You are on page 1of 12

Pengaruh Bahasa Arab Terhadap Bahasa Melayu

Pengaruh bahasa arab terhadap bahasa melayu mula sekitar abad ke11menerusi Sumatera,iaitu apabila pemerintah kerajaan Pasai memeluk agama Islam Kedatangan pedagang-pedagang Arab Kemungkinan berkahwin dengan orang tempatan Bahasa Melayu turut mengalami

Setelah

agama Islam disebarkan ke seluruh dunia Melayu, bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan pengajian tinggi tetapi juga bahasa umum di Nusantara. (rujuk buku BM I m/s 27)

Bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Kosa kata bahasa Arab banyak digunakan dalam pengajaran agama Islam. Contoh:

Akhiran -iah (ilmiah,lahiriah) -wi (duniawi)

Bahasa Arab melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dalam beberapa aspek, antaranya: 1- perbendaharaan kata 2- sebutan kata 3- tulisan

1- Perbendaharaan Kata
Hampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab. Contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:

Bahasa Arab Abun Kursiyyun Shukran Jadwal Shakhsiyyah Qamus Waqtu Mawt Wajh Janin Asal Kitab

Bahasa Melayu Abah Kerusi Syukur Jadual Sahsiah Kamus Waktu Maut Wajah Janin Asal Kitab

2- Sebutan Kata
Pengaruh Arab-Islam memberi kesan yang sangat besar kepada sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mula dituturkan supaya menghampiri sebutan bahasa Arab, kerana masyarakat Melayu terdorong untuk membaca Al-Qur'an dengan betul. Sebutan dengan pengaruh Arab-Islam ini turut membezakan antara penutur asal bahasa Melayu (iaitu orang-orang Melayu) dengan penutur bukan asal (seperti kaum Cina, India, atau bangsa Eropah) kerana penutur bukan asal ini tidak dapat menyebut beberapa perkataan yang menerima pengaruh Arab.

Contoh-contoh perkataan yang berbeza sebutan antara sebutan penutur Melayu dan penutur bukan Melayu:
Abdullah maklumat iklan qadhi

3- Tulisan
Kedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbangkan kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan bagi memudahkan orang-orang Melayu yang beragama Islam membaca Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ramai orang-orang Melayu mula tidak mampu membaca AlQuran dengan baik. Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran.

Kesimpulan

Perkataan-perkataan

tersebut telah sebati dalam kehidupan harianan dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu.

Sekian,Terima Kasih!

You might also like