You are on page 1of 2

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF A.

AYAT AKTIF: i) ii) iii) Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala benda yang kena buat terletak di belakang (sebagai pradikat ayat) Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan dan men.i. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)

B. AYAT PASIF: i) ii) Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat). Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau di.i. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan kena. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan. Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF: 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang

D. MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF: Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif. 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang ramai. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga yang menetap di situ. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata pelajaran teras. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

You might also like