You are on page 1of 4

Yogeswari A/P Murugaiya 920809-01-5568

Terlebih dahulu saya syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya menyudahkan penilaian kendiri ini mengikut masa yang ditetapkan. Syukurlah setelah berusaha siang dan malam, akhirnya selesai juga tugasan ini. Terima kasih juga kepada pensyarah iaitu Tn. Hj. Saharom dan En. Abdul Ramit yang telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada tutor saya iaitu En. Ruziman Bin Omar dan rakan-rakan yang banyak membantu saya.

Saya mula menerima tugasan ini selepas tamatnya BIG Fasa V kami pada hari 4 Mac 2014 daripada Tn. Hj Saharom. Beliau memberikan tugasan ini kepada saya dengan memberi sedikit taklimat di kuliah dengan secara umum. Setelah diberi taklimat, kami telah diberikan arahan untuk menyerahkan tugasan ini pada 22 April 2014. Dalam tugasan ini saya harus membuat sebuah penilaian kendiri tentang BIG Fasa V yang telah dijalankan di SK Seksyen 9, Shah Alam. BIG Fasa V kali ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertamanya Lawatan 'Benchmarking' (7 jam) dan lagi satunya Bengkel (3 jam). Lawatan tersebut dijalankan pada 4 Mac 2014, manakala bengkel dijalankan pada 18 Mac 2014.

Dalam BIG Fasa V ini, saya menjadi Naib pengerusi. Apa yang kami dikehendaki membuat ialah pergi lawatan ke Sekolah Cemerlang. Dengan melawati sekolah tersebut saya telah mendapat pengetahuan baru serta dapat mempelajari banyak maklumat tentang ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah/budaya sekolah dan infrastruktur kurikulum. Antaranya, walaupun Sekolah Cemerlang mempunyai bebanan yang berat tetapi mereka dapat memudahkan kerja mereka dengan menolong satu sama lain serta berkerjasama antara satu sama lain semasa membuat sesuatu aktiviti atau program. Selain itu, melalui lawatan ini juga saya telah mempelajari cara membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan yang efektif serta berkesan. Kunci kejayaan sekolah tersebut ialah berkerjasama. GPK Hem SK Seksyen 9 juga mengata maklumat ini dengan menunjukkan bukti seperti menunjukkan gambar-gambar tentang kejayaan yang mereka telah mencapai sampai sekarang.

Saya juga terharu dengan kejayaan mereka kerana murid-murid di sekolah tersebut juga cemerlang dalam kokurikulum serta kurikulum. Guru-guru di sekolah tersebut juga bertungkus lumus untuk meningkatkan pencapaian murid serta bagi mengekalkan prestasi sekolah. Melalui pemerhatian saya juga dapat mempelajari cara membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah tanpa menyusahkan orang lain. Guruguru tersebut juga menggunakan pelbagai kaedah bagi murid untuk memahami apa yang dipelajari. Selain kepimpinan guru, pengurusan sekolah juga boleh dikatakan mantap dan bagus. Pengurusan sekolah yang saya lawati sangat sistematik serta misi dan visi sekolah sangat menggagumkan saya. Selepas memerhatikan semua ini saya juga merasa untuk bekerja di sekolah Sekolah Cemerlang serta menunjukkan kebakatan saya dan meningkatkan bakat saya.

Selain itu, budaya sekolah tersebut juga berlainan daripada sekolah lain yang saya telah lihat. Sekolah tersebut mengamalkan 'sekolah dalam perpustakaan'. Ini bermaksud mereka memastikan murid-murid meluangkan masa rehat mereka dengan aktiviti yang berguna seperti membaca. Semasa melawati sekolah tersebut juga, saya menolong seberapa boleh dengan mengaturkan buku teks yang tidak tersusun di Bilik SPBT. Ini kerana sekolah tersebut yang menyimpan segala buku teks berlebihan yang terdapat dalam daerah Shah Alam. Saya berasa gembira sebab dapat mengurangkan sedikit bebanan guru sekolah tersebut. Tambahan pula, melalui pemerhatian, saya juga dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kejayaan keguruan dalam diri sendiri. Ini disebabkan potensi diri, personaliti kerjaya serta cinta diri insan guru yang ditunjukkan oleh setiap guru di SK Seksyen 9. Mereka tidak berasa layu dan malas semasa membuat tugasan yang diberi. Guru-guru di sekolah tersebut juga memberi komitmen yang bagus semasa menjalankan sesuatu program.

Sekolah Seksyen 9, Shah Alam melengkapi segala infrastruktur yang perlu dikehendaki bagi setiap sekolah. Contohnya, makmal seperti bahasa, sains, kemahiran hidup serta pusat sumber, pembelajaran kendiri, bilik-bilik khas matapelajaran dan kios pembelajaran. Ini boleh dikatakan bahawa sekolah ini mempunyai lebih daripada kehendak kerajaan. Selain itu, murid-murid yang belajar di sekolah tersebut juga tidak membazirkan masa mereka dengan aktiviti yang tidak berguna. Sepanjang pemerhatian saya, saya tidak melihat sebarang murid bermain dan tidak menumpukan pelajarannya.

Saya juga dapat mempelajari nilai berilmu, beramal dan berbakti selepas melihat guru-guru di sekolah tersebut serta keadaan sekolah tersebut. Guru-guru di sekolah tersebut menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti. Mereka boleh dikatakan sebagai model atau teladan bagi guru-guru pelatih yang sedang belajar. Dengan ini, guruguru pelatih dapat meningkatkan minat mereka dalam kerjaya keguruan serta cintai kerjayanya. Saya juga mendapat satu pengajaran bahawa mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab semasa melakukan sesuatu program atau aktivti akan membawa kejayaan yang besar. Akhirnya, melalui melawat ke sekolah tersebut saya dapat memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru adalah amat penting serta guru yang membina seorang murid yang berinovasi dan kreatif.

Selepas lawatan 'Benchmarking', kami telah membuat satu bengkel yang bertema Pengurusan Pendidikan. Bengkel ini dijalankan pada 18 Mac 2014. Apa yang telah dibincangakan dalam benkel ini ialah tentang guru dan perundangan, mandat, akta 550 (1996), surat pekeliling ikhtisas, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan PPD dan PKG. Walaupun maklumat-maklumat yang disampaikan ini tidak didengar sebelum ini tetapi semasa mereka memberi taklimat saya dapat bayangkan isi utama dan tujuan mereka menjalankan bengkel ini.

Bengkel ini membantu saya untuk mengenali undang-undang yang terdapat dalam sekolah serta surat-surat yang penting yang terdapat di setiap sekolah. Tambahan pula, ini akan membantu saya semasa saya menjalankan praktikum di sekolah. Disebabkan sem ini yang pertama kami pergi ke sekolah untuk mengajar, oleh itu bengkel ini sangat berguna dan menjadi yang berfaedah untuk saya. Dalam bengkel ini saya telah menambahkan banyak ilmu pengetahuan am serta ia sangat membantu saya pada masa hadapan. Selain itu, dalam bengkel ini juga penceramah menerangkan peranan PPD dan JPN di sekolah. Walaupun saya tidak melalui pengalaman ini, tetapi saya dapat menyediakan diri saya untuk mengatasi masalah yang akan datang dengan bantuan bengkel. Bengkel ini juga menerangkan guru pelatih untuk menyediakan diri sendiri untuk menempuh segala masalah dan membimbing untuk mengatasinya.

Selain itu, sebagai Naib Pengerusi bagi BIG Fasa V, saya telah mempelajari cara mengendalikan sesuatu program. Ini membantu saya pada masa hadapan. Jika saya

dijawatkan di sekolah, saya boleh mengendalikan satu program dengan jayanya tanpa sebarang kesilapan. Tambahan pula, semua AJK BIG Fasa V juga telah menolong saya dalam menganjurkan BIG Fasa V terutamanya Pengerusi BIG Fasa V iaitu Aiman. AJK lain juga membantu saya serta menjalankan tugasan mereka dengan lancar tanpa bantuan saya. Selain itu mereka juga tidak menyusahkan saya semasa membuat sebarang tugasan dan masing-masing menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Saya rasa bertuah sebab dapat rakan seperti mereka.

Selain itu, kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu kerja seperti tugasan dan kerja adalah sangat penting. Kami dapat membantu antara satu sama lain apabila menghadapi masalah dalam menganjurkan BIG Fasa V serta saya juga menolong rakan lain dalam tugasan lain. Selain itu, kemahiran berkomunikasi juga dapat dikuasai ketika berbincangan dijalankan. Memandangkan BIG ini membawa kebaikan yang banyak kepada kami, maka kami haruslah pandai mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dijana untuk mendidik anakanak murid kami selaras dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK) supaya insan yang seimbang dan harmoni dari segi emosi,intelek,rohani dan jasmani dapat dilahirkan.

Kesimpulannya, dengan adanya pelbagai program yang dianjurkan oleh IPGKTAA bagi guru-guru pelatih, ia dapat membuatkan guru belajar tentang sesuatu yang berkesan dan ini akan menambahkan lagi minat guru pelatih. Dan ia juga akan menambahkan lagi minat untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah yang mereka dijawatkan.

Sekian, Terima Kasih.

You might also like