You are on page 1of 70

1.

PENGENALAN

Tugasan ini memerlukan kami untuk mencari, mengumpul, mengolah, dan memahami maklumat berkenaan aktiviti prabacaan, aktiviti penulisan, pemulihan bacaan, dan pemulihan tulisan dengan menggunakan peta minda serta menggunakan alat bantu mengajar untuk aktiviti pemulihan dengan menghasilkan dan menggunakan teknik sama ada boneka atau permainan bahasa secara berpasangan. Hasil daripada perbincangan, kami telah memilih untuk menghasilkan satu bahan bantu mengajar yang berasaskan daripada aktiviti prabacaan dan penulisan. Kami telah menghasilkan dua set kad kalendar yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah untuk merangsang minda dan menarik minat murid-murid supaya tahap penglibatan mereka semakin meningkat dan hal ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada usaha kerajaan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan rakyat Malaysia.

2.1

AKTIVITI PRABACAAN 2.1.1 DEFINISI, KONSEP DAN AKTIVITI

Membaca adalah merupakan salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan antara punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan bahawa kegagalan mereka dalam membaca akan membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan terdapat beberapa definisi bagi menjelaskan maksud bacaan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), membaca ialah satu tindakan komunikasi, iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan, dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa. Membaca juga memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks yang bercetak. (Cohen, 1990 dalam Siti Hajar Abdul Aziz). Membaca mempunyai dua proses asas, iaitu nyah kod ( decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara hurufhuruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala proses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan mengikut konteks. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula menyatakan bahawa bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999).

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata. Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti membezakan bentuk. Objektifnya ialah untuk mengecam bentuk yang berlainan di dalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankan yang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti lain seperti memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atau urutan huruf, aktiviti bendabenda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan mobil abjad. Pada peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyak lagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan. Permainan lain seperti Di Manakah Saya, Permainan Kad Nama, Pokok Nama dan aktiviti membina perkataan,

Membaca mempunyai dua proses asas, iaitu nyah kod (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan.

Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.

DEFINISI, KONSEP DAN AKTIVITI PRABACAAN

Kenedy (1981) pula menyatakan bahawa bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). AKTIVITI

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.

Rajah 2.1.1

Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan Aktiviti membezakan bentuk Aktiviti pengamatan penglihatan Aktiviti kordinasi psikomotor Aktiviti meneka bentuk Aktiviti memadan huruf Aktiviti nama saya Aktiviti kotak huruf

2.1.2 KAEDAH MENGAJAR KANAK-KANAK MEMBACA DI PERINGKAT AWAL Masalah kanak-kanak di sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca dengan fasih adalah merupakan masalah utama yang perlu diatasi segera oleh guru-guru di sekolah. Kemahiran 3M (Membaca, mengira dan menulis) adalah merupakan alat asas bagi seseorang untuk meneroka ilmu, mencipta dan

berkomunikasi bagi berinteraksi antara individu yang lain. Erti kata lain, kemahiran 3M merupakan kemahiran-kemahiran yang penting untuk dikuasai kerana ia melibatkan urusan kehidupan seharian. Bagi membendung masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak, satu penyelesaian perlu dilaksanakan pada peringkat awal. Peringkat permulaan membaca ditafsirkan sebagai peringkat permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid tahap satu. Kebanyakan daripada murid-murid yang memerlukan intervensi awal adalah normal dari segi keupayaan atau kebolehan dalam pembelajaran. Antara kaedah tersebut ialah kaedah abjad. Kaedah abjad dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu iaitu a, b, c, sehingga z. Murid-murid akan diajar untuk menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya. Dalam mengajar murid-murid untuk menghafal nama-nama huruf ini, penggabungjalinan antara bahasa Melayu dan Pendidikan Muzik turut digunakan di mana murid-murid diajar menerusi nyanyian dan menggunakan huruf-huruf sebagai lirik. Pengajaran akan beransur daripada mudah kepada sukar di mana murid-murid akan diajar berkenaan huruf-huruf vokal iaitu a, e, i, o, dan u. Kemudian, beralih pula kepada pembinaan suku kata seperti ba, be, bu, da + du dan sebagainya. Penggunaan Bahan Bantu Belajar amat membantu guru bagi membolehkan murid menguasai aktiviti membaca. Pengajaran ini diikuti pula dengan mengeja perkataanperkataan. Kemudian, barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek. Secara purata, murid-murid hanya mengambil masa antara tiga hingga empat bulan untuk mengetahui nama-nama huruf dan membaca ayat.

Kaedah seterusnya iaitu kaedah Pandang dan Sebut. Kaedah ini pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (Whole Word) dan boleh dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap huruf. Maka, Kaedah Pandang dan Sebut ini dijadikan sebagai asas untuk mengajar murid-murid membaca. Perkataan-perkataan yang diajar akan ditunjukkan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkan. Sebagai contoh, perkataan cawan ditulis di bawah gambar cawan dan sebagainya. Penggunaan kad-kad imbasan juga dapat dilakukan dengan menunjukkan gambar dan perkataan yang berkaitan. Maka, dalam kaedah ini, murid-murid akan cuba untuk mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk meningkatkan kemahiran membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum boleh membaca ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf yang mewakilinya. Seterusnya ialah Kaedah Suku Kata di mana dalam melaksanakan aktiviti seperti ini murid-murid akan diajar untuk menyebut nama huruf abjad A hingga Z, huruf besar dan kecil, menyebut sukukata V(vokal) dan KV (konsonan+vokal), mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat penggunaan Bahan Bantu Belajar yang sesuai diperlukan bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kaedah Fonik pula menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi, tanpa mengingat nama huruf. Bermula huruf vokal, diikuti konsonan dan seterusnya pembentukan suku kata serta perkataan bermakna. Aktiviti yang boleh dilakukan seperti membunyikan huruf dengan asosiasi benda (Bahan

Bantu Belajar). Aktiviti membentangkan suku kata dan perkataan ialah menyuruh murid menyebut atau membunyikan perkataan tanpa membatang suku kata menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB). Aktiviti seterusnya ialah membaca frasa dan ayat, di mana dengan menggunakan Bahan Bantu Belajar, murid dikehendaki membaca frasa, diikuti aktiviti membaca ayat yang lengkap. 6

KAEDAH MENGAJAR KANAK-KANAK MEBACA DI PERINGKAT AWAL KAEDAH ABJAD Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan frasa, membaca ayat dan aktiviti mengeja menggunakan Bahan Bantu Belajar yang sesuai. KAEDAH SUKU KATA Menyebut nama huruf abjad A hingga Z, huruf besar dan kecil, menyebut sukukata V(vokal) dan KV (konsonan+vokal), mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti menyebut perkataan, mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu, barulah huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki membina dan membaca ayat.

KAEDAH FONIK Menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi, tanpa mengingat nama huruf. Bermula huruf vokal, diikuti konsonan dan seterusnya pembentukan sukukata serta perkataan bermakna. Aktiviti yang boleh dilakukan seperti membunyikan huruf dengan asosiasi benda (Bahan Bantu Belajar).

Rajah 2.1.2

2.1.3 KESEDIAAN MEMBACA Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun perigkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi pula, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Dari segi umur, terdapat kanak-kanak yang sudah bersedia membaca seawal umur empat tahun dan terdapat juga kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Selain daripada faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran turut mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama. Menurut Syed Abu Bakar (1994), beliau menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca 8

bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kankakanak, ibu bapa dan guru. Beliau berpendapat, konsep kesed iaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak, dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan

menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca, cuma bentuknya berbeza.

Rajah 2.1.3

KESEDIAAN MEMBACA

Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alatalat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.

Dari segi emosi pula, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita.

Dari segi mental, kemampuan kanakkanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.

Dari segi umur, terdapat kanak-kanak yang sudah bersedia membaca seawal umur empat tahun dan terdapat juga kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Faktor persekitaran mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama. 10

2.1.4 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

Pengajaran dan pembelajan bacaan yang dijalankan perlulah berfokus kepada dua kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap (bacaan mentalis). Kemahiran membaca mekanis lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan, intonasi dan gaya membaca. Manakala bacaan senyap merupakan kemahiran membaca untuk memahami dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan. Pengajaran kemahiran bacaan hendaklah dilaksanakan secara berperingkat supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam nota kuliah Zaleha Tambi Adam, pengajaran bacaan terdapat lima peringkat iaitu peringkat menyediakan murid, peringkat mendirikan asas, peringkat melatih membaca dan memaham, peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat, dan peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca. Dalam peringkat menyediakan murid, guru perlulah mengetahui tahap kesediaan membaca dan kemahiran sedia ada murid semasa murid-murid mula memasuki sekolah. Hal ini dapat membantu guru dalam melakukan penyediaan murid bagi pelajaran membaca. Seterusnya ialah peringkat mendirikan asas di mana pada peringkat ini, guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan bahan bacaan yang sesuai dan menarik. Bahan bacaan yang digunakan adalah menarik, ringkas dan bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini, galakan dan motivasi perlu diberikan pada murid secara berterusan. Peringkat seterusnya ialah melatih membaca dan memaham. Selain daripada aspek pemilihan bahan bacaan yang baik, aspek sebutan, kelancaran dan pemahaman

11

perlulah ditekankan oleh guru. Persoalan yang dicetus oleh guru berkaitan bahan bacaan mampu meningkatkan kefahaman murid. Setelah murid-murid sudah mampu untuk membaca dengan lancar dan memahami isi bahan bacaan yang dibaca, guru perlu memupuk murid untuk menggunakan kemahiran ini dengan memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan mengisi masa lapang. Peringkat ini merupakan meringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat. Peringkat yang terakhir ialah peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca. Sikap ini perlulah dipupuk dan diterapkan semasa peringkat awal persekolahan supaya menjadi sebati dalam diri murid. Antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk proses penerapan ini ialah dengan mengadakan pertandingan membaca, pameran buku, dan peraduan mengarang di sekolah.

12

PERINGKAT MENDIRIKAN ASAS


PERINGKAT MENYEDIAKAN MURID

Guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan bahan bacaan yang sesuai dan menarik. Bahan bacaan yang digunakan adalah menarik, ringkas dan bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini, galakan dan motivasi perlu diberikan pada murid secara berterusan.
PERINGKAT MELATIH MEMBACA DAN MEMAHAM

Guru perlulah mengetahui tahap kesediaan membaca dan kemahiran sedia ada murid semasa memasuki murid-murid sekolah. mula Hal ini

dapat membantu guru dalam melakukan penyediaan murid bagi pelajaran membaca.

Selain daripada aspek pemilihan bahan bacaan yang baik, aspek sebutan,
PERINGKATPERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

kelancaran dan pemahaman perlulah ditekankan oleh guru. Persoalan yang dicetus oleh guru berkaitan bahan bacaan mampu meningkatkan kefahaman murid.

PERINGKAT MEMBINA DAN MENGUKUHKAN SIKAP GEMAR MEMBACA

PERINGKAT MELATIH MEMBACA UNTUK HIBURAN ATAU MENCARI MAKLUMAT

ini perlulah dipupuk dan diterapkan semasa peringkat awal persekolahan supaya menjadi sebati dalam diri murid. Antara kaedahkaedah yang digunakan untuk proses penerapan ini ialah dengan mengadakan pertandingan membaca, pameran buku, dan peraduan mengarang di sekolah.

Sikap

murid-murid sudah mampu untuk membaca dengan lancar dan memahami isi bahan bacaan yang dibaca, guru perlu memupuk murid untuk menggunakan kemahiran ini dengan memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan mengisi masa lapang.

Setelah

Rajah 2.1.4

13

2.2

AKTIVITI PENULISAN 2.2.1 DEFINISI Penulisan merupakan elemen yang penting bagi memantapkan penguasaan

murid dalam bahasa tulisan. Bagi pendapat kami, penulisan merupakan satu cara untuk meluahkan apa yang difikir dan menyampaikan idea yang ada dalam bentuk tulisan. Menurut Rahimah Haji Sabran (1988), beliau menyatakan bahawa penulisan ialah proses melahirkan perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan lagi bahasa yang dapat dibaca dan difahami. Juriah Long et.al (1990) pula menyatakan bahawa penulisan merupakan cara untuk berkomunikasi melalui bentuk grafik. Hal ini bermaksud penulisan menjadi platfom untuk manusia berhubung antara satu sama lain dalam bentuk bukan lisan. Winterword W.R & Nixon J.J (1989) berpendapat bahawa penulisan ialah proses untuk menghasilkan wacana. Wacana yang dimaksudkan ialah sebagai percakapan atau penulisan yang menyatakan sesuatu yang agak panjang. Wacana sendiri mempunyai topik dan sempadan yang biasanya lebih daripada satu ayat (Ng 1984). Weiner (1967) menyatakan penulisan berkait rapat dengan individu yang ingin mempelajari penulisan dengan cara yang betul dan serius. Manakala Siti Hajar Abdul Aziz (2009) berpendapat bahawa menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat. Seterusnya, Syed Hasan Al-Atas berpendapat bahawa penulisan merupakan satu bentuk kemahiran yang penting dalam Islam. Melalui penulisan, pelbagai bentuk pengetahuan dapat disampaikan. Ia merupakan medium dalam bidang keilmuan dari satu generasi ke generasi yang lain.

14

Rajah 2.2.1

Rahimah Haji Sabran (1988) menyatakan bahawa penulisan ialah proses melahirkan perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan lagi bahasa yang dapat dibaca dan difahami.

Juriah Long et.al (1990), penulisan merupakan cara untuk berkomunikasi melalui bentuk grafik.

Winterword W.R & Nixon J.J (1989) berpendapat bahawa penulisan ialah proses untuk menghasilkan wacana.

Weiner (1967) menyatakan penulisan berkait rapat dengan individu yang ingin mempelajari penulisan dengan cara yang betul dan serius.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) berpendapat menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat.

Syed Hasan Al-Atas berpendapat bahawa penulisan merupakan satu bentuk kemahiran yang penting dalam Islam. Melalui penulisan, pelbagai bentuk pengetahuan dapat disampaikan. Ia merupakan medium dalam bidang keilmuan dari satu generasi ke generasi yang lain. 15

2.2.2 PERINGKAT-PERINGKAT PENULISAN Menulis merupakan proses yang berurutan daripada satu peringkat ke peringkat yang berikutnya. Secara umumnya, penulisan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Antaranya ialah : 1. Persediaan 2. Percubaan 3. Prakomunikasi 4. Suku kata 5. Menulis ayat 6. Memperluas dan menambahkan maklumat. Peringkat pertama dalam penulisan ialah persediaan. Pada peringkat ini, kanakkanak akan mula belajar untuk menulis. Mereka akan diberikan aktiviti seperti melakar dan menconteng apabila diberikan alat tulis. Dalam peringkat ini, kanak-kanak akan mula menunjukkan minat terhadap alat-alat tulis dan bahan bercetak. Pada peringkat kedua pula, kanak-kanak akan cuba untuk melakar atau melukis sesuatu terutama gambar-gambar yang dilihat kemudian menceritakan tentang apa yang dilukisnya itu. Hal ini bermaksud mereka akan mula melukis gambar yang mempunyai bentuk yang dikenali dan juga menulis bentuk-bentuk huruf tertentu. Seterusnya, di peringkat prakomunikasi, kanak-kanak akan mula belajar menulis nama mereka dan huruf-huruf yang baru dipelajari. Kadang kala, mereka akan mengeja sesuatu perkataan yang diketahui secara rambang. Selain itu, kanak-kanak ini juga akan lebih kerap menulis, membuat eksperimen dalam penggunaan huruf, menulis lebih daripada satu perkataan, penggunaan huruf besar dan kecil dan mula memberikan perhatian pada jarak huruf dan perkataan serta ruang antara garisan. Peringkat yang keempat merupakan suku kata. Pada peringkat ini, murid-murid akan mula menulis perkataan mengikut bunyi yang didengari. Secara umumnya, mereka sudah tahu menggunakan huruf konsonan dan vokal bagi membina perkataan.

16

Walau bagaimanapun, kesalahan dalam menulis kerap berlaku kerana mereka keliru dengan bentuk huruf yang hampir sama. Pada peringkat menulis ayat, murid-murid akan didedahkan dengan ayat-ayat pendek. Murid-murid akan mula mencantumkan sesuatu perkataan bagi membina ayat mudah dan menulis lebih daripada satu ayat. Mereka juga mempelajari untuk menggunakan kata hubung bagi menghubungkan ayat, dan bertambah baik dari segi ejaan dan ayat. Pada peringkat terakhir iaitu memperluas dan menambah maklumat, murid-

murid sudah berupaya memilih perkataan dengan tepat, menghasilkan perenggan secara teratur dan menggunakan tanda baca yang betul. Tambahan lagi, mereka juga boleh menambahkan maklumat yang ada dengan menggunakan idea atau pendapat mereka sendiri.

17

1.Persediaan

4. Suku Kata

2.Percubaan

PERINGKATPERINGKAT PENULISAN

5. Menulis Ayat

3. Prakomunikasi

6. Memperluas dan menambah maklumat

Rajah 2.2.2 18

2.2.3 JENIS-JENIS PENULISAN

2.2.3.1

PENULISAN TERKAWAL

Penulisan terkawal merupakan tahap asas bagi murid-murid untuk belajar menulis karangan. Penulisan ini merujuk kepada karangan yang kandungan isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru. Hal ini bermaksud, murid-murid sudah disediakan dengan isi dan perkataan. Murid-murid hanya perlu menyalin semula isi yang diberikan dengan tersusun mengikut aturan. Selain itu, penulisan terkawal ini bertujuan untuk mengurangkan kesilapan bahasa dan kesukaran mengolah isi karangan oleh murid. Didalam jenis penulisan ini, perkara yang dititikberatkan ialah tahap kelancaran murid dalam penggunaan bahasa dan menyatakan pendapat. Latihan penulisan terkawal ini akan diberikan khusus kepada murid-murid yang mula belajar menulis karangan atau murid-murid yang lemah penguasaan bahasanya. Oleh itu, guru haruslah bertanggungjawab untuk mempelbagaikan latihan. Terdapat pelbagai aktiviti penulisan terkawal yang boleh dilaksanakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu : i. Mengisi tempat-tempat kosong didalam petikan dengan menggunakan perkataan yang disediakan. ii. iii. iv. v. Melengkapkan ayat dengan menggunakan perkataan dalam kurungan. Membina ayat dengan kata penerang. Menyambungkan ayat bagi melengkapkan cerita berpandu. Mencantumkan dua ayat dengan menggunakan kata penghubung yang sesuai. vi. Menulis ayat dengan tanda baca yang sesuai.

2.2.3.2

PENULISAN SEPARA TERKAWAL

Penulisan separa terkawal bermaksud aktiviti penulisan murid yang tidak sepenuhnya dikawal oleh guru. Penulisan separa ini hampir sama dengan aktiviti 19

penulisan terkawal tetapi guru akan memberi sedikit kelonggaran untuk murid menggunakan daya pemikiran mereka. Sebagai contoh, dalam karangan yang diberikan, murid-murid diberi peluang untuk menggunakan perkataan sendiri untuk meluahkan idea. Antara aktiviti penulisan separa terkawal ialah : i. ii. Melengkapkan karangan pendek dengan menggunakan perkataan sendiri. Menyusun semula cerita mengikut urutan supaya menjadi karangan yang bermakna. iii. Membina ayat dengan menggunakan rangkai kata untuk menghasilkan ayat. iv. v. Membina soalan atau ayat mudah berdasarkan gambar yang diberi. Menyusun semula perenggan untuk menjadikannya karangan yang lengkap.

2.2.3.3

PENULISAN BERPANDU

Penulisan berpandu bermaksud murid dipandu dalam menghasilkan aktiviti penulisan. Kebiasaannya, dalam menghasilkan penulisan berpandu, murid-murid akan dibekalkan dengan isi, susunan perenggan dan format karangan. Hal ini kerana supaya murid-murid kurang melakukan kesalahan tatabahasa dan format penulisan. Oleh itu, antara aktiviti penulisan berpandu yang boleh dilaksanakan oleh guru didalam kelas termasuklah :

i. ii. iii.

Membina ayat berdasarkan gambar bersiri. Menghasilkan karangan yang telah diberikan isi-isi yang disenaraikan. Membina karangan berpandukan perenggan permulaan yang telah disediakan.

iv.

Membina karangan berpandukan perenggan penutup yang telah disediakan.

v.

Menulis semula cerita yang diperdengarkan oleh guru.

20

2.2.3.4

PENULISAN BEBAS

Penulisan bebas merupakan peringkat tertinggi dalam penulisan. Hal ini kerana murid diberikan sesuatu tajuk dan mereka bebas untuk menghasilkan penulisan mereka sendiri. Penulisan bebas ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa dan meluahkan idea mereka. Penulisan bebas boleh terdiri daripada menghasilkan karangan berformat seperti surat kiriman, dialog, atau laporan. Manakala karangan tidak berformat pula ialah pengalaman, cerita, fakta, autobiografi dan perbincangan. Antara aktiviti dalam penulisan bebas ini ialah seperti : i. ii. iii. iv. Membaca dan memahami tajuk karangan. Menyenaraikan isi-isi penting. Menyusun isi mengikut urutan. Membuat huraian bagi setiap isi-isi penting.

Membina karangan yang menepati format.

21

Jenis-Jenis Penulisan
1. Penulisan Terkawal

Huraian / Aktiviti
Tahap asas murid belajar menulis karangan. Merujuk kepada karangan yang kandungan isi dan bahasa sedia terkawal oleh guru. Bertujuan untuk mengurangkan kesilapan bahasa dan kesukaran mengolah isi karangan oleh murid. Contoh : vii. Mengisi tempat-tempat kosong didalam petikan dengan menggunakan perkataan yang disediakan. viii. Melengkapkan ayat dengan menggunakan perkataan dalam kurungan. ix. x. xi. Membina ayat dengan kata penerang. Menyambungkan ayat bagi melengkapkan cerita berpandu. Mencantumkan dua ayat dengan menggunakan kata

penghubung yang sesuai. xii. 1. Penulisan Separa Terkawal Menulis ayat dengan tanda baca yang sesuai. Aktiviti penulisan murid yang tidak sepenuhnya dikawal oleh guru. Merujuk kepada karangan yang diberikan sedikit kelonggaran dalam penggunaan perkataan. Contoh : vi. Melengkapkan karangan pendek dengan menggunakan perkataan sendiri. 22

vii.

Menyusun semula cerita mengikut urutan supaya menjadi karangan yang bermakna.

viii.

Membina ayat dengan menggunakan rangkai kata untuk menghasilkan ayat.

ix.

Membina soalan atau ayat mudah berdasarkan gambar yang diberi.

x.

Menyusun semula perenggan untuk menjadikannya karangan yang lengkap.

2. Penulisan Berpandu

Murid dipandu dalam menghasilkan aktiviti penulisan. Murid dibekalkan dengan isi, susunan perenggan dan format karangan. Contoh : vi. vii. Membina ayat berdasarkan gambar bersiri. Menghasilkan karangan yang telah diberikan isi-isi yang disenaraikan. viii. Membina karangan berpandukan perenggan permulaan yang telah disediakan. ix. Membina karangan berpandukan perenggan penutup yang telah disediakan. x. Menulis semula cerita yang diperdengarkan oleh guru.

23

3. Penulisan Bebas

Merupakan peringkat tertinggi dalam penulisan. Murid diberikan sesuatu tajuk dan mereka bebas untuk menghasilkan penulisan mereka sendiri. Contoh : v. vi. vii. viii. ix. Membaca dan memahami tajuk karangan. Menyenaraikan isi-isi penting. Menyusun isi mengikut urutan. Membuat huraian bagi setiap isi-isi penting. Membina karangan yang menepati format.

Jadual 2.2.3.4

24

2.2.3.5

KESALAHAN BAHASA DALAM PENULISAN

Walaupun seseorang murid itu telah menguasai kemahiran menulis, ini tidak bermakna bahawa mereka tidak melakukan kesalahan ketika menulis. Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh murid. Hal ini mungkin kerana mereka tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan atau tersalah faham. Dalam penulisan, terdapat empat jenis kesalahan bahasa yang boleh dijelaskan iaitu ejaan, tanda baca, perkataan dan item leksikel, dan ayat. Kesalahan ejaan merupakan kesalahan yang kerap berlaku dalam apa jua bentuk penulisan. Kesalahan ini tidak terhad dilakukan oleh golongan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Kesalahan ini boleh berlaku pada mana-mana perkataan, ayat dan juga karangan. Kesannya, kesalahan ejaan akan mengganggu proses membaca dan kadang kala mengubah makna sesebuah perkataan. Dalam penulisan, jarang berlakunya kesalahan tanda baca. Walau

bagaimanapun, kesalahan ini kerap dijumpai pada penulisan murid-murid yang lemah penguasaan bahasanya. Sebagai contoh, kesalahan tanda baca adalah seperti tidak meletakkan noktah dipenghujung ayat, dan tidak menggunakan huruf besar pada awal ayat atau awal kata nama khas. Seterusnya ialah kesalahan perkataan dan item leksikel. Item leksikel ialah katakata yang bermakna. Seperti mana yang kita tahu, murid-murid yang baru mula belajar menulis mempunyai perbendaharaan kata yang terhad. Oleh itu, mereka berisiko untuk melakukan kesalahan item leksikel dimana mereka tidak dapat menamakan sesuatu yang difikirkannya. Maka, penggunaan perkataan yang seakan-akan sama dari segi sebutan atau ejaan akan diguna untuk menggantikan perkataan tersebut. Selain itu, ayat juga sering menjadi masalah dalam aktiviti penulisan. Muridmurid cenderung untuk menghasilkan ayat yang tidak gramatis kerana terdapat kesalahan struktur dan ayat tergantung atau tidak lengkap. Kesalahan struktur memberi makna kesilapan yang berkaitan dengan binaan struktur bahasa seperti frasa, klausa dan sintaksis (ayat). 25

Rajah 2.2.3.5

1. Ejaan

2. Tanda Baca

Kesalahan Bahasa Dalam Penulisan

3. Perkataan Dan Item Leksikel

4. Ayat

26

2.3

PEMULIHAN BACAAN 2.3.1 MENGUJI KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat meningkatkan kemajuan dalam pelajaran malah juga dalam kehidupan seharian mereka. Bagi mengelakkan kegagalan murid dalam membaca, guru perlulah mahir kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan murid. Melalui hasil daripada ujian bacaan, guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang mempunyai masalah dalam pembacaannya perlu dikenalpasti kerana sekiranya dibiarkan, masalah tersebut akan memberi kesan negatif pada pencapaiannya secara holistik. Ujian bacaan juga perlulah dilaksanakan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid.

27

Rajah 2.3.1

MENGUJI KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat meningkatkan kemajuan dalam pelajaran malah juga dalam kehidupan seharian mereka. Bagi mengelakkan kegagalan murid dalam membaca, guru perlulah mahir kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik.

Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukarankesukaran khusus dalam bacaan murid.

Ujian bacaan juga perlulah dilaksanakan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid.

Melalui hasil daripada ujian bacaan, guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang mempunyai masalah dalam pembacaannya perlu dikenalpasti kerana sekiranya dibiarkan, masalah tersebut akan memberi kesan negatif pada pencapaiannya secara holistik.

28

2.3.2 PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN BACAAN Menurut Margaret et.al. (1989) dalam Nota Kuliah Zaleha Tambi Adam, terdapat beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan yang boleh dijadikan pegangan oleh guru dalam membantu murid membaca. Antara prinsip-prinsip tersebut ialah guru seharusnya memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenalpasti punca kelemahan dan tahap bacaan murid. Seterusnya, murid perlu diberi tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka sekiranya mereka melibatkan diri secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bacaan kuat dan senyap mengikut kesesuaian. Penggunaan jenis bacaan ini adalah mengikut tahap keperluan murid. Bacaan senyap berkesan untuk mengajar murid mengawal proses bacaan mereka sendiri. Manakala bacaaan kuat pula berkesan untuk meningkatkan kemahiran sebutan dan kelancaran bacaan mereka.

29

Rajah 2.3.2 Guru seharusnya memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenalpasti punca kelemahan dan tahap bacaan murid.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN BACAAN

Penggunaan bacaan kuat dan senyap mengikut kesesuaian. Penggunaan jenis bacaan ini adalah mengikut tahap keperluan murid. Bacaan senyap berkesan untuk mengajar murid mengawal proses bacaan mereka sendiri. Manakala bacaaan kuat pula berkesan untuk meningkatkan kemahiran sebutan dan kelancaran bacaan mereka.

Murid perlu diberi tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka sekiranya mereka melibatkan diri secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

30

2.3.3 KOMPONEN PENGAJARAN PEMULIHAN BERKESAN

Guru

disarankan

mengikuti

langkah-langkah

pengajaran

yang

meliputi

komponen-komponen bacaan seperti bacaan peringkat pengajaran, pengajaran berfokus, menyemak semula, dan bacaan bebas. Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan mngikut tahap pembelajaran mereka. Penemuan perkataan-perkataan dan konsepkonsep baharu memerlukan bimbingan guru bagi membantu murid menyelesaikan masalah dan menguasai bahan bacaan dengan baik. Pengajaran berfokus pula dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru akan memperuntukkan masa untuk membantu murid tertentu membaca dengan memberi fokus kepada aspek bacaan tertentu yang memberi kesukaran kepada mereka. Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid mengingat semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan akan diguna untuk mengingat kembali seperti makna perkataan daripada bahan bacaan yang telah dipelajari mereka. Bacaan bebas pula adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid mendapati aktiviti membaca merupakan satu aktiviti yang dapat memberikan maklumat dan menyeronokkan. Murid akan digalakkan untuk memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.

31

Rajah 2.3.3 KOMPONEN PENGAJARAN PEMULIHAN BERKESAN

Pengajaran berfokus pula


dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru akan memperuntukkan masa untuk membantu murid tertentu membaca dengan memberi fokus kepada aspek bacaan tertentu yang memberi kesukaran kepada mereka.

Bacaan peringkat pengajaran


bermaksud murid membaca bahan bacaan mngikut tahap pembelajaran mereka. Penemuan perkataan-perkataan dan konsep-konsep baharu memerlukan bimbingan guru bagi membantu murid menyelesaikan masalah dan menguasai bahan bacaan dengan baik.

Bacaan bebas pula adalah untuk


membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid mendapati aktiviti membaca merupakan satu aktiviti yang dapat memberikan maklumat dan menyeronokkan. Murid akan digalakkan untuk memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.

Menyemak

atau

meneliti

semula dilakukan untuk membantu


murid mengingat semula perkara yang masa telah yang dipelajarinya. diperuntukkan Sedikit akan

diguna untuk mengingat kembali seperti makna perkataan daripada bahan bacaan yang telah dipelajari. mereka.

32

2.4

PEMULIHAN PENULISAN 2.4.1 DEFINISI

Terdapat beberapa definsi pemulihan tulisan yang dapat dijelaskan. Sebagai contoh, pemulihan tulisan bermaksud kaedah dan pendekatan yang khusus bagimembantu murid yang sangat bermasalah dalam bidang penulisan. Chua (1977) mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah melalui pendekatan perseorangan didalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Bagi pendapat Hammil & Mc Nut (1981), mereka berpendapat bahawa kemahiran menulis berkait rapat dengan bacaan. Antaranya ialah kecekapan menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis. Sharifah (1979) pula menyatakan pendapatnya mengenai pengajaran pemulihan iaitu pengajaran melalui pendekatan dan kaedah khusus untuk murid yang sangat lemah. Manakala Hidreth (1947) pula mengatakan bahawa masalah psikomotor, emosi, kegagalan pegamatan huruf, serta daya ingatan lemah menyebabkan masalah dalam penulisan.

33

Rajah 2.4.1

Pemulihan tulisan bermaksud kaedah dan pendekatan yang khusus bagimembantu murid yang sangat bermasalah dalam bidang penulisan . Chua (1977) mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah melalui pendekatan perseorangan didalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Hammil & Mc Nut (1981), kemahiran menulis berkait rapat dengan bacaan. Antaranya ialah kecekapan menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis. Sharifah (1979), pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah khusus untuk murid yang sangat lemah. Hidreth (1947) mengatakan bahawa masalah psikomotor, emosi, kegagalan pegamatan huruf, serta daya ingatan lemah menyebabkan masalah dalam penulisan. 34

2.4.2 KAEDAH PEMULIHAN TULISAN Terdapat pelbagai cara untuk mengesan atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis dalam kalangan murid-murid sekolah. Kaedah saringan ini merupakan salah satu kaedah yang mudah yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru disekolah. Sebagai contoh, guru melihat tulisan murid-murid yang terdapat dalam buku latihan dan lembaran-lembaran kerja bertulis. Walau bagaimanapun, terdapat faktor yang mempengaruhi tulisan murid iaitu masa. Ada sebilangan murid mempunyai tulisan yang cantik apabila diberikan masa yang mencukupi untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Walaupun begitu, sekiranya masa dihadkan oleh guru untuk suatu tempoh masa tertentu, murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tulisannya dan seterusnya menghasilkan tulisan yang buruk. 1. Kaedah Saringan Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengesan atau menyaring tulisan murid-murid ialah guru memberikan latihan yang mempunyai perkataan atau ayat yang biasa digunakan oleh murid-murid. Hal ini kerana jika guru menggunakan perkataan yang sukar dan beraras tinggi, proses menulis murid-murid akan terhenti seketika kerana mereka tidak pandai untuk mengeja perkataan tersebut. Secara tidak langsung, tulisan akan menjadi buruk dan sukar dibaca kerana mereka hanya menyalin sahaja. Guru juga menggunakan isi pengajaran yang dekat dengan persekitaran murid. Hal ini supaya mereka faham tentang apa yang bakal mereka tulis dan mereka pernah mengalaminya situasi tersebut. Selain itu, guru juga boleh memperkenalkan perkataan-perkataan baharu kepada murid. Aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan guru memberikan murid-murid peluang untuk menyebut perkataan-perkataan baharu kemudian menyuruh mereka untuk menyalin semula dengan tulisan yang cantik tanpa diberikan had masa. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membantu guru menyaring tulisan murid-murid dengan mudah.

35

Seterusnya ialah setelah murid-murid selesai menyalin perkataan-perkataan yang diberikan, guru memberikan arahan kepada murid untuk menyalin perkataan yang sama seberapa banyak yang boleh. Tempoh masa haruslah dihadkan kepada muridmurid dan setelah selesai, guru akan mengutip semua lembaran kerja yang telah diberikan. Secara keseluruhannya, guru dapat mengesan dan menyaring tulisan muridmurid yang mempunyai masalah dengan membanding beza kesemua aktiviti yang telah dijalankan. Hal ini dapat dilakukan dengan cara guru membanding beza tulisan muridmurid ketika aktiviti yang tidak dihadkan tempoh masa dan aktiviti yang dihadkan masanya. Secara tidak langsung, guru dapat menilai dan membuat perkaitan tentang kualiti tulisan murid-murid. Adakah tulisan murid-murid akan menjadi buruk sekiranya diberikan tempoh masa untuk menyiapkannya atau sememangnya tulisan murid buruk? Maka, dengan adanya kaedah menyaring tulisan murid-murid, guru-guru dapat mengenal pasti murid-murid yang mempunyai masalah dalam tulisan. Oleh itu, aktiviti pemulihan tulisan akan diberikan kepada murid-murid yang telah dikenalpasti dan dinilai. Antara kriteria murid-murid yang memerlukan latihan pemulihan tulisan adalah seperti berikut : i. Murid-murid yang mempunyai tulisan yang terlalu buruk dan sukar dibaca ketika aktiviti penulisan yang tidak dihadkan tempoh masa. ii. Murid-murid yang mempunyai tulisan yang sukar dibaca ketika aktiviti penulisan yang tidak dihadkan tempoh masa. iii. iv. Murid-murid yang mempunyai kadar penulisan yang terlalu lambat. Murid-murid yang mempunyai tulisan terlalu besar, kecil, condong dan tidak mengikut garisan yang ada pada buku dengan baik. 2. Ujian Diagnosis Ujian Diagnosis merupakan kaedah untuk menentukan jenis kelemahan secara khusus seperti masalah dalam penulisan. Ujian diagnosis ini bertujuan untuk membantu guru-guru mendapatkan petunjuk mengenai langkah-langkah yang patut diambil dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengatasi masalah tulisan murid-murid. 36

Proses diagnosis ini boleh dilaksanakan oleh guru dengan membaca tulisan murid, mengenal pasti huruf-huruf yang tidak jelas ditulis dan menandakan semua perkataan yang mempunyai masalah. Ujian diagnosis boleh dijalankan berdasarkan dalam kajian The Pressey Chart For Diagnosis Of Illegibilities In Handwriting. Dalam kajian ini, carta disediakan berdasarkan penyelidikan guru keatas tulisan murid yang mempunyai masalah dalam penulisan. Sebagai contoh, dalam kajian Pressey, carta disediakan dengan mengenalpasti beberapa huruf yang sering menimbulkan kekeliruan dalam penulisan murid-murid. Antara huruf yang sering menyebabkan kesilapan dalam penulisan murid ialah huruf kecik r, n, e, a, o, s. Didapati dalam kajian beliau, 50 peratus daripada kesilapan menulis dalam kalangan menulis adalah daripada enam huruf tersebut. Pressey menyatakan bahawa huruf r sering disalah tulis sebagai i, n sebagai u, dan d sebagai cl. Secara tidak langsung, masalah ini akan me nyebabkan tulisan murid sukar dibaca. Antara ujian diagnosis yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengenalpasti masalah tulisan murid-murid adalah seperti berikut :

Bil. 1.

Kemahiran Pratulisan

Aktiviti Menulis dalam keadaan yang betul. Menyambung bentuk tulisan. titik-titik pelbagai

2.

Mengenal bentuk huruf

dan

meniru

Meniru semula bentuk huruf dan suku kata. Menyambung huruf. garis putus-putus

3.

Menyalin suku kata dan perkataan

Menyalin semula suku kata. Menulis perkataan mudah. Membina ayat mudah berdasarkan

4.

Melengkapkan ayat

37

perkataan yang diberi. 5. Menyusun dan menulis Melengkapkan ayat Menulis semula perkataan supaya menjadi ayat yang betul. Membuat ayat berdasarkan

semula perkataan 6. Membina ayat

perkataan, gambar yang diberi. 7. Menulis karangan Menulis karangan mengenai diri,

keluarga dan sekolah, 3. Skel Tulisan Skel tulisan juga merupakan salah satu cara guru untuk mengesan murid-murid yang mempunyai tulisan buruk dan sukar dibaca. Skel Tulisan ini telah disediakan bersama contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya. Skel-skel tulisan ini telah dilaksanakan berdasarkan kajian yang luas dan kajian ini dapat mengkaji satu skel purata yang dapat dikaitkan dengan tahap murid. Secara tidak langsung, Skel Tulisan ini dapat membandingkan tahap penulisan seseorang murid. Terdapat beberapa contoh skel tulisan yang telah dikaji oleh tokoh-tokoh barat yang terkenal seperti Thorndike Scale For Handwriting, Ayres Measuring Scale For Handwriting (Gettysburg), American Handwriting Scale dan Minneapolis Handwriting Scale. Contoh-contoh skel tulisan ini adalah bertujuan sebagai alat mengesan (saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan berbanding ujian diagnosis.

38

KAEDAH PEMULIHAN TULISAN

1. Saringan
Kaedah untuk untuk mengesan atau menyaring tulisan murid-murid Contoh aktiviti : -Memberikan latihan yang mempunyai perkataan atau ayat yang biasa digunakan oleh muridmurid. -Memperkenalkan perkataan baharu untuk disalin semula tanpa diberikan had masa. -Menyalin perkataan dalam tempoh masa yang dihadkan.

2. Ujian Diagnosis
Merupakan kaedah untuk menentukan jenis kelemahan secara khusus seperti masalah dalam penulisan Bertujuan membantu guru mendapatkan petunjuk untuk mengatasi masalah tulisan muridmurid. Contoh aktiviti : Pratulisan, mengenal dan meniru bentuk huruf, menyalin suku kata dan perkataan, melengkapkan ayat, menyusun dan menulis semula perkataan, membina ayat, dan membina karangan.

3. Skel Tulisan
Salah satu cara guru untuk mengesan murid-murid yang mempunyai tulisan buruk dan sukar dibaca. Contoh : - Thorndike Scale For Handwriting - Ayres Measuring Scale For Handwriting (Gettysburg), - American Handwriting Scale - Minneapolis Handwriting Scale.

Rajah 2.4.2

39

2.4.3 AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN Wiedorht, Hammil dan Brown (1983) telah mencadangkan supaya guru-guru untuk memperuntukkan 10 minit hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan kepada murid-muridnya. Siti Hajar Abdul Aziz (2009) telah menyatakan bahawa sebelum aktiviti penulisan dilaksanakan, guru-guru harus memilih topik yang hendak ditulis, mengumpulkan bahan daripada pelbagai sumber, membuat kerangka dan susunan kandungan teks dan seterusnya memulakan aktiviti menulis. Pengajaran aktiviti penulisan hendaklah dilakukan daripada langkah pertama murid-murid belajar menulis. Antara aktiviti pemulihan tulisan yang boleh dijalankan oleh guru ialah melatih postur badan, cara memegang pensel, kedudukan kertas, dan kedudukan kerusi dan meja. Postur badan ialah kedudukan atau posisi badan murid semasa menulis. Guru haruslah peka dan prihatin terhadap kedudukan badan murid. Hal ini kerana kedudukan badan murid akan mempengaruhi tulisan mereka sama ada cantik atau buruk. Oleh itu, guru haruslah menunjukkan kedudukan badan yang betul. Guru haruslah melatih murid untuk meletakkan tangan di atas meja semasa menulis. Tambahan lagi, guru akan membimbing murid untuk duduk sedikit ke hadapan semasa menulis. Kedudukan murid haruslah selesa supaya dapat membantu mereka fokus kepada bahan yang ditulis. Seterusnya ialah cara memegang pensel. Cara memegang pensel juga akan mempengaruhi kemahiran menulis murid kerana jika mereka memegang dengan cara yang salah, ia akan menjejaskan tulisan dan tangan akan lenguh. Terdapat tiga langkah untuk guru membimbing murid tentang cara memegang pensel. Pertama, guru hendaklah memastikan murid memegang pensel dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Kemudian, guru menunjukkan kepada murid dimana kedua-dua jari tersebut disokong dengan jari tengah. Tambahan lagi, guru juga harus mengajar murid untuk mengawal pegangan di pensel. Ajar murid untuk 40

melonggarkan pegangan pensel supaya pensel dapat ke atas jari tengah dikedudukan yang betul dan selesa. Kedudukan kertas juga merupakan salah satu aktiviti pemulihan sebelum murid dapat menulis dengan baik. Caranya ialah, jika murid menggunakan tangan kanan untuk menulis, kedudukan kertas hendaklah disengetkan sedikit ke kiri sambil tangan kiri memegang penjuru atas kiri kertas. Begitu juga sekiranya murid menggunakan tangan kiri, kedudukan kertas akan disengetkan ke kanan. Sebaik-baiknya, murid dibekalkan dengan kerusi dan meja yang selesa dengan badan mereka. Guru haruslah membuat pemerhatian seandainya kerusi dan meja murid mengganggu aktiviti penulisan mereka. Selain itu, guru juga boleh menambahkan aktiviti dengan latihan pergerakan tangan murid-murid sebelum murid-murid menguasai kemahiran membentuk huruf dan menulis dengan betul. Sebagai contoh, latihan pergerakan tangan melukis bentuk asas di udara. Untuk mengajar latihan pergerakan tangan di udara, pastikan posisi antara guru dan murid betul. Posisi guru hendaklah selari atau membelakangkan murid, bukan berhadapan dengan murid. Hal ini kerana murid-murid akan meniru cara guru menggerakkan tangan di udara sama ada ke kanan atau ke kiri. Seterusnya, guru hendaklah memandu murid untuk menggunakan jari telunjuk mereka ketika melakukan pergerakan melukis di udara. Pastikan murid-murid dapat melihat setiap pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru. Tambahan lagi, aktiviti pergerakan ini hendaklah dilakukan secara perlahanperlahan dan serentak. Hal ini kerana untuk memastikan setiap murid dapat mengikut setiap langkah yang ditunjukkan oleh guru tanpa berlakunya keciciran. Guru hendaklah memantau pergerakan tangan murid supaya tiada berlaku kesalahan dan kekeliruan. Sambil melukis bentuk-bentuk asas di udara, guru akan menyebut nama bentuk yang dilukis supaya murid-murid faham akan bentuk tersebut. Mereka juga akan

41

menyebut semula bentuk yang dilukis di udara. Setelah selesai, guru akan mengulang langkah-langkah membuat pergerakan tangan melukis di udara secara berulang kali.

42

AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN

Rajah 2.4.3 1. Postur Badan -Kedudukan badan murid akan mempengaruhi tulisan mereka. - Letakkan tangan di atas meja semasa menulis. -Duduk sedikit ke hadapan semasa menulis. 2.Cara Memegang Pensel - Pegang pensel dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. - Kedua-dua jari tersebut disokong dengan jari tengah. -Mengawal pegangan pensel. 3. Kedudukan Kertas - Kertas hendaklah disengetkan sedikit. 4. Kedudukan Kerusi Dan Meja - Kerusi dan meja yang selesa. 5. Latihan Pergerakan Tangan Diudara - Pastikan posisi antara guru dan murid betul. -Guru memandu murid untuk menggunakan jari telunjuk. -Pergerakan dilakukan secara perlahanperlahan dan serentak. -Menyebut nama bentuk yang dilukis.

43

3.0

PENGHASILAN ALAT BANTU

Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (1996), permainan bahasa ialah cara guru untuk mengajar murid-murid berbahasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan. Kaedah ini adalah sesuai dilaksanakan oleh guru kepada semua peringkat sekolah. Michael Berman (1981) dalam bukunya Playing And Working With Words menyatakan bahawa aktiviti permainan bahasa di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran dan minat murid. Hal ini bermaksud bahawa dengan aktiviti permainan bahasa, murid-murid akan dapat memberikan tumpuan yang lebih. Tambahan lagi, pakar-pakar bahasa seperti Sterling G. Callahan (1971), Midred Mc Closky (1971), Michael A. Lorter (1971), Herbert (1968) telah memberikan pendapat mereka mengenai permainan bahasa. Mereka berpendapat bahawa kesesuaian bahan permainan bahasa itu dapat digunakan di sekolah-sekolah untuk tujuan melatih murid secara praktikal dalam latihan membina struktur perkataan, ayat, perbendaharaan kata dan sebagainya. KEPENTINGAN ALAT BANTU MENGAJAR Alat bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru. Alat bantu mengajar termasuklah semua bahan yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, diceritakan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat bantu mengajar juga dibahagikan kepada tiga kategori iaitu alat bantu mengajar bukan elektronik, alat bantu mengajar elektronik dan alat bantu mengajar bercorak pengalaman. Atan Long (1982) mentakrifkan bahan bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara. Contohnya, dalam bentuk buku, carta, atau diletakkan di slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat ini dinamakan sebagai BBM.

44

Selain itu, menurut Noraziah Abdul Hamid (1981:2) dalam bukunya yang bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Hal ini bertujuan untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dan murid, antara murid dan murid yang lain, serta dapat membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka. Terdapat pelbagai kepentingan alat bantu mengajar yang dapat dijelaskan iaitu bahan bantu mengajar dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan. Selain itu, dengan penggunaan alat bantu mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru dapat mempelbagaikan pendekatan mengajar iaitu dengan pelbagai corak interaksi antara guru dengan murid-murid. Secara tidak langsung, murid-murid dapat merasai suasana pembelajaran secara aktif dan koperatif antara satu sama lain. Tambahan lagi, guru juga dapat menyampaikan sesuatu konsep pengajaran dengan lebih jelas. Hal ini kerana murid-murid akan lebih mudah belajar dan mengingati sesuatu tajuk pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru sekiranya mereka sendiri dapat melihat dan merasai alat bantu mengajar. Secara tidak langsung, penyampaian maklumat dapat dijalankan dengan lebih mudah dan terperinci. Umumnya, sekiranya guru menggunakan alat bantu mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, secara tidak langsung dapat menarik perhatian muridmurid. Murid-murid akan mudah tertarik dengan bahan maujud dan berasa teruja untuk mengikuti pembelajaran. Seterusnya, kepentingan alat bantu mengajar ialah guru dapat menjimatkan masa untuk mengajar sesuatu topik pembelajaran. Manakala murid-murid pula dapat mempelajari lebih banyak pengetahuan dalam suatu masa. Alat bantu mengajar juga memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat memberikan satu pengalaman

45

pembelajaran yang baharu kepada murid-murid. Lagi, guru dapat mendorong muridmurid supaya berfikiran kreatif dan kritis. Berdasarkan daripada peta konsep yang telah dibina, kami telah memilih untuk menghasilkan kad kalendar. Kad kalendar yang bakal dihasilkan merupakan bahan pengajaran bukan elektronik. Menurut Noraziah Abdul Hamid dalam Azman Wan Chik (1993), beliau berpendapat bahawa media bukan elektronik ialah buku, carta, kad imbasan, papan hitam, objek-objek, rajah, papan flanel, pengajaran yang dirancang , benda-benda yang wujud dan sebagainya. Kami telah memilih bahan bantu mengajar yang bercirikan perspektif kemahiran berbahasa. Hal ini bermaksud, bahan bantu mengajar yang bakal dihasilkan akan menekankan penggunaan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, di dalam alat bantu mengajar kami ini, hanya kemahiran membaca dan menulis yang ditekankan. Permainan bahasa yang ini mempunyai objektif yang tertentu. Alat ini adalah berperanan sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan. Kebanyakan murid yang lemah akan menghadapai masalah pengamatan dan pendengaran. Maka, dengan penghasilan alat permainan bahasa ini dapat membantu murid yang lemah untuk mengatasi kelemahan yang ada. Sebagai contoh, kesukaran dalam menyebut bunyi huruf, membunyikan suku kata dan juga perkataan. Permainan bahasa membolehkan murid membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi perkataan atau frasa dengan lebih jelas. Selain itu, permainan bahasa meransang minat murid sama ada pada awal, pertengahan atau akhir pembelajaran. Hal ini kerana mereka berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana yang menyeronokkan dan terlibat secara aktif. Antara kelebihan alat permainan bahasa yang telah dihasilkan adalah menarik kerana kad kalendar ini menggunakan pelbagai warna, huruf, dan gambar. Setiap

46

gambar adalah berdasarkan topik pembelajaran pada hari tersebut. Manakala suku kata terbuka pula mempunyai warna yang tersendiri bagi menarik minat murid. Alat bantu mengajar ini juga mempunyai kelebihan dari segi mudah disimpan dan dibawa. Kad kalendar ini mudah disimpan dan dibawa oleh guru kerana saiznya yang tidak terlalu besar. Alat bantu mengajar ini juga mudah difahami. Penggunaan gambar untuk menggambarkan perkataan yang ingin dipelajari dapat membantu murid untuk lebih memahami apa yang hendak disampaikan. Selain itu, alat ini dapat digunakan secara maksimum sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kad kalendar yang telah dihasilkan boleh dipelbagaikan penggunaannya berdasarkan topik pembelajaran yang ingin diajar. Kad kalendar ini juga boleh diguna secara berulang kali. Walau bagaimanapun, penghasilan kad kalendar ini memakan masa yang lama. Hal ini kerana guru perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam menghasilkannya. Pembuatan kad kalendar ini juga memerlukan ketekunan. Maka, masa yang lama perlu diperuntukkan bagi menyiapkan satu kad kalendar.

47

3.1

PENGUMPULAN BAHAN

Bahan-bahan yang telah kami gunakan bagi menghasilkan bahan bantu mengajar untuk tugasan ini ialah :a) Kotak b) Gunting c) Gambar pilihan d) Huruf pilihan e) Penebuk lubang f) Gelung g) Gam h) Berus

48

3.2

MENGGUNTING KOTAK BESAR

Gunting

LANGKAH PERTAMA :Sediakan kotak berukuran 30 cm x 30 cm. Kemudian, gunting kotak tersebut mengikut garisan merah seperti rajah di atas.

49

3.3

MENGGUNTING KOTAK KEPADA SAIZ LEBIH KECIL

Gunting

LANGKAH KEDUA :Gunting kepingan kotak yang telah digunting pada langkah satu tadi mengikut garisan seperti rajah di atas. Saiz kepingan ialah 10cm x 5cm. Kepingan kotak tersebut akan terbahagi kepada tiga bahagian.

50

3.4

MEMOTONG MENGIKUT HURUF PILIHAN

Kepingan kotak yang telah digunting

Pisau

LANGKAH KETIGA :Lukis huruf pilihan secara outline menggunakan pensel pada permukaan kepingan kotak dan potong outline huruf tersebut dengan menggunakan pisau.

51

3.5

MEWARNAKAN KEPINGAN KOTAK

Berus

LANGKAH KEEMPAT :Warnakan kepingan kotak yang telah digunting mengikut warna pilihan dengan menggunakan warna air.

52

3.6

MENEBUK KEPINGAN KOTAK

Penebuk lubang

LANGKAH KELIMA :Tebuk bahagian yang telah ditanda dengan bulatan merah dengan penebuk lubang.

53

3.7

TAMPAL GAMBAR PILIHAN DAN HURUF PILIHAN

Bu ku

Gam

LANGKAH KEENAM :Tampal gambar dan huruf pilihan yang ditulis dengan menggunakan Word pada permukaan kepingan kotak seperti di atas dengan menggunakan gam.

54

3.8

MEMASANGKAN GELUNG

Bu ku

Gelung

LANGKAH KETUJUH :Pasangkan gelung ke dalam lubang yang telah ditebuk. Ketiga-tiga kepingan kotak tersebut dicantumkan bersama. Langkah pertama sehingga keenam dilaksanakan bagi mendapatkan kepingan kotak atau kad kalendar yang berbeza iaitu sebanyak lima keping kesemuanya dan menghasilkan dua set kad kalendar. Gambar dan suku kata terbuka yang digunakan adalah berbeza daripada yang lain. Contohnya ialah seperti mata, batu, cili, dan bola. Kemudian, setelah selesai kesemua kepingan kotak atau kad kalendar dihasilkan, cantumkan kepingan kotak atau kad kalendar yang lain bersama kepingan kotak atau kad kalendar pertama tadi. Namun demikian, semasa proses percantuman dilaksanakan, kad kalendar tersebut hendaklah disusun pada tempat yang berbeza, di mana murid perlu mencari dan padankan suku kata terbuka dengan gambar yang telah tersedia. 55

Bu ku
56

4.1

GURU MEMPERKENALKAN KAD KALENDAR

Bu ku
Sebelum aktiviti permainan dijalankan, guru akan memperkenalkan kad kalendar yang telah disediakan kepada murid-murid. Hal ini supaya murid-murid bersedia untuk memahami dan mempelajari permainan kad kalendar tersebut. 57

4.2

GURU MEMBERIKAN ARAHAN DAN PERATURAN PERMAINAN

Bu ku
Guru harus menerangkan arahan dan peraturan permainan kepada murid-murid. Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada berlakunya salah faham dan kekeliruan. Guru juga akan membuat demonstrasi kepada murid. 58

4.3

GURU MENUNJUKKAN GAMBAR YANG PADA KAD KALENDAR YANG TELAH DISEDIAKAN

Bu ku
Di dalam kad kalendar, terdapat beberapa gambar yang telah dilekatkan. Guru akan menunjukkan kesemua gambar yang akan dipelajari oleh murid. Sebagai contoh, murid ditunjukkan gambar buku. 59

4.4

GURU MENYEBUT NAMA GAMBAR YANG DITUNJUKKAN

Selepas murid ditunjukkan dengan gambar buku, guru akan membimbing murid untuk menyebut semula nama gambar tersebut. Suara dan intonasi guru dalam menyebut nama gambar haruslah jelas dan tepat. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan.

60

4.5

MURID MENYEBUT NAMA GAMBAR YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH GURU

Guru akan memberi setiap murid peluang untuk menyebut nama gambar yang ditunjukkan. Murid-murid akan bergilir-gilir menyebut nama gambar.

61

4.6

GURU MENGAJAR MURID MENGEJA PERKATAAN

Kemudian, setelah murid dapat menyebut nama gambar yang ditunjukkan, guru akan mengajar murid mengeja perkataan bagi gambar tersebut.

62

4.7

MURID MENCARI SUKU KATA BAGI GAMBAR YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH GURU

Bu ku

Seterusnya, selepas murid berjaya mengeja perkataan, murid-murid dikehendaki untuk mencari suku kata yang ada bagi gambar yang ditunjukkan. Suku kata tersebut adalah berdasarkan kad kalendar yang telah disediakan oleh guru. Murid hanya perlu mencantumkan satu suku kata terbuka dengan satu suku kata terbuka yang lain untuk dijadikan perkataan.

63

4.8

MURID MENGEJA PERKATAAN BERAMAI-RAMAI

Bu ku
Akhir sekali, berdasarkan suku kata terbuka yang telah dicantumkan, murid akan mengeja perkataan itu sekali lagi secara beramai-ramai. 64

5.0 5.1

REFLEKSI NAMA : NUR SURAYA ASHIKIN BINTI ISA

Segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan Allah untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya berhasil untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan tepat pada masanya. Sebelum memulakan tugasan, saya dan rakan yang lain telah diberikan taklimat mengenai kerja kursus pendek untuk subjek WAJ 3104 Literasi Bahasa. Penerangan yang jelas dan terperinci daripada pensyarah telah memberikan saya banyak info dan idea-idea yang boleh dicetuskan dalam tugasan saya kelak. Disini saya menyedari bahawa, tujuan utama penerangan yang diberikan adalah untuk memberikan saya dan rakan yang lain ransangan awal. Saya juga dapat kaitkan disini, dalam situasi apa jua sekalipun, penerangan atau taklimat amat penting supaya apa jua perkara yang ingin dilakukan tidak tersalah informasi atau tindakan. Setelah mendapat taklimat, saya telah membuat beberapa rujukan di perpustakaan sebelum memulakan tugasan. Saya berasa agak kecewa kerana sumber rujukan yang ada terhad dan menyukarkan saya memperoleh pelbagai rujukan. Walau bagaimanapun, tugasan yang telah diberikan dapat mewujudkan budaya membaca dan mencintai ilmu dalam diri saya. Apa yang saya sedari disini ialah, sebagai bakal guru, saya seharusnya membuat bacaan yang lebih banyak dan sentiasa berdamping dengan ilmu. Semasa membuat pembacaan, saya memperoleh ilmu baharu tentang pembacaan, penulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan. Kami telah sebulat suara untuk membahagikan tugas dengan adil dan saya akan membuat bahagian mengenai penulisan dan pemulihan tulisan dan lain-lain. Apa yang saya sedari disini, terdapat pelbagai cabang-cabang penulisan yang ada. Kadang kala, saya berasa ragu-ragu untuk memilih bahan yang sesuai untuk dijadikan rujukan didalam tugasan. Dalam tugasan ini, saya dikehendaki untuk membuat peta minda serta alat bantu mengajar untuk aktiviti pemulihan. Bagi saya, tugasan ini amat sukar dan berat 65

kerana ini merupakan pertama kali saya dan rakan membuat alat bantu mengajar didalam tugasan kerja kursus. Bagi saya, penghasilan alat bantu mengajar menjadi satu cabaran yang sukar untuk dilaksanakan. Saya dan rakan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan bahagian ini. Saya berasa tertekan sekiranya alat bantu mengajar yang dibina tidak sesempurna kumpulan yang lain. Saya bimbang kerana tarikh penghantaran tugasan juga hampir tiba. Walau bagaimanapun, saya telah bermuhasabah diri untuk bersikap positif dan bersedia untuk menghadapi tugasan yang akan saya lalui. Selain itu, saya dan rakan juga memilih sikap berhati-hati sebelum membuat alat bantu mengajar. Kami tidak mahu tugasan ini dilakukan dengan sambil lewa sahaja. Oleh itu, sesi perbincangan sering dilakukan untuk mengelakkan saya dan rakan tersalah strategi. Saya juga menyedari akan kepentingan masa. Hal ini kerana setiap detik adalah sangat bermakna dan saya tidak seharusnya membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Satu lagi cabaran yang benar-benar sukar saya rasakan ialah ketika menghuraikan atau simulasikan penggunaan alat bantu mengajar. Saya dan rakan terpaksa mengambil gambar bagi setiap langkah ketika penghasilan bahan tersebut. Tambahan lagi, kami juga dikehendaki untuk menghuraikan secara terperinci mengenai bahan ini. Secara tidak langsung, saya mempelajari bahawa setiap apa jua cabaran yang berlaku pasti ada hikmah dan jalan penyelesaiannya. Sebagai contoh, jika hari ini saya menghadapi masalah dalam menghuraikan sesuatu perkara, secara tidak langsung saya akan merujuk pelbagai bahan rujukan dan menambahkan perbendaharaan kata saya. Saya juga berasa dekat dengan tuhan kerana setiap kali saya menghadapi masalah, saya akan mengingatiNya. Maka, kita sebagai hamba di muka bumi ini seharusnya memohon pertolongan daripada yang Maha Esa dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Secara keseluruhannya, tugasan ini telah berjaya memberikan pelbagai ilmu dari apa jua aspek termasuklah intelek,rohani,emosi dan jasmani. Saya telah memperoleh ilmu yang sangat penting untuk diamalkan sepanjang kehidupan ini. Saya juga berasa sangat untung kerana diberikan peluang untuk melaksanakan tugasan ini. Sekian. 66

5.2

NAMA UNIT

: ALIZATUL AISYAH BINTI MOHAMAD ALI : PISMP PENDIDIKAN KHAS JAN 2011

REFLEKSI

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan WAJ 3104 yang telah diberikan. Alhamdulillah juga tugasan ini dapat disiapkan sebelum tarikh tutup tugasan ini. Pada mulanya, iaitu pada hari pertama saya menerima taklimat daripada pensyarah pembimbing iaitu Puan Noor Sham Binti Sabtu, saya tidak merasakan bahawa tugasan yang telah diberikan merupakan satu cabaran bagi kami kerana kehendak tugasan yang telah dinyatakan tidak sukar untuk difahami. Sangkaan kami jauh meleset, indah rupa dari khabar, kerana tugasan ini sebenarnya agak mencabar kerana ia memerlukan kami untuk mencari, mengumpul, mengolah, dan memahami maklumat berkenaan aktiviti prabacaan, aktiviti penulisan, pemulihan bacaan, dan pemulihan tulisan dengan menggunakan peta minda serta menggunakan alat bantu mengajar untuk aktiviti pemulihan dengan menghasilkan dan menggunakan teknik sama ada boneka atau permainan bahasa secara berpasangan. Namun demikian, dengan taklimat lanjut yang telah diberi oleh pensyarah kami, kami berupaya untuk memahami kehendak tugasan yang sebenarnya. Hal ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa sebagai seorang guru, kita perlulah mempunyai pengetahuan yang luas bukan sahaja dalam bidang kita malah dalam setiap perkara dan tugasan ini serba sedikit telah memberi banyak pengetahuan kepada diri saya berkenaan literasi bahasa. Hal ini juga adalah kerana anak murid zaman sekarang akan lebih memandang tinggi pada guru yang mempunyai lebih pengetahuan daripada mereka berikutan zaman kini merupakan zaman ICT, maka guru perlu lebih jauh kehadapan daripada anak-anak murid mereka. Sebagai seorang guru juga, kita perlulah memahami keinginan murid di mana mereka mahukan pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat mereka 67

seperti melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menerusi bahan bantu mengajar yang berupa aktiviti permainan yang mampu merangsang minda murid dalam pembelajaran. Bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang luas, malah guru seharusnya bijak dalam menarik minat murid-murid dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Setelah kami mulai faham serba sedikit berkenaan tugasan ini, kami mula mencari maklumat dengan lebih terperinci supaya kefahaman kami terhadap apa yang dipinta oleh tugasan akan lebih mendalam melalui pelbagai sumber. Pada mulanya kami berasa sangat sukar dalam mencari maklumat yang dikehendaki kerana kebanyakan sumber tidak menjurus secara terus kepada apa yang dikehendaki oleh tugasan kami. Di sini saya dapat mengenalpasti bahawa kelemahan saya adalah dalam mencari bahan-bahan yang bersesuaian dengan tugasan. Namun demikian, berkat usaha dan sabar saya dan ahli kumpulan telah membuahkan hasil. Alhamdulillah kami berjaya mencari maklumat yang dikehendaki oleh tugasan. Sebagai seseorang individu terutamanya seorang guru yang mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan, kita seharusnya tidak mudah mengalah apabila dugaan datang menerpa. Seharusnya cabaran yang dihadapi dijadikan sebagai satu semangat dalam meningkatkan tahap kemampuan diri. Kami telah melakukan proses pencarian maklumat melalui pelbagai sumber iaitu melalui internet, buku dan lain-lain sumber. Namun demikian, tidak semua sumber mempunyai maklumat yang dikehendaki. Walaubagaimanapun, berdasarkan beberapa maklumat yang ada dan kefahaman kami, kami mengaitkan juga dengan tugasan yang telah diberikan. Bukan sahaja mempunyai kesukaran dalam mencari bahan-bahan yang bersesuaian dengan tugasan, kami juga turut mempunyai kekangan dari segi masa kerana ekoran beberapa tugasan yang perlu disiapkan dalam satu masa yang sama. Namun demikian, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana saya berkemampuan untuk membahagikan masa dalam menyiapkan tugasan-tugasan tersebut. Segala kesukaran yang kami telah hadapi akan saya anggap sebagai satu cabaran bagi menyediakan diri saya apabila menjadi seorang guru kelak. Di mana

68

saya akan lebih bersedia dalam menerima pelbagai tugasan yang diberikan dalam satu-satu masa. Kesukaran yang pada mulanya memeritkan akan akhirnya memberikan manfaat kepada diri saya. Maka dengan itu, saya menerimanya dengan hati terbuka kerana kekangan yang dihadapi dapat meningkatkan integriti saya sebagai seorang guru kelak. Berbekalkan semangat yang hadir dalam diri, Alhamdulillah tugasan ini berjaya kami siapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain serta pensyarah pembimbing yang turut memberikan kerjasama dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.

69

6.0

PENUTUP

Secara amnya, literasi bahasa berlaku secara serentak dengan menggunakan kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa tersebut ialah mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, keempat-empat kemahiran bahasa ini digunakan secara menyeluruh supaya penguasaan murid didalam berbahasa adalah seimbang dan bersepadu. Aktiviti prabacaan, penulisan, pemulihan bacaan dan juga pemulihan tulisan merupakan satu elemen yang penting kepada guru untuk menyediakan strategi pembelajaran yang sesuai. Permainan bahasa didalam proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting kerana ia merupakan salah satu cara guru untuk mengajar murid-murid berbahasa. Ianya dijalankan dalam bentuk permainan untuk menarik minat murid-murid. Melalui aktiviti dan kaedah yang dirancang, secara tidak langsung akan dapat memperkembangkan perkembangan kanak-kanak secara seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

70

You might also like