You are on page 1of 3

Pentingnya Hasil Pembelajaran 1.

Langkah pertama dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk. 2. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat: a. menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar b. menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasil c. membantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu d. menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif 3. Di negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan hasil pembelajaran 4. Pelajar harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh memberi tumpuanuntuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki. Maksud Hasil Pembelajaran 1. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. 2. Contoh hasil pembelajaran ialah: a. Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia b. Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat c. Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000 d. Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan e. Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai f. Menerangkan kepentingan kebersihan

g. Melukis seekor kucing h. Mengetam sekeping papan i. j. Memukul bole hoki yang bergolek Membuang sampah ke dalam tong sampah

3. Perkatian di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan dalam Rajah 2.

4. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran. 5. Isi kandungan, kaedah emngajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran. 6. Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi kandungan, proses pengajaran dan pkroses pembelajaran.Contohnya diberi dalam Jadual 1. Jadual 1: Jenis Pernyataan dalam P&P Pernyataan a. Benda hidup boleh bergerak, makan, bernafas, merespons kepada stimuli b. Untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang sifat benda hidup c. Memperoleh pengetahuan tentang sifat benda hidup d. Memahami sifat benda hidup e. Menghuraikan sifat benda hidup Jenis Isi kandungan

Proses pengajaran Proses pembelajaran Hasil pembelajaran umum Hasil pembelajaran khusus

7. Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar harus menyenaraikan,mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup. 8. Pernyataan 'b' bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkanpengetahuan mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini merupakan proses pengajaran 9. Pernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini merupakan proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran. 10. Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah hasil pembelajaran umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda hidup" melibatkan pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti: a. Menyatakan sifat benda hidup b. Mengenal pasti sifat benda hidup c. Menerangkan sifat benda hidup d. Memberi contoh benda hidup e. Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup f. Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup

11. Pernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan hasil pembelajaran khusus. 12. Dalam pembelajaran masteri guru harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana mudah dinilai. 13. Di sekolah menengah, guru boleh menyatakanhasil pembelajaran yang umum denganberfokuskan kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.

You might also like