You are on page 1of 7

PELAJARAN 20 : KERAJAAN KHULAFAK AL-RASYIDIN

BAHAGIAN A

1 Gelaran kepada sahabat yang memegang jawatan negara selepas Rasullullah s.a.w.
dinamakan
A Khalifah kerajaan Umayyah
B Khalifah kerajaan Uthmaniyyah
C Khalifah kerajaan Abasiyyah
D Khulafa al-Rasyidin

2
• Lahir lima tahun selepas kelahiran Rasullullah s.a.w
• Digelar Zu al-Nurain
• Wafat ketika berumur 80 tahun
Kenyataan di atas merujuk kepada
A Saidina Abu Bakar al-Siddiq
B Umar al-Khattab
C Uthman bin Affan
D Ali bin Abi Talib

3 Pilih pernyataan yang benar mengenai dasar pentadbiran khulafa al-Rasyidin.


I Kuasa membuat sesuatu keputusan dibuat oleh khalifah
II Khalifah merupakan ketua negara
III Pemimpin sahaja bertanggungjawab memajukan negara
IV Khalifah memiliki hak keistimewaan

A I dan II C II dan III


B III dan IV D I dan IV

ISI TEMPAT KOSONG

1 Kerajaan Islam di bawah pemerintahan khulafa al-Rasyidin berpusat di ___________


2 Dewan al-Jundi dan ____________ ditubuhkan bagi memastikan pengurusan
pentadbiran berjalan lancar.
3 Gerakan ketenteraan memerangi nabi palsu dilakukan oleh khalifah ___________
4 Kuasa membuat sesuatu keputusan terhadap sesuatu perkara dibuat oleh khalifah
berdasarkan pandangan ijtihad dan ___________
5 Pemerintahan khulafa al-Rasyidin telah memerintah selama ___________

BAHAGIAN B

1 (a) Pemerintahan khulafa al-Rasyidin adalah kesinambungan daripada kerajaan yang


dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w.
(i) Jelaskan dua kesan pemerintahan tersebut dari aspek politik. [ 4 markah ]
(ii) Terangkan tiga akibat membelakangkan kepemimpinan tersebut.
(b) Pemerintahan khulafa al-Rasyidin telah menubuhkan dua jabatan baru iaitu
Dewan al-Jundi dan Dewan al-Kharaj.
(i) Jelaskan dua peranan Dewan al-Jundi. [ 4 markah ]
(ii) Terangkan dua peranan Dewan al-Kharaj. [ 4 markah

1
PELAJARAN 20 : KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN
(ABU BAKAR AL-SIDDIQ)

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF)
1 Khalifah al-Rasyidin yang pertama ialah
A Saidina Abu Bakar al-Siddiq
B Umar al-Khattab
C Uthman bin Affan
D Ali bin Abi Talib

2 Berikut adalah kenyataan yang benar mengenai Saidina Abu Bakar al-Siddiq kecuali
A orang yang mula-mula memeluk agama Islam
B sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah s.a.w
C orang yang terlibat dalam membukukan Al-Quran
D orang yang memerangi golongan nabi palsu

3 Saidina Abu Bakar al-Siddiq memerintah negara selama


A 1 tahun
B 2 tahun
C 3 tahun
D 4 tahun

ISI TEMPAT KOSONG


1 Khalifah Abu Bakar digelar ____________ kerana membenarkan percakapan dan
perbuatan Nabi s.a.w.
Soalan 2 dan 3 berpandukan carta di bawah:

Dua golongan yang diperangi oleh


Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

2._______________ 3.___________________

4 Pelantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah berlaku di suatu tempat bernama
_______________

BAHAGIAN B

1 (a) Saidina Abu Bakar al-Siddiq ialah khalifah pertama khulafa al-Rasyidin.
(i) Nyatakan riwayat hidup beliau dengan ringkas [ 4 markah ]
(ii) Jelaskan tiga sumbangan beliau dalam pentadbiran negara. [ 6 markah ]

(b) (i) Jelaskan proses perlantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah.
(ii) Terangkan tiga polisi pentadbiran Saidina Abu Bakar al-Siddiq.
[ 6 markah ]

2
PELAJARAN 20 : KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN (UMAR AL-KHATTAB)

BAHAGIAN A

1 Khalifah Umar al-Khattab adalah seorang pemimpin yang mementingkan


kebajikan rakyat

Pilih jawapan yang sesuai dengan keterangan di atas.


I Rakyat dilayan sama rata tanpa mengira status
II Rakyat berpeluang mengemukakan pandangan
III Menggalakkan rakyat menyokong pemerintah
IV Menggalakkan rakyat mementingkan akhirat sahaja

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

2 Antara berikut adalah polisi pentadbiran Khalifah Umar al-Khattab.


I Sahabat tidak dibenar meninggalkan Madinah
II Melongarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal
III Menyusun semula pentadbiran tanah
IV Memerangi golongan yang enggan membayar zakat

A I dan II
B III dan IV
C I dan III
D II dan IV

3 Berikut adalah sifat peribadi Saidina Umar al-Khattab kecuali


A berani dan tidak gentar dalam menegakkan agama Islam
B sangat mengambil berat tentang hal ehwal rakyat
C digelar al-Siddiq kerana membenarkan kata-kata Rasulullah s.a.w.
D tegas dan berani menegakkan keadilan

ISI TEMPAT KOSONG

1 Khalifah Umar al-Khattab digelar ___________ kerana pandai membezakan yang


benar dan yang batil.
2 Saidina Umar al-Khattab menjadi khalifah melalui___________ daripada Saidina Abu
Bakar al-Siddiq dan dipersetujui Majlis Syura.
3 Khalifah Umar al-Khattab memerintah negara selama ________ tahun.

BAHAGIAN B

1 (a) Khalifah Umar al-Khattab adalah khulafa al-Rasyidin yang kedua.


(i) Nyatakan riwayat hidup beliau dengan ringkas [ 4 markah ]
(ii) Jelaskan tiga sumbangan beliau dalam pentadbiran negara. [ 6 markah ]
(b) (i) Terangkan proses perlantikan beliau sebagai khalifah. [ 2 markah ]

3
PELAJARAN 20 : KERAJAAN KHULAFA AL RASYIDIN (UTHMAN BIN AFFAN)

BAHAGIAN A

1 Khalifah al-Rasyidin yang ke-tiga ialah


A Saidina Abu Bakar al-Siddiq
B Saidina Umar al-Khattab
C Saidina Uthman b Affan
D Saidina Ali b Abi Talib

2 Berikut adalah sifat peribadi Uthman bin Affan kecuali


A Seorang yang zuhud dan dermawan
B Berani menegakkan kebenaran
C Tegas dan bertanggungjawab
D Suka kepada kemewahan

3 Saidina Uthman bin Affan digelar


A Al-Siddiq
B Zu Nurain
C Al-Faruq
D Hujjatul Islam

ISI TEMPAT KOSONG

1 Saidina Uthman bin Affan wafat pada tahun_________ Hijrah.

2 Khalifah Uthman bin Affan adalah berketurunan ______________.

3 Perlantikan Saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah telah diumumkan oleh
sahabat bernama _________________

BAHAGIAN B

1 (a) Saidina Uthman bin Affan adalah khulafa al-Rasyidin yang ketiga.
(i) Jelaskan riwayat hidup beliau dengan ringkas [ 4 markah]

(ii) Terangkan proses perlantikan beliau sebagai khalifah [ 6 markah]

(b Saidina Uthman bin Affan telah meninggalkan sumbangan yang besar dalam
) pentadbiran negara.
(i) Huraikan dua sumbangan beliau [ 4 markah]

(ii) Terangkan tiga polisi pentadbiran beliau semasa menjadi khalifah. [ 6 markah]

4
PELAJARAN 20 : KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN (ALI B ABI TALIB)

BAHAGIAN A

1 Khalifah al-Rasyidin yang keempat ialah


A Muawiyah bin Abi Sufian
B Ali bin Abi Talib
C Abu Abas al-Saffah
D Uthman bin Affan

2 Khalifah Ali bin Abi Talib memerintah selama


A 2 tahun
B 3 tahun
C 4 tahun
D 5 tahun

3 Perlantikan Saidina Ali bin Abi Talib sebagai khalifah ditentang oleh
A Abd Rahman bin Auf
B Zubir bin al-Awwam
C Muawiyah bin Abi Sufian
D Talhah bin Ubaidah

ISI TEMPAT KOSONG

1 Saidina Ali bin Abi Talib wafat pada tahun_________ hijrah.

2 Orang pertama dari kalangan kanak-kanak yang memeluk Islam ialah ____________.

3 Ali bin Abi Talib adalah ____________ Rasullullah s.a.w.

BAHAGIAN B

1 (a) Saidina Ali bin Abi Talib adalah khulafa al-Rasyidin yang keempat.

(i) Jelaskan riwayat hidup beliau dengan ringkas [4 markah]

(ii) Terangkan tiga sifat peribadi beliau yang boleh anda contohi. [6 markah]

(b) Saidina Ali bin Abi Talib memberi sumbangan yang besar dalam pentadbiran
negara.

(i) Terangkan dengan ringkas proses perlantikan beliau. [4 markah]

(ii) Terangkan dua polisi pentadbiran beliau. [6 markah]

PELAJARAN 21 : KERAJAAN BANI UMAYYAH

5
BAHAGIAN A

1 Pengasas kerajaan Bani Umayyah ialah


A Abdullah al-Saffah
B Muawiyah bin Abi Sufian
C Sufian bin Uyainah
D Umar bin Abd Aziz

2 Antara berikut, manakah bukan fungsi utama Baitul Mal pada zaman Bani Umayyah.
A Mengatasi masalah kemiskinan
B Mengurus pendapatan dan perbelanjaan negara
C Mengumpul wang bagi membangunkan sektor pertanian
D Memperkembangkan harta orang Islam mengikut syariat Islam

3 Berikut adalah peranan generasi sekarang bagi mengembalikan kegemilangan


lampau.
A Menghapuskan sesiapa sahaja yang mencemarkan kesucian agama Islam
B Menghidupkan semangat jihad
C Menuntut hak dalam demonstrasi
D Menuntut apa sahaja ilmu yang ada

4 Berikut adalah organisasi pasukan tentera pada zaman Bani Umayyah kecuali
A Al-Maimanah
B Al-Maisarah
C Al-Jundi
D Al-Muqaddimah

5 Berikut merupakan disiplin ilmu yang dikenali sebagai “al-Tadwin” kecuali


A kegiatan penulisan
B kegiatan pembukuan
C kegiatan penterjemahan
D kegiatan pembinaan perpustakaan

6 Khalifah kerajaan Bani Umayyah yang mendapat gelaran khulafa al-Rasyidin kelima
ialah
A Umar bin Abdul Aziz
B Yazid bin Muawiyah
C Marwan bin Al-Hakam
D Abdul Malik bin Marwan

ISI TEMPAT KOSONG

6
1 Zaman pemerintahan keturunan Marwan bin al-Hakam dikenali sebagai zaman
_________________ Bani Umayyah.

2 Kerajaan Bani Umayyah telah menubuhkan satu armada laut yang terdiri daripada
____________ buah kapal

3 Muawiyah bin Abi Sufian telah mengemas kini angkatan tenteranya dengan meniru
corak gerakan tentera _____________

Lengkapkan carta di bawah:

Institusi pendidikan di zaman kerajaan Bani Umayyah

Masjid

4.__________________________

5.____________________________

6.____________________________

BAHAGIAN B

1 (a) Jelaskan secara ringkas penubuhan kerajaan Bani Umayyah [4 markah]

(b) Terangkan tiga usaha yang dilakukan oleh kerajaan Bani Umayyah untuk
mengembangkan bidang perekonomian negara. [6 markah]

2 (a) Jelaskan tiga peranan khalifah dalam membangunkan tamadun Islam pada zaman
Umayyah [6 markah]

(b) Terangkan dua faktor yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Bani Umayyah.
[4 markah]

You might also like