You are on page 1of 22

BAHAGIAN A : PEMEROLEHAN ILMU

1.1

Pengenalan

Sistem ejaan sangat penting dalam komunikasi bertulis. Di dalam Bahasa Melayu terdapat dua sistem ejaan yang terus dipakai sehingga sekarang, iaitu ejaan rumi dan ejaan jawi. Kedua-dua sistem ini telah banyak mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan kehendak semasa.

Bahagian ini cuba mendedahkan kepada pelajar tentang pembahagian hurufhuruf vokal, konsonan dan diftong dalam bahasa Melayu serta dapat mengetahui dan mengaplikasi sistem ejaan rumi dengan betul.

1.2

Keselarasan Vokal

1.2.1 Keselarasan huruf vokal

Keselarasan vokal melibatkan perkataan yang berbentuk dua suku kata. Bagi perkataan yang mengandungi lebih dua suku kata, peraturan keselarasan huruf vokal ini hanya wajar bagi dua suku kata terakhir. Terdapat lapan pola keselarasan huruf vokal yang perlu dipatuhi untuk mengelak berlakunya kesilapan ejaan.

(a)

Pola a-i Huruf a diikuti huruf i.

Contoh:

alih dacing masih larik

(b)

Pola a-u Huruf a diikuti huruf u.

Contoh:

asuh kayuh lapuk sarung

(c)

Pola e-i Huruf e diikuti huruf i.

Contoh:

letih betik herdik sembelih

(d)

Pola e-u Huruf e diikuti huruf u.

Contoh:

perut gemuk tenuk jemput

(e)

Pola i-i Huruf i diikuti huruf i.

Contoh:

risik intip pilih bisik

(f)

Pola i-u Huruf i diikuti huruf u.

Contoh:

bisul hirup sibuk timbul

(g)

Pola u-i Huruf u diikuti huruf i.

Contoh:

kuih pulih suntik seruling

(h)

Pola u-u Huruf u diikuti huruf u.

Contoh:

rusuk pucuk dukung hujung

1.2.2 Kekecualian keselarasan huruf vokal

Terdapat beberapa perkataan bahasa melayu yang tidak perlu mematuhi keselarasan huruf vokal. Perkataan-perkataan tersebut merupakan pinjaman daripada bahasa serumpun seperti bahasa Jawa atau daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris.

(a) Daripada bahasa Jawa. Ejaan perkataan perlu menurut sebutan dalam bahasa asal.

Contoh: aneh awet calon catat gembleng iseng jempol kaget kelompok lakon lancong lapor lelucon pamer pelancong perabot raden rampok tulen ulet

(b) Daripada bahasa Inggeris. Ejaan perlu diubahsuai menurut sistem ejaan Rumi. Sebutan pula perlu menurut ejaan Rumi bahasa melayu, bukan menurut sebutan dalam bahasa asal. Contoh perkataan bahasa Inggeris diubah suai menjadi bahasa melayu:

autograph automatic dialect psychology technology

autograf automatik dialek psikologi teknologi

Daripada perkataan tersebut, kelihatan huruf y (bahasa Inggeris) menjadi i (bahasa Melayu), ch dan c menjadi k, sy menjadi si dan ph menjadi f.

Sesetengah perkataan asing dikekalkan ejaannya apabila diserapkan ke bahasa Melayu.

Contoh:

audit bank estafette espirit de corps transistor

audit bank estafette espirit de crops transistor

1.3

Diftong Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan

dalam satu hembusan nafas. Hal ini seperti demikian kerana bunyi diftong terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.

Diftong dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah: Bunyi /ai/ Huruf ai Di depan aising aurat auditorium oidium Di tengah grairah trailer saudara boikot Di belakang pandai lambai harimau surau amboi

/au/ /oi/

au oi

Perlu diingat bahawa dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa, lidah merupakan alat artikulasi (pertuturan) yang paling aktif lagi penting. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal a, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal i pula. Demikian juga halnya cara membunyikan diftong au, dan oi.

Kedudukan lidah pada keadaan membunyikan vokal yang pertama, lalu dengan pantasnya lidah digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang kedua pula. Berdasarkan penelitian terhadap kamus, diftong ai merupakan yang paling banyak digunakan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Antara contohnya: aidilfitri aidiladha aising perangai baiduri syaitan zaitun pakai meterai landai tapai

Harus diingat, bunyi diftong ai berlainan sekali dengan bunyi ai dalam perkataan-perkataan seperti dimulai, disukai, dihargai, memurkai, mengurniai, dan menganiayai. Vokal ai dalam kesemua perkataan tersebut merupakan vokal rangkap. Huruf vokal i dalam gandingan ai itu ialah akhiran i. Oleh itu, gugus ai dalam suku kata akhir perkataan-perkataan tersebut bukanlah diftong ai. Contoh perkataan bahasa Melayu yang mengandungi diftong au, dan oi ialah: aurat autograf auditorium bangau boikot konvoi saujana maujud tauliah sengau tampoi sekoi lampau imbau kemarau kaloi ngongoi

1.4

Konsonan rangkap

Dalam perkataan Melayu asli, konsonan rangkap terbatas kepada jenis nasaloral, baik yang sealat mahupun yang bukan. Rangkap ini hanya terdapat dalam lingkungan tengah kata. Dengan adanya pengaruh dari bahasa-bahasa asing, maka timbullah rangkap-rangkap seperti ks, tr, dr, im, dan sebagainya. Pemasukan rangkaprangkap jenis baru makin menjadi-menjadi dengan adanya istilah-istilah baru, dan dengan direstui oleh Majlis Bahasa Malaysia Indonesia, melalui Pedoman Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia. Rangkap-rangkap jenis baru tidak terbatas unsurnya kepada dua sahaja kerana kadang kala akan terdapat tiga unsur. Rangkap-rangkap itu boleh berfungsi pada awal, tengah dan akhir kata. Jika diteliti unsur-unsur yang mendirikan rangkap-rangkap dalam bahasa melayu, maka rangkap-rangkap itu boleh dikatakan mempunyai pola-pola berikut : i. ii. iii. iv. Likuida + K(K) Desisan + K(K) Nasal + K(K) Plosif + K(K)

Syarat bagi pola-pola di atas : a) K pertama dalam K(K) tidak boleh sama dengan konsonan yang mendahuluinya. b) K yang dikurung itu tidak wajib ada ; yakni ada hanya jika rangkap berkenaan mempunyai tiga unsur.

Pola pertama, likuida + K(K), dapat diperincikan lagi berdasarkan konsonan mana yang mewakili likuida itu, r atau i. Dengan demikian, dari pola ini dapatlah dilihat dua jenis rangkap, iaitu rangkap yang konsonan likuidanya terdiri dari i dan juga rangkap yang likuidanya terdiri dari r. Dengan itu timbullah rangkap-rangkap seperti berikut : i. ii. Ip, Ik, Im, It Rp, rk, rm, rt, rs, rd

Dalam pola kedua, desisan diwakili oleh s, th, dan f. Dari itu, terdapat rangkaprangkap seperti berikut : i. ii. iii. Sp, st, sk, sm Thm Ft

Nasal dalam pola ketiga diwakili oleh mana-mana fonem nasal. Unsur-unsur dalam rangkap boleh merupakan fonem yang homorgan dan boleh juga tidak. Rangkaprangkap itu adalah : i. ii. Mb, mp, nt Mf, ns, nk

Dalam pola keempat mana-mana fonem plosif boleh diikuti oleh plosif yang lain atau bukan plosif. i. ii. iii. Kt, pt Ks Tr, dr, pr, kr Jika kita perhatikan rangkap-rangkap di atas itu dari segi pembunyiannya, maka kita akan dapati bahawa semuanya itu sukar dihasilkan oleh lidah Melayu . Tetapi lidah Melayu sekarang sudah lebih lentur dari dahulu dan kalau si empunya berusaha, tentu sahaja rangkap-rangkap itu dapat dibunyikan. Bagaimanapun, salah satu dari unsur tiap-tiap rangkap itu tidak dapat dihilangkan kerana ini tidak dapat diterima oleh ahli-ahli dalam pelbagai bidang ilmu yag terlibat secara langsung dengan rangkap-rangkap yang seperti itu.

10

Hal yang tidak dapat dielakkan ialah rangkap itu mesti dipertahankan. Jumlah unsurnya tidak boleh dikurangkan dan susunannya tidak boleh dirosakkan. Ada dua cara untuk mempertahankan keutuhan rangkap ini, iaitu : i. ii. Menerimanya begitu sahaja. Meletakkan vokal a sesudah rangkap itu.

Cara meletakkan a pada akhir rangkap itu menghasilkan contoh-contoh berikut:Bahasa Malaysia lp lk lm rk kulpa kalka kulma arka sparka akritarka Bahasa Inggeris culp calc culm ark spark acritarch

rp rm

skizokarpa norma sperma meristoderma firma

schizocarp norm sperm meristorderm firm

rtz sm

kuarza sitoplasma katabolisma anabolisma

quartz cytoplasm catabolism anabolism

thm sp

logaritma kuspa

logarithm cusp

11

sk mp mf nd

moluska klampa kariolimfa glanda

mollusc clamp karyolymph gland

Dari contoh-contoh ini kita dapati bahawa dalam pembentukan istilah-istilah bahasa Malaysia sekarang, tidak semua konsonan rangkap yang disenaraikan di atas diberi vokal a pada akhirnya dalam usaha mempertahankan keutuhan bentuknya. Rangkap-rangkap yang tidak diberi a pada akhirnya itu diterima dalam dua bentuk, iaitu:(i) (ii) Bentuk fonemik yang utuh. Bentuk yang sudah mengalami penghilangan pada salah satu komponen. Jenis rangkap yang mempertahankan bentuk fonemik yang utuh tanpa sebarang penambahan atau penghilangan diwakili oleh rangkap rf, nk,ns, ks, rt, nd.

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

rf

alomorf geomorf zigomorf

allomorph geomorph zygomorph

nk

bank

bank

ns

varians

variance

ks

kompleks

complex

rt

introvert

introvert

nd

bergschrund

bergschrund
12

Jenis rangkap yang mengalami penghilangan pada salah satu unsurnya terdiri dari rangkap-rangkap kst, nd, nt, mb, ft, st. Unsur yang dihilangkan adalah konsonan akhir.

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

ks

teks konteks

text context

nd

bon fron frond

bond

nt

varian gardien

variant gradient

mb

bom

bomb

ft

draf

draft

st

pesimis

pessimist

Dari contoh-contoh di atas teranglah bahawa pada umumnya rangkaprangkap tertentu itu berpegang kepada kaedah tertentu dalam pemasukannya ke dalam bahasa Malaysia. Dari situ kita dapat mengambil kesimpulan seperti berikut:-

13

1) Rangkap yang secara teratur menggunakan a dalam lingkungan akhirnya adalah rangkap yang terdiri dari pola:-

(i) l + r p k m tz ( Pada rangkap yang mempunyai tz, t dihilangkan)

(ii)

(iii)

th

(iv)

m +

14

2) Rangkap yang secara teratur dipertahankan seperti dalam istilah asingnya adalah rangkap yang terdiri dari pola:-

(i)

l + r

b d f s t

(ii)

k s

(iii)

3) Rangkap yang secara teratur menghilangkan konsonan akhirnya adalah rangkap yang terdiri dari pola:-

(i)

ks n f s (Dalam pola ini, t dihilangkan) + t

(ii)

(Dalam pola ini, b dihilangkan)

15

1.5

Peraturan kata pinjaman dalam bahasa Melayu

Peraturan-peraturan yang digunakan dalam penyelesaian ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dalam bahasa Melayu. Perkataan pinjaman dan istilah daripada bahasa asing dapat akhirnya menjadi perkataan lazim bahasa Melayu. Istilah dalam pelbagai bidang tertentu, terutama daripada segi konsep, sering diserap ke bahasa Melayu. Dalam peristilahan ilmu bahasa Melayu sebagaimana pengalaman bahasa moden lain di dunia, penggunaan ejaan dan tatacara penulisan istilah perlu mematuhi peraturan tertentu. Bagi bahasa Melayu, penulisan istilah mematuhi tatacara yang disepakati oleh Jawatankuasa Istilah Dewan Bahasa dan

Pustaka(DBP) sejak 1956. Mulai 1974, kerja pengistilahan bahasa Melayu melibatkan dua negara di Asia Tenggara, iaitu Indonesia dan Malaysia, menerusi Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia(MBIM), manakala Brunei Darussalam menjadi pemerhati sidang. Majlis ini kemudiaannya menjadi Majlis Brunei Darussalam - Indonesia Malaysia (Mabbim) pada 1985, iaitu setahun selepas tarikh kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Republik Singapura bertaraf pemerhati dalam semua sidang MBIM dan Mabbim. Sehingga kini, kira-kira sembilan ratus ribu istilah pelbagai seperti sains, ekonomi, kejuruteraan dan pertanian diselaraskan untuk kegunaan di empat negara anggota Mabbim.

16

Perkataan dalam bahasa Inggeris yang berbentuk gugusan konsonan dikekalkan dalam ejaan bahasa Melayu. Contoh: block tractor classic stock traffic blok traktor klasik stok trafik

Bentuk visual perkataan bahasa Inggeris dikekalkan dengan beberapa penyesuaian. Antaranya: anti-, au-, tele-, psy-, -ism dan electContoh: automatic antibody dialogue psychology television organism electronic automatik antibodi dialog psikologi televisyen organisma elektronik

Ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut ejaan bahasa Melayu. Berikut diberikan contoh-contoh perkataan bahasa Inggeris dan bahasa asing yang disesuaikan ejaannya mengikut ejaan bahasa Melayu:-

17

Perubahan Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Bahasa Inggeris abstract plate aerial aerograph aesthetics haematite aileron trailer automatic auditorium barbecue lobby cylinder cent carbon classic accent vaccin machine echelon technique cholera dividend efective system bearing idealist beaker grease abstrak plat aerial aerograf estetika hematit aileron trailer automatik auditorium barbeku lobi silinder sen karbon klasik aksen vaksin mesin eselon teknik kolera dividen efektif sistem bearing idealis bikar gris aa ae ae ae e ai ai au au b, bb b cs c, cc k cc ks ch s ch, chh k d, dd d ee ea ea ea i _ Bahasa Melayu

18

geometry stereo petroleum europium factor traffic geology aggresive harmony hotel identity textile dialect criteria calorie pie diesel tieceron iodine stadium premium journal jury kilo khaki pill optimism mammal neon tennis linguistic congress

geometri stereo petroleum europium faktor trafik geologi agresif harmoni hotel identiti tekstil dialek kriteria kalori pai diesel tieseron iodin stadium premium jurnal juri kilo khaki pil optimisme mamalia neon tenis linguistic kongres

eo eo eu eu f, ff f g, gg g

hh

ii ia ia ie i ie ai ie ie io io iu iu j, jj j k, kk k kh, kh kh l, ll l m, mm m n, nn n ng ng

19

operator orthodox coat cardboard gonorrhoea foetus alkaloid duboisine zoo zoology cartoon accountant pound coupon serious apple passport graph poneme quality technique recruit lorry rhythm rhetoric status express science proscenium scooter telescope scheme scholastic

operator orthodoks kot kadbod gonorea fetus alkaloid duboisin zoo zoologi kartun akauntan paun kupon serius epal pasport garf fonem kualiti teknik rekrut lori ritma retorik status ekspres sains prosenium skuter teleskop skim skolastik

oo oa o oe e oi oi oo oo oo u ou au ou u p, pp p ph f qk r, rr r rh r s, ss s sc s sc sk sch sk

20

tractor battery anthropology theroy unit republic aquarium dualism tissue accrue cheque catalogue equinox annuity quota quorum vaccum continuum novel university kiwi wire whisky whistle taxi express xenon dynasty psychology royalty yankee zodiac jazz

traktor bateri antropologi teori unit republik akuarium dualisme tisu akru cek katalog ekuinoks anuiti kuota kuorum vakum kontinum novel universiti kiwi wayar wiski wisel teksi ekpres xenon dinasti psikologi royalty yangki zodiak jaz

t, tt t th t uu ua ua ue u ue digugurkan ui iu uo uo uu u vv ww wh w x ks xx yi yy z, zz z

21

22

You might also like