You are on page 1of 15

iNSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS IPOH PERAK

KONSEP MODAL INSAN


Mengikut Kamus Dewan, modal diertikan sebagai kiasan sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain; manakala insan ialah perkataan Arab bererti manusia. Maka, modal insan merupakan potensi, kemahiran atau tenaga manusia yang digunakan untuk mencapai matlamat pembangunan, kemajuan, dan kemakmuran negara.

Di bawah usaha pembangunan modal insan ini, penekanan adalah ditumpukan kepada bidang penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual seperti ilmu sains, teknologi dan keusahawan, pembudayaan, sikap progresif dan pengamalan nilai, etika, moral seperti yang ditegaskan di bawah Wawasan 2020, cabaran keempat, iaitu:
Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, strategi untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara, di samping memupuk minda kelas pertama adalah disenaraikan berikut:
Melaksanakan penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem penyampaian pendidikan & latihan. Memperksakan sekolah kebangsaan utk menjadi sekolah pilihan utama rakyat Msia. Merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dengan bandar. Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti. Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) yang kukuh. Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif dan sistem nilai yang boleh diteladani. Memperluas forum perbincangan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti lapan strategi khusus utk mambangunkan modal insan. Di antara strategi khusus ini ialah: Menyediakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Program Pembestarian Sekolah bagi membantu pelajar menguasai ilmu dan kemahiran. Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran, khasnya ICT, dan ketrampilan melalui memantapkan Program Pembestarian Sekolah, Program Amalan Kebersihan Sekolah dan Kerja Amal. Memantapkan sistem dan kualiti pengukuran dan penilaian secara holistik supaya menjadikan suasana persekolahan kurang berorientasikan ujian dan peperiksaan. Memperkukuh disiplin pelajar melalui mempergiatkan Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, Kempen Pencegah Salah Laku, Program Keselamatan Jalan Raya. Melaksanakan sistem aduan masalah disiplin. Memantapkan kurikulum melalui memperluas pelaksanaan j-QAF, Pendidikan Moral dan sebagainya. Meningkatkan kerjasama Kementerian Pelajaran dengan pelbagai agensi untuk menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan modal insan.

Kerjaya membawa erti ikhtisas, profesion atau pekerjaan yang membawa peluang untuk peningkatan kemajuan atau kenaikan pangkat. Kerjaya guru boleh diertikan sebagai profesion guru yang mempunyai ikhtisas pendidikan dalam pembangunan modal insan. Ibadah ialah perkataan Arab yang bermaksud bakti atau khidmat kepada Tuhan.
Maka, kerjaya guru sebagai ibadah membawa erti profesion guru yang melaksanakan amalan atau tugas sebagai bakti atau khidmat kerana menunaikan suruhan Tuhan.

Di dalam sejarah pendidikan, kerjaya guru sebagai ibadah boleh ditinjau dari dua perspektif yang utama, iaitu :

1. Perspektif penganut agama : Islam, Buddha, Hindu, Kristian. 2. Perspektif ahli falsafah : ahli falsafah Barat dan Timur.

Mengikut The Dictionary of Important Ideas and Thinkers, Nabi Muhammad (570-632) adalah dilahir di Mecca.
Semasa masa remaja, Nabi Muhammad telah dikenali sebagai al-Amin, iaitu jujur dan boleh dipercayai. Mengikut rekod, Nabi Muhammad menerima wahyu daripada Tuhan di dalam gua Bukit Hira semasa umur 40 tahun. Di antara 610 TM, Nabi Muhammad mula berkhutbah di Mecca, berdakwah Allah yang tunggal, kedatangan hari kehakiman, dan keperluan amalan hidup moral serta pengkongsian harta dengan orang miskin.

Bagaimanapun, oleh kerana dakwah Nabi ditentang hebat oleh ramai orang di Mecca, khasnya golongan mewah, Nabi Muhammad terpaksa meninggalkan Mecca bersama dengan pengikutnya ke Yathrib pada 622TM.
Hari penghijrahan ini adalah dikenali sebagai hijrah, yang menjadi permulaan era Islam untuk semua orang Muslim. Di dalam bahasa Arab, Islam bererti mematuhi Allah, dan Muslim bererti penganut yang mematuhi.

Selepas Nabi Muhammad meninggal, Zaid Ibn Thabit mengumpulkan semua pengajaran dan pepatah Nabi Muhammad dan merekodkannya dengan Bahasa Arab dalam sebuah Kitab Suci berjudul Koran. Kitab Koran ini mengandungi 114 bab yang dikenali surahs. Kehidupan Muslim bukan sahaja berlandaskan kitab Koran, tetapi Sunnah, sesuatu koleksi yang mengandungi rekod kerja amal Nabi Muhammad, termasuk Hadith yang mengandungi pepatah-pepatahnya.

Semua Muslim adalah diwajibkan menunaikan lima tugas agama yang dikenali sebagai Tonggak Lima Islam. Di antaranya ialah: Melafazkan Shahadan, iaitu pemastian kepercayaan bahawa tiada Tuhan yang lain kecuali Allah, dan Muhammad ialah Nabinya. Sembayang menghadapi Mecca dengan melafazkan ayat Koran tertentu lima kali sehari. Berpuasa dalam bulan Ramadan, iaitu bulan ke-9 mengikut Kalendar Islam.

Membayar zakat untuk menolong orang yang miskin.


Menunai Haji, iaitu perjalanan ke Mecca untuk menunaikan Haji sekurang-kuangnya sekali sepanjang hayat hidup.

Di samping itu, menurut Nabi Muhammad, setiap orang Muslim adalah bertanggungjawab mengejar ilmu, belajar perkara baru dan mencipta alat-alatan. Misalnya, saintis Muslim merekabentuk alat pembedahan untuk hospital pertama yang mereka bina; mencipta angka 0-9, menubuhkan universiti pertama di Cairo pada tahun 970 TM, termasuk perpustakaan yang pertamanya.

You might also like