You are on page 1of 39

PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH

Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran

- PJ bukan subjek popular di sekolah kerana tiada

peperiksaan. - Ibu bapa, pendidik dan penggubal polisi dan dasar pendidikan di kebanyakan negara tidak menganggap PJ sebagai subjek akademik (Dong, 2001) - PJ dianggap sebagai salah satu kumpulan subjek amali yang terletak di bahagian bawah hiraki kepentingan di sekolah.

Sindrom pentadbiran dan pengajaran PJ yang berkrisis ini akan menyebabkan kegagalan

pelaksanaan PJ di sekolah.
Punca kegagalan pelaksanaan proses P&P PJ ialah guru tidak berjaya mendidik pelajar menghayati kepentingan kesihatan. Banyak pihak sering sambil lewa hingga

menyebabkan minat pelajar terhakis apabila guru tidak minat dan tidak berkemahiran untuk mengajar.

ISU 1
Guru bukan option PJ sukar untuk melakukan

pembangunan tugasan semasa mengajar. Malah guru berpengalaman juga berhadapan cabaran untuk memotivasikan pelajar (Mitchell, 2009)
Jenis tugasan yang digunakan sangat penting

untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran

Rink (2006), mencadangkan 4 jenis tugasan

dalam perkembangan isi kandungan pelajaran PJ:a) Makluman tugasan

b) Penambahan tugasan
c) Perincian tugasan d) Aplikasi / penilaian tugasan

A) Makluman tugasan
Guru akan memperkenalkan apa yang mereka

mahu pelajar melaksanakan di peringkat awal. Contoh : Secara berpasangan, lakukan tugasan pada jarak 5 kaki antara satu sama lain Makluman tugasan boleh berlaku semasa pengajaran apabila guru mengubah fokus Contoh : Sekarang hantaran anda sudah agak tepat jadi kita akan menjaring 10 hantaran bebas setiap orang

B) Penambahan Tugasan
Cara untuk memanipulasi tahap kesukaran kepada pelajar Meninggikan kesukaran untuk mencabar pelajar
Contoh : Dalam kemahiran menggelecek, pelajar bergerak melepasi pertahanan pasif kepada pelajar bergerak melepasi pertahanan semi-aktif Penambahan lateral (boleh menyebabkan kebosanan) Contoh : mengubah hantaran paras dada dari melontar ke tanda X kepada pasangan yang tidak

bergerak

Penambahan dengan cara memudahkan


Kaedah memudahkan latih tubi akan

mendorong pelajar kekal melakukan kemahiran dan tidak hilang fokus. Contoh : servis daripada base-line bagi bola tampar . Masukan bola ke dalam jaring bagi permainan bola jaring. Benarkan pelajar bergerak lebih hampir ke jaring semasa berlatih kaedah yang betul Ini akan menggalakkan pelajar terus berlatih dan tidak berputus asa

C) Perincian tugasan
Lebih perhatian bagaimana menggunakan

kemahiran dengan lebih berkesan Contoh : gimnastik cabaran pertama sebarang kemahiran imbangan ialah pusat graviti dan asas sokongan Perincian kepada tumpukan kepada kaki yang lurus dan rapat Kombinasi cabaran ini akan membantu pelajar memperbaiki pencapaian

D) Aplikasi / penilaian tugasan


Perubahan fokus pelajar daripada bagaimana melakukan pergerakan kepada bagaimana menggunakan pergerakan Contoh : membuat keputusan menggunakan kemahiran tertentu dalam keadaan pertandingan Ia akan memberi peluang menilai diri sendiri berbanding pencapaian lepas, pihak lawan atau berbanding standard tertentu

Kesimpulan
PJ merupakan satu bentuk pembelajaran holistik

dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan berjaya menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan (Cofler et al., 1986)
PJ menekankan sikap menolong orang lain

dalam aktiviti fizikal, mengiktiraf sumbangan kegiatan fizikal terhadap kesihatan dan penggunaan masa lapang.

Kesimpulan
Jika tidak ada kemahiran dan tidak mengetahui

kaedah yang betul, ia boleh merugikan pelajar.


Jika pelajar kita mempunyai ilmu, mereka boleh

mendidik keluarga dan tahu menangani apabila wujud keadaan tertekan.

Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan
Pendahuluan

- PJ dan PK bertujuan melahirkan pelajar yang aktif dan sihat serta

berpengetahuan melalui proses bersepadu yang memberi tumpuan kepada kecergasan, kemahiran asas, gimnastik dan sukan, pendidikan sukan, kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan, pemakanan dan kesan penyalahgunaan bahan .
- Pendidikan Kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan membekal

pengalaman-pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap, dan mempengaruhi tingkah laku (Anspaugh dan Azell, 1995)
- Proses tersebut akan membolehkan pelajar mencapai tanggungjawab

kesihatan dan kesejahteraan

ISU 2
- Pengalaman pembelajaran bermaksud tindak

balas antara pelajar dengan keadaan yang ditemuinya dalam persekitarannya (Tyler, 1990)
- Guru perlu merekabentuk pengalaman

pembelajaran dengan menyediakan persekitaran dan menstruktur keadaan untuk merangsang tindak balas yang diingini.

Tyler (1990) telah mengemukakan 5 prinsip dalam memilih atau merancang pengalaman pembelajaran :1) Pelajar diberi peluang untuk melakukan tingkah

laku yang dinyatakan dalam objektif.


Contoh: Jika objektif ialah melakukan kemahiran menggelecek bola hoki, pelajar perlu mempunyai pengalaman yang cukup dalam permainan ini.

2) Pengalaman pembelajaran menarik dan memuaskan hati Contoh: Kemahiran lompat jauh, sekiranya ia tidak secocok dengan pelajar, objektif tidak akan tercapai. Oleh itu, guru perlulah mempunyai maklumat yang cukup tentang minat dan keperluan pelajar.

3) Sesuai dengan kebolehan pelajar guru perlu mempunyai mengenai kebolehan dan latar belakang pelajar

4) Berbagai-bagai jenis pengalaman digunakan untuk capai berbagai objektif/objektif yang sama Contoh: Untuk meningkatkan kecergasan fizikal boleh dilakukan dengan berbagai latihan seperti jeda, litar dan fartlek.

5) Pengalaman pembelajaran yang sama dapat memberikan beberapa hasil Contoh: Pelajar yang sedang mengikuti aktiviti kecergasan juga mendapat maklumat mengenai bidang kesihatan dan sains. Pelajar akan membentuk sikap positif terhadap kepentingan aktiviti fizikal.

Kesimpulan
Guru harus merancang pengajaran mengikut

urutan aktiviti supaya setiap objektif dapat diperolehi.


Guru harus menggunakan pelbagai aktiviti

dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman
Pendahuluan
- Pendidikan kesihatan merupakan suatu proses

membekalkan atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti (Grout, 1968) sama ada secara formal atau tidak formal dan di dalam atau di luar bilik darjah.

- Pendidikan kesihatan dilaksanakan di sekolah

Seorang guru adalah seorang yang penting untuk memberi bimbingan tentang kesihatan kepada pelajar-pelajarnya .
Pentadbiran sekolah mengadakan pengajaran di

kelas untuk memberi guru peluang membuat pemerhatian terhadap pelajar dan memberi perhatian kepada keadaan-keadaan yang luar biasa

Peranan dan tanggungjawab guru di dalam perkhidmatan kesihatan di sekolah:a) Menilai status kesihatan pelajar b) Membimbing pelajar tentang kesihatan supaya pelajar faham tentang tanggungjawab mereka.

c) Perlu lebih kreatif dengan mengadakan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
d) Sesi khas di mana pelajar berjumpa dengan guru untuk dapat bimbingan dan penjelasan tentang masalah kesihatan.

Kesimpulan
- Sekolah merupakan agensi masyarakat - Perlu ada kerjasama di antara pelajar, guru dan

sosial komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat, bersih dan gembira untuk kehidupan

Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian


Pendahuluan
PJ adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang bersifat holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek

Kepentingan PJ dalam kurikulum sekolah:1. Meningkatkan kecergasan murid 2. Membangunkan kemahiran asas

3. Memberi pengetahuan tentang keselamatan


4. Memberi peluang mengenali diri 5. Membudayakan kecergasan sepanjang hidup 6. Isu-isu yang mempengaruhi gaya hidup

Kaedah pengajaran PJ

PEMBELAJARAN KOPERATIF

PENEMUAN TERBIMBING

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

KAEDAHKAEDAH PENGAJARAN PJ

KAEDAH PROJEK

PENGGUNAAN ICT

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

1. Pembelajaran Koperatif -

Memberi peluang untuk kembangkan kemahiran memimpin dan mengikut Pelajar meluahkan idea dengan menjelaskan masalah dan mencadangkan penyelesaian Pengurusan berkumpulan dan memelihara perhubungan ahli

2. Penemuan terbimbing
- Penglibatan lebih oleh pelajar dalam proses

pembelajaran - Peluang belajar mengikut tahapnya sendiri

3. Pembelajaran akses kendiri

FASILITATORR

PERANAN GURU

KAUNSELOR

JURULATIH

Pelajar belajar secara kendiri melalui

penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri
Pelajar perlu kenalpasti keperluan, kebolehan

dan matlamat sendiri


Pendekatan berpusatkan pelajar dan

pembelajaran berlaku atas usaha pelajar sendiri

4. Kaedah projek
Secara individu / kumpulan yang banyak

dilakukan di luar kelas


hands-on praktik boleh mempercepatkan

pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran


Pelajar perlu mencari bahan yang sesuai dan

merancang langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan projek tersebut.

5. Aplikasi teori kecerdasan pelbagai


Teori tentang kefahaman pelajar memiliki

kombinasi berbeza untuk menyelesaikan masalah


Pelajar yang tinggi kecerdasan boleh dijadikan penunjukcara.

6. ICT dalam P & P


Sesuai dengan masa kini, ICT boleh mengakses

dan mengumpul maklumat yang sukar diperolehi dari sumber lain

Kesimpulan
Keberkesanan proses P&P PJ terletak kepada ilmu pengetahuan, sikap, dan kreativiti guru tentang cara yang sesuai untuk meningkatkan

kecergasan jasmani pelajar (Zainun, 1995)


Ia menolong pelajar menyesuaikan diri dengan

kehidupan
Guru perlu bijak dan sentiasa memajukan diri

untuk memastikan bahawa PJ mencapai matlamatnya.

Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan


Pendahuluan
- Cabaran dalam membangunkan isi pelajaran sebenarnya mengajar pelajar sesuatu kemahiran dan bukannya sekadar mengisi masa mereka atau

menggembirakan mereka (Placek, 1983)


- Rink (2006) menggambarkan hubungan yang kuat antara jenis tugasan dan keprihatinan guru dalam membuat tugasan semasa membangunkan isi pelajaran

ISU 5
Dalam menggabungkan tugasan pelajar, terdapat beberapa panduan:1. Urutan tugasan pada tahap kesukaran yang

lebih tinggi mendorong pelajar belajar (French et al., 1991, Gusthart & Springings, 1989) Tugasan pada tahap yang sesuai untuk pelajar.

2. Memantau tahap pencapaian pelajar adalah peluang untuk guru mengawasi aktiviti dan memberikan maklum balas kepada pelajar tentang bagaimana prestasi mereka semasa sedang menguasai kemahiran (Mitchell, 2009) - Maklumat ini penting untuk guru menentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya

3. Meraikan pencapaian memberi peluang kepada pelajar melaporkan pencapaian mereka dan sebagai melambangkan akauntabiliti dalam usaha menguasai kemahiran (Mitchell, 2009)

- Istilah meraikan digunakan untuk mengingatkan guru supaya berkongsi keseronokan dan galakan dengan pelajar mereka terhadap sesuatu pencapaian.

Kesimpulan

Bermain sesuatu permainan adalah tarikan untuk manusia bermain dan bersukan dan ianya adalah kandungan yang paling jelas dalam Pendidikan Jasmani.

You might also like