You are on page 1of 1

TEKS PRA-U PENGAJIAN AM Kertas 2 ISBN: 978-983-3879-75-5

TEKS PRA-U
Pengajian Am Kertas 2
Karangan Disiplin Sains

Tajuk 5
Kerajaan berusaha untuk mempermoden sistem perhubungan dan
komunikasi negara demi kemajuan dan pembangunan negara. Oleh
itu, sistem perhubungan dan komunikasi negara telah mengalami
perubahan yang besar sejak belakangan ini.
Bincangkan kemajuan yang telah dicapai dalam sistem perhubungan
dan komunikasi negara.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat kemajuan dalam sistem
perhubungan dan komunikasi negara.

Isi-isi
► sistem pengangkutan jalan raya yang moden; Lebuh Raya Utara Selatan
(PLUS), Lebuh Raya Timur Barat, Sistem Transit Aliran Ringan(LRT),
monorel, kereta api elektrik, landasan kereta berkembar
► sistem pengangkutan udara yang canggih: Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Syarikat Penerbangan Malaysia
(MAS), Air Asia
► sistem pengangkutan laut yang bertaraf antarabangsa: Pelabuhan Klang
di Selangor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor
► sistem komunikasi satelit: MEASAT I, MEASAT II, MEASAT III,
TiungSAT, dan RazakSAT; membolehkan penyiaran televisyen satelit
(Astro) serta memperkembang perkhidmatan komunikasi tempatan dan
serantau

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1

You might also like