You are on page 1of 1

Pengenalpastian Kebaikan dan Keburukan Litar Siri dan Litar Selari

Kelemahan Litar Siri


(1) Jika salah satu mentol dalam litar bersiri terbakar semua mentol tidak menyala kerana litar bersiri tidak lengkap. (2) Jika mentol di pasang dalam keadaan litar bersiri, kecerahan lampu mentol akan berkurang jika dibandingkan mentol yang dipasang pada litar yang selari. (3) Mentol yang lain akan menjadi malap jika satu lagi mentol ditambah ke dalam litar tersebut secara bersiri kerana beza keupayaan merentasi setiap perintang adalah berbeza.

Kebaikan Litar Selari


(1) Jika salah satu mentol dalam litar selari terbakar mentol yang lain masih lagi menyala kerana tidak memberi kesan pada litar. Ini kerana terdapat lintasan arus yang lain yang dipasang. (2) Jika satu lagi mentol yang lain ditambah dan dipasangkan secara selari didalam litar tersebut mentol masih menyala seperti biasa, kecerahan semua mentol adalah sama. Perintang disambung selari mempunyai arus yang berlainan melalui setiap perintang tetapi beza

keupayaan merentasi setiap perintang adalah sama. (3) Litar rumah dipasang secara selari. Ini kerana, jika salah satu perintang; mentor atau lampu tidak menyala, rumah masih lagi berfungsi walaupun tidak sepenuhnya. Jika dipasang secara bersiri, kemungkinan besar rumah tidak akan berfungsi sepenuhnya jika salah satu perintang telah rosak.

You might also like