You are on page 1of 4

2/15/2014

Kosmo! Online - Rencana Utama

February 15, 2014


Laman Utama Negara! Hiburan! Sukan! Dunia! Kosmo2 Arkib Berita Iklan Hubungi Kami

RENCANA UTAMA

Waktu Solat Kuala Lumpur


Subuh Zohor Asar Maghrib Isyak 6:10 1:30 4:49 7:29 8:40

Dilema atlet wanita Kenya

Study ACCA Online


studyinteractive.org/ACCA-Online Live & Recorded Video Lectures. Buy 2 ACCA Papers & Get 1 Free!

Klik untuk waktu solat kawasan lain


Carian@KOSMO!
Search

Di sebalik k ejayaan Kenya dalam temasya suk an dunia, terdapat k emelut yang menjadi barah dan cuk up sinonim bagi sebuah negara misk in.

Iklan@KOSMO!

Artikel-artikel RENCANA UTAMA :


JANETH JEPKOSGEI mengungguli acara 1500m dalam Liga Emas IAAF di Zurich, Sw itzerland pada tahun lalu.

KURANG pendidikan, pegawai lelaki yang miang dan pandangan tradisi mengenai perkahwinan masih menjadi penghalang utama untuk wanita Kenya mempunyai impian menjadi atlet yang berjaya. Itu pendapat yang diluahkan bekas atlet wanita pertama negara itu yang berjaya menjejakkan kaki ke temasya sukan terbesar dunia, sukan Olimpik, Lydia Stephens-Okech. Stephens-Okech mahu wanita lebih banyak melibatkan diri dalam pentadbiran sukan untuk memberi peluang atlet wanita muda Kenya meraih kejayaan di Olimpik. Meskipun negara itu terkenal dengan atlet yang terlibat dalam sukan larian, tetapi tiada wanita Kenya yang pernah memenangi pingat emas di Olimpik. Atlet lelaki Kenya pula pernah mengungguli 17 pingat emas, semuanya dalam acara larian kecuali satu dalam acara padang manakala wanita pula sehingga kini hanya memenangi tiga pingat perak dan satu gangsa. "Beberapa masalah yang kami hadapi masih menghalang atlet wanita Kenya meraih kejayaan yang lebih baik. "Justeru, kami harus memikirkan cara terbaik untuk membantu mereka," kata Stephens-Okech yang merupakan salah seorang daripada tiga atlet wanita apabila Kenya mempunyai wakil buat kali pertama dalam skuad Olimpik 1968 di Mexico. "Ibu bapa harus mendidik anak mereka. Kebanyakan mereka hanya mahukan anak perempuan berkahwin dan mempunyai menantu. "Ini seperti sumpahan dan menjadi bahan hinaan masyarakat jika salah seorang anak perempuan mereka tidak berkahwin," ujarnya lagi.

Tempahan siap kurang 24 jam Cagarkan kereta bapa untuk berniaga Perhimpunan Jemaah Tabligh Bangladesh Israel padamkan sejarah Palestin Yahudi berniat runtuhkan Masjis al-Aqsa Artis vs Media vs Peminat Ragam perang siber selebriti antarabangsa 'Puak Tikus' penuhi Beijing Detik cemas masih dalam ingatan Lahad Datu kaya tarikan pelancongan

ePlayer Sukan

Iklan@KOSMO!

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0215&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

1/4

2/15/2014

Kosmo! Online - Rencana Utama

LYDIA STEPHENS OKECH (kanan) dan anak perempuannya, Yvonne menunjukkan trofi yang dimenanginya dalam acara olahraga di rumahnya di Nairobi, Kenya.

Ruang
Menurut Stephens-Okech, wanita seharusnya tidak takut untuk menceburi bidang sukan kerana ia bukannya satu perkara yang teruk. "Namun mentaliti masyarakat terhadap fungsi wanita dalam kehidupan menyebabkan mereka terhalang untuk melakukan sesuatu yang diimpikan. Harus diingat, selepas berkahwin, walaupun sehebat mana dia berlari, mereka tetap dianggap seorang isteri dan ibu," ujarnya. Stephens-Okech yang terpilih bersama Tecla Chemabwai dan Elizabeth Chesire di Mexico menambah: "Jika gadis itu popular, setiap orang mula memikirkan tentang dirinya dan meluahkan rasa cinta. Namun, kerana begitu naif, mereka akan mudah masuk ke dalam perangkap lelaki miang ini. "Pegawai sukan lelaki biasanya akan membawa mereka ke hotel. Disebabkan kurang pendedahan, mereka melihat bekalan elektrik dan air yang ada buat kali pertama sebagai satu nikmat yang tidak terhingga. "Oleh itu, mereka akan berfikir seperti berada di puncak dunia. Inilah kelemahan mereka yang menghalang peluang untuk berjaya di Olimpik." Justeru, Stephens-Okech berkata, pendidikan merupakan perkara paling penting untuk memberi kuasa kepada wanita sekali gus mencadangkan atlet berbakat dan berpotensi untuk pergi lebih jauh pada usia muda. "Kenal pasti bakat mereka di usia muda dan letakkan mereka di sekolah berasrama di mana mereka boleh menjalani latihan sepenuh masa. Ini akan membawa banyak kebaikan untuk mereka," jelasnya. Selain itu, Stephens-Okech juga mahukan wanita terlibat dalam bidang pentadbiran sukan untuk membantu mencapai matlamat ini. Contoh model yang boleh dijadikan ikutan termasuklah dirinya, Chemabwai dan juara dunia 800 meter, Janeth Jepkosgei. Pada sukan Olimpik 1968, Stephens-Okech yang berusia 22 tahun ketika itu merupakan pencabar utama untuk meraih pingat dalam acara 100m dan 200m. Tetapi dia terjatuh di saat-saat akhir ketika perlumbaan pertamanya. Chemabwai tersingkir daripada perlumbaan 200m dan 400m manakala Chesire yang beraksi dalam acara 800m tidak berjaya meraih tiga kedudukan teratas. Stephens-Okech yang merupakan pemegang rekod dalam acara 100m di benua Afrika berkata, masalah yang dihadapi atlet wanita menjadi punca dia bersara awal daripada bidang sukan. "Terdapat gangguan seksual ke atas atlet wanita. Saya juga pernah mengalaminya di mana seorang pegawai lelaki mengajak saya ke bilik hotelnya sewaktu sesi latihan. "Di samping itu, kami tidak mempunyai trek yang bagus untuk menjalani latihan dan tidak pernah diberi elaun yang ditetapkan sebanyak 0.98 sen pada waktu itu. "Malah adakalanya belanja perjalanan dan perubatan kami juga tidak dibayar," ujarnya dalam nada kecewa, selain berharap masa depan atlet wanita di Kenya tidak berkubur begitu saja. - Reuters

Infiniti
Pantau peniaga sambil berjimat
KECEWA dengan sikap sesetengah peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga barangan membuatkan Nazira Nadhia Azemee, 26, mencari-cari saluran terbaik untuk menyampaikan aduan bagi membela haknya sebagai pengguna. Lagi...

Kesihatan

Iklan Teks

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0215&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

2/4

2/15/2014

Kosmo! Online - Rencana Utama

CATHERINE NDEREBA mengibarkan bendera Kenya selepas memenangi acara maraton di Kejohanan Atlet Dunia IAAF ke-11 di Osaka, Jepun pada September 2007.

Turunkan Berat Badan 2014


paridahbeauty.com/TurunBeratBadan 1 Cara Pelik Digunakan Oleh Ramai Wanita Utk Menurunkan Berat Badan.

Cari Pekerjaan di Kedah Ubat Gout, Resdung, Sendi


0
Suka

0
Tw eet

Rencana Utama!

Pemotoran!

Horizon!

Tempahan siap kurang 24 jam


Tempahan siap kurang 24 jam Cagarkan kereta bapa untuk berniaga

Bukti pemahaman keperluan penunggang


NINJA 1000 ABS berjaya menyatupadukan elemen sport dalam dunia pengembaraan bermotosikal. Bukti pemahaman keperluan penunggang Forester XT bukan sembarangan SUV

Promosi kempen kesedaran alam sekitar


Promosi kempen kesedaran alam sekitar Penangan konsert Soundwave

Varia!

Seni psikologi dalam politik


KETAKSUBAN kepada pemimpin atau tokoh tertentu membuatkan sering berlakunya perbalahan dalam masyarakat yang melibatkan perbezaan ideologi kepartian. - Gambar hiasan Seni psikologi dalam politik Jurumasak Malaysia harumkan nama negara

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0215&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

3/4

2/15/2014

Kosmo! Online - Rencana Utama

Iklan@KOSMO!
Turunkan Berat Badan 2014
paridahbe auty.com / 1 C ara Pe lik Digunak an O le h R am ai W anita Utk Me nurunk an Be rat Badan.

Pautan Lain: Utusan Online | Mangga Online | Saji Online | Job House | Tutor | MyBooks | Kumpulan Utusan |
Find us on Facebook

Kosmo Online
Like

142,265 people like Kosmo Online.

Facebook social plugin

Copyright 2008. KOSMO! Online.


Process time in ms: 16

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0215&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

4/4

You might also like