You are on page 1of 4

Kertas Kerja Cadangan Mengubahsuai bilik Moral untuk dijadikan Kelas Moral dan Bilik Unit Peperiksaan SMK

Tembangau Berkemudahan Lengkap.

1 )LATAR BELAKANG PROJEK Sejarah penubuhan sekolah Smk Tembangau bermula pada tahun 1999. Lokasi sekolah ini sejauh 70 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Bera dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Sepanjang Penubuhan sekolah ini, masih belum wujud bilik peperiksaan untuk menempatkan kertas ujian peperiksaan yang agak sulit dan tiadanya tempat dan kemudahan untuk seorang setiausaha peperiksaan menjalankan tugas-tugasnya. Tambahan pula dengan adanya sistem PBS yang menggantikan PMR menyebabkan Unit Peperiksaan memerlukan sebuah tempat yang kekal bagi melancarkan lagi pengurusan PBS. Selain fail peperiksaan dan kertas Peperiksaan, bilik peperiksaan ini akan menempatkan fail-fail pelajar PBS dan segala jenis fail yang berkaitan dengan PBS. Bilik Moral mempunyai keluasan yang agak besar dan mempunyai dua bilik tambahan dibahagian kiri. Bilik Moral akan dibahagikan untuk dijadikan kelas dan bilik Unit Peperiksaan. Untuk memastikan keberkesanan projek, kemudahan yang lengkap seperti meja, rak fail, almari, papan kenyataan dan sebagainya turut termasuk dalam cadangan pengubahsuaian bilik.

BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah Kod Sekolah Daerah Status Bil. Guru Bil. Staf Sokongan Bil. Enrolmen Murid Sesi Kawasan

: : : : : : : : :

SMK TEMBANGAU CEAA162 Bera Sekolah Kerajaan 48orang 9orang 472orang 1 sesi Luar Bandar

2) OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek mengubahsuai bilik moral ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1. Tiadanya bilik untuk menempatkan kertas dan barang-barang unit peperiksaan. 2.2. Setiausaha peperiksaan tidak mempunyai tempat yang kondusif untuk membuat kerja-kerja sulit dan tidak sulit. 2.3.Keadaan bilik PBS yang sedia ada mempunyai kebocoran air dari bilik wuduk walaupun telah diatasi namun risiko kebocoran tetap ada, faktor kelembapan boleh merosakkan fail. 2.4.Bilik moral mempunyai keluasan yang agak besar manakal pelajarnya tidak ramai. 2.5.Bilik Moral pada asalnya tidak mempunyai kipas, dengan adanya projek ini bilik peperiksaan dan bilik moral akan mempunyai kipas dan infrakstruktur yang lebih lengkap. 3) SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang sedia ada seperti berkut (rujuk Lampiran A)

Bil. 3.1 Ubahsuai

PERKARA dan membina struktur

KOS

dinding tambahan

3.2 3.3

Perabot Bilik Unit Peperiksaan Peralatan Tambahan Bilik Moral whiteboard

3.4 3.5 3.6

Peralatan Bilik Unit Peperiksaan Pendawaian elektrik & alatan elektrik Keceriaan bilik Unit Peperiksaan

Komputer (2)

Cat & tikar getah

4) OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut: 4.1.Dapat menyediakan tempat yang selamat untuk penyimpanan kertas peperiksaan yang sulit. 4.2.Dapat menyediakan tempat penyimpanan untuk Barang-barang unit peperiksaan. 4.3.Dapat memastikan keselamatan dan keuntuhan fail-fail pelajar. 4.4.Keluasan bilik Pendidikan Moral akan menjadi sesuai dengan jumlah pelajar dan memudahkan guru menguruskan bilik. 4.5.Keadaan infrastruktur bilik akan menjadi lebih baik.

5) JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional pengubahsuaian bilik moral untuk di jadikan kelas Pendidikan Moral dan Bilik Unit Peperiksaan ialah seperti berikut: 5.1.Membuktikan bahawa SMK Tembangau perihatin dan serius terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah. 5.2.Meningkatkan kualiti Unit Peperiksaan SMK Tembangau dalam

menguruskan proses peperiksaan dan pentaksiran di sekolah. 5.3.Menaik taraf bilik dan kemudahan yang ada di SMK Tembangau.

6) IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti: 6.1. Kehilangan barang-barang Unit peperiksaan. 6.2. Kesukaran memastikan tahap kesulitan kertas peperiksaan. 6.3.Kesulitan melaksanakan kerja-kerja setiausaha peperiksaan. 6.4.Kerosakan fail pelajar PBS. 6.5.Penjenamaan unit peperiksaan tidak berlaku.

Disediakan oleh,

_____________ (WAN NOOR AMIRAH BINTI ABDU ALOJID @ GHAZI) Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah
3

7) LAMPIRAN LAKARAN BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN

You might also like