You are on page 1of 4

1

a)

Saya

telah

menjalankan

Pengalaman

Berasaskan

Sekolah

di

SEKOLAH

KEBANGSAAN PERPADUAN . Di sekolah tersebut, saya telah memerhatikan kelas darjah 5 pada waktu Pendidikan Jasmani dijalankan. Sebelum saya memulakan kajian saya, saya telah mendapatkan kebenaran guru. Saya telah mengkaji beberapa aspek. Aspek pertama ialah tentang aktiviti memanaskan badan. Perkara ini telah dijalankan sebelum murid kelas itu mula bermain. Aktiviti ini telah dijalankan tanpa pemerhatian guru pendidikan jasmani kerana mereka telahpun diberi pendedahan tentang aktiviti memanaskan badan. Mereka mulakan aktiviti memanaskan badan dari atas ke bawah iaitu mula dari kepala sehingga ke hujung jari. Semasa mereka melakukan aktiviti ini, mereka kira satu hingga lapan untuk setiap satu pergerakan aktiviti memanaskan badan. Pelbagai jenis aktiviti memanaskan badan telah dijalankan. Antaranya, pergerakan regang tengkuk, regang bahu, regang selangka, regang badan, menunduk sambil memegang jari kaki, peluk lutut, regang peha, lompat setempat.kawat setempat dan diakhiri dengan tarik nafas. Selepas kesemua aktiviti ini telah dijalankan, barulah guru itu memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Selepas kesemua aktiviti telah dilaksanakan, saya memanggil beberapa orang murid dan bertanya pada mereka tentang kepentingan melakukan aktiviti memanaskan. Rupa-rupanya mereka mengetahui kepentingan melakukan aktiviti memanaskan badan. Lalu saya mengucap tahniah pada mereka dan guru mereka Pn Surayati.

b) Saya mendapat peluang untuk melihat Rancangan Pelajaran Harian Pn.Surayati. Rancangan beliau adalah sangat ringkas dan padat. Disitu beliau tidak mencatatkan masa, untuk setiap aktiviti yang akan beliau jalankan. Akan tetapi, rancangan aktiviti adalah serupa dengan aktiviti yang dikendalikan. Masa yang diperuntukan untuk Subjek pendidikan Jasmani pada satu minggu ialah 60 minit. Iaitu 2 masa. Sebelum waktu Pendidikan Jasmani bermula, Pn.Surayati telahpun bersedia dengan peralatan yang diperlukanya untuk aktiviti pada hari itu. Pada pendapat beliau ia akan mengambil masa jika murid sendiri mengambil peralatan daripada bilik stor. Ada juga murd akan curi tulang jika guru tidak memerhatikanya. Selepas tiba masanya, beliau membawa murid-muridnya ke padang. Setelah sampai mereka mula untuk membuat warming up dalam kumpulan. Pn Surayati memerhatikannya sambil menceritakan kepentingan warming up. Warming up ini mengambil masa selama 10 minit.

Selepas warming up, Pn.Surayati memulakan aktivitinya iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk kumpulan. Semua murid dapat melakukan sekurang-kurangnya 5 pergerakan lokomotor dan 6 pergerakan bukan lokomotor. Selepas kesemua aktiviti yang dirancang sudahpun dikendalikan maka, tinggal lagi masa selama 12 minit. 10 minit yang asal ini cikgu menggunakanya untuk tujuan cooling down. 2 minit yang akhir itu digunakan untuk menyimpan alatan di stor sukan. Maka, selesainya Pengajaran dan Pembelajaran pada hari itu dengan jayanya. Tujuan P&P hari itu tercapai.

c) Pengajaran dan Pembelajaran untuk subjek pendidikan jasmani dan kesihatan berlaku dengan baik sekali. Walaupun begitu, ada juga penambahbaikan yang boleh kita buat supaya pada masa yang akan datang, P&P kita dapat dijalankan dengan lebih teratur. Antaranya ialah, Guru perlu menerangkan peraturan aktiviti sebelum memulakan . Dalam perhatian saya, guru tidak menjelaskan peraturan pengendalian peralatan serta peraturan aktiviti. Ini menyebabkan berlaku kesilapan semasa murid sedang melakukan permainan. Pada pendapat saya, guru perlu melakukan beberapa penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran beliau. Guru perlu memberikan penjelasan yang sempurna tentang segala aktiviti yanga akan dilakukan pada awal pembelajaran. Selain itu, guru juga harus mengajar aktiviti pendidikan jasmani mengikut tahap murid. Aktiviti tersebut perlulah sesuai mengikut umur murid. Guru juga perlu menerangkan peraturan aktiviti sebelum memulakan. Dalam perhatian saya, guru tidak menjelaskan peraturan pada awalnya. Ini menyebabkan berlaku kesilapan semasa murid aktif melibatkan diri dalam permainan. d)

2) Kesemua aktiviti yang dijalankan di sekolah adalah aktiviti yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran. Maka, aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah amat sesuai dengan pelajar tahun 5 dan juga ia mengikut tahap muridnya. Saya berpendapat bahawa aktiviti yang dijalankan oleh Pn.Surayati tidak membahayakan murid kerana aktiviti yang dibuatnya adalah mengikut sukatan pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dan ianya mengikut kebolehan murid itu sendiri. Aktiviti yang dijalankan juga langsung tidak membahayakan otot-otot, sendi dan lain anggota badan.

3) Semasa saya memerhatikan kelas Pn.Surayati saya mendapati beliau telahpun membuat perancangan awal dengan baik. Maksudnya, suatu aktiviti yang dirancang perlu diikuti dengan peralatan mainannya. Pergerakan Lokomotor dan bukan Lokomotor adalah tajuk yang diajar pada hari itu. Maka Pn.Surayati telah bersedia dengan peralatan-peralatan yang diperlukanya berdasarkan dengan rancangan pelajaran harianya. Contoh peralatan yang diguna pakai ialah gelung, pundi kacang, kon. Pn.Surayati mengatakan bahawa jika boleh bekalkan setiap orang satu alatan supaya murid-murid dapat menggunakan alatan dengan sepenuhnya sehingga ke akhir waktu. Pn.Surayati mengajar tajuk Pergerakan Lokomotor dan bukan Lokomotor dalam bentuk aktiviti kumpulan. Pada mulanya beliau membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti di setiap setiap stesen yang disediakan dengan peralatan dan tidak. Pada steen yang tidak dibekalkan dengan peralatan maka,murid itu perlu membuat satu pergerakan lokomotor yang berlainan daripada kawanya. Setelah kesemua aktiviti ini selesai dengan jayanya, maka saya dapat merumuskan kesimpulan saya. Saya mendapari murid-murid tahun 5 dapat menggunakan alatan dengan cara yang baik. Mereka mengetahui cara mengendalikan alatan permainan yang dibekalkan pada mereka. Mereka juga mendengar arahan guru dan tidak bercakap diantara mereka. Jika seseorang guru menggunakan alatan yang pelbagai untuk mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, maka murid-murid akan berasa lebih seronok dan ini akan membolehkan mereka untuk terus aktif dalam melibatkan diri dalam kesemua aktiviti yang dijalankan.

You might also like