You are on page 1of 30

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) MANUAL PENGGUNA BAGI SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SUP)

Kemaskini 20 Mei 2013

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SENARAI KANDUNGAN BIL 1. 2. 3. ISI KANDUNGAN Pengenalan Keterangan Umum SPPBS Penggunaan Sistem Secara Menyeluruh 3.1 Laman Utama Sistem 3.2 Login 3.3 Kemaskini Kata Laluan 3.4 Laman Utama SUP 3.5 Sekolah 3.6 Guru 3.6.1 Daftar 3.6.1.1 Tambah MP/Kelas 3.6.1.2 Guru Besar/Penolong Kanan 3.6.1.2.1 Daftar 3.6.2 Hapus 3.6.3 Kemaskini 3.7 Murid 3.7.1 2011 3.7.2.1 Pindah Swasta 3.7.2.2 Senarai 2011 3.7.3 Daftar Murid Bagi 2012 & ke ATAS 3.7.4 Kemaskini Murid Tiada MyKid 2011 Dengan Data APDM 3.7.4 Batal MP 3.8 Laporan 3.8.1 Senarai Kelas 3.8.2 Senarai Guru 3.8.3 Prestasi Murid 3.8.4 Statistik 3.8.4.1 Prestasi Murid Mengikut Kelas dan Band 3.8.4.2 Pencapaian Murid Mengikut MP dan Band 3.8.4.3 Keseluruhan Prestasi MP MUKA SURAT 4 4 6 6 6 7 8 8 9-10 11 12-13 14 15-16

17 18 19 20 20 21 22 23 23 24 24 25
2

3.9

Cetakan 3.9.1 Guru 3.9.2 Murid 3.9.2.1 Senarai Murid 3.9.2.2 Senarai Prestasi Kumulatif Semua murid Mengikut Kelas 3.9.2.3 Pernyataan Pelaporan Kumulatif (Semua MP)

25 26 27 28

3.10

Pengguna 3.10.1 Kemaskini Profil 29 30 30

3.11 3.12

Bantuan 3.11.1 Pegawai Yang Boleh Dihubungi Keluar

1. PENGENALAN Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini dibangunkan secara atas talian.

2. KETERANGAN UMUM SPPBS Secara umumnya, berikut adalah gambarajah proses kerja utama keseluruhan SPPBS:

SPPBS menyediakan skrin-skrin bagi melakukan proses-proses kerja yang diperlukan oleh Lembaga Setiausaha Peperiksaan (SUP). Skrin-skrin tersebut dapat dicapai melalui menu yang boleh dipilih sebelah kiri skrin. Senarai menu tersebut ialah : a. Laman Utama Sistem b. Login c. Laman Utama SUP d. Sekolah e. Guru i. Daftar ii. Hapus iii. Kemaskini f. Murid i. 2011 ii. Daftar murid bagi 2012 & Ke ATAS iii. Kemaskini Murid Tiada MyKid 2011 dengan Data APDM iv. Batal MP

g. Laporan i. Senarai Kelas ii. Senarai Guru iii. Prestasi Murid iv. Statistik h. Cetakan i. Guru ii. Murid i. Pengguna i. Kemaskini Profil Bantuan i. Pegawai Yang Boleh Dihubungi

j.

k. Keluar

3. 3.1

PENGGUNAAN SISTEM SECARA MENYELURUH LAMAN UTAMA SISTEM

Klik untuk ke laman login

Skrin ini akan dipaparkan pada permulaan sistem apabila memasuki laman web Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Pengguna Setiausaha Peperiksaan (SUP) memasuki sistem ini melalui perkataan Setiausaha Peperiksaan. 3.2 LOGIN

SUP perlu memasukkan Nama Login dan Kata Laluan yang telah diberikan. Setelah itu, butang <Masuk> perlu diklik bagi tujuan pengesahan pengguna sistem. 6

Sekiranya Nama Login dan Kata laluan yang tidak sepadan skrin akan memaparkan mesej seperti rajah dibawah.

SUP perlu memasukkan semula Nama Login dan Kata Laluan bagi tujuan pengesahan sekali lagi. Sekiranya pengesahan berjaya, skrin pengemaskinian maklumat pengguna SUP akan dilakukan sendiri oleh pengguna SUP.

3.3

KEMASKINI KATA LALUAN Menu sistem yang dipaparkan pada skrin di atas ialah <Laman Utama> dan <Keluar> sahaja. SUP perlu memasukkan kata laluan yang baru bagi tujuan melindungi data pengguna di dalam sistem.

3.4

LAMAN UTAMA SUP

Skrin Laman Utama SUP akan memaparkan maklumat mengenai pengguna SUP yang telah didaftarkan. Di sebelah kiri skrin pula memaparkan Menu Sistem yang boleh dicapai oleh Pengguna SUP.

3.5

SEKOLAH Klik pada <Sekolah> dan paparan di bawah dipaparkan:

3.6 3.6.1

GURU DAFTAR Apabila sub menu <Daftar> diklik pada menu <Guru>, maka skrin di bawah dipaparkan. Masukkan no. kad pengenalan dan nama guru untuk mendaftar guru matapelajaran. Kemudian klik butang<Daftar>.

Sekiranya no. kad pengenalan telah pun didaftar, maka paparan mesej seperti di bawah akan dipaparkan setelah butang <Simpan> diklik.

Langkah pertama SUP perlu Pilih mata pelajaran, kedua adalah darjah, ketiga adalah kelas.

Seterusnya tekan butang <Tambah MP/Kelas> dan paparan seperti rajah dibawah akan keluar.

10

3.7.1.1 TAMBAH MP/KELAS Untuk tambah matapelajaran atau kelas kepada guru. SUP perlu pilih sub menu <Daftar> pada menu <Guru> dan skrin akan keluar seperti rajah dibawah.

SUP perlu klik untuk Tambah MP/Kelas untuk setiap guru yang telah didaftarkan. SUP juga boleh memasukkan nombor kad pengenalan guru yang dipilih dan tekan butang <Cari>. Seterusnya skrin di bawah akan dipaparkan.

11

SUP perlu memilih Mata Pelajaran, Tahun/Kelas dan kemudian tekan butang <Tambah MP/Kelas>. Setelah butang <Tambah MP/Kelas> diklik rekod tersebut disimpan dan skrin akan terpapar seperti rajah dibawah.

3.7.1.2 3.7.1.2.1

GURU BESAR/PENOLONG KANAN DAFTAR SUP perlu klik menu <Guru> dan pilih sub menu <Daftar>. Kemudian klik pada ikon untuk mendaftar Guru Besar/ Guru Penolong Kanan skrin seperti rajah di bawah akan dipaparkan.

12

SUP perlu tanda () pada Guru Besar/PK untuk mendaftarkan Guru Besar/ Guru Penolong Kanan dan klik butang <Daftar> seperti skrin di bawah.

Setelah berjaya didaftarkan skrin seperti di bawah akan dipaparkan.

13

3.6.2

HAPUS Untuk hapus rekod guru SUP perlu pilih sub menu <Hapus> pada menu <Guru> dan skrin seperti rajah dibawah akan terpapar.

Seterusnya masukan nombor kad pengenalan dan tekan butang <Cari>, kemudian skrin akan terpapar seperti rajah dibawah

14

Bila tekan butang <Hapus> akan keluar paparan seperti rajah dibawah dan tekan butang <OK> untuk hapus rekod guru.

3.6.3

KEMASKINI Apabila sub menu <Kemaskini> diklik pada menu <Guru>, maka skrin di bawah dipaparkan. Masukkan no. kad pengenalan untuk mengemaskini maklumat guru matapelajaran. Kemudian klik butang<Cari>.

15

SUP boleh mengemaskini maklumat profil guru matapelajaran dan klik pada butang <Kemaskini>. Bagi mengemaskini matapelajaran pula, klik <Guru Mata Pelajaran>.

Klik untuk mengemaskini matapelajaran

Paparan berikut akan dipaparkan. Jika untuk menghapus matapelajaran pula klik gambar

16

3.7 3.7.1

MURID 2011

3.7.1.1 PINDAH SWASTA Apabila menu <Murid> diklik, skrin memaparkan sub menu <2011> iaitu Pindah Swasta dan Senarai 2011. Apabila sub menu <Pindah Swasta> diklik, sub menu <Keluar> dan <Masuk> dipaparkan. Klik pada <Keluar> paparan seperti rajah dibawah akan paparkan. <Keluar>

Kemudian, masukkan nombor MyKid dan klik butang <Cari>. Kemudian klik pada <Pindah> untuk memindahkan murid berkenaan ke sekolah swasta.

17

<Masuk> Apabila <Masuk> diklik pada menu <Pindah Swasta>, skrin seperti di bawah akan dipaparkan. SUP perlu memasukkan nombor MyKid dan klik butang <Cari>

3.7.1.2 SENARAI 2011 Apabila sub menu <Senarai 2011> diklik pada menu <2011>, paparan seperti rajah dibawah akan memaparkan senarai murid 2011 yang telah didaftarkan di dalam sistem.

18

3.7.2

DAFTAR MURID BAGI 2012 & KE ATAS Maklumat murid bagi 2012 & ke atas diperolehi daripada APDM. Maka SUP hanya perlu tekan <Murid> <2012 & Ke Atas>. Paparan dibawah akan dipaparkan dan SUP perlu memilih Tahun/Kelas atau No Mykid/ No Sijil Lahir/ No Passport/ No Muird Tiada Dokumen dan tekan butang <Cari>.

Maklumat murid akan dipaparkan seperti di bawah.

19

3.7.3

KEMASKINI MURID TIADA MYKID 2011 DENGAN DATA APDM Bagi murid-murid yang tiada myKid dalam APDM, SUP perlu memlilih menu <Murid> <Kemaskini Murid Tiada myKid 2011 dengan APDM>. SUP perlu pilih Tahun/Kelas dan tekan butang <Papar>.

3.7.4

BATAL MP SUP boleh membatalkan MP murid sekiranya guru belum melakukan kemasukan prestasi murid berkenaan. Bagi membuat pembatalan ini, SUP boleh ke menu <Murid> <Batal MP> dan rajah seperti di bawah akan dipaparkan.

20

3.8 3.8.1

LAPORAN SENARAI KELAS Apabila sub menu <Senarai Kelas> diklik pada menu <Laporan>, skrin di bawah akan dipaparkan. Pilih darjah yang dikehendaki dan tekan butang <cari>.

Senarai semua kelas yang telah daftarkan akan dipaparkan seperti di bawah.

21

3.8.2

SENARAI GURU Apabila sub menu <Senarai Guru> diklik pada menu <Laporan>, skrin di bawah akan dipaparkan. Pilih Peranan, Mata Pelajaran dan Tahun/Kelas dan tekan butang <Papar>.

Semua senarai guru berserta matapelajaran guru berkenaan akan dipaparkan seperti di bawah. Sekiranya hendak dihapuskan, maka gambar diklik.

22

3.8.3

PRESTASI MURID Apabila sub menu <Prestasi Murid> diklik pada menu <Laporan>, skrin di bawah akan dipaparkan. Pilih Tahun Taksiran, Tahun, Kelas dan Mata Pelajaran dan tekan butang <Cari>.

3.8.4

STATISTIK Apabila sub menu <Statistik> diklik pada menu <Laporan>, Senarai Laporan akan dipaparkan seperti rajah di bawah. SUP boleh memilih salah satu senarai laporan yang dikehendaki.

23

3.8.4.1 PERSTASI MURID MENGIKUT KELAS DAN BAND SUP perlu memasukkan Tahun Pentaksiran, Tahun dan Mata Pelajaran seterusnya tekan butang <Cari>. Skrin di bawah akan dipaparkan

3.8.4.2 PENCAPAIAN MURID MENGIKUT MP DAN BAND SUP perlu memasukkan Tahun Pentaksiran, Tahun dan Mata Pelajaran, tekan butang <Cari>. Skrin di bawah akan dipaparkan.

24

3.8.4.3 KESELURUHAN PRESTASI MP SUP perlu memasukkan Tahun Pentaksiran, Tahun dan Kelas, seterusnya tekan butang <Cari>. Skrin di bawah akan dipaparkan.

3.9 3.9.1

CETAKAN GURU Bagi mencetak Senarai Guru dan Surat Login untuk Guru Mata Pelajaran dan Guru Besar/Penolong Kanan, SUP perlu klik pada menu <Cetakan> <Guru> dan senarai cetakan akan dipaparkan seperti rajah di bawah:

25

3.9.2

MURID Bagi mencetak Senarai Murid, Senarai Prestasi Kumulatif Semua Murid Mengikut Kelas dan Pernyataan Pelaporan Kumulatif (Semua MP), SUP perlu klik pada menu <Cetakan> <Murid> dan senarai cetakan murid akan dipaparkan seperti rajah di bawah:

3.9.2.1 SENARAI MURID Senarai nama murid akan dipaparkan seperti rajah dibawa setelah SUP memilih <Tahun> dan <Nama Kelas>.

26

3.9.2.2 SENARAI PRESTASI KUMULATIF SEMUA MURID MENGIKUT KELAS SUP perlu memilih <Tahun Taksiran>, <Tahun>, <Kelas> dan <Mata Pelajaran>, seterusnya tekan <Cari>.

Cetakan akan dipaparkan di dalam format pdf. seperti rajah di bawah.

27

3.9.2.3 PERNYATAAN PELAPORAN KUMULATIF (SEMUA MP) SUP perlu memilih <Tahun Taksiran>, <Tahun Semasa> dan <Kelas Semasa>, seterusnya tekan <Semak>. SUP juga boleh mencetak pelaporan kumulatif murid pada tahun sebelumnya.

Cetakan akan dipaparkan di dalam format pdf. seperti rajah di bawah.

28

3.10

PENGGUNA

3.10.1 KEMASKINI PROFIL

Menu sistem yang dipaparkan pada skrin di atas ialah <Laman Utama> dan <Keluar> sahaja. SUP perlu memasukkan kata laluan yang baru. maklumat bagi tujuan keselamatan sistem serta melindungi data dalam sistem. Sekiranya kata laluan lama tidak sepadan seperti yang diberikan, maka mesej seperti dibawah akan dipaparkan.

SUP perlu mengulangi langkah memasukkan kata laluan lama, kata laluan baru dan Ulangan kata laluan. Kata laluan baru dan Ulangan kata laluan yang dimasukkan juga perlu sepadan. 29

3.12 BANTUAN 3.12.1 PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI Sekiranya klik pada sub menu <Pegawai Yang Boleh Dihubungi> pada menu <Bantuan>, maka paparan berkenaan pegawai yang boleh dihubungi oleh SUP akan dipaparkan.

3.13 KELUAR Apabila menu <Keluar> diklik, SUP tidak dapat mencapai segala proses yang boleh dilakukan di dalam sistem. SUP perlu memulakan semula proses dengan memasukkan nama login dan kata laluan sekiranya hendak memasuki sistem.

30

You might also like