You are on page 1of 64

Bab 1:

PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN


Disediakan oleh: KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

RINGKASAN TOPIK
1.1 Pengenalan Perniagaan
a) Definisi Perniagaan b) Objektif Perniagaan

1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingan


a) Memenuhi Keperluan Masyarakat b) Meningkatkan Peluang Pekerjaan c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi & Negara d) Memenuhi Kehendak Peluang Global

1.3 FungsiFungsi Perniagaan


a) Pengeluaran b) Pemasaran c) Kewangan d) Sumber Manusia

1.4 Persekitaran Perniagaan


a)Persekitaran Tugas
Pihak pengurusan Pelabur Pembiaya Pekerja Pengguna Pembekal Pesaing Ekonomi Teknologi Sosiobudaya Politik & Undang-Undang Global Fizikal/semulajadi

b)Persekitaran Umum

1.5 Bentuk-bentuk Entiti Perniagaan


a)Bentuk-bentuk entiti perniagaan Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat (Sendirian Berhad dan Berhad) Koperasi b) Ciri-ciri entiti perniagaan

Objektif Pembelajaran:
1. Memahami definisi dan objektif perniagaan. 2. Memahami kepentingan perniagaan kepada pihak berkepentingan. 3. Memahami fungsi-fungsi perniagaan. 4. Memahami persekitaran tugas dan umum. 5. Memahami bentuk-bentuk entiti perniagaan dan ciri-cirinya.

(a) Definisi Perniagaan (a) Definisi Perniagaan

Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan.

i. PROSES PERNIAGAAN
UNTUNG JUALAN

FAKTOR INPUT PROSES TAMBAH NILAI (PROSES PENGELUARAN)

OUTPUT

Aktiviti utama bahan mentah (input), tukarkan kepada barang siap (proses pengeluaran) dan menghasilkan barang siap (output)
Input Proses Pengeluaran Output

Input :-

Mendapatkan bahan mentah untuk menjalankan aktiviti pemprosesan Ianya terdiri daripada tanah, buruh, modal, usahawan dan lain-lain.

Proses Pengeluaran :- Tukar bahan mentah kepada barangan siap


Gabungjalinkan mesin, kemahiran bahan mentah dan sbgnya. pekerja,

Output :- Hasil terakhir dari aktiviti pemprosesan samaada dalam


bentuk produk atau perkidmatan dan dinilai dalam bentuk kuantiti, berat dan sebagainya.

Jualan :- Output / produk yang telah siap akan dijual

kepada pelanggan dan pengusaha atau peniaga bagi mendapatkan hasil dan keuntungan dari jualan produk tersebut. Pertukaran nilai akan berlaku setelah jualan dibuat di mana penjual memperolehi wang manakala pelanggan atau pengusaha memperolehi produk.

Untung :- Perbezaan di antara hasil yang diperolehi dengan

perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Keuntungan yang diperolehi akan digunakan untuk membeli bahan mentah / input dan juga pembayaran hal hal yang berkaitan gaji, utiliti, sewa dan sebagainya.

ii. Barang Niaga dan Perkhidmatan


Barang Niaga
- Produk fizikal yang boleh disentuh, dipegang dapat dilihat dan boleh dinikmati. - Dihasilkan bagi bertujuan untuk dijual kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan dan kehendak serta citarasa pelanggan; contohnya pakaian, makanan, minuman.

Perkhidmatan
- Sesuatu produk yang tidak boleh dilihat atau disentuh secara fizikal tetapi boleh dirasai bila menggunakannya. - Menawarkan faedah dan kemudahan kepada pelanggan contohnya; perkhidmatan hospital, salun kecantikan.

iii)

Konsep Keuntungan
Keuntungan merupakan sejumlah wang hasil daripada pendapatan menjual barangan dan perkhidmatan setelah ditolak kos pengeluaran, pemasaran, pentadbiran dan pengedaran serta lain-lain kos yang terlibat.
Untung = jumlah hasil jumlah kos/belanja (Harga x Kuantiti) ( Kos tetap + kos berubah)

Sumber hasil meliputi jualan, hasil sewa, faedah simpanan, dividen saham. Sumber kos/belanja meliputi belian bahan, bayaran sewa, elektrik, air.

iv) Konsep Faedah dan Kepuasan

Faedah : Nilai atau manfaat yang diperolehi dari perolehan, pemilikan atau penggunaan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Contoh: membeli motosikal manfaatnya ialah memudahkan pergerakan Kepuasan: Keupayaan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan keinginan manusia. Tercapai apabila prestasi barangan memenuhi atau melebihi jangkaan /persepsi pengguna. Tahap kepuasan berbeza beza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain.

Contoh: Melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan, peniaga mendapat faedah dari segi keuntungan manakala pengguna mendapat faedah dan kepuasan daripada pembelian dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

(b) Objektif Perniagaan


i. Keuntungan
Merupakan sejumlah wang hasil daripada pendapatan menjual barangan dan perkhidmatan setelah ditolak kos pengeluaran, pemasaran, pentadbiran dan pengedaran serta lain-lain kos yang terlibat. Menjadi matlamat utama semua jenis perniagaan untuk mendapatkan wang supaya perniagaan terus wujud dan dapat bersaing di pasaran.

ii. Kemandirian - Usaha perniagaan untuk terus wujud dan kekal dalam persekitaran. - Boleh dicapai dengan memastikan pengguna sedar kewujudan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. - Oleh itu, peniaga akan cuba pikat pengguna melalui pelbagai strategi pemasaran termasuk perletakan harga dan promosi yang dijalankan dengan harapan dapat menarik perhatian pengguna.

iii. Pertumbuhan

- Berkembang : Usaha sesebuah perniagaan untuk memastikan perniagaan yang diusahakan operasinya. - Boleh dicapai dengan meluaskan pasaran dengan cara membina agihan intensif, membentuk kesedaran dan minat dalam pasaran massa. - Jualan meningkat kerana produk mulai dikenali dan diminati pengguna.

iv. Tanggungjawab Sosial


-

Aktiviti organisasi perniagaan untuk mengimbangi komitmennya kepada kumpulan dan individu individu dalam persekitarannya termasuklah pelanggan, perniagaan lain, pekerja, pelabur dan masyarakat.

Griffin

Contoh tanggungjawab sosial kepada:


Pekerja Gaji, cuti rehat, keselamatan, insuran. Pelabur Memaksimumkan pulangan pelaburan. Perniagaan lain Penghantaran tepat. Masyarakat Sumbangan, peluang pekerjaan, produk yang bermutu dan selamat.

1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingan


Memenuhi keperluan masyarakat Meningkatkan peluang pekerjaan

Kepentingan Perniagaan

Memenuhi kehendak peluang global

Tingkatkan pembangunan ekonomi & Negara

i)

Memenuhi Keperluan Masyarakat


- Peniaga cuba untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang bermutu dengan harga, tempat yang sesuai kepada pelanggan.

ii)

Meningkatkan Peluang Pekerjaan


Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Pelbagai kemahiran dan pengetahuan digunakan dalam perniagaan. Ini memberi peluang pekerjaan kepada ahli-ahli masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pendidikan. Dengan menyediakan pekerjaan, syarikatsyarikat ini dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui pendapatan yang mereka terima.

iii) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi dan Negara


Perniagaan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan mengeksport keluaran yang dihasilkan ke luar negara seterusnya menambahkan pendapatan negara. Perniagaan juga akan menyuarakan kepada pihak-pihak tertentu untuk memperbaiki keadaan infrastruktur sesebuah tempat. Secara tidak langsung memberi kesan dalam membangunkan kawasan serta masyarakat sesebuah tempat yang terlibat dengan perniagaan.

Dengan adanya aktiviti perniagaan, akan menggalakkan penggunaan teknologi maklumat bagi membantu merangsangkan aktiviti perniagaan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

iv) Memenuhi Kehendak dan Peluang Global


- Peluang perniagaan tidak terhad dalam negara sahaja tetapi meliputi luar negara seperti Amerika syarikat dan Jepun. - Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai produk dari pelbagai negara. - Perniagaan global dapat meningkatkan peluang perniagaan, pendedahan teknologi baru, meningkatkan pelaburan dan meningkatkan taraf hidup penduduk sesebuah negara. - Ilmu perniagaan dipertingkatkan supaya mampu bersaing dengan syarikat-syarikat luar dan antarabangsa.

1.3 Fungsi-fungsi Perniagaan


i) Pengeluaran
Pengeluaran didefinisikan sebagai suatu proses menukarkan sumber-sumber pengeluaran kepada barangan siap atau barangan separa siap. Perkhidmatan juga dianggap sebagai produk dan sebarang penyediaan kemudahan perkhidmatan dianggap sebagai pengeluaran. Pengeluaran mencipta nilai tambahan kepada input supaya output yang dihasilkan memberi kepuasan kepada pengguna. Melibatkan aktiviti perancangan, penstafan, pengarahan dan pengawalan segala aktiviti berkaitan penghasilan barangan dan perkhidmatan melalui satu proses transformasi input (bahan mentah, buruh, mesin dan lain-lain) kepada output (barangan dan perkhidmatan) yang lebih bernilai.

ii) Pemasaran
Pemasaran ialah satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan melaksanakan konsepsi, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk (merangkumi barangan, perkhidmatan, organisasi, orang, tempat dan juga idea) untuk menggalakkan berlaku pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa yang sama mencapai objektif organisasi.

iii) Kewangan
Kewangan melibatkan aktiviti menguruskan kewangan individu, pertubuhan perniagaan atau bukan perniagaan, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dan setiap entiti yang terbabit dengan wang. Fungsi kewangan dalam sesebuah perniagaan termasuk membuat ramalan keperluan dana, mendapatkan dana untuk syarikat, menguruskan dana tersebut dan menentukan dana digunakan dengan cara terbaik.

iv) Sumber Manusia


Sumber manusia bagi sesebuah organisasi adalah merupakan staf yang merangkumi pekerja dan pengurus yang terdapat dalam organisasi tersebut. Mereka menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada organisasi. Tanpa sumber manusia organisasi bukan sahaja tidak dapat bergerak malah ia tidak akan wujud.

1.4 Persekitaran Perniagaan


Persekitaran tugas berkepentingan seperti:

merangkumi

pihak

Pihak pengurusan Pelabur Pembiaya Pekerja Pengguna Pembekal Pesaing

a. Persekitaran Tugas

Pihak Pengurusan

Pihak pengurusan ialah pihak-pihak yang

terbabit dalam pengurusan syarikat. Pengurus mempunyai tugas menyelaraskan dan mengawal kerja yang dilakukan oleh orang bawahan untuk mencapai matlamat tertentu.
Matlamat itu tidak akan tercapai sekiranya dilakukan oleh pengurus secara bersendirian. Pihak pengurusan terdiri daripada ahli lembaga pengarah, pengarah dan pegawai eksekutif. Pihak pengurusan menentukan hala tuju perniagaan, operasi perniagaan, perancangan perniagaan dan keuntungan perniagaan.

a. Persekitaran Tugas

Pelabur
- Pemilik yang menyumbangkan modal dalam perniagaan bagi mendapatkan keuntungan. Mereka membeli saham syarikat dan inginkan pulangan dalam bentuk dividen. Pelabur terdiri daripada individu, syarikat, institusi dan badanbadan yang ditubuhkan oleh kerajaan. - Perniagaan akan dapat diperluaskan hasil sumbangan modal pelabur. - Kedudukan kewangan syarikat yang kukuh memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat pelaburan ke dalam syarikat. - Pelabur tidak perlu terlibat secara langsung dalam menjalankan aktiviti perniagaan tetapi berhak untuk mendapatkan keuntungan dan boleh mempengaruhi keputusan syarikat bagi perniagaan.

Pembiaya
Pihak yang mengeluarkan dan membiayai modal sesebuah perniagaan merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan sebagainya. Pembiaya dan pemodal akan memastikan syarikat perniagaan yang ingin dibiayai mempunyai prestasi yang baik dan berpotensi mendapat untung. Pembiaya mendapat keuntungan mengenakan kadar faedah tertentu peniaga (peminjam). dengan kepada

a. Persekitaran Tugas

Pekerja
- Individu yang menyumbangkan kemahiran untuk melaksanakan aktiviti syarikat dan mendapat upah sebagai ganjaran. - Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak mahir. - Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai matlamat yang ditetapkan. - Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan syarikat serta menggambarkan imej sesebuah perniagaan. - Pekerja yang berkemahiran, berpengetahuan dapat menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan.

a. Persekitaran Tugas

Pengguna
Pengguna adalah individu yang membeli dan menggunakan sesuatu produk. - Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan. Perubahan citarasa pengguna mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti keluaran. Citarasa pengguna yang berbeza menyebabkan mereka membuat keputusan untuk mereka membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran. - Perubahan citarasa juga menggalakan inovasi perniagaan.
-

a. Persekitaran Tugas

Pembekal
- Pembekal membekalkan keperluan yang diperlukan oleh syarikat. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin operasi syarikat tidak terganggu dan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar. - Bahan mentah, barang separuh siap dan peralatan yang dibekalkan berterusan memastikan kelancaran proses pengeluaran dan penjualan. - Sekiranya bekalan yang dibekalkan adalah berkualiti, imej perniagaan akan meningkat dengan produk berkualiti di pasaran.

a. Persekitaran Tugas

Pesaing - Beberapa firma yang berlainan dalam industri

yang sama mengeluarkan produk yang sama atau hampir sama. - Tindakan atau strategi pesaing boleh mempengaruhi harga dan kualiti produk yang dihasilkan. - Memerlukan perniagaan melakukan inovasi untuk mengatasi persaingan. - Strategi dan perancangan yang dibentuk untuk mengatasi persaingan membolehkan perniagaan lebih menjadi kompetitif.

Persekitaran umum merangkumi:

Ekonomi Teknologi Sosiobudaya Politik dan undang-undang Global Fizikal/semulajadi

b. Persekitaran Umum

Ekonomi
-

Merujuk kepada keadaan dan jenis sistem ekonomi di mana perniagaan beroperasi. Sekiranya ekonomi stabil, maka perniagaan akan berkembang tetapi jika ekonomi lembab kuasa beli pengguna akan menurun. Jika permintaan meningkat keuntungan syarikat juga meningkat. Begitu juga jika permintaan menurun maka keuntungan syarikat juga akan menurun. operasi, prestasi dan dasar perniagaan.

- Persekitaran ekonomi yang baik akan menentukan


- Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan aktiviti perniagaan dan menjamin peluang perniagaan. - Pendapatan penduduk yang meningkat menjamin peningkatan jualan dan keuntungan perniagaan.

b. Persekitaran Umum

Teknologi
- Suatu penemuan sains yang diperolehi untuk membantu kehidupan manusia. Perkembangan teknologi memberi kesan dalam perniagaan yang menggunakan mesin bermutu lebih produktif daripada syarikat yang menggunakan mesin biasa. - Penciptaan peralatan baru seperti robot mempercepatkan proses pengeluaran dan meningkatkan produktiviti. Pengeluaran dapat ditingkatkan dan operasi berjalan dengan lancar. - Penggunaan internet meningkatkan daya saing perniagaan kerana penyampaian maklumat menjadi lebih cepat.

b. Persekitaran Umum

Sosiobudaya
-

Merujuk kepada satu set nilai norma yang dipegang dan diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat. Setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya yang berbeza dari segi agama, adat resam dan cara hidup. Perubahan citarasa masyarakat memaksa perniagaan menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut kehendak mereka. Perubahan populasi penduduk memaksa peniaga mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak majoriti masyarakat.

b. Persekitaran Umum

Politik dan Undang- undang


Persekitaran politik dan perundangan mempengaruhi iklim perniagaan apabila pihak kerajaan mengawal aktiviti perniagaan melalui kuasa politik dan undangundang yang dibuat. - Kerajaan menggubal undang-undang dan peraturan untuk kepentingan semua untuk memastikan wujud persaingan yang sihat di kalangan perniagaan, melindungi pengguna dan mengawal aktiviti perniagaan daripada melakukan penyelewengan. - Kestabilan politik menjamin suasana yang baik untuk perniagaan terus berkembang maju. - Undang-undang dan peraturan sesebuah negara seperti Malaysia menetapkan Akta Jualan Langsung 1993, Akta Barangan Kawalan, Akta Kontrak dan sebagainya.
-

b. Persekitaran Umum

Global
- Peniaga menjalankan perniagaan di luar dari negara
tempatan. Mereka mampu bersaing dalam peringkat antarabangsa. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah negara memboleh peniaga menjalankan perniagaan di peringkat yang lebih jauh. Melalui perniagaan global membolehkan peniaga sentiasa mementingkan kualiti dan menjaga imej syarikat serta negara. Melalui perniagaan ini juga pihak peniaga terdedah kepada selok belok perniagaan dari luar dan aspekaspek yang positif boleh digunakan oleh peniaga dalam syarikat mereka supaya sistem pengurusan syarikat menjadi lebih cekap dan berpotensi pada masa depan.

b. Persekitaran Umum

Fizikal/semulajadi
Meliputi sumber-sumber asli yang diperlukan sebagai input oleh pemasar atau yang dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti pemasaran. Pemasar perlu menyedari pelbagai tren dalam persekitaran semulajadi iaitu kekurangan bahan mentah, peningkatan populasi dan peningkatan campurtangan kerajaan dalam pengurusan sumber semulajadi.

1.5 Bentuk-bentuk Entiti Perniagaan


(a) Bentuk-bentuk entiti perniagaan i. Milikan Tunggal ii. Perkongsian iii. Syarikat (Sendirian Berhad dan Berhad) iv. Koperasi

i.

Perniagaan milikan tunggal


Adalah satu perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangannya dan pengurusannya dikendalikan oleh seorang individu yang mempunyai tanggungjawab peribadi terhadap hutang (liabiliti tidak terhad).
Di Semenanjung Malaysia tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pindaan 1978 (Akta 197) manakala Sabah dan Sarawak tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing.

Ciri-ciri milikan tunggal Kelebihan Milikan Tunggal


i. Mudah ditubuhkan kerana modal yang kecil dan urusan perundangan yang ringkas. Hanya mendaftar perniagaan di Pendaftar Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. ii. Kebebasan bertindak kerana ia dimiliki oleh seorang pemilik sahaja dan bebas bertindak mengikut kemahuan sendiri. Contohnya berapa modal yang hendak dilaburkan, berapa pekerja harus diambil dan berapa gaji pekerja. iii. Mempunyai persatuan sendiri terutamanya dalam menuntut hak mereka seperti Persatuan Penjaja Kecil dan Persatuan Peniaga Pasar Malam. iv. Keuntungan dan kerugian ditanggung sendiri oleh pemilik perniagaan tanpa dikongsi dengan orang lain kerana pemilik hanya seorang dan berliabiliti tidak terhad di dalam perniagaannya.

Kelebihan Milikan Tunggal

(sambungan..)

v. Cukai yang dikenakan kepada pemilik perniagaan biasanya rendah iaitu cukai pendapatan persendirian bukan cukai pendapatan perniagaan. vi. Menggunakan sepenuh kredibiliti, ide dan kebolehan pemilik dalam menguruskan perniagaan tanpa campurtangan orang lain kerana mereka berkuasa penuh ke atas perniagaan. vii. Tahap kerahsiaan tinggi kerana hanya pemilik sahaja yang mempunyai maklumat perkembangan perniagaan dan mereka tidak diwajibkan menghantar kepada mana-mana pihak laporan kewangan perniagaan. viii. Perniagaan tunggal mudah dibubarkan tanpa melibatkan pelbagai prosedur kerana status perundangannya tidak jelas. Jika pemilik tidak memperbaharui lesennya, perniagaan dianggap telah bubar.

Kelemahan Milikan Tunggal


i. Liabiliti tidak terhad iaitu pemilik menanggung sepenuhnya sebarang risiko yang berlaku dalam perniagaan mereka termasuklah kemungkinan kerugian dan muflis. Mudah ditutup kerana modal yang kecil mengakibatkan perniagaan terdedah kepada pelbagai risiko luar jangka seperti kegawatan ekonomi yang menyebabkan peniaga tidak mampu beroperasi disebabkan modal yang terhad. Risiko perniagaan menjadi muflis adalah besar jika pemilik kurang pengalaman dan pengetahuan mengenai perniagaan.

ii.

iii.

Masa luang yang terhad kerana selalunya mereka terpaksa menguruskan serta mengendalikan perniagaan sendiri menyebabkan masalah tidak cukup masa dan kepakaran.

Kelemahan Milikan Tunggal

(sambungan..)

iv. Sukar mendapat pekerja mahir untuk mengendalikan perniagaan kerana mungkin tidak mampu membayar gaji yang tinggi disebabkan modal terhad. v. Sukar berkembang. Ia disebabkan kekurangan modal dan tidak dapat berubah milik. vi. Sukar mendapat sumber kewangan kerana pinjaman bank sukar diperolehi. vii. Pembubaran berlaku apabila pengusaha berhenti berniaga, meninggal dunia, muflis atau bankrup.

ii.

Perkongsian

Adalah perniagaan yang dikongsikan dua orang atau lebih (tidak melebihi 20 orang) mengikut Akta Syarikat 1965,Seksyen 14(3)(b) bagi perniagaan biasa, tidak lebih daripada 10 orang bagi perniagaan perbankan yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan atau sebarang faedah.

Perkongsian dalam bidang profesional seperti perubatan, pekongsinya tidak terhad.


Didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Rakan-rakan kongsi berkongsi tanggungan terhadap hutang syarikat.

Ciri-ciri perkongsian
-Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat perjanjian perkongsian tentukan kuasa dan tanggungjawab rakan kongsi dan syarat-syarat lain. -Rakan-rakan kongsi dikehendaki menyumbangkan modal mengikut nisbah yang dipersetujui dalam Artikel Perkongsian. -Keuntungan diagihkan kepada rakan kongsi mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yang disumbangkan seperti dalam Artikel Perkongsian.

Antara butiran dalam perjanjian perkongsian: 1. Nama perniagaan atau firma perkongsian. 2. Lokasi perniagaan beroperasi. 3. Jenis perniagaan. 4. Jangkamasa perniagaan beroperasi. 5. Nama rakankongsi dan jumlah modal yang mereka sumbangkan dalam perniagaan. 6. Kerja dan tugas setiap rakankongsi. 7. Jumlah harta yang mereka boleh keluarkan daripada perniagaan untuk kegunaan peribadi. 8. Jumlah modal pusingan (keuntungan tertahan). 9. Prosedur pembubaran perniagaan. 10.Peratus keuntungan yang perlu diagihkan antara rakankongsi.

Kelebihan perkongsian
i. Mudah ditubuhkan berbanding perniagaan perbadanan kerana tidak banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

ii. Modal perkongsian lebih banyak berbanding perniagaan tunggal, maka lebih mudah berkembang. iii. Kemahiran pengurusan lebih banyak kerana ramai yang terlibat sebagai rakan kongsi boleh menyumbangkan idea dan pandangan untuk pengurusan perniagaan.

Kelebihan perkongsian (sambungan..)


iv. Cukai dikenakan terhadap pemilik perniagaan sebagai pendapatan individu bukan pendapatan perniagaan. Setiap rakan kongsi perlu mengistiharkan pendapatannya hasil keuntungan perniagaan perkongsian dan akan dicukai berasingan berpandukan pendapatan individu. Tiada cukai atas perniagaan perkongsian.

v. Status perundangan tentang perkongsian jelas kerana ia mempunyai perjanjian berbanding pemilikan tunggal. Perniagaan perkongsian perlu mendaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961.
vi. Mudah mendapat sumber kewangan daripada institusi kewangan. Mendapat kepercayaan pihak bank.

Kelemahan perkongsian
i. Tanggungan yang tiada had. Kebanyakan ahlinya mempunyai liabiliti tidak terhad.

ii. Mudah berlaku salah faham. Perselisihan faham mudah berlaku kerana ia mempunyai ramai pemilik di mana sukar untuk mendapatkan persetujuan seragam antara semua pemilik tentang sesuatu perkara.

Kelemahan perniagaan perkongsian


(sambungan..)

iii.

Modal perkongsian terhad jika dibandingkan dengan perniagaan syarikat di mana modal yang kecil menyebabkan perniagaan sukar berkembang.
Perniagaan perkongsian amat tidak stabil kerana ia mudah dibubarkan. Pemilikan sukar untuk dipindahkan. Sukar untuk mendapatkan semua pelaburan jika ada rakankongsi yang ingin tarik diri kerana perniagaan perlu dibubarkan dulu.

iv. v.

iii. Syarikat
Ialah sejenis perniagaan yang ditubuhkan di bawah kuasa undang-undang dan akta khas. Mempunyai hak di bawah undang-undang untuk beroperasi dalam bidang perniagaan yang dibenarkan, memiliki harta dan liabiliti, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan terhadap entiti lain. Perniagaan syarikat adalah satu entiti berasingan daripada pemiliknya.

Ciri-ciri syarikat
Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (semakan 1973) melalui setiausaha syarikat. Pemilik perniagaan terdiri daripada semua pemegang saham. Jangka hayat panjang selagi tidak dibubarkan.

Kepentingan pemegang saham dijaga oleh lembaga pengarah yang merupakan pemegang saham majoriti. Pengurusan profesional mesti digunakan di dalam pengurusan perniagaan. Laporan prestasi perniagaan akan diberikan kepada lembaga pengarah sebagai wakil semua pemegang saham.

Ciri-ciri syarikat (sambungan..)


Modal syarikat besar kerana ia diperolehi daripada terbitan saham, pinjaman bank dan terbitan bon. Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen bagi setiap unit saham. Penyata kewangan diaudit dan disahkan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh lembaga pengarah. Penyata kewangan diaudit perlu diserahkan kepada kerajaan (pendaftar syarikat) setiap tahun. Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad dan segala hutang syarikat terhad kepada syarikat sahaja. Ini kerana syarikat satu entiti yang terpisah daripada pemiliknya.

Syarikat Sendirian Berhad

Ciri-ciri syarikat sendirian berhad Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. pada akhir nama syarikat. Pemilik atau pemegang saham syarikat terdiri daripada 2 50 orang Saham Syarikat Sendirian Berhad boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan dalam pasaran terbuka. Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad berhak untuk mengawal syarikat tersebut.

Ciri-ciri syarikat berhad


Dikenali melalui perkataan BERHAD/BHD. pada penghujung nama syarikat. Contoh EON Bank Berhad, Olympia Berhad. Syarikat Berhad adalah syarikat awam yang dimiliki oleh orang awam sebagai pemegang saham. Sahamnya dijual kepada orang awam melalui bursa saham.

Ia tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965.

SYARIKAT BERHAD

Bilangan pemegang saham lebih 2 orang hingga tiada had maksimum bergantung kepada jumlah saham yang dipegang oleh ahli syarikat dan jenis saham yang dikeluarkan. Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan membeli saham di pasaran saham iaitu Bursa Saham Malaysia. Pemilik perniagaan mempunyai liabiliti terhad atas jumlah modal atau saham yang dilaburkan dalam syarikat. Pengurusan dan kawalan syarikat adalah tanggungjawab lembaga pengarah yang dipilih oleh pemegang saham dalam mesyuarat agong tahunan. Pembahagian untung dan dividen bergantung kepada keuntungan syarikat. Mesti menerbitkan prospektus (laporan kewangan syarikat) dan mengumumkan untung rugi dalam akhbar

Kelebihan syarikat
Mudah untuk mendapatkan modal sama ada melalui pinjaman bank atau orang awam dengan cara menerbitkan saham.

Jangka hayat yang panjang walaupun terdapat penukaran hak milik saham atau kematian pemegang saham.
Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal. Syarikat mudah berkembang kerana modalnya besar. Syarikat adalah satu entiti yang berbeza iaitu syarikat boleh didakwa dan mendakwa atas namanya. Pemegang saham dilindungi oleh undang-undang.

Saham syarikat mudah dijual.


Pengurusan syarikat lebih efisyen.

Kelemahan syarikat
Pembentukan syarikat adalah rumit iaitu di bawah Akta Syarikat 1965. Saiznya besar dan banyak cawangan ia merumitkan pengurusan iaitu banyak masalah yang timbul di kalangan pihak pengurusan dan pekerja. Kos penubuhan syarikat adalah tinggi. Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukannya pemegang saham. Ini boleh menyebabkan salah guna kuasa. Operasi syarikat dikawal oleh undang undang dan peraturan yang ketat yang mana undang-undang bertujuan untuk melindungi kepentingan pemegang saham. Pengurus dan pemilik syarikat terutama syarikat awam adalah dipisahkan. Cukai dikenakan dua kali iaitu cukai pendapatan dan cukai syarikat.

iv.

sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan oleh

Ciri-ciri koperasi

Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya. 2 bentuk koperasi iaitu koperasi keahlian terhad kepada jenis pekerjaan, kawasan dan latar belakang seperti Koperasi Guruguru Semenanjung Malaysia dan koperasi yang keahlian bebas seperti koperasi perumahan dan koperasi pengguna. Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsipprinsip seperti keanggotaan sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif di semua peringkat koperasi.

Ditubuhkan di bawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia.


Liabiliti terhad.

Modal diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan, tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli.
Didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.

Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli.
Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat agong tahunan. Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli sama ada satu kali atau dua kali setahun dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.

Kelebihan koperasi
Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan.

Mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli dalam menyelesaikan masalah mereka.
Cukai dikenakan ke atas keuntungan iaitu lebih rendah daripada cukai syarikat berhad. Ditadbirkan secara demokrasi melalui pengundian. Liabiliti terhad.

Wujud secara berterusan iaitu entiti yang berasingan.

Kelemahan koperasi
Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif. Kedudukan kewangan agak lemah kerana koperasi ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan. Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu bersaing setara syarikat. Operasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi. Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah. Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh menggugat sistem pengurusan koperasi. Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak disenaraikan oleh Bursa Saham Malaysia.

You might also like