You are on page 1of 9

Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

1) ALUAN KETIBAAN DIF-DIF KEHORMAT Cue: Kompang Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Batu, diiringi oleh Puan Hjh. Azizah binti Hj. Ariffin, guru besar Sekolah Kebangsaan Polis Kem serta barisan tetamu jemputan.

Cue: VIP duduk, persembahan silat tempur Assalamualaikum w.b.t. , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang Berhormat, Encik Cheong Chin Liang, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Batu, Yang Berusaha, Puan Hjh. Azizah binti Sekolah Kebangsaan Polis Kem, Yang Dihormati, Encik Abdull Talib bin Daud, Penyelia Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya, Yang Dihormati, Encik Tauhed bin Mohd Zain, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Polis Kem, Barisan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Polis Kem, Encik Nik Ramli bin Nik Shim, Encik Shafii bin Abdul Majid, Encik Azmi bin Wahid, Pn Hjh. Norizan binti Ibrahim, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Selamat Datang ke Kejohanan Olahraga Tahunan, Sekolah Kebangsaan Polis Kem kali ke-20, 2011. Syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi di Hj. Ariffin, Guru Besar

Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

atas izin dan rahmat-NYA, kita berpeluang sekali lagi melaksanakan kejohanan olahraga pada kali ini. Hadirin sekalian, Sebentar tadi kita telah menyaksikan persembahan silat tempur, oleh anak-anak SK Polis Kem, di bawah bimbingan Encik Azmi bin Wahid. Terima kasih diucapkan.

2) LINTAS HORMAT KONTINJEN Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Polis Kem kali ke-20 pada pagi ini kita mulakan dengan acara lintas hormat oleh pasukan unit beruniform dan kontinjen rumah sukan Sekolah Kebangsaan Polis Kem. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang, ADUN Kawasan Bukit Batu untuk menerima tabik hormat. Dipersilakan tuan.

Cue: Muzik Marching Hadirin yang dihormati sekalian, Mendahului lintas hormat ialah pasukan pembawa bendera, yang

diketuai oleh Amir Mirza bin Nordin. Diikuti rapat oleh pasukan Pengakap yang diketuai oleh Abdul Ikram bin Zailani. Seterusnya, pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia yang diketuai oleh Mohd Zarithsha bin Yuslaili.

Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

Berikut ialah pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah diketuai oleh Mohd Dzulfahmi bin Norizam. Diikuti oleh pasukan Puteri Islam yang diketuai oleh Nur Aqilah Alyaa binti Roslan. Seterusnya, pasukan dari Tunas Puteri yang diketuai oleh Nor Iffah Iliana binti Abd Salam

Tuan-tuan dan puan-puan, Kita berikan sedikit tepukan untuk barisan anak-anak istimewa,

Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Polis Kem di bawah didikan Pn. Siti Sarah binti A. Rahman, Pn. Norazlina binti Bibit dan En. Azhar bin Alias. Acara lintas hormat diteruskan dengan Rumah Tahan, yang diketuai oleh Mohd Ariff Faisal bin Yahaya, kekuatan ahli seramai 30 peserta, dengan motto JINGGA MEMBARA, TENTU JUARA. Seterusnya ialah Rumah Kinabalu, yang diketuai oleh Mohd Hanif Adha bin Zailan, kekuatan ahli seramai 30 peserta, dengan motto BIRU KENCANG, PASTI MENANG. Diikuti oleh Rumah Jerai, yang diketuai Mohd Norfahmi bin ..., kekuatan ahli seramai 34 peserta, dengan motto HIJAU SEGAR, JOHAN SEBENAR. Berikut ialah Rumah Titiwangsa, yang diketuai oleh Mohd Alif Irfan bin Yanto, kekuatan ahli seramai 34 peserta, dengan motto KUNING DIRAJA, MENANG BERGAYA. Seterusnya ialah Rumah Ledang, yang diketuai oleh Mohd Amirul Farhan bin Abd Aziz, kekuatan ahli seramai 30 peserta, dengan motto MERAH MENYALA, MENANG BILA-BILA.

Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

Akhir sekali ialah pasukan senam irama, yang berbaris ceria penuh warna warni, melambangkan perpaduan dan semangat setia sukan warga sekolah.

Cue: semua kontinjen berada di tengah padang Begitulah tadi acara lintas hormat oleh pasukan unit beruniform dan kontinjen rumah sukan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kesudian menerima tabik hormat daripada setiap pasukan dan kontinjen.

3) BACAAN DOA Sidang hadirin, Bagi memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama menadah tangan, memohon keberkatan, agar majlis kita ini berjalan dengan lancar. Untuk itu, dijemput al-fadhil Ustaz Mohd Sham bin Hamzan untuk mengetuai bacaan doa.

Cue: Doa Amin amin yarabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada al-fadhil ustaz atas pimpinan bacaan doa tadi.

4) NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BANGSA JOHOR Hadirin dipersilakan berdiri sebagai tanda menghormati lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor.

Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

5) PERARAKAN MASUK BENDERA KEJOHANAN Tuan-tuan dan puan-puan, Kini kita saksikan upacara menaikkan bendera kejohanan yang akan disempurnakan oleh Amir Mirza bin Nordin.

Cue: naik bendera Begitulah tadi sempurnanya upacara menaikkan bendera kejohanan

sebagai simbol perpaduan dalam kejohanan sukan pada tahun ini.

6) BACAAN IKRAR Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan menjemput adik Amir Mirza bin Nordin bagi mengetuai bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

Cue: bacaan ikrar Terima kasih kepada adik Amir Mirza bin Nordin. Selesailah sudah, upacara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para

peserta dalam kejohanan ini. Para peserta dipersilakan duduk.

Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

7) UCAPAN GURU BESAR Sidang hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Puan Hjh. Azizah binti Hj. Ariffin, merangkap Pengerusi Penganjur Kejohanan bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan

hormatnya mempersilakan. Cue: ucapan GB Demikian tadi ucapan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Puan Hjh. Azizah binti Hj. Ariffin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

8) UCAPAN PERASMIAN VIP Tuan-tuan, puan-puan sidang hadirin sekalian, Kini majlis dengan sukacita dan hormatnya menjemput, Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Batu, bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan

Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Polis Kem kali ke-20. Majlis dengan penuh takzim menjemput.

Cue: ucapan VIP Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi atas

penghargaan kepada Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang kesudian menyempurnakan upacara itu tadi.

Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

9) PERSEMBAHAN Hadirin hadirat yang dihormati, Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Polis Kem kali ke-20 diteruskan dengan persembahan senam irama oleh para peserta

kejohanan. Dipersilakan.

Cue: senam irama (zapin) Demikian tadi, persembahan senam irama yang penuh warna warni, di bawah bimbingan Pn. Suhana binti Mohamed dan Encik Mohd. Tamizi bin Mohd Sarbini. Terima kasih diucapkan.

Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

10) PENYAMPAIAN PINGAT Tuan-tuan dan puan-puan, Kami bawakan tumpuan dan perhatian anda ke pentas juara untuk bersama-sama menyaksikan upacara penyampaian pingat kepada para pemenang. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Hjh. Azizah bt Hj. Ariffin, Guru Besar Sek Keb Polis Kem untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang, ADUN Kawasan Bkt Batu bagi menyampaikan pingat kepada para pemenang. Dipersilakan. Untuk pengetahuan semua, acara-acara yang dimenangi pemenang telah berlangsung pada 6 dan 7 Julai 2011. Penyampaian hadiah adalah bagi acara ................... Tempat Pertama, ........................ Tempat Kedua, .......................... Tempat Ketiga, ......................... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang atas kesudian menyampaikan pingat-pingat itu tadi. Tahniah dan syabas kepada para pemenang. oleh semua

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian pingat, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Nama dan Jawatan dengan diiringi oleh Nama dan Jawatan

Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

11)

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Seterusnya, sebagai tanda kenang-kenangan daripada kami, dijemput Yang Berusaha Puan Hjh. Azizah binti Hj. Ariffin untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang, ADUN Kawasan Bukit Batu, sebagai tanda terima kasih pihak sekolah kepada beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Cue: cenderahati diberikan

12)

PERBARISAN KELUAR PADANG

Sidang hadirin sekalian, Seterusnya kita saksikan perbarisan keluar padang pasukan unit

beruniform dan kontinjen rumah sukan. Para peserta dipersilakan berdiri.

Cue: peserta keluar padang Dengan selesainya upacara perbarisan keluar itu tadi, berakhirlah sudah majlis perasmian pembukaan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Polis Kem kali ke-20.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kejohanan Olahraga Tahunan Sek Keb Polis Kem kali ke-20, 2011 diteruskan lagi dengan acara-acara kejohanan balapan.

Acara-acara yang akan berlangsung sebentar nanti adalah acara ..............................................................

You might also like