You are on page 1of 7

Soalan Individu ( Thatchayini Sakthivel)

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid-murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Persamaan antara Disiplin Canter dengan Modifikasi Tingkah laku skinner ialah dua sahaja. Yang pertama peneguhan dan yang kedua ganjaran. Dalam Sistem disiplin asertif canter, peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah lancar Guru dapat mengajar tanpa gangguan. Murid dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif.

Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner menggunakan prinsip peneguhanyang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini manakala Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model Akibat Logikal Dreikurs pula menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untukbersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.Model Modifikasi Tingkah laku Skinner sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku melalui peneguhan berkala. Peneguhan postif ialah rangsangan yang diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini manakala peneguhan negatif ialahrangsangan dikeluarkan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingi ni. Berbezadengan dendaan yang merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkantingkah laku yang tidak diingini.Model Disiplin Asertif Canter pula menekankan tentang hak guru dan muriddalam

pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam pers ekitaran bilikdarjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu,penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar.

Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam kedua-dua model ini.Saya akan memulakan dengan Model Modifikasi Tingkah laku Skinner. Antara Kekuatan untuk model ini ialah strategi-strategi modifikasi mempunyai keboleh percayaan yang tinggi di mana model ini menekankan tentang peneguhan.Murid-murid akan membetulkan tingkah laku mereka. Seterusnya ialah penggunaan strategi modifikasi tingkah laku mendesak guru menjadi lebih sedar dan peka tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Dan yang ketiga ialah program modifikasi tingkah laku memastikan agar guru menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian dispilin dalam bilik darjah.

Kelemahan Model Modifikasi tingkah laku Skinner ini pula menunjukkan murid dimanipulasi untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran yang dijanjikan dan bukan kerana kepuasan intrinsik. Yang kedua ialah model ini agak merbahaya jika digunakan oleh guru yang kurang peka dan tidak beretika dan boleh menimbulkan rasa benci dalam diri murid terhadap guru dan sekolah. Yang ketiga pula ganjaran bagi seorang murid mungkin merupakan hukuman bagi murid yang lain. Guru juga sukar mengenalpasti ganjaran yang selaras dengan keperluan setiap murid.

Kekuatan bagi Model Disiplin Asertif Canter pula ialah model in imemanfaatkan guru khususnya guru permulaan. Guru tidak perlu fikirkan bagaiman untuk menangani tingkah laku bermasalah yang timbul kerana sudah mempunyai satu rujukan sedia ada sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan olehpihak pentadbiran. Kedua ialah merupakan tindakan ke atas tingkah laku murid, danbukan wataknya. Apabila peraturan bilik darjah dilanggar, guru menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif berhubung peribadi murid yangberkenaan.Kelemahan bagi Model Disiplin Asertif Canter pula ialah keberkesanan satuprogram disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah murid-muriddaripada melakukan salah laku. Murid-murid perlu diajar bagaimana dan betapapenting menjadi seorang murid yang berkelakuan baik. Kedua, model inimewujudkan persekitaran authoritarian di mana murid hanya akur kepada kehendak guru. Murid terpaksa memikul tanggung jawab atas sebarang salah laku yang timbul.

Analisis Kajian Kes Individu (Thatchayini)


Menjalin dan membina sesebuah hubungan yang harmonis dengan murid-murid perlu melalui beberapa proses sosial yang memerlukan usaha dari pihak guru. Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid. Pertama, hubungan perlu dibina bermula dari pertama penggal persekolahan. Guru perlu menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosiemosi negatif dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Guruguru ini akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru. Guru akan meresa seronok untuk mengajar apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti P&P dengan lebih berkesan.

Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan, pujian atau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan. Sebagai contoh, Cikgu Sabrina gagal membentuk tingkah laku baik anak didiknya iaitu pelajar tahun 2.

Guru tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah dalam kelas kepada murid-murid yang memberi perhatian serta menunjukkan tingkah laku baik. Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus mengamalkan tingkah laku yang baik tersebut pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, peneguhan tersebut juga diberikan kepada murid-murid yang lain dalam kelas terutamanya mereka yang memberi perhatian serta bising di dalam kelas. Dalam masa yang singkat, sesetengah murid yang tidak memberi perhatian akan berubah sikap seperti memberi perhatian dan menunjukkan sifat baik supaya mendapat pujian atau hadiah yang telah diberikan oleh guru.

Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif terhadap mereka yang tidak mematuhi arahan guru. Guru memberi amaran yang terakhir kepada murid yang tidak mematuhi arahan guru serta bising di dalam kelas dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Sekiranya masih terdapat segelintir murid yang enggan mengubah sikapnya untuk mematuhi arahan guru serta duduk diam di dalam kelas, guru harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Pada pendapat kami, strategi-strategi berikut boleh digunakan dan dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan positif dengan murid-murid:

Strategi 1: Mengingati nama murid dan memanggil dengan nama masing-masing.

Sebagai seorang guru, kita perlulah berusaha untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan. Elakkan memanggil murid dengan menggunakan nombor pendaftaran atau nama-nama ganti diri am,contohnya, awak...,kamu..., atau berdasarkan posisi di dalam kelas contohnya awak yang duduk di belakang sekali.... kebanyakan murd berasa bangga apabila guru mengingati nama mereka. Situasi itu menandakan guru ingat dan mereka wujud dimata guru disamping menunjukkan usaha guru yang bersungunh-sungguh untuk mengenali murid-muridnya. Guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong guru mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku guru boleh memanggil nama murid dan menegurnya.

Guru juga menyebut nama murid dengan betul. Sekiranya tidak pasti akan sebutan nama murid itu, beliau perlu mendekati murid tersebut dan bertanya tentang sebutan yang betul. Elakkan daripada menyebut nama dengan salah kerana situasi ini akan mengakibatkan murid tersebut diketawakan atau dijadikan nama gelaran oleh murid-murid yang lain. Perkara ini boleh menyebabkan murid berasa malu dan membenci guru. Guru juga dinasihatkan tidak menunding jari, awak... bangun, kamu... dengar sini. Cara ini agak kasar dan tidak membantu dalam membina hubungan guru-murid. Strategi 2: Menanamkan semangat cintakan kelas/bilik darjah

Menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan murid boleh membangkitkan motivasi intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke sekolah. Guru boleh menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjadikan kelas sebagai satu tempat yang seronok untuk menimba ilmu. Guru boleh menanamkan sifat kepunyaan murid terhadap kelas melalui aktivitiaktiviti yang dilakukan bersama, misalnya mengadakan cogan kata yang melambangkan semangat ahli dalam kelas. Melalui moto kelas, guru membimbing murid untuk mencirikan sifatsifat yang mereka inginkan untuk kelas mereka.

Guru perlu mempunyai inisiatif dan membimbing murid bukan hanya mengarah dan mengatur. Bincanglah dengan murid-murid cara yang terbaik untuk menjaga keharmonian kelas. Dapatkan idea-idea bersama untuk mencantikkan kelas. Papan-papan kenyataan kelas diisi dengan bahan-bahan yang dipilih bersama murid-murid dan mengadakan giliran untuk sentiasa bertukar ganti bahan-bahan yang dipaparkan mengikut kreativiti murid. Puji dan beri peneguhan kepada usaha yang telah ditunjukkan oleh mereka. Usaha ini perlu berterusan hingga penggal akhir. Tanamkan sikap bangga dengan kelas hasil daripada usaha mereka sendiri. Rasa kepunyaan terhadap kelas boleh menghasilkan suasana kelas yang harmonis dan membangkitkan semangat setiakawan dan kepunyaan antara murid-murid dan guru-murid.

Strategi 3: Agihkan Tanggungjawab Bersama

Melibatkan murid dalam membuat keputusan dan bersama memikul tanggungjawab melibatkan kelas dan P&P merupakan salah satu strategi untuk membina hubungan antara guru-murid. Beri peluang kepada murid-murid untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan kelas, iaitu bermula dengan bersama-sama membuat peraturan bilik darjah. Guru dengan murid berbincang dan menentukan peraturan, matlamat, harapan dan sebagainya.

Hal ini berupaya mengekalkan hubungan kerja yang sempurna dalam sesebuah bilik darjah. Rogers (dim. Hook & Vass, 2000) menghuraikan proses ini sebagai proses memperbaiki dan membangun semula. Faktor personaliti yang berbeza perlu diambil kira yang mana usaha ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa beliau tidak menyimpan perasaan dendam sebaliknya menunjukkan teladan yang berkualiti. Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar yang telah membuat kesilapan sinonim dengan perlakuan guru menerima kesilapan yang dilakukan sebagai kelainan yang terdapat pada setiap pelajar.

Guru menunjukkan teladan terutamanya menggunakan kuasa yang diperuntukkan dan jelas dalam pengurusan penyelesaian konfiik di kalangan pelajar.

Pakar psikologi pernah rnengatakan bahawa hasrat inti sari rnanusia adalah rnenjadi sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual, Oleh itu, guru perIu rnenggerakkan keinginan pelajar rnelibatkan diri dalam suasana bilik darjah rnengikut hasrat hati sernulajadi. Mereka mengharapkan peranan rnereka dipuji dan diperhatikan. Interaksi sekurang-kurangnya dua hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pernbelajaran.

Sehubungan itu, murid-murid berasa diri mereka adalah sebahagian daripada bilik darjah tersebut. Hal ini boleh membina hubungan yang positif antara guru-murid. Strategi 4: Tunjukkan Keprihatinan

Guru mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-muridnya akan membantu beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan murid-muridnya. Sikap guru ini juga akan menjadi contoh yang baik kepada murid-murid untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang di persekitarannya. Guru perlu menunjukkan keikhlasan dalam menunjukkan keprihatinan. Elakkan daripada bersikap berat sebelah dengan hanya memberikan perhatian kepada kelompok-kelompok murid yang tertentu sahaja. Berilah perhatian sama rata kepada semua murid. Muris-murid dapat mengetahui sama ada seseorang guru itu mengambil berat atau tidak.

Guru perlu mengetahui latar belakang dan personaliti murid. Kadangkala muridmuris malu untuk bersemuka dengan guru. Oleh itu, guru perlu tahu cara yang sesuai untuk mengenali latar belakang murid-muridnya. Guru boleh membuat semakan butir-butir peribadi melalui rekod yang disimpan. Guru juga boleh bertanya kepada guru terdahulu yang pernah mengajar murid-muridnya. Adalah penting untuk seseorang guru mengetahui personaliti anak didiknya. Guru boleh memberi murid-muridnya ujian personaliti yang ringkas supaya guru boleh mendapat gambaran awal tentang perawakan murid-muridnya. Selain itu, guru boleh membuat pemerhatian sendiri terhadap anak muridnya. Settelah mengetahui sedikit sebanyak tentang personaliti anak-didiknya, guru boleh menggunakannya untuk mendekati dan memahami murid dan seterusnya membantu mereka sekiranya mereka menghadapi masalah akademik, sosial dan emosi.

Kadangkala, murid-murid malu dan segan untuk meluahkan masalah dan perasaan kepada guru secara bersemuka. Guru boleh menggunakan pelbagai cara yang lain. Contohnya, aktiviti mrnghantar surat kepada guru atau menulis jurnal harian dan dihantar secara peribadi kepada guru. Selain itu, guru boleh menggunakan kemudahan teknologi. Guru boleh menyuruh murid menghantar e-mail kepada guru untuk menceritakan kisah atau masalah peribadinya.

Luangkanlah masa untuk membaca dan mendengar isi hati murid. Keprihatinan guru mendengar dan mengambil berat tentang diri murid menolong membina hubungan baik antara guru dengan murid. Murid yang rapat dengan guru dapat membantu menghindarkan murid daripada terjebak dalam masalah peribadi dan disiplin.

You might also like