You are on page 1of 15

pembelajaran berpusatkan murid pembelajaran berasaskan situasional pembelajaran berpusatkan bahan

pembelajaran berasaskan permainan

pendekatan pembelajaran

pembelajaran berasaskan projek

pembelajaran berasaskan aktiviti

pembelajaran berasaskan masalah

NOTA GRAFIK PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan

Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek

Penilaian lengkap yang bermula daripada tahap proses hingga tahap hasil. Wujud integrasi antara pengetahuan dan aktiviti. Guru menjelaskan prosidur pelaksanaan yang lengkap Berasaskan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kebolehan murid.

Kepentingan pembelajaran berasaskan projek

Menarik minat dan memotivasikan murid yang kurang menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa

Membantu murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan bahasa

Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan murid

Menggalakkan akauntibiliti dan penentuan matlamat pembelajaran bahasa.

Memenuhi keperluan murid yang mempunyai tahap dan gaya pembelajaran bahasa.

Membantu murid dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah berkomunikasi dan pengurusan kendiri

1.0.

Pembelajaran berasaskan projek. Pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dan sistematik dalam jangka masa tertentu yang kebiasaannya melibatkan kutipan, analisis data dan penyediaan laporan yang betul dan tepat. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek 1. Boleh dilaksanakan secara individu atau kumpulan 2. Penilaian lengkap yang bermula daripada tahap proses hingga tahap hasil. 3. Wujud integrasi antara pengetahuan dan aktiviti. 4. Dalam tahap proses, wujud interaksi antara guru dengan murid yang berupa bimbingan dan perundingan. 5. Guru menjelaskan prosidur pelaksanaan yang lengkap. 6. Wujud aktiviti pengumpulan dan pemprosesan maklumat dan data, serta pelaporan hasil dan refleksi kendiri. 7. Sesuai dengan kokurikulum dan aras murid. 8. Berasaskan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kebolehan murid. Kepentingan pembelajaran berasaskan projek 1. Menarik minat dan memotivasikan murid yang kurang menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan embelajaran bahasa. 2. Membantu murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan bahasa. 3. Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dab isu-isu komuniti bahasa. 4. Mematuhi keperluan murid yang mempunyai tahap dan gaya

pembelajaran yang berbeza. 5. Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan murid. 6. Membantu murid menguasai kemahiran menyelesaikan masalah,

berkomunikasi dan pengurusan kendiri. 7. Menggalakkan akauntibiliti dan penentu matlamat pembelajaran bahasa.

NOTA GRAFIK PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH PROSES PENYELESAIAN MASALAH JENIS PERSONALITI

Pembahagian kumpulan mengenal pasti masalah penjanaan idea isu pelajaran pembelajaran kendiri sintesis dan aplikasi refleksi dan tindak balas

Ekstrovert

kepekaan deria

berfikir

menimbangkan faktor perasaan


menghakimi perancangan

berfokus kepada sasaran

menunjukkan pengamatan

2.0.

Pembelajaran berasaskan masalah.

Proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Tujuh langkah dalam menerangkan proses penyelesaian masalah.

1. Pembahagian Kumpulan Murid bersatu untuk mengenali antara satu sama yang lain, murid akan membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik, manakala peraturan-peraturan kumpulan dientuk. 2. Mengenal pasti masalah. Murid dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Murid perlu mengenal pasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menjelaskannya berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenal pasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan akhbar, klip video, petikan jurnal dan juga peristiwa sebenar yang berlaku. 3. Penjana idea. Murid akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu menyelesaikan masalah. 4. Isu pelajaran. Murid-murid perlu mengenal pasti perkara yang hendak dipelajari dan mengenal pasti isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikannya. Seterusnya murid akan mengenal pasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang wujud. 5. Pembelajaran kendiri. Murid akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang releven dan logic dengan masalah yang diberikan. 6. Sintesis dan aplikasi.

Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya yang diperolehi daripada internet. Seseorang murid akan mula berkongsi maklumat dengan seorang murid yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah, seterusnya, murid akan berbincang mengutarakan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap

penyelesaian yang diambil. 7. Refleksi dan tindak balas. Murid akan memberikan tindak balas terhadap kerja kumpulan, individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga fesilitator.

Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing. Jenis personaliti dan penyelesaian masalah Jenis personality yang diperlukan ketika berusaha menyelesaikan masalah dalam pembelajaran termasuklah 1. Ekstrovert Giat dan aktif, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, berbahas, dan sebagainya dalam menentukan situasi isi dalam penulisan karangan dengan berdasarkan penggunaan teknik peta minda. 2. Kepekaan deria. Berfungsi secara praktikal untuk mengesan sumber maklumat yang kukuh, jelas dan nyata. Hal ini kerana kekuatan minda diperlukan untuk memikirkan situasi semasa dalam memperkatan pengelaman yang lepas. 3. Berfikir. Pencarian fakta yang logic dalam membuat keputusan adalah dengan berpandukan usaha berfikir daripada analisis kritikal. Misalnya murid berpidato dengan menggunakan hujah-hujah yang tepat daripada sumbersumber primier. 4. Menimbangkan faktor perasaan. Keutamaan diberikan keada pertimbangan atas persetujuan bagi cadangan yang popular. Pertimbangan berdasarkan persetujuan bersama dalam

pembelajaran mampu mencorakkan emosi murid yang stabil kerana keputusan adalah atas kepentingan dan tanggungjawap bersepadu. 5. Menghakimi perancangan. Perancangan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan diambil dapat mengelakkan tekanan perasaan seseorang murid hingga ke akhir tugasan. Seseorang ketua yang bertindak sebagai seorang hakim wajar menunjukkan usaha untuk merancang perjalanan sesuatu kumpulan dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Perancangan yang adil boleh berlaku dengan agihan tugasan saksama dan sama-sama mencabar bagi setiap ahli. 6. Berfokus kepada sasaran. Setiap murid wajar memiliki focus-fokus tertentu khususnya sasaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan oleh guru. Focus sasaran murid menerusi objektif pembelajaran perlu mempunyai cabang yang sesuai dangan prinsip penggabungjalinan, penyerapan nilai dan ilmu, pengukuhan atau peneguhan, pemulihan dan penilaian dalam mengajar. 7. Menunjukkan pengamatan. Murid yang mempunyai pengamatan akan lebih selesa untuk bertindak balas tanpa tekanan, selain mampu menggemari kepelbagaian pendekatan yang diamalkan oleh guru untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran.

NOTA GRAFIK PEMBELAJARAN BERASASKAN AKTIVITI

Aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran penguasaan golongan kata berasaskan multimedia
Murid didedahkan dengan senarai semua golongan kata dalam bentuk kamus multimedia.

Murid diberikan Murid diberikan terjemahan berasaskan terjemahan berasaskan elemen grafik elemen grafik multimedia dalam multimedia dalam bahasa ibunda supaya bahasa ibunda supaya mudah memahami mudah memahami semua golongan kata semua golongan kata tersebut. tersebut.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERASASKAN AKTIVITI

Menggalakkan pembelajaran sendiri dalam kalangan murid.

Murid berpeluang menggunakan bahan bantu mengejar yang mesra pengguna

Membenarkan murid-murid belajar menurut bakat atau tahap kemahiran.

Murid akan hanya diuji setelah mereka selesai menyiapkan semua aktiviti

murid juga dibenarkan untuk menyambung aktiviti yang belum selesai

3.0.

Pembelajaran berasaskan aktiviti. Pendekatan pembelajaran berasaskan aktiviti bermaksud gerak kerja yang dijalankan oleh murid untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran.

Aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran penguasaan golongan kata berasaskan multimedia Murid didedahkan dengan senarai semua golongan kata dalam bentuk kamus multimedia. Murid diberikan terjemahan berasaskan elemen grafik multimedia dalam bahasa ibunda supaya mudah memahami semua golongan kata tersebut. Murid diberikan latihan pembinaan ayat berdasarkan setiap golongan kata dengan berpandukan peraturan-peraturan nahu menerusi sistem multimedia interaktif.

Ciri-ciri pembelajaran berasaskan aktiviti. 1. Murid berpeluang menggunakan bahan bantu mengejar yang mesra pengguna. 2. Menggalakkan pembelajaran sendiri dalam kalangan murid. 3. Membenarkan murid-murid belajar menurut bakat atau tahap kemahiran. 4. Murid akan hanya diuji setelah mereka selesai menyiapkan semua aktiviti. 5. Murid juga dibenarkan untuk menyambung aktiviti yang belum selesai.

NOTA GRAFIK PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN

ciri-ciri pembelajaran berasaskan permainan


Permainan mewujudkan hubungan yang rapat antara tindak balas atau maklum balas Syarat dan peraturan dalam permainan mendorong persaingan sehat Murid berpeluang menilai keputusan mereka dan seterusnya merancang tindakan susulan. Cabaran dalam permainan perlu sesuai dengan tahap kemahiran murid. Permainan yang mencabar mendorong murid memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang baharu.

Murid berpeluang melakukan sendiri aktiviti dan permainan.

Memberi peluang kepada murid memperolehi latihan secara intensif

Menanamkan semangat berkerjasama dalam kalangan murid

Mendiagnosis atau melakukan bedah siasat terhadap pencapaian murid

kebaikan pendekatan
Melatih murid untuk mengaktifkan kecekapan berbahasa Menimbulkan situasi pembelajaran yang mengembirakan murid.

Memupuk kemampuan saling bersaing dalam kalangan murid.

4.0.

Pembelajaran Berasaskan Permainan. Pembelajaran ini memberi peluang kepada murid untuk mengemukakan pendapat, selain menyesuaikan perlakuan diri dengan orang lain. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan permainan: 1. Syarat dan peraturan dalam permainan mendorong persaingan sehat 2. Permainan mewujudkan hubungan yang rapat antara tindak balas atau maklum balas. 3. Murid berpeluang melakukan sendiri aktiviti dan permainan. 4. Murid berpeluang menilai keputusan mereka dan seterusnya merancang tindakan susulan. 5. Cabaran dalam permainan perlu sesuai dengan tahap kemahiran murid. 6. Permainan yang mencabar mendorong murid memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang baharu. Kebaikan pembelajaran Berasaskan Permainan 1. Memberi peluang kepada murid memperolehi latihan secara intensif 2. Mendiagnosis atau melakukan bedah siasat terhadap pencapaian murid. 3. Menimbulkan situasi pembelajaran yang mengembirakan murid. 4. Memupuk kemampuan saling bersaing dalam kalangan murid. 5. Menanamkan semangat berkerjasama dalam kalangan murid. 6. Melatih murid untuk mengaktifkan kecekapan berbahasa. 7. Mengembangkan penguasaan murid dalam keempat-empat kemahiran berbahasa. Prinsip-prinsip perlaksanaan permainan bahasa: 1. Permainan yang dipilih untuk sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu mematuhi kehendak psikologi murid, iaitu sesuai dengan umur, minat, kebolehan mental dan pengalaman. 2. Guru peka dengan objektif sesuatu permainan. Permainan yang dipilih perlu mematuhi sesuatu tujuan dan objektif pembelajaran.

3. Permainan yang dipilih perlu memberikan sumbangan yang besar terhadap peningkatan tahap berbahasa dan pengetahuan atau kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid. 4. Sebelum sesuatu permainan berlangsung, guru perlu merancang dari segi cara perlaksanaannya, keperluan alatan, ganjaran, ruang utnuk

menjalankan gerak kerja berkaitan dan penglibatan murid. 5. Penerangan tentang peraturan dan syarat permainan perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum pembelajaran dijalankan. 6. Semasa aktiviti berlangsung, guru perlu membimbing murid. 7. Dalam bahagian akhir aktiviti guru perlu membincangkan kesalahankesalahan yang dilakukan oleh murid. 8. Guru perlu memastikan ada bahagian penutup dalam permainan. 9. Permainan pengetahuan. perlu difokuskan kepada sesuatu kemahiran atau

NOTA GRAFIK PEMBELAJARANBERASASKAN SITUASIONAL.

Pendekatan situasional

Pembelajaran yang berlandaskan teori bahasa struktural dan behavoris diangap sesuai untuk pembentukan kemahiran lisan murid

Pengajaran kemahiran bertutur memerlukan pelbagai usaha guru yang kompleks.

Setiap tindak balas pertuturan yang betul perlu diberikan peneguhan supaya diulangi.

prinsip pendekatan situasional

Murid tidak boleh bertutur dengan lancar jika mendengar pertuturan orang lain sahaja

Berikan murid peluang dan ruang untuk bertutur.

5.0.

Pembelajaran Berasaskan Situasional. Pembelajaran yang berlandaskan teori bahasa struktural dan behavoris diangap sesuai untuk pembentukan kemahiran lisan murid. Langkah ini memerlukan murid sebagai penutur menguasai beberapa kemahiran kecil untuk memahami, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur yang betul. Prinsip penting dalam kemahiran bertutur. 1. Pengajaran kemahiran bertutur memerlukan pelbagai usaha guru yang kompleks. 2. Setiap tindak balas pertuturan yang betul perlu diberikan peneguhan supaya diulangi. 3. Murid tidak boleh bertutur dengan lancar jika mendengar pertuturan orang lain sahaja. 4. Berikan murid peluang dan ruang untuk bertutur.

You might also like