You are on page 1of 22

BAB 9: STABILITI

9.1 PUSAT GRAVITI MEMPENGARUHI KESTABILAN OBJEK. 9.2 KEPENTINGAN KESTABILAN DALAM KEHIDUPAN.

Apa itu stabiliti?


Kestabilan sesuatu objek merujuk pada keupayaan objek tersebut mengekalkan kedudukan asal.

PUSAT GRAVITI OBJEK


Apa itu titik keseimbangan? titik keseimbangan ialah satu titik di mana seluruh berat objek bertindak ke atasnya. Titik keseimbangan objek juga dikenali sebagai pusat graviti objek.

Titik Keseimbangan / Pusat Graviti

Daya graviti bertindak ke atas setiap bahagian objek. Walau bagaimanapun, berat badan boleh dianggap tertumpu pada satu titik. Titik ini adalah pusat graviti. Objek boleh diseimbangkan apabila disokong pada pusat graviti.

Pusat graviti objek berbentuk sekata


Pusat graviti bagi objek berbentuk sekata biasanya terletak di tengah-tengah objek.

Titik keseimbangan objek berbentuk tidak sekata


Titik kesimbangan untuk objek berbentuk tidak sekata tidak semestinya terletak di tengah objek itu.

Menentukan Titik Keseimbangan Untuk Objek Tidak Sekata

Kadbod digantung berturut dari titik A, B, dan C bersama-sama dengan garisan benang.

Ini bermakna, titik keseimbangan bagi bentuk yang tidak sekata ini terletak di titik persilangan antara 3 garisan tersebut.

Kedudukan pusat graviti bagi objek

Luas tapak objek

Faktor yang mempengaruhi stabiliti objek

Kedudukan pusat graviti


Semakin rendah pusat graviti sesuatu objek, semakin stabil objek tersebut.

Keluasan tapak objek


Semakin besar keluasan tapak sesuatu objek, semakin stabil objek tersebut.

Bagi dua objek yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama, objek yang lebih berat adalah lebih

stabil daripada objek yang lebih ringan.

CARA UNTUK MENINGKATKAN STABILITI SESUATU OBJEK

Merendahkan pusat graviti objek

Meningkatkan keluasan tapak

9.2 KEPENTINGAN KESTABILAN DALAM KEHIDUPAN

KEPENTINGAN STABILITI
Struktur sesuatu objek adalah penting untuk menentukan kestabilannya. Tapak kaki manusia yang luas membolehkan manusia mengekalkan keseimbangannya semasa berdiri. Haiwan yang berkaki empat biasanya mempunyai luas tapak yang besar dan postur badan yang rendah untuk meningkatkan kestabilannya.

Aplikasi Stabiliti Dalam Kehidupan Seharian

You might also like