You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KG SEPULAU, 16700 CHERANG RUKU PASIR PUTEH, KELANTAN. TEL: 09 7520043 No Fax : 09- 7520046 e-mail:skkgsepulau@gmail.

com

Rujukan Kami : SKKS 700 2/4/1(03) Tarikh : 29 Julai 2012 Kepada: .. ..

Tuan / Puan

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 3 / 2012 Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Tuan / Puan dengan ini dijemput ke mesyuarat di atas yang akan diadakan sebagaimana berikut : Tarikh : 30 Julai 2012 ( Isnin ) Jam : 1.15 Petang Tempat : BILIK GERAKAN SK KG. SEPULAU 3. Agenda Mesyuarat 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Perutusan Pengerusi Mesyuarat Perutusan Penolong Kanan Ko-Kurikulum Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu Perkara-Perkara Berbangkit Post Mortem UBB 3 Perkongsian KSSR Hal-hal lain

Semoga ianya dalam makluman tuan / puan Sekian, terima kasih. Berkhidmat Untuk Negara

Yang Benar, . ( HJH. MASNUN BT. MAT DAUD ) Guru Besar SK Kg. Sepulau, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.

s.k :- Hjh. Masnun bt. Mat Daud ( Guru Besar ) - En. Abd. Azid b. Hussein - Fail Panitia

SEKOLAH KEBANGSAAN KG. SEPULAU 16700, CHERANG RUKU, PASIR PUTEH, KELANTAN.

LAPORAN MINIT MESYUARAT MATEMATIK KALI KETIGA 2012 Kawasan PPD Mesyuarat kali Masa Tarikh Tempat Kehadiran :
En. Isahak@Rosli bin Ismail En. Razmi bin Abdul Hamid En. Mohd. Zu bin Nawi En. Mohd Fauzi bin Mohd Nor Pn. Norizan bt. Jusoh Pn. Rohana bt. Mat Som Pn. Wan Norma bt. Wan Hamat Pn. Wan Nurul Hanis bt Wan Ahmad Pn. Anizan bt. Hj. Che Mat

: Pasir Puteh : Ketiga : 1:15 ptg : 30 Julai 2012 : Bilik Gerakan Sk. Kg. Sepulau Tidak Hadir
En. Baharom bin Mat Ail ( Kursus Ketua Pengawas UPSR )

PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

Agenda 1 Ucapan Pengerusi 1.1 1.2 Memulakan majlis dengan bacaan surah al Fatihah Mengalu-alukan kehadiran guru-guru matematik dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru matematik dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru. 1.3 Tujuan perjumpaan mengadakan postmotem selepas ujian UBB

s.k :- Hjh. Masnun bt. Mat Daud ( Guru Besar ) - En. Abd. Azid b. Hussein - Fail Panitia

Agenda 2 Ucapan Penolong Kanan Ko-Kurikulum 2.1 Mengucapkan syukur kerana dapat mengadakan mesyuarat panitia kali ketiga dan terima kasih atas kehadiran semua ahli. 2.2 Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi panitia dan kepada semua guru kerana memberi ruang untuk mengadakan perbincangan 2.3 Panitia matematik merupakan penanda aras UPSR untuk mencapai 100% lulus dan juga mencapai kecemerlangan 2.4 2.5 Bincang dan rancang apa yang perlu dilakukan untuk mempertingkatkan UPSR. Kerja berkumpulan lebih baik daripada kerja sendirian. Agenda 3 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu 3.1 3.2 3.3 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lepas. Cadangan En Fauzi, minit mesyuarat di sahkan dan diterima. Di sokong oleh Pn. Wan Nurul Hanis Tindakan Semua guru subjek matematik

Agenda 4 Perkara Berbangkit 4.1 Program Kuiz Matematik ditunda selepas peperiksaan Tindakan Semua guru matematik

Agenda 5 Post Mortem UBB 3 5.1 Pengerusi membentangkan peratusan mata pelajaran matematik bagi setiap kelas 3B 5 orang pemulihan, 7 orang lulus 4B 8 orang lulus 5B 2 orang lulus

s.k :- Hjh. Masnun bt. Mat Daud ( Guru Besar ) - En. Abd. Azid b. Hussein - Fail Panitia

5.2

Perlu adakan aktiviti untuk meningkatkan prestasi ini. Antara aktiviti yang boleh di laksanakan ialah Buat projek kem tahun 6 latih tubi soalan Latih tubi berterusan untuk semua kelas sediakan soalan ke arah peperiksaan, soalan sederhana untuk murid lemah, soalan pengayaanuntuk murid cerdas. Meriahkan suasana kelas dengan ABM.- minta bantuan En. Fauzi untuk tahun 3 2 minggu sekali bawa murid ke makmal komputer Buku kerja sentiasa di semak.

Agenda 6 Perkongsian KSSR

6.1

Bagi subjek matematik, pemberian band kepada murid tidak seperti subjek lain iaitu mengikut urutan dari band 1 ke band 2 dan seterusnya.

6.2

Subjek matematik mengikut topik, contohnya tajuk operasi tambah, di tajuk ini sudah ada band 4 iaitu soalan penyelesaian masalah, jika murid dapat menjawab soalan tersebut, guru patut memberi murid tersebut band 4 dan begitulah untuk seterusnya mengikut topik.

6.3

In-House Training untuk KSSR tahun 3 ditunda pada hari Ahad 5 Ogos. Tindakan: Guru KSSR Tahun 1 dan 2

Agenda 7 Hal-Hal Lain 7.1 Buat projek selepas UPSR untuk tahun 6 Buat sifir, guna cat di dinding ataupun di tiang 7.2 Beli alat-alat bahan bantu belajar seperti penimbang, model jam, tali pengukur, model wang, carta pecahan, bongkah 3D dan carta 2D. 7.3 Peningkatan A untuk kelas 5A dan 4A, guna buku teks dan beli buku untuk tahun 4 dan 5 sebagai tambahan koleksi rujukan untuk murid.
s.k :- Hjh. Masnun bt. Mat Daud ( Guru Besar ) - En. Abd. Azid b. Hussein - Fail Panitia

Penutup Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen semua. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 ptg

Disediakan Oleh :

Disahkan Oleh:

Pn.Anizan bt Hj. Che Mat Setiausaha Panitia Matematik SK. Kg. Sepulau

... En. Razmi b. Abd Hamid Ketua Panitia Matematik SK. Kg. Sepulau

s.k :- Hjh. Masnun bt. Mat Daud ( Guru Besar ) - En. Abd. Azid b. Hussein - Fail Panitia

You might also like