asas bernegara dan asas perpaduan.

MPM hanya mahukan pembelaan ke atas orang Melayu dijaga sama ada dari
sudut politik, ekonomi dan sosial. Saya tidak nampak tindakan tersebut primitif?
Primitif bermakna kuno dan tidak bertamadun. Persoalannya, adalah kita terlalu
bertamadun? Cuba senaraikan ciri-ciri masyarakat yang tidak primitif. Masyarakat
yang tidak primitif akan sentiasa menjaga maruah diri. Mereka tidak akan sanggup
merosakkan harga diri atau menganiaya orang lain. Jika kita tidak mahu ia berlaku
kepada ahli keluarga kita, begitu juga kepada orang lain.

Desakan

MPM mahukan pemilikan ekuiti atau kekayaan negara berasaskan kepada


formula mengikut pecahan penduduk antara Islam, bumiputera dan bukan Islam.
Pada saya, desakan ini tidaklah terlalu esktrim. Lagipun desakan ini tidak lagi dapat
mengubah penguasaan lebih 70 peratus ekuiti yang telah ada pada orang bukan
Melayu. Saya tidak fikir kerajaan akan menarik balik penguasaan selebihnya untuk
diberikan kepada orang Melayu. Ekuiti tersebut akan terus kekal untuk generasi
mereka. Cuma hari ini, MPM mendesak supaya ditambah dan dibantu orang Islam
dan bumiputera kerana mereka masih ketinggalan, walaupun tidak dinafikan ada
juga orang bukan Melayu yang ketinggalan.

Strategi MPM ini bukanlah strategi baru. Ia telah diguna pakai oleh parti
komponen bukan Melayu dalam BN dan ultra kiasu sejak dahulu lagi. Mereka akan
menuntut semaksima yang mungkin atau seultra yang mungkin. Mereka tahu,
kerajaan tidak akan memenuhi tuntutan itu ekstrim itu sepenuhnya, tetapi pada
masa sama mereka sudah dapat mengagak bahawa kerajaan akan
mempertimbangkan juga akhirnya berasaskan semangat 1Malaysia. Jika tidak diberi
banyak, akan beri sedikit. Pemberian sedikit sebenarnya adalah satu kejayaan yang
paling besar.

Lihat sahaja rombakan kecil kabinet baru-baru ini. Sebenarnya ia adalah


kejayaan besar kepada parti MCA yang kejayaan mereka disokong oleh orang
Melayu selama ini. Saya tidak fikir orang Melayu Singapura dilayan dan dipercayai
dengan sebegitu baik sebagaimana kita yang terlalu bersangka baik. Jawatan-
jawatan penting yang mereka minta selama ini dipenuhi oleh PM atas dasar
semangat 1Malaysia. Itupun belum ada kepastian bila pilihan raya nanti mereka
akan mengundi BN. Cuma janganlah mengambil kesempatan di atas jawatan yang
diberikan. Harap-harap Malaysia tidak terus terkenal sebagai pengeksport dan
penternak khinzir terbesar di Asia selepas jawatan-jawatan penting diberikan.
Negara kita tidak terkenal sebagai pengeksport lembu walaupun yang
menggunakannya lebih besar.

160
Saya kadang kala hairan kenapa desakan dan tuntutan ini menjadikan
kerajaan merasa tergugat, dan mula melonggarkan dan membuka polisi, agar
semua dapat merasainya secara adil dan saksama yakni sama rata dan sama rasa.
Elok juga berikan tumpuan sama ke atas nasib bumiputera di Sabah dan Sarawak
yang agak ketinggalan. Saya yakin mereka akan terus memberikan sokongan.

Berbanding di Semenanjung, bila tiba pilihan raya, mereka yang merasai


semua nikmat yang telah dibuka itu, belum tentu terus mengundi UMNO atau BN.
Seperti yang selalu saya sebut, Islam boleh memberikan keadilan kepada bukan
Islam, tetapi keadilan itu bukan hanya dalam bentuk sama rata dan sama rasa.
Asal-usul, sejarah dan perlembagaan sesebuah negara bangsa mesti diambil kira.

Mendalami

Sepatutnya UMNO perlu mendalami dan mengamati segala tuntutan tersebut,


walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang adalah sesuatu yang kritikal
untuk UMNO. Saya mencadangkan lebih baik UMNO bertegas dari sekarang. Jika
kalah pun, kalah dengan bermaruah. Itu lebih baik daripada kalah, tetapi pada masa
yang sama hilang maruah dan kepercayaan. Masa masih ada lagi, belum terlambat
untuk berubah.

UMNO perlu membuat penilaian diri. Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh MPM
hendaklah diteliti. Begitu juga dengan parti-parti dan NGO-NGO lain. Jika boleh,
buatlah perbandingan dengan negara-negara lain. Adakah negara lain langsung
tidak ada dasar afirmatif seperti negara-negara barat dan timur. Apakah Amerika
Syarikat begitu baik dalam menguruskan negara mereka sehingga langsung tidak
ada dasar afirmatif sebagaimana terma rujukan kumpulan ultra kiasu ini? Setelah
membaca buku Huntington, barulah saya memahami kedudukan AS sebenarnya.
Justeru, saya ingatkan ultra kiasu, supaya kurangkan kelentong, banyakkan fakta.

UMNO tidaklah perlu terlalu bimbang takut akan kehilangan banyak kerusi
pada pilihan raya akan datang. Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika
ditakdirkan BN gagal menambah kerusi dalam PRU 13 dan hanya mendapat 50
peratus kerusi misalnya, ketika itu siapakah yang bakal menjadi pemimpin negara
ini?

Saya merasakan ketika itu peranan PAS akan menjadi faktor penentu. Saya
tidak fikir PAS akan memberikan laluan kepada pemimpin parti ultra kiasu untuk
menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Kecuali jika sekutu kuat
ultra kiasu yang kini memerintah Selangor menang. Saya yakin di hati PAS masih
ada UMNO, bukan yang lain. Lihatlah apabila ultra kiasu memerintah Singapura,
adakah mereka memberi laluan atau melantik orang Melayu menjadi Timbalan
Perdana Menteri, walaupun mereka lebih dari layak untuk menduduki jawatan
tersebut termasuk jawatan nombor satu.

161
Mungkin hari ini PAS masih ada pilihan. Saya yakin satu hari nanti PAS
mungkin tidak ada pilihan. PAS perlu memilih satu antara dua. Saya yakin
percikannya juga turut dirasai oleh parti ultra kiasu dan sekutunya. Mereka masih
ragu-ragu apakah PAS akan terus menjadi rakan yang setia kepada mereka. Pada
saya, mungkin sekarang ya. Tetapi belum tentu lagi untuk pada masa akan datang.

Saya amat yakin, parti ultra kiasu ini pun tidak percaya sepenuhnya kepada
PAS. Cuma mereka tidak ada pilihan buat masa ini. Jika ada pilihan sudah lama
mereka tendang PAS keluar daripada pakatan. Saya ingin mengingatkan PAS
supaya berhati-hati. Jika cita-cita PAS untuk mendirikan negara Islam, rakan
mereka bukan ultra kiasu, tetapi UMNO. Sebenarnya di kalangan rakyat marhaen
UMNO, terlalu ramai yang mahukan Islam dan negara Islam. Cuma buat masa kini,
belum lagi menjadi realiti sepenuhnya walaupun telah diisytiharkan. Bukan kerana
UMNO tidak mahukan Islam, mereka mahu, tetapi masih ada segelintir yang belum
faham.

InsyaAllah akan tiba masanya mereka akan faham. Jangan putus asa. Sama
juga seperti PAS, mereka pun masih belum berupaya dan belum berjaya untuk
memberikan kefahaman kepada rakan sekutunya. Mungkin alasan PAS bahawa
UMNO yang memerintah kerajaan pusat yang menghalang mereka untuk
membentuk negara Islam di Kelantan. Tetapi jika dilihat secara lebih telus,
sebenarnya pun PAS masih belum bersedia. PAS masih tidak mampu untuk
menegur Menteri Besar Selangor untuk melaksanakan Islam di Selangor.

Kenapa? Ini disebabkan oleh perlaksanaan Islam memerlukan masa. Kajian


yang rapi. Tenaga kerja yang pakar dan sebagainya. Banyak bukti menunjukkan
negara Islam yang cuba melaksanakan Islam gagal dari segi perlaksanaan kerana
kekurangan sumber dan kepakaran.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban
Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 6 Jun 2010

PERLUKAH MEMORIAL TAN CHENG LOCK?

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Menurut kenyataan pemimpin MCA, Arkib Negara telah bersetuju membina


memorial Tan Cheng Lock, bersebelahan memorial Tunku Abdul Rahman. Lanjutan
itu, bangunan Parlimen pertama di Jalan Dato' Onn di Kuala Lumpur, akan
diubahsuai menjadi memorial itu yang melibatkan kos kira-kira RM10 juta, mulai

162
tahun depan. Menurut MCA lagi, memorial tersebut penting sebagai memperingati
jasa tokoh negara yang juga presiden mereka yang pertama.

Jika benar, ingatan saya kepada Arkib Negara, agar perlu memikirkannya
kembali. Saya tidak melarang, tidak juga menyokong. Tetapi ingatlah, politik
Malaysia adalah berasaskan kepada politik perkauman. Cukuplah dengan memorial
pemimpin nombor satu negara.

Saya bimbang nanti, semua parti etnik yang ada di negara kita, termasuk
Sabah dan Sarawak mahukan memorial sama ini turut dibina, bagi mengenangkan
pemimpin mereka yang tidak kurang berjasa, sesuai dengan zaman yang dilalui.
Apatah lagi dari segi hak, mereka lebih berhak, sebab mereka adalah pribumi.

Kita perlu memahami, setiap pemimpin melalui zaman-zaman yang berlainan.


Adalah kurang sopan jika kita mengatakan hanya sejarah detik kemerdekaan sahaja
yang penting dalam menilai sumbangan seseorang ke atas tanah air. Semua sejarah
perjuangan mempertahankan tanah air daripada penjajahan yang dilalui negara kita,
adalah penting. Persoalan saya, apakah KPI yang digunakan dalam menilai
sumbangan seseorang itu, sejarah yang sebenar, sejarah yang benar, atau sejarah
yang sengaja diperbesarkan bagi tujuan tertentu?

Dalam memahami politik Malaysia, kita selalu memutar belitkan dan


menyempitkan skop sejarah untuk kepentingan diri, kaum dan parti. Tujuannya tidak
lain, agar tokoh kita atau bangsa kita dipandang hebat. Janganlah hanya
mengenang jasa seseorang ketika detik negara mencapai kemerdekaan menjelang
31 Ogos 1957, sehingga kita lupa tokoh-tokoh yang lebih berjasa sebelum itu?
Kenapa cetek sangat kita menilai dan menghayati sejarah?

Ingatlah, sejarah Tanah Melayu tidak hanya bermula pada tahun-tahun 1940-
an, tetapi sejarah perjuangan kemerdekaan telah bermula sejak Tanah Melayu mula
'dijajah'. Saya agak kurang selesa menggunakan perkataan 'dijajah'. Tanah Melayu
tidak dijajah secara langsung dalam konteks yang sebenar kerana institusi Raja-raja
Melayu masih wujud, kecuali di Negeri-Negeri Selat. Maknanya, sejarah perjuangan
tanah air bermula sebelum merdeka ratusan tahun dahulu, jauh lebih penting,
kerana banyak nyawa terkorban dan darah tumpah menyembah bumi.

Ringkasnya, sejarah menentang penjajah telah bermula sebelum penghijrahan


besar-besaran berlaku. Orang Melayu Islam telah lama bangkit, tetapi masih belum
berjaya menghalau penjajah sepenuhnya, namun pengorbanan mereka tidak ada
tolok bandingnya.

Pada saya, mereka lebih berjasa daripada yang lain. Saya minta kajilah latar
belakang tokoh-tokoh seperti Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Mat Salleh, Dato'
Bahaman, Mat Kilau dan ramai lagi sebelum itu. Kenapa bila sebut sahaja sejarah

163
kemerdekaan tanah air, maka dalam benak kepala kita adalah muka-muka yang
stereotaip setiap tahun?

Tokoh menjelang kemerdekaan yang tidak kurang hebatnya seperti Dato


Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Mustapha Hussein
dan ramai lagi jarang diperkatakan.

Pada saya, memorial mereka juga berhak didirikan, kerana mereka turut
mempertaruhkan nyawa. Sedangkan detik kemerdekaan hanyalah satu proses
rundingan setelah berlaku desakan, tuntutan dan perjuangan sebelum itu. Cuba kita
kaji detik-detik sejarah antara tahun 1940-1948, siapakah sebenarnya pejuang
kemerdekaan?

Siapakah yang menentang Malayan Union?

Adakah orang Melayu Islam, Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA),


MCA, MIC atau Parti Komunis Malaya?

Kadangkala saya tidak faham adakah mereka yang berada di Arkib Negara itu
tahu atau tidak tanggungjawab dan ruang lingkup kerja mereka.

Memorial

Mengingati tokoh tidak semestinya dengan membina memorial. Banyak cara


lain yang boleh digunakan. Sebelum itu, saya ingin ingatkan, tulislah dan fahamilah
dahulu sejarah Tanah Melayu dengan baik. Jangan turut berpolitik. Hati rakyat yang
mengkaji dan celik sejarah kena jaga juga.

Selepas ini saya bimbang ada pihak yang menuntut supaya memorial Lim
Chong Eu (Gerakan), Tan Siew Sin (MCA) diikuti dengan pemimpin-pemimpin
seterusnya. Jangan asyik memandang bangsa sendiri. Gagasan 1Malaysia mahu
juga kita memandang dan mengambil berat bangsa lain juga. Pemimpin parti
Gerakan yang pertama seperti Syed Hussein Al-Atas, jarang disebut
sumbangannya. Saya cadangkan diperbesarkan lagi memorial Tunku Abdul
Rahman dan dimuat sumbangan semua tokoh dalam satu memorial, daripada
membina memorial demi memorial atas nama-nama tertentu.

Cukuplah dengan memorial MPAJA yang telah didirikan tanpa persetujuan


kerajaan negeri dan pusat. Tetapi tetap juga didirikan yang kini menjadi pusat
penyembahan di Taman Peringatan Nilai walaupun telah dipertikaikan oleh tokoh-
tokoh sejarah sebelum ini, akan peranan MPAJA dalam memperjuangkan
kemerdekaan. MPAJA didakwa oleh sesetengah pihak sebagai pejuang
kemerdekaan, walhal sebenarnya tidak. MPAJA adalah sayap PKM yang bercita-cita
tinggi untuk menguasai Tanah Melayu apabila Jepun menyerah kalah. Wujudnya

164
parti berhaluan kiri ini disebabkan oleh permusuhan mereka dengan Jepun, bukan
soal memerdekakan Tanah Melayu.

Kita mesti ingat setiap tokoh mempunyai legenda mereka sendiri kerana
mereka hidup di zaman yang berlainan. Kita tidak boleh samakan peranan Tunku
dengan peranan Mahathir misalnya kerana mereka berjuang pada zaman yang
berbeza. Jika itulah nilaiannya, saya boleh katakan jasa Mahathir lebih banyak
daripada jasa Tunku, kerana Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih lama daripada
Tunku. Sudah tentu jasanya lebih banyak ketika memimpin negara. Kitapun sudah
dapat lihat hasilnya hari ini. Apakah selepas ini kita akan bina memorial setiap
Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin parti? Saya bimbang selepas ini negara
kita dipenuhi dengan memorial.

Saya fikir sudah sampai masanya kita merancang untuk membina masa depan
dengan memastikan rakyat memahami sejarah negara yang sebenar daripada
bercakap untuk membina memorial.

Dengan bertambahnya memorial tidak akan menjadi kita lebih patriotik. Apa
yang lebih penting adalah menyusun agenda menanamkan semangat patriotisme di
kalangan rakyat. Pastikan mereka mencintai negara lebih daripada mencintai
bangsa, menyayangi Bahasa Kebangsaan lebih dari bahasa sendiri, menyayangi
sekolah untuk semua lebih daripada sekolah sendiri. Menyayangi pemimpin yang
terkorban kerana terlalu banyak berkorban daripada pemimpin yang telah berkorban
tetapi tidak terkorban.

Pada saya, semua pemimpin layak dikenang jasanya, kerana mereka bernasib
baik terpilih menjadi pemimpin. Namun, kita janganlah terlalu perasan, lantas
berkata: "jika tidak ada Tunku, Cheng Lock dan Sambanthan negara tidak akan
merdeka". Pemimpin datang dan pergi. Patah tumbuh hilang berganti. Setiap
pemimpin ada legenda dan jasanya tersendiri. Dunia dan negara akan terus
bergerak dan berputar mengikut peredaran masa. Pasti ada pelapis selepas itu yang
akan berjasa.

Siapa juga yang memerintah, perjuangan mesti diteruskan. Negara akan terus
membangun. Kita tidak boleh statik dan jumud. Korea Utara terus ditakuti dunia
walaupun kita beranggapan bahawa pemimpin mereka tidak demokratik dan
ketinggalan zaman dengan fahaman komunisnya.

Benar, rakyat dan negerinya agak miskin, tetapi mereka bahagia dan
berbangga dengan kehebatan teknologi nuklear dan pertahanan mereka sehingga
menggerunkan Barat. Tidakkah itu ada tolak campurnya? Lemah di sana, kuat di
sini. Maknanya ada kelebihan dan ada kelemahan. Pemimpin mereka tetap berjasa,
walaupun mungkin dunia mengutuknya.

165
Hitler yang dikatakan kejam dan zalim juga tetap berjasa pada zamannya.
Paling tidak, sekurang-kurangnya Hitler mengingatkan dan menyedarkan kita siapa
Yahudi sebenarnya? Masih ingatkah kita kata-kata Hitler kenapa beliau bertindak
membunuh Yahudi dalam bukunya Mein Kampf? Katanya: "Saya boleh bunuh
semua Yahudi ketika saya berkuasa. Tetapi saya tinggalkan sedikit kepada kamu.
Kenapa? supaya kamu kenal siapa Yahudi, dan mencari jawapan kenapa saya
bunuh Yahudi".

Kata-kata Hitler ini amat besar ertinya kepada kita supaya belajar dan mengkaji
psiki Yahudi. Kenapa Yahudi ini boleh menjadi satu bangsa yang kuat walaupun
bilangannya amat sedikit. Yahudi tidak pentingkan jasa individu, tetapi Yahudi
mengambil berat soal negara dan masa depan serta survival bangsa mereka. Sifat
inilah yang menjadikan kekuatannya begitu menyerlah terutama dalam teknologi
maklumat dan pertahanan. Kenapa kita berfikir ke arah itu?

Mengkaji

Saya mengkaji serba sedikit psiki bangsa yang bongkak ini. Apabila mereka
berjaya menapak di Palestin, Yahudi membangunkan teknologi dan pertahanan
mereka terlebih dahulu. Sifat ini juga turut ditiru oleh negara jiran kita. Setelah
mereka benar-benar kuat, barulah mereka bangunkan sumber lain. Hari ini Israel
terbukti berjaya menjadi salah satu kuasa dunia. Walaupun negara ini hanya
sebesar semut tetapi ditakuti negara sebesar gajah. Satu dunia memerhatikan Israel
menawan kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Siapa berani menegur Israel?

Israel telah menjadi terlalu kuat sehingga sukar untuk ditembusi. Negara semut
ini sudah menjadi terlalu kuat sehingga sukar untuk dikalahkan jika berlaku
peperangan.

Beranikah kita tembak kapal pejuang mereka setelah jelas mereka


menceroboh kedaulatan kita? Saya kira kita akan berani jika kekuatan kita melebihi
atau setara dengan Yahudi kecil ini. Tetapi kekuatan kita dengan Yahudi kecil ini
amat jauh dari segi teknologi persenjataan dan pertahanan. Kapal selam mereka
jarang rosak, sedangkan kapal selam kita baru beli sudah rosak. Itu belum termasuk
enjin jet yang telah hilang. Bayangkan ketika peperangan benar-benar berlaku, bila
mana jet pejuang mahu digerakkan, tiba-tiba enjinnya tidak dapat dihidupkan. Rupa-
rupanya baru kita sedar jet tidak boleh terbang kerana enjinnya sudah hilang.
Mampukah kita bertahan ketika itu?

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban
Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 13 Jun 2010

166
MEMORIAL UNTUK SIAPA?

SAYA terbaca dalam akhbar Utusan Malaysia di ruangan Rencana tulisan Dr. Mohd
Ridhuan Tee mengenai memorial. Termenung sejenak apabila saya membaca
tulisan tersebut.

Setahu saya memorial yang diwujudkan oleh Arkib Negara adalah untuk
mengenang jasa dan sumbangan negarawan utama negara, khususnya untuk
Bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah meninggal dunia, contohnya Memorial
Tunku Abdul Rahman Putra untuk memperingati peristiwa penting dalam sejarah
Malaysia, contohnya Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Untuk negarawan utama yang masih hidup, seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad
serta tokoh-tokoh terpilih tanah air yang telah meninggal dunia seperti P. Ramlee
dan institusi atau peristiwa tertentu tanah air seperti perkhidmatan awam dan
darurat, Arkib Negara menggunakan perkataan Galeria, Pustaka, Pustaka
Peringatan dan Rumah Kelahiran. Dengan itu wujudlah Galeria Perdana (Tun Dr.
Mahathir), Pustaka Peringatan P. Ramlee dan Pustaka Perkhidmatan Awam.

Pada asalnya perkataan ‘Arkib dan Pustaka’ digunakan berasaskan kepada


Presidential Archives and Library untuk Presiden-Presiden di Amerika Syarikat (AS).
Di India dan Filipina, mereka menggunakan memorial untuk memperingati jasa
bekas Perdana Menteri dan Presiden mereka yang telah meninggal dunia.

Untuk negara kita, terdapat perubahan dan penambahbaikan kepada istilah


yang telah digunakan. Dengan itu wujudlah istilah-istilah seperti pustaka peringatan,
pustaka, memorial, galeria, rumah kelahiran’ dan sebagainya yang masih digunakan
hingga kini.

Yang pastinya sejak dahulu lagi, Arkib Negara telah memutuskan memorial
adalah khusus untuk bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah meninggal dunia
sahaja, serta untuk memperingati peristiwa terpenting tanah air iaitu kemerdekaan
negara kita. Sekiranya istilah memorial telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu,
istilah itu bukanlah digunakan dengan persetujuan Arkib Negara.

Saya mohon maaf kalau tersalah cakap, kerana maklumlah sejak saya mula
terlibat dalam perancangan dan perlaksanaan untuk mewujudkan Memorial di Arkib
Negara, pada tahun 1972 sehinggalah saya pencen tahun 2003, mungkin ada yang
saya terlupa. Saya pasti Arkib Negara lebih arif untuk menjelaskan dengan lebih
tepat lagi mengenai perkara ini.

DATUK HABIBAH ZON


Mantan Ketua Pengarah
Akib Negara Malaysia

167
Utusan Malaysia, Khamis 17 Jun 2010

BAHAYA JIKA KITA BUTA SEJARAH

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

SAYA mengalu-alukan langkah kerajaan untuk memasukkan kurikulum bahasa


Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan. Sekurang-kurangnya ia membantu
orang Melayu Islam dalam menguasai bahasa ini, walaupun mungkin tidak
sepandai mereka yang berada di sekolah jenis kebangsaan.

Persoalannya, kala kerajaan mula bersikap terbuka dan memandang ke


hadapan, bagaimanakah pula dengan kedudukan Bahasa Melayu di sekolah jenis
kebangsaan?

Adakah wajar Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan diajar hanya tiga
kali seminggu dengan silibus yang begitu mudah berbanding silibus sekolah
kebangsaan? Sebarang penambahan waktu pembelajaran Bahasa Melayu dan
penyeragaman silibus dianggap sebagai beban dan menggugat kedudukan bahasa
ibunda. Apakah akan wujud keadaan selepas ini, orang Melayu boleh berbahasa
bukan Melayu manakala mereka yang berada di sekolah jenis kebangsaan masih
berada di takuk lama atau mungkin bagaimana?

Inilah dilema yang akan dihadapi dan menghantui sistem pendidikan di negara
kita. Sedangkan satu dunia maklum bahawa sistem pendidikan berasaskan sejarah
bahasa kebangsaan adalah teras kepada pembinaan sebuah negara bangsa.

Apatah lagi matapelajaran sejarah 'Malaysia Negaraku' yang mahu dijadikan


subjek di setiap sekolah bagi melahirkan semangat patriotisme dan jati diri. Subjek
ini juga turut ditolak mentah-mentah di sekolah jenis kebangsaan kecuali jika ia
diajar dalam bahasa ibunda. Sedangkan kita tahu pendidikan berteraskan sejarah
adalah soal masa depan negara.

Bagaimana akan lahir semangat patriotisme jika kita buta sejarah? Setiap
bangsa dan negara ada sejarahnya, ia mesti dipelihara sebagai warisan generasi
akan datang, kecuali jika kita mahu memadamkan sejarah dan mencipta sejarah
baru seperti mana percubaan negara ultra kiasu di selatan negara kita.

Percubaan mereka setakat ini hampir berjaya. Menolak sejarah bererti kita
menolak asal-usul kita dan negara tercinta. Melalui komen-komen dalam laman blog
ultra kiasu dan blog saya mengenai artikel minggu lalu, bertajuk Perlukah memorial
Tan Cheng Lock?, ternyata kumpulan ultra kiasu ini kelihatan begitu marah apabila
saya menyeru agar kita menghayati sejarah sebagai asas kehidupan bernegara.

168
Blog saya dihentam dan digodam secara tidak bersopan dan tidak beradab, walhal
saya tidak jemput pun mereka melayarinya. Berhenti membaca jika dirasakan
bertentangan dengan naluri. Tidak ada paksaan.

Apa yang saya minta cubalah memahami sejarah. Pada mereka, sejarah tidak
penting kerana ia telah berlalu. Mengingati masa lalu akan merugikan dan
memundurkan kita. Apa yang lebih penting adalah masa depan negara. Kita tidak
akan ke mana-mana dengan memperkatakan perkara yang telah lepas.

Cetek sungguh pemikiran mereka. Inilah golongan ultra kiasu yang saya
sentiasa ingatkan supaya kita berhati-hati. Bagaimana kita boleh mendepani masa
kini dan akan datang sekiranya tidak ada masa lalu?

Apakah ada agenda untuk memadamkan sejarah ini atau memutar-


belitkannya? Mana-mana negara bangsa di dunia ini memang tidak dapat lari
daripada sejarah. Sejarah adalah asas dan tunggak kekuatan negara. Sejarah
diwajibkan sebagai mata pelajaran asas yang mesti dipelajari suka atau tidak.

Mereka mesti lulus matapelajaran ini berbanding kita yang masih menjadikan
sejarah sebagai matapelajaran pilihan. Di peringkat sekolah rendah pula, sejarah
langsung tidak diajar. Apakah kemunculan pengikut ultra kiasu hari ini disebabkan
oleh mereka tidak memahami atau mempedulikan sejarah?

Saya yakin masalah yang timbul hari ini disebabkan kita buta sejarah ataupun
mungkin kita sengaja membutakan mata. Dengan makna, kita tidak cuba untuk
memahami orang lain atau bangsa lain. Bila ada percubaan untuk memperkasakan
sejarah, kita berasa terancam, sedangkan kita tahu jika mahu menjadi perkasa,
sejarah adalah asas pemerkasaannya.

Keras kepala

Kita mahu berada dalam dunia sendiri yang akhirnya menjadi manusia yang
keras kepala, tidak mahu mengalah dan merasakan diri sendiri sahaja yang betul,
orang lain semua salah.

Jika kita membuka sejarah masa lalu, kita akan bertemu kejadian-kejadian
yang menimpa umat, mampu menjadi faktor terbesar untuk membangkitkan
kemahuan dan membangunkan semangat. Tidak hairanlah jika ada ulama yang
mengatakan bahawa sejarah adalah tentera Allah SWT di muka bumi. Tidak ada
manusia yang mampu melawan sejarah.

Menurut Peter N Stearns, dari Persatuan Sejarah Amerika, history should be


studied because it is essential to individuals and to society, and because it harbors
beauty. Pada beliau, sejarah adalah satu bukti dan tidak pernah menipu. Sejarah

169
dapat mengelakkan salah faham dan konflik sesama manusia dan menjadikan
kehidupan kita lebih baik.

Dengan sejarah kita belajar soal masa depan, kerana sejarah masa lalu
memandu masa depan. Manusia yang tidak pernah belajar daripada sejarah tidak
akan punya inspirasi dan semangat untuk mencipta dan berjuang. Umat Islam
sepatutnya mampu mengambil begitu banyak iktibar daripada sejarah untuk kembali
mencipta kegemilangan seperti yang pernah dikecapi sebelum ini. Biarkanlah ultra
kiasu dengan labu-labunya. Suatu hari nanti pasti tembelangnya akan pecah.

Bahkan para panglima perang dan penganalisis strategik, belajar daripada


sejarah peperangan demi peperangan, baik mengenai politik, taktikal, medan, adat
budaya musuh, sehinggakan sampai pada perkara-perkara yang kecil di ambil kira,
selain kekuatan musuh.

Begitulah pentingnya kita mesti mempelajari sejarah. Bangsa yang bongkak


seperti Yahudi pun belajar daripada sejarah. Sudah sewajarnya kita umat Islam yang
lebih perlu belajar daripada sejarah kerana kita mempunyai sejarah keagungan dan
kegemilangan yang tidak ada tolok bandingnya.

Apa yang menyedihkan hari ini, umat Islam tidak mahu mengambil iktibar
daripada sejarah. Sejarah dijadikan alat untuk membalas dendam. Mereka rela
diperalatkan daripada bekerjasama sesama umat seagama.

Nampaknya percubaan ultra kiasu yang berusaha menjauhkan umat Islam


daripada sejarah semakin berjaya. Mereka mengasak pemikiran kita dengan sejarah
peradaban lain yang telah diubahsuai, seperti sejarah Barat dan Timur, revolusi
industri, perang dunia dan perjuangan menuntut kemerdekaan, penjajahan
orientalis, sosialis dan sebagainya.

Mereka pura-pura menutup mata dan kalau boleh, tidak mahu menyebut
sedikitpun peradaban dan perjuangan pribumi dan Islam. Mereka sahaja yang
bertamadun, orang lain tidak. Jika ada percubaan untuk mengungkap sejarah Islam,
ia cuba diputarbelitkan sehingga umat Islam benci dan malu untuk belajar sejarah
Islam. Percubaan untuk meniru gaya pemerintahan Umar Abdul Aziz hanyalah untuk
mencairkan kita sahaja.

Masihkah kita ingat negara kecil Jepun suatu ketika dahulu mampu mengalah
negara sebesar Rusia? Kemudian, Jepun digegarkan pula dengan kekalahan dalam
Perang Dunia Kedua dengan kehancuran Hiroshima dan Nagasaki. Kenapa Jepun
boleh bangkit melalui kehancuran tersebut? Saya yakin Jepun belajar daripada
sejarah kemenangannya ke atas Rusia.

Berbeza dengan kumpulan ultra kiasu di negara kita. Mereka cuba membasuh
otak kita dengan mengatakan, "Kita tidak akan maju jika kita selalu melihat ke

170
belakang". Sedangkan kita tahu negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) sentiasa
mewajibkan rakyatnya belajar daripada sejarah. Kekalahan mereka dalam Perang
Vietnam memberikan impak besar kepada bangsa bongkak ini walaupun mereka
menguasai segala teknologi peperangan dan senjata kimia.

Sejarah ini tidak boleh dipadamkan dan sentiasa terpahat di sanubari mereka.
Filem-filem bercorak Rambo adalah percubaan untuk menaikkan imej mereka.

Cuba kita fikir kenapa AS tidak bersendirian ketika menyerang negara kaum
muslim yang nampak kecil dan lemah seperti Afghanistan dan Iraq? Mungkin
selepas ini Iran. AS selalu melibatkan negara-negara Eropah dan beberapa negara
Asia untuk bersama-sama menyerang negara tersebut. Walhal jika dilihat dari segi
kekuatan ketenteraan dan persenjataan, mereka boleh lakukan secara bersendirian?

Inilah strategi ultra kiasu hari ini, cuba memperalatkan kita demi kepentingan
mereka. Mereka tahu, jika bertindak bersendirian, agar sukar untuk membuahkan
hasil.

Justeru, pelbagai strategi digunakan untuk mencari rakan sekutu dan


mencairkan hati dengan menonjolkan kebaikan mereka seolah-olah nampak ikhlas,
walaupun sebelum ini merekalah musuh dalam selimut menolak Islam secara nyata.

Segelintir mereka mahu menjadi bangsa terhormat. Mereka tidak mahu


masyarakat kita kembali melihat sejarah perjuangan masa lampau. Apatah lagi jika
dikaitkan dengan orang Melayu dan Islam. Kalau boleh mereka mahu mengatakan
sejarah negara ini semulajadinya sudah berbilang kaum. Tidak ada tuan asalnya.
Tuan asalnya hanyalah Orang Asli.

Ingatlah wahai semua saudaraku termasuk ultra kiasu, sejarah adalah


pelajaran mengenai masa lampau kita. Dengan mempelajari sejarah kita akan lebih
mengenal diri kita sendiri. Kejayaan generasi lampau boleh dijadikan iktibar dan
semangat untuk kita mencipta kejayaan pada hari ini.

Kegagalan generasi lampau boleh juga dijadikan iktibar dan teladan agar kita
tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Memang menjadi sifat manusia, mereka lebih mengambil berat soal masih
depan berbanding masa lalu. Sedangkan sejarah adalah pembelajaran masa lalu.
Kenapa kita mahu sibuk-sibuk dengan masa lalu sedangkan ia tidak akan berulang
lagi.

Dalam Islam, Allah SWT mahukan kita mengambil iktibar dan pengajaran,
terutama kepada orang yang melihat.

171
Pakar sejarah bukan pakar bedah, pakar jalan raya atau pakar pencegah
jenayah. Dengan sebab masyarakat memandang lewa akan mereka. Sejarah
sebenarnya lebih sukar daripada ilmu kejuruteraan dan perubatan. Ia tidak dapat
dilihat oleh generasi yang tidak melaluinya berbanding hasil rekaan dan ciptaan.

Sejarah mengandungi segala maklumat mengenai kedudukan manusia dan


masyarakat serta tindak tanduk mereka. Jika sejarah itu tidak penting kenapa nenek
moyang menjadi begitu penting sekali. Sehingga timbul pepatah, harta boleh dicari
tetapi warisan nenek moyang tidak boleh dijual beli.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban
Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 20 Jun 2010

JUDI HAK BUKAN ISLAM?

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

ALBERT Einstein pernah berkata: ‘‘God does not play dice with the universe. If God
isn‘t a gambler, are his followers? Kata-kata itu membuatkan saya amat teruja
dengan kenyataan mengenai judi yang dikatakan hak orang bukan Islam.
Persoalannya, dari sumber manakah fakta tersebut diperolehi? Atau sekadar mahu
mengambil hati atau menjaga hati orang lain? Kita tidak seharus membuat
generalisasi bahawa amalan budaya sesuatu kaum merupakan hak mereka, tanpa
merujuk kepada sumber asasi atau berautoriti.

Jika kita tidak rajin membaca, sekurang-kurangnya tanyalah mereka lebih arif
serta pakar, seperti pakar perbandingan agama atau sami Buddha, Hindu, paderi
Kristian dan sebagainya.

Budaya merujuk pakar perlu ada dalam melahirkan masyarakat yang maju,
berilmu dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Sedarlah, kita tidak akan tahu
semua perkara. Dengan sebab itu, kita mempunyai pengkhususan bidang masing-
masing.

Lebih baik bercakap mengikut bidang. Apatah lagi menyentuh sensitiviti


agama.

Lebih menyedihkan, kadang-kadang yang jahil murakab pun mahu bercakap.

172
Akibatnya, makin banyak cakap, makin terserlah kelemahan. Ini memberikan
ruang dan peluang untuk mereka yang ingin mengambil kesempatan menangguk di
air keruh, terutama ultra kiasu dan sekutunya.

Sepanjang pengetahuan saya mengkaji perbandingan agama sehinggalah


memeluk Islam, tidak ada satupun agama yang menghalalkan judi. Begitu juga
seperti arak, zina, pelacuran, pergaulan bebas, seks bebas, jenayah, bunuh diri dan
sebagainya. Alangkah hinanya sesuatu agama, jika ada yang berpendapat judi dan
perbuatan yang disebutkan itu adalah dibolehkan.

Justeru, tidak hairanlah semua agama mengharamkan judi. Ia dikategorikan


sebagai dosa besar dan kerja-kerja syaitan. Sila baca pandangan Kristian dalam 1
Timothy 6:9, Matthew 6:13; 26:41, James 4:3; Matthew 18:6-9. 1 Corinthians 15:33.
Pandangan Buddha dalam Digha Nikaya, Sigalovada Sutta: The Layman‘s Code of
Discipline, Dighajanu Sutta, Anguttara Nikaya VIII. 54 dan pandangan Hindu dalam
Tirukkural, 94: 931-940 (http://www.buddhanet.net/e-learning/ethics_s.htm).

Tidak ketinggalan, amalan judi juga diharamkan dalam agama Yahudi.


(http://www.beliefnet.com/News/2003/01/Does-God-Play-Dice.aspx). Istilah-istilah
moden yang merujuk kepada judi seperti kasino, loteri, mesin slot, dan judi bola
sepak, menurut pengamal-pengamal Kristian adalah haram dan berdosa. Jadi, di
manakah hujah untuk menghalalkannya. Sila layari
http://gospelway.com/morality/gambling.php.

Saya berasa pelik kenapa kita takut untuk berkata benar. Saya memuji langkah
Pemuda UMNO yang begitu tegas menolak tindakan menghalalkan judi. Ini selaras
dengan gagasan 1Malaysia.

Namun, jangan pula kita terpengaruh dengan agenda dan propaganda negeri
ultra kiasu yang awal-awal lagi membuat gimik mengharamkan judi. Sebenarnya
mereka mahu meniru negeri ultra kiasu di selatan Johor, yakni membuka kasino
terbesar di Asia sebagai sumber pendapatan. Cuma masa masih tidak mengizinkan.
Mereka masih belum mendapat apa yang dicitakan. Jika mereka sudah dapat, saya
yakin gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz akan dibuang entah ke mana.

Penjudi

Persoalannya, kala agama lain bersependapat dengan kita, kenapa kita pula
bertindak melawan arus mahu menghalalkan judi bentuk baru ini? Saya tidak
nafikan ada sedikit kebaikan yang dibawa jika ia dijalankan mengikut lunas undang-
undang, sekurang-kurangnya tidak wujud lagi penjudi-penjudi haram. Persoalannya,
adakah kita yakin dengan membenarkan operasinya, segala masalah akan dapat
diselesaikan?

173
Pada hemat saya, yang haram tidak boleh disahkan, kerana implikasi haram
akan menerbitkan keputusan yang haram juga. Logiknya mudah, bila halal + halal,
jawapan halal tidak ragu-ragu lagi. Namun, jika haram + halal, jawapannya masih
lagi haram.

Jika tidak haram pun, ia akan menimbulkan sangsi dan was-was. Apatah lagi
jika haram + haram, sudah tentu menjadi lebih haram.

Justeru, oleh kerana tidak ada satupun agama yang membenarkan judi,
eloklah kita fikirkan semula bagaimanakah kesan¬nya, jika ia dibenarkan atau
dilesenkan.

Berasaskan pengalaman saya ketika tidak Islam dan pernah berjudi


secara haram, judi langsung tidak mendatangkan kebaikan, malahan akan
menimbulkan ketagihan. Walaupun judi itu tidak boleh dimakan, rasa tidak puas
hati akan menimbulkan ketagihan. Apatah jika menjadi sumber rezeki, seterusnya
menjadi darah daging.

Saya tidak pernah lihat ada taukeh judi yang bankrap atau jatuh miskin
disebabkan oleh perniagaan haram ini. Yang jelas, rata-rata masyarakat atau rakyat
menjadi mangsa. Sudah tentu ia bercanggah dengan slogan Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan. Dilihat dari sudut mana sekalipun tidak ada satu pun
kebaikan hasil perjudian. Menang sekali setelah ratusan kali dan ribuan kali kalah.
Judi mengakibatkan penderitaan dan reputasi seseorang. Soal mereka masih
melakukannya, sehingga menjadi amalan hidup, itu adalah soal individu. Adalah
tidak wajar dikaitkan dengan peradaban dan agama mereka sehingga kita sanggup
mengatakan bahawa ia merupakan hak mereka, tidak boleh diganggu-gugat.

Kadang kala saya tidak faham kenapa kita begitu cepat melatah dengan
membuat kesimpulan? Apa niat dan matlamat kita sebenarnya? Apakah kita pernah
membuat kajian kesan judi terhadap kehidupan seseorang? Sebelum memeluk
Islam, saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri bahana judi. Ada yang
terpaksa melacurkan isteri kerana kalah berjudi kerana tidak dapat melangsaikan
hutang judi. Tidak kurang pula yang membunuh diri. Ada juga yang sanggup
menggadaikan harta benda dan tanah pusaka. Bapa saya sehingga ke akhir
hayatnya, meninggal dalam keadaan terkilan dengan tindakan anaknya yang
sanggup menggadaikan tanah pusaka kerana kalah dalam perjudian.

Terpalit

Justeru, apakah alternatif kepada penjudi-penjudi ini. pada saya, cukuplah


dengan apa yang telah ada. Tidak perlulah ditambah lagi. Jika dapat dikurangkan
dan dihapuskan lagi baik kerana tidak ada agama yang menyetujuinya. Jangan
mengundang bala, takut-takut nanti dimurkai Tuhan. Tatkala itu, mereka yang
mengharamkan judi atau tidak pernah berjudi pun akan terpalit sama kerana bala
Tuhan tidak mengenal tempat atau orang tertentu sahaja.

174
Tsunami yang melanda tidak hanya kena pada mereka yang ingkar dengan
Tuhan, tetapi melibat ramai orang baik yang tidak berdosa, termasuk rumah ibadat
seperti surau dan masjid. Janganlah kita anggap, jika bala turun ia hanya akan kena
pada mereka yang melakukan maksiat sahaja.

Saya yakin kepimpinan negara kita akan melihat perkara ini dengan serius.
Biarlah mereka yang berjudi haram ditangkap polis. Sekurang-kurangnya kita dapat
memberikan mereka pengajaran daripada terus berjudi seumur hidup.

Kajian yang dibuat ke atas bandar-bandar utama di Amerika Syarikat seperti


Washington, Minnesota, Mississippi, California, Colorado, Connecticut, Las Vegas,
Wisconsin dan sebagainya, menunjukkan bahawa apabila pusat judi dibuka, kadar
jenayah dalam pelbagai bidang meningkat serta merta sehingga 500 peratus.

Menurut John Curran, kadar jenayah ragut, rogol, rompak, serangan dan
bunuh meningkat mendadak apabila kasino dibuka. Statistik Biro Siasatan
Persekutuan (FBI) mempamerkan, kadar jenayah di kalangan 1,000 penduduk
meningkat daripada 134.3 pada tahun 1978 kepada tahap, menakutkan iaitu 450.3
pada 1988. Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh kajian Keith Copher, Ketua
Penguatkuasaan, Lembaga Pengawasan Judi, Nevada, yang mendedahkan antara
450-500 pekerja ditangkap setahun kerana terlibat dalam aktiviti perjudian haram
dalam satu daerah.

Menurut Schaff, Kaunselor Jabatan Pemulihan di Wisconsin pula dalam fasa


terdesak untuk berjudi mereka sanggup melakukan apa saja. Mereka mencuri duit
dari pasangan, mereka akan mendapatkan wang dengan menggunakan apa cara
sekali pun.

Tidak ketinggalan, judi turut menjejaskan kadar percukaian negara. Menurut


Tom Grey, Presiden Persekutuan Menentang Melesenkan perjudian Kebangsaan,
kajian yang dijalankan menunjukkan setiap dolar hasil perjudian, anda akan
kehilangan $1.90 sebagai kos kepada pembayar cukai. Sila rujuk http.11www.
citizenfink.orgIFOSLIgamblingl cogIA000002180.cfm

Semua bukti ini menunjukkan bahawa perjudian langsung tidak mendatangkan


kebaikan kepada negara, apatah lagi kepada individu yang terlibat. Justeru, tunaikan
hak semua agama dan hak rakyat untuk mendapatkan kebaikan dan hidup aman
damai. Saya yakin ia bertepatan dengan amalan gagasan 1Malaysia. Saya juga
yakin masyarakat Islam akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi
kepada pentadbiran yang ada pada hari ini jika kita bertegas.

DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah Kumpulan Penyelidik Politik dan peradaban
Islam; Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merangkap Setiausaha Agung
Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Mingguan Malaysia, Ahad 27 Jun 2010

175
176

You might also like