You are on page 1of 10

Program intervensi awal merupakan satu perancangan pendidikan khusus kepada kanak-kanak mulai sejak lahir sehingga umur

persekolahan. Kanak-kanak tersebut biasanya telah dikesan menghadapai masalah. Intervensi juga turut diberikan kepda ibu bapa dan keluarga terdekat. Komponen intervensi awal adalah terdiri dari terapi, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, sokongan moral, informasi, kewangan dan kaunseling. Istilah intervensi awal adalah merujuk kepada strategi pencegahan yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu kumpulan orang yang berisiko menghadapi pelbagai masalah seperti penyalahgunaan dadah, alkohol, merokok dan sebagainya. Manakala intervensi awal kanak-kanak pula merujuk kepada perkhidmatan pendidikan atau perkhidmatan teraputik (therapeutic services) yang diberikan kepada kanak-kanak yang berada di bawah umur lapan tahun (Brunder, 2006). Menurut Sigels (1972) intervensi awal kanak-kanak merujuk kepada perkhidmatan yang doisediakan kepada kanak-kanak bermula daripada selepas dilahirkan sehingga umur di bawah lima tahun berdasarkan Individuals with Disabilities Act (IDEA, 2004). Terdapat beberapa golongan yang boleh memberi intervensi awal kepada kanak-kanak. Antaranya ialah individu yang mempunyai lesen untuk menjalankan ujian, guru pendidikan khas, ahli fisioterapi, pekerja sosial yang bertauliah, doktor dan jururawat , orthopedik dan audiologis. Pakar-pakar yang memberi perkhidmatan telah mengenalpasti tiga golongan kanak-kanak dari kumpulan at risk yang memerlukan perkidmatan.

Pertama, kanak-kanak yang telah didiagnos dan dikenalpasti mempunyai masalah yang berisiko berkemungkinan mempunyai ketidakupayaan atau perkembangan lewat contohnya masalah genetik (genetic condition). Kedua merupakan kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai risiko biologikal disebabkan masalah semasa pranatal atau selepas lahir (postnatal) yang berkemungkinan menghadapi ketidakupayaan atau perkembangan lewat contohnya kelahiran pramatang (premature birth) dan trauma kelahiran (birth trauma). Terakhir merupakan kanak-kanak yang berisiko terhadap persekitaran (environmental risk) kanak-kanak yang berkemungkinan berlakunya ketidakupayaan ataupun perkembangan lewat contohnya masalah kemiskinan keluarga dan kurang zat pemakanan.

Rajah Carta Alir Strategi Intervensi Awal Kanak-kanak Intervensi awal mempunyai beberapa tujuan iaitu untuk membantu ibu bapa untuk mengawal dan menangani masalah anak mereka. Selain itu, ia dapat menyediakan kanak-kanak untuk mengahadapi suasana pembelajaran yang sebenar dan juga dapat mengelakkan perkembangan terbantut. Intervensi awal dapat menghalang kecacatan yang dialami menjadi lebih teruk. Pakar juga akan dapat menentukan objektif dan rawatan yang bersesuaian dengan kanak-kanak.

Latar Belakang Kajian

Kajian dijalankan bermatlamat untuk mengesan ketidakupayaan yang dialami kanak-kanak yang telah didapati menghadapi masalah sama ada dari aspek sosial, emosi mahupun tingkah laku. Selain itu, maklumat berkenaan kanak-kanak termasuklah maklumat tentang latar belakang keluarga dan

kesihatan kanak-kanak diambil kira. Maklumat dari kajian yang dijalankan akan digunakan untuk proses intervensi. Kajian yang dijalankan membawa lanjutan kepada cadangan intervensi yang sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak. Di dalam kajian yang dijalankan, beberapa kaedah digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kanak-kanak tersebut. Antaranya pemerhatian, temu bual dan penilaian dinamik. Penilaian dinamik melibatkan dialog ataupun interaksi antara penilai dengan kanak-kanak. Interaksi ini membolehkan penilai membuat kesimpulan terhadap proses pemikiran kanak-kanak dan respons kanak-kanak terhadap situasi pembelajaran. Pemerhatian dijalankan ke atas kanak-kanak sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian juga dijalankan sewaktu rehat kanak-kanak bagi mendapatkan maklumat tentang tingkah laku dan sikap antara kanak-kanak dengan rakan-rakan. Pemerhatian yang dijalankan menggunakan senarai semak yang disertakan di dalam bahagian lampiran. Temu bual dijalankan ke atas guru kelas kanak-kanak tersebut. Temu bual yang dijalankan banyak menanyakan tentang latar belakang dan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Selain itu, ujian secara spontan juga dijalankan ke atas kanak-kanak untuk memperlihat tingkah laku dan respon kanakkanak sewaktu di dalam kelas. Kajian literasi dijalankan bagi mendapatkan pandangan awal tentang kajian yang dijalankan. Kajian literasi juga membantu untuk memandu kajian yang dijalankan. Kajian ini berpandukan buku rujukan berkaitan intervensi awal dan juga jurnal yang diperoleh melalui internet. Kajian dijalankan di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Prasekolah tersebut mengambil kanak-kanak yang berusia 5 hingga 6 tahun. Durasi masa yang diambil untuk menjalankan kajian adalah selama sehari dalam masa pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan lanjutan dijalankan ke atas kanak-kanak untuk memerhati tingkah laku dan respon kanak-kanak pada hari yang berbeza.

Dapatan Kajian

Nama kanak-kanak yang diambil menjadi sampel ialah Siti Aisyah Azmi Raif binti Abdullah. Kanak-kanak lahir pada 18 Julai 2007 dan kini berumur 6 tahun. Danial memasuki Prasekolah Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara pada awal tahun ini. Kanak-kanak ini mempunyai seorang abang, kakak dan merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Penjaganya, Azmi Raif bin Mat Noh, ayah kepada Aisyah bekerja sebagai kerja sendiri dan Mazlinah binti Mohd Ismail, ibu kepada Aisyah bekerja sebagai Ketua Pejabat Pos di Pejabat Pos Pulau Pinang. Secara keseluruhan, kanak-kanak ini tinggal dalam sebuah keluarga sederhana besarnya. Terdapat tiga aspek yang dinilai dalam kajian yang dijalankan iaitu aspek sosial, tingkah laku dan kognitif iaitu bahasa, pertuturan dan komunikasi. Dengan menggunakan senarai semak semasa menjalankan pemerhatian, dapatan berikut diperoleh. 1Aspek Sosial

Aspek sosial, kanak-kanak sangat kerap bertingkah laku untuk merampas barang yang dikehendakinya. Walaupun Aisyah pada zahirnya nampak seorang pendiam tetapi Aisyah lebih gemar menganggu rakanrakannya sementara guru sedang mngajar dihadapan kelas. Aisyah akan gemar merampasa alat tulis milik kawan-kawannya seperti pensel. Kanak-kanak juga sentiasa mahukan perkara yang sama dan sukar untuk menerima perubahan dalam rutin seharian. Aisyah suka bermain dengan permainannya dan tidak jemu dengan kegemarannya itu serta Aisyah jarang bergaul dengan rakan-rakannya. Kanak-kanak juga sering tidak memberi respon apabila namanya dipanggil iaitu bertingkah laku seperti orang pekak. Dan faham arahan atau perbincangan yang diperkatakan, namun lebih gemar untuk menunjukkan respon seperti tidak faham dan tidak mendengar arahan tersebut. Soalan yang diajukan kepadanya juga akan mengikut kehendaknya untuk menjawab ataupun tidak. Kanak-kanak suka meniru perbuatan yang ditunjukkan kepadanya. Namun, Aisyah kurang suka bercampur dan bergaul dengan kanak-kanak lain serta bermain bersamasama mereka. Kanak-kanak ini agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kanak-kanak atau individu lain. Malahan, kanak-kanak ini hanya mempunyai seorang rakan baik yang bernama Akhbar. Kanakkanak lain kurang gemar bergaul dengannya kerana sikap kenakalannya suka menganggu rakan-rakan lain. 2Aspek Kognitif

Aspek kognitif iaitu bahasa, pertuturan dan komunikasi. Kanak-kanak kerap menggunakan bahasa yang tidak sesuai dan salah. Contohnya, warna merah disebut sebagai warna strawberi. Selain itu, kanakkanak juga kerap mengulangi perkataan atau frasa orang lain (echolalia). Aisyah menyebut perkataan yang diberikan oleh rakannya semasa ujian lisan tidak formal dijalankan ke atasnya. Selain itu, Aisyah akan terus menerus mengikut perkataan dari orang lain jika dia tahu tentang perkara tersebut. Kanak-kanak sukar untuk menyampaikan keperluan dan keinginan dengan menggunakan bahasa. Kanakkanak hanya mampu menggunakan isyarat dan pergerakan tangan untuk menyampaikan keperluan dan

keinginannya. Aisyah akan cuba melakonkan cerita yang ingin disampaikan kepada orang lain kerana sukar untuk menyampaikan dalam bahasa yang tersusun dan baik. Cerita tentang tingkah laku mencucuk mata rakan. Aisyah hendak menceritakan kisah sebenar kejadian mencucuk mata yang dikatakan sebagai kesalahannya. Aisyah tidak dapat menceritakan kisah tersebut dengan ayat dan cuba melakonkan kembali kejadian tersebut. Selain itu, tiada pertuturan dan komunikasi permulaan yang spontan. Aisyah bergantung kepada arahan atau soalan yang diajukan kepadanya dan tidak dapat mengembangkan carita yang ingin disampaikan. Kerap bercerita tentang sesuatu yang digemarinya dan tidak akan berhenti bercakap mengenainya. Contohnya seperti duit palsu yang sering dibawanya ke prasekolah. Aisyah lebih suka bercerita tentang permainannya walaupun tidak diminta untuk bercerita tentang perkara tersebut. Tidak dapat mengekalkan perbualan. Aisyah hanya berharap pada soalan yang diajukan kepadanya dan tidak tahu untuk bertanya kembali. Aisyah juga hanya menjawab soalan yang diberikan kepadanya. Kadang kala percakapan Aisyah sukar difahami. Terdapat beberapa perkataan yang disebutnya tidak jelas dan salah sebutannya. Aisyah lebih gemar mendiamkan diri jika perkara yang berlaku tiada kaitan dengannya atau bukan kegemarannya. Kanak-kanak menghadapi kesukaran dalam sebutan suku kata tertutup dengan baik. Ujian sebutan suku kata tertutup seperti kutub yang diberikan secara spontan tidak dapat dihabiskan dengan baik oleh kanak-kanak. Aisyah seperti menghafal huruf huruf dan bukan memahaminya dengan baik. 3Aspek Tingkah Laku

Aspek terakhir adalah aspek tingkah laku. Kanak-kanak kerap leka bermain dengan sesuatu permainan yang diminatinya sehingga berjam-jam. Aisyah sangat gemar bermain dengan anak patung sehingga dia membawa permainan tersebut ke sekolah setiap hari. Aisyah tidak berasa jemu dengan permainannya itu. Aisyah juga mempunyai sikap terlalu gemar dengan sesuatu objek tertentu seperti kereta mainan dan duit palsu. Aisyah akan marah jika barang permainannya hilang, dipindahkan atau diambil orang lain. Aisyah kerap tidak menunjukkan kreativiti dalam aktiviti permainannya. Dia akan bermain permainan tersebut dengan cara yang biasa. Aisyah juga gemar menonton video yang sama berulang-ulang. Contohnya, apabila ditanya tentang kegemarannya, dia akan menjawab tentang video animasi yang digemarinnya. Aisyah juga kerap mengalami perasaan marah melampau. Dia akan bertindak untuk memukul rakannya yang mengambil permainan kegemarannya. Kanak-kanak juga tiada perasaan takut kepada bahaya. Aisyah tidak memikirkan tentang kesakitan yang dialaminya. Sangat peka terhadap bunyi. Kanak-kanak seperti mengalami trauma dengan sesuatu perkara yang berkaitan makhluk asing. Aisyah cuba untuk melarikan diri dan terus bangun kerana terdengar bunyi hentakan kaki dari belakang. Kanak-kanak dilihat seperti sangat takut dengan perkara seperti itu. Dari sudut tumpuan yang diberikan sewaktu masa pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak amat sukar untuk memberikan perhatian penuh terhadap pengajaran yang berlangsung. Kanak-kanak juga

mudah merasa bosan dengan pengajaran yang berlangsung. Tumpuannya juga mudah teerganggu dengan persekitaran seperti orang yang berjalan atau percakapan orang lain disekelilingnya. Ini menyebabkan kanak-kanak ini gemar menganggu kanak-kanak lain sementara guru sedang mengajar. Kanak-kanak diperhati tidak pernah ketawa secara tiba-tiba. Walaupun kanak-kanak akan menjadi marah apabila permainannya diambil, namun kanak-kanak tidak marah tanpa sebab. Secara keseluruhannya, tingkah laku seperti berdiri dan berjalan dapat dilakukan dengan baik seperti kanakkanak normal yang lain.

Diskripsi Masalah

Masalah tingkah laku kanak-kanak dilihat perlu kepada intervensi segera. Tingkah laku bertindak agresif terhadap rakan-rakan atau orang lain yang mengambil barang permainan yang disukai dan sikap tidak mahu berkongsi perlu merupakan masalah utama kanak-kanak yang ingin diubah. Tingkah laku gemar menganggu kanak-kanak lain membuatkan kanak-kanak ditakuti dan hilang rakan kerana rakan merasa takut. Sikap suka berkongsi dan tidak mudah memukul orang perlu diterapkan supaya kanak-kanak dapat mengawal tingkah laku yang menganggu. Aisyah seorang menganggu rakan lain ketika guru sedang mengajar dihadapan kelas.

Langkah Merancang Intervensi

Terdapat beberapa langkah yang terlibat dalam usaha untuk mengubah tingkah laku kanak-kanak. Pertama, tingkah laku yang tidak diingini perlu dinyatakan secara khusus. Kedua, aktiviti pungutan data, ketiga, mula untuk menganalisi data dan merancang intervensi. Seterusnya, melaksanakan strategi intervensi yang telah dirancang. Terakhir adalah memungut data seterusnya untuk menilai kemajuan pengubahsuaian program jika perlu, jika tidak perlu secara perlahan-lahan hentikan progam yang cuba diberikan kepada kanak-kanak. Dalam kajian ini langkah pertama dan kedua telah dijalankan. Laporan ini akan membincangkan langkah ketiga berdasarkan maklumat yang diperolehi dari langkah pertama dan kedua. Dalam usaha untuk merancang intervensi, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian iaitu maklumat yang diperolehi dari analisis data yang telah dijalankan. Seterusnya, suatu senarai semak diperlukan sebagai panduan semasa melaksanakan intervensi. Tujuan intervensi perlu dituliskan di dalam senarai semak tersebut. Sila rujuk lampiran 2 untuk contoh senarai semak. Program intervensi perlu menjelaskan tentang tingkah laku yang hendak dihapuskan. Perlu juga dinyatakan tingakah laku yang akan menggantikan tingkah laku yang tidak diingini dan langkah untuk mengubah tingkah laku tersebut. Pantauan terhadap tingkah laku kanak-kanak dari masa ke semasa secara dekat adalah perlu untuk membandingkan tingkah laku sebelum intervensi dan selepas intervensi dijalankan. Peneguhan atau hukuman yang digunakan sepanjang proses intervensi.

Cadangan Intervensi

Penggunaan model intervensi awal adalah penting sebagai panduan dan sebagai fokus utama dalam kajian ini. Model intervensi awal yang digunakan untuk kajian ini ialah model tingkah laku. Melalui model ini, analisis atau kajian yang mendalam mengenai tingkah laku yang ditunjukkan adalah penting. Model ini memanipulasi kejadian dipersekitaran unatuk mengubah tingkah laku. Tugas guru ialah memanipulasi kejadian dipersekitaran dan digunakan untuk mengubah tingkah laku kanak-kanak. Terdapat beberapa cadangan langkah untuk mengatasi masalah tingkah laku Aisyah yang suka bertindak agresif terhadap rakan apabila permainannya diambil rakan lain. Pertama, mengawal tingkah laku bermasalah di dalam kelas. Guru memainkan peranan penting untuk langkah pertama ini. Menyatakan peraturan kelas secara jelas dapat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang dilarang. Guru juga perlu untuk menyatakan dengan jelas tingkah laku yang sesuai dan konsekuen jika tidak mematuhinya. Pelaksanaan secara konsisten amat penting untuk memastikan kanak-kanak tidak lupa tentang peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya, tingkah laku bertindak agresif terhadap rakan apabila permainan diambil oleh rakan, guru membuat peraturan setiap permaianan perlu dikongsi bersama. Denda atau hukuman akan dikaenakan jika kanak-kanak tidak berkongsi permainan dengan rakan lain. Guru juga menyatakan tingkah laku menganggu rakan adalah kesalahan dan akan mendapat hukuman. Langkah kedua, menyediakan program bagi memastikan kejayaan akademik kanak-kanak. Masalah tingkah laku yang dihadapai oleh kanak-kanak akan mempengaruhi pencapaian akademiknya. Oleh itu, program untuk meningkatkan pencapaian akademiknya juga penting. Penilaian tahap akademik pelajar terkini perlu dilakukan ke atas kanak-kanak. Pengubahsuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik dapat membantu dalam kejayaan program pendidikan tersebut. Guru perlu maju dengan langkah kecil sedikit demi sedikit supaya pelajar boleh berjaya. Langkah ini dapat mengelakkan kanak-kanak hilang tumpuan semasa dalam kelas dan hanya berfikir tentang permaianan yang diminati. Kanak-kanak mudah bosan terhadap pengajaran yang dijalankan, perngajaran secara interaktif akan menarik akan membuatkan kanak-kanak lebih berminat dengan pengajaran. Pengajaran kemahiran sosial yang sesuai juga perlu dititik beratkan untuk kanak-kanak. Kemahiran sosial seperti komunikasi, interaksi spontan dan sikap untuk berkongsi perlu dikuasai oleh kanak-kanak kerana ia membantu untuk kanak-kanak mengekspresikan keinginannya dan kanak-kanak dapat menyatakan secara komunikasi bukan dengan tingkah laku agresif. Teknik modeling, latihan dan maklum balas dapat diaplikasikan untuk pengajaran kemahiran sosial ini. Selain itu, gaya pembelajaran kooperatif juga dapat membantu kanak-kanak untuk tingkah laku boleh berkongsi dengan kanak-kanak lain. Kemahiran berinteraksi adalah perlu untuk kanak-kanak supaya kanak-kanak dapat membina interaksi yang baik dengan sesama rakan yang lain. Tingkah laku menganggu rakan juga dapat dikurangkan dan seterusnya dapat dihapuskan apabila kanak-kanak mengamalkan sikap berinteraksi terlebih dahulu sebelum menganggu kanak-kanak lain. Komunikasi yang berlaku juga dapat mengeratkan hubungan dengan sesama rakan yang lain. Hubungan ini membantu kepada tingkah laku berkongsi dengan rakan lain.

Perhubungan antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa adalah penting untuk memastikan wujud penerusan pengajaran yang dilakukan di sekolah untuk diteruskan juga di rumah. Guru perlu sentiasa berhubung dengan ibu bapa untuk menjelaskan teknik yang digunakan di sekolah. Guru juga perlu menyarankan garis panduan tingkah laku kanak-kanak yang sesuai dan peneguhan yang dapat digunakan. Dorongan kepada ibu bapa untuk mendapatkan bantuan dari agensi yang sesuai juga penting untuk membantu memahami masalah yang dialami oleh kanak-kanak. Agensi seperti jururawat, psikologis, pegawai kebajikan masyarakat dan pihak lain yang berkenaan dengan kanak-kanak dapat dijadikan rujukan. Strategi untuk mengubah tingkah laku seperti menggunakan peneguhan dan hukuman juga dapat membantu guru mengubah tingkah laku yang tidak diingini dari kanak-kanak. Kontrak merupakan antara strategi yang dapat dilaksanakan. Kontrak dapat dibuat diawal pengajaran dan pembelajaran yang dipersetujui oleh kanak-kanak dan guru. Perjanjian untuk tingkah laku yang ingin diterapkan dibuat supaya kanak-kanak sedar bahawa dia sudah membuat perjanjian denga guru tentang tingkah laku tersebut. Guru perlu sentiasa mengingatkan kanak-kanak tentang perjanjian tersebut. Selain itu, strategi modeling juga boleh dijalankan. Kanak-kanak yang lain atau guru boleh menjadi contoh kepada kanak-kanak untuk tingkah laku yang ingin diterapkan. Guru perlu menekankan dan memberitahu kepada kanak-kanak tentang tingkah laku yang ditunjukkan dan kepentingannya kepada kanak-kanak. Strategi modeling memerlukan kanak-kanak untuk sedar akan tingkah laku yang ditunjukkan, oleh itu guru perlu sentiasa mengingatkan dan menyedarkan kanak-kanak tentang tingkah laku tersebut. Ganjaran juga dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk mengingat tingkah laku yang menyebabkannya mendapat ganjaran. Ganjaran dengan sesuatu yang diminatinya akan menambah minat kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang diingini secara berulang kali. Masalah tumpuan yang dihadapai sewaktu di dalam kelas boleh diatasi dengan menempatkan kanak-kanak duduk di sebelah guru semasa berada di dalam kelas. Strategi dapat membantu guru untuk memberi perhatian yang lebih dan dapat mengawal tingkah laku hilang tumpuan kanak-kanak terhadap pengajaran yang sedang berlangsung. Selain ganjaran, hukuman juga dijalankan dengan tujuan untuk menghapus tingkah laku yang tidak diingini. Antaranya ialah, mangambil semula keistimewaan yang diberikan kepada kanak-kanak. Namun, guru amat perlu untuk menyatakan sebab tindakan tersebut dijalankan dengan jelas kepada kanakkanak. Sesuatu yang disayangi amat memberikan kesan mendalam kepada kanak-kanak jika perkara tersebut ditarik semula darinya, guru perlu tahu cara terbaik untuk menjalankan stratergi ini supaya kanak-kanak tidak berubah agresif atau tidak mahu masuk ke dalam kelas. Menurut model tingkah laku, peneguhan positif lebih digalakkan untuk pembentukan tingkah laku. Hukuman atau dendaan perlu dikurangkan supaya emosi kanak-kanak tidak terganggu.

Rumusan

Matlamat intervensi yang dijalankan sebagai pembuka jalan untuk kajian dan tindakan lain dijalankan ke atas kanak-kanak. Intervensi yang dijalankan perlu kepada tinjauan yang konsisten dari guru, ibu bapa dan pihak sekolah. Masalah tingkah laku yang dihadapi oleh Danial iaitu bertindak memukul rakan lain jika sesuatu yang diminati diambil darinya. Langkah-langkah yang diambil untuk menghapuskan tingkah laku tersebut dan menggantikannya dengan tingkah laku suka berkonsi dengan rakan lain memerlukan kepada komitmen semua pihak.

Rujukan

Jamila K.A. Mohamed, 2005, Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa, PTS Professional, Kuala Lumpur. http://www.scribd.com/doc/3991270/IP-tingkah-laku-teknik-modifikasi http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent2d.html http://myais.fsktm.um.edu.my/4794/1/3.pdf

You might also like