You are on page 1of 38

Keselamatan Sekolah

Pihak sekolah juga, perlu mempertingkatkan keselamatan sekolah bagi urusan keluar dan masuk persekitaran sekolah. Setiap urusan keluar dan masuk perlu direkod seawal di pintu pagar masuk sekolah. Dalam teguran audit negara, pemantauan Syarikat Keselamatan dan Kebersihan perlu kerap dilakukan. Pemantauan perlulah selari dengan peraturan dan pematuhan kontrak Bekalan dan perkhidmatan yang disediakan.

Pematuhan Peraturan Penjawat Awam


Penjawat Awam yang baru dan belum mengisi perlu mengisi borang tapisan keselamatan. Borang tapisan keselamatan boleh diisi secara online melalui sistem yang dikenali sebagai EVetting. Perlu mengisi dua salinan borang Akuan Sumpah Kerahsiaan Maklumat Akta Rahsia Rasmi 1972. Salinan borang tersebut perlu dimasukkan ke dalam fail Perkhidmatan dan fail pentadbiran di sekolah.

Pematuhan Peraturan Penjawat Awam


Ketua Jabatan perlu memastikan semua guru dan staf mengisi borang pengisytiharan harta mengikut Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) 1993, Pindaan 2002. Pematuhan pengendalian mesyuarat mestilah mematuhi Pekeliling Prosedur Mesyuarat berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991.

PdP dan Buku Rekod Mengajar


Sekolah Jenis Kebangsaan dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia untuk Tahun 4 hingga Tahun 6. Kelas berkenaan perlu dilaksanakan di luar waktu persekolahan sama ada sebelum atau selepas sesi persekolahan iaitu 2 hingga 5 jam seminggu. Lima orang merupakan bilangan maksimum setiap kelas. Pihak Guru Besar boleh memilih sama ada seorang guru untuk 2 hingga 5 jam seminggu atau lima orang guru untuk 2 hingga 5 jam seminggu. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mestilah menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya.

PdP dan Buku Rekod Mengajar


Buku Rekod Mengajar Guru perlulah diperiksa atau dipantau. satu rekod penghantaran buku rekod mengajar untuk memastikan setiap guru menghantar buku rekod mengajar dan disemak. Penghantaran buku rekod tuan-tuan dan puan-puan juga dipantau dan direkod di PPD. Semasa penyemakan Buku Rekod Mengajar, sila pastikan Surat Aku Janji Peraturan-peraturan Pegawai Awam 1993 dicetak dan ditampal. Bahagian Butir Diri Guru perlu dilengkapkan. Takwim sekolah berserta Senarai Tugas Guru sepanjang tahun perlu ada untuk rujukan dari masa ke semasa. jadual waktu juga, dilengkapkan.

PdP dan Buku Rekod Mengajar


Sedia senarai semak pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. masukkan Sasaran Pencapaian Tahunan bagi memastikan PdP menjurus kepada pencapaian yang disasarkan. Rancangan Pelajaran Tahunan perlu ada bersama-sama buku rekod mengajar. Rancangan Harian perlulah ditulis setiap butiran pengajaran termasuklah refleksi dan impak Bagi Bahagian keputusan ujian pula, perlu diletakkan senarai nama murid berserta TOV dan ETR yang diambil dari peperiksaan tahun lepas.

Permohonan Cuti
mohon cuti sekurang-kurangnya tiga hari sebelum bercuti kecuali cuti kecemasan. Jika cuti dirancang lebih awal, borang permohonan bercuti adalah baik jikalau dihantar lebih awal untuk tindakan mendapat kelulusan. Sila pastikan cuti diluluskan sebelum pergi bercuti.

Makluman Unit Pengurusan Sekolah e-Operasi


pengemaskinian maklumat di modul e-Operasi perlu dilakukan dengan betul.
Pengemaskinian maklumat guru boleh dilaksanakan melalui laman web http://apps.moe.gov.my/eoperasi oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran; Mempastikan maklumat-maklumat guru dalam e-Operasi dilengkapkan terutama keperluan seperti yang dinyatakan di LAMPIRAN A; Mempastikan semua guru membuat pengesahan (Verifikasi) maklumat di dalam e-operasi sebelum diverifikasi oleh pihak pentadbir sekolah; Akauntabiliti Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar) sebagai Pengesah sangat diharapkan bagi memastikan setiap maklumat yang diberikan oleh guru adalah betul dan tepat.

Makluman Unit Pengurusan Sekolah e-Operasi


Pengesah juga dipohon mengesahkan setiap maklumat guru mengikut tempoh yang ditetapkan supaya tindakan seterusnya oleh penyemak di PPD/JPN/Bahagian dapat dilaksankan. tempoh pelaksanaan pengemaskinian oleh pihak sekolah akan bermula 10 Februari 2014 sehingga 14 Februari 2014.

Makluman Unit Pengurusan Sekolah


Prasekolah Data prasekolah sentiasa dipantau oleh pihak KPM. Oleh itu, pengisian data perlulah tepat dan lengkap. Pihak Guru Besar perlu menyemak dan menandatangani Penyata Data Bulanan dan Muka Depan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK). Kedua-dua bahan ini perlu dicetak dan dihantar pada atau sebelum 5 haribulan setiap bulan. Penyata Data Bulanan di hantar ke PPD sahaja dan Muka Depan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) perlu dihantar ke JPN dan PPD.

Makluman Unit Pengurusan Sekolah


Latihan dalam Perkhidnatan

Mulai 2014, semua kursus/bengkel/taklimat dll (kecuali mesyuarat) yang dianjurkan oleh KPM akan ditawarkan secara atas talian di apps1.moe.gov.my/splg/ Pihak sekolah diminta membuka laman web tersebut setiap hari dan mencalonkan peserta menghadiri kursus. Pihak sekolah perlu kemaskini maklumat di e-profil apps1.moe.gov.my/splg/ Modul Individu e-Profil 1. muat naik gambar personal (Jika tiada) 2. maklumat peribadi/kepakaran 3. maklumat sumbangan profesional atau bukan profesional. 4. pengesahan oleh Ketua Jabatan.

Makluman Unit Pengurusan Sekolah


Kemaskini TNA di Modul Individu SPLKPM apps1.moe.gov.my/splg/ Modul Individu SPL - KPM 1. Bahagian atas kiri : TNA Guru 2. Kemas kini semua soal selidik dan tekan butang Hantar. 15 Feb 2014 adalah tarikh akhir bagi proses pengemaskian.

Makluman Unit Pengurusan Sekolah


PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU Semua guru baru DPLI-GSTT yang melapor diri pada 20 Jan 2014 perlu menjalankan program PPGB selama 1 tahun ( 19 Jan 2015). Pihak sekolah perlu melantik seorang guru mentor (berpengalaman dan opsyen yang sama) untuk membimbing guru baru. Pemantauan akan dilaksanakan oleh KPM/JPN/PPD.

Makluman Unit Pengurusan Akademik


1 BestariNet VLE Layari 1BestariNetVLE untuk PdP yang lebih menarik dan interaktif. Bahan-bahan boleh digunakan oleh guru Relief (Ganti) apabila guru subjek sebenar terlibat di dalam program di luar sekolah. Ini kerana bahan-bahan yang dimuatkan dalam Portal ini mengikut sukatan pelajaran terkini. VLE ini merupakan agenda negara dalam PPPM. Melibatkan peruntukan yang besar. STATUS PENGGUNAAN 1BestariNetVLE di sekolah tuan-tuan boleh dilihat terus menerusi WEB VLE oleh :TKPPM (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia). Juga boleh dilihat oleh Pegawai tertentu DI Kementerian, di JPN dan PPD. Maksudnya mereka sentiasa boleh melihat KADAR KEAKTIFAN PENGGUNAAN PROGRAM INI.

Unit Pengurusan Akademik


7.2 MMI (MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL) Sila memuat turun BUKU PANDUAN MMI di laman web JPN. Mengisi DATA MMI Mewujudkan FAIL MMI di sekolah masingmasing.

Unit Pengurusan Akademik


TIMSS dan PISA PASTIKAN guru yang mengajar Subjek Matematik dan Sains Tingkatan 2 adalah Guru Opsyen. 2nd MOCK TEST akan dijalankan pada MAC 2014 ini untuk sekolahsekolah yang ditentukan KPM. 3rd MOCK TEST pada OGOS 2014. REALLY TIMMS adalah pada OKTOBER 2014. TIMSS dan PISA adalah Agenda Nasional yang akan menentukan kedudukan pelajar-pelajar kita melalui 2 SUBJEK dalam ranking International. Dedahkan pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan HOTS /KBAT ARAS TINGGI kerana soalan-soalan tersebut memerlukan pemikiran logik dan tidak mengikut silibus sedia ada.

Unit Pengurusan Akademik


PROGRAM i-THINK LIMA buah sekolah peluasan Program i-THINK Daerah Timur Laut Kohort 1 Fasa 1(2013) SMK PADANG POLO SMK HUTCHINGS SKTAN SRI P. RAMLEE SJKC LI TEK B SJKT RAJAJI

Unit Pengurusan Akademik


PROGRAM i-THINK ENAM buah sekolah Peluasan Program i-THINK Kohort 2- Fasa 1 (2014) SMK SUNGAI NIBONG SMK CONVENT PULAU TIKUS SK CONVENT GREEN LANE SK PYKETT METHODIST SK TANJUNG BUNGA SJKC UNION. Sila buat pendaftaran awal bagi mengelakkan kesesakan atau kesukaran ketika membuat pendaftaran atas talian. Bagi serahan dokumen pendaftaran ini kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan di PPDTimur Laut ialah sebelum atau pada 7 Mac 2014.

Unit Pengurusan Akademik


KURSUS i-THINK DALAM TALIAN ( KiDT ) Akan dilaksanakan di seluruh negara pada Bulan MAC2014 melibatkan 10,019 buah sekolah. TEMPOH KURSUS 6 hingga 8 minggu secara atas talian dan PERLU menghabiskan 25 BUAH MODUL bagi guru-guru yang terlibat. Pre APTIS Kohort KEDUA..akan dilaksanakan pada minggu kedua FEBRUARI 2014 di Makmal Komputer JPN dan seramai 77 orang guru BAHASA INGGERIS Daerah Timur Laut terlibat.

Unit Pengurusan Akademik


7.5 PENUTUR JATI LIMA buah sekolah Program Penutur Jati Kohort 1 ( 2011-2013) SK Ayer Itam SK Jelutong Barat SK Jelutong SK Francis Light SJKC Kheng Tean LIMA buah sekolah Program Penutur Jati Kohort 2 (2014-2015) SK TANJUNG TOKONG SK BATU FERINGGHI SK HUTCHINGS SK WELLESLEY SJKC HENG EE

Unit Pengurusan Akademik


LAPORAN LDP PAJSK GURU BESAR SK dan SJKC . MASIH terdapat sekolah yang BELUM menghantar LAPORAN LDP PAJSK kepada PEGAWAI PBS. SURAT AMARAN dan tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada guru besar sekolah berkenaan kerana sudah beberapa kali dihantar peringatan berkenaan dengan laporan LDP PAJSK ini. PENGETUA: masih ada sekolah yang belum menghantar LAPORAN SOAL SELIDIK LDP bagi PENATARAN PBS TG 3. SILA berbuat demikian sebelum surat tunjuk sebab dikeluarkan. KEPADA SEMUA SEKOLAH ( MENENGAH DAN RENDAH). MANUAL PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI boleh diambil mulai pukul 3 petang ini. DATA berkenaan SU PBS, Penyelaras pementoran, penyelaras pemantauan, penyelaras penyelarasan dan penyelaras pengesanan akan dikutip tidak lama lagi. Sekolah diminta bersedia dengan data tersebut.

Unit Pengurusan Akademik


RBT ( REKA BENTUK TEKNOLOGI ) DAN TMK ( TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI Peringatan : Mohon Guru Besar memastikan pelaksanaannya di sekolah masing-masing. JPN telah memberi panduan pelaksanaannya iaitu selang seminggu. an Peperiksaan di PPDTimur Laut ialah sebelum atau pada 7 Mac 2014.

Unit Pengurusan Akademik


PENDAFTARAN CALON BAGI PEPERIKSAAN UPSR 2014 Sudah dua surat edaran Pendaftaran Calon bagi peperiksaan UPSR dikeluarkan iaitu 19 Disember 2013 dan 30 Januari 2014. Oleh itu, pihak Lembaga Peperiksaan mohon pendaftaran secara atas talian dilaksanakan dan diambil tindakan semua guru besar. Pendaftaran ini telah dibuka pada 2 Januari 2014 hingga 28 Februari 2014. Sila buat pendaftaran awal bagi mengelakkan kesesakan atau kesukaran ketika membuat pendaftaran atas talian. Bagi serahan dokumen pendaftaran ini kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan di PPDTimur Laut ialah sebelum atau pada 7 Mac 2014.

Makluman Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan


Unit HEM Bengkel Agihan Buku Teks telah dijalankan. Sekolah-sekolah rendah yang masih belum cukup bekalan buku teks boleh mendapatkan buku teks tersebut di Bilik BOSD bertempat SK Jalan Residensi mulai 10 Februari 2014. Bagi Sekolah Menengah Tn. Hj. Rubika sedang uruskan untuk mendapatkan bekalan buku dari negeri lain atau membuat tempahan baru. Pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia telah selesai dilaksanakan, bagi sekolah-sekolah yang masih belum menghantar Borang akuan Penerimaan Bantuan diharap menghantar dengan kadar segera untuk proses permohonan tambahan.

Makluman Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan


Pemantauan harga makanan di kantin sekolah perlu terus dilakukan bagi memastikan tiada pengusaha kantin menaikkan harga makanan. Selain itu, perlu dipastikan pengusaha kantin tidak menggajikan pekerja bukan warganegara dan menjual makanan yang tidak dibenarkan. Surat Pekeliling berkenaan pelaksanaan Skim Takaful pelajar Malaysia (TPSM) dan Skim Insurans Murid Malaysia (SIMM) telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Untuk pendaftaran murid ke skim SIMM borang pendaftaran akan diedarkan bermula sebaik sahaja diterima daripada pihak syarikat Takaful.

Unit Kokurikulum Untuk perhatian semua hadirin, Program Koakademik perlu diselesaikan pada hujung bulan MAC. Ini memandangkan Program Koakademik Negeri yang pertama akan bermula pada 2 April 2014.

Makluman Unit Pengurusan Kewangan


Tuntutan Kesihatan yang melibatkan Kos kewangan selepas persaraan perlulah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bukannya JPN atau PPD. BISP atau Bayaran Insentif Subjek Pendidikan dihentikan berkuatkuasa Januari 2014. Sebarang lebihan bayaran perlu dipungut kembali bagi guru-guru yang terlibat.

Bagi bayaran Gaji Guru Ganti perlulah dibuat tuntutan daripada unit Kewangan PPD Timur Laut sebelum atau pada setiap 10 haribulan pada bulan berikutnya.

Makluman Unit Pembangunan Dan Perolehan Aset


Unit Aset BORANG PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR PEKHIDMATAN ( KEBERSIHAN BANGUNAN & KAWASAN ) dan KAWALAN KESELAMATAN OLEH SEKOLAH di bawah PPD Daerah Timur Laut perlulah dihantar ke PPD Timur Laut pada atau sebelum 5 haribulan setiap bulan. Ringkasan LAPORAN PEMERIKSAAN STOK ( SEKOLAH ) TAHUN 2013 LAMPIRAN J (KEW.PS. -14 ) Untuk mengisi KEW.PS-14 ...dapatan boleh diperolehi darpada KEW.PS.-13 ( Masih banyak sekolah yang belum menghantar laporan tersebut. )

Unit Pembangunan Pihak Pembangunan PPDTL telah melaksanakan penyelenggaraan bagi sekolah bantuan penuh kerajaan pada tahun 2013 . Namun demikian Unit Pembangunan memahami bahawa penyelenggaraan yang dilaksanakan tidak dapat memenuhi permintaan sekolah sepenuhnya . Unit Pembangunan dan Perolehan Aset telah berusaha memohon peruntukan bagi memastikan prasarana insfrastruktur sekolah berada dalam keadaan dengan lebih kondusif . Sebaik sahaja peruntukan diterima kerja kerja akan diteruskan dengan serta merta . Diharap pihak sekolah dapat memahami kerana tanpa peruntukan kewangan yang ada , kerja kerja penyelenggaraan dan naik taraf tidak boleh dilaksanakan.

boleh menghubungi pihak pembangunan PPDTL dengan cara penghantaran sms, surat,fax,whatsApp atau email.

Di skrin tertera : Cik Nor Maziani Binti Mustafa SMS / whats app : 012488204
E-MAIL : uppaaduan@gmail.com

Ketua Jabatan perlu berbincang dengan semua warga sekolah untuk mengenal pasti kerosakan di sekitar kawasan sekolah , semua blok bangunan sekolah bagi melaksanakan penyelenggaran. Unit Pembangunan PPDTL tidak akan melayan sebarang perubahan apabila Ketua Jabatan telah bersetuju dengan menandatangani lampiran skop kerja yang akan dilaksanakan oleh kontraktor . Bermula tahun 2014 , pihak sekolah perlu menandatangani surat persetujuan sebelum memulakan tugasan penyelenggaraan supaya INDEN KERJA yang dikeluarkan mengikut kehendak pihak sekolah .Perkara ini adalah untuk mengelakkan tidak berlaku pertukaran skop kerja setelah inden kerja dikeluarkan bertujuan melancarkan tugasan unit pembangunan dan pengurusan aset serta dapat menjimatkan masa bagi urusan pembayaran kelak.

Pihak sekolah perlu memahami bahawa peruntukan yang diturunkan mengikut vot. Jika hanya satu vot sahaja diturunkan maka tugasan penyelenggaraan tidak boleh dilalukan 2 kali bagi sekolah yang sama.

Bermula minggu hadapan , Unit Pembangunan akan ke sekolah sekolah yang telah melaporkan kerosakan berpandukan email yang telah dibalas oleh pihak sekolah bagi mengenal pasti dengan lebih terperinci permasaalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah bagi menepati dasar KPI Kementerian Pendidikan Malaysia.

Aduan
Berkenaan dengan aduan, saya mohon pihak tuan-tuan dan puan-puan menyalurkan aduan, isu atau masalah kepada pihak PPD Timur Laut terlebih dahulu. Janganlah bertindak membuat aduan terus kepada pihak JPN ataupun Kementerian tanpa melalui PPD. Sepatutnya, setiap aduan, isu atau masalah perlu dikemukakan di peringkat PPD terlebih dahulu untuk memberi peluan pihak PPD menjalankan tugas sewajarnya.

Pengendalian Surat-menyurat
mematuhi prosedur pengendalian suratmenyurat. Surat-surat yang diterima masuk dan keluar surat perlulah direkodkan dan difailkan mengikut ketetapan Arkib Negara.

Pengendalian Surat-menyurat
surat-surat yang dihantar ke PPD perlulah disemak terlebih dahulu dan peka dengan perubahan-perubahan pegawai, jawatan-jawatan dan unit-unit yang terdapat di PPD. Semak terlebih dahulu surat yang hendak dikirimkan sebelum menandatangani surat berkenaan. Walaupun perkara ini dianggap remeh tetapi ia memberi impak yang besar kepada imej sekolah dan PPD sendiri serta mencacatkan pengiktirafan ISO yang diperolehi PPD.

Sekian, terima kasih

You might also like