You are on page 1of 5

FAM tetap tagih aura Kim Swee

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI fazli.yadi@kosmo.com.my

KIM SWEE (kanan) akan terus menggalas tugas sebagai pengendali skuad Harimau Muda A.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil memberikan respons pantas berhubung masa depan jurulatih skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee . Biarpun Kim Swee sudah memberikan isyarat awal bahawa beliau 'penat' untuk mengharungi Sukan SEA akan datang, FAM tetap mahu mengekalkan khidmat pengendali kelahiran Melaka itu. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, badan induk itu masih menaruh kepercayaan penuh terhadap Kim Swee biarpun jurulatih terbabit gagal menepati Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar barbaru ini. "Dalam mesyuarat Exco yang lepas, FAM telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak beliau yang sepatutnya tamat penghujung bulan ini. "Buat masa ini, FAM masih menagih khidmat jurulatih berwibawa seperti beliau," kata Hamidin kepada Kosmo! semalam. Sebelum ini, spekulasi Kim Swee mahu melepaskan jawatan sebagai jurulatih skuad Harimau Muda A mula tercetus sejurus berakhirnya temasya Sukan SEA di Myanmar.

Kim Swee secara terbuka berkata, ramai jurulatih tempatan memiliki keupayaan untuk menggantikan tempatnya. "Terdapat 1,001 kemungkinan bahawa FAM mungkin akan melantik Kim Swee sebagai jurulatih tetap Harimau Malaya atau terus kekal sebagai jurulatih Harimau Muda A. "Buat masa ini, beliau kekal sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya dan pengendali Harimau Muda A. "Seperti yang saya katakan tadi, FAM tidak akan sesekali melepaskan Kim Swee kerana kami masih menagih servis beliau," tambah Hamidin. Hamidin turut mengulas tindakan pemain tengah Pahang, Amirulhadi Zainal yang didakwa membuat 'pusingan U' dengan menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT). "Kes Amirulhadi akan dibincangkan pada Mesyuarat Status Pemain FAM pada Jumaat ini... kita tunggu dan lihat," katanya. Share on print More Sharing Services 0

Rencana Utama!

Didik OKU dalami ibadah solat

Didik OKU dalami ibadah solat Penyokong tegar bukan samseng bola sepak

Varia!

Terapi eksotik urutan ular

ULAR-ULAR ini disimpan di dalam kotak plastik berisi air antiseptik untuk memastikan kebersihannya.

Terapi eksotik urutan ular Seni gabungan Nusantara

Iklan@KOSMO! Carian@KOSMO!

Iklan@KOSMO! Artikel-artikel SUKAN :


FAM tetap tagih aura Kim Swee Zaquan tekad tampil aksi terbaik Skrip badminton tidak berubah Diana belum fikir soal persaraan Tutup tirai 2013 penuh bergaya 'Pemain Arsenal suka menangis' Etihad destinasi terbaik Messi Valencia akhiri 'Sumpahan No. 7' Bale buat Di Maria resah Peluang akhiri dominasi Red Bull

ePlayer Sukan Iklan@KOSMO!

Ruang

Vila sembilan generasi


MENYELUSURI sebuah lorong kecil di Kampung Morten, Melaka, kru Jurnal terpesona melihat keaslian seni bina rumah warisan Melayu yang terletak di negeri Hang Tuah itu. Lagi...

Infiniti

Menggalas harapan negara di Vietnam


PANAS terik petang itu tidak menjadi penghalang kepada dua orang remaja untuk berlatih memperkemaskan skil dan pengetahuan dalam melancarkan roket air yang dibina mereka. Lagi...

Kesihatan

Ibu gatal kulit, anak berisiko mati


KETIKA usia kandungannya mencecah 35 minggu, Magdalen Rees mengalami masalah kegatalan badan yang dirasai sehingga ke lapisan bawah kulit. Lagi...

Iklan Teks

Pautan Lain: Utusan Online | Mangga Online | Saji Online | Kareer | Tutor | MyBooks | Kumpulan Utusan | Copyright 2008. KOSMO! Online.
Process time in ms: 16 LemurLeap Ads

Trust Rating 88% kosmo.com.my


Related Searches:

? Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur

Equatorial Cameron Highlands Singapore Zoo Malaysia Tourism Berjaya Redang Beach Resort Petronas Twin Towers Pangkor Island Beach Resort Visit Malaysia Map Of Malaysia

LemurLeap Ads

Facebook Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg =su_01.htm#ixzz2oSU1aPTi Hakcipta terpelihara

You might also like