Professional Documents
Culture Documents
Tajuk:
Kecederaan Tulang
PENGENALAN
Salah satu organ dalam tubuh badan ialah tulang. Juga dikenali sebagai sistem rangka manusia dan suatu tisu hidup yang mempunyai bekalan saluransaluran darah dan saraf.
Suatu pergerakan hanya akan terjadi apabila dengan adanya penglibatan kerja dari sendi, otot dan juga tulang.
Definisi Kecederaan
Kecederaan pada sistem otot rangka akan memberi kesan yang negatif kepada mangsa.
Kemalangan jalan raya. Kecederaan semasa bersukan. Pukulan yang kuat. Terjatuh dari tempat tinggi. Tarikan otot.
1. 2. 3.
L A F
Tanda-tanda patah tulang yang bahaya Renjatan akibat pendarahan yang banyak Mangsa tidak sedarkan diri atau pengsan Kesakitan yang berterusn/berlarutan Demam Jari-jemari bertukar menjadi biru dan sejuk Luka bernanah
Simptom patah /retak pada diri mangsa Haus Loya / muntah Badan lemah Kebas / nyilu
RAWATAN AM
Rawat mangsa seperti mangsa renjatan Buka pakaian mangsa yang berada dikawasan patah dengan perlahan-perlahan. Jangan gerakkan kawasan patah kecuali diperlukan dan jika perlu gunting pakaian pada bahagian yang cedera. Guna teknik LAF untuk memastikan kawasan yang cedera. Periksa system saraf dan peredaran darah dengan menggunakan kata kunci CSM (peredaran, sensasi, pergerakan). Pastikan anggota yang patah tidak bergerak Jika pendarahan berlaku, hentikan pengaliran darah yang keluar. Tutup dan balut luka yang terbuka Kemungkinan pesakit pitam atau tidak sedarkan diri. Jika pernafasan pesakit terhenti, pulihkan pernafasannya Hubungi ambulans dan bawa pesakit berjumpa doKtor. Hubungi keluarga pesakit
JENIS-JENIS KECEDERAANTULANG
Keretakan Terbuka (Open atau Compound fracture)
MATLAMAT
Mencegah kehilangan darah, pergerakan dan infeksi pada bahagian kecederaan. Menguruskan penghantaran mangsa kecederaan ke hospital dan menetapkan sokongan yang selesa ketika dalam perjalanan ke hospital.
LANGKAH UNTUK RAWATAN Sokong dengan teguh anggota yang tercedera dengan tangan anda.
Balut luka dengan pembalut atau pad yang bersih dan stril ,tuam luka untuk mengawal pendarah
Letakkan kapas atau lapisan yang berkapas pada sekeliling balutan luka.Jika tulang yang tersembul keluar ,letakkan lapisan berkapas yang lembut dan tidak gebu di sekeliling tulang sehingga kita boleh membalut di sekeliling pad tersebut.
Balutlah lapisan pad dengan teguh dan sempurna. Jangan ikat dengan terlalu kuat sehingga peredaran darah terhalang Jangan digerakkan anggota yang mengalami keretakkan yang tertutup,.Jika boleh pastikan anggota yang tercedera diangkat ke atas. Hubungi 994 untuk mendapatkan bantuan ambulans.
MATLAMAT
Adalah untuk menghalang pergerakkan pada bahagian anggota yang tercedera. Menguruskan penghantaran mangsa kecederaan ke hospital dengan menetapkan sokongan yang selesa pada mangsa ketika dalam perjalanan. Seterusnya jangan mengerakkan mangsa Jangan biarkan mangsa minum atau makan sembarangan.
b)
3.1.3
c)
keretakan ringan
1.TERKEHEL
Kecederaan akibat tulang tertanggal dari sendi yang berpunca dari satu daya rentapan yang kuat.
a)
RAWATAN: MATLAMAT Untuk memelihara salur udara sentiasa terbuka dan menguruskan penghantaran mangsa ke hospital dengan segera. LANGKAH UNTUK RAWATAN Jika boleh buka salur udara dan pastikan ia sentiasa terbuka. Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan. Hubungi 994 untuk mendapatkan bantuan ambulans. b) KERETAKKAN HIDUNG DAN TULANG PIPI
RAWATAN: MATLAMAT
Untuk menggurangkan bengkak dan sakit Mengguruskan penghantaran mangsa ke hospital
LANGKAH UNTUK RAWATAN Tuam di temapat kecederaan dengan menggunakan ais bagi menggurangkan bengak, selain itu kita juga boleh menggunakan tuala yang dicelupkan dalam air untuk membuat tuaman dingin. Rawatlah pendarahan hidung dan lain pendarahan jika perlu. Hantar mangsa ke hospital
Tanda-tanda: Keadaan yang tidak selesa dan sakit dsebabkan peningkatan pergerakan rahang dan menelan Kedudukan gigi yang herot-berot Bengkak dan Lebam Luka atau lebam di dalam mulut
MATLAMAT Untuk mengawal salur udara dan mengguruskan penghantaran mangsa RAWATAN: ke hospital. LANGKAH UNTUK RAWATAN 1. Bagi seseorang mangsa yang tidak begitu serius bantulah mangsa supaya duduk dengan selesa dan kepala tunduk ke bawah, situasi ini bagi membolehkan darah lendir atau air liur keluar dari mulut atau hidung. 2. Mintalah mangsa supaya memegang lapisan pada yang lembut dibawah rahang untuk menyokong rahang tersebut. Bawalah mangsa segera ke hospital dan sokonglah rahangnya.
KECEDERAAN ANGGOTA BAHAGIAN ATAS 3.3.2a) KECEDERAAN TULANG SELANGKA YANG RETAK
MATLAMAT
Untuk menghentikan pergerakkan anggota bahagian atas pada bahagian yang tecedera Mengguruskan penghantaran mangasa ke hospital
LANGKAH UNTUK RAWATAN Dudukkan mangsa itu, depangkan lenganya yang tecedera pada dadanya.
Ampulah lengan ke atas dengan sling. Dakapkan lengan ke dada dengan menggunakan pembalut yang lebar ke atas sling. Hantar mangsa ke hospital, sebagai kes kecederaan yang boleh duduk.
MATLAMAT
Untuk menyokong anggota yang tercedera. Menguruskan penghantaran mangsa ke hospital. LANGKAH UNTUK RAWATAN Dudukkan mangsa itu. Depangkan perlahanlahan lengan yang tercedera pada dada di sudut yang boleh mengurangkan kesakitan.
Selitkan lapisan lembut pada bahagian yang tercedera antara lengan dan dada.
Hantar mangsa ke hospital ;melibatkan posisi boleh duduk.
MATLAMAT Menghentikan pergerakkan lengan tanpa mengakibatkan kecederaan ringan pada sendi. Meneruskan penghantaran mangsa ke hospital (bagi siku yang tidak boleh dibenggokkan) LANGKAH UNTUK RAWATAN
Baringkan mangsa itu dan letakkan mangsa yang tercedera pada batang badannya.
Selitkan lapikkan yang lembut di antara anggota yang tercedera dan badan mangsa untuk mempastikan bahawa balutan tidak akan menjejaskan perletakkan tulang yang patah. Balut anggota yang cedera pada badan mangsa. Mula-mula pada pergelangan tangan dan pinggul, kemudian di atas dan di bawah siku. Dail 994 untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans. Periksalah denyutan nadi pada mangsa setiap 10 minit.
MATLAMAT Hentikan perggerakkan lengan Menguruskan penghantaran mangsa kecederaan ke hospital LANGKAH UNTUK RAWATAN Dudukkan mangsa itu. Sokonglah dengan perlahan-lahan lengan bawah yang tercedera pada dada mangsa. Jika perlu rawatlah luka pada tangan.
KECEDERAAN TERHADAP TANGAN DAN JARI MATLAMAT Untuk menghentikan pergerakkan dan mengangkat tangan ke atas. Menguruskan penghantaran mangsa ke hospital. LANGKAH UNTUK RAWATAN Lindungi tangan yang tercedera dengan membalut lapisan yang berlapik lembut. Sokong tangan yang tercedera dengan sling yang terangkat ke atas. Buat simpulan pada bahagian depan anggota yang tidak cedera.
Sokonglah anggota yang tercedera dengan menggunakan sling pengangkat. Baringkan mangsa itu. Mangsa kecederaan mungkin akan berasa selesa jika berada dalam keadaan separuh duduk dengan kepala dan bahu serta badan sendeng ke arah bahagian yang cedera. Jika mangsa tidak sedarkan diri,atau pernafasanya manjadi sesak dan bising letakkan beliau dalam posisi pemulihan Dail 994 untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans.
Anda hendaklah terus memegang kepala dan leher mangsa selepas kolar dipasang pada leher.
MATLAMAT Untuk memulihkan pernafasan mangsa, jika perlu Memelihara salur udara sentiasa terbuka. Menghalang kerosakkan yang berterusan terhadap spina dan saraf tunjang. Menguruskan penghantaran segera mangsa ke hospital. LANGKAH UNTUK RAWATAN
Jika perlu bukalah salur udara mangsa. Sendengkan kepala dan angkat dagu mangsa dengan perlahan-lahan supaya kepala dan leher berada dalam posisi yang neutral.
LANGKAH UNTUK RAWATAN Jika perlu bukalah salur udara mangsa. Sendengkan kepala dan angkat dagu mangsa dengan perlahan-lahan supaya kepala dan leher berada dalam posisi yang neutral. Periksalah lagi denyut nadi dan pernafasan. Jika masih tidak kembali normal, gabungkan pengalihan udara bantuan dengan tekanan dada sehingga bantuan tiba. Jika anda terpaksa menenangkan mangsa untuk pemulihan
SAKIT BELAKANG Bahagian bawah leher dan belakang(tengkuk) merupakan bahagian anggota badan yang sering mengalami ketegangan otot atau ligament yang terseliuh. Kerosakan ceper intervertebra mungkin memberi kesakitab pada saraf tunjang atau akar-akar saraf penyambung.
Punca:
Ketegangan leher(membongkok terlalu lama, latihan terlalu aktif dan terjatuh yang uar biasa. Berpunca dari sakit buah pinggang, mengandung dan kedatangan haid.
MATLAMAT
Untuk melegakan kesakitan Untuk mendapatkan bantuan perubatan jika perlu.
Bantuan mangsa itu supaya baring dalam posisi yang selesa sama ada atas lantai atau atas tilam yang teguh.
Nasihatkan mangsa supaya berehat sehingga sakit berkurangkan dan jumpalah doktor jika gejala ini melarat.
KERETAKAN PELVIS
Kecederaan berpunca dari kemalangan terhimpit atau pukulan yang tepat dan tidak tepat atau perlanggaran kereta.
TANDA-TANDA: Tidak berupaya untuk berjalan atau berdiri walaupun kaki kelihatan sempurna.
Sakit dan lembik , bahagian pinggul, kemaluan dan belakang. Sakit melarat bila mangsa itu bergerak. Terdapat darah pada lubang kencing terutamanya pada mangsa lelaki, berkemungkinan tidak berdaya membuang air kecil atau mungkin mengalami kesakitan ketika kencing.
MATLAMAT
Untuk menghentikan pergerakan anggota bahagian bawah. Menguruskan penghantaran segera mangsa ke hospital.
LANGKAH UNTUK RAWATAN Bantulah mangsa supaya baring terlentang dengan dengan kakinya diluruskan. Bengkokkan lutut dan ampu jika keaadaan ini lebih selesa pada mangsa itu.
Hentikan pergerakkan kaki mangsa dengan dengan mambalutnya bersama. Letakkan lapik antara titik-titik tulang.
Dail 994 untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans.
KECEDERAAN PADA PAHA DAN PINGGUL TANDA-TANDA: Kesakitan pada tempat kecederaan . Tidak berupaya untuk berjalan. Tanda-tanda renjatan. Peha menjadi agak pendek kerana otot-otot yang kuat telah menarik hujung tulang yang patah. Lutut dan kaki terpusing ke depan. MATLAMAT Untuk menghentikan pergerakan anggota-anggota bahagian bawah. Menguruskan penghantaran segera mangsa ke hospital.
LANGKAH UNTUK RAWATAN Baringkan mangsa itu. Mintalah bantuan dari seseorang untuk menyokong anggota dengan memegang pada bahagian atas dan bawah kecederaan.
Luruskan bahagian bawah kaki dengan perlahan-lahan. Buat tarikan(traction) pada buku lali selari dengan anggota tersebut. Dail 994 untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans. Jika ambulans sampai awal, sokonglah kaki mangsa itu dengan tangan anda. Ambil sebarang langkah yang mungkin untuk merawat mangsa daripada serangan renjatan. Selimutkan dia daripada kesejukkan dia tetapi jangan angkat kakinya. Jika kedatangan ambulans tergendala, hentikan pergerakkan anggota dengan menganduhnya pada anggota atau kaki yang tidak cedera.
Rapatkan kaki yang tidak tercedera selari dengan kaki yang tecedera.
Kekalkan tarikan pada buku lali. Tarik dua balutan di bawah keretakan dengan menariknya ke depan dan ke belakang. Buat satu lagi balutan pada lutut dan pada buku lali. Selitkan lapik antara paha,lutut dan buku lali untuk menghalang ikatan pembalut tertanggal daripada tulang yang patah.
KECEDERAAN BAHAGIAN BAWAH KAKI Akibat oleh pukulan yang amat kuat keatas tulang kering (tibia)-contoh; kemalangan jalan raya. Mangsa mungkin tidak meyedari bahawa keretakan terjadi dan dapat berjalan tulang kering berat dantidak terjejas.
TANDA-TANDA: Kesakitan setempat Kesan dari pukulan tyang terdahulu atau rentapan pada kaki. Satu luka yang terbuka Tidak berupaya berjalan. MATLAMAT Untuk menghentikan pergerakkan kaki. Menguruskan peghantaran segera mangsa ke hospital.
RAWATAN Bantulah supaya mangsa berbaring dan sokonglah kaki yang tercedera. Jika perlu dedahkan sebarang luka dan rawatkan. Luruskan kaki dengan menggunakan tarikan pelurus pada garisan tulang kering.
Dail 994 untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans. Jika ambulans tiba dengan cepat, sokonglah kaki mangsa itu dengan menggunakan tangan anda.
Jika kedatangan ambulans tergendala, anduhlah anggota yang tercedera pada anggota yang tidak cedera. Dengan mengekalkan sokongan pada buku lali,tarik pembalut dibawah lutut dan buku lali. Letakkan pembalut pada atas dan bawah tempat yang retak dan juga pada lutut dan buku lali. Selitkan lapik antara lutut dan buku lali dan antara betis. Ikatan pembalut di sekeliling buku lali dan lutut. Kemudian atas dan bawah keretakkan. Balut dengan teguh dan hindarkan sebarang pergerakkan
BUKU LALI YANG TERSELIUH Keretakan jenis ini perlu dirawat mengikut kaedah rawatan bahagian bawah kaki. Terseliuh biasanya berpunca dari satu rentapan boleh dirawat menerusi prosedur RICE.
TANDA-TANDA: Sakit melarat akibat pergerakan atau beban yang berat pada kaki. Bengkak. MATLAMAT Untuk melegakan kesakitan dan bengkak. Mendapatkan bantuan perubatan jika perlu. LANGKAH UNTUK RAWATAN Sokonglah buku lali dalam kedudukan yang selesa. Tuam kecederaan untuk mengurangkan bengkak dengan menggunakan ais. Lapik buku lali dengan lapisan yang tebal dan kemudian balut dengan kemas. Angkat dan sokong anggota kaki yang tercedera.
MATLAMAT Untuk mengurangkan bengkak. Untuk menguruskan penghantaran mangsa ke hospital. Angkat dan sokong kaki bagi mengurangkan bengkak.
PEMBEBATAN/SPLINT
Pengenalan Membuat Splint Anggota yang patah dan tercedera perlu ditampung supaya anggota tersebut tidak bergerak. Splint boleh diperbuat daripada berbagai-bagai bahan yang boleh diperoleh dikawasan kemalangan. Bahan yang boleh dibuat penampung adalah seperti papan kecil, kayu, buku, kertas dan sebagainya. Cara membuat penampung ialah: Rapatkan penampung pada anggota yang patah. Jikalau perlu, lapikkan supaya anggota yang patah selesa.
Ikatkan penampung dengan tali atau kain. Ikatan hendaklah dibuat disebelah atas dan bawah anggota yang tercedera atau patah.
Mengurangkan sakit Mencegah berlakunya keosakan pada saraf, otot dan peredaran darah. Mengelakkan patah tertutup lebih cenderung menjadi patah terbuka.Mengurangkan pendarahan dan bengkak.
KESIMPULAN Kecederaan tulang merupakan satu kecederaan yang kompleks, ia perlu dielakkan daripada menjadi kecederaan yang lebih serius dan seterusnya menyebabkan kecacatan kepada mangsa. Oleh itu rawatan dan langkah-langkah awal pencegahan amat penting dalam kehidupan manusia.